Tuesday, February 7, 2012

MEMALUKAN!!! Warga emas OKU diangkut guna kereta sorong tanah hanya kerana RM 500 BR1M


Kota Kinabalu: Untuk seorang wanita kurang upaya dibawa dalam kereta sorong yang lazimnya digunakan untuk mengangkut tanah digunakan pula untuk mengusung makcik ini bagi mendapatkan RM500 Bantuan Kerajaan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) bantuan di Semporna memang menjatuhkan maruah.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ketua Bahagian KK, Christina Liew, berkata dia terkejut melihat gambar seorang wanita yang beroda dalam kereta sorong, yang disiarkan di muka depan Express harian pada hari Rabu.

"Cuba bayangkan jika wanita tua tersebut ialah ibu kita sendiri. Kejadian ini dilaporkan berlaku di Semporna, Sabah. Seorang wanita tua yang kurang upaya terpaksa dibawa menggunakan kereta sorong untuk mendapatkan bantuan RM500 BR1M.

WARGA EMAS... Salah seorang penerima warga emas yang menggunakan kereta sorong turut dibantu menerima BR1M sempena majlis itu di Semporna

Kota Kinabalu: For a disabled woman to be carted in a wheelbarrow to get the Government's RM500 Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) aid in Semporna is indeed degrading.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) KK Division Chief, Christina Liew, said she was shocked to see the picture of a woman being wheeled in a wheelbarrow, published on the front page of the Daily Express on Wednesday.
"What a shame and loss of human dignity! Would other women fancy being in the shoes of the poor lady?
Women leaders in Sabah have talked so much about raising women's self-esteem but sadly, the reverse has been done.
"Being disabled does not warrant such treatment on the basis of equality.
We have wittingly or unwittingly devalued a woman's worth.
This should not have happened," she said in a statement.
While commending the men (in the picture) for their chivalrous act, Liew said it was, however, devoid of decency and dignity.
"Surely, there is a more presentable way of ferrying the disabled lady.
Why can't the elected representative concerned (Datuk Nasir Sakaran) or relevant authority arrange for the RM500 aid to be delivered to her at her home, instead of subjecting her to indignity and inconvenience?" she asked.
Daily Express had also received numerous text messages from women readers, expressing their sadness and disgust.
One such text read: "I am sure the Government could think of a better way or procedure for the disabled persons (OKUs) category.
I am sad to see the disabled woman losing her dignity."
Another text stated that OKUs have a right to decent treatment as we are all equal under the law.
Dimanakah Shafie Afdal yang seafdalnya dalam kejadian ini..???
Najib dan Rosmah jika hendak menyelami hati rakyat di Sabah dalam lawatan akan datang ke Bumi Dibawah Bayu ini...janganlah naik bas..naiklah kereta sorong macam mak cik tersebut...barulah Afdal kata Shafie Afdal.Orang ni

Read more ...

KERANA MB, KAU BERUBAH!!! Penjelasan Husam Musa dan Khalid Samad tentang Hasan Ali


Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menggesa bekas pemimpin parti itu, Datuk Dr Hasan Ali untuk membersihkan dirinya daripada dakwaan bercita-cita untuk menjadi menteri besar Selangor.

Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor dan bekas exco kerajaan negeri itu, dipecat daripada parti itu baru-baru ini kerana menimbulkan masalah kepada parti.

Husam (kiri) berkata Hasan harus telus mengenai peranannya dan sebab-sebab beliau bertemu dengan pemimpin Umno sejurus selepas pilihan raya umum 2008, dan bukan sebaliknya mencaci PAS dalam program jelajahnya.

Beliau mendedahkan bahawa Hasan telah menemui pemimpin Umno di Selangor pada 10 Mac - dua hari selepas Pakatan Rakyat memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum tersebut, dalam percubaan untuk membentuk kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno.

"Tetapi pemimpin PAS telah menolak terus idea tersebut, maka beliau tidak berjaya dalam percubaannya untuk menjalin hubungan antara parti kita dan Umno," kata Husam ketika ditemui di Pulau Pinang.

Husam, yang juga ADUN Salor berkata, beliau berada di Kedah pada 9 Mac 2008 untuk membantu Kedah Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menubuhkan kerajaan negeri yang baru.

Pada 10 Mac beliau berada di Perak, untuk membantu menubuhkan "kerajaan rakyat" sebelum negeri itu dirampas oleh BN pada bulan April, selepas tiga ADUN meninggalkan Pakatan.

"Saya telah dimaklumkan mengenai rancangan Hasan kerana pada hari yang sama, beliau telah mengatur mesyuarat dengan (pemimpin) Umno dan topik perbincangan ialah untuk menggabungkan PAS dan Umno."Jika rancangan itu berjaya, Hasan sepatutnya menjadi menteri besar Selangor.

"Tetapi kerana prinsip dan komitmen kami kepada Pakatan Rakyat, maka pemimpin PAS menolak cadangan tersebut," tegas Husam yang juga exco kerajaan negeri Kelantan.

Hasan, ADUN Gombak Setia, telah menafikan pernah mahu menyertai Umno, dan menegaskan beliau disingkir daripada PAS kerana pendirian tegasnya mempertahankan Islam dan kempen menentang kes murtad yang "berleluasa" di kalangan umat Islam.

Tetapi, tegas Husam lagi, Hasan masih bercita-cita untuk menjadi MB, dan ini, tambah naib presiden PAS itu, terbukti melalui kecaman berterusan (Hasan) terhadap pentadbiran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.M'kini

PENJELASAN AHLI PARLIMEN SHAH ALAM

Ada yang berpandangan saya tidak perlu melayan segala dakwaan Hassan
Ali terhadap diri saya. Mereka kata biarlah dia meroyan seorang diri, semakin dia meroyan, semakin terserlah keperibadiannya yang sebenar.

Saya akui, ada kebenaran nasihat dari kalangan sahabat saya itu. Pada masa yang sama, saya dapati kali ini dakwaan beliau terlalu melampau, jauh melepasi batas ‘adaabul ikhtilaf’ yang perlu dihayati oleh mereka yang takut kepada azab Allah.

Walaubagaimanapun, bagi yang mempunyai maklumat, walaupun sedikit, dakwaannya pasti akan ditertawakan sahaja.
Namun, bagi yang tiada maklumat langsung dan mungkin ramai juga yang begini, mereka mungkin termakan dengan tuduhan liar yang dibuat olehnya.

Oleh itu, pada pendapat saya, jawapan terhadap tuduhan liar tersebut, khususnya tuduhan beliau terhadap diri saya, perlu dikemukakan.

Oleh yang demikian, bagi memahami dengan jelas persoalan ini, maka perlu disingkap sedikit sejarah saya bersama Hassan Ali.
Sebelum itu, ingin saya sebut bahawa saya pernah fikirkan kesesuaian perkataan dalam beberapa istilah bahasa Melayu, termasuk istilah ‘gila talaq’.

Saya hairan mengapa nenek moyang kita memilih perkataan ‘gila’ dalam istilah berkenaan sedangkan beberapa perceraian pasangan suami isteri yang saya lihat sebelum ini tiada yang menzahirkan kelakuan yang boleh disifatkan sebagai ‘gila’.

Namun dalam kes Hassan Ali ianya menjadi jelas dan adalah terbukti bahawa perkataan gila amat tepat untuk diguna-pakai. Memang ada yang apabila ‘ditalaq’ menjadi gila.

Pendekata, Hassan Ali sudah ‘gila talaq’ dan dalam kegilaannya, meroyan dan meracau tidak ketentuan.
SEJARAH RINGKAS Saya dan Hassan Ali bukan baru berkenalan. Sebenarnya saya diantara yang paling gembira dengan kemasukan beliau dalam PAS pada tahun 1998.

Sebagai orang yang menyertai PAS lebih awal dari beliau, iaitu pada tahun 1983, saya telah sambut kemasukan beliau dan membantu beliau setakat mana yang saya mampu.

Sebagai seorang ‘baru’ dalam PAS, penerimaan beliau oleh orang ‘lama’ seperti saya pasti memudahkan pergerakan beliau di kalangan ahli lama yang lain.
Saya sering berceramah bersama beliau dan pada tahun 2003, apabila beliau dilantik Pesuruh Jaya PAS Selangor buat kali pertamanya, saya dilantik beliau sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor.

Hubungan dan kerjasama kita menjadi semakin rapat dan pada tahun 2005, apabila beliau dilantik kembali sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi kedua, saya diminta untuk mengambil alih jawatan Bendahari yang dikosongkan oleh Tuan Haji Nasir.

Pada tahun 2007, beliau dilantik sebagai Pesuruh Jaya untuk sesi ketiga, saya dilantiknya sebagai Timbalan Pesuruh Jaya 2.
Jelas sekali bahawa pada ketika itu saya tidak dianggap beliau sebagai parasit tetapi sebaliknya sebagai orang kanan beliau. DUGAAN JAWATAN MB SELANGOR Pada tahun 2008 hubungan kita mula berubah. Perubahan bermula apabila setelah menang saya menolak usaha kerjasama dengan UMNO yang dikemukakan.

Sekiranya kerjasama itu menjadi, Hassan Ali akan dilantik sebagai Menteri Besar dan itu adalah apa yang ditawarkan oleh UMNO.
Ketika usaha kerjasama dengan UMNO dijalankan, Hassan Ali pernah bertanya pada saya, “siapa patut menjadi MB Selangor?” Saya jawab sambil memandang terus ke muka beliau, “Tan Sri Abdul Khalid”.

Beliau terdiam, perasaan kecewa jelas kelihatan terbayang di mukanya. Mungkin beliau merasakan saya mengkhianati dirinya. Mungkin beliau inginkan saya, sebagai orang kanannya memperjuangkan ‘haknya’ untuk menjadi MB.

Mungkin bagi dirinya, itulah peranan seorang kanan. Saya tidak tahu, mungkin itulah yang difikirkannya. Beliau diam dan terus berpaling.
Pasti ada yang masih ingat bagaimana saya telah menggantinya dalam pertemuan dengan Pak Lah dan Khir Toyo.

Kami berjaya menggagalkan usaha kerjasama bersama UMNO dan dengan itu cita-cita Hassan Ali untuk menjadi MB hancur berkecai.
Bermula dari saat itu saya merasakan hubungan kami sudah mula berubah dan Hassan Ali mula membawa agenda tersendiri. MELAGA PAS DENGAN DAP & PKR Selepas Menteri Besar dilantik dan isu itu saya anggap telah selesai, saya melihat Hassan Ali berusaha untuk menimbulkan ketidak-stabilan dalam pentadbiran kerajaan PR Selangor.

Beliau berusaha untuk mencari peluang untuk menunjukkan perbezaan di antara PAS dan DAP khususnya dan menimbulkan pergeseran di antara parti komponen PR.

Saya beranggapan niatnya adalah untuk membuktikan kerjasama dengan DAP adalah sesuatu yang mustahil.
Saya sering menegurnya dan meminta supaya ditumpukan pada persamaan yang banyak di dalam PR. Saya ingatkan beliau akan keputusan muktamar PAS yang diadakan di Ipoh supaya PR dikukuhkan.

Malangnya beliau terus dengan usahanya dengan mengatakan beliau mempunyai agenda tertentu tanpa menjelaskan apa agendanya itu.
SAYA DIPECAT SEBAGAI TPJ 2 Akhirnya, oleh kerana saya sering menegurnya, saya dipecat dari jawatan Timbalan Pesuruh Jaya 2 PAS Selangor pada pertengahan tahun 2008. YB Iskandar dinaikkan pangkat menjadi TPJ 2 dari TPJ 3 dan YB Dr Che Rosli dilantik menjadi TPJ 3.

Itu semua saya tidak hairan, itu hak Hassan Ali sebagai PJ. Oleh itu saya tidak menjadikan pemecatan saya sebagai satu isu sepertinya sekarang.

Tetapi saya telah sempat berpesan sambil saya keluar mesyuarat setelah dipecat, “ingat keputusan muktamar adalah untuk kukuhkan PR, bukan merosakkannya”.
Walaupun saya bukan lagi TPJ 2, saya tetap YDP PAS Kawasan Shah Alam. Saya tetap merupakan ahli mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.

Oleh itu saya hadir di mesyuarat Negeri dan setiap kali Hassan Ali menimbulkan isu melalui media untuk melaga-lagakan PAS dengan parti komponen PR yang lain, saya membantah dalam mesyuarat tersebut dan juga melalui media.

Ini saya lakukan kerana saya sudah dapat membaca agenda dirinya. Pada masa yang sama, hubungan beliau dengan OKU UMNO semakin kukuh, termasuklah dengan Tan Sri Rozali Puncak Niaga (SYABAS).
TUDUHAN GOLONGAN ERDOGAN Kumpulan yang menyokong beliau mula mempopularkan istilah ‘golongan Erdogan’. Istilah ini digunakan terhadap diri saya dan beberapa pimpinan Negeri dan Pusat yang lain dan kami dituduh tidak wala’ pada pimpinan dan terlalu kuat menyokong DSAI.

Oleh itu, penggunaan istilah yang bertujuan untuk menghina dan menjadikan orang prejudis terhadap saya bukan perkara baru. Dulu Erdogan dan sekarang parasit.

Penggunaan nama untuk tujuan menghina merupakan senjata kegemaran golongan seperti ini rupanya.
Kaedah ini membuktikan kerapuhan hujjah pihak yang cuba memburuk saya. Oleh kerana mereka tidak ada hujjah dan tidak mampu berhujjah, maka mereka menggunakan kaedah melabelkan orang atau ‘name calling’.
SAYA DAN HASSAN ALI DIKENAKAN TINDAKAN DISIPLIN Akhirnya perbalahan kami dirujuk kepada PAS Pusat pada tahun 2009. Saya digantung semua jawatan parti selama 6 bulan.

Hassan Ali didapati bersalah dan diberi amaran keras supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan dasar kerajaan PR melalui media massa.

Kalau ada yang tidak dipersetujui, maka hendaklah dibawa berbincang bukan diheboh melalui media.
Berbeza dengan saya, hukumannya tiada tempoh masa. Ianya berkuat-kuasa selagimana PAS bersama PR. SOKONGAN HASSAN MERUDUM Walaupun saya yang dikenakan tindakan yang lebih keras oleh jawatan kuasa disiplin, ahli PAS melihat dan menilai apa yang sedang berlaku.

Ramai beranggapan bahawa tindakan Hassan Ali menjejas kestabilan PR dan menguntungkan pihak lawan. Maka pada tahun 2011, semasa pemilihan AJK PAS Pusat dijalankan, sokongan Hassan Ali di kalangan ahli PAS terbukti merudum.
Pada 2009 Hassan Ali mendapat undi yang ke-empat tertinggi semasa pemilihan AJK PAS Pusat. Pada 2011, beliau mendapat undi yang ke 16 tertinggi. Dalam kes saya pula adalah sebaliknya. Pada 2009 saya tidak terpilih apabila menduduki tempat ke 23 tertinggi sedangkan hanya 18 yang tertinggi akan dipilih. Pada tahun 2011, saya mendapat undi ke 8 tertinggi. Peribahasa menyatakan sudah jatuh ditimpa tangga. Inilah apa yang berlaku ke atas diri Hassan Ali pada tahun 2011. Setelah melihat popularitinya jatuh sedemikian rupa, beliau tidak pula dilantik untuk menjawat jawatan PJ Selangor oleh DS Presiden.

Pemilihan PJ dilakukan semasa mesyuarat pertama selepas muktamar diadakan. Dalam mesyuarat itu Hassan Ali hadir dan selepas pemilihan dimuktamadkan, beliau terus keluar.
Sokongan beliau terjejas bukan sekadar di kalangan ahli, tetapi jelas, ianya juga terjejas di kalangan pimpinan. Untuk melengkapkan kekecewaan beliau, pada penghujung tahun 2011, semasa senarai nama dikemukakan oleh cawangan untuk diturunkan sebagai calon dalam PRU ke 13, nama beliau tidak dinaikkan untuk DUN Gombak Setia.

Walaupun telah dinyatakan bahawa keputusan belum muktamad dan sekiranya Gombak Setia tidak mahu, maka tempat lain bersedia, Hassan Ali tidak peduli.
Pada ketika itu, mungkin Hassan Ali melihat bahawa masa depannya bersama PAS tidak secerah dahulu. Oleh itu beliau terpaksa menyusun ‘exit strategy’ atau ‘strategi untuk keluar PAS’.

Inilah apa yang dapat saya rumuskan berhubung tindakan beliau semenjak peristiwa mutakhir tahun 2011 yang saya ceritakan di atas.
PEMECATAN HASSAN ALI Bacaan saya berhubung Hassan Ali, persoalan yang paling utama baginya adalah untuk menjadi MB Selangor. Persoalan ini sering beliau sebutkan walaupun sudah bertahun-tahun selepas perlantikan Tan Sri Abdul Khalid sebagai MB Selangor. Apabila beliau tidak lagi menjadi Pesuruh Jaya, beliau menganggap bahawa peluang beliau untuk menjadi MB melalui PAS sudah lenyap dengan begitu sahaja.

Lebih-lebih lagi apabila tidak menjadi calon di kerusi yang sekuat Gombak Setia. Mungkin beliau menganggap beliau akan diletakkan di kerusi yang sukar untuk dimenangi kerana beliau bukan lagi pimpinan di Negeri Selangor.
Dengan dibekal sangkaan buruk sebegini, Hassan Ali memikirkan cara terbaik untuk beliau melepaskan diri dari berada bersama PAS tetapi dengan cara ‘terhormat’.

Tiada cara lain melainkan dengan menyatakan bahawa PAS sudah tersasar dari matlamat asalnya. Ini bermakna bukan beliau yang terpesong tetapi sebaliknya PAS. Bukan beliau yang salah tetapi PAS.
Beliau terus melemparkan tuduhan bahawa PAS telah tersasar dari landasannya berkali-kali melalui media perdana dan walaupun dinasihati untuk berhenti oleh pimpinan tertinggi, beliau terus melakukannya.

Oleh itu, tidaklah hairanlah apabila beliau dipecat. Beliau bukan sekadar melanggar amaran keras yang pernah diberi kepada beliau sebelum ini, beliau melampauinya.
Apabila dipecat, pada mulanya Hassan Ali mengatakan beliau tidak kisah. Selepas itu beliau kata mungkin beliau akan merayu. Selepas itu dikatakan tidak akan merayu.

Begitu juga dengan pemecatan beliau sebagai exco. Pada mulanya dikatakan tidak mengapa. Kemudian ditulis surat kepada MB menyatakan tempoh rayuan belum habis.

Selepas itu dikatakan tiada yang mampu melainkan dirinya. Akhirnya berkata tidak mengapa juga.
KENAPA SAYA YANG DISASARKAN? Dalam kemelut yang terhasil, Hassan Ali melihat saya sebagai punca kejatuhannya. Oleh itu saya disasarkan beliau. Dalam serangan beliau terhadap diri saya, Hassan Ali tidak kisah samada apa yang dikatakan adalah benar atau sebaliknya.

Namanya roadshow untuk mempertahankan aqeedah tetapi saya dan pimpinan PAS menjadi sasaran. Mungkin beliau tidak tahu maksud perkataan ‘aqeedah’ itu dan dianggap apa sahaja yang keluar dari mulutnya adalah aqeedah. Itu saya tidak pasti.
Yang pasti beliau telah menunjukkan akhlak yang paling tercela dengan membuat tuduhan dan fitnah terhadap diri saya bahawa saya di antara yang merosakkan aqeedah ummat Islam.

Dituduhnya juga saya sebagai orang yang menghalang pengharaman jualan arak, penutupan kedai judi dan rumah urut (pelacur) di Shah Alam. Amat jelas bagi saya Hassan Ali sudah gila talaq.
Bagaimanakah boleh saya menghalangnya? Kuasa apa yang ada pada saya? Saya PJ atau dia? Saya exco atau dia?

Kalau benar saya ada kuasa untuk menghalang, kenapa tidak saya menghalang diri saya dari didakwa JAIS atas tuduhan mengajar tanpa tauliah?
Dalam soal pengharaman penjualan arak di kawasan ummat Islam dominan seperti di kawsan Shah Alam asal, ianya telahpun dilaksanakan tanpa kekecohan, dengan persetujuan pihak peniaga.

Sebenarnya yang merampasnya dulu pun adalah pihak penguat-kuasa MBSA, bukan JAIS. MBSA bukan dibawah Hassan Ali tetapi beliau tumpang sekaki untuk dijadikannya isu.
Pada masa itu semua Ahli Majlis, termasuk yang dari DAP, telah bersetuju supaya penjualan minuman keras akan diharamkan di kawasan tersebut.

Mereka hanya menunggu untuk menguatkuasakannya apabila lessen diperbaharui. Rancangannya ialah supaya disebut secara khusus larangan berkenaan dalam lessen baru.

Tidak sempat lessen mati, pihak penguat-kuasa bertindak tanpa arahan dari pihak MBSA. Hanya atas arahan seorang ahli Majlis lama.
Hakikatnya kita berbeza dari segi pendekatan. Hassan Ali suka gunakan kuasanya dan suka memaksa sedangkan saya lebih cenderung kepada kaedah dakwah dan mendidik. Terhadap yang Islam dan yang bukan Islam. KESIMPULAN Melalui tulisan ringkas ini saya ingin memberitahu semua bahawa Hassan Ali sudah gila talaq.

Maka jangan percaya apa yang dinyatakan beliau. Beliau sanggup berbohong dan memutar-belit semua perkara. Lagi beliau cakap lagi jelas kegilaannya.
Hadis Rasulullah (SAW);
Dari Abi Umaamah yang berkata, telah bersabda Rasulullah (SAW), "Terdapat pada orang beriman semua jenis kekurangan, kecuali khianat dan berdusta” (Dari Ahmad, Baihaqi dari Saad Bin Abi Waqas). Hadis ini diketengahkan bukan untuk menafikan keimanan mana-mana pihak. Tetapi ianya adalah untuk menjelaskan betapa kejinya sifat khianat dan berdusta. WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD

Read more ...

DAH PUAS TIPU MELAYU!!! Najib nak kelentong orang India pula





Perayaan Thaipusam orang India yang beragama Hindu di Batu Caves dimeriahkan dengan kedatangan PM Najib dan Rosmah Mansor.

Nasib baik pemimpin Pas tak celapak pi sama ke Batu Caves untuk raih undi orang India yang beragama Hindu,Kalau tidak tentu jadi isu besar kata pemimpin Pas rosak akidah.Tok mufti akan keluarkan fatwa urgent kata Pas dah sesat.


Tujuan Najib Rosmah ke Batu Caves tak lain tak bukan untuk dapatkan sokongan orang India yang juga dilihat tidak lagi memihak kepada Umno-Bn.

Najib datang untuk weil, weil bersama orang India di Batu Caves dan berkata kepada orang India "Kamu tolong saya, dan saya tolong kamu. Nambikei. Kamu percaya saya dan saya percaya kamu," kata perdana menteri disambut sorakan daripada hadirin.Baca di sini.


Nampak slim Rosmah 'First lady of shopping' dilitupi bunga malai tebal.

Adakah ini bukan rasuah?Apa kerja pemerintah kalau bukan tolong rakyat tak kira la dia bangsa apa pun.

Kenapa nak minta-mintak kepada rakyat supaya tolong Najib?Rakyat yang tanggung segala gaji dan elaun pemerintah kenapa nak kena tolong lagi?

Adakah nak tolong supaya BN terus berkuasa supaya Rosmah terus senang lenang?


Orang India tentu tak lupa bagaimana depa dipukul (klik) dalam himpunan mereka di Dewan MBSA, Jalan Kebun, Shah Alam hingga masuk wad.

Kini samseng taik kucing yang pukul orang India katanya dah tak ada lagi di Jalan Kebun bawa diri ke tempat lain sebab rasa diri dah tak selamat.



Setelah puas janji manis untuk orang Melayu yang dituba dengan macam-macam kebendaan Najib masih tak yakin Umno mampu berkuasa lagi dalam pru 13 akan datang.

Adakah Umno rasa tak malu apabila bukan Melayu bangkitkan kehilangan saham untuk bumiputera dan Melayu yang lesap RM52 bilion.

Kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng,"Tiada tindakan yang telah diambil ke atas skandal RM52 bilion saham Bumiputera yang sepatutnya diagihkan kepada masyarakat itu yang miskin tetapi telah lenyap begitu sahaja,” tambah Lim.Baca di sini.


Kini Najib tabur janji manis kepada orang India supaya sokong Umno-Bn supaya terus berkuasa.Najib sedar tanpa sokongan semua kaum Umno-Bn akan tumbang dalam pru13 akan datang.

Orang India tentu semakin sedar apa yang dilakukan terhadap mereka hingga berhimpun dalam dewan yang aman pun kena katok dan kena pukul oleh puak gerombolan.
MISAIMERAH

Kedah La

Read more ...

PANAS!! Dua lagi Kondominium milik keluarga Sharizat bernilai RM34.5 Juta ditemui di Singapura


Seperti yang didedahkan sebelum ini, pengurusan NFC telah menubuhkan beberapa syarikat di Singapura bagi menjalankan perniagaan peribadi milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil tetapi dibiayai melalui pemindahan wang yang berasal dari dana rakyat berjumlah RM250 juta yang diberikan kepada NFC.

Sebelum ini, KEADILAN telah mengemukakan bukti bahawa sejumlah S$530,000 (bersamaan RM1.3 juta) telah dipindahkan dari dana NFC kepada Meatworks (Singapore) Pte Ltd bagi tempoh 3 bulan antara Oktober hingga Disember 2010.

Saya percaya banyak lagi pemindahan wang seperti ini berlaku untuk membiayai perniagaan milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura.

KEADILAN juga mengesyaki perniagaan-perniagaan ini digunakan untuk mengumpul harta peribadi di Singapura, termasuklah mendapatkan pinjaman bagi membeli kondominium-kondominium mewah di Singapura.

Pada 17 Januari 2012, saya menerima satu maklumat bahawa keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mendapat pembiayaan dari Maybank untuk membeli satu kondominium mewah di Singapura. Berdasarkan maklumat ini, saya turut bekerjasama dengan rakyat Malaysia yang berada di Singapura termasuk menggunakan khidmat penyiasat persendirian untuk mengenalpasti unit-unit yang dibeli.

Hasil siasatan mengesahkan bahawa selain dari satu unit kondominium mewah Orchard Scotts, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil telah membeli dua lagi unit kondominium mewah di Marina Bay Suites, Singapura.


Butir-butirnya adalah seperti berikut:

Kondominium Pertama
Alamat: #08-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965

Hakmilik: Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga: S$7,114,000 bersamaan RM17,205,209

Tarikh dibeli: 27 Mei 2010

Pembiaya: United Overseas Bank Limited (UOB)


Kondominium Kedua
Alamat: #11-01, Marina Bay Suites, 3 Central Boulevard, Singapore 018965

Hakmilik: Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail,Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh(rujuk muka surat 6, Sijil Hakmilik yang dikeluarkan Singapore Land Authority)

Harga: S$7,177,000 bersamaan RM17,357,575

Tarikh: dibeli 27 Mei 2010

Pembiaya: Malayan Banking Berhad (Maybank)

Kedua-dua unit ini terletak berhampiran dengan sebuah restoran mewah yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, iaitu Brawn Steakhouse.


Kemudahan pembiayaan untuk membeli 2 buah kondominium berjumlah RM34,562,784 dipercayai diluluskan oleh bank-bank terbabit sebagai urusan timbal balik kerana NFC dan syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mempunyai deposit yang besar di bank-bank tersebut.

Deposit tersebut adalah sebahagian dari dana RM250 juta yang diluluskan bagi tujuan operasi Pusat Fidlot Kebangsaan yang gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Pembelian dua buah kondominium mewah di Singapura ini menjadi satu lagi bukti bagaimana dana RM250 juta telah digunakan bagi tujuan peribadi untuk megumpul harta, sedangkan tujuan asal dana tersebut diberikan tidak dipenuhi.

Persoalan yang lebih besar ialah bagaimanakah keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil mampu menanggung bayaran balik bulanan yang cukup besar. Anggaran saya berdasarkan kadar pinjaman semasa dan tempoh bayaran balik 25 tahun menunjukkan keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil perlu membayar RM173,000 sebulan untuk membiayai pinjaman kedua-dua kondominium tersebut.

Ini menimbulkan risiko besar berlakunya penyelewengan dalam pengurusan dana RM250 juta memandangkan mustahil Dato’ Seri Salleh Ismail dan anak beliau, Wan Shahinur Izran berpendapatan sebegitu tinggi untuk melangsaikan tanggungan hutang bulanan kepada bank-bank terbabit.

Ada kemungkinan dana awam berjumlah RM250 juta itu diselewengkan kepada pelbagai syarikat yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura, sebahagiannya untuk menampung bayaran balik pinjaman kondominium yang dibeli.

Dengan pendedahan terbaru ini, jumlah keseluruhan harta peribadi keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang ditampung oleh dana awam RM250 juta yang diberikan kepada NFC (baik dibayar secara terus atau melalui urusniaga timbal balik berdasarkan pendepositan dana yang besar) yang telah didedahkan setakat ini adalah seperti berikut:


Saya ingin merumuskan pendedahan kali ini dengan mengajukan 3 soalan masing-masing kepada pengurusan NFC, Dato’ Seri Shahrizat Jalil dan Dato’ Seri Najib Tun Razak:

1) Apakah bukti-bukti yang boleh dikemukakan oleh pengurusan NFC bahawa pinjaman-pinjaman yang diambil untuk membiayai 2 unit kondominium mewah di Marina Bay Suites ini tidak ada kena mengena dengan dana awam RM250 juta yang diamanahkan kepada NFC?

2) Beranikah Dato’ Seri Shahrizat Jalil tampil ke hadapan memperincikan pendapatan keseluruhan ahli keluarga beliau sehingga mampu mengumpul harta sedemikian rupa dalam masa 2-3 tahun kebelakangan ini?

3) Apakah Dato’ Seri Najib Tun Razak mempunyai kekuatan moral untuk menentang rasuah dan salahguna kuasa dengan mewajibkan setiap ahli kabinet mengisytiharkan keseluruhan harta yang dipunyai oleh mereka dan ahli keluarga mereka, berikutan pendedahan harta yang dimiliki keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil?

Rakyat akan terus memerhati dan menilai tindakan yang diambil oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam menangani skandal NFC ini.

Jalan terbaik untuk menjada kredibiliti kerajaan dan institusi berkuasa seperti SPRM dan PDRM adalah dengan menubuhkan satu Suruhanjaya diRaja secepat mungkin untuk menyiasat skandal ini.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

8 FEBRUARI 2012

Read more ...

KONON DAPAT HIDAYAH!!! Mai tengok tak sampai berapa hari pun, jambul Shahrizat dah tersembul

Di Kampung Bakar Bata Shahrizat telah mendakwa menerima hidayah dari Allah agar terus memimpin Wanita UMNO.. tak percaya? Tengok video kat SINI.

Di bawah ialah pada 5 Feb di di Hospital Kuala Lumpur.


Di bawah pula gambar dari Lidah Rasmi UMNO Sharizat di Majlis Konvensyen Memperkukuhkan Ekonomi Masyarakat Siam Negeri Kelantan di Wat Uttamaram, Kampung Teresek, Rantau Panjang, Kelantan pada 6 Feb.. tengoklah sendiri..
ASD

Baca di bawah pula,

Bila Shahrizat kata dapat hidayah, tiba2 Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi kerajaan di bawah jagaan Shahrizat buat satu kejutan.

Perayaan Thaipusam yang disambut penganut Hindu dah jadi sambutan penganut Buddha.


Selama ini rakyat Malaysia telah ditipu dan dikelirukan mengenai penganut mana yang sambut Hari Thaipusam...

Kini sebuah agensi kerajaan dibawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dimana Menterinya tak lain tak bukan wanita berjiwa waja dan berhati besi Shahrizat Jalil telah membuat pengesahan yang Perayaan Hari Thaipusam di Malaysia sebenarnya disambut oleh para penganut Buddha dan bukannya Hindu...

Harap-harap dengan pengesahan ini tiada lagi ungkit mengungkit dan dakwa dakwi yang Hari Thaipusam untuk penganut Hindu...

Malaysia semenjak dibawah rejim Hj Ah Jib Gor dan Hajah Rosmah memang suka membawa pembaruan.. TRANSFORMASI...ini adalah salah satunya...Omak Kau



Read more ...

NAJIB 'NAMBIKEI'!!! "Kamu tolong saya, saya tolong kamu"


Semalam Maulidur Rasul 1Malaysia 1Ummah

Hari ini Thaipusam 1Kalungan Gergasi Bunga
Buat Najib dan Rosmah...

Apa sudah jadi tambi...????

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini sekali lagi menegaskan bahawa masyarakat India memerlukan "nambikei" atau kepercayaan terhadap kerajaan supaya banyak perkara boleh dilakukan.najib thaipusam batu caves 070212

Bercakap di harapan ribuan penganut Hindu yang merayakan Thaipusam di Batu Caves, beliau berkata negara ini memerlukan kerjasama antara masyarakat dan NGO India dengan kerajaan.


"Kamu tolong saya, dan saya tolong kamu. Nambikei. Kamu percaya saya dan saya percaya kamu," kata perdana menteri disambut sorakan daripada hadirin.


Beliau turut mengingatkan tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), bantuan sekolah RM100 dan baucar buku RM200 kepada pelajar yang diberikan kerajaan
.


NAMBIKE maksudnya :KEPERCAYAAN.
1.Rakyat percaya Najib tk boleh conrol bininya Rosmah.

2.Rakyat tahu Najib tk boleh buat ckp apa pasal NFC

3.Rakyat percaya Altantuya dpt komisen RM115j dlm pembelian Scorpene.

4.Rakyat percaya Najib menfitnah DSAI

5.Rakyat percaya bg BR1M RM500 , Baucar RM200 l itu semua duit rakyat kerana nak tutup kelemahan BN.

6.Rakyat mmg dah bagi kepercayaan BN memerintah 54 tahun bersamaan 12 kali PRU.

DAN KINI RAKYAT MEMBERIKAN KEPERCAYAAN BAHAWA

1.TEORI RAHMAN DAH BERAKHIR.

2.BN AKAN JADI PARTI PEMBANGKANG.

3.UMNO AKAN KALAH DLM PRU 13

4.ORANG CINA TAK AKAN UNDI BN.

Kami berjanji dan berikrar bersama2 pembaca MK akan berkmpen di cyber utk TUMBANGKAN BN dlm PRU13.

Read more ...

DR JOMO!!! Dulu dihina UMNO, sekarang nak tumpang nama Najib sokong la pula

Dr Jomo calon ketua pengarah ILO
Salah seorang pakar ekonomi utama negara, Dr Jomo Kwame Sundram, akan bersaing sebagai calon bagi jawatan Ketua Pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) yang berpangkalan di Geneva.

Dr Jomo, yang kini berkhidmat dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, kini berada di London sebagai sebahagian daripada proses Malaysia melobi jawatan itu.


Beliau, yang juga bekas profesor Fakuliti Ekonomi dan Pentadbiran di Universiti Malaya (UM), kini memegang jawatan Penolong Ketua Setiausaha Bagi Pembangunan Ekonomi di Jabatan Ekonomi dan Hal Ehwal Sosial di PBB.


Dr Jomo bertemu dengan Setiausaha Luar Britain William Hague serta beberapa tokoh dari Jabatan Kerja dan Perncen, wakil-wakil ILO dari Kongres Kesatuan Sekerja United Kingdom untuk meraih sokongan negara itu.


Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, yang berada di kota London untuk lawatan kerja, turut hadir apabila Dr Jomo berjumpa dengan Hague.


Pencalonan Dr Jomo telah mendapat sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Sumber Manusia Datuk Ser Dr S Subramaniam.


"Saya bangga menjadi rakyat Malaysia dan saya percaya boleh membawa ciri-ciri ini pada jawatan itu sekiranya saya dipilih," kata Dr Jomo, yang boleh berfasih dalam 10 bahasa, dalam temubual dengan media Malaysia, malam Ahad.


Katanya manifesto pencalonannya berdasarkan tiga komitmen utama iaitu menangani isu-isu kontemporari seperti prospek melanjutkan kelembapan ekonomi, jurang standard ILO serta menambahbaik pengurusan khususnya ketika waktu kegawatan apabila operasi perlu berjalan dalam keadaan sukar.


"Saya yakin bahawa saya mempunyai pengalaman yang relevan dan kepakaran yang akan membezakan saya dengan pencabar-pencabar lain," kata anak kelahiran Pulau Pinang berusia 59 tahun itu.


ILO merupakan badan tiga pihak PBB, iaitu satu-satunya organisasi PBB yang menghimpunkan bukan sahaja kerajaan tetapi juga pekerja dan majikan.


Ia menggariskan dan menggalakkan pematuhan konvensyen antarabangsa berhubung perkara seperti hak kebebasan menubuhkan persatuan dan kuasa tawar-menawar kolektif dan menghalang diskriminasi, buruh paksaan dan buruh kanak-kanak.


Pemilihan Ketua Pengarah ILO akan berlangsung di Geneva pada 28 Mei di mana perwakilan dari 28 buah kerajaan dan 14 perwakilan, masing-masing dari pertubuhan majikan dan kesatuan sekerja, akan mengundi pada pemilihan itu


MASIH SEGAR DALAM INGATAN BETAPA PEMILIHAN BELIAU SEBAGAI PENOLONG SETIAUSAHA AGUNG PBB TIDAK MENDAPAT RESTU DAN DITENTANG KERAS OLEH KERAJAAN HAPRAK BANGSAT UMNO DIBAWAH PIMPINAN PAK LAH HADHARI MERTUA KHAIRY .....

KINI UMNO CUBA NAK AMBIL KESEMPATAN PULA SEBAGAI MODAL MAU MENAIKKAN IMEJ HJ AH JIB GOR DIMATA DUNIA YANG KINI PUDAR MALAP LESU LONGLAI....

PERLU INGAT.. PROF DR JOMO ADALAH REFORMIS TOTOK YANG AMAT KUAT MENENTANG DASAR EKONOMI YANG DIBAWA OLEH UMNO SEJAK ZAMAN TUN MAHAHTIR LAGI....

ARTIKEL DAN PANDANGAN BELIAU SERING DICETAK DIAKHBAR HARAKAH DAN SUARA KEADILAN....

BELIAU SERING DIANGGAP SEBAGAI PAKAR EKONOMI MEWAKILI GAGASAN PAKATAN RAKYAT..

PERNAH MENJADI JURUBICARA DALAM BAJET ALTERNATIF YANG DIKEMUKAKAN OLEH PAKATAN RAKYAT....

NAMPAK SANGAT UMNO INI PARTI BANGSAT DAN HAPRAK...CUBA NAK AMBIL KESEMPATAN...

AGAKNYA JIKA DSAI DICALONKAN SEBAGAI SETIAUSAHA AGUNG PBB PUN UMNO SANGGUP MENDABIK DADA KONONNYA DISEBABKAN KEPERCAYAN KEPADA UMNOLAH DSAI DICALONKAN...OMAK KAU

Read more ...

BONGKAR!!! Rahsia di sebalik 426,969 follower twitter Najib, rupanya follower telur / spam


Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri Malaysia. Dia sangat popular, di akaun twitter 426,969 follower manakala di akaun facebook 946,494 like.


Baru baru ini Najib Razak mengumumkan beliau terharu kerana dapat menjangkau 400,000 pengikut di twitter.


Kalau dia nak terharu ada 400,000 pengikut waktu dia mengimamkan solat, tak pe lah, tapi di akaun twitter, sesiapa pun boleh buat lebih dari 1 juta kawan pun boleh… Siapa kata tak boleh? guna taktik macam najib razak ni.



Apa taktiknya?



Really3line mula untuk semak siapa yang menjadi follower di akaun twitter Najib Razak ni. Mengejutkan apabila ramai yang menjadi follower najib razak ini mengunakan profile picture telur.



Contohnya macam ni, korang klik sini. Kalau korang malas, nengok gambar kat bawah ni.


Kalau korang rajin, korang klik lah dekat Najib Razak punya follower di akaun twitternya, banyak sangat yang pakai gambar profile picture telur, yang menunjukan mereka ini yang kita panggil sebagai fake user, atau pun spam.


Macam mane kita boleh tahu mereka ni fake user atau Spam?



Biasanya mereka mengunakan software, atau beberapa website yang membantu untuk membuat fake user, atau beberapa individu yang bekerja untuk membuat email dan create akaun facebook atau twitter.

Contoh yang lebih jelas macam ni.


Kalau anda rajin, anda semak lah, yang really3line bagi ini sikit je, follower Najib Razak kan ada lagi 426,960 orang, jadi mungkin lagi ramai yang real user kot…



Tapi cuba buang semua fake user dan spam ni, agak agak berapa je follower yang Najib Razak ada ye?



Benda kecil macam ni pun nak tipu ke? sangat menyedihkan lah, kalau tipu guna benda yang logik sikit macam guna software ni (TWIENDS) tak pe lah, kira berkhemah juga.

Apa pun tahniah kepada Najib Tun Razak kerana mempunyai ramai followers dan likes yang banyak di laman sosial seperti facebook dan twitter, walaupun ramai yang spam dan fake user.
Artikel ini di edit dari ~ really3line

Read more ...