Tuesday, January 4, 2011

Umno Perlis bergaduh sakan, siap buat majlis talkin untuk Umno Perlis

Talkin untuk UMNO Perlis?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjKvVlw8oajoEJktCmKsF2MeyF5MbVAzSMI0t-zM9AStTzXJwaDVvuM77OarerjleejYCqlCJ0CphyphenhyphennFzc7NSJ-kLijzLXawK8ybvEtPc7KT29-fnKOtyNt9XutisS6W8aB5Fl3Ejw0p8c/s320/mdisa+shidan.gifKANGAR, 5 Jan. : Satu majlis talkin untuk UMNO Perlis akan diadakan dalam masa terdekat bagi memberi amaran kepada pucuk kepimpinan UMNO Pusat bahawa parti itu kini berada dalam keadaan tenat dan hampir terkubur.

Bekas Ketua Penerangan UMNO Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, pelaksanaan majlis itu bagaimanapun bergantung kepada tindak balas pucuk pimpinan UMNO Pusat sama ada berani melakukan perubahan dalam menyelesaikan krisis kepimpinan parti di negeri itu ataupun tidak.

Menurutnya, majlis itu sepatutnya diadakan pada malam Sabtu lalu di Denai Larian, Pengkalan Asam di sini oleh beberapa pemimpin veteran UMNO Perlis yang tidak berpuas hati dengan keputusan mengekalkan Menteri Besar, Datuk Seri Md Isa Sabu sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

“Bagaimanapun, hasrat itu terpaksa ditangguhkan setelah saya berbincang dengan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 30 Disember lalu dan beliau bersetuju untuk menyampaikan luahan hati kami kepada Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh terdekat.

“Kami sepakat untuk memberi peluang kepada Najib menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan krisis kepimpinan parti di negeri ini dan sekiranya beliau gagal, satu majlis talkin akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Hashim turut mempersoalkan tindakan UMNO Pusat tidak mengekalkan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin sebagai Timbalan Pengerusi UMNO negeri, sebaliknya mengekalkan jawatan Dr Md Isa kerana mendakwa prestasi Zahidi dilihat jauh lebih baik daripada Md Isa.

“Adakah kepimpinan UMNO Pusat melihat Zahidi sebelum ini bermasalah sehinggakan jawatan beliau tidak dikekalkan?

“Konflik kepimpinan UMNO di Perlis bukan sahaja melibatkan dua pemimpin UMNO sahaja, sebaliknya membabitkan ramai lagi ahli lain dan saya menyifatkan tindakan menjadikan Zahidi sebagai ‘kambing hitam’ tidak wajar,” katanya.

Hashim turut menyuarakan harapan agar jawatan kepimpinan tertinggi UMNO negeri diserahkan kepada Najib sendiri bagi menyelesaikan masalah kepimpinan yang berlarutan sejak tiga tahun dahulu.

“Lebih baik serah jawatan pengerusi UMNO negeri kepada Najib kerana isu pokok pertikaian kebanyakan pemimpin akar umbi parti adalah pengekalan jawatan Dr Md Isa yang dianggap tidak sesuai.

“Satu penyelesaian lebih baik perlu dibuat pucuk pimpinan UMNO demi memastikan UMNO Perlis terus kukuh dan mengekalkan sokongan rakyat pada masa hadapan,” katanyaSH

Read more ...

Umno cari PAS bila nak kalah

Umno tersepit, minta PAS bersama - Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Jan: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan Umno yang berusaha untuk bersama PAS membayangkan parti itu dan Barisan Nasional (BN) sedang tersepit menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bagi beliau, apa yang perlu dibuat Umno bukannya itu tetapi menghentikan rasuah, penindasan dan kezaliman terlebih dahulu.

Semalam Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, beliau telah ke Istana Terengganu di Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan dari Yang Dipertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Undangan itu disampaikan oleh bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika Abdullah melawat beliau di Hospital Unibersiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian sebelum ini.

"Atas dasar menghormati dan menjunjung titah Tuanku saya telah menghadiri majlis tersebut," kata Nik Aziz dalam satu kenyataannya semalam.

Turut serta dalam majlis santapan malam di Istana Terengganu itu adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin.

Bagi Anwar, apa yang berlaku adalah, "Bila Umno tersepit, minta PAS bersama." Kenyataan ini dibuat Anwar melalui twitternya.

Dalam kenyataannya Nik Aziz meminta semua pihak menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana dengan tidak membuat andaian tentang pertemuan itu.

"Saya menyeru semua pihak sama ada media atau mana-mana individu supaya tidak membuat andaian yang tidak menentu dan berharap dapat menghentikan sebarang kenyataan yang tidak tepat demi menjaga kehormatan dan nama baik pihak istana," katanya.

Read more ...

PAS tak akan khianat

Mohamad Sabu, Menulis Mengenai Janji Setia



Dasar PAS ialah Islam. Rujukan PAS ialah Al Quran dan Sunnah, contoh ikutan terbaik ialah Muhammad Rasulullah SAW uswatun hasanah. Setelah mendapat kuasa di Madinah, Nabi membuat Perlembagaan Madinah/Piagam Madinah.

Ada lebih kurang 47 pasal dalam Piagam Madinah. Yang paling banyak ialah hal melindungi puak-puak atau kaum-kaum yang mengikat dan menandatangani perjanjian tersebut. Hak keselamatan, budaya, agama dan ekonomi dilindungi oleh Perlembagaan Madinah.

Penguasa Madinah tidak pernah mengkhianati perjanjian tersebut, bahkan orang-orang Yahudilah yang mengkhianati perjanjian tersebut semasa Perang Ahzab.

Yahudi Madinah memihak kepada tentera bersekutu kafir yang mengepong Madinah. Selepas selesai Perang Ahzab kerajaan Madinah bertindak kepada orang Yahudi di atas sebab pengkhianatan mereka.

Nabi Muhammad SAW juga membuat Perjanjian Hudaibiah secara zahiriah, dilihat perjanjian itu merugikan umat Islam dan kerajaan Madinah.

Sepuluh tahun tidak ada peperangan di antara Mekah dan Madinah. Pihak Mekah dan Madinah bebas mengadakan urusan dengan mana-mana pihak.

Orang Madinah yang pergi ke Mekah, tidak perlu dihantar balik. Sebaliknya orang Mekah yang pergi ke Madinah perlu dihantar balik.

Undang-undang ektradisi ini dilihat tidak seimbang dan tidak adil. Setelah menandatangani perjanjian ini, Nabi dan rombongan berpatah balik dan tidak jadi melakukan umrah pada tahun tersebut.

Nabi dan umat Islam patuh kepada perjanjian tersebut. Kesempatan damai digunakan oleh kerajaan Madinah untuk menyebarkan Islam keseluruh pelusuk Semenanjung Arab dan negara-negara yang berdekatan.

Perjanjian ini dipatuhi oleh kerajaan Madinah sehinggalah mubaligh Islam dibunuh oleh pihak kerajaan Mekah. Selepas itu Nabi menggerakkan puluhan ribu umat Islam untuk mengepong Kota Mekah dan akhirnya menguasainya.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang meletakkan Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan , cuba mengikuti jejak langkah sirah Nabi Muhammad SAW apabila berlaku ikat janji dengan BN pada tahun 1973, mereka tetap setia berada dalam BN sehinggalah dikhianati oleh Umno dan ditendang keluar dari BN pada November 1977.

Apabila PAS mengikat janji dengan Parti Melayu Semangat 46, walaupun pengaruh parti tersebut merosot dari masa ke semasa semenjak ianya ditubuhkan pada tahun 1988, PAS tetap setia sehinggalah Parti Semangat 46 tersebut dibubarkan dan pemimpinnya kembali kepada Umno.

Dalam Pakatan Rakyat (PR) dilihat oleh orang ramai gelagat pemimpin dan ahli PAS jangan bimbang, PAS tidak akan mengkhianati kawan.

Saya yakin Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang mengikat perjanjian akan terus istiqomah dan sesekali tidak akan mengkhianati rakan politik. Jangan ragu, jangan bimbang gerakan Islam tak akan mengkhianati perjanjian yang telah dipersetujui.
Hj Mohamad Sabu

Read more ...

Kerajaan Selangor tetap berkhidmat untuk rakyat

Isu SUK : Tidak Halang Kerajaan Berkhidmat Untuk Rakyat



PETALING JAYA 5 Jan. : Isu percanggahan berkenaan perlantikan Setiausaha Negeri Selangor, Datuk Mohd Khusrin Munawi tidak akan menjadi halangan untuk kerajaan negeri terus berkhidmat kepada rakyat.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid semasa berucap merasmikan Majlis Anugerah Perdana Komuniti Mampan dan Anuerah Pemimpin Masyarakat Berjasa Petaling Jaya di Dewan Banquet MBPJ malam tadi berkata, kerajaan negeri akan memastikan kebajikan rakyat terpelihara.

"Saya rasa sudah tentulah tuan-tuan adakalanya sibuk mendengar berita-berita tentang ketidaksamaan antara kerajaan negeri, kerajaan pusat, ada juga Istana, ada juga pegawai kerajaan tetapi ini tidak akan menyekat kita untuk membetulkan, mencantikkan, mengindahkan bandaraya yang kita duduki ini," jelas beliau kepada kira-kira 500 hadirin yang terdiri daripada wakil persatuan penduduk dan rukun tetangga seluruh Petaling Jaya.

Beliau juga menyarankan agar kerajaan negeri dan para ahli majlis dapat bekerja keras menyampaikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat kerana apa yang penting adalah penyampaian perkhidmatan dan bukannnya sesi perbincangan.

"Saya harap kita akan terus bekerja keras dan saya sendiri merasakan cabaran ini sangat penting sebab rakyat tidak pentingkan berbincang, tetapi rakyat pentingkan hasil," tegas beliau lagi.

Dalam pada itu, Khalid memberitahu bahawa jumlah kutipan dana hasil MBPJ merupakan antara yang tertinggi dibandingkan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara maka akaun MBPJ juga perlu diselaraskan agar tidak mempunyai apa-apa percanggahan.

"Kita juga mesti menunjukkan akaun Bandaraya Petaling Jaya ini dapat dipertahankan kerana ia akan menjadi antara akaun yang akan diteliti oleh pihak berkuasa tempatan seluruh negara, sebab bandaraya PJ antara bandaraya yang mempunyai kutipan yang tertinggi dibandingkan dengan bandaraya seluruh negara," tegas beliau.

Beliau seterusnya berkata, jumlah kutipan ini juga dipercayai lebih tinggi daripada jumlah kutipan dana hasil beberapa negeri di negara ini.

"Saya percaya bandaraya Petaling Jaya mempunyai kutipan pendapatan melebihi negeri seperti Prlis, Kedah, Negeri Sembilan dan Melaka.

"Oleh sebab itulah, bandaraya PJ akan diteliti tentang penggunaan dana dan juga disamping itu bagaimana dia mempunyai usaha untuk mempertingkatkannya," kata beliau lagi.

Read more ...

Kembalikan kuasa Sultan : Umno payah nak buat keputusan

Pemimpin Umno Berbeza Pendirian Berhubung Kuasa Sultan

http://www.pembangkangselangor.com/wp-content/uploads/2010/11/DSC_0144-150x117.jpgSHAH ALAM 5 Jan. : Pemimpin Umno kini bercanggah pendapat berkenaan hasrat kerajaan Negeri Selangor yang mahu meminda perlembagaan bagi mengembalikan kuasa Sultan dalam soal perlantikan pelantikan tiga jawatan tertinggi pentadbiran negeri itu.

Laporan akhbar semalam melaporkan ADUN Kuang(Umno), Abdul Shukur Idrus telah mengatakan Barisan Nasional bersetuju dengan peruntukan mengembalikan kuasa kepada Sultan dan mereka akan memberikan sokongan.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata Undang-undang Tubuh Negeri Selangor tidak perlu dipinda kerana ia telah diamalkan sekian lama dan tidak timbul sebarang masalah kepada kerajaan terdahulu terhadap pelantikan pegawai tertinggi kerajaan negeri yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Mengulas isu ini, Speaker Dewan Negeri Selangor Datuk Teng Chang Khim berkata isu dua pertiga sokongan majoriti tidak menjadi isu besar kerana pindaan tersebut mendapat sokongan daripada Adun Umno-Barisan Nasional.

Mengikut kenyataan ADUN Kuang itu, Teng menjangka Pakatan Rakyat bakal mendapat sokongan seratus peratus dari semua Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk pihak pembangkang.

"Kalau begitu, kita mungkin boleh dapat sokongan seratus peratus.

"Berrhubung isu dua pertiga majoriti yang diperlukan itu, jangan anggap oleh kerana Pakatan Rakyat hanya ada 35 kerusi, kita tidak ada jumlah(majoriti) tersebut," katanya dalam sidang media semalam.

Dalam sidang media yang turut dihadiri Menteri Besar Tan Sr Khalid Ibrahim dan Exco itu beliau berkata keputusan pindaan itu harus ditunggu sehingga pindaan rang undang-undang itu dibentangkan pada persidangan di Dewan yang akan datang.

Berhubung kenyataan bekas Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Khir Toyo yang mendakwa pindaan tidak boleh dilakukan kerana kerajaan yang ada sekarang tidak ada majoriti 2/3.

Teng berkata, kenyataan Khir bukanlah merupakan perkara yang serius.

"Beliau bukan lagi Ketua Pembangkang lagi jadi saya tidak ambil kenyataan beliau serius.

"Kita perlukan orang yang mengambil bahagian dalam Dewan Negeri.

"Kalau beliau masih Ketua Pembangkang, kita akan memandang berat kenyataan tersebut...tetapi masalahnya beliau bukan lagi," ujar Teng.

Read more ...

Laporan polis : Menteri kena siasat atau Chegu Bard yang akan disiasat polis?

Rogol Amah: SAMM Lapor Polis, Gesa Siasat Menteri



SEREMBAN 5 Jan. : Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin hari ini membuat laporan polis bagi menggesa satu siasatan dilakukan terhadap Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang didakwa merogol pembantu rumahnya.

Menurutnya, sebagai NGO mewakili anak muda rakyat Malaysia, pelbagai bukti dan pendedahan yang dilakukan blog dan NGO seperti Migrant Care yang berpengkalan di Jakarta menjadikan impak kes ini besar melibatkan skandal seorang berprofil tinggi bertaraf Menteri di Kabinet selain boleh mencetuskan krisis antara negara jika tidak disiasat dan ditangani.

Badrul menegaskan bahawa beliau tidak menuduh Rais sebaliknya sikap 'berdiam diri' menteri senior itu menjadikan keadaan makin serius.

"Seseorang tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah, namun boleh dikatakan semua menyebut nama beliau terlibat dalam kes rogol. Selaku menteri budaya dan seni, beliau seharusnya faham budaya rakyat Malaysia diam tandanya setuju, maka beliau tak boleh salahkan rakyat jika beliau sendiri berdiam diri," tegas Badrul.

Skandal ini dikatakan berlaku pada tahun 2007 dan didedahkan semula kini oleh laman wikileaks dan laman blog seantero Malaysia.

Badrul mendakwa beliau telah mendapat dokumen lengkap yang dilampirkan bersama laporan polis yang menyebut nama Rais sebagai terlibat.

Rais semasa menjadi Menteri Kehakiman dan Undang-undang sebelum ini pernah mendedahkan 18 kes berprofil tinggi yang sengaja disenyapkan pihak tertentu.

Badrul turut menegaskan selain tindakan polis, Najib Razak sebagai Perdana Menteri seharusnya menggantung Rais sebagai anggota kabinet sehingga siasatan selesai bagi menunjukkan keseriusan kerajaan menangani hal ini.

"Penyiasatan polis boleh membantu Rais membersihkan namanya, jika polis tak siasat wujud kemungkinan ada perlindungan istimewa.

"Datuk Seri Najib sebagai perdana menteri harus segera menyatakan pendirian dalam perkembangan ini. Gantung Rais sehingga siasatan selesai. Itupun jika Najib berani melakukan transformasi penambahbaikan negara," katanya.

Justeru beliau memberi masa 14 hari untuk polis melakukan siasatan dan bertindak terhadap laporan ini, atau tindakan fasa seterusnya berbentuk 'pergerakan massa' bakal dilakukan oleh beliau.

"Kes berprofil tinggi ini telah menyumbang keputusan Pilihan Raya Umum 2008. Sekarang, jika Najib tak bertindak saya rasa impaknya lebih besar. Rakyat Malaysia akan bergerak."

Shamsul hari ini membuat laporan berkenaan di IPD Seremban kira-kira jam 11 pagi tadi dengan ditemani beberapa ahli SAMM.

Read more ...

Anak Khir Johari beri penjelasan punca beliau menyertai DAP

Kenapa Saya Memilih Roket

http://0.gravatar.com/avatar/607ef1df67f93fbd55059129f3045564?s=128&d=identicon&r=GSejak berita keahlian saya dalam DAP telah diumumkan oleh media massa selepas ucapan perbahasan saya semasa Konvensyen Pakatan Rakyat di Kepala Batas tempoh hari, soalan yang paling kerap diajukan kepada saya adalah: kenapa DAP?

Pada saya jawapannya amat mudah. Secara ikhtisar, saya telah memilih untuk menjulang perjuangan rakyat dalam kancah politik negara kita melalui Parti Tindakan Demokratik (DAP) sebagai satu kesinambungan pewarisan dan jasa arwah ayahanda saya kepada negara tercinta.

Ada yang mungkin mengatakan bahawa tindakan sedemikian adalah satu percanggahan, sedangkan ayah saya dahulu bukan sekadar ahli biasa UMNO, malah seorang pengasas parti itu sejak tahun 1946 dan merupakan seorang pemimpin kanan yang pernah memegang jawatan Naib Presiden dan Setiausaha Agung.

Malah, ada yang sudahpun mengecam perwatakan saya sebagai seorang pengkhianat bangsa atau ‘Melayu lupa diri’, kononnya saya ini ibarat kacang yang telah melupakan kulit dengan tindakan membelakangi sebuah parti yang sudah kian lama dianggap sebagai pembela bangsa.

Saya memang akur bahawa UMNO merupakan sebuah parti yang masyhur dan bersejarah, dan atas usaha dan pengorbanan pemimpin-pemimpin terdahulunya telahpun berjaya meraih kemerdekaan tanah air kita daripada penjajah British. Namun sejak kebelakangan ini, niat asal penubuhannya, atau raison d’être, untuk membebaskan negara dan memartabatkan bangsa sudahpun ternoda.

Tidak perlu saya mengulangi hujah-hujah saya tempoh hari tentang penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan amanah rakyat yang kini sudah menjadi amalan harian sebuah kerajaan yang rakus kuasa.

Akan tetapi, saya ingin menarik perhatian kepada hakikat bahawa dua orang bekas Perdana Menteri, iaitu Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra dan Tun Hussein Onn, telahpun mempertikaikan UMNO sewaktu krisis dalaman yang telah memecah-belahkan parti tersebut lebih kurang 20 tahun dahulu.

Jelas sekali bahawa kedua-dua tokoh itu tidak sanggup lagi melihat kehancuran dan keranapan jiwa sebuah parti yang sepatutnya menjadi tunjang pembangunan negara. UMNO yang dahulu sudahpun lesap, yang tinggal hanyalah jasad kosong yang kini diperalatkan untuk kepentingan peribadi golongan pemerintah.

Maka dengan kesedaran ini, terpaksalah seorang anak muda yang menghajatkan kemajuan bangsa dan negara mencari ikhtiar yang sesuai dengan aspirasinya. Hatta dalam penjelajahan batin, tersualah saya dengan satu semarak yang kian tampak.

Merenung ke dalamnya saya menyedari bahawa semangat perjuangan ayah saya serta rakan-rakan seperjuangannya masih lagi membara, walaupun jasad yang didiaminya sudah bertukar.

Sungguhpun begitu, dasar perjuangan tetap sama: iaitu untuk membebaskan rakyat daripada penindasan dan kepincangan sebuah kerajaan yang zalim. Cuma kini, seruan perjuangan telah disahut dan didukung dengan teguhnya oleh parti DAP bersama dengan parti-parti komponen lain dalam gagasan Pakatan Rakyat.

Jika dahulu satu politik baru telah berjaya dicetuskan melalui usahasama UMNO, MCA dan MIC dalam Parti Perikatan, pada hari ini saya percaya kita boleh memperbaharui dinamik politik negara kita melalui penggemblengan kesemua kelompok rakyat Malaysia dengan tidak mengira kaum atau agama, demi menerbitkan budaya politik masa depan yang berlandaskan persaudaraan rakyat dan bukan sekadar toleransi antara kaum. Inilah antara sebab-sebab utama yang telah menarik hati saya kepada perjuangan parti DAP.

Saya juga tertarik dengan keikhlasan kepimpinan parti untuk mengembalikan sistem urus tadbir negara kita kepada satu sistem yang berlandaskan ketelusan, amanah dan yang menjunjung rakyat.

Komitmen ini jelas termakbul dalam pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang diterajui Ketua Menteri Lim Guan Eng. Iltizamnya tidak goyah dan sungguh mengkagumkan meskipun diserang dengan gegak gempita pada setiap masa oleh jentera Barisan Nasional yang bersifat perkauman.

Dalam keadaan negara yang makin pincang dan ketandusan modal yang bernas, adalah jelas bahawa kepimpinan kerajaan pusat sudah tidak lagi mengenali dan memahami nadi rakyat. Setiap tahun makin ramai warga Malaysia yang meninggalkan tanah air untuk mencari rezeki dan kehidupan baru di negara lain.

Antara sebab utama yang memangkin penghijrahaan mereka adalah kehilangan kepercayaan kepada kemampuan kerajaan untuk menyediakan kestabilan dan kemantapan yang dikehendaki, bukan sekadar dalam penyediaan peluang pekerjaan tetapi juga dalam institusi-institusi negara yang makin dicurigai kebebasannya.

Masalah ini akan menjadi parah apabila negara kita kehausan bakat muda dalam pelbagai-bagai bidang.

Di sini saya melihat bahawa satu kelebihan parti DAP dan juga parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat adalah keupayaannya untuk menarik minat golongan cediakawan muda kepada arus perjuangan politik.

Ini amat penting kerana masa depan negara bergantung terus kepada kebijakan generasi muda.

Dalam pada itu, saya melihat kewujudan pemimpin-pemimpin muda yang menampilkan kecerdikan dan kesungguhan yang cukup subur dan cekap, bukan sahaja dalam DAP malah juga dalam parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat, sebagai satu tanda yang sihat untuk masa depan negara.

Dengan itu saya tidak gentar, malah berbangga sekali, untuk menyertai barisan yang amat cekal ini.

Selain daripada yang sudah dicatat, saya juga tertarik kepada pendirian parti DAP yang tegap dan kukuh mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, khususnya Artikel 152 dan 153, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh dalam ucapan penggulungannya semasa Konvensyen Pakatan Rakyat tempoh hari.

Komitmen terhadap pemeliharaan Perlembagaan Persekutuan ini adalah satu dasar yang amat penting sekali, kerana ia membuktikan keikhlasan parti dalam usaha menegakkan lambang-lambang utama negara seperti status Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan juga hak agama-agama lain untuk diamalkan, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain, dan juga pengunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Lunas sekali bahawa parti DAP adalah sebuah parti yang berteraskan prinsip-prinsip kenegaraan yang sewajarnya.

Kini kita berada di ambang perubahan. Rakyat mencari-carikan budaya politik yang baru. Budaya politik yang tidak menindas tetapi menjunjung rakyat.

Budaya politik yang tidak berunsurkan isu-isu sempit seperti perkauman tetapi berlandaskan keperluan jati rakyat sejagat.

Saya percaya bahawa parti DAP mampu dan akan terus mara dalam perjuangan untuk merubah kemelut yang sedia ada demi membina satu wawasan Malaysia yang adil dan saksama.

Dan itulah dasar kenapa saya memilih roket.by Zairil Khir Johari

Read more ...

Santan, petrol, minyak tanah naik serentak. Bakal naik bahan binaan

Santan Pula Naik Harga

KUALA LUMPUR, 5 Jan. : Suri rumah yang ditemui rata-rata merungut apabila harga bahan keperluan utama memasak iaitu santan naik mendadak 60 peratus iaitu daripada RM4.50 kepada RM6.50 sekilogram.

Harga itu mula naik dua minggu lalu kerana bekalan kelapa di pasaran berkurangan lebih 50 peratus hingga menjejaskan pengeluaran santan.


Tinjauan Harian Metro di Pasar Chow Kit dan Pasar Besar Gombak mendapati hampir keseluruhan peniaga menjual santan dengan harga RM6 hingga RM6.50 setiap kilogram berbanding sebelum ini sekitar RM4.50 sekilogram.


Suri rumah, Yah Yussuf, 44, berkata kenaikan mendadak itu membebankan belanja dapur isi rumah kerana terpaksa berbelanja besar untuk memasak setiap hari.


“Kenaikan sekitar RM2 tidak wajar kerana memberi tekanan kepada perbelanjaan harian,” katanya.

Petrol, Minyak Tanah Naik 10 Sen















KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata, dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Hashim yang dihubungi berkata, beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam ini.Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Dis lalu, menjadikan RM2.30 seliter.

Kenaikan esok tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram.

Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini. - BERNAMA

Harga bahan binaan dijangka naik


KUALA LUMPUR - Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM) menjangkakan peningkatan harga bahan mentah bagi industri pembinaan tahun ini, namun masih pada tahap yang berpatutan.

Presidennya, Kwan Foh Kwai, berkata persatuan itu menjangkakan peningkatan itu kurang daripada 10 peratus.


"Jika kenaikan harga bahan mentah lebih daripada 10 peratus, peserta industri akan mencari sumber alternatif.


"Harga bahan mentah sentiasa ditentukan oleh kuasa pasaran, walaupun akan ada kenaikan harga tetapi dalam peratusan yang berpatutan," katanya kepada pemberita selepas upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara MBAM dengan Universiti Terbuka Malaysia (OUM) di sini semalam.


Mengenai prospek industri bagi 2011, Foh Kwai berkata, MBAM yakin tahun ini menjanjikan keadaan yang baik, disokong oleh pelaksanaan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan Program Transformasi Ekonomi (ETF).


Sementara itu, menyentuh mengenai MoU yang ditandatangani semalam, beliau berkata, kedua-dua pihak akan bekerjasama untuk menghasilkan program-program pendidikan dan latihan bagi industri pembinaan.



Read more ...

Penjelasan Gani Patail diragui , tubuh Suruhanjaya Diraja siasat

AG jumpa SPRM, perjelas pemergiannya ke Mekah

http://pinkturtle2.files.wordpress.com/2010/05/gp.jpgPeguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam majlis dialog dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberi maklum balas mengenai isu beliau dan keluarganya mengerjakan haji di Mekah baru-baru ini.

Selain itu ia berkenaan dakwaan bloger yang membabitkan beliau dengan kes MASKargo, menurut kenyataan akhbar SPRM yang dikeluarkan hari ini.

SPRM berkata sesi dialog antara Abdul Gani dengan ahli-ahli Lembaga Jawatankuasa dan panel SPRM diadakan atas permintaan Abdul Gani sendiri.

Seramai 30 daripada 42 ahli Lembaga Jawatankuasa dan Panel SPRM menghadiri sesi dialog yang diadakan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Jalan Duta, di ibunegara.

Abdul Gani juga turut "memberi maklum balas dan penyelarasan terbuka mengenai kes-kes yang menjadi isu semasa."

Turut hadir pada dialog itu ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohammed serta pengurusan tertinggi dan pengarah-pengarah bahagian SPRM.

Portal berita dan bloger telah memainkan gambar Abdul Gani yang dilihat bersama Shahidan Shafie, orang yang dikatakan rapat dengan bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajuddin Ramli, semasa beliau mengerjakan haji di Mekah.

Mereka mendakwa Shahidan telah meyakinkan Abdul Gani agar tidak membuat pertuduhan terhadap Tajuddin yang menjadi pengerusi MAS dari 1994 hingga 2001, berhubung kerugian syarikat penerbangan nasional itu.

MAS dilaporkan telah mengemukakan beberapa laporan terhadap Tajuddin dengan SPRM yang menyebut langkah Tajuddin untuk memindah operasi MAS kargo di Amsterdam dan Frankfurt kepada satu hab sahaja di Hahn, Jerman sebagai kerugian terbesar yang dialami di bawah Tajuddin.

Operasi hab tersebut dilaporkan mengelami kerugian bulanan antara RM10 juta hingga RM16 juta sebelum ia ditamatkan dan kerajaan mengambih alih MAS pada 2001.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam majlis dialog dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini turut memberi maklum balas mengenai isu beliau dan keluarganya mengerjakan haji di Mekah baru-baru ini.

Selain itu ia berkenaan dakwaan bloger yang membabitkan beliau dengan kes MASKargo, menurut kenyataan akhbar SPRM yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.

SPRM berkata sesi dialog antara Abdul Gani dengan ahli-ahli Lembaga Jawatankuasa dan panel SPRM diadakan atas permintaan Abdul Gani sendiri.

Seramai 30 daripada 42 ahli Lembaga Jawatankuasa dan Panel SPRM menghadiri sesi dialog yang diadakan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia di Jalan Duta, di Kuala Lumpur.

Abdul Gani juga turut "memberi maklum balas dan penyelarasan terbuka mengenai kes-kes yang menjadi isu semasa."

Turut hadir pada dialog itu ialah Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohammed serta pengurusan tertinggi dan pengarah-pengarah bahagian SPRM.

Portal berita dan bloger telah memainkan gambar Abdul Gani yang dilihat bersama Shahidan Shafie, orang yang dikatakan rapat dengan bekas pengerusi Malaysia Airlines (MAS) Tan Sri Tajuddin Ramli, semasa beliau mengerjakan haji di Mekah.

Mereka mendakwa Shahidan telah meyakinkan Abdul Gani agar tidak membuat pertuduhan terhadap Tajuddin yang menjadi pengerusi MAS dari 1994 hingga 2001, berhubung kerugian syarikat penerbangan nasional itu.

MAS dilaporkan telah mengemukakan beberapa laporan terhadap Tajuddin dengan SPRM yang menyebut langkah Tajuddin untuk memindah operasi MAS kargo di Amsterdam dan Frankfurt kepada satu hab sahaja di Hahn, Jerman sebagai kerugian terbesar yang dialami di bawah Tajuddin.

Operasi hab tersebut dilaporkan mengalami kerugian bulanan antara RM10 juta hingga RM16 juta sebelum ia ditamatkan dan kerajaan mengambil alih MAS pada 2001.

- Bernama

Read more ...

Perbandingan berfakta : Teruknya kerajaan BN, berwibawanya kerajaan PR

Perbandingan prestasi antara kerajaan BN dengan PR




Selepas dekat tiga tahun berlakunya perubahan politik pada 8 Mac 2008, satu pengesahan kepada prestasi tadbir urus negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat telah disediakan oleh Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU).

Lima negeri dalam dua kategori berasingan, iaitu Johor, Pahang dengan Selangor; dan juga Melaka dengan Pulau Pinang, telah dipilih untuk membuat perbandingan dari tiga sudut: pengurusan kewangan, pentadbiran negeri dan pendemokrasian masing-masing.

PENGURUSAN KEWANGAN

Johor/Pahang dengan Selangor


Secara keseluruhannya, proses membaiki status kewangan negeri telah bermula di Kerajaan Negeri Selangor, namun langkah pemantapan prestasi kewangan Kerajaan Negeri Johor dan Pahang belum lagi mempamerkan perubahan positif. Tahap kemantapan pengurusan kewangan dapat dilihat daripada Laporan Ketua Audit Negara yang mengesyorkan supaya Selangor meneruskan perbelanjaan berhemat dan terus berusaha mengutip baki pinjaman boleh dituntut di samping usaha berterusan terhadap kutipan tunggakan bayaran pinjaman boleh dituntut, manakala Johor dan Pahang disyorkan perlu mempertingkat dan memperkukuhkan lagi prestasi kewangan (Johor), dan perlu mengamalkan perbelanjaan berhemat (Pahang).

Dari segi Nisbah Semasa, Kerajaan Negeri Selangor memperoleh nisbah lebih daripada 1, manakala Kerajaan Negeri Johor dan Pahang memperoleh nisbah kurang daripada 1. (Analisis Nisbah Semasa adalah untuk mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri dalam membiayai jumlah Tanggungan Semasa. Sekiranya nisbah yang dihasilkan melebihi daripada 1, maka ini menunjukkan tanda yang positif dari segi kedudukan kecairan tunai.) Fakta ini menunjukkan bahawa kecairan tunai Kerajaan Negeri Johor dan Pahang adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.

Dari segi defisit, ketiga-tiga negeri mencatat defisit, iaitu Johor RM70.35 juta, Pahang RM42.27 juta dan Selangor RM65.96 juta. (Defisit dalam maksud ini mengambil kira perbandingan antara hasil dengan perbelanjaan mengurus Kerajaan Negeri bagi tempoh perakaunan semasa dan tahun sebelumnya untuk mengukur lebihan atau defisit bagi Akaun Hasil Disatukan.) Namun begitu, defisit Negeri Pahang dan Johor adalah lebih parah jika berbanding dengan Selangor apabila diambil kira faktor kutipan hasil.

Keadaan di Negeri Pahang menunjukkan bahawa prestasi kewangan Kerajaan Negeri semakin menurun dengan ketara sejak tahun 2007 kerana hasil kutipan tidak dapat menampung perbelanjaan tahunan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009, m.s 17) Kerajaan Pahang telah membentangkan belanjawan defisit untuk tahun ke-12 berturut-turut sehingga tahun 2010. (http://paslipis.wordpress.com/2009/11/19/kerajaan-bn-pahang-bentang-bajet-defisit-12-tahun-berturut-turut-2/) Bagi Negeri Johor, tahap defisit tahun 2009 adalah yang tertinggi dalam tempoh lima tahun kebelakangan. (Laporan Ketua Audit Negera, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009, m.s 19)

Selain itu, gabungan hasil kedua-dua buah negeri adalah sebanyak RM1,243 juta berbanding dengan hasil Negeri Selangor sebanyak RM1,764 juta, tetapi gabungan defisit adalah sebanyak RM120.95 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih tinggi daripada defisit Selangor yang berjumlah RM65.96 juta.

Analisis Perbandingan Antara Hasil dengan Perbelanjaan Mengurus Kerajaan Negeri Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Bagi Tempoh 2005 hingga 2009

Melaka dengan Pulau Pinang

Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat baru sahaja mengambil alih negeri Pulau Pinang, namun jika dibandingkan dengan Kerajaan Barisan Nasional di negeri Melaka, wujud perbezaan yang cukup meyakinkan mengikut gaya dan pendekatan seperti mana yang terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.

Umpamanya, KPRU mendapati bahawa kedudukan kewangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang secara keseluruhannya adalah baik dengan melakukan beberapa pengubahsuaian dalam aktiviti perolehan, bentuk perbelanjaan yang benar-benar berhemat tanpa menjejaskan kebajikan rakyat Pulau Pinang. Hasilnya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengakhiri tahun kewangan 2009 dengan lebihan sejumlah RM77.34 juta menjadikan lebihan dana terkumpul berjumlah RM538.95 juta. Berbanding dengan pesaingnya, prestasi kewangan yang dicatatkan oleh Kerajaan Negeri Melaka bertambah baik daripada defisit RM4.56 juta pada tahun 2008 kepada lebihan dana RM0.30 juta.

Selain itu, analisis Nisbah Semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2009 mendapati Nisbah Semasa Kerajaan Negeri adalah 5.25:1 melebihi satu, manakala Nisbah Semasa Melaka adalah kurang daripada 1. Fakta ini menunjukkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang berkemampuan untuk menampung jumlah tanggungan semasa manakala Melaka gagal menampung tanggungan tersebut.

Dari segi pelaburan kerajaan negeri, kebijakan pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus menjadi teladan bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri Melaka, malah semua Kerajaan Negeri dalam Persekutuan di mana jumlah dividen dan keuntungan mencatatkan angka tertinggi sejak tahun 2005. Sila rujuk jadual yang dipetik daripada Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 28).

Pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Melaka pula mencatatkan pencapaian yang sebaliknya. Semakin besar pelaburan yang dibuat olehnya, belum tentu lagi pulangan faedahnya lumayan. Fakta ini terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 32)

Pelaburan Kerajaan Negeri Melaka


PENTADBIRAN NEGERI

Johor/Pahang dengan Selangor

Secara keseluruhannya, adalah didapati bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat bersikap lebih responsif dan cekap dalam urusan pentadbiran negeri. Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja tidak segan mendedahkan isu-isu kontroversi supaya orang awam termaklum dengan perkembangan, malah ianya juga tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah. Misalannya, dalam isu jamuan makan yang menelan RM300 ribu anjuran Yayasan Selangor baru-baru ini, Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor diarah mengambil cuti selama sebulan berkuat-kuasa serta merta. (http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=29467:timbalan-pengurus-yayasan-selangor-diarah-cuti&catid=1:utama&Itemid=50)

Corak pentadbiran sebegini tidak kelihatan dalam negeri pemerintahan Barisan Nasional.

Kajian Kes: Isu Curi Pasir

Dari segi pentadbiran negeri, sebenarnya Negeri Pahang dan Johor juga dibelenggui isu curi pasir, malah mungkin lebih serius daripada apa yang berlaku di Selangor. Akan tetapi isu curi pasir di kedua-dua negeri tersebut jarang diberi perhatian akibat liputan media yang tercondong.

Misalnya, pada tahun 2009, Kerajaan Negeri Selangor mengalami kerugian RM1.82 juta daripada royalti tidak berkutip, tetapi kerugian yang dialami oeh Kerajaan Negeri Pahang adalah sebanyak RM3.23 juta, iaitu lebih kurang satu kali ganda lebih daripada kerugian yang dialami oleh Kerajaan Selangor. (Laporan Ketua Audit Negara, Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009, m.s 50)

Di Johor pula, adalah didapati juga kegiatan perlombongan pasir yang mula beroperasi sejak tahun 2003 tetapi tidak menyediakan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA), aliran air sungai berubah, berlakunya tanah runtuh, pencerobohan, pihak penguatkuasa tidak memantau secara berkala, dan banyak lagi.

Tambahan lagi, kegiatan perlombongan pasir di Pahang dan Johor telah menyukarkan nelayan yang menggunakan Kuala Sungai Miang tersebut sebagai laluan keluar masuk bot mereka untuk ke laut menangkap ikan. Menurut mereka, kuala sungai telah menjadi semakin cetek dan dipenuhi pasir yang menghalang pergerakan bot.

Dari segi mengatasi isu kekurangan koordinasi antara jabatan dan pencurian pasir, tindakan Kerajaan Negeri Selangor juga jauh lebih responsif jika berbanding dengan Kerajaan Negeri Pahang. Satu Jawatankuasa Khas diketuai Ketua Setiausaha Negeri, dan melibatkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS) serta Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang sering mengadakan pemantauan bersama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) telah ditubuhkan serta merta. Sebaliknya, sehingga hari ini Kerajaan Negeri Pahang belum lagi mengambil apa-apa langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

Melaka dengan Pulau Pinang

Struktur pentadbiran yang cekap dan beramanah juga banyak membantu mengangkat status sosioekonomi negeri Pulau Pinang. Agenda Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang menekankan kepada prinsip akauntabiliti, ketelusan dan kebertanggungjawaban (CAT) telah terbukti meyakinkan rakyat dan para pelaburnya walaupun memiliki sumber-sumber negeri yang begitu terhad sekali. Apatah lagi bantuan Kerajaan Persekutuan yang dihulurkan adalah tidak ikhlas dan bertujuan memporak-perandakan politik Pakatan Rakyat. Buktinya, Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempersoalkan kewajaran Kerajaan Persekutuan yang memperuntukan RM200 juta kepada Khazanah Nasional untuk membangunkan dan memulihara lokasi warisan negeri sedangkan peruntukan RM30 juta yang turut dinikmati oleh Kerajaan Negeri Melaka diuruskan sendiri tanpa pihak ketiga. Adakah tindakan tersebut dianggap hukuman Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional kepada rakyat Pulau Pinang? Walaupun begitu, hal ini langsung tidak menghalang Kerajaan Negeri untuk menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Berlainan pula dengan Kerajaan Negeri Melaka yang mempunyai daya kebergantungan yang tinggi terhadap Kerajaan Persekutuan untuk menjana pendapatan negerinya. Misalannya, Kerajaan Negeri Melaka memperoleh hasil jualan aset pengurusan air kepada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM39.73 juta. Mungkinkah tanpa pengambilan aset pengurusan air tersebut, Kerajaan Negeri Melaka akan terus terperangkap dalam hutang serta defisit yang tidak tertanggung? Beberapa kelemahan yang ketara perlu diatasi oleh Kerajaan Negeri Melaka seperti kegagalan monorel menyeberangi Sungai Melaka dan projek Eye on Malaysia yang tergendala sekian lama sekiranya negeri Melaka masih berhasrat menjadi pesaing terdekat kepada negeri Pulau Pinang dalam sektor pelancongan. (Eye on Malaysia jadi 'gajah putih' )

PENDEMOKRASIAN

Johor/Pahang dengan Selangor

Dari segi pendemokrasian, adalah jelas bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat, terutamanya Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang masih berada di barisan depan dalam proses pendemokrasian berbanding dengan Negeri-negeri Barisan Nasional. Kerajaan Negeri Selangor telah menerajui dasar dan langkah-langkah berikut yang langsung tidak dihirau oleh Kerajaan Negeri Pahang dan Johor:

1. Menggubal Akta Kebebasan Maklumat;
2. Memberikan satu pertiga kuota kerusi Ahli Majlis PBT kepada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO);
3. Enakmen Perkhidmatan Dewan Negeri Selangor yang memberikan kuasa lebih besar kepada Speaker;
4. Menghidupkan semula SELCAT;
5. Menubuhkan jawatankuasa pilihan khas (Select Committee) dalam sidang DUN Selangor;
6. Mengumumkan aset Exco Selangor;
7. Menggunakan kuasa MB di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mendedahkan pelbagai penyelewengan yang tertutup sebelum itu, antaranya Yayasan Basmi Kemiskinan, Rancangan Revolusi Hijau di Bukit Cherakah, Projek Perhutanan Semula dan lain-lain.

Di samping itu, antara kelebihan lain Kerajaan Negeri Pulau Pinang jika berbanding dengan Melaka adalah idea demokrasi itu dipraktikan secara terbuka. Walaupun terlalu awal untuk diperkatakan, sekurang-kurangnya sudah ada keazaman politik yang jelas untuk melakukan perubahan pada pihak Pakatan Rakyat. Berikut adalah usaha-usaha Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam agenda pendemokrasian negeri:
1. Membentangkan Enakmen Hubungan Kaum pada tahun hadapan;
2. Pilihanraya Ahli Majlis Tempatan untuk perwakilan masyarakat sivil;
3. Membentangkan Enakmen Kebebasan Maklumat pada tahun 2010.

Kesimpulannya, fakta-fakta di atas menunjukkan Kerajaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang diperintah secara lebih berhemat, telus dan cekap berbanding dengan Kerajaan Negeri Johor, Pahang dan Melaka. Laporan Ketua Audit Negara juga memberikan pengiktirafan kepada pengurusan kewangan Negeri Selangor dan Pulau Pinang yang lebih professional. Dari segi pendemokrasian, negeri-negeri tersebut juga mendahului dengan memperkenalkan pelbagai inisiatif yang dapat menjamin hak rakyat.

Perkembangan-perkembangan tersebut dapat dilihat sebagai pengambil-alihan kerajaan baru yang bergiat merealisasikan janjian kepada rakyat dan masih segar untuk melalukan reformasi tanpa ikatan beban tradisi. Dalam konteks negeri, perkembangan positif pasca 8 Mac 2008 juga dapat dinilai dari sudut kebangkitan sistem dua parti, di mana kewujudan sekatan dan imbangan (check and balance) kuasa menjadikan pihak pemerintah lebih berhat-hati dan segan melakukan kesilapan. Secara keseluruhannya, perbandingan dari segi prestasi kewangan, pentadbiran dan pendemokrasian ini wajar menjadi satu asas rujukan kepada rakyat yang sudah berubah dan belum berubah agar mereka menjadi lebih bijaksana dan termaklum dalam membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang.

Rujukan am:
1. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Johor Tahun 2009
2. Laporan Ketua Audit Negara - Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Tahun 2009
3. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pahang Tahun 2009
4. Laporan Ketua Audit Negara - Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pahang Tahun 2009
5. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Selangor Tahun 2009
6. Laporan Ketua Audit Negara - Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2009
7. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Melaka Tahun 2009
8. Laporan Ketua Audit Negara - Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Melaka Tahun 2009
9. Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2009
10. Laporan Ketua Audit Negara - Aktiviti Jabatan/Agensi dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Pulau Pinang Tahun 2009

Disediakan oleh,
Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)

*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang bebas dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

Read more ...