Friday, May 13, 2011

1Malaysia : Pemimpin UMNO solat satu rakaat


Rahim Thamby Chik solat sunat ‘menunjuk-nunjuk’ – Ustaz Shamsul

[KD] KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik melakukan solat solat satu rakaat sahaja sebelum upacara sumpah laknat berlangsung di Masjid Amru Al As Bandar Baru Sentul, dua minggu lalu.

“Saya hairan, Rahim Thamby Chik apabila datang semua buat solat sunat, jam 4.15 petang. Asar tak masuk lagi tak apalah. Mungkin solat tahiyatul masjid. Tapi kenapa solat satu rakaat, takkan solat witir,” kata Ustaz Shamsul Firdaus.

Pendedahan itu dibuatnya sewaktu memberi tazkirah ringkas pada majlis tertutup selepas bacaan Yassin di rumah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, perbuatan bersolat satu rakaat itu membuatkan orang ramai beranggapan Rahim Thamby Chik sebenarnya tidak tahu apa yang dilakukannya tetapi mahu menunjuk-nunjuk.

“Nampak sangat solat itu bukan solat betul-betul, solat nak menunjuk-nunjuk (kepada) orang sahaja,” katanya.

Bekas Imam Masjid Bukit Damansara itu adalah ustaz yang menyerahkan buku qazaf kepada Datuk T dan menasihati mereka supaya membatalkan rancangan sumpah laknat itu.

Ustaz Shamsul berkata, kehadirannya di majlis itu tidak dirancang, malah, peluang menasihati Datuk T dianggap satu ketentuan Allah.

“Kebetulan pada hari berkenaan, saya pakai baju Melayu sepasang, saya pakai kopiah putih tapi sebelum saya keluar dari kereta saya tukar songkok hitam.

“Nampak songkok tinggi sikit. Boleh masuk geng GST (geng songkok tinggi). Kemudian tak semena-mena kumpulan berkenaan, anggota polis, Pemuda Umno, bagi laluan dia ingat saya imam masjid,” kata Ustaz Shamsul sambil tergelak kecil.

Pada upacara itu, pelbagai kejadian ‘aneh’ berlaku sepanjang proses Datuk Eskay Abdullah membuat sumpah laknat antaranya Eskay memegang al-Quran terbalik dan lafaz kalimah syahadah kedengaran tidak tepat, malah beliau turut memakai baju kalis peluru.

Read more ...

PENDEDAHAN : Utusan terima arahan Biro Politik UMNO diketuai Najib setiap hari

Kantoiii...Inilah "Kerja Gila Babi" Pemimpin Umno...

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Mohamad Hata Wahiri berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Hatta dalam wawancaranya dengan laman web, Free Malaysia Today (FMT) (gambar) berkata, Ketua Pengarang Utusan yang ada sekarang akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam.

Yang hadir dalam mesyuarat itu adalah Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan.

Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat ini akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri.

Hata telah dipecat oleh Utusan 1 Mei lalu, dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada setiap 3 Mei. Alasan Utusan adalah kerana Hata memalukan Utusan dalam kenyataan-kenyataan medianya.

"Utusan akan melaksanakan isu yang diarahkan selama tiga hari sebelum menghentikan sepenuhnya kecuali menerima sokongan kuat dari pemimpin utama BN," laporan laman web itu.

Utusan mendapat serangan dari pelbagai pihak sejak kebelakangan ini ekoran tindakannya mensensasikan pelbagai isu yang dianggap tidak wajar.

Yang terbaru isu "Kristian menjadi agama rasmi" sehingga MCA, rakan kongsi Umno dalam Barisan Nasional (BN) juga tidak percaya lagi kepada akhbar itu.

Selepas mendapat reaksi negatif, Najib sendiri seolah-olah tidak bersetuju dengan laporan itu dan meminta isu itu dihentikan.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika menjawab soalan wartawan tentang isu ini berkata, "Takkan saya nak percaya Utusan kalau MCA pun tidak percaya."

Utusan juga menjadikan agenda menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila mendakwa Anwar menggelarkan Perdana Menteri Najib sebagai 'pundi kutty' satu kenyataan mencarut dari bahasa Tamil.

Namun begitu, Anwar menafikan dakwaan itu kerana beliau menggelarkan pundi kutty kepada tindakan bejat BN bukannya kepada Najib.

Menurut FMT lagi, Hatta berkata, semasa Utusan dipimpin oleh Datuk Khalid Mohamad, perkara yang berlaku dalam Utusan sekarang tidak berlaku.

Ia hanya mula berubah selepas kekalahan teruk BN dalam pilihan raya umum 2008 dan Khalid telah digantikan oleh Datuk Aziz Ishak sebagai Ketua Pengarang.

"Menurut Hata, Aziz tidak mempersoalkan arahan editorial yang ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang bermesyuarat setiap Isnin malam bagi membincangkan agenda mingguan akhbar itu," lapor FMT.

Namun begitu, strategi ini telah memberikan kesan buruk kepada Utusan apabila jualannya jatuh merudum dan akhbar ini dilaporkan mengalami kerugian RM20 juta sejak 2009.

"Data dari Audit Bureau of Circulation (ABC) menunjukkan jualan harian akhbar ini jatuh 20 peratus antara Jun 2006 hingga Jun 2010," lapor FMT.

Read more ...

Politik 'talam dua muka' UMNO makan diri


Taktik “talam dua muka” najib makan diri sendiri: Husam

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat Datuk Husam Musa menyifatkan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu ‘konspirasi Kristian’ hanya memakan dirinya sendiri.

Husam berkata Najib sebelum ini ‘merestui’ agenda Utusan Malaysia memainkan sentimen ‘bimbang’ (fear psychology) hanya untuk memastikan supaya orang Melayu kekal menyokong Umno-Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya akan datang sama seperti isu ‘tengkolok bersalib’ yang dikenakan Tengku Razaleigh Hamzah menjelang pilihan raya umum tahun 1986.

“Namun apabila agenda ini bergerak memakan tuan dan langkah Utusan Malaysia ditolak oleh majoriti rakyat, Najib tiba-tba berubah mengambil watak bersikap lebih sederhana dan pertengahan,” kata exco kanan kerajaan negeri Kelantan itu.

Malah Najib kelmarin mengeluarkan kenyataannya bahawa teori menukar kedudukan Islam dalam perlembagaan negara adalah tidak nwujud dan menyeru ‘semua pihak membendung perasaan emosi untuk tidak membuat perkara yang boleh mengganggu-gugat keamanan, keharmonian serta kesejahteraan negara’.

“Persoalannya, jika Perdana Menteri sedar gerakan ini membahayakan negara kenapa Utusan Malaysia bebas menjadi ‘anak nakal’ yang tidak bertanggungjawab menabur api fitnah sesuka hati?

Dua watak PM

“Ini bermakna, Perdana Menteri selaku presiden Umno sebenarnya merestui agenda Utusan Malaysia. Perdana Menteri bermain dua watak sekaligus dan membawa ‘dua pancing satu umpan’.

“Sikap talam dua muka dengan isu sensitif ini dikuatkan dengan tiada sebarang tindakan tegas diambil ke atas Utusan Malaysia.

“Dengan itu, boleh dipastikan Utusan Malaysia akan terus-menerus menggunakan kad perkauman dan agama menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata tindakan Utusan yang bersifat provokatif dan Najib dalam masa yang sama mengambil sikap lepas tangan adalah sama sekali menyalahi ajaran Islam dan berbahaya kepada norma kerukunan masyarakat Malaysia pada keseluruhannya.

“Ini adalah politik Machiavelli pada peringkat yang tertinggi,” katanya.

Surat teguran

Sementara itu, Utusan Malaysia semalam dikenakan surat teguran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung laporan muka
hadapannya ‘Kristian agama rasmi?’ serta laporan yang disiarkan di halaman 5 pada Sabtu lalu.

Selain teguran, surat tersebut juga memanggil pengarang Utusan memberi penjelasan kerana menyiarkan perkara yang didapati bertentangan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984.

KDN dalam satu kenyataannya berkata surat teguran tersebut telah diserahkan kepada Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Datuk Aziz Ishak.

“KDN akan terus memantau setiap akhbar yang dikeluarkan supaya tidak menyebarkan berita-berita yang boleh menggemparkan fikiran orang ramai atau kandungan-kandungan yang bertentangan dengan AMCP 1984,” menurut kenyataan itu lagi.

Laporan berkenaan yang memetik tulisan dalam blog mencetuskan kontroversi apabila mendakwa terdapat konspirasi sekumpulan pendita Kristian yang didakwa berikrar untuk melantik Perdana Menteri daripada penganut agama itu.

fmt

Read more ...

Wang royalti : UMNO tipu rakyat Terengganu

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/draliasroyalti.gifKUALA NERUS - Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang 'naik gila' sekarang, dengan membangkitkan pelbagai fitnah yang dilemparkan kepada
pimpinan Pakatan Rakyat bagi memecahbelahkan gabungan parti-parti dalam pakatan tersebut.

Timbalan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, Dr. Alias Razak berkata, pelbagai fitnah tersebut turut dibawa oleh Umno-BN ke dalam Persidangan
Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) Terengganu.

"kalau di luar, hari ini duk (sedang) sibuk isu fitnah. ni fitnah ni kerja UMNO fitnah kepada pimpinan PR. yang kita tahu, fitnah ni memang mainan

mereka untuk mejatuhkan maruah, dan untuk memecahbelahkan gabungan yang mantap dalam PR pada hari ini (yang) sangat menakutkan
UMNO,

"sehinggakan bukan setakat fitnah peribadi, fitnah agama, fitnah kaum dan berbagai-bagai lagi. bukan sahaja di luar dewan (sidang DUN), dalam dewan pun masih fitnah. dengan isu agama Kristian (sebagai) agama rasmi, dengan (fitnah keatas) DAP dan macam-macam lagi. macam-macam fitnah yang dituju kepada pimpinan pakatan rakyat pada hari ini,"ujarnya ketika menyampaikan Ucapan dalam Majlis Penerangan Isu-Isu Sidang DUN, di Mengabang Telipot, dekat sini, Rabu 11 Mei.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, mereka bukan sahaja melakukan fitnah malah menipu rakyat dalam soal wang royalti.

Bahkan, katanya, pemimpin Umno bukan sahaja menipu rakyat, tetapi menipu sesama mereka, dikalangan ahli Umno dan BN sendiri.

"dalam dewan (sidang DUN) dua tiga hari ni, sibuk dengan tipu pula. ni kerja UMNO tipu, saya nak sebut bahawa, UMNO ni dia bukan sahaja tipu rakyat, sama-sama dia pun dia tipu. kalau kita dengar, PM (Perdana Menteri) dan menteri kabinet ditipu oleh Presiden MCA atas kes PKFZ (kes)
pelabuhan klang tu,

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/perjanjianroyalti%20028.jpg"di negeri Terengganu yang paling malang, PM tipu MB. MB pula cuba nak tipu rakyat. Tipu rakyat hal soal royalti. mula-mula PM mari di PRK Kuala Terengganu, tipu, bawak cek besar, (bernilai) RM408 juta. inilah wang royalti. tapi sebenarnya cek tu pun tak laku. sama-sama dia (pun menipu), dia tipu PM tipu MB,"jelasnya.

Menurutnya, semasa sidang DUN Disember lalu, MB Terengganu Dato' Seri Ahmad Said berjanji dalam sdiang tersebut, wang royalti akan dibayar kepada kepada kerajaan negeri pada bulan Mac 2011.

http://buletinonline.net/images/stories/berita47/perjanjianroyalti%20058.jpgNamun begitu, katanya, bila ditanya dalam sidang DUN pada Isnin 10 Mei, Ahmad menjawab ia dibayar 'secara ansuran' sebanyak tiga kali bayaran.

"bila mari dewan (sidang DUN) kelmarin, apabila ditanya, dia (Ahmad Said) kata bayar dah, (kita tanya) bayar guane (macamana)? bayar tiga kali,


"(kalau bayar) tiga kali bukan royalti. ini nama dana khas, macam hok dulu-dulu jugak. tapi dia cuba nak tipu kita pula,"tegasnya

[Gambar kiri ; Lihat salinan asal perjanjian royalti BM ms1/ ms2/ ms3/ ms4 BI ms1/ ms2/ ms3/ ms4 ]

Menurut Perjanjian Royalti antara Petronas dengan Kerjaan Negeri Terengganu, kata Dr Alias, Petronas mesti bayar secara tunai terus kepada kerajaan negeri, mengikut kadar 5% daripada hasil jualan petroleum yang disedut daripada bumi Terengganu.

Katanya lagi, Petronas mesti membayar bayaran tunai royalti secara terus tersebut sebanyak dua kali setahun, pada bulan Mac dan bulan September pada setiap tahun, tanpa melalui orang tengah.

"(yang) namanya royalti. dia (Petronas) kena bayar dalam bulan Mac. yang kedua dia mesti bayar dalam bulan 9. tapi ni dia jawab, hok separuh tahun nak bayar dalam bulan mac 3 kali bayaran. melalui kerajaan pusat. melalui kementerian kewangan. kalau ini (itu), bukan namanya royalti. ini wang ehsan atau dana khas,"katanya.

Tambahnya, Pembayaran wang ehsan atau dana khas adalah pembayaran yang diamalkan, setelah kerajaan Umno-BN pusat merampas bayaran royalti daripada kerajaan negeri Terengganu semasa pemerintahan PAS pada tahun 2000

Read more ...

Blogger UMNO belasah BigDog kerana BigDog makin disayangi UMNO

Blogger Umno terus kecam bigdog,gesa minta maaf

Ekoran pendedahan provokasi yang didedahkan melalui blog “Bigdog”, penulis blog itu terus dikecam hebat oleh beberapa blog pro-Umno yang tidak bersetuju dengan laporan yang dikeluarkan itu.

Malah blog-blog pro-Umno ini juga menyifatkan penulis blogger “Bigdog” sebagai bongkak kerana enggan mengakui kesalahan dan meminta maaf.

Penulis blog “Bigdog” melalui entri bertajuk “Making Christianity the official religion?” mendakwa wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara.

Selain menjadikan Kristian agama rasmi negara, penulis blog itu juga mendakwa ia akan melantik perdana menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Ekoran pendedahan penulis blog “Bigdog” itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan Sabtu lalu dengan tajuk “Kristian Agama Rasmi?” yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat, Barisan Nasional (BN) dan kumpulan Kristian.

Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.

Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog pro-Umno.

“Untuk kontroversi terbaru ini bukan orang Melayu, Cina dan India sahaja, malah semua rakyat Malaysia mesti bangun mendesak dia menarik semula kenyataan ‘Kristian Sebagai Agama Rasmi Negara?, yang kononnya didesak oleh sekumpulan paderi dan pemimpin DAP agar Kristian dijadikan agama rami negara.

“Pandangan blogger ini telah dikeluarkan di muka hadapan Utusan Malaysia, tiada bukti, tiada fakta… hanya sekeping gambar dikeluarkan. Mungkin ramai yang keliru dengan status blogger ini,” kata kata blogger “Gelombang-Rakyat”.

Tambah penulis blog itu, tindakan “Bigdog” itu akan menjatuhkan imej dan kepimpinan negara.

“Kenapa perlu nyatakan yang palsu? Tindakan Bigdog ini bukan sahaja menjatuhkan imej kepimpinan negara, malah boleh mencetuskan perpecahan perpaduan yang dipupuk sejak sekian lama.

“Lebih pelik, ia hanya sekadar rekaan semata-mata. Sebenarnya ini yang dinamakan mainan politik dan tidak mustahil Bigdog akan terus melaksanakan strategi-strategi begini,” katanya.

Sementara itu blogger “Gelombangwangsamaju” bersetuju blogger “Bigdog” ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mencetuskan provokasi yang menggugat ketenteraman dan keharmonian negara.

“Saya memang bersetuju, ISA sahaja, blogger pro-kerajaan yang memalukan BN dengan membangkitkan isu sehingga menggugat ketenteraman awam dan bakal menyebabkan perbalahan antara agama,” katanya.

Sementara itu blogger “Papa Gomo”, menyifatkan tuduhan palsu yang dilemparkan “Bigdog” bukan sahaja menjatuhkan imej negara tetapi kesannya turut diterima blogger pro-Umno yang lain.

“Kalau sudah salah mengaku sahaja, tidak perlu nak bongkak sangat… akibat dari tindakan anda ini telah mengakibatkan Malaysia jadi kecoh dan ketenteraman awam tergugat malah kesannya turut mencalar imej kami blogger pro-Umno yang lain.

“Kenapa nak bongkak sangat? Kerana dia, semua blogger terima tempias, isu yang dibawa Bigdog ini kesan kecelakaannya amat besar dan tidak ada guna nak simpan blogger macam ini.

“Bukan sekali dia merosakkan kerajaan malah sudah berpuluh-puluh kali… cukup-cukuplah elok anda duduk diam dan keluarkan permohonan maaf, tidak perlu keluarkan kenyataan yang bongkak dan angkuh,” katanya.

Awal pagi tadi The Malaysian Insider melaporkan blogger “Bigdog” mempertahankan tulisannya dan enggan membuat permohonan maaf atas laporan yang disifatkan sebagai fitnah.

“Tidak (akan minta maaf), atas alasan apa saya perlu minta maaf? Kenapa saya perlu minta maaf? Kepada siapa saya harus minta maaf?

“Saya tidak akan minta maaf, saya tidak tahu sebab apa (perlu minta maaf), mereka perlu baca balik laporan saya itu, kalau tidak faham saya boleh jelaskan,” kata penulis blog “Bigdog” kepada The Malaysian Insider.

tmi

Read more ...

Anak pemimpin PAS bakal jadi calon DAP

Kemungkinan akan berlaku dalam PRU13 nanti: Mat Sabu

“Sebagai seorang muslim, saya mesti percaya bahawa ia sebagai undang-undang tertinggi yang perlu dilaksanakan. Tetapi, sebelum pelaksanaan Hukum Hudud ini, banyak lagi perkara yang boleh ditonjolkan, kebaikan Islam itu. Misalnya good governance (urus-tadbir yang baik), akauntibiliti, tidak rasuah, tolak nepotisme. Dan sekarang ini saya nampak, kalau PAS slow (perlahan) dalam bidang ini, for the future, DAP will take over.”

Demikianlah kegusaran yang menyelubungi seorang pemimpin politik veteran, Mohamad Sabu (gambar kanan) yang menyertai PAS sejak tahun 1977. 34 tahun daripada pemimpin yang berusia 56 tahun ini dicurahkan untuk perjuangan PAS. Kesetiaannya bersama parti sukar dipertikai, pada masa yang sama beliau juga sahabat akrab kepada pemimpin DAP yang menerajui tampuk pimpinan sekarang.

Lanskap politik tanahair berubah dilanda “tsunami” pada 8 Mac 2008. PAS dan DAP yang sering bertentangan pendirian dalam isu “Hukum Hudud” dipaksa untuk duduk semeja berikutan sentimen rakyat untuk menentang Barisan Nasional. Namun demikian, “Hukum Hudud” kekal sebagai isu kontroversi, khususnya apabila berdepan dengan masyarakat bukan muslim.

Mohamad Sabu mengakui bahawa pelaksanaan hukum hudud bukannya sesuatu yang senang, melibatkan pindaan perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat, dan hasrat ini perlu dirunding bersama dan direstui rakan-rakan partinya. Tetapi, beliau lebih mengambil berat bagaimana Islam diterjemahkan kepada “urus-tadbir yang baik”, untuk peringkat ini.

“Boleh capai atau tidak (pelaksanaan hukum hudud), itu soal cita-cita,” Mat Sabu sekali lagi berjenaka, “Macam kita-lah, nak kahwin seorang puteri. Mungkin kita tidak dapat puteri itu, kita dapat kahwin dengan kerabat diraja pun cukuplah!”

Anak muda Melayu teruja nak sertai DAP

Calon Timbalan Presiden PAS ini berkongsi pengamatan dan pengalamannya dalam senario politik pasca 8 Mac 2008. “Ramai anak muda Melayu berjumpa saya sekarang. Dia kata Pak Mat, bila Pak Mat nak join DAP? Kalau Pak Mat join DAP, kami akan bersama…”

Ketika ditanya mengapa pendirian DAP yang jelas menentang pembentukan Negara Islam itu tidak menghalang anak muda Melayu daripada menyokong parti itu, Mat Sabu menjelaskan bahawa kecenderungan ini disebabkan dasar-dasar yang ditawarkan DAP, misalnya urus-tadbir yang baik, dengan konsep “CAT” (Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan) oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dan sebagainya.

Secara terus-terang Mat Sabu berkata, pembangkang tidak boleh hanya mendakwa dirinya menentang Akta Rahsia Rasmi (OSA), tetapi pada masa yang sama tidak menawarkan sesuatu apabila menguasai kerajaan negeri. Mat Sabu menganggap ini adalah kehendak orang ramai, dan beliau amat bimbang seandainya PAS tidak merobah konsep ini.

Beliau enggan mengulas secara terperinci, walaupun wartawan MerdekaReview membangkitkan kerajaan negeri Kedah yang dikuasai PAS, yang kelihatan tidak mendahulukan agenda reformasi sebagaimana yang disebut di atas. Cuma, Mat Sabu mengingatkan, bahawa rata-rata wakil rakyat DAP mampu mempersembahkan “kehidupan yang tidak mewah”, sebagaimana yang diamalkan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat.

Meskipun diserang bertubi-tubi dengan media kawalan UMNO, namun Mat Sabu berkata pemerintahan DAP di negeri Pulau Pinang berjaya menonjolkan ciri-ciri atau nilai Islam, jika dilihat dari substance (intipati) dan bukan form-nya (bentuk luaran). Malah beliau memberi peringatan bahawa jangan terperanjat seandainya terdapat anak tokoh PAS peringkat negeri bertanding atas tiket DAP dalam pilihan raya umum yang akan datang!

Mat Sabu ingin berkongsi idea-idea ini dengan PAS, kerana beliau menganggap seandainya PAS berjaya menjelmakan Islam kepada urus-tadbir yang baik, maka mungkin komuniti bukan Islam tidak bermasalah untuk menyokong PAS. “Kalau keadilan ini tak dapat dipamerkan dahulu, macam mana mereka lihat keadilan yang lain?”

“Kalau ditonjolkan Melayu sebagai Islam, orang Cina melihat apa yang ada pada Melayu? Ini yang saya nak fikirkan,” kata Mat Sabu dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di Hotel Armada Petaling Jaya, semalam.

Enggan telan bulat-bulat pemikiran yang disogokkan

Mat Sabu terkenal sebagai pemidato di peringkat akar umbi. Namun, untuk polis cawangan khas (special branch), keupayaan beliau mengatur demonstrasi jalanan mungkin lebih digeruni. Malah bukan rahsia jikalau dikatakan Mat Sabu lebih cenderung kepada “haluan kiri” dari segi pemikiran politiknya, berbanding dengan pemikiran arus perdana dalam masyarakat Melayu-Islam, malah dalam PAS sendiri.

“Saya dalam memahami politik ini, saya membaca, termasuklah buku-buku Lenin, Mao Ze Dong, dan dalam Islam, Ikhwan Muslimin dan sebagainya,” katanya. Mat Sabu mungkin pemimpin PAS yang paling rapat dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), sehingga ada yang berjenaka bahawa hubungan PAS dengan DAP dan PSM akan bertambah baik seandainya Mat Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden.

Mat Sabu menolak untuk menelan sesuatu konsep secara bulat-bulat, misalnya Komunis dikaitkan dengan jijik, bunuh orang dan sebagainya – yang ditanamkan oleh penjajah British dan pemerintah selepas merdeka kemudiannya.

“Selepas perjanjian Damai, saya melawat ke Betong di Thailand. Saya juga melawat kem Rejimen 10 Komunis Malaya, (berjumpa dengan pemimpin seperti) Rashid Maidin, dan juga Abdullah CD. Saya dialog, bercakap dengan mereka, sesetengah-setengah mereka ini, yang orang Melayu, yang beragama Islam dalam Rejimen ke-10 itu, mempertahankan amalan Islam jauh lebih baik daripada orang Melayu “so-called” (kononnya), yang ada di luar, dan termasuk yang ada dalam UMNO.”

Mat Sabu pernah mengutarakan pandangan-pandangan yang “menggemparkan”, untuk masyarakat Melayu-Muslim, misalnya berkata orang Melayu seharusnya berterima kasih kepada Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

“Saya tidak suka disogok begitu, tanpa kita buat sedikit kaji selidik (research). Saya rapat dengan, dari awal dulu, dengan Syed Husin Ali (bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia), Dr.Nasir Hashim (Pengerusi PSM)…” secara terus-terang Mat Sabu berkata, pertukaran regim pemerintahan bergantung kepada kuasa rakyat.

Mat Sabu mengakui bahawa dalam isu-isu seperti fahaman komunis, institusi Raja, malah agama, PAS kadang-kala terikut-ikut dengan rentak UMNO, malah termakan dengan retorik itu. Beliau menganggap masalah yang paling besar didepani masyarakat Melayu sekarang adalah “pemikiran”.

“Masalah pemikiran yang susah nak sebut… Pergi kepada Islam yang ditafsirkan dalam satu aliran. Tidak terbuka untuk berbincang dengan aliran lain,” katanya yang mencadangkan agar setiap aliran dan fahaman dikaji dan bukan ditolak begitu sahaja.

“Saya amat tidak bersetuju, di Malaysia ini, dia letakkan Islam itu seolah-olah agama Melayu. Melayu itu Islam. Melayu berugama Islam saya amat bersyukur. Tapi nilai Islam ini, jauh lebih berada dalam kalangan orang Cina berbanding dengan orang Melayu.”

Mat Sabu menjelaskan selanjutnya, bahawa sikap seperti kerja kuat, tidak bergantung kepada pertolongan subisidi, berdikari dan sebagainya dalam kalangan Cina ini adalah penjelmaan nilai Islam, cuma masyarakat bukan Islam ini tidak menerima Allah sebagai Tuhan mereka. Malah, beliau menyifatkan warga Jepun sebagai “umat Islam sejati”, kerana tidak merampas makanan, beratur untuk dapatkan bantuan, menghormati hak orang lain dan sebagainya selepas masyarakat itu dilanda tsunami.

Beliau menolak “semangat asabiyah”, misalnya kaum Islam dan Melayu tetap dibela walaupun telah melakukan kesilapan. (Bahagian pertama, bersambung)

*Lim Hong Siang ialah Editor Merdeka Review, edisi bahasa Malaysia.

Read more ...

Fitnah Umno-BN Tak Gugat Pakatan Rakyat



AYER KEROH 13 MEI : Prinsip perjuangan mantap merupakan faktor Umno-Barisan Nasional (BN) tidak mampu menggangu-gugat benteng kekuatan Pakatan Rakyat menurut Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ujar beliau, parti yang dipengerusikan Najib Razak itu semakin hairan akan ketahanan kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat menangkis serangan walaupun dikecam saban hari.

"Dia (Umno-BN) mahu bunuh karier politik saya tapi mahu lawan isu polisi tidak dapat.

"Dia lupa hubungan saya dengan Tok Guru Nik Aziz dan Kit Siang. Bukan mudah nak putuskan hubungan saya sebab ikatan kita bukan setakat politik sahaja tapi sebagai sahabat," ujar beliau.

Justeru Anwar menyifatkan sistem yang dipertahankan oleh Najib bersifat kejam dengan membenarkan insitusi undang-undang dan kehakiman negara dijadikan perkakas untuk kepentingan politik.

Beliau mengulas tindakan Kementerian Dalam Negeri yang hanya mengeluarkan surat amaran kepada akhbar

Utusan Malaysia setelah menyiarkan artikel yang mengamcam ketenteraman negara namun bersikap dwi standard terhadap akhbar lain.

"Kalau kerajaan tidak langgan Utusan Malaysia sudah lama bankrup," katanya.

Anwar turut menyentuh ancaman terbaru terhadap ahli keluarganya yang bermotifkan politik bersabit ugutan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada anaknya, Nurul Izzah semalam termasuk cubaan mensabotaj kereta Mercedes Benz awal minggu lalu.

Anwar berkata, ada pihak yang tidak berjaya menakutkan beliau malah sanggup untuk mengancam keselamatan ahli keluarga terdekat dengan hasrat melihat beliau berundur dari arena politik.

Sehubungan itu beliau menyeru agar masyarakat fokus menentang kezaliman Umno-BN.

Anwar yang hadir merasmikan pejabat baru Keadilan Melaka sebentar tadi menyeru agar anggota parti di negeri itu memperhebatkan perjuangan merampas Melaka dari tangan Umno-BN yang dipimpin Ketua Menteri Ali Rustam.

Ini kerana katanya negeri Melaka adalah benteng penting Umno-BN yang sanggup melakukan kekejaman untuk mempertahankan negeri itu.

Beliau turut menasihatkan agar kepimpinan PKR memegang teguh prinsip rundingan bagi mengangkat kesepakatan dan tidak sama sekali memberi ruang kepada Umno-BN untuk menyerang parti itu.

"Matlamat satu pasukan yang sama. Prinsip rundingan di antara peringkat parti harus tidak dihebahkan kepada umum sehingga tiba masanya.

"Kalau kita memberi kenyataan silap maka akan membuka peluang kepada media Umnio untuk memanipulasi," ujar Anwar di hadapan 200 orang yang hadir sebentar tadi.

Sebelum itu Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam ucapannya memberitahu bahawa segerombolan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) telah diarahkan untuk menghalang ceramah yang akan diadakan di dua lokasi sekitar Melaka di mana Anwar akan menjadi penceramah utama.

Namun Shamsul berkata PKR akan tetap meneruskan majlis tersebut walaupun permit tidak dikeluarkan.

Read more ...