Sunday, February 13, 2011

Mari tengok satu lagi kerja bohong Umno, rakyat yang cerdik tak akan terpedaya

Terima Kasih Barisan Nasional???


Puak-puak Umno tak sudah-sudah nak bohong rakyat. Semasa PRK Tenang Umno kempen harga getah naik kerana BN. Pengundi yang tak reti dan tak sedar kena bohong percaya bulat-bulat.

Kempen jenis masih laku walaupun negara sudah lama merdeka. Dulu kempen BN, nak lampu tekan, nak ayaq pulas semua BN bagi senang. Rakyat yang tak tahu bahawa itu tugas kerajaan pun sokong.

Kempen sama juga akan berlaku di Merlimau dan Kerdau. Puak-puak Umno sekarang lebih ramai pakar bohong dan pakar fitnah. Pengundi di Merlimau dan Kerdau akan menjadi mangsa bohong sekali lagi.

Dah tak da modal nak penaik Umno isu naik harga getah, sawit, kelapa pun boleh guna . Siap gantung banner tulis ;

Terima Kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional, Kerana Barisan Nasional Harga Getah naik, Harga Kelapa Sawit Naik dan harga Kelapa naik..

Begitulah mudahnya UMNO/BN cuba memperbodohkan rakyat yang hidupnya sukar untuk mendapatkan berita alternative selain dari Utusan dan TV3 sahaja, apa yang dibaca didepan mata itulah yang dipercayai mereka.

Sedangkan kesemua komoditi diatas naik harganya tidak ada kena mengena dengan Barisan Nasional dan UMNO langsung.. Harganya ditentukan oleh pasaran dunia dan pasaran dunia tidak dikawal oleh Barisan Nasional mahupun UMNO.

Perlukah berterima kasih?? Jika harga Getah,Kelapa Sawit dan juga Kelapa yang meningkat naik itu diikuti pula dengan harga keperluan asas seperti Gula, Minyak Petrol, Gas memasak dan berbagai lagi keperluan asas kini meningkat naik?

Banner ni aku jumpa di satu simpang di Kuala Terong petang tadi ketika dalam perjalanan dari Pulau Pangkor menghala ke Permatang Pauh..

Read more ...

Himpunan 30 ribu pemuda PAS

Tok Guru dinanti

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj7nrjFVHckar71S7aeJqxVeGkYyZse79KoHW4qCRd3to3JLuQUDyuSLYMDCOap8_Y0TmLjSp1xFxLAWe6ZptAuMjg2-IK3D7Wptb6OgI22kDxdYgZ1Tl_9e_FZIXUUJLn_o0nHN_XvNfJJ/s900/himpunan.jpg

ALOR SETAR , 14 Feb. : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Tok Guru dijangka hadir pada Munajat dan Ceramah Perdana 19 Februari (Sabtu) ini sempena program Himpunan 30,000 Pemuda Pas seluruh Malaysia, yang akan diadakan di Kompleks Pas Kedah, Simpang Empat.

Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kedah, Ahmad Yahya berkata, selain Nik Abdul Aziz, pemimpin Pas yang turut memeriahkan program ialah, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa; dan Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, Nasrudin Hassan Tantawi.

“Antara program menarik yang diatur ialah pidato khas yang mengupas topik Motivasi Pilihanraya Pemuda oleh Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Salahuddin Ayub; Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad; dan Datuk Abu Bakar Chik serta Mohamad Sabu,” katanya.

Menurutnya, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan merasmikan program ini pada 10 pagi.

:Ahmad berkata, Himpunan 30,000 Pemuda Pas atau lebih dikenali sebagai Himpunan 30K Pemuda adalah lanjutan kepada perhimpunan sama pada tahun 2006 di Kelantan.

“Pada 2006 Dewan Pemuda Pas anjurkan Himpunan 15K sebagai penanda aras sistem Komuniti Unit Kerja Jemaah (UKJ) yang dibangunkan setahun sebelum itu. Lima pemuda setiap cawangan yang didaftarkan melalui Sistem Komuniti UKJ menyertai himpunan itu,” katanya.

Menurutnya, setelah empat tahun berlalu, perhimpunan yang sama dirancang dengan jangkaan peserta dua kali ganda, dengan menyasarkan 10 pemuda yang didaftarkan melalui sistem Komuniti UKJ.

“Saya yakin sasaran ini akan tercapai. Jika dikumpulkan sebanyak 3,000 cawangan yang berdaftar, seramai 30,000 pemuda mampu dihimpunkan,” katanya.

Ahmad berkata, himpunan ini memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua Ahli Jawatankuasa serta pimpinan bagi merealisasikannya.

“Antara objektif kita adalah untuk melihat kemampuan dan kekuatan pemuda di seluruh negara di samping menggempur Parlimen dan DUN yang disasarkan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13,” katanya.

Menurutnya, program ini juga adalah untuk menonjolkan pemuda sebagai pendokong utama Kerajaan Negeri Kedah selain berikrar untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Kedah.

Ahmad berkata, ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (Pemuda) dari setiap negeri juga akan hadir.

“Saya harap program ini mendapat sokongan padu semua pihak. Mudah-mudahan dengan segala usaha ini menjadi satu persiapan untuk Pas menghadapi PRU-13 yang bakal tiba tidak lama lagi,” katanya.

Selain membincangkan hala tuju Pemuda Pas, program ini turut menyelitkan program selingan khusus untuk tarikan anak muda seperti konsert dan perlawanan bola sepak persahabatan.SH

Read more ...

Jangan berzina sambut Hari Kekasih

Kempen Anti Zina dilancarkan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjUXjGwbUcW9zvJ4NSMk0GYd1XyMTIUCCgaMe6cOplcY944TxYNr8GNcrTLpf0bdo7EMBgcnzuUYOM69HnkDKvHobK3sltSTcNeP6_mYZpjRYa8s30-wr5a6Y5Lvsf2VMnL18XZC-mkCTE/s1600/anda-bijak-jauhi-zina.jpg
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri tidak menghalang rakyat Selangor untuk meraikan sambutan Hari Kekasih, sebaliknya serbuan dan operasi mencegah maksiat hanya untuk menyedarkan masyarakat beragama Islam sahaja.

Kerajaan Negeri semalam melancarkan Kempen Anti Zina siri ketiga untuk mengatasi masalah sosial sempena Hari Kekasih.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, usaha ini bukanlah tindakan menghalang pergerakan golongan belia, sebaliknya menjaga maruah golongan muda beragama Islam.

“Janganlah apabila serbuan dilakukan, ada yang katakan Selangor ketinggalan dari menggalakkan pergaulan sebaliknya kami hanya menghalang pergaulan bebas sahaja.

“Dalam usaha ini kita bukan mahu kekerasan, hanyalah nasihat tentang perkara yang perlu kita perbetulkan, oleh yang demikian kita perlu mencegah dengan cara yang baik,” katanya ketika merasmikan kempen semalam.

Menurutnya, program ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang di bawah Program Generasi Idaman Selangor (GeMS) bertujuan untuk melahirkan golongan muda yang berguna kepada bangsa dan negara.

“Kasih sayang bukan satu perbuatan yang berdosa, sebaliknya maksiat merupakan perkara yang perlu dihindari terutama kepada golongan muda yang belum berkahwin,” katanya.

Kempen Anti Zina terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa pertama merupakan program pelancaran yang disempurnakan oleh Menteri Besar semalam.

Fasa kedua pula melibatkan kempen mengedar risalah berhubung isu gejala sosial, pergaulan bebas dan pembuangan bayi oleh Jabatan Kerajaan Negeri, Badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan.

Manakala, fasa ketiga pula merupakan program pemeriksaan ke lokasi-lokasi panas di seluruh Negeri Selangor oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang dilakukan pada Hari Kekasih.

Sementara itu Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa semua ibu bapa supaya sentiasa memantau pergerakan golongan remaja di Hari Kekasih bagi mengelakkan berlakunya perkara negatif seperti maksiat dan masalah pembuangan bayi.

Timbalan Yang Dipertua Abim Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, pihaknya mahu kesemua ahli keluarga tidak mengambil mudah isu Hari Kekasih.

Menurutnya, golongan remaja perlu dipantau segala pergerakan mereka bagi mengelakkan perkara negatif mempengaruhi minda mereka terutama dalam menyambut Hari Kekasih ini.

“Semua agama tidak pernah menyuruh penganutnya untuk melakukan perkara negatif termasuk ketika berlangsungnya Hari Kekasih.

“Oleh yang demikian semua ibu bapa perlu mengambil peranan dalam memantau anak-anak mereka di Hari Kekasih nanti, kerana peranan ibu bapa juga penting dalam memastikan gejala negatif tidak menular di negara ini,” katanya.

Menurutnya, Abim khuatir isu pembuangan bayi dan maksiat akan berleluasa ketika berlangsungnya Hari Kekasih ini.

Sebelum ini, Pas telah merancang untuk menggerakkan operasi bagi membendung kegiatan tidak bermoral semasa sambutan Hari Kekasih.

Beliau turut mengharapkan rakan-rakan di kalangan bukan Islam agar menghormati usaha melarang muda-mudi Islam meraikan Hari Kekasih.SH

Read more ...

DUN Sarawak bubar hujung minggu ini?

Taib dijangka bubar DUN Sarawak hujung minggu, temu Gabenor Jumaat

http://www.smm.net.my/ajaxfilemanager/uploaded/Sarawak%2009%20Map%201.pngKUALA LUMPUR, 14 Feb : Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud dijangka mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Jumaat ini untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri, kata sumber-sumber.

Sumber Astana Sarawak memberitahu
The Malaysian Insider, pejabat ketua menteri telah pun menghubungi minggu lalu untuk mendapatkan tarikh pertemuan dengan Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng bagi pembubaran, yang akan membuka laluan kepada pilihan raya negeri.

Pilihan raya negeri terakhir diadakan pada 2006.

Satu lagi sumber kerajaan negeri berkata pegawai-pegawai daerah juga telah diminta agar membekukan cuti kakitangan mereka mulai 19 Februari ini iaitu kemungkinan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri.

Jika Dewan Undangan Negeri dibubarkan bulan ini, kemungkinan pilihan raya akan diadakan akhir Mac atau awal April.

Mandat semasa kerajaan negeri sepatutnya berakhir Julai ini dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya dalam tempoh 60 hari jika pembubaran diputuskan.

The Malaysian Insider semalam membawa laporan bahawa BN dilihat tidak cenderung untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya umum nasional dan negeri Sarawak secara serentak meskipun beberapa pemimpin negeri itu membawa idea tersebut pada mesyuarat perikatan itu Jumaat lalu.

Sehubungan itu, difahamkan pilihan raya negeri Sarawak akan didahulukan dan dijangka berlangsung awal April ini atau kemungkinan akhir Mac.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN Jumaat lalu turut membincangkan beberapa persediaan sebelum parti itu mengadakan Konvensyen BN Sarawak di Kuching pada 5 Mac ini.

Konvensyen itu nanti akan membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan pilihan raya negeri Sarawak.

Najib juga memberitahu wartawan Taib sudah mendapat “inspirasi” untuk memanggil pilihan raya negeri.

Mengambil kira perkembangan terbaru ini tarikh pilihan raya negeri sudah semakin dekat.

Taib pula akan menyambut ulang tahun ke-30 mengetuai kerajaan negeri pada 26 Mac ini dan kemenangan kali ini akan menjadikan beliau ketua menteri paling lama berkhidmat.

Ada pihak yang beranggapan bahawa beliau mahu melengkapkan tiga dekad itu dengan kemenangan dan mandat baru.

Taib yang juga Pengerusi BN Sarawak dan Presiden komponen terbesar periktan itu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) terus meletakkan pemerhati-pemerhati politik dalam situasi terus meneka dan membuat spekulasi mengenai tarikh pilihan raya negeri.

Selepas kembali dari menunaikan haji akhir tahun lalu, pemimpin berusia 74 tahun membayangkan bahawa beliau sudah menerima inspirasi bila perlu memanggil pilihan raya.

“Saya sudah ada inspirasi tetapi saya tidak akan memberitahu (tarikhnya),” kata beliau kepada pemberita November lalu.

Taib dikatakan berhadapan dengan tekanan daripada rakan-rakan dalam BN agar berundur ekoran kemerosotan popularitinya di sebalik dakwaan salah guna kuasa.

Kemenangan DAP dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu Mei lalu - dilihat sebagai referendum ke atas kepimpinan Taib - telah menyebabkan BN mula bimbang mengenai tapak pengaruhnya di Sarawak, negeri yang selama ini dilihat sebagai deposit hayat perikatan itu.

BN Sarawak mempunyai 63 wakil di Dewan Undangan Negeri yang mempunyai 71 kerusi dengan 35 dimenangi PBB, 12 dipegang Parti Rakyat Bersatu Sarawak dan lapan masing-masing oleh Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratk Progresif Sarawak.

Daripada baki lama kerusi, DAP mempunyai enam, PKR satu dan Bebas satu.

SPR mengumumkan kesediaan negeri itu mengadakan pilihan raya negeri Sarawak bila-bila masa dengan berkata pihaknya sudah lama membuat persediaan.

BN dijangka mengekalkan negeri itu dengan majoriti selesa meskipun ada yang mengatakan DAP kemungkinan boleh memperoleh lebih banyak kerusi di kawasan-kawasan bandar.

Seorang pemimpin DAP memberitahu The Malaysian Insider bahawa mereka juga mendengar kemungkinan pembubaran Dewan Undangan Negeri hujung minggu ini dan telah membuat persiapan untuk menghadapi pilihan raya negeri.

“Kami sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya negeri,” kata seorang pemimpin DAP negeri.MI

Read more ...

Ini real punya aksi ala filem Tamil bukan macam sandiwara ala filem Tamil Perkasam

Filem Tamil mempengaruhi anda?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqeORVbLgkBLeH-taZVBVypdRmxu6rIisE-OJEYMQnCi0wF2bhlkXICPhnxCE_awEXjmKBGHAr3tEqgEIYRgfA-XhIq5FuFmKcbEGOwTKYvg9KTiypXotoYRjxBVDOkljhLvst2N-8etY/s1600/Pantau+filem+tamil+dari+india.jpg

Jika semalam kita digemparkan dengan satu plot ala filem Tamil yang dijayakan oleh puak-puak Perkasam dengan kerjasama Utusan Meloya. Dua pelakon utamanya ialah Hero muda Perkasam dan Exco Perkasam yang sekejap diperam buat perkasam supaya nampak pening-pening .

Oleh kerana media hiburan lain tak kelapaq nak buat publisiti sandiwara ala filem Tamil ini maka Utusan Meloya buat liputan meluas agar sandiwara ala filem tamil ini mendapat sambutan dari peminat filem tempatan.

Namun , segalanya tak menjadi kerana sandiwara ala filem Tamil ini tidak berjaya dilakonkan dengan baik oleh dua pelakon terbabit. Hasrat untuk menjadi pelakon popular untuk anugerah pelakon pupular hanya tinggal impian.

Rupanya, peminat filem Tamil ini bukan sahaja puak-puak perkasam tapi ada juga rakyat kita yang suka aksi bergaduh macam filem tamil dan dipraktikkan dalam kehidupan. Berita di bawah bukan lagi sandiwara tapi real punya gaduh ala filem Tamil. Bacalah'



Dendam lama: 20 lelaki gaduh ala 'filem Tamil'


KAPAR,14 Feb. :
Gara-gara dendam lama dipercayai menjadi punca berlakunya pergaduhan ala ‘filem Tamil’ antara dua kumpulan melibatkan 20 lelaki di hadapan premis rumah kedai di Jalan Datuk Tahir Manan, Taman Emas, di sini, awal pagi semalam.


Berikutan itu, lima lelaki daripada kumpulan terbabit cedera parah seluruh badan dan kepala termasuk seorang terkena satu das tembakan dipercayai dilepaskan salah seorang ahli dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu.

Kesemua anggota dua kumpulan terbabit berusia antara 20 hingga 35 tahun itu menggunakan besi, parang dan senjata api dalam pergaduhan terbabit.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Mohamad Shukor Sulong berkata, sebaik polis tiba di lokasi kejadian mendapati lima lelaki terbaring atas jalan raya kerana mengalami kecederaan parah.

“Kesemua mereka dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk mendapatkan rawatan sebelum ditahan bagi membantu siasatan.

“Kita dapati dua kereta turut dibakar iaitu Proton Waja dan Perdana dipercayai milik ahli salah satu daripada kumpulan terbabit tidak jauh daripada kedudukan lelaki itu ditemui,” katanya.

Menurutnya, pihak polis terpaksa menutup laluan sejauh kira-kira 150 meter untuk memberi laluan kepada Forensik menjalankan siasatan lanjut.

“Hasil pemeriksaan di sekitar lokasi kejadian menemui beberapa batang besi dan parang dipercayai digunakan dalam pergaduhan terbabit.

“Hasil soal siasat ke atas lima lelaki terbabit membawa kepada penahanan dua lagi lelaki disyaki terlibat dalam pergaduhan di sekitar daerah ini.

“Berikutan kejadian itu, satu pasukan khas ditubuhkan untuk memburu anggota kumpulan yang masih bebas,” katanya.

Menurutnya, pihak polis tidak menolak kemungkinan dua kumpulan itu berbahaya kerana sanggup berbunuhan sesama sendiri dan membabitkan penggunaan senjata api.

“Kita masih menyiasat motif sebenar pergaduhan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 148 Akta sama kerana memiliki senjata berbahaya,” katanya.SH

Read more ...

Video : " Saya pergi Kelantan, nampak ramai orang tak ada tangan"- Cikgu Tan



"Jangan takut sokong PAS, Wang Ehsan bukan duit BN" - Cikgu Tan

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita41/cikgutan.JPGDUNGUN - Masyarakat Cina DUN Sura mengucapkan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramly kerana telah mengadakan sambutan Tahun Baru Cina dan memberikan sumbangan kepada kaum Cina.

Wakil masyarakat Cina, Cikgu Tan (gambar) berkata, Ustaz Wan Hassan sanggup mengeluarkan wang ringgitnya sendiri demi untuk meraikan dan memberi bantuan kepada kaum Tiongua.

“Saya bagi pihak penerima sumbangan mengucapkan ribuaan terima kasih kepada Yang Berhormat Ustaz Wan Hassan diatas sumbangan walaupun dengan wang ringgitnya sendiri dan juga dari rakan-rakanya untuk raikan Tahun Baru Cina kita pada tahun ini,”ujarnya Cikgu Tan.

Menurutnya, beliau dan masyarakat Tionghua tahu, bukan tahun ini saja masyarakat Tionghua diraikan malah sudah bebarapa tahun diraikan dalam sambutan Tahun Baru.

Sehubungan itu, beliau melahirkan rasa sukacitanya kerana ramai dikalangan orang Cina yang hadir dalam Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina yang diadakan disini pada Sabtu, 12 Februari.

“satu lagi yang saya ingin menyampaikan ialah kepada kaum Cina yang hadir pada malam ini, saya berasa gembira dan megah bahawa saya sudah beberapa tahun menghadiri majlis ini,

“dan saya dapati (tahun ini) paling ramai itu pun (kalau) tidak disebab kan ada beberapa acara perkahwinan di Kijal dan di Kuala Terengganu (pasti) lebih ramai akan hadir,”jelasnya ketika berucap.

Cikgu Tan yang juga bekas guru besar sebuah sekolah di daerah ini melihat, orang-orang Cina tempatan lebih berani berbanding sebelumnya.

"Dulu takut untuk tampil ke hadapan, tengok tadi bila di jemput datang ke depan senang je (muncul).kalau dulu memang susah,"katanya.

Beliau juga memberi nasihat kepada masyarakat Cina supaya jangan takut dengan sebarang ugutan dari mana-mana pihak sekiranya mereka menyokong PAS.

"Janganlah takut bila kita selalu diugut kalau beri sokongan kepada pihak PAS atau PR, (diugut) nanti wang ehsan tak dapat.....saya 3 tahun dah tak dapat..........tak raya dah saya kerana tak leh duit ehsan,"perli Cikgu Tan.

Menurutnya, wang Ehsan yang diberikan oleh parti Barisan Nasional (BN) bukanlah wang parti tersebut tetapi wang itu adalah dari hasil minyak negeri Terengganu yang sepatutnya dinikmati oleh setiap rakyat Terengganu.

Beliau juga menyeru kepada masyarakat Cina supaya menyokong Parti Islam SeMalaysia, PAS.

Katanya, banyak propaganda yang diada-adakan oleh BN untuk menakut-nakutkan orang Cina sebagaiman yang dilakukan dalam pilihanraya kecil DUN Tenang baru-baru ini.

"kalau kita pergi (ke) Kelantan kita tengok orang-orang (Cina) Kelantan, mereka lebih gembira, nak minta tanah pun senang nak dapat,

"jadi kita jangan takut, pada zaman nabi (Muhammad SAW) dulu (ada di)sediakan tempat duduk untuk bukan Islam, untuk menjaga hal ehwal orang bukan Islam,"tegasnya.

Menurutnya lagi, ketika PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999, PAS telah melantik Encik Ng Chai Hing sebagi wakil bagi masyarakat Cina.

Justeru, kata beliau, sekiranya berlaku pilihanraya umum ke-13 nanti, jangan takut untuk mengundi PAS ataupun parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat.

Read more ...

Pilihanraya di Egypt dalam tempoh 6 bulan

Bubar Parlimen, Gantung Perlembagaan -Tentera Mesir

SEJUMLAH penunjuk perasaan membawa bendera Mesir di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.

KAHERAH, 14 Feb 11:
Pemerintah Tentera Mesir telah membubarkan parlimen dan menggantung perlembagaan negara itu, dalam pengumuman perubahan drastik demokrasi negara itu. Ianya dibuat berdasarkan refrendum popular yang diterima mereka.

Dalam pengumuman terbaru mereka semalam, pemimpin tentera yang menjalankan pemerintahan sementara selepas Hosni Mubarak dijatuhkan, berkata mereka akan memerintah Mesir dalam tempoh enam bulan atau sehingga pilihan raya parlimen dan presiden baru diadakan.

Mereka juga memaklumkan, Perdana Menteri, Ahmed Shafik akan terus mengetuai kerajaan sementara Mesir. Perkembangan terbaru itu memberi harapan baru buat rakyat Mesir yang masih lagi meneruskan protes mereka hari ini. Difahamkan beberapa orang daripada mereka ditangkap apabila bertembung dengan pihak tentera semalam.

Jumaat lalu, Mubarak akhirnya berundur selepas akur dengan tekanan rakyat yang mengadakan demonstrasi mendesak beliau meletak jawatan. (IH)

Read more ...

Isu Panas : Kerana berkawan dengan DAP , Muslimat PAS jadi Cina



PAS adil tak kira bangsa atau agama

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0158a.JPGDUNGUN - Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Dungun berkata PAS adalah sebuah parti politik yang adil tanpa mengira bangsa dan agama.

Puan Serena Lim Abdullah berharap, PAS dapat memberi ruang dan memperuntukkan satu kerusi untuk ditandingi oleh kepimpinan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS dalam pilihanraya yang akan datang.

Beliau yang juga aktivis muslimat PAS adalah seorang Cina Muslim berketurunan Hokkien. berkata demikian dalam majlis makan malam meraikan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Sura di sini Sabtu, 12 Februari

"Terima kasih kerana sudi hadir rumah terbuka PAS, saya tak pandai cakap Mandarin, cuma pandai Hokkien sahaja, saya orang Hokkien, saya nak ucapkan Selamat Tahun Baru, semoga tahun Arnab adalah (tahun) yang murah rezeki,

http://buletinonline.net/images/stories/berita41/IMG_0161a.JPG"PAS adalah (parti politik) yang adil, tidak mengira bangsa atau agama, sekarang PAS ada (menubuhkan) Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP untuk orang bukan Islam), saya harap semua dapat masuk (sertai),

"dan (saya) harap PAS dapat memberikan satu kerusi kepada DHPP),"Kata Serena yang berucap dalam dailek Hokkien kepada lebih 200 orang kaum Cina yang hadir dalam majlis tersebut.

Beliau menyeru semua orang Cina menyokong dan mengundi PAS dalam pilihanraya akan datang kerana menurutnya kehidupan rakyat akan menjadi bertambah susah sekira Barisan Nasional (BN) terus memerintah.

"Kalau kita (terus) bagi (membiarkan) BN jaga (memerintah negara), (maknanya) lagi nak mati lo (nak membunuh diri sendiri kerana) harga barang naik setiap hari, kalau sekarang ambil (kita bawa) RM100 pergi ke pasar nak beli barang, cuma boleh dapat sedikit sahaja (berbanding dahulu),"ujarnya BO

Read more ...

Mari tengok puak-puak Songkok Tiga Jengkal kantoi bersandiwara macam filem tamil



Ketuanan Kantoi : Gerombolan songkok tinggi buat konspirasi bodoh!

Mungkin geng-geng songkok tinggi 3 jengkal ni banyak sangat tengok cerita-cerita konspirasi bodoh filem tamil. Orang-orang yahudi membuat konspirasi bertahun-tahun lamanya, merancang dengan teliti untuk menyebarkan propaganda kepada dunia.

Tapi geng-geng bebal songkok tinggi 3 jengkal buat konspirasi tak sampai seminggu. Konspirasi gerombolan songkok tinggi setakat mampu menipu budak tadika yang bebal yang hanya tahu mengangguk walaupun tak paham.

Mari kita lihat konspirasi gerombolan songkok tinggi yang kononnya nak buat gempar satu negara.

Sebelum ini salah seorang kepala gerombolan songkok tinggi 3 jengkal membuat satu laporan Polis kononnya mereka memiliki dokumen bukti yang didedahkan oleh orang dalam Parti KEADILAN. Ketua gerombolan ini menggesa kerajaan Malaysia agar merampas pasport milik Dato Seri Anwar Ibrahim, kerana mereka memiliki maklumat dalaman kononnya Anwar dan kawan-kawannya telah merancang untuk melarikan diri dari Malaysia sekiranya kalah di dalam kes liwat yang sedang di hadapinya.

Bukan itu sahaja, ketua gerombolan juga berkata, Anwar telah merancang untuk membuat satu insiden kemalangan ke atas dirinya sendiri untuk membangkitkan kemarahan rakyat. Namun apabila diminta untuk mendedahkan maklumat pada sidang media, ketua gerombolan menolak atas alasan Polis tak benarkan.

Di bawah ini rakaman video sewaktu ketua gerombolan songkok tinggi itu membuat sidang media. Ketua gerombolan dengan bangganya merepek dan merapu semasa azan sedang dilaungkan sila klik untuk menonton video di atas.

Selepas sidang media dan laporan Polis tentang dokumen bukti ini dibuat, tiba-tiba para blogger penyokong songkok tinggi secara berjamaah bagai gerombolan monyet-monyet pencuri pisang orang kampung, telah menyiarkan berita yang konon-konon menggemparkan.

Para blogger gerombolan monyet ini menyiarkan cerita kononnya seorang exco Perkasa bernama Farid telah hilang dicolek. Blogger-blogger gerombolan monyet ini berpura-pura sangat risau kerana dokumen bukti Anwar ingin melarikan diri dan membuat konspirasi kemalangan ada di tangan si botak ini. Si botak bernama Farid ini keluar tak sampai 24 jam, tapi geng gerombolan buat-buat gelisah dan risau mengalahkan hilangnya kanak-kanak umur 3 tahun.

Namun begitu, tak sampai sehari selepas gerombolan monyet-monyet ini membuat konspirasi bodoh mereka, keluar pula berita di akhbar pencacai, kononnya si botak yang membawa dokumen ini telah ditemui dalam keadaan kebingungan. Malah dokumen di tangannya dipercayai sudah hilang.



Wow hebat gila konspirasi puak gerombolan monyet ini. Macam cerita konspirasi dalam filem tamil. Diorang yang buat konspirasi, diorang juga yang menjawab persoalan konspirasi. Akhirnya gerombolan monyet ini hanya mampu membodohkan diri mereka sendiri kah kah kah. Bayi yang baru dilahirkan sejam tadi pun akan tergelak bila dengar cerita bangang puak gerombolan monyet ini kah kah kah.

Cubaan memperbodohkan rakyat ternyata gagal, sebaliknya gerombolan monyet ini yang menunjukkan kebodohan.


ReJaM© "Pssst... gerombolan monyet dan songkok tinggi ni lupa ada pembelot yang telah mendedahkan konspirasi bodoh ini kah kah kah kantoi!"

Read more ...

Mahathir diberi 7 hari namakan pemimpin pembangkang yang ditemui, jika tidak sah Mahathir pembohong besar yang tak sedar diri

'Dr M, Anda Ada 7 Hari Untuk Namakan Mereka'


KUALA LUMPUR 13 Feb.: Karpal Singh hari ini menjadi pemimpin tinggi DAP kedua selepas penasihat parti itu, Lim Kit Siang, yang mempertikaikan dakwaan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau telah bertemu dengan pemimpin pembangkang pada 1987 dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditahan.

Karpal, yang juga pengerusi DAP dan ahli parlimen Bukit Gelugor berkata, dakwaan Dr Mahathir itu "jauh dari kebenaran" dan mencabarnya menamakan pemimpin pembangkang yang ditemuinya, bersama masa dan tempatnya lapor Malaysiakini.

Karpal - yang ditahan dalam Operasi Lalang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari lewat 1987 hingga awal 1989 - menafikan ada pertemuan seperti yang didakwa itu.

"Jika Dr Mahathir tidak menyahut cabaran saya kepadanya dalam masa tujuh hari, ia mesti dianggap bahawa Dr Mahathir tidak bercakap benar... Ini adalah perkara yang sangat serius bagi seorang mantan perdana menteri berbohong secara terbuka," tambahnya.

Dalam buku terbaru mengenai Dr Mahathir yang ditulis oleh wartawan Amerika Tom Plate, mantan perdana menteri dipetik sebagai berkata beliau telah bertemu dengan pemimpin pembangkang untuk memberi jaminan bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Dr Mahathir dipetik memberitahu Plate bahawa beliau mahu "menanganinya secara berbeza", tetapi polis berkeras untuk membuat tangkapan tersebut.

Read more ...

DEB untungkan kroni, Buku Jingga untungkan rakyat

Saifuddin : Buku Jingga Sesuai Ganti DEB


SHAH ALAM 13 Feb. : Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga akan menggantikan sepenuhnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang gagal dilaksanakan oleh Umno-Barisan Nasional.

Sehubungan itu, gagasan itu mengharapkan rakyat memilih untuk menukar tampuk pemerintahan bagi membuktikan keberhasilan dasar baik yang dimuatkan dalam ikrarnya bersama-sama PAS, PKR dan DAP.

" Kita (Pakatan Rakyat) bukan tampil dengan formula untuk memperbaiki tetapi kita tampil dengan dasar dan formula untuk merubah, menggantikan dasar. Buku Jingga ini ialah satu formula, satu dasar, digunakan untuk menggantikan dasar-dasar usang yang dibuat oleh Umno-Barisan Nasional,"

Demikian kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail ketika diminta mengulas tentang sama ada Buku Jingga berperanan untuk menggantikan DEB.

Beliau yang juga ahli parlimen Machang berkata, Buku Jingga jauh lebih mengutamakan kepentingan rakyat berbanding dengan dasar-dasar terdahulu mahu pun dasar baru Umno-Barisan Nasional.

Tambah beliau, tawaran Buku Jingga yang begitu menarik dan berbekas di hati rakyat memaksa perdana menteri dan timbalannya bekerja keras untuk mengimbangi dasar yang dicetuskan oleh Pakatan Rakyat.

Menurut Saifuddin, antara reaksi kepada Buku Jingga ialah pengumuman Najib bahawa tol di Karak dan Pantai Timur tidak akan dinaikkan selama lima tahun dan tol bagi lebuh raya Timur-Barat di persimpangan Salak dan Taman Connaught dijangka akan dimansuhkan Mei ini.

" Begitu juga pengumuman Datuk Seri Najib tentang ketidaknaikan beberapa bayaran tol di negara ini. Ketika Buku Jingga menawarkan pengambilalihan terhadap konsesi tol di negara kita yang memerlukan kerajaan berbelanja sejumlah wang yang kemudiannya membolehkan kerajaan mengambil alih konsesi tol dari pemegang konsesi yang kemudian, kadar tol tidak dikenakan kepada pengguna lebuh raya di negara kita. Itu pun reaksi Perdana Menteri ia sebagai perkara yang akan memufliskan negara.

" Tetapi tidak sampai sebulan selepas itu juga Perdana Menteri mengumumkan beberapa laluan lebuh raya tidak akan dikenakan tol untuk tempoh sekian-sekian masa," tambah Saifuddin.

Sementara itu, sebagai tindakan terdesak jua, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengumumkan pemberian insentif kepada guru-guru cemerlang juga dilihat untuk menyeimbangkan dasar dalam Buku Jingga.

" Apa bezanya dengan tawaran Muhyiddin? Apabila beliau mengetahui tentang polisi kita yang kemas dan dapat menangkap imiginasi warga pendidik dan rakyat boleh faham dengan mudah bahawa beban kerajaan tidak banyak iaitu hanya RM 3 bilion, walhal pada ketika itu Muhyiddin berkata, ianya akan memufliskan negara," kata Saifuddin.

Pakatan Rakyat dalam janji 100 hari pemerintahannya memperkenalkan imbuhan khas pendidik sebanyak RM500 setiap orang pada setiap bulan.

Pakatan Rakyat juga telah mengenal pasti kesan kewangan dari pelaksanaan ini.

Perbelanjaan sebanyak RM3.2 bilion itu mengambil kira bahawa terdapat 537,221 jawatan di dalam perkhidmatan pendidikan termasuklah pengurusan kementerian (24,153), dasar dan pembangunan pendidikan (4,059), operasi pendidikan (498,399) dan pembangunan profesionalisme keguruan (10,610).

Read more ...

Pilihanraya Sarawak dijangka April

BN ‘setuju’ tiada pilihanraya umum,Sarawak serentak

KUALA LUMPUR, 13 Feb. : Barisan Nasional (BN) dilihat tidak cenderung untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya umum nasional dan negeri Sarawak secara serentak meskipun beberapa pemimpin negeri itu membawa idea tersebut pada mesyuarat perikatan itu kelmarin.

Sehubungan itu, difahamkan pilihan raya negeri Sarawak akan didahulukan dan dijangka berlangsung awal April ini.

“Memang ada idea daripada beberapa pemimpin Sarawak supaya kedua-dua pilihan raya umum pusat dan negeri Sarawak diadakan serentak kali ini, tetapi pandangan umum pemimpin BN ialah pilihan raya negeri perlu diadakan terlebih dahulu,” kata seorang pemimpin komponen BN yang menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi di ibu negara malam kelmarin.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib juga merasakan pilihan raya negeri Sarawak perlu didahulukan berbanding pilihan raya umum nasional, kata sumber itu.

Spekulasi menyebut bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini – sama ada akhir suku kedua ataupun pada suku keempat tahun ini.

Di sebalik spekulasi itu, ada pandangan yang berbelah bahagi sama ada wajar Najib selaku pengerusi BN dan presiden Umno memanggil kedua-dua pilihan raya serentak.

Ada yang berpandangan bahawa Najib harus menggunakan tahap populariti yang masih tinggi untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya serentak.

Mandat kerajaan negeri Sarawak akan berakhir Julai ini manakala kerajaan pusat boleh memerintah sehingga akhir April 2013.

Sumber itu juga berkata, pertemuan kelmarin mendapati BN memerlukan masa untuk membuat persediaan susulan bagi menghadapi pilihan raya umum.

“Nampaknya ramai berpandangan bahawa tidak ada desakan untuk mengadakan pilihan raya umum lebih-lebih yang serentak, persiapan perlu rapi… lagi pun baru tiga tahun selepas Mac 2008, mandat semasa boleh diteruskan hingga 2013,” katanya.

Pemimpin itu berkata kepimpinan Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin juga memaklumkan bahawa mereka akan mengadakan lawatan ke seluruh negara dan ia memerlukan masa sehingga Julai atau Ogos.

Ketika menutup Perhimpunan Agung Umno 2010 akhir tahun lalu, Najib berkata beliau dan Muhyiddin akan menemui ahl-ahli Umno di seluruh negara mulai awal tahun ini, usaha yang dijangka akan memakan masa tiga hingga empat bulan.

“Bermakna, selepas itu kita akan berhadapan bulan puasa dan sambutan Aidilfitri, malah kerajaan juga perlu melihat hasil pendekatan KPI dan program-program transformasi yang lain, jadi ini semua memerlukan masa.

“Kalau paling cepat pun pilihan raya mungkin diadakan November, dan jika tidak tahun depanlah… ia petunjuk yang kami terima daripada mesyuarat kali ini, itu yang saya faham,” kata beliau lagi.

“Bagaimanapun apa pun boleh berlaku… perdana menteri mempunyai kata putus,” ujar pemimpin yang lain.

Selain itu menurut pemimpin tersebut, “berdasarkan cakap-cakap di kalangan pemimpin komponen BN, saya boleh melihat kemungkinan akan ada rombakan Kabinet, tetapi bukannya pilihan raya serentak dengan negeri Sarawak.”

Kabinet kemungkinan akan disusun semula bulan depan sesuai dengan garis panduan KPI ditetapkan Najib.

Sesi sidang Parlimen akan berlangsung selama sebulan mulai awal bulan depan.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN kelmarin turut membincangkan beberapa persediaan sebelum parti itu mengadakan Konvensyen BN Sarawak di Kuching pada 5 Mac ini.

Konvensyen itu nanti akan membincangkan beberapa perkara berkaitan dengan pilihan raya negeri Sarawak yang mandat Dewan Undangan Negeri tamat pada Julai.

Najib juga memberitahu wartawan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud sudah mendapat “inspirasi” untuk memanggil pilihan raya negeri.


Read more ...

Hindraf kena tangkap, Adakah kerana Perkasa tu Umno tak akan kena tangkap ?

75 Aktivis Hindraf Temasuk 15 Wanita Dan Lima kanak-Kanak Ditahan


SHAH ALAM 13 Feb.: Seramai 75 aktivis Hindraf ditangkap hari ini di beberapa lokasi berlainan berikutan konvoi aman Hindraf bersama Parti Hak Asasi Manusia (HRP) mengedarkan risalah dan poster berkenaan satu perhimpunan aman hujung bulan ini.

Penasihat HRP, P. Uthayakumar yang masih berada di tahan di Balai Polis Jalan Travers ketika dihubungi TV Selangor berkata dalam jumlah tersebut, 15 daripadanya adalah wanita serta lima kanak-kanak berumur dari 11 ke 17 tahun.

"Bermula daripada jam 10.30 pagi, enam orang aktivis Hindraf telah ditangkap di Ipoh, diikuti dengan lima di Rawang, 32 orang di Seremban, 20 orang di Brickfields dan 12 orang di luar ibupejabat HRP di Bangsar, dan jumlahnya 75 orang mengikut perkiraan kami," jelas beliau.

Kata beliau, dipercayai tindakan polis ini adalah ekoran laporan polis yang dibuat oleh Persatuan Pribumi Perkasa (Perkasa) semalam terhadap Hindraf dan ekoran itu, Perkasa juga telah menganjurkan satu demonstrasi menyuarakan tentangan mereka terhadap Hindraf di Seremban.

"Hari ini Perkasa telah turut mengadakan demonstrasi terhadap Hindraf di Seremban Square petang ini tetapi polis tidak pula mengambil sebarang tindakan seperti tangkapan sebagaimana yang dibuat terhadap penyokong-penyokong Hindraf. Ini adalah bercanggah dengan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukan hak untuk semua warganegara Malaysia," tegas beliau yang jelas tidak berpuas hati terhadap tindakan polis.

Selain itu, Uthayakumar memberitahu Ketua Penerangan HRP, S Jayathas semasa ditahan di Rawang telah membuat satu laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail kerana gagal mengambil sebarang tindakan sehingga kini terhadap perbuatan-perbuatan berunsurkan perkauman oleh Umno serta berkenaan buku teks kontroversi, Interlok.

Beliau seterusnya berkata, walaupun polis cuba untuk mematahkan aktiviti mereka hari ini tetapi konvoi Hindraf akan tetap diteruskan sebaik sahaja kesemua aktivis dibebaskan hari ini.

Katanya, mesej utama yang ingin disampaikan melalui konvoi hari ini adalah untuk menerangkan kepada masyarakat terutamanya kaum India berkenaan penindasan Umno terhadap mmasyarakat India serta menyampaikan maklumat berkenaan perhimpunan aman hindraf pada hujung bulan ini.

Beliau memberitahu, kesemua enam orang aktivis Hindraf yang ditahan di Ipoh petang tadi telah dibebaskan dan sejurus dibebaskan, kesemua mereka meneruskan usaha mengedar risalah berkenaan perhimpinan aman yang berlandaskan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan itu.

"Tujuan konvoi hari ini adalah utuk menimbulkan kesedaran terhadap rasisme Umno terutamanya kepada masyarakat India dan konvoi hari ini juga telah memberikan risalah-risalah berkenaan dengan perhimpunan rakyat pada 27 Februari, 2011 bertempat di KLCC jam 9pagi, dan penangkapan 75 orang penyokong Hindraf hari ini adalah untuk mematahkan atau 'supress' himpunan aman Hindraf pada 27 haribulan kelak," tegas beliau lagi.

Setakat ini, kesemua 32 aktivis yang ditahan di Balai Polis Jalan Traves termasuk wanita dan kanak-kanak masih menunggu untuk keterangan mereka diambil.

Read more ...

Mahathir cakap tidak ada fakta

Ops Lalang : Kenyataan Mahathir Bertentangan Fakta - Dr Aziz Bari


SHAH ALAM 13 Feb. : Cubaan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad cuba menyalahkan pihak polis di atas penangkapan 106 orang menggunakan akta zalim ISA dalam Ops Lalang 1987 tampak memakan dirinya sendiri.Hal ini juga menimbulkan paradoks dalam pentadbiran Malaysia.

Pakar Perlembagaan Prof. Dr Abdul Aziz Bari menyatakan bahawa kenyataan itu, sebagai bertentangan dengan fakta yang dilihat semua pihak serta tak boleh dipercayai.

Bagaimanapun jika mengambil kebenaran kata-kata Perdana Menteri keempat itu, ia jelas bertentangan dan melanggar mandat serta perlembagaan negara.

"Kalau selepas hari ini selepas jadi PM dia kata tak tau apa-apa, ini satu perangai yang sangat berbeza dengan apa yang kita nampak, jadi sudah nyanyuk ke dia?, Pada saya, saya tak percaya apa dia cakap.

"Kalau mengandaikan apa yang dia cakap itu betul sekalipun, itu satu benda yang salah. PM adalah orang yang memegang mandat oleh rakyat dan dia tak boleh biar negara ini diperintah polis yang tak dipilih oleh rakyat. Jadi adakah dia nak beritahu kita bahawa Malaysia ni negara Polis, yang orang boleh ditangkap Polis tanpa perintah kerajaan yang dipilih rakyat," ujarnya.

Prof. Aziz berkata demikian dalam temuramah bersama TV Selangor hari ini.

Perkara ini didedahkan Dalam buku terbaru mengenai Mahathir, yang berjudul 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversations with Mahathir Mohamad karangan Tom Plate.

Semasa penangkapan besar-besaran pada 27 Oktober 1987, lebih seratus orang ditangkap - sebahagian besar mereka terdiri daripada pemimpin pembangkang dan segelintir ahli politik dari Umno dan MCA. Selain itu, permit penerbitan untuk akhbar The Star , Sin Chew Jit Poh dan Watan telah ditarik balik.

Kerajaan kemudian menawarkan penjelasan bahawa tangkapan ISA yang kedua terbesar sejak rusuhan perkauman 13 Mei adalah 'perlu' bagi membendung 'ketegangan perkauman' yang semakin memuncak akibat protes besar-besaran berhubung pelantikan pengetua bukan berpendidikan Cina di sekolah-sekolah vernakular Cina.

Aziz turut mengulas mengenai kewujudan dokumen yang perlu ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri iaitu Mahathir sendiri yang diperlukan polis bagi menangkap mereka di bawah ISA membuktikan mustahil Mahathir tidak mengetahui hal berkenaan.

Lebih malang lagi, jika apa yang didakwa Mahathir betul, maka beliau hanya menandatangi secara buta tuli sahaja dan melanggar tanggungjawabnya sebagai ketua negara.

"Kalau diandaikan betul apa dia kata maksudnya dia 'sign' buta saja, ini satu lagi benda yang salah. Dia kena tahu dan ambil tanggungjawab apa yang dia sokong tandangan itu betul. Bermakna bila tandatangan buta tuli, ia mengkhianati mandat rakyat, " katanya.

Prof Aziz juga melihat kata-kata Mahathir itu sebagai mengambarkan seolah Malaysia ialah negara Polis dan memandang serius peranan yang dimainkan oleh kepimpinan tertinggi polis pada masa itu.

"Dalam masa sama kita tengok bahawa Tun Haniff sebagai KPN telahpun melampaui bidang kuasa dia. Kalau seorang polis yang tidak dilantik rakyat boleh buat begitu ini perkara yang cukup bahaya.. Dan kita juga nak tahu peranan yang dimainkan oleh Rahim Noor yang ketika itu Ketua Cawangan Khas," katanya.

Read more ...

'Lawyers For Liberty' ekspresi cinta terhadap negara

Pelancaran LFL Iltizam Perjuang Isu Hak Asasi


PETALING JAYA 13 Feb. : Pelancaran organisasi 'Lawyers For Liberty' sebagai insiatif yang formal dilihat bagi meningkatkan inisiatif dalam perjuangan hak asasi manusia di negara ini oleh para peguam.

Malah penangkapan dan penindasan rakyat menerusi undang-undang zalim seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak perlukan pembelaan.

Peguam Hak Asasi prominen, N. Surendren dalam pelancarannya semalam menyatakan betapa kepentingan kelompok peguam ini bagi membetulkan sistem negara ini.

"Sebenarnya organisasi ini telah wujud kerana ada keperluan dan sebelum kita ada idea untuk mengformalisasikan organisasi ini, mereka yang terlibat dalam LFL ini telahpun mengambil kes-kes yang melibatkan mereka yang telah ditindas oleh sistem di negara ini. Sebab kita wujud adalah kerana sistem di negara ini langsung tak betul," katanya.

Kelompok dan ahli Lawyers For Liberty ini telahpun lama terlibat dalam kes berkaitan hak asasi termasuk kes Pembunuhan remaja Aminulrashid, dan sering muncul dalam membela mereka yang ditangkap dalam demonstrasi menentang kezaliman kerajaan.

Mereka juga sering muncul dalam kes keganasan polis seperti kes kematian dalam tahanan dan mangka seksaan memberi harapan kepada mereka yang selama ini ditutup mulut dan diugut.

Malah LFL turut berganding bahu dengan organisasi Hak Asasi Manusia seperti Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan pelbagai NGO lain bagi menunjukkan sokongan mereka mengenai hak asasi dan kebebasan bersuara.

Surendren menyatakan betapa LFL adalah menifestasi keadilan dan memberi ruang kepada rakyat untuk memberikan pendapat mereka sendiri.

"Perjuangan untuk kebebasan bukan sesuatu yang abstrak dan bukan konsep dari barat. Kalau tak ada kebebasan memang perkara tak diingini, pihak berkuasa bermaharajalela dan memang rakyat biasa akan terima akibat, jadi perjuangan kebebasan ini sesuatu yang perlu," katanya.

Seorang lagi ahli LFL, Fadiah Nadwa Fikri membayangkan insiatif badan ini merupakan ekspresi cinta terhadap negara bertuah ini.

"LFL ini satu insiatif yang diwujudkan untuk memperjuangkan hak asasi, isu kebebasan, isu pencabulan hak asasi yang berlaku saban hari negara kita. Yang mana kita sendiri kalau fikir, "adakah negara yang kita cintai ini hormat prinsip asas hak asasi?, " katanya.

Read more ...

Roboh 10 gerai jadi 1000 gerai bila masuk Utusan

Roboh: AMK dakwa Utusan bohong

http://www.danialrazali.com/wp-content/uploads/2011/01/utusan-meloya.jpgBUKIT MERTAJAM,13 Feb: Akhbar Utusan Malaysia sekali lagi dibidas oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang setelah memaparkan berita bertajuk ' MPSP roboh 1,000 gerai' sepertimana yang tersiar pada 8 Februari yang lalu.

Ketua AMK Pulau Pinang, Amir Ghazali semasa ditemui berkata berita dan angka yang dipaparkan tidak benar dan berunsur fitnah untuk mengaibkan kepimpinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang diterajui oleh Pakatan Rakyat (PR).

Amir juga berkata, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Direktorat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) menyatakan hanya 10 buah premis sahaja yang dirobohkan oleh pihak penguatkuasa MPSP pada hari kejadian iaitu 7 Februari yang lalu.

"Apa yang cuba ditimbulkan oleh akhbar tersebut adalah untuk mensensasikan isu perobohan gerai yang ternyata dilaksanakan sepertimana yang dinyatakan dalam undang-undang penguatkuasaan pihak berkuasa tempatan tersebut.

"Dalam operasi yang dilaksanakan MPSP telah bertindak mengikut garis panduan yang diberikan. Mereka juga tidak berpihak kepada mana-mana peniaga. Sebaliknya jumlah gerai yang dirobohkan melibatkan 4 kepunyaan orang Melayu, 2 Cina, 1 India dan selebihnya adalah milik warga asing, " katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Majlis MPSP memberi jaminan usaha sedang dilaksanakan bagi menempatkan semula peniaga yang terlibat di satu lokasi yang akan dikenal pasti dalam kawasan yang sama bagi memberi peluang kepada mereka meneruskan perniagaan.

Namun begitu, katanya, ia memerlukan sedikit ruang sebelum proses pelaksanaannya dijalankan.

Amir juga mengingatkan Umno dan Barisan Nasional khususnya di Pulau Pinang supaya tidak mengeruhkan suasana dengan mengapi-apikan para peniaga melalui penyiaran berita mereka bagi menimbulkan kebencian masyarakat kepada Kerajaan Negeri.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Tengah, Ong Chin Wen serta para peniaga yang terlibat dalam perobohan gerai mereka baru-baru ini.

Read more ...

Mari baca blogger Umno menipu dalam isu sembahyang dua imam

Solat dua imam, bongkar fitnah terhadap Tuan Guru Nik Aziz

Laporan berita di mStar hari jumaat lalu menyiarkan kenyataan murka Sultan Johor terhadap insiden solat dua imam yang berlaku di sebuah masjid di DUN Tenang. Di bawah ini screenshot yang dipetik dari potal tersebut [mStar].

Berikutan dengan tersiarnya berita kemurkaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim, gerombolan blogger, facebooker dan penyokong UMNO Barisan Nasional mengambil peluang untuk menaburkan fitnah terhadap Tuan Guru Nik Aziz di blog-blog dan di facebook. Mereka memaparkan sebuah gambar kononnya Tuan Guru Nik Aziz terlibat di dalam hal ini. Rujuk link-link ini [Facebook], [Facebook]

Gerombolan blogger, facebooker dan penyokong kumpulan songkok tinggi menaburkan fitnah kononnya Tuan Guru Nik Aziz mengimamkan solat sebelum sebuah lagi jemaah di hadapan beliau selesai mengerjakan solat, tujuan fitnah ini untuk menggambarkan kononnya Tuan Guru membawakan ajaran sesat bersolat dua imam.

Namun begitu seperti biasa, fitnah mereka terbongkar lagi. Ternyata tiada pun jemaah lain yang bersolat ketika itu. Gambar seseorang yang dikatakan imam di depan jemaah Tuan Guru, sebenarnya melakukan solat sendirian, dan bukanlah meimamkan solat lebih awal seperti yang didakwa oleh gerombolan songkok tinggi.

Di bawah ini sekeping gambar semasa jemaah Tuan Guru sedang memulakan solat berjamaah sebelum itu. Ternyata tiada jemaah lain yang sudah mula bersolat

ReJaM© "Bila bercakap tiada fakta, bila menyampaikan berita mereka memfitnah, inilah gerombolan songkok tinggi yang mengaku mereka sebagai pejuang Islam sebenar..."milosuam

Read more ...

Daim ramal PR akan kekal perintah Penang, Kelantan

DAIM RAMAL KEDAH, SELANGOR SUKAR DIPERTAHAN PAKATAN

http://e-iklanmalaysia.com/wp-content/uploads/2010/10/daim1.jpg
Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin jarang bersuara tetapi sesekali beliau membuat ramalan politik, agak menarik juga untuk disorot. Setahun sebelum PRU12, beliau menjangkakan BN akan menghadapi tentangan cukup sengit di beberapa kawasan panas, iaitu Kedah, Pulau Pinang, dan Selangor. Hasilnya BN tersungkur di tiga negeri berkenaan, ditambah satu lagi Perak.

Baru-baru ini, dalam wawancara dengan akhbar China Press, Daim meletakkan Kelantan dan Pulau Pinang sebagai negeri selamat buat Pakatan Rakyat. Meskipun media yang dikontrol BN sering menggambarkan pentadbiran Lim Guan Eng tidak henti-henti berdepan masalah dan rungutan rakyat, Daim melihat kerajaan Pulau Pinang tetap kuat dan tiada petanda akan berlaku peralihan kuasa dalam PRU13.

Begitu juga dengan situasi di Kelantan. Bagi Daim, kepimpinan Tuan Guru Nik Abdul Aziz begitu disayangi rakyat. Bagaimanapun, pertembungan BN dan Pakatan tetap mendebarkan di Selangor, Kedah dan Perak. Keputusan akhirnya dilihat bergantung kepada calon yang dipilih dan kualiti menteri besarnya.

Daim, bekas Ahli Parlimen Merbok turut memandang tinggi Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak, yang juga katanya, disukai rakyat. Ustaz Azizan, tambahnya peramah dan senang didekati. Selain Daim, secara terbuka, bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad juga menghormati gaya pentadbiran Ustaz Azizan.

Keupayaan Pakatan mempertahankan Selangor dipersoal Daim. Sasarannya lebih tertumpu kepada cara Abdul Khalid Ibrahim menerajui kerajaan negeri, yang didakwanya lebih mirip seperti seorang CEO sebuah syarikat. Rakyat, katanya, mahu melihat sebuah kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat, bersih dan cekap. Peranan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri juga dikritik.

Saya tidak pasti mengapa Daim tidak merangkaikan Terengganu sebagai negeri yang juga cukup berpotensi untuk direbut Pakatan. Negeri yang pernah ditadbir PAS (2004-2008) kini menghadapi masalah besar daripada segi kewangan dan juga politik dalaman Umno. Pentadbiran Ahmad Said goyah dan menerima banyak kritikan khususnya daripada penyokong Umno sendiri. Rasanya jika Pakatan berupaya menampilkan calon-calon terbaik, dalam keadaan wibawa menteri besar sekarang dipertikai, Daim perlu memasukkan Terengganu dalam senarai "kawasan panas".

Di mana-mana pun, sifat politik cukup dinamik. Tekaan hari ini boleh meleset atau diperkukuhkan lagi jika situasi politiknya berubah. Ramalan Daim tidak terkecuali. Kebijaksanaan rakyat dan kesungguhan parti-parti bertanding bakal menentukan keputusan akhirnya. Ahmad Lutfi Othman -- lutfi_detik@yahoo.com

Read more ...

Polis tahan 11 anggota Hindraf

Sebelas Anggota HRP Ditahan Polis


KUALA LUMPUR 13 Feb : Polis menahan sebelas anggota HRP di Perak dan Selangor dalam tindakan terhadap konvoi yang mempromosi perhimpunan anti-rasis yang bakal diadakan.

Enam ditahan di balai polis Jelapang, Ipoh manakala lima lagi ditahan dekat Jalan Templer di Selangor, ketika polis mengadakan sekatan jalanraya untuk menghalang konvoi tersebut lapor Malaysiakini.

Menurut para saksi, kamera milik seorang anggota konvoi di Selangor turut dirampas dan dipukul di muka, manakala polis juga didakwa 'amat kasar' terhadap anggota HRP di Perak.

Seorang saksi, ketika dihubungi mendakwa, anggota polis menunjuk penumbuk dan mengancam untuk memukul (anggota HRP).

Menurutnya, anggota HRP yang lain pula tidak dibenar masuk ke balai polis Jelapang dan mereka juga tidak diberitahu mengapa enam orang tersebut - iaitu ketua HRP Perak, P Ramesh; timbalannya, N Subramaniam dan empat lagi anggota HRP Perak - ditahan.

Konvoi yang sama turut diadakan di Johor, Negri Sembilan dan Kedah.

Menurut ketua penerangan HRP, S Jayathas - yang sempat dihubungi sejurus sebelum dia ditahan bersama ketua HRP SElangor, K Selvam dan tiga orang lain - polis juga mengadakan sekatan jalan raya di Rawang.

"Mereka hanya memberhentikan kereta kami, bukan pengguna jalan yang lain. Kami buat protes kecil dan mereka membenarkan kami lalu.

"Kami mempunyai hak untuk menggunakan jalan. Mereka hanya boleh memeriksa cukai jalan dan lesen pemandu kami," kata Jayathas, yang kini ditahan di balai polis daerah Selayang.

Semalam, HRP menyuarakan kebimbangannya terhadap tindakan polis itu selepas polis Perak memberi amaran kepada mereka supaya jangan meneruskan konvoi tersebut.

Read more ...

Khusrin kena buat kerja yang ditugaskan

Khusrin Punyai Tugas Tersendiri Sebagai SUK - Tan Sri Khalid


SHAH ALAM 13 Feb. : Pihak media sewajarnya tidak menjadikan upacara angkat sumpah Datuk Mohd Khusrin Munawi selaku Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai sesuatu yang amat penting berbanding gerak kerja kerajaan Selangor mentadbir negeri ini.

Demikian tegas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ketika ditemuramah pemberita dalam satu sidang media di ibu negeri, pagi Ahad.

"Saya lihat, akhbar melihatnya sebagai satu perkara yang penting. Peranan Setiausaha Sulit adalah sebagai salah satu pasukan. Beliau sebahagian daripada pasukan ini. Kita bukan main badminton. Kita main bola sepak. Kita akan bawa dia masuk dalam pasukan kita dari masa ke semasa dan mempunyai tugas," katanya.

Khalid juga menjelaskan, proses angkat sumpah SUK tidak perlu disegerakan ekoran terdapat banyak lagi tugas penting yang perlu diuruskan kerajaan negeri.

"Majlis angkat sumpah simpan rahsia akan dilaksanakan mengikut peraturan,dan semua pihak berkaitan tidak seharusnya bimbang apa-apa. Mohamad Khusrin sudah berada dalam pasukan kami dan diberikan tugas melaksanakan dasar-dasar negeri dari semasa ke semasa, itu yang lebih penting," katanya.

7 Februari lalu, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengarahkan Datuk Mohamad Khusrin Munawi memberi keutamaan kepada hartanah milik kerajaan Selangor, terutamanya yang terbiar dan bermasalah.

Tugasan pertama ini diberikan Khalid Ibrahim setelah mengadakan pertemuan dengan Khusrin di pejabatnya minggu lalu.

Menteri Besar telah memberitahu Mohamad Khusrin bahawa beliau perlu bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan hartanah milikan kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik.

Khusrin juga perlu menyediakan laporan dari semasa ke semasa kepada kerajaan negeri mengenai maklumat terkini hartanah milik Kerajaan Selangor, demi mengenal pasti nilai tanah yang terbiar dan bermasalah.

Di samping itu, Khusrin juga perlu meneruskan usaha-usaha kerajaan Selangor menangani masalah kecurian pasir yang boleh menggangu pendapatan kerajaan negeri yang mana Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah menunjukkan kejayaan cemerlang menerusi peningkatan pembayaran royalti yang berlipat kali ganda sejak 2008.

Read more ...

Anak muda Malaysia contohi anak muda Mesir tegak keadilan

Belia Wajar Contohi Kesungguhan Belia Mesir Tegak Keadilan


SHAH ALAM 13 Feb.: Seluruh belia disarankan agar lebih menggerakkan reformasi kerana mereka adalah tunjang dalam usaha menjana perubahan di kalangan masyarakat di negara ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan sikap kesungguhan belia Mesir dalam menegakkan keadilan harus dijadikan ikhtibar dan contoh dalam mencorakkan masa depan negara.

Ini kerana menurut Khalid, belia di Mesir secara hakikatnya telah berjaya mengubah corak demokrasi akan datang yang selama ini dikongkong oleh pemimpin yang bersikap kuku besi.

"Perlunya pemimpin-pemimpin untuk mengingatkan pemuda bahawa corak akan datang, corak negara akan datang, corak pengurusan akan datang, dan corak pembangunan akan datang adalah bergantung kepada corak yang dibuat oleh pemuda," katanya.

Dalam satu ucapan yang dibuat, Khalid menyeru agar kesedaran belia dalam pembangunan Malaysia haruslah dipandang serius oleh segenap pihak bagi memastikan pentadbiran negara dapat dijalankan dengan lancar di masa akan datang.

"Walaupun ilmu ada di dada dan di kepala, tetapi kalau tidak digunakan dan tidak diterjemahkan sudah tentulah kita tidak mempunyai sumbangan kepada negara yang tercinta," tegas Tan Sri Khalid.

Justeru, Khalid meluahkan rasa gembiranya terhadap penubuhan Penggerak Belia Tempatan (PeBT) yang berfungsi merancakkan lagi aktiviti-aktiviti belia di peringkat angkar umbi.

"Kita akan memantau keberhasilan usaha kita ini sebab kita telah melantik Pengarah Belia dan Sukan baru untuk menjalankan tugas ini. Jadi kita kena tengok bagaimana tugas ini dijalankan. Ini tak termasuk sukan. Belia sahaja. Aktiviti-aktiviti belia," katanya.

Khalid juga menyifatkan, pertubuhan ini adalah sebagai satu jihad dalam menggerakkan diri untuk berbakti kepada masyarakat. Melalui pertubuhan ini, belia juga dilihat mampu membuktikan jati diri masing-masing.

Turut hadir dalam majlis sama adalah Pensyarah di Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Abu Hassan Abdullah.

Majlis yang dirasmikan Menteri Besar Selangor itu dihadiri lebih 200 belia yang berdaftar di bawah PeBT melalui pemantauan Bahagian Pembangunan Belia Majlis Sukan Negeri Selangor.

Read more ...