Thursday, September 13, 2012

OH MAMAT NI!!! Pesalah trafik tegar, padan la pantang nampak bas





Rupa-rupanya simamat yang berlagak "pahlawan" yang hanya berani melontar cat kearah bas Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin tempoh hari adalah pesalah trafik tegar!!!!

Antara kesalahannya ialah:- tiada lesen memandu yang sah, tiada cukai jalan dan insuran perlindungan, parking kereta sesuka hati, pandu melebehi had laju, langgar lampu isyarat dan buat modifikasi kepada kenderaan.


MELAKUKAN KESALAHAN TRAFIK SEJAK TAHUN 1999.


JUMLAH SAMAN TERTUNGGAK YANG GAGAL DIJELASKAN : RM1930.00 ( SATU RIBU SEMBILAN RATUS DAN TIGA PULUH RINGGIT )


PERGH!!!!!!....patutlah mamat ini dijulang dan disanjung oleh UMNO sebagai "pahlawan".. Mencapai tahap kriteria yang diinginkan oleh UMNO beb!!!!!OMAK KAU

Read more ...

VIDEO GURINDAM JIWA!!! Pengerusi JKKK UMNO yang sedang kepanasan

SEBELUM ini pernah disiarkan bagaimana seorang penceramah United Malays No Otak, Umno di Melaka diserang sawan ketika berceramah rujuk sini [diserang sawan].

Kali ini seorang JKKK kampung mengamuk dan memaki hamun Parti Islam, PAS depan kerusi-kerusi kosong. Beliau turut terpekik terlolong dan melontarkan ugutan dipercayai ke arah sebuah lagi ceramah berhampiran.

Difahamkan beliau bertukar menjadi seperti kurang siuman gara-gara program ceramahnya tidak mendapat sambutan malah lebih 30 ahli umno kampungnya telah menyertai PAS.



Ini bukan kisah main-main, bukan cerita olok-olok, sebaliknya ini amaran kepada pemimpin Umno yang lain yang ingin berceramah. Kenapa? Kerana sawan ini nampaknya boleh berjangkit kah kah kah...


ReJaM© "Pastikan makan ubat dahulu sebelum berceramah... "


Read more ...

HIMPUNAN HIJAU DI KELANTAN!!! Rais Yatim serah kepada Mustapha Muhamad untuk kira jumlah peserta




Tuan Guru Nik Aziz di Himpunan Hijau ke Puterajaya peringkat negeri Kelantan yang diadakan di Machang.









~unit komunikasi MB

Read more ...

SAMM DEDAH!!! Penyelewengan geran bantuan Perdana Menteri




PETALING JAYA: Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat pendedahan berlakunya penyelewengan melibatkan Jabatan Perdana Menteri.
Dalam satu kenyataan media hari ini Penyelaras SAMM Kebangsaan Badrul Hisham Shaharin berkata pihaknya akan mendedahkan identiti seorang yang bekerja sebagai orang tengah dalam hal geran bantuan Perdana Menteri.

Badrul Hisham yang juga ketua PKR bahagian Rembau berkata pada 12 September (semalam) beliau menerima satu set dokumen di rumahnya di Nibong Tebal, Pulau Pinang.Menurutnya, SAMM akan membuat pendedahan kesemua dokumen yang diperolehi dalam masa tiga hari dari hari ini.

 
Dokumen ini membuktikan bagaimana geran bantuan Perdana Menteri kepada sebuah badan kebajikan telah diselewengkan dan sebanyak RM200,000 terpaksa dibayar kepada orang tengah sebagai ‘komisyen’.

Menurutnya lagi, set dokumen itu mengandungi surat bertarikh 28 Mac 2012 dari Kementerian Kewangan yang memaklumkan kepada pertubuhan kebajikan tersebut mengenai peruntukan geran sebanyak RM500,000.


Surat-surat yang lain disertakan ialah surat jawapan persetujuan penerimaan bantuan geran dari pertubuhan tersebut kepada Kementerian Kewangan.Juga diperolehi ialah minit mesyuarat pertubuhan tersebut yang menyebut dengan jelas nama seorang pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) yang membantu mendapatkan geran bantuan daripada Perdana Menteri.


Dokumen itu adalah bukti yang kukuh di mana pemimpin BN tersebut menjadi orang tengah kepada sebuah pertubuhan di mana mendapat geran bantuan RM500,000 tetapi diputuskan pembayaran ‘komisyen’ sebanyak 40% kepada syarikat milik pemimpin yang dinyatakan.


“Set dokumen tersebut turut melampirkan penyata kira-kira akaun yang menyatakan dengan jelas pembayaran komisyen dibuat melalui 10 cek kepada syarikat yang dinyatakan sebelum ini.


Ini termasuk beberapa dokumen yang boleh membuktikan operasi pembayaran komisyen ini diketahui oleh pihak yang menguruskan pembayaran dari pejabat Perdana Menteri itu sendiri,” kata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai CheguBard.



Usaha tutup korupsi Scorpene

Sementara itu, CheguBard mendakwa siasatan yang dilakukan terhadap sebuah NGO, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ialah satu usaha untuk menutup isu pendedahan korupsi kapal selam Scorpene termasuk penjualan maklumat ketenteraan kepada pihak asing.

“Tiba-tiba untuk menutup isu pendedahan korupsi kapal selam yang didedahkan termasuk penjualan maklumat ketenteraan kepada pihak asing, Suaram diserang di media utama negara sebagai alat asing semata-mata kerana menerima dana dari luar.




“Nampak sangat kerajaan BN menjadi panik dan ketandusan isu berdepan Suaram,” jelas beliau.


Beliau berkata, bukannya suatu perkara yang asing organisasi bukan kerajaan di seluruh dunia mendapat bantuan dana dari luar khususnya dari negara kaya dan maju.

Bantuan dan dana katanya, juga datang dari badan korporat, yayasan besar dunia dan perbagai bentuk lagi secara langsung mahupun tidak langsung.Jelas beliau, “ini bukanlah satu kesalahan atau pelik cuma cara hipokrasi kerajaan BN seolah-olah menjadikan perkara ini asing dan amat salah, khususnya dalam negara yang mengamalkan konsep kapitalisme (pasaran terbuka).

“Yang salah ialah usaha menjual syarikat berkepentingan negara kepada pihak asing. Rakyat seharusnya tidak melupakan penjualan kepentingan Bernas, Telekom dan banyak syarikat negara kepada pihak asing.
“Lebih dashyat ialah mereka yang rapat dengan Perdana Menteri yang terlibat menjual rahsia ketenteraan negara dalam proses pembelian Scorpene, ini juga didiamkan,” ujar beliau.


Kedahkini 

Read more ...