Monday, November 11, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Poll Pemuda, Suhaizan dan Ku Is jauh di hadapan calon lain


Poll undian Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda PAS terkini 8 hari sebelum ditutup menyaksikan calon Ketua Pemuda Suhaizan Kayat dan calon Timbalan Ketua Pemuda Raja Ahmad Iskandar (Ku Is) jauh meninggalkan pencabar masing-masing.


Undian untuk Suhaizan mencapai 71% daripada jumlah undian, manakala undian untuk Raja Ahmad Iskandar sebanyak 79%.

Calon Ketua Pemuda Zuhazmi Shariff walaupun dihina secara tidak berakhlak dalam dunia maya masih mendapat undian agak baik ditangga kedua dengan mendapat 19%.

Sungguhpun seorang lagi calon Ketua Pemuda Kamarulzaman Muhammad mendapat tempat menjawab isu PAS Putrajaya dan isu HIMPUN di Page rasmi FB  Dewan Pemuda PAS Malaysia, kedudukannya masih di belakang dengan mendapat 8% undian.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Haji Mohamad Sabu mahu bantu Presiden lebar pengaruh PAS


KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempertahankan jawatannya dalam pemilihan kali ini sebagai usaha bagi membantu Presiden mengembangkan pengaruh PAS kepada bukan ahli PAS.

Katanya, usaha ini termasuklah membantu mendekatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan badan bukan kerajaan di kalangan bukan Melayu seperti kaum Cina, India dan sebagainya.

"Kita bantu Presiden kembangkan pengaruh PAS kepada orang yang bukan ahli PAS, terutama di kalangan orang Melayu dan Ngo seperti Suaram, Aliran, MTUC, Kesatuan Sekerja, dan banyak lagi.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Mahfuz mahu bantu PAS terajui perubahan


KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini menyatakan hasrat untuk menawarkan diri mempertahankan jawatan bagi membantu PAS menerajui perubahan yang telah dilakukan parti sebelum ini.

Jelasnya, PAS sebelum ini berjuang untuk membawa perubahan baru dalam lanskap politik negara dan sekarang sudah pun berada dalam arus perubahan sehingga menjadi sebuah parti utama dalam libatan politik Malaysia.

"Jika kita lihat PAS sebelum ini berusaha untuk membawa perubahan sehinggalah kita berjaya melakukannya dan sekarang sudah sampai mana untuk kita menerajui perubahan tersebut agar terus meningkat," jelasnya pada sidang media di lobi Parlimen.

Katanya lagi, PAS perlu mengekalkan perubahan yang sedia ada bagi memastikan ia seiring dengan apa yang berlaku agar tidak ketinggalan dan diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Kamaruzaman mahu teruskan legasi Pemuda PAS


KUALA LUMPUR: Kamaruzaman Mohamad berikrar akan meneruskan legasi, warisan dan tradisi Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) yang diasaskan kepimpinan terdahulu.

Bercakap kepada Harakahdaily, hari ini, Kamaruzaman yang menerima pencalonan bagi jawatan Ketua DPPM tersebut atas semangat fastabiqul khairat, iaitu berlumba-lumba untuk memberi sumbangan menegaskan beliau juga akan mempertahankan ketulenan dan keabsahan manhaj perjuangan Islam yang didukung PAS.

"Saya berjanji mempertahankan ketulenan dan keabsahan manhaj perjuangan Islam yang didukung PAS dengan gandingan mantap antara profesional muda, ulama muda dan aktivis muda, tanpa menolak perlunya agenda tajdid dan islah," tegas beliau.

Dalam masa sama, bekas Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan itu turut berikrar untuk meneroka ruang dan peluang baru untuk membawa Pemuda PAS mendepani cabaran semasa dan menguasai isu serta keperluan anak muda masa kini secara kolektif.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Mumtaz mahu sambung tugas, suburkan demokrasi


KOTA BHARU: Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Mumtaz Md Nawi yang mempertahankan jawatan Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat pada Muktamar PAS Ke-59 nanti mengikut kemampuan yang ada demi untuk kepentingan parti.

Ketika ditemui hari ini Mumtaz memberitahu, beliau menerima pencalonan itu bagi memenuhi hasrat anggota parti sendiri di samping menyuburkan demokrasi dalam parti.

“Saya menerima pencalonan dari kawasan ini kerana berhasrat untuk menyambung tugas dan khidmat, saya sahut seruan ini juga dengan kadar kemampuan yang ada,” ujarnya.

Ketika ditanya berhubung ada calon lain untuk bertanding jawatan itu, beliau mengalu-alukannya.

Read more ...

PEMILIHAN PAS!!! Khairil Nizam dipilih Ketua Pemuda PAS Wilayah


KUALA LUMPUR: Ir Khairil Nizam Khirudin dipilih sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan sesi 2013-2013 pada muktamar dewan itu, semalam.

Manakala jawatan bagi Timbalan dan Naib Ketua Pemuda diamanahkan kepada Nurul Islam Mohamed Yusoff dan Ustaz Mohd Farkhan Md Zin.

Muktamar yang diadakan di Dewan Kohilal, Diamond Square telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Ketua sesi lalu, Kamaruzaman Mohamad melepaskan jawatan kerana faktor usia.

Read more ...