Friday, January 17, 2014

HIMPUNAN SEKANGKUNG!!! Lebih 30 0OO hadir, hampir 100% penyokong dan ahli UMNO

Bertempat di Sunway, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, pagi ini telah berlangsungnya satu perhimpunan dari macai-macai UMNO,  pembela Najib Razak membantah tindakan ADUN PKR Machang Bubuk, Lee Khai Loon dan kuncu-kuncunya yang dikatakan kononnya melakukan kerja biadap menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

Kehadiran yang tidak sampai 300  orang, hampir 100% penyokong dan ahli UMNO.

Tidak nampak langsung seorang kelibat yang bergelar pemimpin UMNO di perhimpunan menentang penghinaan terhadap PM .. mungkin mereka sedar .. jika hadir akan menghina diri mereka sendiri.

Read more ...

ROSMAH KENA JAWAB!!! Kemana duit peruntukan Permata yang berjuta-juta?

 
 Gambar hiasan
 
Program Permata Negara – sebuah projek yang dikatakan tercetus dari idea isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; ilhamnya bukan berasal daripada cincin permata beliau yang bersinar, tetapi ekoran peningkatan kes jenayah dan masalah sosial dalam negara yang dipercayai berpunca daripada corak didikan semasa kanak-kanak. 

Maka, pada 1 Mac 2007, program ini dilancarkan dan dilaksanakan bagi memberi focus kepada asuhan dan didikan awal kanak-kanak. 

Walau bagaimanapun, bak kata pepatah, Indah Khabar Dari Rupa , program ini hanyalah sekadar satu lagi projek yang menghakis sumber negara dan wang rakyat.

Semasa merasmikan program Horey-Horey Permata 2013 di Dataran Telok Kemang, Port Dickson, Datin Seri Rosmah Mansor mengaitkan kritikan terhadap beliau dan Permata sebagai serangan politik. 

Saya menolak sekeras-kerasnya tanggapan beliau kerana saya komited untuk menegur dan mengkritik sekiranya terdapat unsur-unsur pembaziran wang rakyat.

Sekiranya Datin Seri Rosmah Mansor bertegas bahawa perlaksaan program tersebut bukan pembaziran, apakah beliau bersedia untuk mendedahkan keseluruhan jumlah peruntukkan yang disalurkan bagi membiayai segala perbelanjaan program Permata sejak penubuhannya pada tahun 2007?

Jumlah Peruntukan Mengelirukan, Peruntukan Bajet Tidak Setara Dengan Kenyataan Pihak Permata

Read more ...

MANA LEBIH BERADAB!!! Tarian punggung atau flash mop kangkung?

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan flash mob yang mengejek Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan 'kangkung' untuk menjelaskan isu kenaikan harga.

Ia dianjurkan oleh ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon, di kawasan pasar malam di Alma, Bukit Mertajam Rabu lalu.


Anwar berkata Pemuda Umno dan NGO hak Melayu PERKASA pun telah menghina pemimpin Pakatan Rakyat tetapi hanya segelintir sahaja yang telah membantah.


Menurutnya, tarian punggung oleh kumpulan pro-kerajaan yang terdiri daripada veteran tentera di hadapan bekas penyelaras BERSIH, Datuk S Ambiga pada 2012, lagi teruk daripada flash mob 'kangkung'. 

Read more ...

KEDUDUKAN PALING LEMAH!!! Adakah Najib akan letak jawatan sebelum PRU 14?


Selepas lapan bulan berbincang, usaha Umno untuk berbincang ke arah perpaduan dengan Pakatan gagal menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar) kini terdedah kepada pemberontakan daripada kalangan Umno sendiri, lapor The Edge Review.

Mingguan online dalam laporannya bertajuk "When talk fails" (Bila perbincangan gagal) melaporkan, Najib gagal meyakinkan pimpinan tertinggi Umno untuk mewujudkan perpaduan dengan Pakatan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Perbincangan itu… telah digunakan sebagai senjata untuk Najib menghadapi musuhnya di dalam partinya sendiri," katanya."Perbincangan itu tidak pergi ke mana-mana kerana pandangan umumnya Umno tidak pernah jujur," kata rakan karib Anwar yang terlibat dalam perbincangan sulit berkenaan kepada mingguan itu.

Najib telah menggunakan perbincangan itu untuk membentuk kerajaan perpaduan selepas pencapaian buruk BN dalam pilihan raya umum lalu.Pengundi telah memberikan undi popular kepada Pakatan dalam pilihan raya umum lalu, memberikan mesej mereka sudah bosan dengan cara BN mentadbir negara.

Read more ...