Sunday, November 7, 2010

Pemuda PAS sambut cabaran Zambry bersemuka

IPOH, 8 Nov. : Dewan Pemuda PAS Negeri Perak ( DPPN Pk ), menarik perhatian berhubungan kenyataan DS Zamry Kader meminta pendirian Dewan Pemuda PAS Perak berikutan dakwaan terhadap perbuatan DS Zamry Kader yang jelas membudayakan kembali unsur syirik dan khurafat dalam amalan orang Melayu.


Setiausaha DPPNPk Dr. Raja Ahmad Al-Hiss berkata , DPPNPk amat berbesar hati atas permintaan DS Zamry yang ingin mendapatkan penjelasan terhadap dakwaan kepada YB Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan DPPNPk bersedia bersemuka dengan DS Zambry bagi menjelaskan perkara tersebut.


Raja Ahmad berkata , DPPNPk sedia menerima cabaran DS Zamry untuk menjelaskan pendirian DPPNPk tetapi ianya mestilah dibuat dalam satu pentas bersama bagi memberi peluang kepada rakyat dan umat Islam memahami dan menilai isu yang cuba diselewengkan oleh Barisan Nasional (BN).


Menurutnya, DPPNPk juga bersedia untuk menjelaskan dakwaan bahawa tindakan DS Zamry jelas mendokong amalan syirik yang bertentangan dengan ajaran Islam.


Tambahnya, DPPNPk menantikan persetujuan DS Zambry bagi menetapkan apa sahaja kaedah pentas tersebut dan sesuai dengan masanya.

" Jika YAB. Dato’ Seri gagal memberikan sebarang respon, ini bermakna YAB. Dato’ Seri bersetuju dengan dakwaan kami namun masih ingin mempertahankan perbuatan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar dan jelas lari daripada akidah Islam" katanya.DPPNPk

Read more ...

Terus usaha ziarah kebajikan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgVCd-afH62TIbKrfMtxrzPQWe_YKA1R8hO6RnHochMkh6PpdkweOdfPhGYDUEuZpnwNYsJzB3dBnLUxm2zQR4lSrElRNDbdetGdNYJdCAiqszC6rq8vEXEePlRga4DMPPb87CwRvRqa4A/s1600/IMG_0349.JPG

PARIT BUNTAR, 8 Nov. : Dewan Pemuda PAS Kawasan Parit Buntar (DPPKPB) meneruskan Ziarah Kebajikan seperti yang dilaksanakan pada bulan Ramadhan dan Syawal yang lepas.

Pengerusi Lujnah Kebajikan DPPKPB Noraidi Mohamad Isa berkata, program turun padang serta ziarah ini adalah program rutin yang sentiasa di lakukan oleh DPPKPB.

“ Pemuda PAS Parit Buntar sentiasa mendekati golongan yang kurang bernasib baik dan akan cuba membantu sedaya upaya meringankan beban rakyat dalam kawasan Parit Buntar.

" Kita akan meneruskan usaha membantu golongan yang susah tidak kira masa waktu sebagai merealisasikan konsep Negara Berkebajikan " Noraidi

Noraidi berkata, rombongan Ziarah Kebajikan diketuai oleh Ketua Pemuda Khairulzami Muhammad bersama tujuh Ahli Jawatankusa melakukan ziarah ke lima kampung dalam DUN Titi Serong.

“ Kita telah menyampaikan sumbangan kepada 17 orang penduduk berupa barangan keperluan harian.

“ Kita juga menyampaikan sumbangan kerusi roda dan tongkat kepada pesakit yang tidak dapat berjalan dengan sempurna” katanya

Sementara itu, Setiausaha PAS Cawangan Sungai Labu Atas Mohamad Shafie Mat Isa memuji usaha ziarah kebajikan yang dilakukan oleh Pemuda PAS Parit Buntar.

“ Program ziarah ini sangat baik untuk mendekati masyarakat terutama golongan susah. Malah, sememangnya amat dinanti-nantikan oleh masyarakat di sini.
''Saya harap program ini dapat diteruskan lagi pada masa-masa akan datang kerana ia ternyata mencapai matlamatnya untuk membantu golongan yang susah,'' katanya.



Kerusi roda yang disumbangkan oleh DPPKPB


Meredah kampung demi mebela Rakyat


warga emas yang di ziarahi dan diberi sumbangan


JK Cawangan turut membantu menunjukkan jalan ke rumah penerima


Ketua Laj. Kebajikan Sdr Noraidi menyampaikan tongkat

Read more ...

Selangor peruntuk RM1.43 bilion bajet 2011

SHAH ALAM, 8 Nov. : Sebanyak RM1.43 bilion diperuntukkan dalam belanjawan negeri Selangor yang dibentangkan di Dewan Undang Negeri itu oleh menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM830 juta diperuntukkan untuk perbelanjaan mengurus mankala sebanyak RM600 juta selebihnya diperuntukkan untuk pembangunan negeri.

Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding jumlah RM1.3 bilion dalam belanjawan 2010 dan dinyatakan sebagai belanjawan berimbang bertemakan "Hasil Negeri Untuk Rakyat."

Di bawah perbelanjaan mengurus, sejumlah besarnya sebanyak RM333 juta (40.12 peratus) diperuntukkan untuk perkhidmatan dan bekalan, manakala RM282 juta (33.98 peratus) akan digunakan untuk bayaran emolumen.

Selebihnya; sebanyak RM208.5 juta (25.12 peratus) diperuntukkan untuk pemberian dan bayaran tetap, RM5.7 juta (0.69 peratus) untuk pembelian aset dan RM800 ribu untuk perbelanjaan lain.

Di bawah peruntukan pembangunan pula, menteri besar dan setiausaha kerajaan negeri menerima peruntukan paling besar berjumlah RM225 juta, diikuti jabatan kerja raya sebanyak lebih RM153 juta.

Jabatan agama Islam turut merupakan antara penerima peruntukan paling tinggi sebanyak RM110.6 juta, selain jabatan pengairan dan saliran sebanyak RM45 juta serta jabatan pertanian yang menerima RM15 juta.

Dalam ucapan pembentangannya pagi ini, Khalid berkata kerajaan negeri turut menjangkakan peningkatan kutipan cukai sebanyak 15.42 peratus (RM70,960,000) melalui kutipan hasil cukai bagi 2011.

Khalid juga berkata, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi negeri Selangor untuk tahun 2010 diunjurkan berada pada tahap 6.1peratus berbanding penguncupan 1.2 peratus pada tahun 2009.

Katanya lagi, KDNK Selangor disumbangkan lima sektor utama, paling utama melalui sektor perkhidmatan (60.5 peratus) dan pembuatan (32.4 peratus).

Sumbangan daripada kedua-dua sektor ini membolehkan ekonomi Selangor tumbuh lebih baik berbanding pertumbuhan yang dicatatkan oleh negara Malaysia antara 2007 hingga 2009, katanya.

Menurut Khalid, empat strategi dirangka untuk merealisasikan tema belanjawan kali ini, antaranya melalui pengurusan sumber negeri secara bijaksana dan pengurusan perbelanjaan yang cekap.

Ia turut menggariskan strategi bagi mendorong pembangunan modal insan serta memantapkan pembangunan negeri.

Read more ...

Demi Umno tercinta sanggup ku panjat pokok bahaya

BUKIT GANTANG, 8 Nov. : Ceramah Isu semasa yang disampaikan oleh YB Dato' Seri Muhamad Nizar Jamaluddin malam ini di ganggu oleh beberapa orang polis yang berpakaian preman.

Dalam kejadian tersebut pihak polis telah cuba memasuki kawasan kediaman (pemilik rumah) untuk menutup PA System bagi menghentikan ceramah.

Namun halangan yang dibuat oleh anggota Unit Amal berjaya menghalang daripada polis memasuki perkarangan rumah.

Tindakan polis sekali lagi mendapat kutukan dari masyarakat dan orang ramai yang mendengar ceramah apabila memanjat pokok semata-mata untuk mencabut kabel wire 'hon speker' yang diletakkan diatas sebatang pokok dihadapan prntas ceramah.

DS Nizar meminta petugas supaya menguatkan lagi volume PA System supaya speker yang masih ada di perkarangan rumah boleh didengari oleh orang ramai.

Dalam ucapan beliau mengingatkan bahawa polis supaya bertindak lebih matang dan beretika. Ini kerana PAS dan PR hanya mempunyai saluran dan pentas ini sahaja untuk menyampaikan maklumat kepada Rakyat sedangkan umno mengusai media massa.

Oleh itu pohak polis di minta tidak mengganggu majlis kerana tiada insiden yang tidak terkawal sepanjang majlis melainkan untuk menerangkan permasalahan negara kepada Rakyat.

"Kita berceramah disini bukan ingin mencetuskan permasalahan, malah banyak lagi pusat-pusat karaoke dan pub-pub yang berselerakan di Bandar Taiping, kenapa tidak diambil tindakan? Kenapa ceramah yang hanya ingin memberi penjelasan kepada Rakyat perlu di ganggu seperti ini. Tegas Nizar

Dalam ceramahnya beliau menyentuh isu PRK Galas dan batu sapi yang menunjukkan tembelang SPR yang hanya memihak kepada kepada umno/BN dengan membiarkan sogokan kepada pengundi oleh BN tetapi menuduh Tuan Guru Nik Aziz merasuah sedangkan subangan itu merupakan Zakat bagi asnaf saudara baru (Muallaf).

"SPR secara terang-terang berpihak kepada BN dalam isu wang sogokan, walaupun laporan dibuat namun SPR tidak mengambil tindakan terhadap agen Pilihanraya BN. Tetapi terus membuat keputusan rasuah terhadap Tuan Guru Nik Aziz sedangkan beliau memberi wang zakat kepada saudara baru yang memeluk Islam" Berkata Nizar.

Pada malam tersebut, nizar juga menyentuh isu semasa yang hangat diperkatakan iaitu isu Zamri meletakkan ancak tiang seri dengan amalan khurafat serta isteri Perdana Menteri Rosmah Mansur yang merasmikan busana muslimah yang terang-terang mendedah aurat.

Menurut DS Nizar amalan khurafat ini telah ditinggalkan oleh masyarakat Melayu kini cuba dihidupkan kembali oleh Menteri Besar Perak.

"Kita mahu Mufti-mufti dapat menyatakan dengan jelas tentang amalan ini suapaya masyarakat tidak terkeliru dengan amalan khurafat seperti ini"katanya

Read more ...

MB Kedah bidas Muhyiddin


ALOR SETAR, 8 Nov.: Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana lewat melawat mangsa banjir yang disifatkan terburuk pernah berlaku di negeri ini:.

Beliau berkata, sebagai pemimpin nombor dua, sepatutnya Muhyiddin tiba lebih awal untuk meninjau nasib penduduk Kedah, termasuk melawat bilik operasi banjir negeri untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini.


“Setelah tujuh hari bencana berlaku, baru (beliau) datang meninjau mangsa banjir. Air banjir pun sudah surut dan sebahagian (mangsa) balik ke rumah masing-masing. Sepatutnya datang lebih awal, baru nampak situasi sebenar,” katanya sebelum memulakan konvoi melawat mangsa banjir ke lima pusat penempatan sekitar daerah Kota Setar dan Anak Bukit.


Lima pusat penempatan banjir itu ialah Sekolah Wawasan Taman Aman, Sekolah Kebangsaan (SK) Sematang Gunong, Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Rotan, SK Seberang Nyonya dan Kuarters Polis Taman Derga Jaya.


Mengulas kenyataan Muhyiddin: kelmarin, kononnya Kerajaan Kedah lepas tangan dan menyerahkan tanggungjawab membantu mangsa kepada Pusat, Azizan berkata, itu dakwaan tidak berasas kerana semua agensi bawah Kerajaan Negeri termasuk Pusat bekerjasama dengan baik mena-ngani bencana ini.


“Kita ada Jawatankuasa Bencana Alam peringkat negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, bilik gerakan banjir peringkat daerah termasuk semua agensi terlibat seperti polis, tentera, sektor awam bekerjasama dengan baik. Tiada sentimen politik langsung,” katanya.


Azizan berkata, kenyataan itu hanya berdasarkan laporan pemimpin UMNO yang sengaja mahu mencetuskan isu, sebaliknya Muhyiddin tidak ke lokasi yang betul bagi mendapatkan maklumat tepat.


“Saya terkilan kerana apa yang disebarkan tidak betul. Sepatutnya datang negeri orang, kenalah tanya saya dulu mengenai perkembangan terkini. Bukan buat andaian semata-mata,” katanya.


Ditanya mengenai desas-desus kononnya setiap mangsa banjir akan memperoleh RM500 seorang, Azizan berkata, Kerajaan Negeri tidak pernah menjanjikan bantuan seperti itu, seeloknya dirujuk kepada Pusat mengenai dakwaan tersebut


“Rujuklah kepada Kerajaan Pusat, mungkin mereka yang mahu beri. Kita cuma sampaikan bantuan secara keseluruhan,” katanya.
SH

Read more ...

Janji elektrik sejak 5 kali pilihan raya belum ditunai













MIRI, 8 Nov: PAS For All sekali lagi diterjemahkan PAS Miri melalui program pembelaan rakyat dan kebajikan di sekitar pinggir Desa Senadin dan Kampung Sealine.

Yang Dipertua PAS kawasan, Haji Jofri serta pimpinan kawasan beserta anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS, rombongan telah turun menyampaikan bantuan serta mendengar sendiri permasalahan rakyat setempat, kelmarin.

Turut serta Setiausaha Pemuda PAS Pusat, Khairul Faizi yang dalam rangka lawatan kerja bertemu Pemuda PAS kawasan.

Kebanyakan penduduk ditemui amat kecewa dengan janji pemimpin BN khasnya berkaitan pampasan kepada penduduk yang terlibat pada kebakaran dua bulan yang lalu.

Mereka tidak diberi pampasan malah terpaksa membayar harga tinggi untuk mendapatkan rumah baru yang dibina kroni BN di Desa Senadin.

Selain itu, bagi penduduk sekitar Kampung Senadin pula menghadapi masalah tiada sambungan bekalan air dan elektrik sempurna.

Bayaran mahal sehingga RM3,000 diperlukan untuk penyambungan melalui pihak swasta iaitu Sesco dan Laku.

Janji demi janji Adun setempat yang kononnya akan menyegerakan penyelesaian masalah itu terus diimpikan walaupun sudah lima kali pilihan raya.

Mereka kesal dan telah menyatakan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan.

Jofri yang ditemubual menyatakan komitmen dan usaha PAS untuk membawa permasalahan itu kepada pihak berkenaan.

“Dengan penubuhan DHPP yang insya Allah bakal dirasmikan Tuan Guru Presiden, PAS for All kini benar-benar diterjemahkan di negeri Bumi Kenyalang ini,” ujarnya.hrkh

Read more ...

Zaid berundur dari PKR, terus sokong pembangkang

PETALING JAYA, 8 Nov. : Calon timbalan presiden PKR, Datuk Zaid Ibrahim membuat pengumuman mengejut untuk menarik diri daripada bertanding jawatan berkenaan.

Selain itu, Zaid yang juga pengerusi perhubungan PKR Wilayah Persekutuan juga mengumumkan beliau meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

“Saya tawar diri menyertai parti ini atas kepercayaan saya boleh membawa politik progresif; memupuk dan memperkembangkan demokrasi dan ketelusan di negara ini. Saya sebenarnya silap,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Zaid, sepanjang pemilihan PKR, membuktikan bahawa kepimpinan parti itu secara aktif membiarkan salah laku dan penipuan berleluasa dengan tujuan mencapai objektif tertentu.

“Saya yakin mana-mana parti politik dengan sikap hipokrit dan nilai-nilai palsu tidak akan mampu menawarkan sebarang pembaharuan yang bermakna kepada rakyat di negara ini.

"Saya mengambil keputusan ini kerana tidak ada usaha oleh kepimpinan parti untuk menangani manipulasi dan amalan tidak adil dalam pemilihan itu meskipun ia telah berulang-kali ditimbulkan,” katanya.

Sehubungan itu, Zaid yang sebelum ini pernah menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, sebelum meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno berkata beliau akan tetap komited terhadap perjuangan pembangkang.

Katanya, beliau akan terus bercakap berhubung isu yang membabitkan rakyat jelata dan terus berjuang bagi memastikan rakyta mendapat kerajaan yang lebih baik.

“Akhir sekali, saya berharap peminat Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai 'spoiler'yang akan menghalang perarakan mereka ke Putrajaya. Saya ucapkan maju jaya kepada mereka,” katanya.Malaysiakini

Read more ...

Bayaran masuk Gua Kandu guna nama Zambry


IPOH , 7 Nov. : Pelancong tempatan dan penduduk Kampung Jahang, Gopeng melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah syarikat yang mengenakan bayaran untuk memasuki Gua Kandu bagi aktiviti rekreasi.

Ketua Biro Penerangan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia Daerah Kinta, Mior Azman Aminuddin Mior Aris berkata, permasalahan yang dialami pelancong dan penduduk setempat telah dipanjangkan kepada pihak berkenaan termasuk membuat laporan polis serta aduan kepada Exco bertanggungjawab.


Menurutnya, kadar bayaran yang dikenakan kepada pengunjung Gua Kandu dipercayai baru diwujudkan kerana tiada sebarang bayaran dikenakan sebelum ini.


“Persoalannya, bagaimana syarikat berkenaan boleh mengenakan bayaran kepada pengunjung sedangkan tanah itu adalah milik Kerajaan Negeri setelah Pejabat Tanah Kampar mengesahkan status hak milik.


“Menurut maklumat, apabila penduduk kampung menegur pemilik syarikat berkenaan untuk tidak mengenakan bayaran, beliau menggunakan nama Menteri Besar kononnya kawan baik, menyebabkan penduduk akur dengan penjelasannya,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.


Mior yang juga pemandu pelancong berkata, masalah itu pernah dialami beliau semasa membawa 50 orang dari Syarikat Adutex Trading Sdn Bhd pada 2 November lalu masuk ke dalam Gua Kandu.:


Katanya, untuk membawa masuk rombongan itu ke gua, beliau terpaksa menyerahkan bayaran sebanyak RM250. :


“Kemudian, pada sebelah malam, saya sepatutnya membawa masuk kumpulan kedua seramai 50 orang daripada syarikat yang sama tetapi saya tidak membawa masuk kumpulan berkenaan atas sebab-sebab tertentu.


“Bagaimanapun, pada 5 November lebih kurang 4.30 petang, pemilik syarikat (pengutip bayaran) menghubungi dan tidak berpuas hati dengan saya kerana tidak membawa masuk kumpulan kedua sehinggakan pemilik tersebut menyatakan tidak akan berurusan dengan saya lagi,” katanya.


Beliau berkata, tindakan syarikat berkenaan merupakan satu kesalahan kerana mengenakan bayaran tanpa sebarang kebenaran dari pihak berkuasa termasuk Kerajaan Negeri dalam hal penggunaan tanah.


“Justeru, saya menggesa pihak berkuasa dan juga Exco berkaitan mengambil perhatian serta tindakan sewajarnya bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.
SH

Read more ...

BN banyak berlakon sambil buat tuduhan bohong












KUALA LUMPUR, 7 Nov: Dakwaan Kerajaan Persekutuan bahawa Kerajaan Negeri Kedah melepaskan tanggungjawab untuk membantu mangsa banjir di negeri itu adalah tuduhan melulu, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sejak dari awal banjir melanda negeri itu, kerajaan negeri sudah mengambil tindakan membantu mangsa banjir termasuk memastikan pusat penempatan sementara mencukupi.

(Gambar: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak turun bertanya khabar mangsa banjir di pusat pemindahan)

"Tuduhan mengatakan kerajaan Negeri Kedah tak ambil tahu masalah mangsa banjir satu tuduhan yang sangat melulu, yang dibuat oleh Barisan Nasional.

"Kerajaan negeri menyediakan bantuan untuk diagihkan kepada mangsa banjir termasuk sumbangan daripada PAS sendiri, wakil-wakil rakyat dan sumbangan orang ramai," kata Mahfuz ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini.

Ujarnya, media hanya membuat laporan berdasarkan kenyataaan pempimpin Umno, tanpa mengikuti sendiri perkembangan dan usaha yang dilakukan kerajaan negeri.

"Media juga memberikan laporan yang tak betul. Kata tak ada pemimpin Pakatan Rakyat yang turun dan sebagainya. Media tak pernah pun ikut kita. Kita pun tak fikir waktu banjir ini nak panggil media, tak sempat nak tunggu media datang untuk kita redah kawasan banjir.

"Kalau nak tunggu media datang baru nak pergi kawasan banjir, bermasalah juga. Mana nak jaga orang media, mana nak bawa bantuan, bot pun tak cukup.

"Kita tak ada masa nak ambil gambar, nak berlakon, jadi kita pergi semata-mata untuk bagi bantuan. Sharizat datang sehari dua sahaja, bukan pergi semua kawasan pun," katanya.

Menurutnya juga, keadaan banjir di negeri itu sudah semakin pulih namun ada beberapa kawasan yang masih ditenggelami air.

Beliau memberitahu, kerajaan negeri masih meneruskan pemberian bantuan khususnya bekalan makanan dan air bersih.

"Banjir makin pulih dan sebahagian besar mangsa sudah pulang.Tapi masak dan makan minum masih di pusat penempatan. Dijangka esok sebahagian besar mangsa akan pulang ke rumah masing-masing.

"Bantuan masih diperlukan kerana kita nak pastikan setelah pulang dari pusat pnempatan, mereka dapat bagi tumpuan untuk cuci rumah yang mengalami banyak kerosakan dan harta benda.

"Kita akan bagi apa-apa sumbangan yang ada dalam stok kita khususnya air bersih kerana di kawasan tertentu bekalan air terputus," katanya lagi.

Mahfuz juga memaklumkan, misi bantuan banjir di kawasannya akan bergerak ke Kampung Empa dan Kampung Seberang Paya di Dun Bukit Lada hari ini untuk menghantar bantuan kepada mangsa di kawasan itu yang terputus hubungan dengan kawasan lain sejak beberapa hari yang lalu.

"Penduduk di sana terputus hubungan dengan kawasan lain. Bomba pun tak berani nak pergi sebab bot mereka kecil dan arus deras," jelasnya.

Bekalan makanan juga akan dihantar ke Dun Bukit Pinang hari ini.Hrkh

Read more ...

Kerajaan PR Selangor sumbang RM100 ribu pada Kedah



















SHAH ALAM, 6 Nov: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu mangsa banjir di negeri itu.

Bantuan itu diluluskan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali (gambar) kepada Harakahdaily.

"Saya sendiri akan menyerahkan RM40,000 di pejabat SUK Kedah tengah hari esok sebagai pendahuluan," katanya.

Sementara itu, PAS menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidin Yasin satu fitnah apabila mengatakan kerajaan Kedah tidak buat apa-apa terhadap mangsa banjir di negeri itu.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tinjauan beliau di kawasan mangsa banjir di mana petugas PAS dan kerajaan negeri bertungkus lumus membantu tanpa mengira ideologi parti dan agama.

Katanya, pihak kerajaan Kedah, pejabat daerah, pejabat zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, pihak polis, bekerjasama dengan baik untuk membantu di pusat perpindahan.

Yayasan Amal dan Unit Amal yang dianggotai oleh ahli PAS bercekang mata membantu mangsa banjir dengan tulang empat kerat tanpa diupah.

“Memang ada pusat yang dikendalikan oleh ahli Umno, yang tidak perlulah kita hendak ceritakan bagaimana rungutan mangsa banjir kepada kami.

“Bukan masanya untuk kita hendak mendedahkan keburukan yang dilakukan oleh pelaku ahli Umno sewaktu mengendalikan pusat banjir,” katanya.

Sehubungan itu, katanya PAS menasihatkan Muhyiddin janganlah membuat fitnah dan mendengar taklimat daripada ketua cawangan Umno.

“Usahlah berpolitik ketika rakyat ditimpa dengan banjir. Air banjir tidak kenal apa anutan ideologi,” ujarnya.hrkh

Read more ...

Kedah sedia RM1 juta bantu mangsa banjir
















ALOR SETAR, 7 Nov: Kerajaan Negeri Kedah telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk membantu mangsa banjir di samping RM500,000 daripada wang zakat yang diumumkan Sultan Kedah semalam.

Exco kerajaan negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi (gambar) berkata, soal kerajaan negeri tidak membantu mangsa banjir tidak berbangkit langsung di negeri ini.

"Yang menjadi masalah adalah media yang tidak membuat liputan untuk kerajaan negeri," kata beliau.

Kerajaan negeri, katanya, telah menubuhkan Bilik Gerakan Banjir peringkat negeri dan daerah.

Di peringkat negeri ia diketuai oleh Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri manakala di daerah di ketuai Pegawai Daerah.

"Memandangkan SUK di Mekah, Timbalan SUK, Datuk Haji Ahmad Mat Isa yang ketuai operasi ini," kata Phahrolrazi kepada Harakahdaily.

Selain jentera kerajaan, NGO dan parti politik khasnya PAS dan Pakatan Rakyat juga terlibat.

"Dakwaan Shahrizat Jabatan Kebajikan Masyarakat agensi pusat tak betul. Pengarahnya staff kerajaan negeri. Ia agensi bersama," katanya.

Beliau mengaku jabatan itu paling banyak membantu magsa di samping kerajaan tempatan, polis, bomba dan juga jabatan kesihatan dan pelajaran.

Hari ini, kata Phahrolrazi, pihaknya bersama JKR akan bersama syarikat yang menjaga konsesi trek berkembar, Gamuda, akan menyiasat kalau projek itu menyebabkan laluan banjir tersekat.

"Memang di Jalan Tun Razak dan Jalan Sultanah ada isu itu, kita akan siasat secara menyeluruh hari ini," katanya.

(Gambar: Pengerusi surau As Siddiqin, Bandar Tasik Puteri, Rawang menyerahkan sumbangan kepada ustaz Ghazali Omar (kanan) untuk diserahkan kepada mangsa banjir di Kedah)

Sementara itu, sumbangan dari luar datang mencurah-curah untuk membantu mangsa banjir di negeri Kedah.

Tengahari ini, Exco kerajaan negeri Selangor, Dr Halimah Ali menyerahkan sumbangan RM400,000 dari kerajaan negeri Selangor kepada kerajaan negeri Kedah.

Bantuan juga diserahkan oleh kawasan-kawasan PAS di seluruh negara di samping kutipan dibuat di masjid dan surau untuk diserahkan kepada mangsa banjir.

Pemuda PAS kawasan Selayang telah menghantar kira-kira 50 kampit beras dan diserahkan di bilik oeparasi banjir PAS yang terletak di Kompleks PAS Kedah, dekat Kota Sarang Semut.hrkh

Read more ...