Friday, October 12, 2012

BUKU PANDUAN JASA DIBONGKAR !!! Agenda BN mainkan isu Soros-Pakatan, tapi makan diri

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQIuRIDu3x4vD3gy5vchVlri4RQ1vZamsNZuqJggN6TApFSaApAdz62xOkq-SeIe8Cwwf40S11Pdkm4HcuESOLSPx-rcyi8nqb1wSNCweOC1w87hrnc9rXey-H3T4LO2KRLOGgC4z3a1I/s1600/Najib+n+Soros.jpgProjek memburuk-burukkan pembangkang dengan jutawan George Soros -- seperti yang dilaporkan meluas oleh media sekarang -- telah dirancang oleh sebuah jabatan khas Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sejak pertengahan tahun ini.

Melalui sebuah buku tebal Panduan Penjelasan Isu Semasa terbitan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Ketua Umum PKR Awar Ibrahim didakwa mendapat dana spekulator mata wang dunia itu bagi menghadapi pilihan raya umum.

Dengan menonjolkan beliau sebagai ejen Yahudi Zionis, Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI) didakwa mendanai Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar.

"... Anwar merupakan antara ahli majlis eksekutif ICG ... sebahagian besar (pemimpin) dalam ICG adalah berbangsa Yahudi," buku setebal 322 halaman itu dipetik.

"Soros mengkritik tindakan kerajaan Malaysia dan membela Anwar semasa beliau didakwa atas (tuduhan) salah guna kuasa."

Hubungan Soros-Anwar ini dimuatkan dalam bab "Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) dan hubungan Zionis", satu daripada 22 bab yang disusun bagi menjawab isu dan program yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat sehingga Jun lalu.

Bagi menggambarkan perhimpunan "BERSIH 3.0 itu kotor" pula, Anwar didakwa memulakan huru-hara pada 28 April lalu dan beliau sendiri disokong oleh ahli parlimen Australia yang pro-hubungan seks sejenis.

Isu-isu lain yang dimuatkan di bahagian ini termasuklah kontroversi Pusat Fidlot Nasional, himpunan BERSIH 3.0, pemerolehan Scorpene, loji pemprosesan nadir bumi Lynas, program Buku Jingga, kematian Teoh Beng Hock, durian runtuh Felda dan penyenaraian Felda Global Venture Holdings (FGV), tuntutan pelobi pendidikan Cina Dong Zong dan kritikan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Buku yang ditulis dalam bentuk soal jawab ringkas ini turut memberikan perhatian khusus kepada Kelantan dan Sabah.

Isu-isu utama berkaitan negeri pimpinan PAS itu dimuatkan dalam tiga bab khas: tuntutan royalti petroleum, pencemaran air paip dan projek ladang rakyat.

Tiga bab lagi ditujukan bagi menjawab isu di Sabah: kebanjiran pendatang asing, tanah adat dan kempen "Sabah for Sabahans".

Bagaimanapun bab terakhir "tuduhan pembunuhan Altantuya (Shaariibuu)" tidak memakai format soal jawab atau penjelasan lengkap seperti bab-bab lain.

Ia hanya memuatkan sepenuhnya sumpah Perdana Menteri Najib Abdul Razak sewaktu menafikan pembabitannya dengan wanita Mongolia itu bersempena kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 2008.

Sementara 22 bab lagi disusun bagi menjelaskan dasar-dasar kerajaan dan senarai program yang dimajukannya.

Dibahagikan kepada tiga, bahagian pertama 'dasar-dasar negara' dimulakan dengan bab-bab berikut: Wawasan 2020, gagasan 1Malaysia, Rancangan Malaysia ke-10 dan program transformasi kerajaan (GTP).

Ia juga menjelaskan tentang Bajet 2012, skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kempen kerajaan mengurangkan rasuah dan kadar jenayah serta langkah mengawal kenaikan harga dan program meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah.

Satu halaman diperuntukkan untuk menyenaraikan 20 tokoh paling kaya di Malaysia dengan kesimpulan: " ... orang Melayu hanya tiga orang (15 peratus) manakala Cina 16 orang (80 peratus) dan India seorang (5 peratus)."

Ia juga memuatkan statistik-statistik lain yang menunjukkan kemunduran Melayu dalam bidang ikhtisas (profesional), pemilikan ekuiti dan premis perniagaan.

Bab-bab ini diikuti dengan program memajukan bumiputera seperti Teraju sebelum melakarkan "kejayaan negara" di mata dunia.

Malaysia digambarkan aman makmur walaupun penduduknya berbilang-bilang kaum dan agama; tidak seperti hura-hara yang dialami dalam krisis Asia Barat beberapa bulan kebelakangan.

Buku panduan berbahasa Melayu ini disediakan sebagai rujukan pegawai kempen Jasa -- satu daripada beberapa badan utama gerak saraf kerajaan -- dan ia dibuka dengan petikan kata-kata Najib.

"Kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian."

Dalam kata pengantarnya, ketua pengarah JASA, yang juga pemimpin lama Umno, Fuad Hassan berkata buku ini disediakan bagi menjawab sebaran maklumat pantas melalui media Internet.

Pada Mac lalu, menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan Rais Yatim dilaporkan berkata sebanyak 50,000 naskhah akan dicetak, termasuk untuk rujukan orang awam di luar bandar.

Selain JASA, menurut beliau lagi, agensi-agensi yang merujuk buku panduan itu termasuklah Jabatan Penerangan, agensi berita rasmi Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Satu salinan buku ini diperolehi oleh Malaysiakini bulan lalu sewaktu menghadiri siri penjelasan JASA di Kuala Lumpur berhubung bantahan pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan.

Edisi digital buku ini boleh juga diperolehi di laman web rasmi Jasa.

Walaupun bahan-bahan ini disediakan di antara selepas perhimpunan BERSIH pada hujung April lalu dan menjelang penyenaraian FGV akhir Jun, tidak dapat dipastikan bila ia mula dicetak dan diedarkan.

Read more ...

SUDAH PECAH!!! UMNO Kepala Batas di persimpangan tiga


Kepala Batas amat sinonim dengan Pak Lah......semenjak 1978 lagi beliau sudah jadi Ahli Parlimen di situ.

Kepala Batas dikatakan kawasan selamat bagi BN dan ramai orang sudah mula pasangan angan-angan untuk bertanding di situ.......kononnya siapa saja bertanding atas tiket 'dacing' akan beri pulangan yang lumayan.


Adakah ia menjadi kawasan selamat kerana Pak Lah yang kononnya dilihat sebagai 'Mr. Clean' bertanding di situ atau memang Kepala Batas adalah kubu kuat yang disokong oleh totok Umno sehinggakan kalau 'Pokok Pisang' memakai baju Umno sekali pun bertanding, kemenangan akan datang bergolek senang2?


Sesungguhnya kawasan itu belum teruji lagi semenjak 1978 dan PRU13 akan menceritakan segala2nya.


Oleh kerana cerita2 banyak mengatakan Kepala Batas adalah kerusi 'pasti menang' serta kerusi 'laluan langsung ke Parlimen' maka ramailah mereka yang bercita-cita atau memasang angan-angan dan sedang memabayangkan paling tidak menjadi Setiausaha Parlimen kalau tak pun Timbalan Menteri kalau2lah Umno/BN dapat kekal lagi dalam PRU13 nanti......di antaranya ialah Datuk Seri Reezal Merican, Ketua Pemuda Umno, Kepala Batas, bekas Adun Bertam, Datuk Hilmi Abdul Rashid dan Datuk Zainal Abidin Osman.  


Dikhabarkan Kepala Batas berada dipersimpangan tiga......sesiapa yang akan beri laluan maka lancarlah laluan 'trafik' di situ......dan Umno sentiasa dimurungi budaya 'tikam belakang'......siapa yang pandai bersilat akan pasti tercalon tapi belum tentu terpilih oleh pengundi di situ lebih-lebih lagi mantan Perdana Menteri Pak Lah dikatakan tidak terpilih kali ini.


Perlu diingatkan pengundi Cina menyumbangkan 21% berbanding Melayu 75%.......segala2nya tidak mustahil. [
sumber .]

al-brangionline:


Kepala Batas di simpang tiga.....amat berbahaya kalau laluan trafik tidak lancar.

Read more ...

SELUDUP RM 40 JUTA!!! Jika untuk UMNO bukan rasuah tapi derma


Ahli parlimen pembangkang hari ini merasa kesal apabila Umno dan Barisan Nasional (BN) ‘membisu’ apabila Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman telah bebas dari tuduhan menyelewang wang, dan mengatakan sekiranya ia melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Pakatan Rakyat (PR), sudah pasti akan dituduh sebagai “pengkhianat”.
 
“Cuba bayangkan apa akan terjadi sekiranya wang tunai RM40 juta yang cuba diseludup oleh Michael Chia ke Malaysia dari Hong Kong untuk Anwar atau mana-mana parti PR,” kata Lim Kit Siang hari ini.
 
“Pemimpin dari pelbagai peringkat dalam parti komponen BN dan media arus perdana akan berhari-hari menyerang, dan meminta tindakan dari pihak berkuasa termasuk mendakwa kami dalam kes rasuah atau penyeludupan wang.”
 
Semalam, parlimen diberitahu bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini telah membebaskan Musa dari tuduhan rasuah dan menyeludup wang selepas mendapati 16 juta dolar Singapura (RM40 juta) telah disalurkan ke ketua menteri Sabah kerana ia bermaksud untuk kegunaan Umno Sabah.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, peguam negara menyiasat perkara ini dan mendapati tidak ada kaitan rasuah dalam kes ini seperti yang dibangkitkan oleh laman Sarawak Report awal tahun ini.
 
April tahun ini, Sarawak Report telah mendedahkan beberapa dokumen yang didakwa dari Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (ICAC) mendapati peguam Sabah itu memegang  30 juta dolar Amerika di dalam Bank Swiss untuk Musa.
 
Laporan itu juga mengatakan bahawa terdapat matawang euro, dolar Hong Kong, dolar Singapura dan selain dolar Amerika telah disalurkan dari beberapa firma yang diuruskan oleh syarikat perdagangan balak dari Hong Kong, Michael Chia ke akaun di syarikat British Virgin Island dan ke akaun Bank Swiss.
 
Musa yang menafikan sebarang hubungan dengan Chia, yang telah ditangkap dan didakwa atas kesalahan menyeludup wang berjumlah 16 juta dolar Singapura (RM40 juta) ke Malaysia pada tahun 2008.
 
Menurut laporan media, Chia dalam masa sama berkata bahawa pihak berkuasa Hong Kong memberitahu itu adalah wang untuk Musa.
 
Lim berkata layanan berat sebelah dari pihak berkuasa adalah amat membimbangkan.
 
“Persoalan dari orang Sabah dan Malaysia untuk Perdana Menteri ialah wang RM40 juta ini — sama ada untuk ketua menteri Sabah atau Umno Sabah (di mana Musa ialah pengerusinya) — adalah tidak terdedah seperti kerajaan Malaysia sepatutnya mendedahkannya,” katanya.
 
Musa sebelum ini berkata Sarawak Report juga memfitnah beliau dengan tuduhan menipu wang itu adalah sebahagian dari konspirasi untuk menjatuhkan BN di negeri Malaysia Timur itu.
 
Beliau mengatakan akan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan, tetapi dalam masa sama fokusnya adalah untuk mentadbir negeri daripada “mengambil tahu tentang tuduhan ini”.- malaysian insider

Maka raya sakanlah media2 tempatan, berita disiarkan dan diulang tayang 40 hari 40 malam disertai dengan ulasan2 Profesor kangkong dan komen2 dari pemimpin2 penjilat punggong UMNO...

 

Imagine the senario if the RM40 million cash Michael Chia was caught trying to smuggle into Malaysia from Hong Kong were meant for Anwar Ibrahim and PR....!!

An opposition lawmaker expressed his regret today over the ‘pin-drop silence’ of Umno and Barisan Nasional after Sabah Chief Minister Datuk Musa Aman was cleared of graft allegations, and pointed out that the ruling coalition would have gone to town with accusations of “treachery and traitors” if the money involved was meant for Datuk Seri Anwar Ibrahim or Pakatan Rakyat (PR).


“Malaysians could just imagine what would have happened if the RM40 million cash Michael Chia was caught trying to smuggle into Malaysia from Hong Kong were meant for Anwar or anyone of the PR parties,” Lim Kit Siang from the DAP said today.

“The leaders at various levels of Barisan Nasional component parties and their mainstream mass media would have competed, day-in day-out for weeks, demanding full accounting and action by the authorities, including throwing the books at corruption or money laundering.”


Yesterday, Parliament was told the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) had cleared Musa (picture) of graft and money-laundering allegations after finding that the over S$16 million (RM40 million) allegedly channelled to the Sabah chief minister through corrupt means was meant for Sabah Umno’s use.


Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz said the Attorney-General’s Chambers had shelved the matter after finding no element of corruption in the case, which was first raised by whistleblower site Sarawak Report earlier this year.


In April this year, Sarawak Report had revealed documents allegedly from the Independent Commission Against Corruption (ICAC) showing that a Sabah lawyer was holding some US$30 million in a Swiss bank account for Musa.


The report also claimed that a paper trail showed that the millions in euro as well as US, Hong Kong and Singapore dollars had been channelled from several firms managed by Hong Kong-based timber trader Michael Chia to a number of British Virgin Island companies and subsequently to the lawyer’s Swiss account.


Musa has since denied any link with Chia, who was arrested and charged with money laundering after attempting to smuggle S$16 million (RM40 million) back to Malaysia in 2008.


According to media reports, Chia had at the time allegedly told the Hong Kong authorities that the money belonged to Musa.


Lim said today the utter indifference and unconcern shown by the authorities to the case was disturbing.


“The question Sabahans and Malaysians are entitled to ask the prime minister is whether the case of the RM40 million dirty cash — whether for Sabah Chief Minister or Sabah Umno (of which Musa is Chairman) — is now fully closed as far as the Malaysian government is concerned,” he said.


Musa had previously accused Sarawak Report of defaming him, claiming the graft allegations were likely part of a conspiracy by his detractors who wanted to topple Barisan Nasional (BN) in the east Malaysian state.


He had said he would offer full co-operation to the authorities if he was required to but stressed that in the meantime, his focus was on serving the state instead of “entertaining these frivolous allegations”.- malaysian insider

  
Reveal sources of RM40mil 'contribution', gov't told...
Transparency International Malaysia (TI-M) is calling for authorities to reveal the sources of the RM40 million “political contribution” to Sabah Umno, that a Sabah businessman was caught trying to smuggle into the country from Hong Kong.

NONE
Referring to Minister in the Prime Minister’s Department Mohd Nazri Abdul Aziz's parliamentary written reply to Batu MP Tian Chua, its secretary-general Josie M Fernandez said TI-M was “appalled” that Nazri has stated “no elements of corruption was proven” in the case.

“Nazri (above) has stated that the funds were contributions to the Sabah Umno liaison body. He further stated that the MACC has concluded that ‘no element of corruption was proven’ in the case. However, the MACC must investigate if corruption was a factor in the political contribution of RM40 million,” she said in a statement.

Nazri’s written response, she pointed out, raises many serious questions on the transparency and accountability of party finances.

She added that TI-M has been urging the Malaysian government to regulate political financing and to fully disclose financing of politics in the country, even submitting a memorandum on reforming political financing to Prime Minister Najib Abdul Razak last year.

Mother of corruption


NONE
“TI-M calls for the full disclosure of the sources of the RM40 million as a 'political contribution' to Sabah UMNO.

“Absolute transparency is essential in political contributions to rule out the possibility of influence peddling in the political process.

“Money politics contributes to the cancer of corruption. Political corruption is the mother of all corruption,” Fernandez (right) said.

On Aug 14, 2008, businessman Michael Chia was caught in Hong Kong with Singapore currency amounting to RM40 million and was charged with money laundering and trafficking by the Hong Kong Independent Commission Against Corruption (ICAC)

The money was reportedly earmarked for Sabah Chief Minister Musa Aman and were part of funds being deposited into a Swiss bank account containing US$30 million allegedly being held in trust for Musa by a lawyer.

These claims were followed by allegations by whistleblower website Sarawak Report that linked the monies to timber kickbacks for the chief minister for approving timber licences. The allegations were later denied by Musa.

However, in his written reply yesterday, Nazri said the money was “not for the personal use of the chief minister” but was meant for the Sabah Umno liaison body and that MACC had found “no element of corruption”, which he claimed led the ICAC to take no further action in the case. - malaysiakini
 

Umno terlibat seludup wang ke Hong Kong...

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui wujudnya wang sebanyak RM40 juta milik seorang ahli perniagaan yang diseludup melalui Hong Kong adalah untuk sumbangan kepada Umno Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai hal ehwal undang-undang itu mengaku berlakunya kejadian ini di Dewan Rakyat semalam, demikian menurut Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Badrul Hisham Shaharin.


Badrul Hisham @ CheguBard(kiri) berkata, seorang ahli pernigaan bernama Micheal Chia telah ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.

“Namun berita ini diselindung sebaik mungkin dan tidak mendapat liputan dari media tempatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.


Menurut beliau, terbaru semalam apabila hal ini dibangkitkan semula oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua ekoran jawapan bertulis yang diperolehinya dari Menteri terbabit yang mengatakan ia bukan wang untuk Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman tetapi untuk Umno Sabah.

Bankrap negara

“Apa yang harus disedari ialah mungkin dalam keghairahan regim pertahan pemimpin mereka maka mereka tidak sedar secara tidak langsung diakui bahawa penyeludupan wang RM40 juta itu memang wujud.


Makanya apa tindakan undang-undang terhadap kejadian yang diakui wujud itu?


CheguBard yang juga Ketua PKR Cabang Rembau menegaskan, untuk membela Musa, Nazri mengakui wang itu bukan untuk Musa secara peribadi tetapi untuk Musa selaku Ketua Umno Sabah maka ini bermakna sahlah Umno Sabah terlibat dalam penyeludupan wang.


Kata beliau, menurut satu sumber, wang tersebut ada kaitan dengan kawasan balak yang diluluskan di Sabah dan adalah amalan biasa sebahagian keuntungan harus dipulangkan sebagai dana politik untuk komponen Barisan Nasional (BN) atau terus kepada pemimpin tertentu.


“Bukan sedikit wang negara diseludup keluar berkaitan kepentingan pemimpin BN,” jelas CheguBard.


Contoh katanya sebelum ini terbongkar bagaimana Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan dikaitkan dengan penyeludupan wang RM10 juta ke London dan setelah didapati sahih berlaku, hanya syarikat penghantaran yang dihukum dengan lesennya ditarik.


“Inilah pengkhianat sebenar menjejaskan ekonomi negara. Sudahlah terlibat merompak wang rakyat terlibat pula melarikan wang keluar negara.


“Yakinlah jika regim ini terus berkuasa pasti tidak akan ada antara mereka yang diambil tindakan, lebih penting kegiatan mereka ini akan pasti membankrapkan negara,” ujar beliau.- FMT

Read more ...

KOS BINA MASJID!!! Bawah BN RM 10 Juta, bawah PR RM 6.4 Juta



KUALA SELANGOR 12 OKT : Kawalan kos perbelanjaan dalam pembinaan masjid di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor telah membolehkan kerajaan negeri membina lebih banyak masjid.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata sebelum Pakatan mentadbir, kos membina masjid seperti yang baru dibina di Jeram di sini boleh mencecah sehingga RM 10 juta sebuah.


Walhal masjid tersebut dibina oleh Kerajaan Selangor sekarang dengan kos M 6.4 juta.


Beliau berkata kawalan kos perbelanjaan dalam pembinaan masjid secara berhemah memberi keupayaan Kerajaan Selangor membina beberapa buah masjid lagi.


Abdul Khalid berkata demikian ketika berucapan di dalam majlis penyerahan masjid Jeram kepada jawatankuasanya.


Beliau menambah, kariah perlu mengimarahkan masjid dengan program yang mendatangkan manfaat kepada masyarakat seperti program-program ceramah dan majlis ilmu.

“Justeru adalah menjadi tanggungjawab pegawai masjid agar dapat menjaga kebersihan dan memelihara kawasan persekitaran masjid ini dengan penanaman pokok untuk suasana yang lebih selesa.”


Beliau juga mencadangkan agar pihak masjid dapat mengadakan kemudahan seperti internet wifi percuma dan pemeriksaan kesihatan bagi menarik lebih ramai pengunjung.


Kata Abdul Khalid, masjid-masjid di negeri ini yang bersih dan selesa terutamanya tandasnya menjadi tarikan orang ramai daripada luar negeri untuk singgah berehat sebentar.


Turut hadir dalam majlis penyerahan itu MP Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Datuk Misri Idris.


Abdul Khalid turut bersama-sama penduduk kariah menunaikan Solat Jumaat dan memberikan ‘duit raya’ kepada kira-kira 100 orang kanak-kanak sambil bermesra dengan penduduk setempat.

Read more ...

NAJIB MENGAKU BERJUMPA SOROS!!! PERKASA, JATI, ISMA akan buat demo besar-besaran ?


Akhirnya, setelah terbongkar kelmarin seperti yang didedahkan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, Perdana Menteri Najib mengesahkan bahawa dia mengaku telah bertemu dengan spekulator matawang keturunan Yahudi, George Soros di New York dua tahun lalu.


Najib menegaskan pertemuan di Manhattan itu diadakan "atas permintaan dia" - yang pernah didakwa sebagai penyangak mata wang sewaktu krisis ekonomi Asia pada 1997-98.

"Ya, saya jumpa atas permintaan dia (Soros), dan selepas Mahathir pun jumpa George Soros. Saya anggap itu tidak ada masalah, bagi saya nak jumpa George Soros.

"Yang penting apa yang dibincangkan. Jadi kita tak bincang nak menjatuhkan kerajaan atau mendapatkan kewangan dan sebagainya. Ia adalah kunjungan hormat yang biasa," katanya selepas diminta pemberita untuk mengesahkan pertemuan itu.

Ditanya apa yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut, Najib yang juga pengerusi BN berkata:

"Ia adalah pertemuan antara dua pihak, ia adalah kunjungan hormat".

"Tidak ada salah, tidak ada niat jahat, dan tidak ada perkara yang perlu dibimbangi," katanya lagi.

Ditanya sama beliau menasihati Soros jangan membiayai kepada "kerajaan boneka", Najib berkata:

"Kami tidak bercakap mengenai perkara itu dan beliau tidak menyentuh mengenai perkara tersebut.

"Saya berjumpa dengannya kerana beliau mahu bertemu dengan saya.

"Dan hakikatnya Mahathir bertemu dengan beliau sebelum ini. Tak ada salah," katanya sambil menegaskan pertemuan tersebut adalah kunjungan hormat dan tidak ada masalah mengenainya.

Tetapi yang menjadi persoalannya;

1) Mengapa setelah dua tahun berlalu dan didedahkan baru hendak mengaku?

2) Apakah muslihat di sebalik pertemuan yang konon didakwa Najib sebagai pertemuan biasa dan sebagai kunjungan hormat? Mengapa perlu berjumpa secara tertutup di sebuah hotel mewah, The Plaza Hotel dan bukannya di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana Najib merupakan ketua kerajaan dan Soros hanyalah seorang penyangak matawang?

3) Jika benar dakwaan Najib bahawa Soros yang melakukan kunjungan hormat, mengapa pula dia yang datang ke hotel tersebut sedangkan sepatutnya Soros yang mesti berjumpa dengannya dan menanti kehadirannya?

4) Siapa Najib di mata Soros? Perdana Menteri British? Perdana Menteri Australia? Perdana Menteri Kanada? Tidak! Najib hanyalah perdana menteri Malaysia yang tidak mendapat mandat dari rakyatnya sendiri yang tidak punya apa kekuatan jauh sekali keberanian, malah hendak berdebat dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pun dia sanggup ponteng sidang Parlimen 1 Oktober lalu!

5) Apa keistimewaaan Najib berbanding Mahathir di mata Soros? Mahathir berjumpa Soros pada 2006 setelah bersara pada 2003 sedangkan Najib jumpa semasa dia masih lagi PM pada 27 September 2010. Apakah Najib menyindir Mahathir kunun dia lebih tinggi darjat di mata Soros?


6) Di mana suara-suara PERKASA, PAKIDA, GAPS, Badan Bertindak Selamatkan Melayu, PPIM, Ibrahim Ali, Hasan Akidah, Nasharuddin Mat Isa, Hamidzun Khairuddin, Shaik Hussain Mydin dan NGOk-NGOk pro Umno menentang perjumpaan Najib yang mereka sangat kagumi itu? Dengar khabar Ibrahim Ali mengamuk sebab Najib tak bawa dia sekali jumpa dengan Soros? Benarkah dakwaan itu?


7) Sudah sampai masanya ahli Umno seluruh negara keluar beramai-ramai kerana pemimpin Umno seperti Najib dianggap hipokrit kerana sudah dikawal dengan taburan wang dan diugut supaya terus menyokong Yahudi menyembelih umat Islam di Palestin sedangkan kununnya Najib adalah pemimpin bersih dari sebarang skandal termasuk didakwa berkhalwat dengan Ziana Zain dan misteri pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu.


JALAN PULANG

Read more ...

TERKINI!!! 100 ahli BN isytihar keluar parti sertai PKR


Sambutan di luar jangkaan kali ini!

Kubu kuat Parti Bersatu Sabah (PBS) di parlimen presidennya sendiri akhirnya berjaya ditembusi!


Kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sedang mengadakan lawatan ke Sabah terus mendapat perhatian masyarakat di negeri itu yang selama ini dianak tirikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak mencapai kemerdekaan bersama Malaysia pada 1963.


Buktinya, ke mana saja Anwar tiba, orang ramai berpusu-pusu menyambut ketibaan ahli parlimen Permatang Pauh setelah hebahan mengenainya disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan laman sosial Facebook.



Dalam majlis di kubu kuat PBS di Keningau itu, Anwar terkejut dengan sambutan luar dugaan masyarakat setempat apabila kira-kira 1,500 orang hadir menyaksikan penyerahan borang menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) membabitkan 100 ahli PBS yang bertindak keluar parti serta-merta.

Borang permohonan tersebut diterima sendiri Anwar yang turut disaksikan pimpinan KEADILAN negeri dan Timbalan Presiden, Azmin Ali yang mengikuti jelajah tersebut yang bermula hari ini.


Bertempat di Restoran Pelancongan Pedalaman di Batu 2 dekat Keningau, Anwar menyeru supaya rakyat Sabah keluar dari kelompok kemiskinan selama kerajaan BN memerintah dengan mengundi calon Pakatan Rakyat.


Majlis kira-kira jam 3 petang tadi turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan serta ucapan bersemangat yang disampaikan pimpinan Pakatan Rakyat sekaligus mencatat sejarah tersendiri berjaya memecah dominasi PBS sejak berusaha lebih tiga tahun lalu.


Parlimen Keningau diwakili presiden PBS yang juga timbalan ketua menteri, Joseph Pairin Kitingan yang mempertahankan kerusinya sejak 1999.

Dikhabarkan PBS yang mengetahui tindakan bekas ahlinya keluar beramai-ramai dari beberapa cawangannya di sekitar Keningau cuba bertindak mengganggu majlis namun atas kecekapan pihak berkuasa, tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.


Sementara itu di Pensiangan pula yang menjadi persinggahan pertama Anwar dalam jadual padat Ke Sabah kali ini, beliau turut disambut dengan tarian tradisional kaum Kadazan bagi meraikan kedatangan Anwar bersama rombongannya meninjau masalah dan bertanya khabar dengan penduduk setempat.


Majlis yang dijalankan di Kampung Sarikan, Nabawan itu turut dihadiri kira-kira 1,000 penduduk yang datang tanpa dipaksa atau diberi upah bagi meramaikan majlis.

Anwar sekali lagi mengulangi janjinya menyerahkan 20 peratus royalti minyak kepada Sabah berbanding hanya lima peratus yang diberikan BN sehingga kini.


Malam ini pula, Anwar dijangka akan bertemu dengan masyarakat Sipitang  di Kampung Gadung, Lumada bersama-sama dengan ahli parlimen Beaufort, Lajim Ukin, ahli parlimen Tuaran, Wilfred Bumburung dan Senator Majiol Mahap yang keluar BN bulan lalu.



Dikhabarkan ada berita gembira akan diumumkan Anwar malam ini namun ia hanya akan diketahui apabila majlis tersebut yang bermula jam 9.30 malam ini.

Sama-samalah kita nantikan pengumumannya tidak lama lagi.


JALAN PULANG

Read more ...

ROSMAN DAN CINCIN!!! Buku bacaan Bahasa Melayu untuk kanak-kanak ini bakal diharamkan

Kelas Pemulihan Bijak Fikir: Buku bacaan Bahasa Melayu..macam itulah tajuk didepan buku ini, ada nama Sekolah (Tak perlulah aku nyatakan kat sini..hehehe...)

Mungkin buku ini dikeluarkan bagi sekolah-sekolah rendah bagi negeri Perak saja,negeri lain aku tak tahu..hahaha…

Dalam muka surat buku tersebut  ada bacaan yang secara langsung menyentuh  perkara berkaitan dengan Rosmah dan Cincin..hahaha..

Syabas kepada yang terlibat mencetak dan menerbitkan buku ini dan dijadikan bahan pembelajaran murid-murid,sekurang-kurang mereka tahu siapa itu Rosmah dan apa kaitanya dengan cincin..hehehe….Orang ni


Read more ...

HUTANG KERAJAAN P.PINANG!!! Zaman BN RM 630 Juta, Zaman DAP 95% dibayar baki RM 30 Juta


GEOGETOWN, 10 OKTOBER: DAP hari ini menjawab dakwaan yang dibuat oleh Presiden MCA Datuk Chua Soi Lek melibatkan pertikaian laporan audit yang telah dikeluarkan oleh ketua Audit Negara berhubung pengurangan hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak 95 peratus dari RM630 Juta pada Mac 2008 kepada RM30 juta pada akhir 2011.

Disifatkan sebagai tuduhan terdesak, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata tindakan yang dilakukan oleh MCA itu seolah mempertikaikan laporan serta pengiktirafan yang dikeluarkan oleh Laporan Audit Negara.
“Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang negeri kerana kejayaan kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini mencapai perjanjian penstrukturan semula aset air dengan kerajaan persekutuan, 
“Saya sudah jelaskan kepada Chua, tetapi beliau masih membangkitkan isu ini semasa debat umum pada 8 Julai lalu, kerajaan Pakatan Rakyat tegas dalam tuntutan tersebut untuk melindungi kepentingan negeri dan inilah hakikat yang tidak dapat dibuat oleh kerajaan lama”. ujar beliau.
Jelasnya, pengurangan hutang sebanyak 95 peratus ini mencatatkan rekod tertinggi di Malaysia dan tiada negeri lain yang berjaya mencapai persetujuan yang sama dengan Kerajaan Persekutuan.
“Pengurangan hutang negeri yang mencatatkan lebihan setiap tahun bukti pengurusan kewangan kerajaan Pakatan Rakyat adalah cekap dan mampu mengukuhkan tahap kewangan negeri Pulau Pinang,” tambah beliau.
Dalam nada sinis soal Guan Eng, sekiranya MCA tidak setuju dengan pengurangan hutang negeri Pulau Pinang, adakah MCA akan mencadangkan Pulau Pinang mengikut tunjuk ajar kerajaan persekutuan dan meningkatkan hutang?

Read more ...

RASUAH TAUKAY KAYA!!! UMNO Sabah dapat RM 40 Juta , UMNO negeri lain dapat berapa juta?

Menteri Hal Ehwal Undang-undang, Datuk Seri Nazri Aziz mengakui RM40 juta wang seludup melalui Hong Kong yang dipercayai diberi seorang ahli perniagaan adalah untuk Umno Sabah tetapi menafikan ia milik Tan Sri Musa Aman(kiri).

“Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian ketua menteri,” kata Nazri dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.


Ekoran itu, Tian mendesak kerajaan menjelaskan tujuan ahli perniagaan, Michael Chia memberikan RM40 juta tersebut kepada Umno Sabah.

 
Ia ekoran tidak berpuas hati dengan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengenai pendirian Peguam Negara terhadap skandal itu selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai melakukan siasataan.


Katanya, penjelasan perlu kerana kemungkinan besar wujud penyelewengan dan aktiviti penggubahan wang haram oleh mereka yang terbabit.


“Kita ingin tahu adakah sumbangan ini tidak melanggar undang-undang dan tiada rasuah. Apa tujuan seorang ahli perniagaan beri sumbangan kepada Badan Perhubungan Umno Sabah?


“Mengapa wang ini dibawa ke Hong Kong?” soal Tian lagi pada sidang media di lobi Parlimen.


Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.


Wang itu dikatakan mempunyai hubungkait dengan lesen pembalakan di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.


Nazri dalam jawapan bertulisnya semalam mengatakan Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbang keterangan yang dikemuka SPRM dan memutuskan tiada elemen rasuah.


Nazri mendakwa, Jabatan Peguam Negara mengesahkan dana tersebut adalah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah, dan bukan untuk kegunaan persendirian Ketua Menteri.


Mengulas lanjut, Tian membayangkan ada konspirasi antara Jabatan Peguam Negara, SPRM dan Umno BN untuk menutup skandal tersebut.


“Ini adalah kali pertama SPRM dan Jabatan Peguam Negara mengakui wang ini adalah wang Umno Sabah,” katanya.- keadilandaily.com



If Sabah Umno got RM40 mill.,so how much Perak UMNO,Selangor UMNO,Pahang UMNO,had been getting from businessmen...

The Umno-led Barisan Nasional government’s attempt to “clear” Sabah Chief Minister Musa Aman of allegations of money laundering after some RM40 million had floated up out of nowhere, has raised more questions of how political parties are funded, said State Reform Party (STAR).

The party’s deputy chairman, Daniel John Jambun, said many are now questioning the Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Aziz’s statement as to why businessman Michael Chia “contributed” a whopping RM40 million to Sabah Umno.


Nazri yesterday said that Attorney-General Abdul Gani Patail had found “no elements of corruption” from the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) probe on Musa(left) regarding the RM40 million, which Chia was caught with red-handed in Hong Kong in 2008 as he was about to fly to Malaysia.

The media had reported then that Chia had allegedly told the Hong Kong Independent Commission Against Corruption (ICAC) that the RM40 million belonged to Musa.


Nazri yesterday said the money was only a “contribution” to Sabah Umno which is led by Musa.


“It is not for the private use of the the chief minister,” he said in a written reply to Batu MP Tian Chua’s earlier question in Parliament.


Speaking to FMT, Jambun said the question now to be asked is how and from where did the RM40 million originate and for what purpose.


“By saying it is just a contribution to Sabah Umno, did Nazri mean that Sabah Umno always gets such whopping contributions from businessmen?


“On top of that, could Nazri please enlighten us on how many years has Sabah Umno been receiving such contributions? Why was the money not channelled direct to the state government or NGOs instead?”


Jambun, who is also chairman of UK-based Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (BoPi MaFo), also asked Nazri to reveal how much Umno has been receiving all these years from businessmen.


“If Sabah Umno got RM40 million in 2008, then this only raises further questions as to how much money Perak Umno, Selangor Umno, Pahang Umno, Malacca Umno and Kelantan Umno had been getting from businessmen,” Jambun said, adding that Nazri’s statement has opened a can of worms.

Musa denied links to Chia

He said while some would take Nazri’s statement at face value, the majority are stunned by the revelation.

 
Jambun also questioned if Nazri’s contention that the ICAC did not wish to pursue the issue was a fact.


“Even if Musa is cleared, does it mean that bringing in and out cash to the tune of RM40 million is legal here and in Hong Kong? How come no one from Sabah Umno has claimed that the money belongs to Sabah Umno before this?


“Why did Umno president Najib Tun Razak keep silent about this? And now [why] is Nazri compelled to ‘agree’ with Musa’s recent claim that the money was not his but belongs to Umno?” Jambun asked.


Online news portals in 2008 reported that Hong Kong authorities had launched an investigation into a major money-laundering operation following the detention of Chia who was caught with the bag of cash as he was about to leave the territory.


Earlier this year, Sarawak Report published documents purportedly from the ICAC that showed that a Swiss bank account in the name of a lawyer in Sabah contained some US$30 million (RM92 million) and was allegedly being held for Musa.


The report claimed that a paper trail showed that millions in euros, US dollars, Hong Kong and Singapore dollars were channelled from several firms to a number of British Virgin Island companies and subsequently to the Swiss account.


The transactions were believed to have been managed by Hong Kong-based timber trader Chia who was later arrested and charged with money laundering after attempting to smuggle S$16 million (RM40 million) back to Malaysia.


Musa has denied any link to Chia who, according to media reports, had allegedly told the Hong Kong authorities that the money belonged to Musa.


“I deny all these allegations. I wish to put it on record once again that I have no business association whatsoever with an individual named Michael Chia,” Musa said after the issue came to light and fingers were pointed at him as being involved.


Musa accused Sarawak Report of defaming him, claiming the graft allegations were likely part of a conspiracy by his detractors who wanted to topple Barisan Nasional in Sabah.


Meanwhile, Nazri said yesterday that the ICAC, which has gained international reputation for its no-holds-barred professional investigations, has decided to wash its hands off the whole matter and has even retracted its application for an investigation of the matter with the Swiss courts.


“The application done under MACMA [Mutual Assistance in Criminal Matters Act] was also withdrawn for the same reason,” said Nazri, the Padang Rengas MP.- FMT


 

Read more ...

DAH MAKIN TERUK!!! Pemegang Kad Pengenalan Pemastautin Sementara pun boleh mengundi

KUALA LUMPUR 11 Oktober: Pemegang Kad Pengenalan Pemastautin Sementara atau MyKas ada dalam senarai daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), dedah Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh.
 
Dalam Dewan Rakyat semalam, Ahli Parlimen Kuantan itu membawa bukti salinan carian di laman web SPR, terdapat pemegang Mykas didaftar sebagai Hasmidah Surahbil dengan nombor kad pengenalan 820315-12-6446.
 
Hasmidah disenaraikan sebagai pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih dalam Parlimen Hulu Langat. Turut dinyatakan ialah lokaliti pengundi di Taman Baiduri Jaya dan daerah mengundi di Bandar Teknologi Kajang.

“Perkara ini bukannya kali pertama berlaku. Kita telah lapor kepada Jabatan Pendaftararan Negara (JPN) dan SPR. Mengapa sampai hari ini nama tidak digugurkan?” soalnya pada perbahasan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.

Jelas Fuziah, pemegang Mykas kebanyakannya merupakan pekerja asing dan mereka dikecualikan dari bayaran cukai. Mykas mempunyai tarikh luput dan perlu diperbaharui setiap setahun.

Fuziah turut mempersoal keberkesanan sistem Hubungan Terus Agensi (Alis) dengan JPN yang sewajarnya mengemaskini status pemegang Mykas secara automatik.

“Tapi nama pemastautin sementara itu berada dalam senarai daftar pemilih SPR sebagai pengundi sah. Ada orang lain berpeluang menentukan hala tuju negara dan memilih wakil rakyat dan pemimpin.

“Ini menjejaskan keselamatan negara dan merampas hak rakyat Malaysia apabila ada pihak lain yang menentukan sesebuah kerajaan di Malaysia,” tegas Fuziah. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=37668

Read more ...