Saturday, June 18, 2011

Tutup Pintu : Aziz lebih UMNO dari UMNO

SPR "Tutup Pintu" Bukti Sah Pencacai Umno-APCO!!

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu berlapang dada dan tidak terus menutup pintu rundingan dengan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dalam usaha memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

Ketua Penerangan Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Mohd Yusof Hadhari Saidon berkata, SPR harus jelas himpunan BERSIH 2.0 diadakan bukan untuk kepentingan parti politik tetapi untuk rakyat, yang cintakan keluhuran sistem pilihan raya.


Malah Mohd Yusof berkata, himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan setelah SPR dan kerajaan pemerintah gagal meneliti empat tuntutan BERSIH kali pertama pada tahun 2007 yang lalu.


Antara empat tuntutan itu ialah penggunaan dakwat kekal, penyemakan semula daftar pemilih, pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain di luar negara serta akses media yang adil kepada semua pihak.


Sehubungan itulah, himpunan BERSIH 2.0 terpaksa diadakan menjelang pilihan raya umum ke- 13 kelak.


Sempena himpunan kali kedua itu, dua lagi tuntutan ditambah yakni, bantahan penyalahgunaan institusi kerajaan dan lanjutan tempoh masa berkempen yang munasabah.


Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan Pengerusi SPR, Tan Sri ABdul Aziz Yusof menegaskan pihaknya akan menutup pintu rundingan kepada penganjur BERSIH 2.0 berikutan pihaknya telah memberi ruang itu sebelum ini.


Abdul Aziz juga berkata pihaknya telah melakukan beberapa perubahan kearah pilihan raya yang lebih baik.


Bagaimanapun Mohd Yusof ketika dihubungi Tv Selangor berkata, sehingga kini tiada apa- apa perubahan yang dilakukan SPR dan salahlaku pilihan raya terus berleluasa.


“Sebelum inipun terdapat tuntutan yang dibuat oleh Bersih tetapi banyak yang tidak dilaksanakan.


Yang jadi persoalan sekarang ini tuntutan yang lepas itu belum dilaksanakan sebab itu bagi saya tuntutan itu akan dibuat sekali lagi untuk desak SPR ini supaya serius dengan pandangan daripada masyarakat atau rakyat.


Mohd Yusof juga membidas kenyataan Abdul Aziz yang mengutuk himpunan aman itu dan angkuh berkata, refrendum rakyat untuk kali kedua pada 9 Julai ini tidak akan sesekali mengubah dasar dan sistem pilihan raya yang sedia ada.


“Demonstrasi satu cara yang saya rasakan perhimpunan yang mengumpulkan masyarakat dalam masa yang sama untuk kita nyatakan satu pandangan atau satu kenyataan utuk kita perbetulkan atau kita perbaiki sistem kerajaan yang ada iaitu seperti SPR dan sebagainya,” katanya.

Read more ...

12 onggota polis cawangan Narkotik termasuk inspektor, pegawai dan konstabel ditahan edar dadah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFjRJFZgVQINRyr7RBjQOFFb7yjJYvZkx-EIHaNgIy4dGyVw7qZWbJ3dBI04l-9N-H-8Z8ycJ6ENIqt4cEA-jugx9LYzOJtnzUtp3cqDThqk7MoTB2sSmcoIM04UFVwtPKkyFhdNCHR34/s1600/dadah-2.jpgKUALA LUMPUR – Seramai 12 anggota polis termasuk seorang pegawai ditahan dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di ibu negara, dalam dua serbuan, baru-baru ini.

Anggota polis berpangkat inspektor, pegawai dan konstabel, berusia lingku-ngan 20 hingga 30 tahun itu ditahan selepas pemantauan berdasarkan maklumat diperoleh.

Mereka boleh dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan, boleh membawa hukuman mati mandatori dan dikenakan tindakan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan pertama, enam anggota polis dari cawa-ngan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu ditahan minggu lalu.

Menurutnya, biarpun polis tidak menemui dadah, namun siasatan menujukan suspek dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah.

“Ini adalah kes pertama tangkapan narkotik membabitkan anggota polis pada tahun ini.

“Keputusan sama ada mereka akan digantung kerja dijangka diketahui selepas selesai siasatan nanti,” katanya pada sidang akhbar semasa mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar merasmikan Majlis Ihtifal Peringkat Kebangsaan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) Kali Ke-12 di Masjid Bukit Aman, semalam.

Kelmarin, enam anggota dipercayai bertugas di Balai Polis Petaling dan Balai Polis Sri Petaling ditahan.

Sumber berkata, terdahulu, dua suspek diberkas sebelum polis membuat serbuan di sebuah rumah di Apartmen Mutiara di Jalan Klang Lama, kira-kira jam 3 petang.

Difahamkan, polis menemui sebahagian ketulan mampat dadah dan turut menyita beberapa kenderaan milik suspek.

Noor Rashid berkata, tangkapan pegawai dan anggota terbabit membuktikan polis tidak melindungi sesiapa daripada undang-undang.

Dalam pada itu, menurutnya, beliau berharap masyarakat tidak memandang serong terhadap PDRM kerana penglibatan pegawai dan anggota polis dalam penyalahgunaan kuasa serta kegiatan jenayah adalah kecil berbanding lebih 100,000 keanggotaan dalam pasukan itu.SH

Read more ...

Syarikat bermodal RM100 melabur RM5.8 bilion? Hamidah Sungai Rapat kena jawab

Inilah persoalan yang dibangkitkan oleh Pakatan Rakyat terhadap kelulusan tanah seluas 150 ekar di kawasan Segari, Manjung hari ini oleh kerajaan Negeri kepada sebuah syarikat yang hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja. Pakatan Rakyat hari ini membongkarkan bahawa kerajaan Negeri BN telah meluluskan tanah seluas 150 ekar kepada Sebuah syarikat yang dikenali Atigas Technology Sdn Bhd kononnya untuk projek pelaburan gas asli di Manjung bernilai RM5.8 billion.

Akan tetapi, setelah menerima aduan dari pemimpin UMNO yang tidak puas hati dan setelah menyiasat, jelas terbukti syarikat tersebut bukan sahaja hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit sahaja, malahan ia adalah sebuah syarikat Domain dan tiada maklumat rekod perniagaan syarikat tersebut dapat diperolehi.

Setiausaha Negeri DAP Nga Kor Ming (gambar kanan) hari ini berkata, mengikut pengumuman EXCO Kanan Kerajaan Negeri, Hamidah Binti Othman pada 9 Jun 2011, Majlis mesyuarat kerajaan Negeri telah meluluskan tanah 150 ekar tersebut kepada syarikat Atigas pada bulan Mei, tahun ini untuk satu projek perlaburan kononnya bernilai RM5.8 billion. Mengikut kenyataan Hamidah, syarikat tersebut akan melabur RM5.8 billion dan akan mengimpot Liquified Natural Gas (LNG) dari Negara Qatar dari Timur Tengah. Beliau juga dilaporkan berkata syarikat tersebut akan membekalkan 33% dari jumlah pasaran LNG untuk pasaran tempatan yang mana pembinaan loji dan Kilang akan siap sepenuhnya dalam tempoh 15 bulan.

Nga Kor Ming yang juga merupakan Ahli Parlimen Taiping berkata, PR mendesak supaya Hamidah mengemukakan laporan Kajian Alam Sekitar (Environment Impact Assessment Report) kepada orang umum serta masyarakat tempatan kerana kawasan Segari dan Pasir Panjang merupakan kawasan ternakan anak penyu dan kawasan perikanan yang mempunyai sumber laut yang amat bernilai.

Pakatan Rakyat juga meminta kerajaan Negeri menjelaskan samada proses Open Tender pernah dijalankan sebelum projek berbillion ringgit ini dipertimbang serta diluluskan.

Nga berkata, rakyat berhak tahu bagaimana sebuah syarikat domain (sleeping company) yang hanya berdaftat mulai 28 Februari 2008 serta hanya mempunyai modal berbayar seratus ringgit dapat melabur RM5.8 Billion? Persoalannya adalah apakah rasional atau keistimewaan kerajaan meluluskan tanah 150 ekar yang dijangka bernilai RM50 juta kepada syarikat tersebut? Tanah di kawasan Segari mempunyai nilai pasaran RM300,000 satu ekar dan system ekologinya adalah amat kritikal untuk menjaga imej Bandar Maritime Manjung.

Mengikut rekod rasmi Suruhanjaya Sysrikat Malaysia, Syarikat Atigas Technology hanya ditubuhkan pada tahun 2008 dengan modal berbayar seratus ringgit. Tiada rekod perniagaan syarikat tersebut dapat dikesan kerana ia adalah syarikat "Domain",malahan dari rekod SSM, tidak adalah alamat perniagaan untuk syarikat tersebut dan tidak adalah sebarang keuntungan setakat ini.

Nga memberi tempoh tiga hari sehingga Isnin depan untuk Hamidah memberi penjelasan penuh kepada rakyat dan jika beliau gagal berbuat demikian, Pakatan Rakyat akan mengambil segala tindakan wajar untuk membela hak kepentingan rakyat dan kerajaan.

*Kenyataan dari Nga Kor Ming selaku Setiausaha Negeri DAP, ADUN Pantai Remis dan ahli parlimen Taiping.

Read more ...

PAS Parit Buntar ucap terima kasih kepada penyumbang

http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/Image037-3.jpg?t=1251353332PARIT BUNTAR , 18 Jun : Pengerusi Lujnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Parit Buntar, Abdul Baharin Desa mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang memberikan sumbangan melalui akaun Dana Kebajikan PAS Parit Buntar sebagai tanda prihatin dan simpati kepada masyarakat marhaen di Parit Buntar.

“ Ada di kalangan mereka memasukkan tunai di dalam akaun bank, namun tiada maklumat penyumbang tersebut. Saya terharu di atas sumbangan dari penyumbang yang tidak mahu dikenali ini.

“ Sumbangan yang diberikan amat bermakna kepada PAS Parit Buntar untuk disalurkan terus kepada rakyat yang memerlukan terutama orang miskin dan anak yatim.”katanya

Bahrain berkata, semakin ramai yang memberi sumbangan kerana yakin dengan usaha bersungguh-sungguh PAS Parit Buntar mengerakkan aktiviti kebajikan yang bersistematik, teratur dan terancang

“ Maklumat program kebajikan PAS Parit Buntar kepada rakyat di Parit Buntar tersebar luas melalui beberapa akhbar terutama Sinar Harian dan Harakah.

“ Laman Web , blog dan Facebook PAS Parit Buntar juga sentiasa memuatkan berita setiap aktiviti kebajikan yang dilaksanakan PAS Parit Buntar” katanya

Menurutnya, PAS Parit Buntar menyedari peranan sebagai parti yang mengutamakan kebajikan telah mengorak langkah memperjuangkan kebajikan demi kesejahteraan rakyat di Parit Buntar.

“ Selaras dengan tema muktamar ‘ Negara Berkebajikan ‘, PAS Parit Buntar tidak menjadikan alasan sebagai parti pembangkang untuk tidak membantu rakyat.

“ Program kebajikan seperti bantuan armalah dan anak yatim, bantuan orang miskin, bantuan orang kurang upaya, bantuan penyakit kronik telah dilaksanakan secara berterusan” katanya

Beliau turut menyeru kepada orang ramai agar dapat terus memberikan sumbangan untuk menambahkan dana kebajikan untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Sumbangan derma kepada tabung Tabung Dana Kebajikan PAS Parit Buntar boleh dibuat melalui akaun bernombor 08022010048488 Bank Islam Malaysia Berhad di atas nama ' Dana Kebajikan Parit Buntar'

Read more ...

Lifeline4Gaza (L4G) : Pidato Mohamad Sabu dibatalkan, Najib takut ?

L4G: Najib arah batal pidato Mohamad Sabu?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiPtJXtCesnE2RwSRbbzlBS5rjF43Bj3LstkKSl-AgaVfQGyn_M10fhyphenhyphentoePbWVqNx3she0ao323bqJGa3oAUbb93-lkkIISqmbgLDc0iD08a8Y80m83MWfw5RG9B2EqApWZFAooJj8yA/s1600/Mohamad+Sabu+02.jpgKUALA LUMPUR, 18 Jun: Pihak penganjur Majlis Pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (L4G) Malaysia yang dijadual dilancarkan jam 9 malam ini oleh Perdana Menteri, membatalkan slot pidato yang sepatutnya menampilkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Selain Mohamad yang dijemput mewakili Pakatan Rakyat, pidato menyentuh isu Palestin yang diadakan di Stadium Badminton Cheras itu juga sepatutnya disampaikan oleh Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sebagai mewakili BN.

Tindakan itu difahamkan dibuat ekoran mereka mendapat tekanan dari Pejabat Perdana Menteri.

"Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.

"Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi", kata salah seorang petugas ketika ditemui.

Malah, nama Mohamad dan Khairy di Backdrop yang diletakkan di pentas juga turut ditutup.

Khairy bagaimanapun dilihat hadir pada program malam ini.

Sehingga kini belum ada sebarang pengumuman dibuat penganjur kepada hadirin yang hadir berhubung pembatalan itu.

Bagaimanapun, tindakan penganjur menutup nama Mohamad dan Khairy pada backdrop di pentas, menimbulkan tanda tanya di kalangan mereka.

Ramai dikalangan mereka yang datang malam ini dipercayai mahu melihat Mohamad - yang sebelum ini banyak menghentam Umno, duduk sepentas dengan Najib.

Bagaimanapun, sebahagiaannya dilihat mula pulang awal apabila mendapat tahu berhubung pembatalan itu.

Rasa dipermainkan

Mohamad ketika dihubungi Harakahdaily turut mengesahkan pembatalan itu.

Menurutnya, beliau hanya dimaklumkan berhubung perkara itu pagi tadi.

"Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit.

"Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini.

"Saya rasa dipermainkan", katanya kecewa dan memaklumkan tidak akan hadir program malam ini.

Bagaimanapun, penjelasan lanjut berhubung perkara itu akan dibuat pada sidang media khas jam 10 pagi esok di restoran Haslam, Jalan Pahang.

Read more ...

Jika UMNO/BN masih perintah Selangor, jangan harap setingan nak dapat macam ni




SELAYANG 18 JUN : Sejumlah 84 keluarga peneroka bandar Kampung Kok Doh gembira dengan usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor mengambil langkah merancang pembinaan projek perumahan bagi menggantikan penempatan setinggan yang didiami seramai 1,200 peneroka bandar.

Antara penerima saguhati, Kanan a/l Nagalingam menyifatkan kerajaan negeri lain tidak mampu untuk melakukan seperti mana yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor yang terus-terusan membantu rakyat tanpa mengira kaum.

"Kita sangat gembira kerana selama 30 tahun kita sudah tinggal di kawasan setinggan ini dan pada tahun depan kita akan dapat rumah yang baru (semi-d), memang di negeri lain tak akan dapat seperti yang dilakukan kerajaan negeri Selangor,"katanya.

Kampung Kok Doh terletak bersebelahan Kampung Bukit Botak dan merupakan tanah milik anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

Projek Bukit Botak yang sedang dibina kini turut melibatkan kawasan perumahan Kampung Kok Doh.

Justeru itu, kerajaan negeri telah menyalurkan saguhati pemindahan dan bantuan perumahan kepada 84 keluarga di kampung berkenaan yang terkesan akibat pembangunan projek Bukit Botak.

Malah mereka juga ditawarkan bantuan pembelian rumah, bergantung kepada kelayakan masing-masing.

Menurut Selvam a/l Mahamuni, beliau bersyukur dengan pemerintahan kerajaan pada hari ini yang mengotakan setiap apa yang dijanjikan.

"Usaha kerajaan ini baguslah sebab sebelum ni saya pernah kena tipu dan langsung tidak dapat rumah. Kerajaan baru ini terus sediakan rumah dan turut memberi wang pampasan, kira baguslah negeri Selangor,"katanya.

Bagi Chan Ah Yoi pula, beliau sudah tidak mempercayai kerajaan terdahulu (BN) kerana sering menipu dan menindas rakyat terutama yang miskin.

"Kerajaan dulu banyak cakap tapi tak buat apa-apa tapi kerajaan memerintah sekarang menunaikan apa yang telah dijanjikan,"katanya.

Hari ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan saguhati berjumlah keseluruhan RM 483,800 pada satu majlis penyampaian cek di Dewan Kompleks Pegawai Daerah Gombak di Selayang tengahari tadi.

Read more ...

Kabinet PAS Terengganu, Kelantan dan Melaka diumumkan

PAS Terengganu Dibarisi Pemimpin Muda

KUALA TERENGGANU: Mesyuarat pertama Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu pada Sabtu menyaksikan pelantikan ramai muka baru dengan sebilangan besar daripadanya terdiri daripada golongan muda.

Pesuruhjaya PAS baru Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, berkata pelantikan tersebut adalah antara sebahagian daripada persiapan parti itu bagi menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.

"Bagaimanapun, orang lama yang banyak berpengalaman juga diperlukan dan berada di belakang kami," katanya pada sidang akhbar selepas mesyuarat itu di sini.

Mohd Abdul Wahid berkata mesyuarat itu juga mengambil keputusan melantik presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai penasihat kepada Badan Perhubungan PAS Terengganu.

Katanya pelantikan Abdul Hadi memandangkan beliau adalah orang Terengganu dan juga merupakan Anggota Parlimen Marang serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang.

Beliau berkata, selain beliau serta tiga Timbalan Pesuruhjaya Saiful Bahri Mamat, Muhyidin Abdul Rashid dan Dr Alias Razak (ADUN Bukit Tunggal), seramai 22 ahli jawatankuasa baru juga telah dilantik.

Mohd Abdul Wahid berkata Yahaya Ali dikekalkan sebagai setiausaha manakala tiga penolong setiausaha ialah Kamarudin Yunus, Hanafiah Mat dan Zakaria Dagang.

Katanya, M Shukrimun Shamsudin pula dilantik sebagai bendahari, ketua penerangan Nik Muhammad Zawawi Salleh manakala Ariffin Deraman dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya negeri.

Di samping itu, 10 ahli jawatankuasa yang dilantik antaranya Datuk Abu Bakar Chik, Dr Mohd Khazani Abdullah, Dr Azman Ibrahim, Zarani Binti Othman, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (ex officio) dan dua pemeriksa kira-kira.

Mohd Abdul Wahid berkata, beliau mendapat kerjasama yang cukup baik dengan barisan kepimpinan baru yang dilantik itu dan menyifatkannya lebih mantap. -BERNAMA


PAS Melaka selesai lantik 'kabinet' penuh

PAS Negeri Melaka selesai melantik semua jawatan dalam 'kabinet' nya pada mesyuarat pertama petang ini. Pesuruhjaya PAS Negeri, Adly Zahari berkata perlantikan semua jawatan tersebut dipersetujui oleh semua ahli-ahli mesyuarat PAS Negeri.

Bekas Ketua Dewan Pemuda, Ustaz Kamaruddin Sidek dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 manakala Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu, Ustaz Mohd Nor Omar diamanahkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 2. Ustaz Kamaruddin merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.

Bekas Ketua Penerangan Negeri sessi lalu yang juga Yang Dipertua PAS Bukit Katil, Sofi Wahab dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS 3.

Asri Shaikh Abdul Aziz pula dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan yang baru menggantikan Harun Mohamed yang sekarang menyandang jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka.

Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin, Azrin Abdul Majid dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Negeri yang baru. Manakala Husni Balis Ali dikekalkan sebagai Bendahari PAS Negeri.

3 orang Penolong Setiausaha telah dilantik iaitu Abdullah Jamil, Hedzir Abdul Rahman dan Abdul Halim Said.

Bahiki Ismail dipilih sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Negeri menggantikan Mejar (B) Jasme Tompang.

Beberapa orang Ahli Jawatankuasa tambahan yang dipilih ialah Mohd Ali Sharif, Ashraf Mukhlis Minghat, Rafaie Ahmad, Ustaz Imran Abdul Rahman, Kapten (B) Mohd Jaafar, Mohd Fauzi Maelah, Dr Khatijah Jumangat, Ustaz Julasapiyah Kassim, Ustaz Kamis Saat,Ustaz Mohd Khairi Abdul Aziz.

Sementata itu Rajah Shanmugan telah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Melaka. Sebelum ini Dewan-Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat telah dipilih pada Mesyuarat Agung masing-masing. Ustaz Zulkifli Ismail dipilih sebagai Ketua Dewan Ulama; Yuhaizad Abdullah sebagai Ketua Pemuda dan Hajah Kintan Man sebagai Ketua Dewan Muslimat.

Perubahan agak besar PAS Kelantan

KOTA BHARU, 18 Jun: Badan Perhubungan PAS Kelantan hari ini membuat rombakan agak besar dengan menampilkan muka-muka baru bagi memantapkan lagi organisasi parti.

Adun Pulai Chondong, Zulkifli Mamat dilantik sebagai Setiausaha Badan Perhubungan baru menggantikan Mohd Zaki Ibrahim.

Manakala bendahari - Adun Pengkalan Pasir, Hanifa Ahmad menggantikan Datuk Anuar Tan Abdullah.

Selain itu Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri menampilkan sarjana lulusan Sains Politik, Wan Nik Wan Yussof.

Beliau yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar menggantikan Adun Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun.

Pengumuman mengenai perubahan itu dibuat Pesuruhjaya PAS Negeri, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada persidangan media di Pejabat PAS Negeri hari ini.

Bagaimanapun beberapa jawatan utama lain tidak berlaku sebarang perubahan. Timbalan Pesuruhjaya I, Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Pesuruhjaya II, Datuk Husam Musa dan Timbalan Pesuruhjaya III, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Begitu juga jawatan Ketua Penerangan tidak berubah, Dr Mohamad Fadzli Hassan selepas dilantik tahun lepas.

Selain itu Setiausaha Kerja Dewan Ulama PAS Kelantan, Ustaz Mohd Asri Mohd Zain dilantik sebagai Penolong Setiausaha II menggantikan Mohd Ridha Mohd Zain. Penolong Setiausaha I, Mohd Nasir Che Daud kekal.

Pelantikan tersebut bagi tempoh 2011/2013 dibuat berdasar kepada Fasal 40 (5), Fasal 40 (3) (m) dan Fasal 79 (3) Perlembagaan PAS pindaan 2011.

Mesyuarat Perhubungan PAS Negeri kali pertama selepas muktamar itu juga melantik tujuh ahli jawatankuasa baru iaitu Ustaz Ahmad Fadhli Shaari (Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Datuk Takiyuddin Hassan (Exco), Datuk Anuar Tan (Exco), Hisham Fauzi (peguam), Senator Mumtaz Mohd Nawi, Hussin Embong (AJK PAS Gua Musang) dan Datuk Dr Johari Mat (ahli akademik).

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar merakamkan ucapan terima kasih di atas jasa dan khidmat setiausaha, bendahari dan pengarah jabatan pilihan raya sebelum ini.

Sementara itu Zulkifli berkata, beliau berharap mendapat kerjasama semua pihak bagi melaksanakan tugas baru di Perhubungan PAS Negeri.

”Tugas ini suatu yang berat tanpa bantuan dan kerjasama semua pihak tentunya ia sukar untuk dilaksanakan.

”Insya Allah saya akan berusaha meneruskan kesinambungan tugas yang dilaksanakan Setiausaha Perhubungan sebelum ini. Kalau ada perubahan bakal dibuat ia hanya berdasar kepada kehendak semasa,” ujarnya.

Beliau juga merakam ucapan terima kasih kerana diberi kepercayaan oleh Pesuruhjaya bagi melaksanakan tugas yang begitu mencabar itu.

Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Kelantan.

Read more ...

Siapa biaya pertunangan anak PM?



PETALING JAYA 18 JUN : Pemimpin PKR Dr Tan Kee Kwong hari ini menimbulkan soalan siapa yang membiayai bil bagi majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diadakan di Seri Perdana, Putrajaya malam semalam.

Majlis tertutup itu dikhaskan kepada kira-kira 800 tetamu istimewa dan terpilih yang terdiri daripada golongan dan kerabat diraja termasuk dari negara asing, ahli politik, tokoh perniagaan dan kenalan rapat yang lain.

Hanya media rasmi sahaja yang dibenarkan membuat liputan.

Majlis itu diadakan sempena pertunangan anaknya Nooryana Najwa kepada Daniyar Nazarbayev, yang mempunyai pertalian dengan presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev.

“Saya difahamkan nota pembelian daripada sebuah hotel terkemuka itu dikeluarkan atas nama Jabatan PM. Ini menimbulkan soalan, siapa sebenarnya membayar bil katering yang berjumlah RM81,000,” soal Dr Tan.

Beliau yang merupakan bekas ahli parlimen Gerakan dan juga timbalan menteri berkata soalannya itu penting, khususnya ketika rakyat sekarang diminta 'mengetatkan tali pinggang mereka ketika menghadapi kenaikan kos kehidupan'.

“Pengurangan subsidi minyak dan barangan keperluan, memeritkan rakyat. Justeru, soalan siapa yang menanggung perbelanjaan itu perlu dijawap, lebih-lebih lagi nota pembelian dibuat atas nama Jabatan PM,” katanya kepada Malaysiakini.

Awal bulan ini, lawatan Najib serta keluarganya ke Kazakhstan menjadi isu hangat apabila ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad membidas perdana menteri kerana didakwa bersalah dari segi moral kerana menggunakan dana awam bagi merisik perkahwinan anak perempuannya.

"Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi,” kata pemimpin PAS itu.

Sebaliknya, Wisma Putra menafikan laporan itu dan menegaskan bahawa lawatan itu adalah untuk memenuhi penerimaan perdana menteri terhadap undangan yang telah lama dibuat oleh Presiden Nursultan Nazarbayev untuk melawat negara itu.

Lawatan itu, juga dikatakan kebetulan diadakan serentak dengan penganjuran Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) ke-7 di Astana dari 7 hingga 9 Jun lalu.

Read more ...

Pemuda di barisan hadapan hadapi UMNO/BN




KUALA LUMPUR 18 JUN : Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal merangka strategi yang lebih ampuh dalam usaha mendepani Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, konvensyen pilihan raya PKR yang diadakan esok adalah untuk memastikan tema 'Demi Rakyat' yang dibawakan parti itu diperincikan secara jelas kepada jentera parti dan menggunakan sepenuhnya peluang tersebut untuk merangka pelbagai strategi.

“Ketika inilah PKR menawarkan tema ‘Demi Rakyat’, yang paling mudah untuk kita faham adalah satu tema yang bakal menaungi semua kempen dan pembinaan dasar parti yang berteraskan rakyat, people centre,” katanya kepada Tv Selangor.

Jelasnya lagi, jentera parti merupakan juzuk penting dalam menghadapi pilihan raya dan konvensyen yang pertama kalinya diperkenalkan ini memberikan mandat sepenuhnya kepada pemimpin muda untuk mengetuai strategi pilihan raya dengan memfokuskan kumpulan sasar kawasan bandar dan pinggiran bandar.

“Keistimewaan konvensyen ini adalah pimpinan parti memberikan mandat sepenuhnya kepada pimpinan muda untuk melaksanakannya. Mereka yang mengolah tema kempen, mengenalpasti isu, merangka strategi, membina jentera dan sebagainya. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Wan Azizah menyerahkan kepercayaan kepada pasukan muda ini,” katanya.

Beliau menambah, kumpulan anak muda perlu diberikan tumpuan utama di samping dengan penekanan penggunaan media baru seperti Facebook dan Twitter yang dilihat berjaya menyalurkan maklumat alternatif kepada rakyat.

“Adalah sangat jelas kelompok utama PKR adalah kelompok anak muda yang layak mengundi. Mereka mewakili lebih 30 peratus golongan yang layak mengundi. Mereka merupakan golongan yang celik maklumat. Sebab itu strategi kempen akan memberikan penekanan penggunaan media baru. 9.5 juta anak muda yang aktif dengan Facebook sehingga menyebabkan graf pembaca media tradisi semakin menjunam,” katanya.

Menurut Saifuddin lagi, strategi sebegini akan menjadikan gerak kerja jentera pilihan raya lebih tersusun dan dapat memberikan fokus sepenuhnya di kawasan yang ditandingi.

Pada pertama kali Parti Keadilan Rakyat menyertai pilihan raya pada tahun 1999 dan 2004, parti mengetengahkan tema ‘Ke Arah Malaysia Yang Lebih Adil’ dan pada tahun 2008 ‘Harapan Baru Untuk Malaysia’.

Read more ...