Wednesday, September 11, 2013

PEMILIHAN PAS !!! Ulama calon Nik Amar, akar umbi calon Husam bertanding Timbalan Presiden PAS


Post Pic 
PAS kawasan Segamat, Johor memilih Datuk Husam Musa untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden untuk Muktamar parti itu yang ke-59 November ini. 
 
Pemilihan Husam dibuat oleh perwakilan muktamar yang bersidang 25 Ogos lalu, iaitu kawasan PAS yang pertama membuat mesyuarat agung.

Semalam, PAS kawasan Besut, Terengganu memilih Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan sebagai calon timbalan presiden mereka. 
 
Pemilihan Nik Amar dibuat melalui mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan itu selepas diberikan mandat oleh Mesyuarat Agung PAS kawasan sebelum ini.

"Pemilihan kedua-dua tokoh ini membayangkan sikap dua kumpulan penting dalam PAS untuk jawatan timbalan presiden kali ini.
 
"Apa yang jelas ulama mahukan Nik Amar manakala akar umbi mahukan Husam," kata seorang pemimpin PAS yang tidak mahu namanya disiarkan.

Read more ...

PEMILIHAN PAS !!! Trio YB kekal terajui PAS Kuala Kedah



ALOR SETAR: Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kuala Kedah kali ke-39 baru-baru ini menyaksikan Adun Pengkalan Kundor, Dato' Ir Pahrolrazi Zawawi kekal sebagai Yang Dipertua (YDP) bagi sesi 2013-2015.

Sementara itu, dua orang lagi Adun, Dato' Ir Amiruddin Hamzah (Anak Bukit) dan Mohd Nasir Mustaffa (Kubang Rotan) masing-masing kekal diberi mandat oleh para perwakilan sebagai Timbalan YDP dan Naib YDP.

Dalam mesyuarat yang berlangsung di Dewan Al-Amin, Telok Bagan dekat sini, 16 orang Ahli Jawatankuasa Kerja telah dipilih iaitu Ustaz Abdul Rahman Omar; Saedi Azizan Ramli; Harun Khamis; Abdul Hamid Bahari; Ustaz Ridzwan Abu Bakar; Ziyadi Raof; Noriza Saad; Kassim Md Isa dan Ramli Shafie.

Read more ...

PEMILIHAN PAS !!! Ustaz Azizan dan Ustaz Hasan kekal YDP Jerai dan Kulim


ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak kekal menerajui PAS Kawasan Jerai bagi sesi 2013-2015 selepas dipilih semula selaku Yang Dipertua (YDP) pada mesyuarat agung tahunan ke 54 kawasan itu baru-baru ini.

Walaupun masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah dekat sini, Ustaz Azizan yang memegang jawatan tersebut sejak tahun 1997 menang tanpa bertanding dan mendapat sokongan penuh para perwakilan ekoran tiada usul yang dibangkitkan untuk menggantikan beliau yang sedang uzur.

Dalam pemilihan jawatan kali ini, Azizan Talib dipilih selaku Timbalan YDP dan Che Mei Ahmad pula kekal sebagai Naib YDP. Pemilihan juga menyaksikan Ustaz Mazlan Mansor kekal sebagai Ketua Urusan Ulama, lapor Penerangan Kedah.

Sementara itu, bagi kawasan Kulim-Bandar Baharu, Ustaz Hassan Razak juga kekal sebagai YDP Kawasan selepas menang tanpa bertanding pada mesyuarat agung tahunan ke-51 kawasan itu yang berlangsung di Dewan Dato' Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS di Serdang baru-baru ini.

Read more ...

PEMILIHAN PAS !!! Zulhazmi tawar diri tanding Ketua Pemuda PAS Malaysia


KUALA LUMPUR: Perebutan jawatan Ketua Pemuda Pas dilihat panas apabila seorang peguam dilihat menawarkan diri untuk bertanding jawatan tersebut pada Muktamar Pas bulan November nanti.

Zulhazmi Shariff yang popular dengan isu membabitkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) juga dilihat sebagai individu pertama yang tampil secara terbuka bagi pengesahan merebut jawatan tersebut.

PAS sekarang dilihat mula didominasikan oleh golongan ulama apabila terdapat beberapa gerak kerja yang dilakukan oleh golongan tersebut yang mahu menyingkir golongan tertentu.


Read more ...

PEMILIHAN PAS !!! PAS Besut dan Pengkalan Chepa calonkan Nik Amar sebagai Timbalan Presiden

PAS Besut mencalonkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah untuk mencabar penyandang jawatan timbalan presiden Mohamad Sabu (gambar) dalam pemilihan parti itu tidak lama lagi.

Resolusi PAS kawasan itu sebulat suara supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan sebagai Presiden PAS bagi sesi akan datang. Muktamar tahunan PAS kali ke-59 akan diadakan pada 22 hingga 24 November ini bagi memilih kepimpinan baru sesi 2013-2015.

Pemilihan kali ini turut mendapat perhatian daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengeluarkan kenyataan bahawa timbalan presiden harus dipilih dari kalangan ulama. Dengan pencalonan Nik Amar oleh beberapa kawasan membuktikan saranan Mursyidul Am itu diambil kira oleh setiap kawasan bagi pemilihan PAS akan datang.

Nik Amar sudah mendapat layak untuk bertanding sebagai timbalan presiden PAS dalam pemilihan akan datang. Dalam pada itu, PAS Besut turut menamakan tiga calon untuk merebut jawatan naib presiden iaitu Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Read more ...

PEMILIHAN PAS !!! Media perdana racun kempen pemilihan PAS


Setiap kali menjelang muktamar PAS, akhbar tradisional terutama yang dimiliki Umno, Utusan Malaysia akan habis-habisan mempromosi barisan tertentu dalam PAS.

Ketika hari biasa, pemimpin PAS ialah golongan yang paling dicemuh akhbar ini.

Serangannya pada Murshidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin PAS lain yang mengkritik Umno sebegitu dahsyat ketika bukan musim muktamar terutama menjelang pilihan raya umum. 

Pelbagai label jijik digunakan untuk mencemuh mereka.

Read more ...

PEMILIHAN PAS !!! “Akhbar tulis tu tidak betul, Profesional pun ulama juga" - Tuan Guru Nik Aziz


KOTA BHARU: “Akhbar tulis tu tidak betul, saya cakap lain mereka tulis lain. Bukan saya sebut tidak perlu pilih bukan ulama, kerana semuanya dalam PAS dipanggil ulama.

“Profesional pun ulama juga, begitu juga ulama pun profesional. Sengaja ada pihak hendak sebut dua nama, sedangkan sebenarnya satu sahaja,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam reaksi terbarunya.

Beliau ditemui hari ini ketika menghadiri persidangan khas Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Baru-baru ini akhbar arus perdana cuba memberi gambaran Mursyidul Am mahu ulama dipilih menduduki jawatan Timbalan Presiden PAS.

Laporan tersebut dilihat banyak pihak seperti ada agenda tertentu bagi melaga-laganya kepemimpinan dalam PAS dengan mengasingkan golongan profesional dan ulama.

Read more ...

PEMILIHAN PAS !!! Azli menang YDP PAS Shah Alam, Khalid tidak bertanding



KUALA LUMPUR: Bekas Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Abdul Samad mengharapkan kepimpinan baru PAS kawasan itu mengekalkan ukhuwah dan kesatuan, selain mengambil langkah berlapang dada dalam menangani perbezaan pendapat.

Ketika dihubungi Harakarahdaily, hari ini Khalid yang tidak mempertahankan jawatannya yang dipegang sejak 16 tahun lalu, turut mengharapkan PAS Shah Alam tidak dijadikan sebagai kumpulan eksklusif, sebaliknya satu kumpulan pelbagai latar belakang.

Ahli Parlimen Shah Alam itu juga mengingatkan agar kesemua ahli memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi bagi mengukuhkan PAS kawasan itu berhadapan dengan musuh politik.

Read more ...

PEMILIHAN PAS !!! Hajah Rohana Ketua Muslimat PAS Tanjung Malim yang baru

TANJONG MALIM :Dewan Muslimat Pas Kawasan Tanjong Malim telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya pada 8 September 2013.

Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Ustazah Zuhairah bt Mohd Ghazali, yang merupakan Naib Ketua Dewan Muslimat Pas Perak.

Tahniah juga diucapkan kepada Pn Hjh Rohana (gambar) kerana dipilih sebagai ketua muslimat yang baru bagi sesi akan datang.

Read more ...

PEMILIHAN PAS !!! Dua YDP baru, dua kekal dalam pemilihan di Pahang


TEMERLOH:
Mesyuarat agung PAS tiga kawasan di Pahang yang telah berlangsung menyaksikan dua Yang Dipertua (YDP) kawasan kekal iaitu Temerloh dan Bera manakala PAS Kawasan Rompin dan Maran mendapat YDP yang baru.

 
Di Temerloh, tiga jawatan tertinggi dipertandingkan dengan YDP selama dua penggal Md. Jusoh Darus, kekal. Dalam mesyuarat agung yang dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang Ustaz Idris Ahmad itu, menyaksikan Hassanuddin Salim mengekalkan timbalan YDP.


Turut dipilih ialah Hassan Omar sebagai NYDP Kawasan yang baru. Mesyuarat berlangsung di Darul Amin, Sungai Gau.


Di Bera, penyandang Sulaiman Mohamad dan Musaniff Abdul Rahman masing-masing kekal bagi jawatan YDP dan Timbalan YDP tanpa bertanding. Manakala Abdul Hasim Ahmad dipilih perwakilan sebagai Naib YDP.

Read more ...

PEMILIHAN PAS !!! PAS Besut kekalkan ketuanya

 






















BESUT : Mesyuarat PAS bagi peringkat kawasan-kawasan di seluruh negara bermula menjelang Muktamar PAS Pusat November ini.
 
Di Besut, Terengganu, PAS kawasan Besut mengadakan mesyuarat agung hari ini di Dewan Haji Hassan, Alor Lintah dekat Jertih.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Wan Azhar dipilih mengekalkan Yang Dipertua PAS Besut melalui mesyuarat di kalangan AJK baru yang terpilih.

Turut terpilih adalah Shahuddin Jaafar sebagai Timbalan Yang Dipertua dan Adam Mat Said sebagai Naib Yang Dipertua.

Read more ...

PEMILIHAN PAS !!! Haji Md Jusoh Darus kekal YDP PAS Temerloh, Ustaz Abdul Rahim Latif tewas

YANG DIPERTUA PAS TEMERLOH TEMERLOH : PAS KAWASAN TEMERLOH TELAH BERJAYA MENGADAKAN MESYUARAT AGONG TAHUNAN BERTEMPAT DI MARKAS TARBIAH DARUL AMIN SG.GAU TEMERLOH PAHANG DENGAN DIRASMIKAN OLEH YB .US .IDRIS AHMAD  - AJK PAS PUSAT – AHLI PARLIMEN  BUKIT GANTANG – 
 
DIDALAM UCAPAN  PERASMIAN ITU BELIAU MENYENTUH  TENTANG KEKUATAN  PAS ADALAH ILMU 
 
DENGAN ILMU AHLI AKAN TIDAK TAKUT BERJUANG – OLEH ITU TIAP –TIAP CAWANGAN MESTI ADA MAJLIS ILMU – KERANA   DENGAN KEFAHAMAN  AKAN MENERBIT RASA  TAKUT KEPADA ALLAH DAN  BERJUANG DI JALAN ALLAH  - OLEH KERANA KEJAHILAN  AGAMA MAKA  ORANG MELAYU TOLAK PAS.
 
DI DALAM PEMILIHAN   AJK YANG  BARU  - HJ MD JUSOH DARUS  TELAH BERJAYA MEMPERTAHANKAN JAWATAN YDP   DENGAN MENGALAHKAN  PENNCABARNYA US.A.RAHIM LATIFF – 
 
BEGITU  JUGA  DENGAN JAWATAN TIMBALAN YDP  .EN.HASANUDDIN SALIM JUGA MENGEKALKAN JAWATANNYA DENGAN MENGALAHKAN YB.SYED HAMID ,   
 
BAGI JAWATAN  NAIB YDP DISANDANG OLEH  HJ.ABU HASSAN OMAR (BARU) MENGALAHKAN CIK GU ABDUL MAJID -   

Read more ...

PEMILIHAN PAS !!! Junaidin, Abdul Gani menang tanpa bertanding Pemuda PAS Tanjung Malim



TANJUNG MALIM :  Dewan Pemuda Pas Kawasan Tanjong Malim telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 11 dengan dirasmikan oleh YB Tn Hj Zaidi bin Abdul Talib, ADUN Taman Templer.
Mesyuarat juga turut dihadiri oleh wakil DPP negeri, Sdr Salman bin Salleh serta ketua Pemuda DPPK Tapah, Us Shamsul.

Berikut adalah keputusan jawatankuasa yang telah dipilih oleh para perwakilan:

Ketua Pemuda : Sdr Junaidin bin Yusop (Menang tanpa bertanding)
Timb. K.Pemuda : Sdr Abdul Gani (Menang tanpa bertanding)
Naib K.Pemuda : Us Azhari Yahaya

Jawatankuasa :

Read more ...

PEMILIHAN PAS !!! Ketua, Timbalan, Naib Ketua Muslimat PAS Parit Buntar kekal


PARIT BUNTAR :  Dewan Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar telah selamat mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya untuk kali yang ke 43 pada 31 Ogos yang lalu. Mesyuarat yang bermula sekitar jam 9.00 pagi itu dirasmikan oleh Exco Dewan Muslimat PAS Perak , Puan Rohawati Abidin. 
 
Setiausahanya, Izan Aqilah Muhammad berkata, Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Parit Buntar ini telah dihadiri 160 perwakilan dari seluruh cawangan PAS di Parit Buntar
 
“ Ketua Muslimat PAS Kawasan Parit Buntar Rahimah Osman telah mengekalkan jawatan tanpa bertanding.
 
“ Begitu juga dengan Jawatan Timbalan dan Naib Ketua yang dimenangi Rosna Ishak dan Norijan Omar tanpa bertanding” katanya 

Read more ...

PEMILIHAN PAS !!! Pemuda PAS Teluk Intan dapat ketua baru

TELUK INTAN : Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan (DPPKTI) telah berjaya mengadakan mesyuarat agung tahunannya kali ke-31 baru-baru ini. Mesyuarat telah diadakan di sebuah restoran dekat sini. 

Mesyuarat agung tersebut telah dirasmikan oleh Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPNPk), Sdr. Aidil Adam. 

Sebelum itu, ucapan telah disampaikan oleh Sdr. Rahmat Maliki selaku wakil PAS Kawasan Teluk Intan.
Perwakilan yang hadir adalah dari cawangan-cawangan di seluruh kawasan Teluk Intan.

Read more ...