Monday, January 2, 2012

KETUA BLOGGER UMNO FITNAH UST. AZHAR IDRUS!!! Baca jawapan Ust. Azhar Idrus terhadap fitnah Tun Faisal

Jika sebelum ini Blogger UMNO AzmyKelana menuduh Ustaz Azhar Idrus membawa ajaran sesat di malam tahun baru

Rupanya, keberanian Blogger UMNO memfitnah Ulama telah dilakukan oleh Pengerusi Blogger UMNO Tun Faisal. Tanpa mereka takut akan dosa fitnah terhadap ulama

Dibawah ini dipaparkan fitnah dan penghinaan Ketua Blogger UMNO Malaysia Tun Faisal terhadap Ustaz Azhar Idrus. Baca di bawah...Admin

Gaya ustaz pemaki hamun dengan motor besar #DapGantiPas



Gaya hidup pemimpin Pas hari ini. Hebat! Tidak termasuk Mercedez Benz dan pelbagai kereta mewah lagi. Bezanya mereka bijak berpura-pura di depan pengikut masing-masing. Yang di bawah - gambar motor-motor besar yang dirakam semasa Pilihan Raya Kecil Manek Urai. Pengikut Pas masih ingat pemimpin mereka tidak korup, tidak main perempuan dan tidak main isteri orang. Silap-silap ada pemimpin Pas yang sebijik macam Anwar juga, depan sapu, belakang pun sapu. tun faisal dot. com

Namun, Ust. Azhar Idrus tidak seperti Blogger UMNO yang tidak ada akhlak. Baca jawapan Ust. Azhar Idrus terhadap tuduhan Tun Faisal...

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/392267_242724089133444_202752153130638_597730_1344876038_n.jpg



Read more ...

TERPIKAT DENGAN AKHLAK PEMIMPIN PAS!!! Setiausaha JKKP sertai PAS


KOTA BHARU, 2 Jan: Hanya kerana ingin ‘menjerat’ Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dalam laman tertutup facebook Umno-tumPAS, akhirnya aktivis dan penyokong Umno, Wan Musa Wan Ahmad yang tumpas dan seterusnya menyertai PAS.

Bekas Setiausaha Pemuda Umno Cawangan Batu Empat, Jalan Kuala Krai itu petang tadi menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PAS bersama 20 orang yang lain kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Turut hadir pada majlis itu, Setiausaha PAS negeri, Zulkifli Mamat, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Exco kerajaan negeri, Abdul Fatah Mahmood.

Wan Musa yang juga Setiausaha JKKKP Mukim Padang Enggang ketika ditemui memberitahu pada mulanya dia menyertai halaman tertutup Umno-tumPAS bertujuan untuk ‘menghentam’ pemimpin PAS terutama Wan Rahim.

“Memang saya menghentam dia sebelum ni, tetapi dia tidak membalas kutukan saya terhadapnya, sebaliknya rakan-rakan lain yang membela beliau.

“Tetapi akhirnya dia ingin bertemu saya, sepatutnya saya yang bertemu dia, begitu hebat jiwa pemimpin PAS, ada sifat rendah diri dan akhirnya saya ‘kalah’ dan seterusnya mengakui pemimpin PAS memang terbaik,” ujarnya.

Sambungnya, andainya Wan Rahim sahaja telah dapat menawan hatinya, belum lagi pemimpin besar lain terutama Tuan Guru dan ulama lain yang berada dalam PAS.

Beliau juga turut mengakui pemimpin Umno semakin tidak boleh dipercayai dari hari ke hari.

Tambahnya, dengan penyelewengan yang berlaku di peringkat menteri dan bawahannya, jelas membuktikan mereka hanya berjuang untuk peribadi dan keluarga dan bukannya untuk rakyat.

Ketika ditemui, beliau menyeru semua rakan-rakannya yang masih bersama Umno dan BN turut menyertai PAS.

Sempena majlis itu juga, memorandum dari rakan-rakan Umno-tumPAS telah diserahkan kepada Tuan Guru yang antara lainnya untuk mendedahkan kehebatan kerajaan PAS Kelantan.

Memorandum itu diserahkan oleh seorang rakan laman sosial itu, Mat Kamal Awang (MKA).

Read more ...

TARIKH PRU 13!!!! Antara Januari hingga Jun 2012 - Merdeka Center

http://audie61.files.wordpress.com/2011/07/ken-work-pru-133.jpg?w=890SHAH ALAM - Pilihan raya umum ke-13, yang menjadi perhatian banyak pihak, kemungkinan besar akan diadakan dalam tempoh enam bulan ini - sebelum Ramadan, kata firma kajian pandangan umum tempatan.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata, berdasarkan jangkaan beliau, pilihan raya umum akan diadakan sebelum Jun sebab arena politik khususnya Umno, selaku parti teras Barisan Nasional (BN), akan memberi tumpuan ke atas urusan pemilihan parti melibatkan semua peringkat pada akhir tahun.

"Saya rasa masa yang ada (yang kondusif), adalah antara sekarang hingga bulan Jun, jadi kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan selewat-lewatnya sebelum akhir Jun," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
"Saya lihat akan ada banyak acara dan program pada separuh kedua tahun ini. Ini termasuk pemilihan Umno semua peringkat.

"Jadi saya tidak melihat (Presiden Umno dan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) mahu mengadakan pemilihan parti dan pilihan raya umum pada tempoh yang sama," katanya lagi.

Ibrahim juga berkata, perkara-perkara yang diumumkan menerusi Bajet 2012 sudah mula dilaksanakan sejak beberapa minggu lalu dan ia antara lain akan menjadi petanda-petanda kepada tarikh memanggil pilihan raya umum ke-13.

Mandat semasa hanya akan berakhir pada April 2013. Pilihan raya umum ke-12 telah diadakan pada Mac 2008.

Kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tidak bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri jika BN memanggil pilihan raya awal.


Dalam pada itu, bancian yang sedang dikendalikan oleh Sinar Harian Online, setakat pagi tadi, menunjukkan 66 peratus berfikir pilihan raya umum akan dipanggil antara Februari dan Mac ini.

Seramai 16 peratus lagi pengunjung memilih tempoh antara bulan Mei dan Jun. Hanya 13 peratus mengharapkan pilihan raya umum diadakan awal tahun depan iaitu di penghujung mandat semasa.

SHAH ALAM - Pilihan raya umum ke-13, yang menjadi perhatian banyak pihak, kemungkinan besar akan diadakan dalam tempoh enam bulan ini - sebelum Ramadan, kata firma kajian pandangan umum tempatan.

Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata, berdasarkan jangkaan beliau, pilihan raya umum akan diadakan sebelum Jun sebab arena politik khususnya Umno, selaku parti teras Barisan Nasional (BN), akan memberi tumpuan ke atas urusan pemilihan parti melibatkan semua peringkat pada akhir tahun.

"Saya rasa masa yang ada (yang kondusif), adalah antara sekarang hingga bulan Jun, jadi kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan selewat-lewatnya sebelum akhir Jun," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
"Saya lihat akan ada banyak acara dan program pada separuh kedua tahun ini. Ini termasuk pemilihan Umno semua peringkat.

"Jadi saya tidak melihat (Presiden Umno dan Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) mahu mengadakan pemilihan parti dan pilihan raya umum pada tempoh yang sama," katanya lagi.

Ibrahim juga berkata, perkara-perkara yang diumumkan menerusi Bajet 2012 sudah mula dilaksanakan sejak beberapa minggu lalu dan ia antara lain akan menjadi petanda-petanda kepada tarikh memanggil pilihan raya umum ke-13.

Mandat semasa hanya akan berakhir pada April 2013. Pilihan raya umum ke-12 telah diadakan pada Mac 2008.

Kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tidak bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri jika BN memanggil pilihan raya awal.

Dalam pada itu, bancian yang sedang dikendalikan oleh Sinar Harian Online, setakat pagi tadi, menunjukkan 66 peratus berfikir pilihan raya umum akan dipanggil antara Februari dan Mac ini.

Seramai 16 peratus lagi pengunjung memilih tempoh antara bulan Mei dan Jun. Hanya 13 peratus mengharapkan pilihan raya umum diadakan awal tahun depan iaitu di penghujung mandat semasa.

Read more ...

BENGANG KRONI UMNO TAK DAPAT PROJEK!!! Kontraktor kutipan sampah Selangor diugut


SHAH ALAM, 2 Jan: Bimbang kalau kalau kerajaan negeri Selangor berjaya menguruskan sendiri kutipan sampah (sisa pepejal) di negeri ini, kontraktor yang dilantik kerajaan negeri diugut oleh pihak-pihak berkenaan.

(Laporan polis yang dibuat oleh Ramli)

Ekoran itu, sehingga kini sudah tiga laporan polis dibuat oleh kontraktor yang dilantik kerajaan negeri selepas menerima ugutan itu.

Pengurus Besar Hebat Abadi, anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Ramli Mohd Tahir membuat tiga laporan polis mengenai ugutan dan sekatan itu.

Tindakan ugutan ini pula selaras dengan laporan media Umno (gambar bawah) bahawa kerajaan negeri gagal mengutip sampah dengan baik di negeri ini selepas ia diambil alih oleh kerajaan negeri dari Alam Flora.

Akhbar Umno, Utusan Malaysia melaporkan, Penduduk Seksyen 23, di sini menyatakan kekesalan terhadap kontraktor pengurusan sisa pepejal yang didakwa lewat melaksanakan operasi kutipan sampah di kawasan perumahan mereka sehingga menjejaskan keselesaan penghuni di kawasan tersebut.

"Masalah kelewatan kutipan sampah ini bukan baru, sebelum ini difahamkan turut berlaku kelewatan kutipan sampah di kawasan ini selepas kerajaan negeri memutuskan menamatkan kontrak syarikat Alam Flora sebelum ini," katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut laporan polis itu, Ramli mengadu pemilik syarikat Aminora Enterprise yang dilantiknya untuk mengutip sampah di kawasan Seksyen 7, Shah Alam telah diugut agar jangan mengutip sampah di kawasan itu.

"Jangan menyesal kalau apa-apa berlaku," kata laporan polis itu berdasarkan ugutan yang diterima oleh operator pengutipan sampah itu.

Laporan itu dibuat Ramli di Balai Polis Seksyen 11.

Dalam laporan polis kedua pula, Ramli berkata, pada 1 Januari 2012 adalah hari pertama mereka dilantik oleh Majlis Bandaraya Shah Alam untuk mengutip sampah selama dua bulan di kawasan itu.

(Laporan Utusan mengenai kegagalan kutipan sampah di Shah Alam)

"Bagaimanapun pada jam 11 pagi bertempat di satu kawasan di seksyen 17/23 Shah Alam, saya telah mendapat laporan bahawa kontraktor syarikat kami ditahan oleh beberapa orang dan mereka telah memberi amaran supaya kontraktor kami tidak memasuki kawasan tersebut," lapor Ramli kepada polis di Balai Polis Seksyen 11, Shah Alam.

Dalam laporan polis ketiga pula, Ramli berkata, kontraktornya di tahan dari melakukan kerja-kerja kutipan sisa pepejal (sampah domestik) di Seksyen 9.

"Saya diberi maklum oleh kontraktor, sebuah kereta berwarna merah (WWC 7760) tidak pasti modelnya bersama dua motosikal telah menahan kontraktor kami dari memasuki seksyen 9, Shah Alam," lapor Ramli.

Mulai tahun ini, kerajaan negeri Selangor melalui pihak berkuasa tempatan akan mengurus sendiri kutipan sampah di negeri ini. Sebelum ini, semuanya diuruskan Alam Flora.

Sementara kontraktor kekal dilantik, MBSA misalnya menyerahkan kerja kutipan ini kepada anak syarikat kerajaan negeri yang terletak di bawah KDEB iaitu Hebat Abadi Sdn Bhd.

Read more ...

TIDAK PUAS HATI DENGAN RPK!!! Presiden MCLM letak jawatan

Presiden Gerakan Kebebasan Awam Malaysia (MCLM) Haris Ibrahim hari ini meletakkan jawatan daripada organisasi itu kerana tidak puas hati dengan kenyataan Raja Petra Kamaruddin yang disiarkan dalam media arus perdana semalam.

Dalam pengumuman dalam blognya hari ini, Haris Ibrahim berkata, wawancara Raja Petra -- yang juga jurucakap MCLM -- antara sebab untuk "keputusan sukar" itu dibuat.

Haris berkata, isu yang dibangkitkan Raja Petra dalalam wawancara itu bertentangan dengan apa yang difahami sebagai pendirian organisasi itu.

"Komen-komen itu... banyak melemahkan usaha saya, termasuk melalui MCLM, dalam usaha (kempen) Asalkan Bukan Umno/BN (ABU)," katanya.

Beliau juga berkata sedih apabila Raja Petra terus melihat rakyat Malaysia berdasarkan warna kulit -- Melayu, Cina dan India -- sedangkan pihaknya dari hari ke hari memperjuangkan agenda seperti Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM).

Malaysiakini/-

Kenyataan Raja Petra tidak berasas tanpa bukti


PETALING JAYA, 2 Jan: Naib Presiden PKR, N Surendran (gambar) berkata kenyataan separuh benar, perli dan sindiran melampau yang dibuat Raja Petra Kamaruddin (RPK) adalah tidak benar, tidak disokong oleh apa-apa bukti yang dipercayai dan berupa fitnah yang jelas.

Beliau kepada wawancara penulis blog itu yang membincangkan ‘Perdana Menteri gay’ dalam hubungannya dengan perbicaraan kes liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tidak berhasrat untuk membuat spekulasi berkenaan motif RPK membuat kenyataan seperti itu,” ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Untuk sebab-sebab tertentu, katanya RPK mengabaikan fakta bahawa keseluruhan kes liwat merupakan suatu rekaan palsu tanpa selindung oleh Umno BN dengan kerjasama dan persuhabatan pasukan polis dan pejabat Peguam Negara.
Justeru, ujarnya sindiran melampau RPK berdasarkan konspirasi jahat yang secara meluas tidak dipercayai di seluruh negara dan di luar negara.

Menurutnya, perbicaraan Anwar merupakan suatu penghinaan terhadap keadilan dan tata cara perundangan yang adil dan dapat diterima; serta ia telah dikutuk sedemikian rupa oleh badan-badan hak asasi, para pemimpin sivil dan politik di seluruh dunia.
“Kegagalan untuk mendedahkan bahan bukti yang penting kepada pihak pembelaan; kecacatan serius terhadap cara sampel forensik diambil, disimpan dan dianalisis; pra penghakiman kes oleh Hakim Zabidin yang tidak kukuh di sisi undang-undang dan sangat luar biasa dibuat pada penghujung penggulungan kes pendakwaan; pertemuan luar biasa di antara si pengadu dan Perdana Menteri, serta penjelasan PM berhubung hal ini, merupakan antara sebahagian bukti-bukti konspirasi yang cukup banyak di sebalik kes liwat II ini,” jelasnya.

Atas alasan yang rapuh itu, ujarnya RPK membina sebuah menara yang hampir roboh berasaskan andaian kabur dan sindiran liar.
Bagi video seks pula, katanya ia merupakan pemalsuan yang direka-reka kerana keadaan terdesak oleh para pengkomplot akibat kegagalan mereka dalam kes Liwat II untuk memalingkan sokongan rakyat terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

“Apakah RPK sudah lupa, sejarah panjang Umno dalam menyalahgunakan polis, pendakwaan dan kehakiman untuk melenyapkan atau meneutralkan tokoh-tokoh utama pembangkang?” soalnya.

Selanjutnya, kata beliau RPK menyediakan tidak langsung menyediakan sedikit asas atau bukti atas dakwaan luar biasanya bahawa dia ‘90%’ yakin bahawa Anwar di dalam video seks tersebut.
“Rakyat negara ini amat bertuah kerana tidak terjebak ke dalam plot muslihat oleh Umno ini, yang jelas merupakan cubaan jenayah dan tipu helah licik untuk menghalang gerakan reformasi dan perarakan Pakatan Rakyat ke arah kuasa persekutuan,” katanya.

Jsteru, katanya Umno mesti melibatkan diri dalam politik demokratik perdebatan dan perbincangan, serta berhenti menggunakan cara-cara kotor dan tidak jujur untuk cuba menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat.hrkh

Read more ...

HANYA UMNO YANG ALIM!!! Blogger UMNO tuduh Ust. Azhar Idrus sebar ajaran sesat di malam tahun baru

AAKJ.COM menyampaikan kuliah panjang lebarnya dalm tulisannya di sini mengambil pendapat popular mengharamkan semua alat muzik. Dari situ dia mengambil kesimpulan bahawa Ustaz Azhar Idrus telah melakukan satu dakyah sesat menyebarkan perkara haram secara halus untuk meyesatkan masyarakat.

Memandangkan blogger tersebut merupakan penyokong tegar Umno sudah tentu dia mempunyai fahaman bahawa 'jiwa bangsa melayu amat lemah dan mudah disesatkan. Dengar orang Kristian sebut nama Allah, orang melayu boleh murtad, terbaca bible dalam bahasa melayu orang melayu terus jadi murtad dan begitulah lemahnya bangsa melayu tersebut di mata pendokong Umno.


Dan bagi menyelamatkan semua kelemahan jiwa orang melayu itu maka hanya Umno lah saja yang mampu membuatnya. Maka jika Umno yang menganjurkan konsert walaupun terjoget dan terdedah terburai tak apa kerana dalam tangan Umno orang melayu tak akan sesat.

Dalam kes Ustaz Azhar Idrus yang dituduhnya sedang berusaha menyesatkan masyarakat dengan bermain muzik dalam sambutan tahun baru baru-baru ini tidaklah mengejutkan kerana semua yang menyaksikan program tersebut majoritinya adalah orang Melayu yang Umno risau amat lemah jiwanya dan sering kali mudah tergoda untuk disesatkan.WARTASUBHI

Read more ...

SAMAN POLIS!!! Safwan akan ambil tindakan mahkamah kerana dipukul polis


KUALA LUMPUR, 2 Jan: Mohd Safwan Anang, mahasiswa yang mendakwa dibelasah teruk oleh anggota polis ketika insiden demonstrasi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini mengeluarkan kenyataan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa atas kecederaan yang dialaminya.

Peguam kepada Pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) ini, Mohd Khairuddin Othman mendakwa pihaknya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak berkuasa berkenaan dalam masa terdekat, lapor The Malaysian Insider.

“Safwan mendakwa dia dipukul menggunakan lutut oleh anggota polis terbabit sehingga pecah bibir, sakit dada, dan keadaannya sekarang stabil dan dia sudah sedarkan diri.

“Sehubungan itu, keluarganya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak polis dalam masa terdekat, dan antara defendan adalah Ketua Polis Negara, Ketua Polis Perak, dan anggota polis yang terlibat dalam kejadian awal pagi tahun baru itu,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut Khairuddin, keluarga Safwan akan membuat pemeriksaan kesihatan lanjutan berikutan pihaknya kini masih lagi belum memperoleh sebarang laporan kesihatan daripada Hospital Hospital Slim River.

Menurut Khairuddin lagi, seorang pegawai penyiasat pihak polis hari ini ada berjumpa Safwan dan mengambil keterangannya.

“Keadaan Safwan masih lemah, dan sementara ini kami akan kumpulkan bukti, apabila Safwan sudah pulih sepenuhnya, kami akan membawa kes ini ke mahkamah,” katanya lagi.

Read more ...

DEMI UMNO!!! TV3 hina Jawatankuasa Fatwa Kedah?


KUALA LUMPUR, 2 Jan: Pemuda PAS melihat rancangan Aduan Rakyat TV3 yang setiap hari membawa isu Madrasah Salihiah, Alor Setar, Kedah membawa agenda tersirat untuk menghasut rakyat menolak peranan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah dengan agenda politik tertentu.

Demikian kata naib ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam satu kenytataanya hari ini.

Kerajaan negeri baru-baru ini menjelaskan, perobohan surau ini tidak lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap tanah wakaf yang libatkan kepentingan Islam.

Ia dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad. Majlis Fatwa bermuzakarah dan memutuskan bahawa surau tersebut boleh diroboh berdasarkan kaedah Istibdal iaitu berlaku pindah wakaf kepada manfaat yang lebih besar.

Pampasan RM1.48 juta diberi kepada MAIK selaku pemegang amanah surau untuk mendapatkan wakaf yang baharu.

Di lokasi yang dirobohkan akan dibina surau baru yang lebih luas boleh mengisi 400 jemaah dalam satu masa berbanding 200 jemaah dalam surau lama.

Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baharu diberi lagi. Roboh satu dapat dua dan lebih manfaat!, jelas kerajaan negeri Kedah dalam satu kenyataan sebelum ini.

Sehubungan Raja Ahmad (gambar) berpendapat, melihat kesungguhan TV3 membawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Kedah sebagai keterlaluan kerana membuat keputusan agar Madrasah Salihian boleh dirobohkan adalah tidak tepat.

Seolah-oleh TV3 memperjuangan hasrat keseluruhan rakyat Islam agar menolak Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah di atas keputusan tersebut, katanya.

"Bagi kami, TV3 lupa pada bulan Julai 2004 tentang keputusan san Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang telah membuat keputusan mengharamkan Konsert ‘Sure Heboh’ dahulu, tetapi TV3 masih meneruskan pengisian konsert seumpama ini sehingga kini.

"Jelas tindakan TV3 tersebut menolak keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diputuskan oleh seluruh Mufti di Malaysia," katanya.

Raja Ahmad juga mengungkit, TV3 mungkin tidak ingat pada bulan November 2006 tentang Surau Kampung Berembang, Ampang, Selangor dahulu yang telah dirobohkan jika isu yang dimainkan oleh TV3 bahawa rumah ibadat menjadi isu yang sama ianya dirobohkan.

Tidak pula ketika itu, TV3 membawa perkara ini meminta agar Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mendapatkan keputusan status Surau tersebut?

"Di sini jelas bahawa TV3 sengaja membawa isu Madrasah Salihiah kepada pendekatan politik yang tidak sihat," katanya.

Read more ...

POLIS BERSUARA UMNO!!! Maki mahasiswa 'bodoh', 'tak ada otak', 'balaci' di balai

http://beritaharian.org/wp-content/uploads/2012/01/36ca7b2695parah2.jpg.jpgKUALA LUMPUR, 2 Jan: 17 orang mahasiswa yang ditahan pada Himpunan Kebebasan Akademik (Bebas) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam kelmarin, amat kesal dengan layanan pihak polis terhadap mereka sehingga mereka dikatakan 'bodoh macam lembu'.

Selain itu, mereka juga dimaki hamun oleh pihak polis dengan berbagai-bagai kata-kata lain yang amat menyakitkan hati antaranya termasuk "mahasiswa bodoh", "tak ada otak" dan "balaci".

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Abd Razab berkata, kata-kata seperti itu bukan sekali dilontarkan oleh pihak polis terhadap mereka, malah berkali-kali sepanjang berada dalam tahanan, terutama ketika proses soal siasat.

Menurutnya, sebelum itu mereka telah pun berhadapan dengan tindakan kekasaran pihak polis ketika menangani perhimpunan itu sehingga menyebabkan beberapa orang rakannya mengalami kecederaan.

Katanya, ketika tangkapan dilakukan pula, mereka dilayan seperti penjenayah dan turut digari serta dimasukkan ke dalam kenderaan polis dengan kasar.

"Patutkah polis memperlakukan kami seperti itu? Patutkah kami dimaki hamun seperti itu, digari dan dilayan seperti penjenayah, sedangkan kami bukan penjenayah," katanya yang juga salah seorang pelajar yang ditahan ketika dihubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Sambutan ketibaan tahun baru 2012 malam kelmarin dicemari insiden keganasan pihak polis yang bertindak memukul mahasiswa ketika cuba meleraikan mereka pada perhimpunan aman di hadapan UPSI.

Dua mahasiswa termasuk Timbalan Presiden Gamis merangkap Pengerusi Bebas, Safwan Anang Talib dilaporkan cedera parah.

Beliau dilaporkan patah tulang rusuk, patah gigi geraham terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Slim River.

Seorang lagi mahasiswa yang cedera parah, Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipukul.

Selain itu, 17 mahasiswa lain ditahan dan dibawa ke balai polis Tanjung Malim untuk disoal siasat, sebelum dibawa ke balai polis Slim River.

Antara mereka yang ditahan sekitar jam 4 pagi itu termasuk Ahmad Syukri Abd Razab; pemimpin Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), Adam Adli; dua bekas Presiden SMM, Shazni Munir dan Hilman Idham serta Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath.

Kesemua mereka kemudiannya dibebaskan kira-kira jam 4.00 petang semalam dengan dibantu oleh peguam daripada Lawyer of Liberty (ILF).

Menurut Ahmad Syukri, tindakan kekasaran pihak polis terhadap mereka itu jelas menunjukkan sikap sebenar Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein yang langsung tidak menghormati hak rakyat negara ini untuk berhimpun secara aman dan hak mahasiswa untuk menyatakan pandangan.

"Tindakan sedemikian ke atas kami tidak akan berlaku jika tidak dengan persetujuan Datuk Hishammuddin yang bertanggungjawab terhadap polis sesuai dengan kedudukannya sebagai Menteri Dalam Negeri," tegasnya.

Beliau juga amat kesal dengan kelemahan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kerana terus gagal melakukan perubahan di institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini bagi kebebasan mahasiswa dan pemansuhan Auku, sehingga memaksa mahasiswa mengadakan perhimpunan seperti itu bagi menyatakan pandangan mereka.

"Saya juga amat kesal dengan tindakan Datuk Hishamuddin, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin, pihak polis dan kerajaan yang jelas bersikap double standard ke atas kami, apabila pihak Umno dan Perkasa yang telah melakukan perhimpunan di hadapan UPSI sebelum ini tidak pula dilayan seperti kami.

"Malah perhimpunan daripada pihak Umno dan Perkasa itu ditangani dengan cukup lunak dan diberikan kerjasama yang cukup baik oleh pihak polis," ujar beliau.

Read more ...

UMNO MEROYAN LAGI!!! Bayi 2011 dapat sumbangan kerajaan Pulau Pinang

BUTTERWORTH, 2 Jan: Kerajaan Negeri memperuntukan RM5 juta kepada 20 ribu anak emas yang lahir sepanjang tahun 2011, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

(Lim Guan Eng bercakap sesuatu dengan adik Mhamad Amsyar Ridwan 7 bulan)

Peruntukan itu, katanya, diberikan tanpa ada apa-apa syarat.

Menurut beliau juga, kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak mempunyai maksud yang tersembunyi di sebalik pemberian ini.

Pemberian tersebut bertujuan untuk memenuhi keperluan bayi yang sedang membesar dengan sihat dan cergas di samping meringgankan bebanan ibubapa.

"Mengikut rekod Jabatan Kesihatan Negeri bayi yang dilahirkan tahun 2010 di Hospital kerajaan dan swasta menjangkau 19,359 orang.

"Bermula Januari 2011 jumlah kelahiran pula ialah 17,965 orang. Dan, sehingga Jun 2011seramai 1,348 anak emas telah berdaftar dan menerima saguhati tanda terima kasih semoga pembesaran bayi menjadi insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam berbagai bidang, " ujarnya ketika merasmikan majlis penghargaan anak emas di Dewan Ahmad Badawi, Butterworth pagi semalam.

Ibubapa kepada bayi yang diberikan anugerah patut bersyukur kerana melahirkan anak dengan selamat dan diharap pembesaran mereka memberikan kebanggaan yang tersendiri.

Semua program menjadi realiti di Pulau Pinang sebab prinsip yang ditunjukan oleh kepimpinan kerajaan berjiwa rakyat, tidak menyeleweng dan bersih tanpa unsur rasuah.

Generasi baru yang bakal menjadi pemimpin dan pelapis pada masa depan akan diteruskan pada masa akan datang sekiranya rakyat terus memberikan mandat pada kerajaan sedia ada.

Bagi Puan Nurhaliza Arifin 38 pemberian Kerajaan Pakatan Rakyat kepada anaknya, Muhamad Amsyar Ridwan, 7 merupakan satu yang tidak ternilai.

"Saya anggap pemberian RM200 kepada anak cukup bermakna dari sebuah kerajaan yang prihatin, tidak menyeleweng dan berjiwa rakyat, " jelasnya.

Bagi pasangan Sasitharan dan Thamilvani yang mempunyai anak kembar Tarunika Sri dan Tavishka Sri 9 bulan menyifatkan keprihatinan yang tingg untuk melihat generasi akan datang berjaya menjadi pemimpin yang disegani.

Begitu juga dengan pasangan Lim Gee Hann 36 dan isterinya Yeap Seak Kean 32 kelahiran Lim Xuan Tong 10 lalu membawa tuah kerana menjadi bayi yang mendapat penghargaan dari Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Pulau Pinang sejak 2008.

Selain Lim Guan Eng turut berucap pada majlis berkenaan ialah Exco Kerajaan Negeri, Lim Hock Seng.

Read more ...