Thursday, December 13, 2012

AZEEZ & UTUSAN KANTOI!!! Semua Ketua Rombongan dilantik Duta Khas Palestin bukan Ketua Putera UMNO seorang sahaja


KUALA LUMPUR: Sehingga kini beratus orang mungkin telah dilantik sebagai Duta Khas Palestin dari seluruh dunia dan salah seorang dari mereka adalah Datuk Abdul Azeez Rahim, Ketua Putera Umno Malaysia.

Kerana berbangga dengan perlantikan itu, akhbar Umno telah membuat laporan muka depan tentang perlantikan Abdul Azeez, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia itu.

Antara laporan itu, Utusan memaklumkan, perlantikan itu satu pengiktirafan buat Malaysia yang pertama kali dilakukan.

Read more ...

MANA PERGI RM 680, 747 ? !!! Dah la harta rakyat UMNO sapu, tak kan la duit derma Palestin pun nak kebas juga

Click untuk besarkan.
  • Merujuk kepada Laporan Audit 2010, kerajaan Negeri Melaka telah mewujudkan akaun Amanah Tabung Kemanusiaan Palestin pada 2009.
  • Jabatan audit negara mendapati sejumlah RM680,747.00 telah berjaya dikumpulkan hasil dari sumbangan Jabatan/Agensi kerajaan dan orang awam.

Read more ...

FITNAH MAKANAN UMNO!!! Mahkamah arahkan Utusan bayar RM 50 000 kepada Karpal Singh


Hari ini sekali lagi Lidah Rasmi UMNO @ Utusan Malaysia dibuktikan oleh Mahkamah Tinggi sebagai penyebar fitnah.. dan mangsa fitnah mereka ialah Karpal Singh pula.

Ini berikutan dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan pihak Utusan membayar RM50,000 kepada Karpal kerana artikel yang memfitnah beliau pada tahun 2008.

Hakim telah mendapati artikel bertajuk “DAP diingat jangan bakar perasaan Melayu” sememangnya berniat jahat...

Read more ...

BELIA TOLAK UMNO!!! 70 % tak mahu parti perkauman seperti UMNO

KUALA LUMPUR, 13 Dis — Hasil kaji selidik oleh badan bukan kerajaan The Asia Foundation (TAF) mendapati majoriti belia di Malaysia lebih cenderung memilih parti berbilang kaum berbanding parti berteraskan kaum ataupun agama.

Dalam pembentangan laporan "The Youth Factor 2012" hari ini, panel penyelidik membentangkan hasil kajian yang telah dijalankan dari 13 April hingga 9 Jun 2012 tersebut dan melibatkan seramai 2,105 belia di seluruh negara secara bersemuka.


Kajian bersama Taylor Nelson Sofres Malaysia (TNS) itu dijalankan ke atas rakyat Malaysia berumur lingkungan 17 tahun hingga 35 tahun.

Read more ...

300 000 AHLI PERKASA PENTING!!! Jadi umpan Brahim Ali tarik perhatian nak jadi calon BN


http://mk-cdn.mkini.net/244/b1bf536447b7ce067d854968191229b7.jpgKUALA LUMPUR - Datuk Ibrahim Ali menasihatkan mana-mana pihak khususnya parti politik tidak memperkecilkan peranan ahli-ahli Perkasa dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, Presiden Perkasa ini tidak menolak pertubuhan bukan kerajaan ini, yang terdiri daripada sekitar 300,000 ahli akan memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah parti dalam PRU13.

Read more ...