Friday, November 26, 2010

Rosmah hanya mampu bertahan lapan minit

ALOR SETAR, 27 Nov. : Seorang Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Kedah Alor Setar memberitahu alkerohi bahawa ketika berlakunya banjir di Kedah baru-baru ini, Rosmah Mansor ada membuat lawatan ke Dewan Sekolah Seberang Nyonya.


Rosmah dibawa melihat mangsa banjir oleh pihak urusetia yang membuat persiapan sejak sehari yang lalu untuk menyambutnya.

Tidak sampai lapan minit, Rosmah kelihatan mengeluh kepanasan sambil mengipas-ngipas mukanya.

"Wah ! Panasnya dalam ni.." sambil menyapa seorang kanak-kanak.

Lalu ia segera beredar keluar. Jumlah kesemua masa yang diambil bagi tempoh lawatannya ke situ dikira lapan minit sahaja oleh AJK Bahagian berkenaan.

Sambil berjenaka, kata penduduk di situ "Jadilah. Pakai botox memang hangat".

Macamlah orang Kuala Kedah tau Rosmah pakai botox. Pandailah hampa !
alkerohi

Read more ...

Ekspo Cheng Ho berjaya

KOTA BHARU, 27 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan penganjuran Ekspo Cheng Ho 2010, Kelantan-China International Trade Fair, berjaya mencapai matlamatnya.

Ianya berdasarkan sambutan di luar jangkaan sepanjang tempoh tujuh hari penganjuran yang berakhir semalam.

Kejayaan itu juga diukur bukan sahaja dari kunjungan rakyat negeri ini, namun juga pelancong dari luar negara.

Gambar: Tuan Guru menyampaikan cenderamata kpd Imam Besar Daerah Guongzao sewaktu Jamuan Perdana kerajaan negeri kepada delegasi expo Cheng Ho.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Jamuan Perdana Ekspo Cheng Ho 2010, di Kota Darulnaim di sini malam tadi.

Majlis berkenaan dianjurkan bagi meraikan delegasi dari China serta tetamu luar negara tanda berakhirnya program berkenaan.

Sambutan luar biasa itu juga katanya menyebabkan banyak kedai ditutup ditutup awal kerana kehabisan barang jualan.

Beliau juga melahirkan kesyukuran kerana sepanjang tempoh penganjuran, tiada sebarang unsur hiburan melampau diketengahkan penganjur.

“Saya juga bersyukur kerana program yang dianjur tidak membabitkan hiburan,” ujarnya.

Sempena majlis ini juga persembahan seni silang budaya dipersembahkan yang membabitkan kebudayaan Kelantan dan China.

Kelantan mempersembahkan permainan gasing dan dikir barat, manakala China persembahan shaolin dan Khairat Aziz yang telah mencipta nama diperingkat dunia dengan kehabatan akrobatiknya.

Hadir sama pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, anggota-anggota exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa, Datuk Takiyuddin Hassan dan lain-lain lagi.

Read more ...

USBO bukan USNO














KOTA KINABALU, 26 Nov. :United Sabah Bajau Organisation (USBO) kini dalam peringkat akhir untuk mengkaji dan menimbangkan cadangan majoriti ahlinya sama ada untuk menyertai Barisan Nasional sebagai Anggota Bersekutu atau kekal dengan konsep yang sedia ada.

USBO yang sedang dijurutera semula sebagai persediaan untuk menjadi sebuah NGO yang berteraskan Konsep Barisan Nasional dijangka akan membuka ‘pintu ijtihad’ dengan lebih meluas untuk menerima semua kaum bumiputera sebagai ahlinya.

Buat masa ini, USBO hanya menerima ‘Rumpun Bajau’ sebagai ahli, namun jika Pendaftar Pertubuhan meluluskan pindaan perlembagaannya, USBO tidak perlu mengubah akronimnya kerana huruf ‘B’ yang bermaksud ‘Bajau’ dipinda kepada ‘Bumi’s’ iaitu Bumiputera Sabah.

Dengan membuka pintu yang luas kepada bumiputera, USBO boleh memainkan peranan penting mengekalkan pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional di Sabah dan dalam masa yang sama memberi peluang kepada bekas ahli Ex-USNO untuk menyertai USBO.

Walaupun pindaan perlembagaan masih belum diluluskan Pendaftar Pertubuhan, namun Ahli Majlis Tertinggi USBO sudah mula menggerakkan jentera sebagai persediaan awal untuk memacu agenda USBO yang akan menerima lambakan sokongan daripada rumpun Bumiputera Sabah yang tidak menyertai UMNO atau parti komponen BN yang lain atas dasar prinsip.

Dalam pada itu, Presiden USBO, Datuk Seri Panglima Mohd Salleh Tun Said ketika dihubungi melalui telefon tidak menafikan cadangan USBO untuk menimbangkan penyertaan mereka sebagai Ahli Bersekutu Barisan Nasional.

“Kita akan mengkaji segala syarat yang ditetapkan dan jika ia memberi manfaat kepada ahli, kita akan menimbangkannya secara saksama,” ujar Salleh yang tidak mengakui pihaknya sedang mengemaskinikan jentera USBO agar dapat menjadi sebuah NGO dan juga kemungkinan menjadi ‘Parti’ Komponen BN yang berkesan.

Kata Salleh, USBO terpaksa berubah dan meningkatkan daya saing untuk menjamin survival bumiputera di Sabah yang semakin dihimpit globalisasi dan mendepani cabaran yang menghambat mereka, terutama membebaskan bumiputera daripada dijarah kemiskinan yang merantai.

“Kaum bumiputera terpaksa berubah atau nasib mereka akan diubah oleh gerakan emansipasi politik yang tidak menentu. USBO akan memastikan kaum bumiputera berada di dalam landasan politik yang stabil dan meneruskan dasar kerjasama dengan Kerajaan BN,” kata Salleh yang yakin USBO akan menjadi pengimbang politik yang stabil di Sabah.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

Read more ...

Gani Patail didakwa palsukan bukti

matalebamjpg






















KUALA LUMPUR , 26 Nov. : Sudah tiba masanya negara dibebaskan dengan tanggungan sejarah 12 tahun berhubung isu mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghantui rakyat dengan mendedahkan perkara sebenar dan menghukum pihak yang secara terang memalsukan fakta insiden tersebut.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata pendedahan terbaru oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Kuala Lumpur SAC II Datuk Mat Zain Ibrahim kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mendakwa Peguam Negara memalsukan bukti seharusnya membawa insiden pada tahun 1998 itu kepada satu garis penamat yang muktamad bagi mengembalikan imej dan kredilibiti pasukan polis di negara ini.


Butiran baru tersebut terkandung dalam warkah 19 mukasurat yang ditulis Mat Zain kepada Ismail yang dihantar pada 22 November lalu bertajuk “Lagi Mengenai Insiden Mata Lebam”.


"Dalam surat beliau kepada KPN, Mat Zain menggesa agar kes mata lebam ini ditutup secara muktamad dan terhormat sambil menawarkan maklumat baru. Baginya tidak perlu diadakan suruhanjaya diraja penyiasatan kerana pihak polis sendiri kompeten untuk menyelesaikan insiden ini.

"Pada 9 November apabila saya mengusulkan potongan gaji sebanyak RM10 terhadap Peguam Negara di Parlimen saya telah merujuk kepada dakwaan Mat Zain yang mengatakan Gani Patail memalsukan bukti dalam penyiasatan kes mata lebam Anwar Ibrahim dalam tahun 1998 tetapi kenyataan saya tidak dicabar," kata Kit Siang dalam kenyataannya di Parlimen Selasa lalu.

Pada perenggan 14 surat Mat Zain, beliau mendakwa keputusan awal di mana Ketua Polis Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden tersebut telah diterbalikkan oleh Tan Si Abdul Gani Patail yang pada waktu itu menjadi Timbalan Pendakwa Raya Kanan.


"Setelah memberi persetujuan tersebut saya lihat wajah Tan Sri Andul Rahim begitu tenang,dan menerusi “body language” beliau, saya dapati seolah beliau begitu lega, setelah beban diatas bahunya dilepaskan.


"Malah beliau sambil bersahaja menanyakan kepada Tan Sri Norian, sama ada beliau layak membeli 'staff car' Mercedes yang sedang beliau gunakan itu, dan jika boleh beliau minta tolong, untuk 'repair' sedikit-sedikit mana yang rosak.


"Tan Sri Abdul Rahim juga memanggil PA beliau untuk menyemak baki pinjaman perumahannya atau bil-bil Kerajaan yang perlu beliau jelaskan. Malah beliau berpesan kepada Tan Sri Norian untuk menjaga kebajikan “budak-budak” (anggota polis) yang menjaga dan mengawal kediamannya dengan baik.


"Tan Sri Norian juga ada menyatakan yang beliau dan seluruh warga Polis tidak akan melupakan jasa-jasa Tan Sri Abdul Rahim kepada PDRM dan berjanji akan membantu beliau dan keluarga setakat yang termampu setelah Tan Sri Rahim meninggalkan Pasukan; mengikut rancangan, dua hari selepas perjumpaan kami itu, bagi membolehkan PDRM membuka lembaran baru.


"Begitulah antara suasana dalam bilik Tan Sri Abdul Rahim ketika itu dan selepas bersalaman dan memohon kemaafan dan ucapan terima kasih saya dan keluarga kepada beliau,serta berjanji akan menjengok-jengok keluarga beliau di Melaka, saya telah meninggalkan pejabat Tan Sri Abdul Rahim jam lebih kurang 3.30 petang, membiarkan mereka berdua untuk meneruskan perbualan," kata Mat Zain pada perenggan 12 suratnya.


Mat Zain menjelaskan persetujuan untuk menutup sepenuhnya insiden mata lebam itu dicapai antara jam 2.30 petang hingga 3.30 petang hari Khamis 8 Oktober 1998 di antara Abdul Rahim, Norian sebagai timbalannya dan beliau sendiri selaku Pegawai Penyiasat di dalam bilik pejabat KPN.


"Wajar saya menyatakan kesediaan dan kerelaan Tan Sri Abdul Rahim mengambil tanggungjawab sepenuhnya insiden mata lebam yang telah berlaku itu, dibuat secara sukarela dan tanpa pujukan sebagai seorang 'gentleman'.

"Proses penutupan ini juga dipersetujui dibuat secara professional, mengikut lunas undang-undang dan perlaksanaan sepenuhnya dibuat secara 'above board'.
"Saya telah ditugaskan untuk menyiapkan kertas siasatan serta merta dan lain-lain dokumentasi yang berkaitan, termasuk menyediakan faktor-faktor mitigasi yang saya perakukan boleh disiapkan dalam tempoh dua hari.

"Dengan mengambil kira tempoh rayuan 10 hari daripada Isnin 12 Oktober 1998, jika ada sebarang rayuan ke atas hukuman, kita menjangka dapat menutup kes tersebut sepenuhnya pada Khamis 22 Oktober 1998," ujar beliau lagi.


Bagaimana semua perancangan yang dibuat telah bertukar apabila Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohtar Abdullah serta Abdul Gani bertemu dengan Abdul Rahim di pejabat beliau antara pukul 5.00 petang dan 5.30 petang hari yang sama.


"Lebih kurang jam 6.00 petang itu saya dipanggil untuk berjumpa dengan Tan Sri Norian dan beliau cuma memberitahu saya 'untuk meneruskan siasatan seperti biasa', dan apabila melihat beliau membuat 'gesture' bahunya sedemikian, saya faham bahawa persetujuan yang dicapai antara kami beberapa jam sahaja sebelum itu telah dibatalkan.


"Saya harus menyatakan bahawa saya terkejut dan hampa dengan perubahan ini, tetapi siapalah saya untuk menghalangnya, oleh kerana kita sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku pada hari esok," jelas Mat Zain.


Tambah Mat Zain pada keesokan harinya terjadi beberapa keadaan tegang antara beliau dan Abdul Gani berhubung kes tersebut.


"Selanjutnya, tanpa sedikitpun menghiraukan nasihat, sergahan dan amaran daripada saya yang lebih tua daripada beliau, Tan Sri Abful Gani terus melakukan pemalsuan untuk menutup pemalsuan terdahulu dan membenamkan keterangan untuk membenamkan keterangan sebelum itu.


"Tan Sri Abdul Gani yang sebelum insiden mata lebam itu mungkin bersih daripada sebarang salah laku jenayah, tetapi kini mengikut pengiraan saya sendiri; boleh dihadapkan dengan sekurang-kurangnya enam dakwaan salah laku jenayah melibatkan pembuatan keterangan palsu dan menyorokkan dan/atau cuba membinasakan keterangan, kesalahan-kesalahan yang beliau cari sendiri," tegasnya.


Beliau berpendapat jika kes mata lebam dibiarkan tanpa penyelesaian muktamad lebih banyak kesalahan lain mungkin akan timbul.


"Lebih lama kes mata-lebam ini kekal lebih banyak kesalahan tambahan yang mungkin akan tercipta dan tidak hairan ramai lagi orang-orang yang tidak berkenaan akan terbabit, lebih-lebih lagi Pegawai-Pegawai Kanan kita yang bagus-bagus, terutamanya di Jabatan Peguam Negara boleh menjadi korban keadaan, selain dari ianya merosakkan imej Negara," ujar Mat Zain.

Read more ...

'Kotak Rahsia' dan jadi 'Katak Rasuah'

Wanita1SHAH ALAM, 26 Nov. : Merujuk kepada kenyataan terbaru bekas ketua AMK Ezam Mohd Nor yang berdasarkan fitnah dan bukan fakta bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah perosak perpaduan Negara dan juga telah memaksa beliau untuk menghina Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebenarnya adalah satu usaha mengelirukan rakyat.

Perihal perpaduan Negara, Dato’ Seri Anwar adalah sebenarnya pemimpin yang telah melahirkan sebuah parti politik berbilang bangsa yang telah dikembangkan kepada Pakatan Rakyat yang komited kepada falsafah ‘Ketuanan Rakyat’ berbanding dengan falsafah BN yang pada pokoknya berpegang kepada ‘Ketuanan UMNO ‘ yang mengamalkan rasuah politik untuk memaksa parti-parti berdasarkan kaum seperti MCA dan MIC untuk bertuankan UMNO.

Pendekatan Pakatan Rakyat ini telah pun disahkan kemurniannya apabila baru-baru ini UMNO telah menggunakan rasuah politik terbaru dengan membuka keahlian terus ke dalam BN.

Pegangan dan pandangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengenai DEB sememangnya jelas dan jitu di mana beliau tidak persoalkan tujuan DEB tetapi mempersoalkan pelaksanaan dan penyelewengan DEB untuk keuntungan golongan kecil bergelar kroni. Mungkin DEB mesti ditukarkan namanya kepada DEK, iaitu Dasar Ekonomi Kroni?

Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengupas dengan teliti bahawa penyelewengan pelaksanaan DEB untuk keuntungan kroni telah merugikan rakyat apabila Negara menghadapi kehilangan keyakinan dunia dengan kemerosotan FDI yang parah, kelemahan sistem pendidikan yang hanya

mampu melahirkan golongan pekerja yang 80 peratus berkelulusan SPM sahaja, ketirisan ekonomi melalui penswastaan dan pemberian konsensi penjanaan kuasa dan lebuhraya tol yang berat sebelah, pembaziran melalui projek-projek mega, pemberian komisyen tinggi untuk pembelian oleh kerajaan, kenaikan kos sara hidup yang tinggi dan kejatuhan pendapatan

rakyat, penghijrahan tenaga profesional ke luar negara dan tahap hutang negara yang membimbangkan, kesemuanya telah melemahkan daya saing negara dengan tenatnya.

Dan pendekatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah terbukti kebenarannya apabila kerajaan di dalam Model Ekonomi Baru telah menyatakan akan melaksanakan tindakan afirmatif (affirmative action) berdasarkan keperluan (needs-based) dan bukan perkauman (race-based) seperti yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat selama ini.

Mengenai bahaya salah guna kuasa, rakyat dapat melihat dan menjadi saksi bagaimana institusi kehakiman dipergunakan untuk meneruskan tuduhan fitnah dan palsu kes liwat kali kedua terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Proses siasatan dan bahan bukti yang tidak mengikut piawaian asas keadilan hanya menambahkan kehilangan kepercayaan bukan sahaja rakyat tetapi seluruh dunia terhadap kerajaan cukup mengaibkan.

Oleh demikian, saya amat pelik apabila Ezam yang menjadi pengasas GERAK dan ketika itu cukup bangga menerima gelaran Pejuang Rasuah No.1 telah bertukar nada daripada ‘Kotak Rahsia’ kepada ‘Katak Rasuah’ dengan propaganda untuk menjadi pelindung, pejuang dan pencanang amalan rasuah politik BN, rasuah ekonomi DEB dan rasuah kuasa Kehakiman pula.

Oleh itu, siapa sebenarnya berbahaya kepada BN dan siapa sebenarnya berbahaya kepada Negara? — www.nurulizzah.com

Read more ...

Gambar 'bukti' tak betul

SHAH ALAM, 26 Nov. : PKR menafikan terdapat pengawas pemilihan parti itu yang terlibat dalam penyelewengan dan kecacatan dalam perjalanan pemilihannya, termasuk meminta anggotanya memilih calon tertentu.

NONESetiausaha agungnya, Saifuddin Nasution berkata, berdasarkan gambar yang disiarkan di Malaysiakini dan The Star hari ini, anggota yang ditunjukkan sebenarnya bukanlah pengawas.

"Kedua-duanya bukan pengawas. Saya kenal mereka," katanya merujuk kepada gambar yang memaparkan seorang lelaki memakai lencana calon timbalan presiden Azmin Ali.

NONEMalaysiakini dan The Star hari ini melaporkan terdapat beberapa gambar didedahkan berhubung dakwaan salah laku dalam pemilihan yang dikesan di Merbok, Kubang Pasu dan Bukit Katil.

Sementara itu, merujuk kepada dakwaan bahawa seorang pengawas pemilihan di Merbok yang memberi arahan memangkah calon tertentu, Saifuddin berkata perkara itu sebenarnya tidak berlaku.

Sebaliknya, beliau yang juga ahli parlimen Machang berkata, pengawas berkenaan sebenarnya hanya membantu, memandangkan terdapat anggota PKR yang tidak boleh membaca dan menulis.

NONEKatanya, perkara itu merupakan amalan biasa seperti diamalkan dalam pilihan raya umum oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Lagi pun senarai calon panjang, bukan seperti pilihan raya umum, ada dua atau tiga calon sahaja. Untuk Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sahaja kita ada 20 calon," katanya merujuk kepada gambar di cabang Merbok, Kedah.

Sambil menegur media yang didakwa memberikan "konotasi negatif", Saifuddin menjelaskan setakat ini tiada sebarang aduan diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP),

"Macam mana saya hendak siasat kalau aduan dihantar kepada pihak media, kepada Regina tetapi tidak sampai ke meja JPP. Baik saya lantik (wartawan Malaysiakini) Regina jadi anggota JPP," katanya berseloroh.

Bagaimanapun, Saifuddin menjelaskan, pihaknya tidak menolak gambar sebagai bahan bukti.

Read more ...

Logo ubah perangai buruk sama


SHAH ALAM, 27 Nov. : Perubahan logo Barisan Nasional (BN) hanyalah perubahan kosmetik sedangkan barisan pimpinan parti itu masih lagi mengekalkan corak kepimpinan di takuk lama.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata apa yang diinginkan rakyat sebenarnya adalah perubahan kerajaan dan bukan sekadar perubahan logo semata-mata.

"Umno-BN masih lagi mengekalkan ciri-ciri yang sama, tetap tidak ditangani dan tidak ada perubahan sebagaimana yang sepatutnya berlaku.

"Rakyat Malaysia dapat melihat bahawa watak dan tindakan Umno-BN semasa dalam kerajaan tetap sama dan tidak ada perubahan manakala amalan-amalan seperti dahulu tetap kekal dan subur.

Kata beliau lagi, tuntutan rakyat yang sebenar akan diusaha dan diteruskan menerusi PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui Pakatan Rakyat.

"Apa yang diinginkan adalah perubahan kerajaan dan bukan sekadar perubahan logo," ujar beliau kepada Tv Selangor di lobi Parlimen, petang tadi.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata BN melakukan perubahan kosmetik pada logonya “dacing” yang digunakan sejak 1970-an — disertakan lambang konsep 1 Malaysia — dipercayai bagi memulihkan imej perikatan 13 komponen itu selepas prestasi pilihanraya umum 2008.

Perubahan kosmetik itu sebahagian daripada pindaan perlembagaan BN yang diluluskan Dewan Tertinggi BN, Sabtu lalu.


Adalah difahamkan, lambang “dacing” akan berwarna putih dan akan disertakan dengan lambang nombor satu yang merujuk kepada konsep 1 Malaysia.


Mengenai warna pula, ia berlatarbelakangkan warna nilakandi bersama jalur merah, kuning dan biru di sisi kiri dan kanan logo.


Difahamkan logo baru ini akan digunakan sebaik sahaja diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan - kemungkinan besar ketika pilihan raya umum tergempar yang kini disebut-sebut akan diadakan suku pertama tahun depan.

Ataupun, jika ia diluluskan sebelum pilihan raya negeri Sarawak, sumber memberitahu, ia akan digunakan oleh BN negeri itu sebelum diperluaskan ke peringkat pusat.

Semalam, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata berkata logo BN akan menyaksikan suntikan simbol '1' yang antara lain mendukung elemen gagasan 1Malaysia.

Tengku Adnan, berkata simbol dacing sebagai logo BN sejak pendaftaran rasmi parti itu pada 1 Jun 1974, bagaimanapun tetap dikekalkan.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata BN akan melakukan sedikit perubahan pada logo dan warna parti yang dijangka diumumkan pada Konvensyen parti itu nanti.

Read more ...

Anwar tidak dapat perbicaraan adil




























KUALA LUMPUR, 26 Nov. : Majlis Peguam berpendirian Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mendapat perbicaraan adil apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terus menafikan beliau akses terhadap dokumen-dokumen relevan bagi membela diri.

Presidennya, Ragunath Kesavan dalam satu kenyataan berkata keputusan mahkamah itu sebagai regresif dan tidak memberikan hak perbicaraan yang adil kepada tertuduh.

"Mereka (Mahkamah) telah 'melemahkan' prinsip penting ini (untuk memastikan perbicaraan adil)," kata beliau merujuk kepada seksyen 51 A Kanun Prosedur Jenayah yang merangkumi hak untuk mendapatkan dokumen dan maklumat dalam perbicaraan.

Mahkamah sebelum ini menghalang pasukan pembelaan Anwar daripada meneliti tiga nota klinikal doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang melakukan pemeriksaan awal terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan. Anwar juga tidak dibenar mendapat kenyataan Mphd Saiful kepada polis dan bahan bukti lain.

Semalam pula, mahkamah hanya membenarkan Anwar mendapatkan laporan proforma yang disediakan oleh pakar patologi HKL, Dr Siew Shueue Feng.

Laporan proforma ialah borang atau senarai yang disediakan oleh doktor sebelum melakukan pemeriksaan terhadap seseorang pesakit.

Ragunath berkata juga menerangkan seksyen 51 A Kanun Prosedur Jenayah bertujuan mengimbangkan hak pendakwaraya dan peguambela demi menentukan keadilan perbicaraan.

"Kami percaya seksyen 51 A ini dibuat bagi permantapkan prinsip pengawalan terbitan dokuman dan kerajaan menzahirkan niat mereka untuk menambah ketelusan dan keadilan dalam sistem pengadilan jenayah negara ini," katanya.

Antara dokumen lain yang juga dihalang akses kepada Anwar adalah laporan ahli kimia, nota-nota perubatan, rakaman CCTV, sampel DNA, kenyataan saksi dan senarai saksi.

Menurut Ragunath, amat penting bagi pasukan pendakwaan membentangkan semua maklumat kepada mahkamah agar hakim boleh membuat keputusan yang adil dan tidak berat sebelah.

"Adalah tanggungjawab semua pihak termasuk hakim untuk memastikan pihak pendakwaan mematuhi seksyen ini dan memberi maklumat kepada pihak terbabit dan menunjukkannya di mahkamah," katanya.

Ragunath berkata keengganan mendedahkan dokumen atau maklumat akan menjejaskan persepsi awam terhadap sistem perundangan negara ini.

"Majlis Peguam mendesak mahkamah melaksanakan seksyen ini... bagi mengekalkan hak seseorang tertuduh dan bagi menegakkan keadilan. Perkara ini bukan saja relevan dalam kes Anwar tapi juga demi kepentingan seluruh sistem kehakiman," katanya lagi - mkini

Read more ...

Berarak ke Istana Negara atau terima SYABAS naik tarif air

NONE


















KUALA LUMPUR, 26 Nov. : Dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh tindakan krajaan Selangor yang membantah tuntutan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan, kata pemangku ketuanya, Herman Samsudeen.

“Tuntutan SYABAS yang disokong oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, PAS kesal kerana Shaziman bersekongkol dengan SYABAS untuk menaikan kadar tarif air berkenaan jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan.

“Apa yang berlaku pada hari ini memperjelaskan bahawa kerajaan Umno-BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah melakukan pengkhianatan terbesar pada rakyat kerana menandatangani satu penjanjian konsensi pembekalan air bersama SYABAS selama 30 tahun dengan meletakan terma untuk membolehkan syarikat berkenaan menaikan kadar tarif pada tempoh tertentu tanpa perlu melihat kepada keadaan ekonomi negeri dan rakyat.”

NONESehubungan itu, Herman berkata sebagai mewakili pengguna air di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dewan pemuda PAS merayu kepada Yang di-Pertuan Agong menghalang hasrat SYABAS.

“DPPWP menyeru seluruh pengguna air di Lembah Klang turun beramai-ramai mengiringi Menteri Besar Selangor pada 5 Disember ini untuk menghantar memorandum rakyat ke Istana Negara.

“Jika pengguna air berdiam diri pada hari itu, maka tiada siapa lagi yang dapat menghalang kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus ini,” katanya lagi.

Read more ...

Cermin diri Umno dengan Laporan Audit Negara

SEGAMBUT, 27 Nov. : Jika Umno-BN terus mempertikaikan perjalanan pemilihan pusat PKR baru-baru ini, Presidennnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menasihatkan pihak-pihak terbabit agar mencerminkan diri mereka dengan melihat Laporan Audit Negara yang dikeluarkan setiap tahun.

Sehubungan itu Dr Wan Azizah, presiden sulung PKR, yakin dakwaan wujudnya kecacatan dan kepincangan dalam pemilihan, yang menggunakan kaedah langsung bersejarah, tidak akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap PKR dan Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13.

“Saya kira tidak (akan menjejaskan keyakinan rakyat) sebab, yang pertama BN, apakah yang BN sudah lakukan selepas 53 tahun kita berikan mereka mandat.

“Saya tidak mahu cakap banyak, (tengok) Laporan Audit Negara sudah cukup, tiap-tiap tahun Ketua Audit Negara buka, buka... kelemahan yang sama, dibuat heboh besar-besaran dan kemudian diam, kita kena tengok yang itu... bandingkan sahaja, sudah cukup.

“Sebab apa? BN, dia mempunyai kuasa, kita tak mempunyai kuasa,” kata beliau pada pertemuan dengan The Malaysian Insider di sini malam tadi sempena Kongres Nasional PKR yang bermula hari ini.

PKR menyelesaikan proses pemilihan pusat menggunakan sistem satu ahli satu undi baru-baru ini tetapi dicemari dengan dakwaan wujudnya manipulasi dan penyelewengan dalam proses pengundian.

Selain calon jawatan timbalan presiden Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada persaingan, bekas timbalan setiausaha agung P Jenapala membwa kes dia dilarang bertanding ke mahkamah tetapi permohonannya ditolak.

Beberapa pihak minta pemilihan dibatalkan dan diadakan semula.

Yang terbaru semalam bekas setiausaha agung Datuk Salehuddin Hashim, yang melepaskan jawatannya Februari lalu, membuat dakwaan surat palsu pemecatan Jenapala kononnya ditandatangani oleh beliau, digunakan sebagai surat sokongan afidavit balas oleh ibu pejabat PKR dalam kes Jenapala itu.

Mengulas lanjut, kata Dr Wan Azizah, penilaian seharusnya dibuat secara keseluruhan terhadap Pakatan Rakyat tanpa hanya memfokus pada PKR sendiri.

“Jangan lihat pada PKR (sahaja). Lihat dari segi Pakatan, apa yang dilakukan di Selangor, Kedah, Kelantan... ya, Kelantan sudah lama, dan Pulau Pinang.... yang ini yang kita hendakkan, bagaimana ia mencerminkan kalau Pakatan menang,” katanya.

Mengenai tindakan Zaid pula kata Dr Wan Azizah, bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan kelihatan tidak sabar dan seharusnya lebih memahami parti terlebih dahulu.

“Apabila beliau hendak bersama kami, kami semua fikir bahawa beliau boleh sertai,” kata beliau.

Zaid mengumumkan akan menubuhkan sebuah parti baru tahun depan susulan keluar PKR.

“Saya merasakan beliau kurang sabar,” kata Dr Wan Azizah.

Mengenai Azmin yang memenangi jawatan timbalan presiden dan akan disahkan esok, kata beliau, Ahli Parlimen Gombak itu seorang pemimpin yang telah terauji dan pemimpin yang setia.

“Seorang yang muda, memang sudah lama dengan parti, sudah teruji, setia. Kita mempunyai darah baru Walaupun saya menghargai sangat Dr Syed Husin kerana mencari seorang seperti Dr Syed Husin, saya rasa kehilangan itu masih ada, walaupun saya tahu bahawa kita ini, dalam parti kena ada lapisan muda... kesinambungan itu penting dalam mana-mana perjuangan,

tapi kita hendakkan semualah,” katanya.

Azmin menggantikan Senator Dr Syed Husin Ali yang tidak mempertahankan kerusinya.

Pemilihan kali ini juga memilih empat muka baru sebagai naib presiden iaitu Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu Tian Chua, Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh dan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman.

Dr Wan Azizah juga mempertahankan pemilihan Nurul Izzah, yang juga anak sulungnya sebagai naib presiden dengan berkata “Puteri Reformasi” itu menang atas kebolehannya sendiri.

“Saya tidak berkempen untuk beliau, begitu juga bapanya. Ada laporan yang mengatakan ayahnya tidak gembira, tetapi dia masih menang,” kata Dr Wan Azizah.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Nurul Izzah mendapat undi terbanyak.

“Dia diberi undi kali ini dan seperti yang lain dia kena membuktikan dirinya. Dia berdiri sendiri. Dia sudah dewasa,” kata beliau lagi.

Sehubungan itu, Dr Wan Azizah juga menolak tanggapan bahawa partinya akan diuruskan secara eksklusif oleh keluarganya ekoran kemenangan Nurul Izzah.

“Di sana ada Azmin, Tian Chua, Fuziah dan Mansor. Jadi, kami akan bekerja sebagai satu pasukan,” katanya lagi.

“Sesiapa yang menang, kami masih dalam pasukan, malah yang kalah juga adalam pasukan kami,” katanya lagi.

“Sudah tentu kami tidak bersetuju dengan apa saja, tetapi apabila keputusan sudah dibuat, kami datang sebagai satu pasukan,” kata Dr Wan Azizah.

Mengenai perjalanan pemilihan kali ini, Dr Wan Azizah mengakui ada kelemahan dan kekurangan tetapi masih ada ruang untuk diperbaiki.

“Hendak kata berpuas hati keseluruhan tidak, masih boleh diperbaiki, ada ruang untuk diperbaiki. Itu saya akui, memang ada kelemahan, yang mana perkara yang baik tidak diketengahkan, yang mana kekecohan digambarkan keseluruhan parti, itu tidak baik... tapi saya kira tidak, keseluruhan OK. Yang mana yang tidak betul, kita betulkan,” katanya lagi.

“Ini pertama kali (pemilihan berlangsung) dalam suasana yang begitu mencabar kerana BN, yalah macam (saya) katakan BN ada segala-gala mekanisme, ‘instrumental power’... ini satu percubaan, permulaan.

“Saya tidak mahu mencari alasan... niat murni, niat baik kita, dalam pemilihan kali ini, dengan segala keterbatasan, kita berapa peratus.... tak perlu kira peratuslah, ini ada 70,000 ahli mengundi berbanding dengan 2,000 perwakilan dalam Umno, bagi satu parti yang sudah lama, yang lebih setengah abad berbanding dengan kita (PKR hanya) 11 tahun.

“Kita baru hendak masuk ambil UPSR, tak boleh banding, niat hati kita bagus, murni, baik... saya kira kita bolehlah perbaiki keadaan, cuba sedaya upaya kita boleh baiki... itu proses kematangan, macam kita masak nasi pun, kalau silap, ia boleh rosak,” kata beliau sambil mengakui bahawa “persiapan macam cukup tak cukup” dan lebih-lebih lagi selepas Salehuddin keluar parti.

Ketika ditanya sama ada beliau kecewa dengan dakwaan-dakwaan kecacatan dan kepincangan, Dr Wan Azizah berkata, “kalau anda tengok, ada dakwaan, memang persepsi kata kita tidak ambil tindakan.”

“Macam Dr Molly (Cheah) kata, macam mana anda tahu kami tidak ambil tindakan, dalam mesyuarat kami ambil tindakan, yang ini yang ini... tetapi katakanlah dakwaan mengatakan benda ini (kepincangan) berlaku, kita hendak bukti, penelitian tentang apa yang berlaku... kalaupun kalau kita dapati ada video ini berlaku, memang kita hantar kepada jawatankuasa disiplin, itu memang tak kira siapa, tetapi mestilah kita ada satu badan yang kita anggap berkecuali yang menangani dan melihat kembali apa masalah yang kita hadapi,” katanya. - TMI

Read more ...

Lambang pada seluar dalam menyinggung umat Islam


KUALA LUMPUR, 27 Nov. : Pasukan polo air Singapura di Sukan Asia 2010 mencipta suatu kontroversi apabila dilihat memakai seluar dalam sukan dengan gambar bulan sabit dan bintang yang letaknya di kawasan sulit mereka.

Kedua-dua simbol itu merupakan elemen penting pada bendera Singapura. Pakaian sukan itu dikatakan direka oleh pasukan tersebut. Anda boleh baca di sini untuk keterangan lanjut.

Saya tidak mahu mempersoalkan perihal patriotisme atlet atau badan sukan yang bertanggungjawab mereka cipta cipta pakaian sukan ini, namun mahu mempersoal sensititivi mereka terhadap penggunaan lambang bulan pada seluar sukan tersebut. Perlukah mempersoalkan patritisme atau rasa hormat mereka pada bendera negara sendiri?

Menurut penerangan Wiki: The Singapore Arms and Flag and National Anthem Rules define the flag's composition and the symbolism of its elements: red symbolises "universal brotherhood and equality of man", and white, "pervading and everlasting purity and virtue". The waxing crescent moon "represents a young nation on the ascendant". The five stars "stand for the nation's ideals of democracy, peace, progress, justice and equality".[16][17] The crescent is also an important symbol in Islam.[18]

Walaupun dengan jelas lambang bulan sabit itu didefinisikan sebagai mewakili generasi muda atau waris negara, namun penerangan itu turut menyebut bahawa bulan sabit ialah suatu lambang penting dalam Islam.

Hal ini sewajarnya dipandang serius oleh badan sukan negara itu, kerana tindakan atlit negara itu menyinggung perasaan Muslim lebih-lebih lagi Muslim yang merupakan warganegara tersebut.

Mana-mana negara Islam yang menggunakan lambang bulan sabit itu merujuk lambang itu sebagai simbol Islam.

Bukankah lebih baik negara itu menukar rekaan bendera mereka kerana bendera sedia ada yang digunakan mulai tahun 1959 ini jelas mempunyai identiti Islam walhal negara itu bukan lagi negara yang diduduki oleh majoriti rakyat yang beragama Islam.

www.duniacacamarba.blogspot.com

Read more ...

Berhati-hati dengan 'kuasa ketiga'



















SHAH ALAM, 26 Nov. : Timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali berkata jika benar 'kuasa ketiga' atau third force di kalangan pembangkang benar-benar muncul, kumpulan itu tidak harus diketepikan dengan begitu sahaja.

"Kita tak perlu dismiss terus. Kita perlu bincang juga," katanya sambil membandingkan dengan situasi Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang dianggapnya kuasa ketiga bagi menampung golongan yang tidak sukakan Umno.

Bercakap dalam sidang selepas merasmikan Kongres Pemuda PKR (AMK) dan Wanita parti itu, Dr Syed Husin mendakwa, kewujudan PERKASA itu hanya semata-mata bagi 'menghalang' rakyat Malaysia pergi kepada Pakatan Rakyat.

"Jadi kita perlu berjumpa dan mengadakan perbincangan untuk mengetahui apa matlamat mereka," katanya sambil menegaskan bahawa perannya mesti jelas untuk mengubah kerajaan sedia ada.

Menjawab soalan, beliau bagaimanapun mengulangi pendiriannya bahasa 'kuasa ketiga' bukanlah satu ancaman kepada PKR sekiranya menjadi kenyataan.

Sementara itu, ditanya tentang sama ada benar PKR mempunyai 400,000 anggota seperti yang diwar-warkan, Dr Syed Husin kelihatan agak tidak selesa dengan soalan itu.

Malah, beliau bertanya siapakah wartawan nama yang bertanyakan perkara itu dan mewakili organisasi mana.

"Saudara boleh datang sendiri ke pejabat saya, saya boleh tunjukkan satu persatu (namanya) dalam komputer saya," katanya dengan nada sinis.

Read more ...

PKR sengaja diburukkan





















PETALING JAYA, 26 Nov:
Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail mendakwa media arus perdana sengaja memburukkan parti itu dengan menggunakan gambar-gambar dan keterangan yang mengelirukan rakyat dalam proses pemilihan parti.

Saifuddin dalam sidang media di Kongres Nasional PKR hari ini merujuk satu gambar yang memaparkan seorang pengawas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sedang menuding jari kepada seorang ahli yang sedang mengundi.

"Sedangkan, pengawas itu sedang membantu seorang pengundi yang buta huruf. Senarai calon panjang, bukan seperti pilihan raya umum yang ada dua atau tiga calon sahaja. Untuk MPP sahaja, kita ada 20 calon," katanya yang juga ahli Parlimen Machang.

Menurut Saifuddin, insiden di Cabang Merbok itu digembar-gembur akhbar The Star, seolah-olah gambar berkenaan menjadi bukti sahih hingga mendorong pembaca menyangka 'penyelewengan' sedemikian benar-benar berlaku.

Dalam laporan sebuah portal pula, beliau berkata, media itu menyiarkan gambar kiriman ahli parti dengan merujuk individu yang sedang mengundi adalah seorang pengawas JPP sedangkan ia tidak benar.

Beliau turut hairan apabila aduan beserta gambar yang diemel kepada portal berita itu tidak disalurkan kepada JPP.

"Bagaimana kita hendak siasat jika aduan dihantar kepada Regina (wartawan Malaysiakini) tetapi tidak sampai ke meja JPP?" katanya berseloroh.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, hanya 12 aduan peringkat cabang dari 289 keseluruhan aduan yang masih dalam siasatan manakala sembilan lagi di peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sedang diteliti.

Read more ...