Tuesday, March 4, 2014

RAYUAN DITERIMA!!! Seorang lagi penulis blog proUMNO ikut cara PAPA GOMO tak mengaku tuan punya blog

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang sebelum ini telah menolak tuntutan beliau ke atas seorang blogger bernama Faisal Rohban yang mengendalikan blog "Ruang Bicara Faisal" (RBF).

Panel hakim yang diketuai oleh Datuk Azahar Mohamed dan turut dianggotai Datuk Ariff Md Yusof dan Datuk Dr.Hamid Sultan Abu Backer telah memutuskan bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh plaintif sepanjang perbicaraan adalah mencukupi untuk mahkamah membuat keputusan di atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan merupakan pemilik blog "Ruang Bicara Faisal" tersebut.

Mahkamah seterusnya membatalkan kesemua perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini termasuk perintah mengenai kos. Selain itu, mahkamah turut memerintahkan kos sebanyak RM50,000 dibayar kepada pihak perayu/plaintif.Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengarahkan agar jumlah ganti rugi ditaksirkan di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu.

Read more ...

HINA DI DUNIA!!! Mai tengok, iklan ucapan tahniah kepada Taib Mahmud dalam akhbar Utusan Sarawak

 


Iklan tahniah perlantikannya sebagai Yang Di-Pertua Negeri disalaheja sebagai 'Tahinah' di akhbar Utusan Sarawak.

Akhbar berbahasa Melayu Utusan Sarawak hari ini meminta maaf atas kesilapan ejaan sebuah iklan ucapan tahniah kepada bekas ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, atas perlantikannya sebagai Yang Di-Pertua Negeri.
 
"Pihak pengurusan Utusan Sarawak ingin mohon maaf atas kesalahan ejaan yang tidak disengajakan itu," kata akhbar itu, yang dimiliki Sarawak Press Sdn Bhd pimpinan anak bongsu Taib, Datuk Hanifah Hajar Taib-Alsree.

Semalam, akhbar tersebut menerbitkan iklan muka penuh tajaan parti Taib, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tetapi perkataan “Tahniah” disalah eja sebagai “Tahinah”

Read more ...