Tuesday, December 20, 2011

ISU PINJAM BANK DUNIA!!! Akhirnya Mahathir mengaku juga dalam blog

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi9wudqgRurQwU82k9xzpF2dacSN1fm_w9JLvhIrpgYwVyy2NEDPevnV-4uKZQ5i3s1Z1m4eWyHhctThdLeEA3KRvrEiQjCLJMrrotia8khvqk3UBSWD_gppuKjY0us_YOuF4grTMI8No8/s1600/mahathir_1234.jpgBukan aku cakap. Tapi DR. M yang mengaku sendiri. Baca sendiri statement dia yang aku petik dari blog dia sendiri ;

1. The accusation that I wrote to the World Bank asking for loans is baseless. But Malaysia had been borrowing project loans from the World Bank since 1958.
2. The last negotiations for the loans were made in 1997. These were for projects in:
a) Education sector USD 244 million
b) Social sector USD 60million
c) Technical sector USD100million
3. The currency crisis also began in 1997. Naturally the loans were not approved until 1999 when the crisis was over. The usual sequence is for application for a loan to be made, followed by negotiations. Approval would be given by the bank later.
4. The World Bank wanted Malaysia to request for loans to tide over the crisis like the other countries affected by currency trading. The loans would be conditional upon Malaysia following IMF advice on economic management. It is well-known that Malaysia refused to seek IMF or World Bank help because the so-called help would worsen the financial situation. Instead, in 1998 Malaysia imposed currency control which helped it to recover.
5. In June 1998 (before currency control and while Anwar was still Minister of Finance) a loan for USD 300 million was signed with the World Bank for;
a) Fund for Food Programme
b) Higher Education Loan Fund
c) Microcredit Programme
6. By 31st March 1999 a loan of USD 100 million was signed for Technical Assistance and for overcoming Y2K problems. However, this loan was stopped after drawing down USD 11.94 million.
7. Of the USD 244 million Education Project which was approved in March 1999, payment was ordered to be stopped after USD 216.7 million was drawn down.
8. Of the Social Sector loan of USD 60 million, approved in March 1999, only USD 600,000 was drawn down before it was stopped.
9. As the whole world knows Anwar was reported in the press and foreign magazines for implementing the IMF policy without the IMF loans. He raised interest rates, reduced the period for declaring loans non-performing from 6 months to 3 months, reduced budget allocation to ministries so as to achieve a budget surplus etc.
10. Although he did not oppose currency controls, his appointees as Governor and Deputy Governor of Bank Negara refused to implement the policy and resigned. Tan Sri Zeti was then appointed as Governor of Bank Negara Malaysia.
11. As stated above, Malaysia stopped the draw down on loans negotiated with the World Bank in 1997 and June 1998. This did not stop Malaysia from recovering from the crisis.
12. At no time did I write a letter or verbally request for loans from the World Bank. If Anwar can show evidence that I did, he should. Failing that he should swear on the Quran in a mosque that he knows what he says is true. I am prepared to swear that I never asked for loans from the World Bank.-chedet-

1. Chedet tak pernah tulis surat untuk pohon pinjaman walaupun ia berlaku ketika dr.M ialah perdana menteri dan mengakui ada menerima beberapa dana pinjaman selepas dsai dipenjarakan. Malahan dr.M juga tahu prosuder kelulusan pinjaman tersebut walaupun dia "sepatutnya" tidak terlibat langsung dalam membuat keputusan neh bukan? Adakah dia ialah perdana menteri dalam bayangan kepada setiap keputusan yang dibuat oleh dsai pada ketika itu?

2. Hubungan malaysia dengan bank dunia bermula sejak 1958. Ia bermula di bawah umno. Tak hairan. Sebab malaysia baru merdeka dan memang perlukan peruntukkan tertentu untuk bangunkan negara. Tapi apa sebab umno mencanangkan persepsi seolah2 sesiapa sahaja yang meminjam dari bank dunia ialah yahudi lah, agent lah, jual negara bagai walhal depa juga buat perkara2 tersebut? Ini kan salah.

3. Pada tahun 1999, siapa yang tandatangan pinjaman, dan siapa pula yang menerima pinjaman sebelum ia dihentikan?

4. Di akui oleh tun sendiri, dsai melaksanakan dasar2 imf tanpa pinjaman imf, lalu apa point nya mengaitkan dsai mahu meminjam dari imf pula?

5. Di akui oleh tun juga bahawa dsai tidak pernah menolak dasar kawalan matawang tapi dsai bertegas dengan pelan nya sendiri.

6. Berhenti berunding pada 1997 dan 1998, tapi masih menandatangani pinjaman pada 1999 dan menerima pinjaman pada mac 1999? Apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan ayat "berhenti berunding" neh tun M?

Isu neh mudah. Aku tidak menolak keperluan malaysia untuk meminjam jika ia benar2 untuk kebaikan bersama. Jangan pinjam untuk selamatkan kroni dan syarikat anak beranak sendiri sudah larh. Apa yang berlaku antara dsai dengan mahathir ialah perbezaan pendapat dalam mengendalikan krisis negara.

Tapi perselisihan mereka menjadi masalah negara bila masing2 bertegas. Perselisihan mereka berdua pada awalnya sepatutnya bukan urusan kita. Tapi mereka berdua neh mengheret kita rakyat malaysia untuk jadi penonton dan penilai bagi hujah2 mereka. So nak taknak kena menilai lah.

Dan penilaian aku ialah baik dsai baik mahathir masing2 ada kelebihan dan kekurangan masing2 dalam menguruskan negara. Mahathir sepatutnya hanya perlu bagitau dan mengaku sahaja malaysia ada pinjam dengan bank negara tetapi bukan untuk atasi masalah krisis kemelesetan sebaliknya untuk beberapa sektor yang lain. Dan pinjaman neh ada di antaranya dalam rundingan sejak bertahun2 lama. Dan ada yang telah diluluskan selepas krisis kewangan.

Mahathir juga patut mengaku sahaja bahawa malaysia ada pernah dan masih pinjam dengan bank dunia. Isu sekarang bukan lagi pasal surat. Isu sekarang ada atau tiada pinjaman. Jika ada, katakan sahaja ada. Jika tiada, takpelah. Apa guna buat penafian bertahun2 bahawa malaysia bebas dari bank dunia walhal last2 kantoi bahawa malaysia memang pernah pinjam dari bank dunia?

Mahathir juga patut mengaku bahawa dia jatuhkan dsai sebab faktor dsai melawan dia. Sebagai pm malaysia, dsai yang ketika itu tpm mengemukakan idea lain untuk mengatasi krisis kewangan negara sekaligus di anggap melawan bos.

Bagi mahathir andai dsai tidak dijatuhkan maybe dia sukar nak laksanakan dasar dia so dia pun cantas dsai. Cantas dengan mengemukakan sokongan dan fakta bahawa pelan dsai itu merosakkan negara takpe, neh cantas dengan fitnah maka ia jadi salah walaupun niat mahathir mungkin baik.

Kesimpulan nya disini ialah malaysia pinjam dengan bank dunia tapi bukan dengan imf. Walaupun pinjaman neh dihentikan kemudiannya tetapi ada pinjaman yang malaysia sudah terima. Dan yang menerima nya ialah mahathir walhal dia boleh je buat permohonan batalkan pinjaman dan pulangkan semula wang. Tapi dia masih salahkan orang lain.

Manakala dsai pula sampai sekarang masih enggan mengakui kelemahan dia yang paling utama. Dia sampai bila2 pun tidak boleh mengatasi mahathir. Walaupun dia mungkin suka, mungkin tidak suka tapi terima lah hakikat bahawa mahathir sememangnya lebih bijak dari dia.

Baik dalam soal pentadbiran negara, pembangunan dan sebagainya mahupun dalam soal menyusun strategi termasuk isu fitnah, mahathir sememangnya bijak. Inilah kelebihan otak kurniaan Allah swt kepada dia. Kena belajar terima neh.

Ameno : Dua orang punya perbezaan pendapat, satu negara kena tanggung akibat.


Read more ...

FITNAH PAS!!! Hasan Ali dikecam, mahu tindakan disiplin

http://suarapakatanrakyat.com/wp-content/uploads/2011/12/Kecaman-Terbuka-Hasan-Ali-Tunggu-Apa-Lagi-Baru-Nak-Bertindak.jpgDewan Muslimat menyelar tindakan bekas naib presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali ekoran tindakannya mempersoalkan ”Negara Berkebajikan” PAS serta menuduh parti itu terkeluar daripada landasan perjuangannya.

"Pendirian sebegini sesungguhnya adalah pendirian Umno yang senantiasa mahu memburukkan dan melemahkan PAS khususnya di mata orang Melayu," kata ketua penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi.


"Persoalan kami, apakah nawaitu Datuk Dr Hasan Ali ketika bercakap mengikut rentak musuh-musuh politik PAS?



"Begitu juga bila beliau ”memainkan” isu 3R – Religion, Race and Royal (Agama, Bangsa Dan Raja) yang umum juga tahu ini adalah strategi dan senjata Umno untuk terus mendapatkan ”sokongan hayat” dari para simpatisan dan chauvanis Melayu?" katanya dalam satu kenyataan.

Aiman menegaskan bahawa Dewan Muslimat berpendirian bahawa ”mempertikaikan Negara Berkebajikan bermaksud juga mempertikaikan dan tidak menghormati presiden dan perwakilan Muktamar Tahunan PAS yang sebulat suara menerima ucapan dasar presiden.”

Katanya, Muslimat PAS menyifatkan tindakan terbaru Hassan melalui pendirian kenyataan medianya kelmarin, telah mempertikaikan sepenuhnya PAS, presiden, naib presiden, setiausaha agung dan perwakilan Muktamar Tahunan PAS 2011.

"Satu Malaysia telah menyaksikan tindakan ini kerana telahpun disiarkan oleh TV3 melalui slot Buletin Utama.

"Justeru, Dewan Muslimat menyarankan agar tindakan tatatertib yang tegas mesti diambil oleh PAS ke atas beliau agar tindakan seumpama ini tidak menjadi budaya dan ikutan," tambahnya.

Menurutnya, PAS wajar memperkasakan keperluan disiplin di dalam parti kerana PAS bukan sahaja dilihat sebagai parti politik biasa sifatnya tetapi juga sebagai sebuah gerakan Islam yang diterima di peringkat dunia - hatta dihormati kawan dan lawan.

"Ini juga yang kami fahami sejak muda remaja dalam asuhan dan tarbiyyah PAS. Ini kekuatan yang telah menghimpunkan generasi muda yang cintakan Islam untuk hadir berjuang dan memperjuangkan Islam bersama PAS," tambahnya.

Sehubungan itu, tegasnya, Dewan Muslimat menyeru kepada semua anggota gerakan Islam – PAS di semua peringkat baik ”Qiadah” (pimpinan) mahupun ”Jundiyyah” (pengikut/pelaksana) agar memahami dan menjiwai peruntukan dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2011), Fasal 82 (1) (g).

"Dewan Muslimat juga menyelar percubaan dangkal dan nakal pihak-pihak tertentu yang berterusan memfitnah PAS dan kepimpinan PAS bahawa kononnya telah menjadi kuda tunggangan DAP dan seumpamanya.

"Sebenarnya, jika diteliti inilah nada dan ungkapan versi Umno kini. Malangnya kedapatan juga ”dilagukan” oleh segelintir pimpinan dan ahli PAS yang kami sifatkan berada dalam dua situasi - 1: Bijak tapi bermasalah; 2: Dungu dan gelap hati," tambahnya.

Sambil menegaskan bahawa PAS adalah parti paling ”senior” dalam lanskap politik Malaysia kini, Aman berkata: "Keanggotaan PAS pula adalah daripada pelbagai peringkat latarbelakang pendidikan, sosial dan usia.

"Pemimpin dan ahli boleh datang dan pergi tetapi Islam yang mendasari perjuangan PAS dan kekuatan ”infrastruktur organisasi” di dalam PAS itu insya-Allah semakin teguh dan utuh.

"Gagal memahami sejarah dan ”nilai-nilai” perjuangan PAS akan menatijahkan tindakan dan suara yang sumbang sekalipun individu itu galak melaungkan mereka mahu kembalikan PAS ke landasan asal kerana kononnya telah tersasar!

"Perangai seumpama ini telah kita lihat berulang kali dalam sejarah perjuangan PAS tetapi insya-Allah PAS semakin kuat kerana yang memelihara Gerakan Islam PAS ini sesungguhnya adalah Allah Azza Wajalla.

"Hakikat yang mesti kita semua sedari ialah Allah sedang merancang suatu yang lebih baik untuk PAS agar upaya merealisasikan Islam Rahmat Kepada Sekalian Alam. Dewan Muslimat berharap Pimpinan tertinggi akan mengambil langkah wajar seperti yang dicadangkan," katanya.

Muslimat PAS juga, tambahnya, menyeru semua anggota gerakan Islam PAS agar Fokus menghadapi PRU13, perkemaskan gerakan dan bersama-sama menuju ke Putrajaya.

"Insya-Allah, tanda-tanda Kemenangan semakin terserlah.

"Buat anak-anak muda yang kami kasihi, contohi dan susuri strategi kemenangan Sultan Muhammad Al Fateh ketika menawan Kota Constantinople, bukannya keliru dan dikelirukan oleh pemikiran dan pendirian Datuk Dr Mohd Hassan Ali!" tegasnya.

Menyanggah Fitnah PAS Ketepi Perjuangan Kerana DAP


Meskipun Umno menjadikan DAP sebagai sasaran utamanya dalam perhimpunan agung Umno 2011, target sebenarnya adalah untuk melemahkan PAS atau sekurang-kurangnya terus meletakkan parti Islam itu dilihat sebagai komponen terkecil dalam Pakatan Rakyat.

Ia bagi memudahkan Umno memainkan emosi dan sentimen pengundi Melayu, serta menyuntik keraguan tentang keupayaan PAS untuk "menggantikan Umno" sebagai teras dalam kerajaan baru nanti

Melalui kolum ini, agak kerap juga saya mengingatkan bahawa seteru politik Umno yang utama, daripada dahulu hingga sekarang, tetap sama, iaitu PAS. Justeru, walaupun ada suara pemimpin tertinggi Umno untuk mengajak PAS mengadakan persefahaman politik, seperti pada 1999 dan 2008 -- setiap kali sebaik saja keputusan pilihan raya yang menjejaskan Umno -- ia lebih kepada usaha terdesak parti itu bagi mengekalkan kuasa.

(Menjelang pilihan raya 1990, yang menyaksikan persefahaman politik pembangkang yang menggusarkan Dr Mahathir Mohamad, PAS juga didekati dengan motif menggagalkan barisan Angkatan Perpaduan Ummah dan Gagasan Rakyat, yang diketuai tengku Razaleigh Hamzah).

Demi survival kuasa, Umno bersedia melakukan apa jua, termasuk menyembah dan mengemis individu atau parti yang dimusuhinya sejak lama. Pada 1999, Dr Mahathir beberapa kali beria-ia memohon untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Ustaz Fadzil Mohd Noor, untuk membincangkan isu-isu "perpaduan ummah".

Ya, kita tidak boleh bayangkan bagaimana wajah Umno tanpa singgahsana kuasa. Benar, Umno tewas beberapa kali, di beberapa negeri, tetapi ia tetap dapat berpaut erat dengan kuasa kerajaan persekutuan, yang masih menjanjikan pelbagai "keasyikan". Kekayaan, prestij dan pengaruh terus terpelihara.

Apabila kedudukan Umno yang tergugat teruk dalam pilihan raya 1999, sehingga mencalarkan imejnya sebagai parti terbesar orang Melayu, telah dapat dipulihkan dalam pilihan raya 2004, maka tawaran atas nama "perpaduan ummah" itu tidak timbul lagi. PAS kembali digasak dan diasak. Pelbagai istilah dan label negatif yang dilemparkan sebelum itu timbul kembali. Aktivisnya seolah-olah menjadi warganegara kelas kedua, ditekan dan ditindas jika ada peluang berbuat demikian.

Sebaik saja kuasa Umno kembali terancam, seperti berlaku pada 2008, maka kedengaran kembali suara-suara merintih dan merayu untuk menjalin kerjasama dan muafakat, atas nama kepentingan bangsa dan memartabatkan agama. Seolah-olah selama ini Umno begitu prihatin dengan degup jantung penderitaan umat ... Didengungkan bahawa Melayu akan kehilangan kuasa politik sedangkan yang panik menanti saat-saat kejatuhan adalah Umno.

Namun, selepas ajakan atau pelawaan ditolak, secara tiba-tiba PAS akan dituduh sudah terpesong jauh, serta menyeleweng daripada prinsip dan perjuangannya yang asal, walhal selama ini Umno tidak pernah pula menghormati dasar Islam yang diasaskan sejak penubuhan PAS 60 tahun lalu itu.

Oleh kerana imej buruk DAP di kalangan masyarakat Melayu-Islam dikira masih belum dapat dibersihkan, maka wajah PAS akan dihodohkan dengan bermacam-macam dakwaan dan tohmahan seperti "PAS alat DAP", "PAS menjadi biro agama DAP", "PAS diperkudakan DAP". Segala perubahan pendekatan yang diambil oleh PAS -- sesuatu yang lazim bagi mana-mana parti politik yang dinamik -- akan dikaitkan dengan "ketamakan untuk berkuasa" dan "keghairahan untuk mendakap Putrajaya".

Kebetulan pula dalam PRU12, DAP menunjukkan prestasi paling cemerlang berbanding PAS dan KeADILan. Dalam masa sama, politik sering dikaitkan dengan bilangan atau nombor. Meskipun diakui bahawa dalam Pakatan Rakyat, tiada mana-mana parti, walaupun mempunyai kerusi lebih banyak, boleh memaksa kehendaknya kepada pihak lain, sepertimana Umno sering bertindak kepada komponen BN, namun real politik harus diambil kira.

Apa pun, tohmahan Umno tidak akan berhenti di situ. Misalnya, apabila PAS melancarkan Dokumen Negara Berkebajikan baru-baru ini, susulan daripada tema muktamar tahunan Jun lalu, strategis Umno terus menuduh bahawa DAP menjadi faktor utama PAS beralih daripada memperjuangkan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Dalam berita Bernama TV, malam Jumaat lalu, Naib Presiden Umno, Dr Ahmad Zahid Hamidi melemparkan tuduhan sama. Katanya, perubahan dasar dalam PAS ditentukan oleh taukeh politiknya, DAP. Sedangkan tema Negara Berkebajikan ini bukan perkara baru. Model negara yang diiktibarkan daripada al-Quran dan Sunnah ini terakam sejak penubuhan PAS lagi, dengan ungkapan "Baldatun Tayyibatun wa Rabbun Ghafur", bermaksud "Negara yang sejahtera dan (mendapat keampunan) Tuhan Yang Maha Pengampun".

Malah, tema manifesto PAS dalam pilihan raya 2008, yang dilancarkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang, di Pejabat Agung, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, pada 21 Februari 2008 adalah "Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih: Menuju Negara Berkebajikan". Harus diingat bahawa ketika itu belum lagi ditubuhkan Pakatan Rakyat, dan PAS juga tidak mengadakan kerjasama politik secara langsung dengan DAP, selepas parti itu keluar daripada Barisan Alternatif sebelum pilihan raya 2004.

Dalam ucapan pelancaran manifesto itu, Ustaz Hadio berkata, tanggungjawab menunaikan Negara Berkebajikan ini adalah lebih luas daripada istilah yang difahami di politik Barat 'welfare state'. "Walaupun sebahagiannya dilaksana oleh negara-negara Barat, objektif yang dimaksudkan oleh PAS dalam negara ini adalah lebih luas. Bagi merealisasikan tema ini PAS menonjolkan tiga ciri yang penting bagi pemerintahan dan pentadbiran negara iaitu beramanah, adil dan bersih," katanya.

Ternyata Umno bertungkus-lumus berusaha menyambung talian hayatnya di atas siri pembohongan dan penipuan ....

Ahmad Lutfi Othman

Read more ...

BANGANG PERKASA!!! Tolak dakwat kekal

http://pemudapenang.files.wordpress.com/2011/07/perkasa-keris.gif?w=350&h=240MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 20 Dis – Perkasa menolak keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang semalam mengumumkan akan menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 atas alasan orang Melayu tidak akan keluar mengundi selain mendakwa ia bertujuan mengurangkan peratusan pengundi kalangan kaum itu kelak.

Sehubungan itu, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pihaknya yakin penggunaan dakwat kekal akan membawa negara ke belakang.


Selain itu kata beliau, Perkasa percaya ramai pengundi Melayu tidak akan keluar mengundi jika penggunaan dakwat kekal diteruskan. -
TMI.
Kalau nak tak bersetuju pun bagi la alasan lain, yang nampak logik sikit, yang agak-agak orang tak gelak kalau dengar.

Sungguh-sungguh bagitau yang kemungkinan orang melayu Islam takkan keluar mengundi kalau kena calit dakwat kekal tapi tak pulak bagitau apa alasan depa.

Takkan kut kulit dan kuku orang melayu Islam ni lain dari yang bukan melayu Islam. Untuk orang bukan melayu Islam takdak masalah tapi untuk orang melayu islam tak boleh.


Kalau alasan calit dakwat kekal tu salah dari segi agama, Majlis Fatwa dah pun keluar kenyataan dan Majlis Fatwa tak pernah keluarkan fatwa haram calit dakwat kekal tu.


Dalam Islam ni senang ja sebenarnya, dari segi hukum Fiqh' asal hukum semuanya adalah harus kecuali ada dalil, kalau ada dalil yang haram maka haramlah hukumnya, kalau ada dalil wajib maka wajiblah hukumnya macam tu jugak kalau sunat atau makhruh, bukannya susah sangat, cuma yang susahnya nak kiaskan hukum dengan dalil yang ada, pasai tu la kena ada sampai Majlis Fatwa kebangsaan.


Lagi pun macam kata Pengerusi SPR sebelum ni, kajian dah pun dibuat dan akan dihantar kepada pihak Majlis Fatwa Kebangsaan dan Kementerian Kesihatan untuk pastikan dakwat kekal tu tak gunakan bahan yang bahaya ataupun bahan yang haram.


Takkan la PERKASA hebat sangat sampai kalah Kementerian Kesihatan dan Majlis Fatwa kebangsaan.


Jadinya, apa punya BANGANG punya PERKASA buat kenyataan BANGANG macam tu. Takkan boleh main ugut SPR macam tu ja. Kalau ugut cara macam tu pun SPR akan tunduk, aku taktau nak kata apa la.


Tapi bila difikir balik, elok jugak kalau betul macam PERKASA kata tu. Memang cantik sangat kalau orang melayu terutama sekali ahli PERKASA tak keluar mengundi kalau duna dakwat kekal. Dah tentu la yang PERKASA kata melayu yu melayu Umno, bukan melayu PAS dan PKR dan sudah barang tentu bukan melayu DAP.


Jadinya hampir pasti la Umno BN akan tumbang PRU13 nanti.


Read more ...

DUIT ADA DALAM AKAUN!!!! Tapi Awang Adek tak mengaku duit dia

http://2.bp.blogspot.com/_S4MlRdSECg4/S11yhA_uCKI/AAAAAAAABc0/XZDJyJ5nzjI/s320/Poster%2BDatuk%2BAwang%2BAdek%2BHussin.JPGTimbalan menteri kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin hari ini menjelaskan bahawa deposit wang ke dalam akaun peribadinya, seperti didakwa satu blog, merupakan sumbangan untuk program sosial.

Ketua bahagian Umno Bachok itu mengakui telah menerima sumbangan yang dipertikaikan itu melalui salah satu daripada tiga akaun peribadinya.


Akaun peribadi itu dibuka pada 2004 untuk membiayai program di kawasan Bachok, katanya.


Awang berkata beliau mempunyai semua rekod transaksi daripada sumbangan berkenaan yang dikendalikan oleh seorang pegawai khas.


Rekod berkenaan akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, kata Awang lagi dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.


Awang berkata, sumbangan dalam bentuk cek dan tunai itu digunakan untuk program seperti bantuan Hari Raya sebanyak RM100 untuk 4,000 keluarga dan juga kelas tuisyen kepada pelajar di 33 sekolah rendah.


Katanya beliau menerima semua sumbangan melainkan ia diberikan dengan niat tertentu seperti untuk mendapatkan projek.



Artikel Asal Yang Dinafikan Awang Adek



Timbalan menteri nafi dakwaan rasuah




Timbalan menteri kewangan Datuk Dr Awang Adek menafikan dakwaan rasuah ke atas beliau yang dibuat satu blog tanpa nama, bahawa beliau telah menerima rasuah untuk meluluskan kontrak membina bangunan kerajaan.

"Saya bersedia untuk menjelaskan pada masa sesuai kerana saya pasti saya tidak membuat apa-apa kesalahan," katanya kepada Malaysiakini, semalam.


Tambahnya, beliau akan membuat penjelasan setelah beliau menerangkan beberapa isu berkaitan dengan dakwaan itu.


Dakwaan memeranjatkan itu dibuat oleh blog bernama 'Thewhistleblower711' yang mula aktif sejak 24 November lalu.


Empat orang individu dinamakan dalam blog berkenaan termasuk Awang Adek berhubung satu kontrak Jabatan Kerja Raya yang didakwa diberikan kepada satu syarikat milik seorang pemimpin bahagian Umno Johor.


Kontrak berkenaan didakwa untuk menyediakan perkhidmatan kepada Bangunan Sultan Iskandar, yang sebelum ini dikenali sebagai Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).


Tulisan bertarikh 27 November itu mendakwa, "sumbangan" sebanyak RM100,000 telah dibayar kepada akaun peribadi Awang secara berperingkat-peringkat untuk kontrak yang diluluskan pada November 2010 itu.


Blog berkenaan juga menyiarkan gambar-gambar didakwa salinan kepada cek dan resit deposit wang yang terlibat dalam transaksi tersebut.


Tegasnya, beliau tidak ada kena mengena dengan penganugerahan kontrak kerana ianya dibuat pada peringkat jawatankuasa dan beliau hanyalah seorang timbalan menteri.

Read more ...

BELASAH DUIT RAKYAT LAGI!!! Tuntutan palsu dari Kerajaan Pusat terhadap jalan yang diturap Kerajaan Negeri

Oleh: Semilang Kola

Fitnah yang dibuat RTM berhubung isu kononnya YB Nasir Kubang Rotan tak turun padang menyelesaikan masalah kerosakan jalan membawa kepada penemuan baru iaitu TUNTUTAN PALSU projek jalan.

Ringkas ceritanya macam nilah, selepas terima aduan penduduk YB Nasir bertungkus-lumus selesai masalah rakyat sehingga penduduk dapat jalan baru yang diturap oleh kerajaan negeri.

Alih2 mai RTM dakwa itu jalan peruntukan Pusat dan YB Nasir tak buat apa-apa. Difahamkan yang bagi info dekat RTM tu ialah bekas calon BN Anak Bukit Muthalib Harun.. maknanya ada pihak dah claim dekat Pusat depa buat jalan tu, bayaran pun dah dibuat oleh agensi Pusat sedangkan jalan itu dah siap dibuat oleh Negeri.

Kontraktor tu tak buat apa-apa, makan duit harammm!! Aitt awat yang Muthalib Harun pi ketag lutut pulak dengan pendedahan ini?


Isu penyelewengan ini telah dilaporkan kepada polis dan SPRM, SK serahkan kepada pihak depalah buat siasatan. SK harap jangan ada ada calon BN yang kena gari pada hari penamaan calon sudahlah. Good Luck Muthalib!




Isu fitnah dan tuntutan projek jalan: ADUN Kubang Rotan lapor polis, SPRM

KUALA KEDAH – ADUN Kubang Rotan, YB Mohd Nasir Mustafa membuat laporan polis bagi menggesa polis membuat siasatan berhubung fitnah yang dilemparkan oleh RTM mengenai kerajaan negeri gagal melakukan penurapan jalan di Kampung Hilir, Telok Talipon, Kubang Rotan.

Dalam rancangan Titik Sentuhan yang disiarkan RTM, beberapa penduduk mendakwa YB Nasir tidak pernah tampil untuk menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, mereka dipinggirkan daripada arus pembangunan oleh kerajaan negeri.

“Jalan tersebut telah diturap oleh kerajaan negeri, tetapi pihak MADA pula yang dikatakan melakukan penurapan tersebut dan kerajaan negeri gagal menunaikan tanggungjawab kepada rakyat, jadi di sini fitnah terhadap kerajaan telah dilakukan.

“Saya berasa kesal dengan berita yang disiarkan pada rancangan berkenaan dan berkeputusan untuk mengambil tindakan tegas kecuali ada maklum balas dalam tempoh terdekat,” ujar beliau.

Selain berlakunya fitnah, beliau juga mengesyaki terdapat tuntutan bertindih terhadap kerja pembaikan jalan terbabit berdasarkan rancangan berkenaan.

Justeru, beliau juga membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat salah laku tuntutan tersebut.

“Jalan tersebut adalah jalan MADA, mereka lakukan penurapan separuh jalan sahaja, jadi kerajaan negeri mengambil inisiatif melakukan penurapan sepenuhnya, tetapi mereka membuat tuntutan kepada kerajaan Pusat mengatakan mereka yang lakukannya,” jelas beliau.

Kedah La

Read more ...

KESEPAKATAN PR!!! Gagalkan agenda jahat Najib dan Noh Omar di Selangor



Jika sudah berhati syaitan, apa saja akan dilakukan untuk menghancurkan kebenaran!

Usaha yang dilakukan oleh juak-juak Umno-APCO Selangor untuk melaga-lagakan Pakatan Rakyat dengan arahan terus dari Pengerusi Badan Perhubungan negeri yang juga Perdana Menteri, Najib nampaknya gagal lagi.


Sesudah gagal juga dalam pertempuran Noh Omar yang dikatakan dalang di sebalik video klip yang menghina hudud yang mensasarkan PAS, Umno-APCO mula menyerang kesepaduan dalam Pakatan Rakyat yang kini diterajui PKR.


Apa yang tidak diperhalusi oleh Najib dan Noh Omar adalah, serangan bertali arus yang bertujuan untuk melemahkan Pakatan Rakyat sebenarnya hanyalah sia-sia di sebalik jutaan ringgit wang gelap dihabiskan untuk menyara hantu-hantu (baca: lembu-lembu) blogger yang tak henti-henti memfitnah tanpa sebarang fakta kukuh.


Dr Rani sebagai bos PAS Selangor berjaya mematahkan tohmahan bahawa DAP sebenarnya berkehendakkan jawatan Menteri Besar sekiranya meletakkan calonnya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.


Peliknya, tidakkah fakta pilihanraya umum lalu sudah membuktikan bahawa tiada satu pun parti dapat memerintah secara bersendirian?


Harus diingat, Selangor mempunyai 56 kerusi DUN yang mana Pakatan Rakyat memenangi 36 daripadanya, sebelum ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah keluar PKR dan menjadi katak lompat bersama BN.


PKR yang memperolehi 15 kerusi sebelum menjadi 14 tidak mungkin dapat membentuk kerajaan negeri.


Begitu juga DAP yang mendapat 13 kerusi, tidak mungkin berkuasa walaupun dikatakan PKR dan PAS terpaksa mengikut kata Teresa Kok yang menjadi bos DAP negeri.


Hakikatnya, dalam Pakatan Rakyat, tiada siapa yang dominan walaupun dalam soal memilih Menteri Besar, konsensus (muzakarah) bersama diperlukan dan telah bersetuju melantik wakil PKR melalui Khalid Ibrahim.


Itulah bezanya Pakatan Rakyat dengan BN yang mana selama 54 tahun memerintah asyik membuli kesemua parti komponennya walaupun terpaksa mengorbankan dasar dan prinsip perjuangan semata-mata untuk terus berkuasa!


Apa saja senjata yang digunakan Najib dan Noh Omar untuk mengucar-kacirkan Pakatan Rakyat dalam usaha merampas negeri terkaya di Malaysia ini semuanya sia-sia disebabkan kepantasan maklumat yang diperolehi segera dijawab Pakatan Rakyat dengan fakta dan bukti kukuh siapa dalang yang menyebarkan fitnah yang sengaja diada-adakan.


Hanya dengan talian hayat terakhir menggunakan pendatang tanpa izin yang diberi kad pengenalan untuk mengundi BN saja yang mampu menutup malu Najib yang berdepan dengan tekanan untuk terus bertahan di Putrajaya sedang kemaraan Muhyiddin Yassin semakin kuat.


Hanya masa yang akan menentukannya.


Soalan:
Di mana Ketua Pembangkang, Satim Diman dan bekas MB Khir Toyo dalam perancangan jahat ini??

JALAN PULANG



PR puas hati dengan Khalid, DAP mahu MB tak timbul


Pakatan Rakyat (PR) mengutuk sekeras-kerasnya pembohongan yang disebarluaskan oleh pihak tertentu bahawa DAP sedang merancang untuk mengambil kuasa Menteri Besar Selangor dengan meletakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu.


“Kita melihat ini sebagai satu usaha terdesak Umno khususnya untuk menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak menyokong calon-calon PR dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti,” kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman (gambar) pada sidang media di pejabat Ahli Parlimen Shah Alam, di sini, hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi DAP negeri, Teresa Kok Suh Sim dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.


Persoalan jawatan Menteri Besar Selangor tidak pernah timbul kerana PR berpuas hati dengan prestasi Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan tiada apa-apa rancangan untuk menukarnya.


“Kami yakin bahawa melalui kerjasama dan semangat saling sokong menyokong yang ditunjukkan selama ini, prestasi Selangor di bawah Tan Sri Khalid akan bertambah, bukan sebaliknya.


“Sekalli lagi kami dari PR mengutuk sekeras-kerasnya usaha adu domba dan persengketaan berbau perkauman yang disebar Umno dan menggesa mereka meninggalkan tabiat buruk dan terkutuk itu demi negara,” ujar Dr Rani lagi.


Hakikatnya, kata beliau DAP adalah parti berbilang kaum tetapi telah ‘dipenjarakan’ dalam imej parti bukan Melayu oleh Umno sebagai strategi politik pecah dan perintah yang telah mereka gunakan ke atas rakyat selama ini.


Jelasnya, Umno mahu meneruskan pembohongan dengan menimbulkan satu persoalan yang tidak pernah ditimbulkan oleh mana-mana pihak dalam PR.


Beliau yang juga Adun Meru menjelaskan DAP telah mencadangkan kepada PR Selangor supaya mereka dibenarkan meletak calon Melayu di kawasan majoriti Melayu.


Ini, katanya dicadangkan DAP dengan tujuan supaya DAP boleh membebaskan dirinya daripada imej yang ‘dipenjarakan’ oleh Umno.


Menurutnya, perbincangan telah dilakukan secara tenang dan terbuka bersama rakan-rakan PR dan bukan secara tertutup atau rahsia.


PAS dan PKR, jelasnya telah menyatakan kekhuatiran ia akan dieksploitasi oleh Umno yang sememangnya menggunakan sentimen perkauman untuk menyerang PR.


DAP, ujarnya akan dituduh gila kuasa dan PAS serta PKR pula akan dituduh pengkhianat bangsa.


“Walaupun inilah apa yang sering dilakukan Umno, namun tindakan itu boleh mengukuhkan persepsi yang songsang ini di kalangan masyarakat Melayu,” ujarnya.


Justeru, beliau berharap semoga rakyat diselamatkan daripada politik perkauman sempit yang diperjuangkan Umno BN.


“Semoga rakyat memahami bahawa politik sedemikian hanya pembohongan Umno BN untuk menutup amalan rasuah dan penyelewengan yang telah menjadi darah daging mereka selama ini,” katanya.

Read more ...

VIDEO RTM MOHONG!!! Kerajaan Negeri yang turap jalan, RTM dakwa ia kerja kerajaan BN Pusat

RTM fitnah ADUN Kubang Rotan dan Kerajaan Kedah


ALOR SETAR - Isu kononnnya kerajaan negeri Kedah tidak memperdulikan kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon, Kubang Rotan yang disiarkan oleh Radio Television Malaysia (RTM) terjawab apabila YB Nasir Mustafa tampil membuktikan bahawa kerajaan negeri yang telah menurap jalan tersebut dan bukannya Kerajaan Persekutuan.

ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa berkata, beliau kesal dengan pihak RTM kerana mendakwa jalan tersebut telah diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU), sedangkan jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri pada tarikh 27 Julai 2011.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai fitnah RTM berhubung kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon yang menimbulkan keresahan penduduk sebelum ini.

“Saya mempunyai bukti bahawa jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri kerana saya mempunyai surat rasmi daripada kontraktor yang melakasanakan tugas tersebut, dan juga surat rasmi kepada Unit Perancangan Negeri (UPEN).

“Ini adalah satu fitnah yang jelas, kerana rancangan television Titik Sentuhan yang disiarkan oleh RTM ini mengatakan saya tak buat kerja, ini juga merupakan tohmahan yang tidak berasas,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa jalan tersebut tidak berturap sepenuhnya sejak pemerintahan kerajaan negeri yang sebelum ini lagi. Jalan tersebut merupakan jalan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan bukannya jalan kerajaan negeri.

Selepas kerajaan negeri sekarang memerintah saya telah mengambil tindakan dengan menghubungi pihak UPEN bagi menaik taraf dan menurap semula jalan tersebut.

“Selain itu, saya juga amat kesal dengan RTM kerana telah menggunakan rancangan television tersebut untuk kepentingan politik BN,” katanya.

Beliau akan membuat laporan polis mengenai fitnah tersebut serta laporan SPRM berkaitan dakwaan kononnya jalan tersebut dibuat oleh Pusat.

“Ia terdedah kepada kemungkinan ada pihak yang telah membuat tuntutan pembayaran dari Pusat terhadap kerja yang dilakukan sedangkan mereka tidak berbuat apa-apa pun kerana semuanya telah diselesaikan oleh pihak lain (Negeri),” ujarnya.

Read more ...

TERDEDAH LAGI !!! Keluarga Shahrizat beli kondo mewah RM9.9 juta di Singapura



Hari ini.. dalam diam.. Kain Shahrizat diselak lagi oleh KeAdilan, dan apa yang kelihatan pula ialah Keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil Beli Kondominium Mewah Berharga RM9.9 Juta Di Singapura

Memandangkan UMNO dan Dato’ Seri Shahrizat Jalil belum memberi tanda-tanda akan ada pertanggungjawaban kepada penyelewengan dana rakyat melalui NFC seperti yang dituntut rakyat, KEADILAN akan terus membongkar penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi keluarga menteri berkenaan.




KEADILAN boleh mengesahkan kami ada bukti-bukti pembelian sebuah kondominium mewah beralamat 7 Anthony Road, #14-24, Orchard Scotts, Singapore 229955 oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil pada 27 Januari 2010 (rujuk dokumen rasmi Singapore Land Authority di SINI).

Kondominium ini dibeli pada harga S$4,107,600 dan luasnya adalah 2,282 kaki persegi, iaitu salah satu unit yang terbesar di bangunan kondominium mewah di tengah-tengah kota Singapura itu. Harga itu dianggarkan bersamaan dengan RM9.9 juta pada kadar tukaran wang semasa urusniaga berlaku (rujuk dokumen rasmi Singapore Urban Redevelopment Authority rekod no 44 di SINI ).

Pembelian harta mewah oleh keluarga menteri ini lebih memualkan bila mana ia didaftarkan terus di atas nama mereka, berbanding dengan pembelian dua buah kondominium mewah di One Menerung yang didaftarkan di atas nama syarikat National Meat and Livestock Corporation Sdn Bhd.

Carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan secara bersama di atas nama Dato’ Seri Mohamad Salleh Ismail, Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh dan Wan Izzana Fatimah Zabedah Mohamad Salleh.

Pendedahan ini melengkapkan dakwaan KEADILAN sebelum ini bahawa dana dari NFC yang sepatutnya digunakan untuk membina industri daging negara telah disalurkan kepada syarikat-syarikat peribadi milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil seperti NMLC dan RFC.

Lebih teruk lagi, wang dari syarikat-syarikat seperti NMLC dan RFC kemudiannya disalurkan pula ke syarikat-syarikat milik keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil di Singapura iaitu Meatworks (Singapore) Pte Ltd dan Global Biofuture Pte Ltd yang menjalankan operasi perniagaan yang tidak ada kena mengena dengan tujuan bantuan dana kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC.

Meatworks (Singapore) Pte Ltd dilaporkan menjalankan perniagaan restoran mewah di Singapura, sementara Global Biofuture Pte Ltd pula menjalankan perniagaan perdagangan minyak dan ternakan.

Pada hari ini, KEADILAN boleh mendedahkan satu komunikasi (dalam bentuk email) di antara Saudara Wan Shahinur Izran dengan Saudari Donna Yong yang menguruskan perniagaan restoran di Singapura bagi pihak keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil (sila rujuk dokumen email yang disertakan bersama).

Email ini membincangkan pemindahan wang yang diperlukan untuk membiayai perniagaan restoran mewah di Singapura. Bagi tempoh 3 bulan di antara Oktober 2010 dan Disember 2010, keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil dianggarkan memindahkan sejumlah S$530,000; bersamaan RM1.3 juta dari dana milik kerajaan untuk membiayai perniagaan peribadi di Singapura. Jika ini berlaku sepanjang tahun 2010 dan 2011, kemungkinan jumlah wang yang telah dilarikan mencecah RM10 juta hanya untuk satu perniagaan di Singapura.

Amalan ini sudah tentu turut berleluasa dengan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh mereka di Singapura. Oleh kerana syarikat-syarikat ini adalah milik penuh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, wang dari NFC boleh sahaja dipindahkan terus ke akaun syarikat-syarikat ini, kemudiannya dikeluarkan oleh keluarga menteri untuk membiayai pembelian peribadi seperti kondominium mewah di Orchard Scotts.

Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak boleh berdiam diri lagi kerana pendedahan demi pendedahan membuktikan berlaku penyelewengan berleluasa dalam penggunaan dana rakyat berjumlah RM250 juta itu.

Kami mendesak beliau mengambil tindakan segera membekukan kesemua akaun bank dan perbelanjaan NFC serta syarikat-syarikat berkaitan yang dimiliki oleh keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil, sementara siasatan yang lebih telus dan serius dijalankan secepat mungkin.


MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI KEADILAN
YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL, SETIAUSAHA AGONG KEADILAN
YB ZURAIDA KAMARUDDIN, KETUA WANITA KEADILAN


20 DISEMBER 2011

ASD

Read more ...

AKHIRNYA MAHATHIR TERKEDU!!! Nak tanya Bank Dunia pula, bukti dah tak boleh ditutup sumpah dah tak boleh pakai



Bila didedahkan dokumen-dokumen yang melibatkan Mahathir dan Bank Dunia.. ini jawapan Tun "Saya nak tengok...Saya nak pi (pergi) tanya World Bank betul ka ini...pasal sekarang ni taulah gambar manusia dengan badan lain pun boleh buat.


Memang dokumen-dokumen ini datangnya bukan dari Anwar Ibrahim.. tapi kan sekarang ni semua maklumat berada dihujung jari... apa yang nak dihairankan lagi..ASD

Dr M: Saya nak tanya Bank Dunia, betulkah?

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi menafikan bahawa beliau pernah meminta bantuan kewangan daripada Bank Dunia, sama ada semasa krisis kewangan tahun 1997 atau selepas itu.

Mengulas mengenai pendedahan Pengarah Strategik PKR Mohd Rafizi Ramli yang mengemukakan tiga dokumen yang didakwa sebagai bukti beliau pernah membuat pinjaman itu, Dr Mahathir berkata beliau perlu membuat pengesahan dengan Bank Dunia untuk melihat sama ada dokumen itu asli atau tidak.

"Saya nak tengok...Saya nak pi (pergi) tanya World Bank betul ka ini...pasal sekarang ni taulah gambar manusia dengan badan lain pun boleh buat.

"Sepanjang yang saya ingat dan saya tidak lupa, saya tidak pernah menghantar sebarang permintaan bagi sebarang wang, tidak semasa krisis kewangan atau malah selepas itu. Saya (ketika itu) baru saja kecam World Bank, lepas tu nak minta duit kat dia buat apa? Bodohlah saya," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan 26 peserta program realiti Adik-Adikku di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Dr Mahathir turut mempertikaikan mengapa dokumen seperti itu tiba-tiba muncul, sedangkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan beliau tidak mempunyai dokumen itu sebelum ini.

"Kenapa baru hari ni, dah berapa tahun dah, baru keluar? Pasal politiklah, pasal pilihan raya, nak burukkan orang lain," katanya.

Anwar ketika berucap pada majlis makan malam membincangkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang turut dihadiri wakil kedutaan asing baru-baru ini dilaporkan mendakwa Dr Mahathir ada menulis kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan.

Dr Mahathir kemudiannya mencabar Anwar bersumpah dengan memegang al-Quran bagi membuktikan perkara itu.

Program realiti Adik-Adikku merupakan program Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk mencari bakat si cilik dalam berdakwah. Episod akhir program itu akan diadakan pada Mac tahun depan dengan hanya lima orang peserta akan terpilih.

- Bernama

Read more ...