Thursday, December 27, 2007

Sah ! Orang India berubah

PARIT BUNTAR (25 Dis.) : Kehadiran ramai orang India semasa ceramah PAS di sini membuktikan satu perubahan pandangan politik orang India. Pertama kali dalam sejarah ceramah yang diadakan di Dataran Purnama Kampung Kedah, orang India hadir seramai itu.

"Sebelum ini orang India ada hadir tetapi dua tiga orang sahaja, tak sangka malam ini mereka datang seramai ini. Semasa kes pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dulu pun, orang India tak ramai macam malam ini". Beritahu Sdr. Fakhrurrazi bin Haji Khalid AJK PAS Kawasan.

"Sebelum ni pun masa ceramah Mat Sabu di Pusat Tarbiah, ramai orang India hadir malah lebih ramai dari di sini dan itu adalah kali pertama orang India hadir ke Markaz PAS " Jelas beliau lagi.
Ceramah yang sepatutnya disampaikan oleh Tuan Haji Mahfuz Omar telah diganti dengan Ust. Izat bin Shauqi. Tuan Haji Mahfuz Omar tidak dapat berceramah kerana menunggu ibunya yang sedang sakit di hospital. Walaupun Tuan Haji Mahfuz tidak hadir, orang India yang hadir mendengar ceramah ini tidak berganjak sehingga ke akhir program.

Ust. Izat yang merupakan anak kepada Allahyarham Ust. Shauqi Ibrahim bekas ADUN Anak Bukit juga tidak menghampakan pendengar pada malam itu. Beliau telah menjelaskan dengan terperinci sebab-sebab rakyat perlu berubah menolak Barisan Nasional dalam pilihanraya umum ini.

Walaupun masih muda, gaya dan intonasi suara yang tenang dan padu disamping penyampaian isi ceramah yang tersusun berjaya memberi kesan kepada pendengar pada malam itu.

"PAS perlu mengilap bakat penceramah baru seperti Ust. Izat, beliau masih muda dan mampu menjadi pelapis kepada penceramah sedia ada. PAS Kawasan tidak rugi menjemput beliau mengantikan Tuan Haji Mahfuz". Demikian pandangan Sdr. Adhan bin Haji Abdul Rahim Setiausaha PAS Kawasan.

Sementara itu, Lujnah Penerangan PAS Parit Buntar berharap lebih ramai penceramah PAS berceramah menggunakan tayangan slaid bagi menunjukkan fakta dan menarik perhatian pendengar. Pengerusinya Sdr. Bahrain Desa berkata, setakat ini hanya YB Ir. Amiruddin Hamzah yang menggunakan kaedah ini.

Memandangkan ceramah adalah medium penting bagi PAS menyebarkan maklumat isu semasa, maka penceramah PAS perlu bergerak seiring dengan kecangihan teknologi terkini. Pendengar ceramah lebih percaya kepada penceramah yang menyertakan bukti fakta bertulis dan bergambar, dibandingkan dengan penceramah biasa.

Untuk itu semua PAS Kawasan perlu segera menyediakan peralatan yang diperlukan seperti laptop dan LCD projektor di samping tenaga kepakaran menggunakannya. Insyaallah PAS Kawasan Parit Buntar di bawah Lajnah IT sudah bersedia." Ujar Sdr. Bahrain lagi

Read more ...

XPDC Tebuk Bermotor

PARIT BUNTAR (25 Dis.) : Dewan Pemuda PAS (DPP) kawasan Parit Buntar menganjurkan konvoi bermotor mengibarkan bendera PAS melalui jalan-jalan parit tali air. Konvoi ini telah disertai pemuda-pemuda PAS yang bersemangat mengibarkan bendera PAS di setiap motorsikal yang mereka bawa.

Program XPDC Tebuk ini bermula di Pusat Tarbiyyah PAS Parit Buntar, Titi Serong dan berakhir di Markas PAS Tanjung Piandang. Tuan Haji Harun bin Haji Hashim, Yang Dipertua PAS Kawasan telah sudi melepaskan konvoi ini malah beliau sendiri membawa motor untuk bersama-sama berkonvoi bagi menaikkan semangat pemuda PAS Parit Buntar.

Selain berkonvoi peserta XPDC Tebuk ini melibatkan akitiviti Pertandingan Pancing Puyu, edar risalah BERSIH dan motivasi pemuda. Pertandingan Pancing Puyu diadakan di Parit 50 tidak jauh dari tali air Parit Tok Ngah. Peserta yang sudah bersedia dengan pancing dan umpan tidak membuang masa melepaskan pancing bagi mendapatkan puyu terbanyak.

Sdr. Mohd Jamal bin Mokhtar, Ketua Pemuda Cawangan Parit Tanjung Piandang telah menjuarai pertandingan ini. Sdr. Mohd Saiful dari Cawangan Tebuk Haji Musa dan Sdr. Mazli bin Ahmad dari Cawangan Parit Abas masing-masing mendapat kedua dan ketiga. Pemenang pertandingan ini menerima hadiah semasa majlis ceramah pada sebelah malamnya.

Peserta Konvoi berhenti menunaikan solat Asar berjemaah di Masjid Parit Tok Ngah Darat dan kemudiannya menikmati sedikit jamuan di rumah Bendahari PAS Kawasan Tuan Haji Tyndareus bin Awang di Parit Haji Tahir.

Konvoi bermotor ini berjaya menarik perhatian penduduk kampung yang tinggal di sepanjang jalan talir air dengan kibaran megah bendera Bulan Purnama yang dipasang dibatang pancing masing-masing.

Ketua Pemuda Parit Buntar Sdr. Khairulzami bin Mohammad memberitahu DPP akan menganjurkan satu konvoi bermotor yang lebih besar penyertaannya apabila diumukan pilihanraya nanti.

"Kita akan kumpulkan seluruh anak muda di Parit Buntar sebagaimana yang telah kita buat semasa pilihanraya umum 2004. Pada masa itu, kita telah berjaya mengumpulkan lebih seribu pemuda untuk bersama-sama membaca Ikrar Pemuda Parit Buntar". Jelas Sdr. Khairulzami.

Program XPDC Tebuk ini diakhiri dengan motivasi anak muda yang disampaikan oleh Drs. Khalil Idham Lim bin Abdullah Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan. Dalam motivasi tersebut beliau menerangkan secara ringkas sejarah tokoh-tokoh ulama di Parit Buntar. Bagaimana susah payah perjuangan mereka mengembangkan pengaruh PAS yang perlu disambung oleh generasi muda masa kini.

Read more ...