Monday, May 21, 2012

ISMA CELARU!!! (Video) PAS dah buka peluang gunalah, jangan main tuduh dari jauh


 3 Kecelaruan ISMA
Saya rasa tajuk artikel ini tidak melampau kerana pemimpin ISMA pernah menulis artikel terbuka kepada umum berkenaan apa yang dikatakan sebagai krisis indentiti PAS. 
Maka, jika saya yang tak ada nama ini menulis artikel menggunakan tajuk ini, ia tidak sebesar apa yang ISMA pernah lakukan pada PAS. 
Artikel ini agak panjang, namun saya tidak berhasrat untuk membahagikannya menjadi artikel bersiri kerana isu ini perlu dijelaskan secara terus agar dapat memberikan kefahaman yang menyeluruh. 
Mohon maaf kepada yang kurang berminat dengan penulisan yang panjang lebar.
Berkenaan isu kerjasama dan persepakatan antara PAS dan UMNO, saya tidak menafikan ia merupakan idea yang baik. Namun, saranan ini perlulah dijelaskan dengan lebih detail terutama berkaitan bentuk kerjasama dan syarat yang Islam tetapkan dalam kerjasama itu. 
Melontarkan idea kerjasama ini kemudian mencampuradukkan penjelasannya hanya akan menggambarkan pendirian yang tidak tetap. 
Sekejap kata PAS tidak perlu keluar PR tetapi mesti jadi dominan dalam PR, sekejap kata PAS wajib tinggalkan PR. Bukankah ia mengelirukan dan menggambarkan pendirian yang tidak tetap?
Di dalam dunia demokrasi hari ini, kerjasama antara PAS dan UMNO boleh berlaku di dalam dua keadaan. Pertama, kerjasama isu dan kepentingan bersama. 
Kedua, kerjasama politik. Saya tidak pasti kerjasama apa yang dimaksudkan oleh ISMA. Tetapi ada dua pendapat yang saling bercanggah.
Pertama pendapat yang mengatakan persepakatan Melayu tidak mewajibkan pergabungan parti, tetapi cukup untuk bersepakat di dalam isu yang melibatkan kepentingan umat Islam dan parti Melayu baik di dalam BN dan PR, mesti menjadi dominan. 
Pendapat ini dikarang oleh aktivis ISMA, Zaizul Azizi Zaman di dalam web ISMA bertarikh 14 Mac 2012. 
Pendapat kedua adalah pendapat 'berteraskan' Usul Fiqh yang dikarang oleh Ust Mohd Hazizi Ab Rahman di dalam blog beliau bertarikh 29 April 2012 yang menyebut wajib PAS bergabung dengan UMNO dan wajib juga meninggalkan DAP.
Seruan Kerjasama Berteraskan Isu, Tetapi Kerjasama Politik PAS-DAP Yang Diserang
Saya melihat ISMA selalu menyatakan bahawa seruan ISMA adalah untuk perpaduan Melayu Islam. Dengan kerjasama yang melibatkan kepentingan umat Islam, PAS dan UMNO akan mengukuhkan kedudukan umat Islam di Malaysia. 
Saya akuinya. Cuma yang saya ingin bertanya, jika seruan kerjasama isu menjadi fokus, kenapa hubungan politik PAS di dalam PR terutamanya DAP menjadi sasaran kecaman ISMA saban hari? Kenapa 'serangan' yang sama tidak pernah dilafazkan pada UMNO?
ISMA nampaknya meletakkan hukum bahawa dengan kerjasama politik yang terjalin antara PAS dan DAP, maka PAS tidak akan mempedulikan isu-isu yang melibatkan orang Islam dan membiarkannya tanpa membantu. 
Jika ini yang berlaku, maka ia amat dikesali. Sedangkan dengan jelas terbukti PAS selama mana berkerjasama dengan DAP, kebajikan dan hak-hak orang Islam terus diperjuangkan di mana-mana sahaja terutama di negeri-negeri yang ditadbir PR. 
Dakwah, hak Bumiputera, ekonomi orang Melayu dan apa jua perkara demi kebaikan orang Melayu, semuanya diperjuangkan PAS tanpa kompromi, namun berstrategi.
Jika perpaduan Melayu yang ISMA cari, maka ISMA sepatutnya menjadi jambatan yang akan menghubungkan antara PAS dan UMNO di dalam banyak isu yang memberi keuntungan kepada orang Melayu Islam, tetapi gagal disepakati kerana dendam politik. 
Isu hudud, royalti, ceramah agama yang dihalang, Sekolah Agama Rakyat dan yang terbaru seruan Tuan Guru Haji Abdul Hadi tentang pindaan takrifan agama daripada religion kepada Ad-Din. 
Semua isu ini adalah demi kebaikan umat Islam tetapi digagalkan sehingga membawa kesengsaraan kepada orang Melayu Islam.

Namun, apa yang diperbesarkan oleh ISMA saban hari adalah menafikan ijtihad ulama PAS berkenaan tahalluf siyasi yang PAS lakukan bersama PKR dan DAP, dalam keadaan kerjasama politik PAS ini sama sekali tidak menghalang PAS untuk memberikan komitmen bersama UMNO untuk isu-isu yang menyentuh kebaikan umat Islam.
Seolah-olah seruan perpaduan ini hanya pada PAS sedangkan ianya untuk UMNO juga. Satu persatu kenyataan pimpinan ISMA menyerang PAS sebagai punca gagalnya penyatuan Melayu Islam hanya kerana PAS bersama dengan DAP di dalam politik
Inilah kecelaruan pertama yang saya nampak terdapat pada pimpinan ISMA iaitu apa yang digariskan tidak sama dengan apa yang dilakukan
Yang digariskan adalah seruan kerjasama PAS-UMNO di dalam isu bersama tetapi yang dilakukan adalah serangan terhadap PAS disebabkan PAS jalin kerjasama politik dengan DAP. 
Perkara ini berterusan sebulan dua ini walaupun PAS bersama ulamanya sudah menerangkan berkali-kali berkenaan tahalluf siyasi ini, namun pernah ISMA cuba untuk memahami dan menghormati PAS?
Masalah Umat Islam Boleh Diselesaikan Tanpa Pergabungan Politik
ISMA terus menerus mengatakan bahawa masalah umat Islam hanya boleh selesai jika UMNO dan PAS bersatu, di mana yang saya lihat kesatuan yang ISMA maksudkan adalah kesatuan politik (disebabkan serangan berterusan mereka kepada ijtihad tahalluf siyasi PAS). 
Dengan maksud yang lain, masalah orang Melayu tidak akan selesai selagi mana PAS dan DAP bergabung dalam kerjasama politik.
Di sini, saya ingin mengatakan bahawa masalah yang dihadapai orang Melayu yang selalu diulang-ulang oleh ISMA dan diletakkan kesalahan kepada PAS seperti murtad, kebangkitan liberalisme, LGBT, hedolisme dan lain-lain boleh diselesaikan tanpa PAS dan UMNO melakukan pergabungan politik. 
Ramai cendikiawan termasuk Dr MAZA sendiri mengatakan bahawa PAS dan UMNO tidak perlu bersatu dalam erti kepartian, tetapi dalam bentuk kerjasama isu yang memberikan keuntungan kepada umat Islam. 
Sistem dua parti adalah penting sebagai check and balance dan mengelakkan monopoli kuasa yang akan menyebabkan ketidakstabilan politik di negara berbilang bangsa seperti Malaysia.
Satu penyelesaian yang boleh dilakukan yang telah pun dicadangkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abd Hadi adalah pindaan atau perubahan pentafsiran perkataan 'agama' di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan. 
Mengikut penghakiman kes Suzie Teoh tahun 1987, pengislaman Suzie Teoh disimpulkan sebagai tidak sah kerana walaupun pengislamannya sah mengikut undang-undang Islam, tetapi ia bersifat sebaliknya di sisi undang-undang sivil.
Agama Bagi Persekutuan Adalah Pada Urusan Ritual Dan Keagamaan Sahaja
Di dalam kes ini, Artikel 3 diperbahaskan terutama pada perkataan 'agama' bagi menentukan hukum Islam Suzie Teoh yang sah di sisi undang-undang Islam itu, juga sah di sisi perlembagaan dan undang-undang sivil. 
Pentafsiran perkataan 'agama' telah dirujuk kepada standard Perlembagaan Komenwel disebabkan Perlembagaan Malaysia adalah di bawah naungan Komenwel. 
Maka, takrifan yang digunapakai adalah perkataan 'agama' ini membawa maksud 'religion' iaitu tertakluk kepada urusan ritual dan keagamaan sahaja seperti yang diamalkan oleh negara Komenwel lain di Eropah.
Dengan penafsiran ini, maka Islam Suzie Teoh dikatakan tidak sah kerana Islam sebagai agama bagi Persekutuan hanya pada urusan ibadah dan keagamaan sahaja, bukan hukum hakam.
Apabila dirujuk kepada Artikel 11 yang menghalang orang di bawah 18 tahun mengubah agamanya dan Artikel 4 yang mengatakan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan akan terbatal, maka Suzie Teoh dihukumkan sebagai tidak sah di sisi undang-undang sivil. 
Namun, atas jasa Tun Salleh Abas yang menyorokkan fail perbicaraan selama 2 tahun dan membacakan keputusannya setelah Suzie Teoh berumur 18 tahun, maka selamatlah aqidah seorang anak Cina!
TGHH mengajukan cadangan pindaan ini demi untuk keselamatan aqidah dan kepentingan umat Islam. Dengan menukarkan takrifan 'agama' daripada 'religion' kepada 'Ad-Din', maka Islam diiktiraf oleh perlembagaan sebagai cara hidup. Ia merangkumi ibadah, hukum hakam dan undang-undangnya. 
Dengan pindaan ini, hukum hakam Islam menjadi sebahagian daripada perlembagaan. Ia akan menyelesaikan pelbagai masalah termasuk ancaman liberal dan LGBT yang kerap menggunakan Artikel 10 (kebebasan bersuara) sebagai hujah dan juga menyelamatkan aqidah umat Islam dari murtad yang kerap menggunakan Artikel 11 (kebebasan beragama) sebagai hujah untuk murtad.
Namun, saya ingin bertanya kepada ISMA dan mohon menjawab dengan jujur. Siapakah suara Melayu Islam pertama yang membantah dan tidak bersetuju dengan idea terbaik ini malah menuduh ia mainan politik PAS? 
Jika tidak tahu jawapan, saya ingin memberitahu merekalah pemimpin Melayu Islam kita iaitu UMNO! PAS membawa satu cadangan pindaan perlembagaan yang penting demi kebaikan umat Islam, yang menentangnya adalah orang Melayu Islam yang ingin disatukan dengan PAS oleh ISMA iaitu UMNO. 
Maka, bagaimana PAS dikatakan punca perpecahan Melayu sedangkan PAS dikhianati oleh rakan sebangsa dan seagama hanya kerana dendam politik!
PAS Terus Menerus Dikhianati
ISMA memberikan idea perpaduan Melayu Islam, saya pula membantu dengan memberikan dalilnya. Di dalam Al Quran, surah Ali Imran ayat 103 berbunyi :

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللّهِ جَمِيعاً وَلاَ تَفَرَّقُواْ

Bermaksud : Berpeganglah kamu semua dengan tali (agama) Allah dan janganlah berpecah belah.
Bersatu di sini hendaklah di atas ajaran Islam, menepati kehendak Al Quran dan Hadith, selaras dengan prinsip-prinsip yang Islam gariskan sesuai dengan Islam yang terkenal sebagai agama syumul dan lengkap. 
Bertepatan dengan ayat ini, UMNO dan PAS mampu untuk saling bantu-membantu, bersatu pada perkara yang memberikan keuntungan kepada umat Islam. 
Walaupun berbeza parti, tetapi atas dasar satu agama dan bangsa, kerjasama boleh terjalin demi kebaikan umat Islam.
Terdapat banyak peluang lain yang boleh menyatukan UMNO dan PAS. Contoh ringkas yang dapat saya berikan seperti isu hudud, royalti minyak Kelantan, sekolah agama rakyat (SAR), pergerakan dakwah, matlamat negara Islam, pendidikan agama, masalah hedolisme dan pelbagai lagi isu yang tidak dapat saya sebutkan semuanya.
Semua yang disebutkan ini adalah masalah dan isu utama umat Islam di Malaysia di mana selagi ianya tidak selesai, maka perpecahan dan kelemahan umat Islam akan menjadi lebih besar dan membarah.
Sekali lagi saya ingin bertanya, siapakah yang menggagalkan semua ini kerana dendam politik? Rakyat Kelantan 90% adalah Melayu Islam. 
Pengkhianatan UMNO terhadap royalti milik rakyat Kelantan telah menyebabkan mereka terjerut dengan kemiskinan dan masalah kewangan sejak sekian lama.
Undang-undang hudud dihalang perlaksanaannya, ia merupakan pengkhianatan kepada hukum Allah. Seruan wajib bersatu yang dinyatakan oleh Ustaz Usul Fiqh ISMA sepatutnya ditujukan lebih khusus kepada UMNO. 
Pengkhianatan UMNO inilah yang merupakan titik permulaan kepada perpecahan dan masalah lebih besar kepada umat Islam di negara kita.
Saya memohon ISMA untuk menyeru kepada UMNO untuk membantu PAS di dalam menyelesaikan masalah ini demi kebaikan umat Islam. ISMA sebagai NGO Islam boleh meminta UMNO untuk menyokong pindaan Artikel 3 yang TGHH cadangkan. 
Minta juga UMNO untuk membantu perlaksanaan hudud di Kelantan. Cadangkan juga agar royalti minyak diberikan kepada kerajaan Kelantan. 
Kemudian mohon untuk memberikan bantuan kepada SAR. Meminta kerajaan tidak menyekat pendakwah yang diakui ilmunya untuk berdakwah. 
Membantu PAS untuk merealisasikan negara Islam dan membantu untuk menerangkan kepada bukan Islam tentang keindahan Islam. Laksanakan pendidikan agama yang lebih kukuh dan menggarap hiburan yang dibenarkan Islam di Malaysia.
Maka, hukum haram tidak bersatu yang ISMA ingin lontarkan sepatutnya kepada UMNO. Tetapi apa yang berlaku di sebaliknya. 
PAS terus menerus dikatakan punca perpecahan orang Melayu hanya kerana PAS bekerjsama dengan DAP sedangkan PAS banyak mengusahakan untuk menyelesaikan masalah perpecahan, aqidah, ekonomi, pendidikan dan serangan sekularisme terhadap umat Islam. Namun,adakah UMNO membalasnya?
Di sinilah kelihatan jelas kecelaruan ISMA yang kedua iaitu seruan dan tindakan dibuat tanpa melihat realiti yang berlaku
Hinggakan seruan yang sepatutnya lebih ditujukan kepada UMNO, diarahkan kepada PAS. PAS dikatakan haram berkerjasama dengan DAP sedangkan ia perlu dilontarkan kepada UMNO yang banyak mengkhianati umat Islam.
Iklim Politik Negara Memerlukan PAS Untuk Bergabung
Di dalam lapangan politik, PAS selaku satu-satunya parti yang berteraskan Islam, yang memperjuangkan syariat dan perlaksanaan Islam di dalam pemerintahan negara tidak mampu untuk menang dengan sendirinya 112 kerusi Parlimen bagi mendapat majoriti mudah, apatah lagi 148 kerusi untuk majoriti 2/3. 
Waqi' politik di Malaysia memerlukan PAS untuk bergabung dengan parti-parti lain bagi membentuk kekuatan menguasai majoriti di Parlimen, seterusnya menubuhkan kerajaan untuk menjalankan dasar yang diperjuangkan.
Bagi idea bergabung ini, suka saya membawakan satu ayat dari surah Al Ma'idah ayat ke 2 di hujungnya berbunyi :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Bermaksud : Dan bertolong bantulah kami dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan dan jangan kamu bertolong bantu dalam perkara kemungkaran dan melampaui batas. Bertaqwalah kepada Allah sesungguhnya siksaan Allah itu amat berat.
PAS mesti mencari rakan parti yang membantu ke arah kedua-dua perkara ini iaitu kebaikan dan ketaqwaan. Dengan ayat mudah, PAS mesti mencari rakan politik yang membolehkan PAS melaksanakan perjuangan dan dasar Islam yang dibawa seperti negara Islam dan hudud. 
Namun, sejauh manakah PAS mampu mencari rakan yang boleh bersama membawa dan menjayakan dasar Islam yang PAS bawa?
Tiada Yang Terima Dasar Islam, Bagaimana Pula Dasar Kebaikan Dan Keadilan?
Kita sedia maklum, tiada mana-mana parti selain PAS yang ingin membawa dasar Islam di dalam pemerintahan negara. ISMA mungkin mengatakan UMNO membawa dasar Islam, saya serahkan kepada para pembaca samada untuk bersetuju atau tidak. 
Bagi saya, tiada selain PAS yang membawa dasar Islam. UMNO dengan kebangsaan dan sekularnya, MCA dan MIC juga dengan bangsa mereka dan sekular, PKR dengan sosialisnya, DAP dengan sekularnya. 
Maka, dengan pertimbangan apa pula seterusnya untuk PAS mencari kawan politiknya?
Jika dasar ketaqwaan tidak dapat dicari, maka ciri kedua yang menjadi penentu siapakah rakan politik PAS adalah kebaikan, keadilan, dan ketelusan. 
Elemen ini amat dituntut dalam Islam dan menjadi ciri-ciri utama pemerintahan yang dicadangkan Islam. Seperti tercatat di dalam kitab Tafsir Qurtubi bahawa perkataan 'Al Bir' itu membawa maksud kebaikan yang khusus untuk sesama manusia. 
Maka, siapakah di kalangan parti-parti politik selain PAS yang mendokong dasar keadilan dan ketelusan ini.
Jika ISMA menjawab UMNO, saya serahkan sekali lagi beserta senyuman kepada para pembaca untuk menilai. Dalam penilaian PAS, UMNO-BN adalah sangat jauh dari ciri keadilan dan ketelusan ini. 
Sudah menjadi rahsia umum bahawa BN terutamanya UMNO adalah terkenal dengan rasuah, penyelewengan, pembaziran, ketidaktelusan dan korupsi. 
Sejak 50 tahun lalu terutamanya dua dekad terakhir ini, berapa billion wang negara lesap, samada melalui pembaziran, ketirisan dan penyelewengan.
Tiada Kerjsama Dengan Parti Rasuah!
Di sinilah PAS melihat terdapat persamaan perjuangan keadilan, ketelusan dan kebaikan ini pada PKR dan DAP. Ini terbukti sepanjang 4 tahun pemerintahan mereka di Selangor dan Pulau Pinang. Rekod menunjukkan betapa banyak penjimatan dapat dibuat, betapa banyak pendapatan dijana dan betapa banyak hasil dipulangkan kepada rakyat. 
Manakala cuba cari mana-mana pertuduhan penyelewengan dan ketirisan yang dapat dibuktikan di mahkamah disabitkan kepada mereka. Nilai inilah yang menjadi titik persamaan mereka dengan PAS. 
Walaupun tidak membawa dasar Islam seperti PAS, mereka membawa dasar keadilan yang diperjuangkan Islam. Ia sangat berbeza dengan UMNO di mana Islam tidak diperjuangkan, manakala penyelewengan menjadi imej utama UMNO.
Bertepatan dengan ayat Quran di atas tadi, PAS sama sekali tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan UMNO selagi mana UMNO kekal dengan budaya rasuah, pembaziran, ketirisan, penyelewengan dan ketidaktelusan
Ini adalah kerana PAS selaku parti memperjuangkan keadilan Islam, jika bergabung dengan UMNO seolah-olah akan memadamkan dosa penyelewengan UMNO dan meredhai kezaliman yang UMNO lakukan. 
Penggabungan dengan UMNO juga akan memberikan kekuatan politik dan kemenangan moral kepada UMNO untuk terus memerintah negara dengan budaya penyelewengan yang berterusan.
Bersama DAP dan PKR juga, PAS dapat melaksanakan dakwah Islam dengan lebih luas, jauh lebih baik daripada zaman tahalluf siyasi dengan UMNO-BN pada tahun 1969-1978. 
PAS diberikan ruang seluasnya untuk menerangkan Islam. Dakwah Islam diterima dengan sangat baik. Dakwah disampaikan pada semua golongan tidak kira Mat Rempit, artis, pegawai kerajaan, orang seni, sasterawan, tua, muda, kaya, miskin. Tidak pernah lihat masyarakat menerima Islam secara afwaja seperti hari ini.
Peluang menjadi sebahagian daripada kerajaan di beberapa buah negeri digunakan sepenuhnya untuk menyampaikan Islam. Hinggakan isu yang dahulunya menjadi ketakutan kepada bukan Islam seperti hudud dan negara Islam, kini orang bukan Islam telah memahaminya dengan baik, malah duduk sekali di dalam majlis dakwah umat Islam! 
Sangat berbeza dengan UMNO sehinggakan hasrat untuk melihat satu ceramah agama dan dakwah di Putrajaya International Convention Centre pun dibatalkan hanya kerana ustaz yang akan menyampaikan ceramah itu dilabel sebagai Ustaz PAS. Apa kata ISMA dalam hal ini?
Tahulluf Siyasi PAS
Atas pertimbangan inilah ulama PAS membuat keputusan untuk mengadakan apa yang dinamakan tahlluf siyasi (kerjasama politik) bersama DAP dan PKR berdasarkan persamaan di dalam perjuangan menentang kezaliman dan rasuah.
Adapun kerjasama ini sama sekali tidak akan membuatkan PAS mengorbankan perjuangan Islam yang dibawa sekian lama. PAS kekal dengan prinsip dan cita-cita untuk menegakkan Islam sepenuhnya di dalam negara, walaupun secara berstrategi.
Tidak dinafikan terdapat 'usikan nakal' rakan-rakan PAS berkenaan hasrat PAS ini. Tetapi, PAS tidak membalasnya dengan hunusan keris, pekikan Hang Tuah apatah lagi dengan senaman punggung. 
PAS balas dengan penerangan demi penerangan disamping kekal bertegas dengan prinsip. Hasilnya, DAP dan PKR kini mengenali PAS bukan parti yang mudah mereka umpan untuk meninggalkan perjuangan Islam. 
Hasil ini jauh lebih baik dari 'dakwah' UMNO kepada MCA sehinggakan UMNO diam menikus apabila MCA menjerkahnya berkenaan isu hudud!
Namun, kenapa ISMA seolah-olah tidak mahu faham dan terus menerus mempertikaikan ijtihad politik PAS ini. PAS bersama ulamanya yang merupakan ahli di dalam lapangan jihad siasah di Malaysia langsuung tidak dihormati oleh ISMA. 
ISMA terus menerus menganggap PAS salah segalanya dan ISMA betul segalanya. Walaupun yang diseru adalah penyatuan Islam, tetapi tahalluf siyasi inilah yang dipermainkan ISMA setiap hari.
Inilah kecelaruan ketiga yang melanda ISMA iaitu bertindak mengatasi bidang pengkhususannya sehingga menafikan ijtihad ahli bidang tersebut.
Di Manakah Pendirian ISMA?
Di dalam kelantangan ISMA menghukum PAS, saya ingin bertanya, di manakah pendirian ISMA di dalam isu-isu penyelewengan dan ketidaktelusan yang berleluasa di negara kita. 
Dalam isu rasuah NFC, di manakah suara ISMA? Adakah perjuangan mempertahankan hak rakyat bukan agenda umat? Di dalam isu Bersih dan penyelewengan pilihan raya, apakah pendirian ISMA? 
Tak mengapa, saya dah tahu. Tak perlu perjuangkan sangat kerana umat Islam belum menjadi suara majoriti. Lagipun ia tidak membawa agenda umat!!
Mampukah ISMA bersuara lantang di hadapan UMNO untuk menentang penyelewengan seperti lantangnya mereka mengkritik PAS. Adakah ISMA ingin menafikan membersihkan negara dari penyelewengan dan ketidakadilan bukan keutamaan di dalam pemerintahan Islam. 
Saya pasti, ramai ahli ISMA yang ikhlas untuk mendapat tarbiyah, mengenal Islam dan mendapat bimbingan dakwah merasa kecewa dan keliru dengan kenyataan dan pendirian yang pimpinan ISMA keluarkan setiap hari.
Inilah tiga kecelaruan yang dapat saya kenal pasti berlaku kepada ISMA. Ia tidaklah sebesar krisis identiti PAS yang didakwa oleh ISMA sebelum ini. 
Saya menyeru ISMA untuk kembali kepada pendirian yang benar iaitu NGO yang bebas, mengkritik dengan ikhlas dan seimbang, berpandukan penilaian Islam yang syumul, menghormati ijtihad jemaah lain dan bertolong bantu pada keadilan dan kebaikan.
Jika tidak, ISMA sedang merosakkan thiqah masyarakat kepadanya dengan terus-menerus membiarkan dirinya dipergunakan oleh pihak berkepentingan untuk kelangsungan kuasanya samada secara sedar atau tidak sedar. 
Pendirian senget sebelah yang dikemukan dibimbangi menjadi tongkat kekuatan buat pihak yang rasuah. ISMA boleh menafikan, tetapi tindakan pimpinan mereka membenarkannya. 
Mohon berlapang dada dengan artikel terbuka yang kurang ilmiah ini, bukan dari orang besar pun. Hanya teguran ikhlas dari seorang hamba Allah yang biasa.
Mohd Azrul Azuan bin Idris
Bukan pakar Usul Fiqh
21 Mei 2012, 9.36 malam.
Hussien, Kaherah.

Read more ...

SERTAI PAS LAGI!!! Video dua orang kuat UMNO keluar UMNO

Dua orang kuat UMNO keluar UMNO sertai PAS . Abdul Ghani Kader dan Muhammad Hassan bertahun-tahun bergiat dengan UMNO tidak mahu lagi bersama dengan parti berkenaan sudah tidak sesuai dengan mereka. Mereka keluar bersama 42 lagi ahli UMNO yang keluar parti.


Borang menjadi ahli PAS diserahkan kepada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu majlis khas di Bachok, Kelantan.

Read more ...

VIDEO PENJELASAN!!! UMNO berbohong, Zaid Hanafiah tidak kembali kepada UMNO setelah sertai PAS


pemuda pas
Zaid Hanafiah yang lebih dikenali Zaid Galaksi bersama 14 ahli UMNO Lekir telah sertai PAS baru-baru ini yang diraikan oleh Dato' Seri IR Nizar Jamaluddin sebagai Adun Pasir Panjang. Ia memberi impak kepada UMNO Bahagian Lumut terutama Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Ketua Bahagian merangkap Menteri Besar Perak yang tidak senang dengan perkara ini. Bahkan UMNO Lumut melakukan 'spin' dengan mengatakan Kumpulan 15 (G15) ini telah kembali kepada UMNO.

Kisah mereka sertai PAS dari blog ManjungMari, klik
- Kerana mu Zambry, Mereka keluar dari parti UMNO Bahagian Lumut..

Ikuti wawancara santai ini oleh Team MediaPerak.Com bersama Zaid ke atas pertuduhan kembali kepada UMNO, pengalaman ketika dalam UMNO dan penyertaan sebagai ahli PAS.Otai Manjung

Read more ...

MAKLUMAT DALAMAN!!! Najib tak jadi bubar parlimen kerana kedudukan PR 105 - BN 117


Pakatan Rakyat Kini Yakin Menang 105 Kerusi

Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yakin Pakatan Rakyat mampu meraih sekurang-kurangnya 105 kerusi parlimen pada pilihan raya akan datang.

Lima atau enam bulan lalu, BN beranggapan bahawa Pakatan hanya mampu memenangi 92 kerusi, kata Rafizi ketika melancarkan jentera pilihan raya parti itu semalam.

Namun selepas kajian semula, Umno tahu bahawa parti itu akan berdepan dengan pembangkang yang mempunyai kekuatan 105 kerusi, katanya lagi.

Oleh yang demikian, Rafizi menggesa jentera parti untuk bekerja lebih keras demi mendapatkan 10 lagi kerusi bagi membolehkan Pakatan meraih majoriti mudah.


Sekiranya berjaya mendapat 105 kerusi, Pakatan memerlukan tujuh lagi untuk membentuk kerajaan.

Bagaimanapun, jumlah perbezaan kerusi yang kecil sahaja cukup untuk menggugat BN dan menyebabkan perbuatan lompat parti berlaku sekali lagi, serta peralihan kepimpinan dalam kerajaan.

Read more ...

BUAT HABIS DUIT MINYAK!!! 6 kereta polis ke pejabat PKR, 7 kereta polis ke rumah Cikgu Bard hanya nak serah surat saman


 
Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Badrul Hisham Shaharin memberitahu, sebanyak tujuh kenderaan polis dengan lebih kurang 32 anggota menyerbu ke rumahnya dekat sini pada pukul 2.20 petang tadi.

Menurut FB beliau, anggota terbabit kemudian
menyerahkan waran meminta beliau hadir ke Mahkamah Jalan Duta esok pada jam 9.00 pagi.

Wow, ramainya anggota polis semata-mata untuk serahkan waran!!
 
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebentar tadi menerima surat saman meminta kedua-dua mereka supaya hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta jam 9 pagi esok. 
 
Anwar dan Azmin diminta hadir ekoran keganasan yang tercetus semasa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu di Dataran Merdeka.
 
 Adalah dipercayai ia berkaitan juga dengan isu arahan supaya peserta himpunan bersurai secara aman sebelum polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan pancutan air kimia hingga menyebabkan kelam kabut berlaku sehingga jam 6 petang.
Masih belum dapat dipastikan akta mana yang akan digunakan untuk mendakwa kedua-dua mereka kerana masih berbincang tindakan seterusnya.

Sementara itu, ibu pejabat PKR di Merchant Square, Petaling Jaya dikejutkan dengan kehadiran enam buah kereta peronda polis hanya semata-mata mahu menghantar dua notis saman ke atas kedua-dua pemimpin PKR tersebut.


Insiden tersebut seolah-olah Anwar dan Azmin adalah penjenayah besar Umno-APCO yang mesti diberkas! ~
jalanpulang

Read more ...

TERKINI!!!100 peneroka Kesedar Chalil isytihar keluar UMNO



GUA MUSANG: Impian Umno mahu menawan Kelantan semakin tergugat apabila 100 lagi ahli dan penyokong parti itu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai PAS.

Malam tadi seramai 100 bekas ahli dan penyokong Umno di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Chalil dekat sini menyerah borang menyertai PAS yang diketuai bekas anggota jawatankuasa Umno Cawangan Chalil, Mat Ali Ibrahim, 62.

Mat Ali yang menyertai RKT Chalil pada 1983 mewakili rakan-rakan menyerah borang kepada Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Hadir sama pada ceramah Selamat Tinggal Umno, Ketua Pemuda PAS Negeri, Abdul  Latiff Abdul Rahman, Yang Dipertua PAS Gua Musang, Abdullah Husin, Penyelia Parlimen Gua Musang, Dr Zulkifli Muhamad dan Penyelia Dun Paloh, Saharudin Mustafa.

Mat Ali yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Adun Paloh, Datuk Nozula Mat Diah berkata, beliau berjuang bersama Umno selama 40 tahun.

“Saya melihat dan merasai sendiri apa yang berlaku dalam Umno sepanjang tempoh tersebut. Sebelum ini saya diam sahaja terhadap banyak penyelewengan yang berlaku.

“Namun sekarang saya tidak mampu pendam lagi. Sebab itulah saya dengan sokongan kawan-kawan  mengisytiharkan keluar Umno beramai-ramai malam ini,” katanya ketika ditemui selepas ceramah tersebut.

Beliau juga mengakui berlaku perbezaan yang jauh di antara PAS dan Umno, di mana rakyat boleh merasai sendiri program berkebajikan yang dilaksanakan di Kelantan sekarang.

Manakala rakannya, Che Ghani Che Mat, 60 yang masih memiliki nombor keahlian Umno berkata, dasar perjuangan Umno tidak sesuai dengan perkembangan semasa yang berlaku sekarang.

Katanya, perjuangan Umno sudah jauh ketinggalan zaman kerana ia hanya sesuai pada zaman menuntut kemerdekaan sahaja.

“Sebab itulah sekarang mereka melakukan apa sahaja bagi menarik sokongan rakyat termasuk umpan wang ringgit.

“Namun peneroka sekarang sudah celik. Kami sebagai peneroka sudah lama merasai ditipu pemimpin Umno. Nasib peneroka masih di tahap lama dan tidak berubah,” ujarnya.

Read more ...

SYABAS DATO' FAUZI!!! Semakin bertambah orang cerdik menyertai PAS



Ceramah malam tadi di Ulu Sepetang, penuh sesak dengan kehadiran orang ramai yang datang untuk menyaksikan sendiri satu sejarah tanah air yang akan berlaku diatas pentas PAS.

Saya menjangkakan orang akan berpusu-pusu kesana, maka saya dan tiga rakan yang lain mula bertolak dari Ipoh pada jam 6.00 petang lagi bagi mengelakkan kesesakan.

Padang bola yang agak luas di mana ceramah itu diadakan tidak mampu menampung kehadiran orang ramai. Mereka ada yang terpaksa berlonggok di luar padang sahaja kerana padang dah sendat !

Mereka semua mahu menyaksikan dengan mata kepala sendiri mengenai bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Dato Fauzi Shaari menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS, Tuan Guru Hadi Awang .

Turut hadir ialah Timbalan Presiden, Hj Mohamad Sabu, Pesuruhjaya PAS Perak, Ust Abu Bakar Husein, Ketua PKR Perak, Dr Mohd Nur Manuty serta lain-lain pemimpin PAS negeri.

Uztaz Ikmal selaku pengerusi majlis telah mengesahkan mengenai kehadiran beberapa orang dari kalangan Umno tempatan yang beliau kenali.

Ada juga yang memberitahu saya, mengenai kelibat Hasbullah Elias, adik Kazim ala Kazam juga ada di situ bersama di antara 10,000 lebih para hadirin.

Ingatkan dia ni nak gi jerkah macam DS Nizar buat hari tu, rupa-rupanya dia ni penakut. Dia mencicit keluar dari tempat ceramah itu apabila dia merasakan kehadirannya disedari oleh beberapa orang PAS di situ. Mereka yang ada kamera tidak sempat mengambil gambarnya untuk dijadikan kenang-kenangan....


Walau apa pun, kita berharap, mereka datang dengan niat yang baik dan apabila balik kerumah akan muhasabah diri mengenai penglibatan mereka bersama Umno selama ini.

Penampilan Dato Presiden dan Timbalannya seolah-olah dibayangi oleh kehadiran Dato Fauzi yang sekadar mahu mengesahkan penyertaannya ke dalam PAS, dan memperkenalkan dirinya kepada orang ramai.

Tatkala menjelaskan hierarki organisasi polis, beliau menyifatkan kedudukannya sebagai orang nombor tiga adalah ’kecil’.

"Yang besar ialah Timbalan KPN, yang besar, KPN, yang besar lagi, Perdana Menteri; yang besar lagi? ” Di sini beliau berhenti untuk menunggu jawapan para hadirin.Mungkin beliau mengharapakan orang ramai akan memberi respon spontan dengan berkata "Allah!”

Tetapi tanpa diduga, ada yang memecahkan kesunyian ketika itu dengan melaungkan nama 'Rosmah!’


Odiens pakat gelak kerana berasa lucu dengan reaksi tersebut. Saya perhatikan, Dato Fauzi sendiri terpaku hampir 10 saat kerana menahan dirinya dari ikut ketawa. Maklumlah, orang baru saja bersara – etika kepolisiannya masih tebal dan terbawa-bawa, perlu jaga disiplin depan orang ramai, betulkan Dato?

Beliau kemudiannya dengan sinis berkata, "Siapa saja yang besar!" Nampak terserlah sikit sense of humour Dato Fauzi. Syabas Dato!

Agaknya, sampai di rumah malam tadi, tentu Dato Fauzi terguling-guling atas lantai melepaskan rasa nak ketawanya yang terpaksa di pendam!


Semua kita gembira malam tadi. Lihatlah gambar diatas ini menceritakan segalanya. Mereka yang berniaga berasa gembira juga kerana barang dagangan habis laku. Orang-orang Pakatan Rakyat gembira diatas penyertaan Dato Fauzi ke dalam PAS. Hanya orang-orang Umno sahaja yang berdukacita dan nestapa.alhusseyn


Saya menyeru orang-orang Umno supaya menuruti jejak langkah Dato Fauzi yang bijak itu.Marilah bersama dengan orang-orang yang bijak dan tinggalkan Umno untuk menaikan semula mertabat negara Malaysia ini.

Read more ...