Tuesday, February 1, 2011

Gobala keluar PKR, ada kira-kira ?

Gobalakrishnan tertekan

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh-eI1ng6Or8A0gkqr2yesgFrJwhWpa_nv8LaW1WUlH9LLueGfdTUUr3JslAfLAgd4UPrD_S3P9HhHeBR5Abj4QlSBpznhsmKGuEHhq0lpzN6Mx_NS6avfNBgte3z7Ckg5HN2ryogzT0kM/s320/untitledb.bmpSHAH ALAM, 2 Feb. : Timbalan Pengerusi Biro Pendidikan PKR, Yaakob Sapari mendakwa tindakan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan keluar parti adalah disebabkan tekanan daripada pihak tertentu.

Yaakob mendakwa, tekanan tersebut termasuklah tindakan undang-undang menerusi pendakwaan kes di mahkamah yang dihadapi Gobalakrishnan.

Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan itu berkata, tekanan tersebut menyebabkan ada dalam kalangan wakil rakyat PR yang menjadi mangsa keadaan dan ada yang bertindak menyerang parti sendiri.

“Dalam kes Gobalakrishnan ini, kita dapat lihat beliau menyerang parti setelah kes beliau di mahkamah dan berhadapan kemungkinan akan kehilangan kerusi Parlimennya.

“Beliau menjadi mangsa tekanan pihak tertentu yang sentiasa menjadikan wakil rakyat PR sebagai sasaran,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Yaakob berkata, keputusan Gobalakrishnan bukan sesuatu yang memeranjatkan kerana beliau dikatakan enggan menjawab surat tunjuk sebab PKR yang dikemukakan pada 4 Januari lalu.

Gobalakrishnan masih menghadapi risiko hilang kelayakan sebagai wakil rakyat apabila beliau didenda RM3,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret pada 14 Mei 2010 lalu.

Sebelum ini, Gobalakrishnan didapati bersalah mengikut Seksyen 186, Kanun Keseksaan terhadap pertuduhan menghalang penjawat awam menjalankan tugas pada tahun 2002.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Utama di Bukit Mertajam kira-kira jam 12.20 tengah malam, 29 Januari 2002.

Beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang kira-kira 30 penyokong PKR.

Read more ...

Banjir : Kerajaan Pakatan bantu kerajaan BN

Selangor bantu mangsa banjir

SHAH ALAM , 2 Feb. : Kerajaan Selangor akan menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pahang, Melaka dan Johor sebagai satu usaha berterusan setelah berjaya membantu mangsa banjir di Kelantan dan Kedah tahun lalu.

Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, beliau bersama beberapa pemimpin negeri akan turun menghulurkan bantuan berupa keperluan asas di Johor mulai esok hingga 4 Februari 2011.

Manakala, bagi Pahang pula, beliau berkata, pihaknya akan turun ke kawasan yang mengalami musibah tersebut pada 5 Februari untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

”Kita akan bantu mangsa banjir ini, setibanya di lokasi yang terjejas kami akan menganalisis kawasan manakah yang teruk terjejas untuk mendapat perhatian khusus.

”Saya sendiri akan turun padang menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, tindakan berterusan Kerajaan Negeri ini menunjukkan bahawa pihaknya tidak memilih rakyat di sesuatu kawasan sahaja.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sentiasa menganggap musibah banjir seperti ini sebagai satu tanggungjawab yang perlu dipikul bersama tanpa mengira fahaman politik.

”Saya kini masih lagi berada di Kelantan bagi meneruskan usaha menghulurkan bantuan kepada mangsa di sana, dan kemudian kita akan beralih ke selatan tanah air pula,” katanya.

Kerajaan Selangor sebelum ini pernah menghulurkan bantuan keperluan asas kepada mangsa banjir di Kelantan, Kedah dan juga Pakistan.

Kelmarin, banjir di Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Sabah dilaporkan bertambah buruk dan mengorbankan tiga nyawa selain beribu orang dipindahkan.

Dua mangsa yang terkorban melibatkan kejadian banjir di Johor manakala satu lagi kes kematian akibat banjir berlaku di Melaka.

Read more ...

Hosni Mubarak angkuh tidak mahu berundur

Janji Tak Tanding Sept. Ini, Enggan Undur Sekarang


KAHERAH 2 Feb. : Presiden Hosni Mubarak mengumumkan tidak akan bertanding semula pada pemilihan September ini sambil menolak tuntutan agar meletakkan jawatan segera dan meninggalkan negara.

Menurut laporan yang dikeluarkan BBC, Hosni tidak memberikan sebarang kata dua sama ada akan meletakkan anak lelakinya sebagai pengganti beliau nanti.

Pengumuman Hosni itu dibuat ketika ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Mesir menggesa beliau segera berundur.

Namun pemimpin yang menerajui bumi Mesir sejak tiga dekad itu bertekad hanya akan mati di utara Afrika itu.

Sementara, Al-Jazeera melaporkan, seusai Hosni menyampaikan ucapan, penunjuk perasaan dan penyokong-penyokong kerjaaan bertempur di Iskandariah, bandar Mediterranean, dan bunyi tembakan juga kedengaran.

Hosni hanya berucap selama 10 minit dengan nada tegas seolah-olah tidak menerima sebarang tekanan daripada demonstrasi yang berlangsung selama beberapa hari.

Dalam keadaan sedikit murung, Hosni, 82 tahun mengakui beliau ada melakukan kesalahan sepanjang tiga dekad memerintah Mesir, namun berkata, pengumumannya untuk tidak bertanding pada penggal keenam, tiada kaitan dengan rusuhan yang berlaku.

Tunjuk perasaan di Mesir itu menyusul pergolakan politik di Tunisia, satu lagi negara Islam.

“Saya memberitahu anda semua dengan jujur, tanpa mengira keadaan semasa, saya tidak pernah berhasrat untuk menjadi calon satu lagi penggal,” katanya.

“Saya akan berkhidmat ke arah bulan-bulan terakhir ini untuk membolehkan peralihan kuasa secara aman (dapat diadakan),” kata bekas komander angkatan tentera udara yang mengambil alih kepimpinan pada 1981.

“Ini tanah air saya... saya tinggal di sini, saya berjuang bagi negara ini dan saya mempertahankan negara ini, kedaulatan dan kepentingan negara ini.

“Di bumi ini, saya akan mati. Sejarah akan menilai saya dan kita semua,” kata Hosni, rakan karib Amerika Syarikat.

Sekitar 250,000 hingga dua juta orang dilaporkan berada di jalan-jalan raya di Mesir semalam, himpunan paling besar demonstrasi yang bermula 25 Januari lalu.

Di Washington, Presiden Barack Obama berkata beliau ada bercakap dengan Hosni selepas ucapannya dan rakan sejawatannya “mengiktiraf bahawa status quo tidak boleh berkekalan.”

“Bukan peranan mana-mana negara untuk menentukan siapa pemimpin Mesir. Hanya rakyat Mesir yang boleh berbuat demikian,” kata Obama.

“Apa yang jelas dan apa yang saya katakan kepada Presiden Mubarak ialah, kepercayaan saya bahawa perlu ada peralihan tersusun yang bermakna, ia mesti aman dan ia mesti bermula sekarang,” kata Obama.

Sementara itu, pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, bekas duta Frank Wisner, yang merupakan kawan lama Hosni, telah mengadakan pertemuan dengan presiden Mesir kelmarin untuk menyampaikan mesej Obama bahawa sudah tiba masa baginya berundur.

Read more ...

Cerita pelajar yang selamat tiba di Malaysia dari Mesir

‘Kami dalam ketakutan’

KOTA BHARU. 2 Feb. : Seorang pelajar perubatan Universiti Al- Azhar, Mesir, Tengku Norfar’ain Qistina Tuan Kamarul Baharin yang selamat tiba di tanah air pagi kelmarin menggesa pihak kerajaan membantu membawa pulang rakan-rakannya dengan segera.

Menurutnya, itu adalah pesanan rakan-rakannya di sana kerana keadaan kini amat kritikal, bukan sahaja kebanyakan bank sudah tidak beroperasi sehingga menyulitkan mereka mendapatkan wang tunai, malah bekalan elektrik terganggu serta catuan air yang dilaksanakan beberapa hari lalu.

“Kami hidup dalam ketakutan. Walaupun kediaman saya di Hayyu Sabi’, iaitu kira-kira 15 kilometer dari tempat tumpuan rusuhan, di Dataran Tahrir, Kaherah, namun bunyi bom, tembakan dan jeritan dapat didengari dengan jelas.

“Bayangkan bagaimana keadaan pelajar yang kini berada di kediaman mereka di Kaherah dan kawasan berhampiran rusuhan itu,” katanya.

Tengku Norfar’ain, 21, berkata, bagaimanapun beliau bernasib baik apabila berjaya membeli tiket penerbangan Gulf Air menggunakan kad kredit milik ibu rakannya untuk pulang ke tanah air.

Sementara itu, seorang bapa, Wan Mohd Nawi Wan Hamid, 50, bapa kepada salah seorang pelajar Fakulti Perubatan Universiti Al- Azhar, Mesir, Wan Nur Salsabila, 20, turut menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan segera bagi membawa balik pelajar- pelajar di sana.

Menurutnya, kali terakhir beliau dapat berhubung dengan anaknya minggu lalu, dan dimaklumkan pihak polis telah membawanya ke balai polis secara beramai-ramai bersama rakan-rakan lain.

“Selepas itu, saya tidak lagi dapat berhubung dengan beliau sehingga hari ini, dan hanya mendapat berita mengenainya daripada kakak beliau, Wan Fatin Nabilah, 21, yang menuntut di Jordan,” katanya.

Wan Mohd Nawi berkata, beliau kini dalam kebimbangan memikirkan keselamatan anaknya serta pelajar-pelajar lain di negara berkenaan memandangkan perkembangan terkini yang berlaku di negara berkenaan.

“Saya merayu kerajaan persekutuan menyelamatkan pelajar- pelajar kita di sana tanpa memilih kategori, sama ada mereka pelajar tajaan atau persendirian, keadaan terlalu genting sekarang. Terima kasih kepada KPKM dan Kerajaan Negeri atas tindakan drastik dilakukan bagi membantu kami dan pelajar-pelajar di negara berkenaan,” katanya.SH

Read more ...

Gobala terikut sentimen Umno ?

Gobalakrishnan didakwa terperangkap mentaliti perkauman

http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/07/01/Gobala-sms.jpgPETALING JAYA, 2 Feb. : PKR mendakwa Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, seorang yang terperangkap dengan mentaliti perkauman dan tidak sepatutnya berada di dalam parti yang mengamalkan politik pelbagai kaum.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, parti itu tidak pernah meminggirkan masyarakat India di negara ini, malah ramai pemimpin PKR telah menjawab tuduhan yang dilemparkannya.

“Saya ingin menafikan dakwaan tersebut kerana perkara berkenaan tidak berlaku dalam PKR. Parti ini menjaga semua kaum. Kami melihat perkara ini timbul selepas beliau kalah dalam pemilihan parti dan tidak dilantik menjadi naib presiden.

“Perkara ini juga pernah ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menuduh PKR mengabaikan masyarakat Melayu, tetapi perkara tersebut tidak pernah berlaku. Mereka berbuat demikian bagi menutup kelemahan diri.

“Kami yakin dalam pilihan raya umum akan datang, rakyat tahu menilai dan akan memilih mereka yang membela nasib pengundi sahaja,” katanya.

Nik Nazmi berkata, beliau juga ingin membetulkan laporan yang dikeluarkan oleh sebuah laman portal bahawa 40 peratus anggota PKR adalah masyarakat India, tetapi Gobala mendakwa 90 peratus pemimpin parti adalah dari masyarakat Melayu.

“Sebenarnya daripada 371,612 ahli, Melayu 45 peratus, Cina 11 peratus, India 23 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain hanya 21 peratus.

“Bagi kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat bagi sesi tahun ini hingga 2013, Melayu 62 peratus, Cina 20 peratus, India 12 peratus, Sabah Sarawak dan lain-lain 4 peratus.

“Hakikatnya majoriti besar pimpinan dipilih menerusi sistem satu ahli satu undi dan ahli jelas meletakkan kebolehan, keupayaan serta komitmen kepada perjuangan mengatasi perkiraan perkauman,” katanya.SH

Read more ...

“Walaupun kalah, saya tidak pernah berputus asa dan akan berkhidmat sepenuhnya untuk pengundi di sini"- Cikgu Mala

Cikgu Mala tidak serik

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_0l8pLZzF5xz1skJHej1oow_USRL08ka50f6hN9cntfXqoiqK7CkwedKh-q3yBecV9IlmAGD9IkdZmM4kdc08_SrKB1L7h2TsokczXb08tsc-DP0HTx7kn1iD3wkW2xoW6hkfGjiajqM/s1600/164783_175799195788674_100000757857458_338225_2770150_n.jpgSHAH ALAM, 2 Feb. : Calon Pas dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman bersedia untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang sekiranya diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan parti itu.

Menurutnya, walaupun mengalami kekalahan dengan majoriti 3,707 undi, beliau menerimanya dengan hati yang tenang dan berazam terus berkhidmat terhadap penduduk kawasan itu.

“Walaupun kalah, saya tidak pernah berputus asa dan akan berkhidmat sepenuhnya untuk pengundi di sini. Saya sedia untuk bertanding lagi sekiranya diberi pilihan kerana sebelum ini telah ditarbiahkan untuk 'wala' (patuh) kepada kepimpinan.

“Saya akan terus menumpukan perhatian kepada parti dan sekiranya diberi amanah oleh Pas, saya akan bersedia untuk menggalas tanggungjawab itu memandangkan kerjaya saya adalah untuk mendidik masyarakat mengenai landskap politik,” katanya.

Normala atau dikenali dengan Cikgu Mala ketika dihubungi Sinar Harian semalam berkata, beliau kini banyak melibatkan diri dengan aktiviti kemanusiaan terutamanya membantu mangsa banjir yang melanda negeri itu.

Mengulas mengenai hala tuju dalam bidang kerjaya, beliau memberitahu akan berusaha menumpukan kepada tugas yang dapat membantunya menjana pendapatannya sekeluarga.

“Walaupun memberikan perhatian penuh kepada parti, saya akan menumpukan juga kepada tugas untuk menjana pendapatan keluarga.

“Sehingga kini belum lagi saya terfikir akan perancangan mengenai kerjaya seperti mengajar atau membuka kelas tuisyen, ia bergantung kepada keadaan masa yang ada jika ia tidak menjejaskan tumpuan terhadap keluarga,” katanya

Normala berkata, serangan peribadi yang diterima sepanjang tempoh berkempen tidak menjadi penghalang kepada semangat yang ada dalam dirinya untuk meneruskan perjuangan.

“Apa yang paling penting dalam hidup ini adalah pengiktirafan daripada Allah, bukan pengiktirafan manusia. Saya percaya, Allah akan melindungi individu yang dianiaya dan akan memberikan pahala kepada mereka yang istiqamah.

“Sekali lagi, saya menerima keputusan yang diberikan pengundi dengan berlapang dada dan ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada wakil rakyat baru, Mohd Azahar Ibrahim yang diberi mandat oleh pengundi DUN Tenang,” katanya.SH

Read more ...

Arnab adalah lambang kepada kestabilan, keamanan dan ketenangan

Anwar, Azizah : Tumpu Kepada Keluarga & Amal Kesederhanaan


PETALING JAYA 2 Feb. : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia mengambil semangat tahun arnab mengikut kalander masyarakat Cina untuk memberi tumpunan kepada keluarga, keselamatan mereka dan berusaha mewujudkan lingkungan yang aman.

" Arnab adalah isyarat bertuah serta lambang kepada kestabilan, keamanan dan ketenangan," kata Anwar.

Melalui perutusan Tahun Baru Cina nya, Anwar berkata, keselamatan dan kesejahteraan haruslah dikongsi bersama tanpa mengira kaum bagi mewujudkan suasana yang aman di negara ini.

" Saya yakin hasrat yang demikian murni, iaitu memastikan keselamatan serta kesejahteraan keluarga dan lingkungan juga dikongsi bersama masyarakat Melayu, India, Iban dan Kadazan.

Malah katanya, Pakatan Rakyat akan bersama-sama dengan seluruh rakyat Malaysia untuk melaksanakan hasrat menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang menjamin keharmonian rakyatnya.

Ia selaras dengan dasar yang dibawa oleh gagasan itu yang termeterai pada konvensyen kebangsaan kali kedua yang berlangsung di Kepala Batas akhir tahun lalu.

" Menjelang tahun 2011 Muafakat Pakatan Rakyat telah berhasil menerbitkan satu dokumen penting yang digelar Buku Jingga, zahir dari iltizam kami untuk bersama-sama rakyat Malaysia memastikan kesejahteraan negara ini," katanya lagi.

" Kepada masyarakat Cina saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai!," tambahnya lagi.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula mengingatkan kepada seluruh masyarakat berbangsa Tionghua agar menyambut sambutan Tahun Baru Cina dalam suasana meriah dan aman namun biarlah secara bersederhana.

" Saya yakin sambutan pada tahun ini adalah dalam suasana yang cukup sederhana. Ekonomi negara yang belum keluar dari kekangan kemelesetan pasti terus menekan rakyat. Apatah lagi kegagalan kerajaan mengawal kenaikan harga barangan akibat dari kenaikan harga petroleum nampaknya terus melonjakkan kos sara hidup.

" Justeru, perayaan ini seharusnya disambut dalam suasana yang boleh menjalin perpaduan tulin di antara segenap lapisan masyarakat dan kepelbagaian kaum," katanya lagi.

Namun ujarnya, kebimbangan masyarakat di negara ini bersabit bebanan ekonomi akan dipertahankan oleh Pakatan Rakyat yang akan terus memperjuangkan hak rakyat.

" Buku jingga yang kita galur sebagai tanda aras janji dan iltizam perjuangan, telah kita sebarluaskan agar rakyat melihat jelas program merakyatkan ekonominegara," ujarnya lagi.

Read more ...

Duit tak ada untuk tambang pulang rakyat, duit ada untuk tambang Ro$mah ?

Revolusi Mesir : Adakah Malaysia tiada wang untuk membawa pulang pelajar?


Artikel : Beberapa jam yang lalu sebelum artikel ini ditulis Al Jazeera telah melaporkan hampir 2Juta rakyat Mesir telah berhimpun di Dataran Tahrir bagi mendesak supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan atau

Dijangka lebih ramai lagi yang akan tiba ke dataran tersebut walaupun rejim Mubarak mengarahkan supaya perkhidmatan keretapi memberhentikan operasi sehingga diberitahu.Video dari Al Jazeera sila lihat di (SINI)

Al Jazeera juga telah melaporkan Perdana Menteri Turki, Recap Tayyip Erdogan meminta supaya Hosni Mubarak "mendengar suara rakyat" yang mahukan perubahan dalam pentadbiran politik negaranya.

Dan Jordan juga kini melihat kebangkitan rakyatnya yang mendesak agar Perdana Menteri yang sedia ada iaitu Samir Rifai kerana kegagalannya untuk mengawal harga minyak dan barang makanan yang kini melambung.

Akur dengan kehendak rakyatnya dan bagi mengelakkan apa yang telah terjadi di Mesir turut terjadi di negaranya, Raja Jordan iaitu Raja Abdullah II telah bertindak memecat bukan sahaja Perdana Menterinya malah keseluruhan anggota Kabinet itu. Berita berkenaan sila baca di (SINI)

Suasana di Mesir kini semakin tegang kerana semakin ramai penunjuk perasaan yang mahukan supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan berhimpun beramai-ramai di jalan-jalan sekitar Kaherah.

Tentera Mesir membuat sekatan jalan raya menuju masuk bandar itu dan bandar lain menjelang protes besar-besaran bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Bagaimana dengan nasib pelajar Malaysia di sana kini?

Ketika ini, terdapat lebih daripada 10,000 pelajar Malaysia berada di Mesir.

Ketika kerajaan-kerajaan lain dari seluruh dunia berlumba-lumba menghantar berbagai-bagai pesawat tanpa mempedulikan sebarang kos yang perlu ditangung oleh kerajaan mereka, kerana bagi mereka keselamatan dan nyawa warganegara mereka lebih berharga.

Kerajaan Malaysia masih menimbangkan apakah cara yang terbaik untuk mengeluarkan Pelajar Malaysia di Mesir seolah-olah cara yang dipraktikkan oleh Negara lain dalam mengeluarkan warganegara mereka dari Mesir adalah tidak praktikal.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Kerajaan sedang menimbang menggunakan kapal serba guna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah, untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir.

Perdana Menteri juga berkata, kerajaan telahpun menghantar rombongan pegawai kanan ke Mesir untuk meninjau keadaan terkini di negara terbabit dan memastikan rakyat Malaysia selamat.

Mengenai penggunaan pesawat kargo C-130 Hercules bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir, Najib berkata ia tidak praktikal kerana pesawat kargo terbabit hanya mampu membawa 40 penumpang.

Cuba anda bayangkan berapa lamakah masa yang diperlukan oleh Kapal TLDM KD Bunga Mas kini terlibat dalam operasi antilanun di Teluk Aden untuk sampai di Mesir.

Apakah rombongan yang dihantar oleh Najib itu Super Heroes yang mampu memastikan keselamatan Pelajar kita di sana?

Ketika nyawa pelajar kita diancam bahaya Najib masih memikirkan soal kos yang diperlukan untuk membawa keluar Pelajar Malaysia dari Mesir.

Apakah Malaysia ini kini benar-benar sengkek (tiada duit) hingga tidak mampu untuk menyewa beberapa buah Kapal Terbang selain dari menggunakan pesawat C-130 Hercules milik TUDM itu?

Selama ini kita amat berbangga jika dibandingkan dengan Negara jiran Indonesia, kononnya Negara kita lebih aman dari Negara mereka, kononnya juga negara kitalah yang menyediakan peluang pekerjaan bagi rakyat mereka dan kita juga berbangga kerana Negara kita lebih kaya dari Indonesia.

Tetapi dalam hal membawa pulang pelajar Malaysia dari Mesir ini ianya membuktikan sebaliknya.. ianya membuktikan kepada kita betapa berharganya nyawa rakyat Indonesia kepada pemerintah Indonesia..

Biarpun Negara mereka lebih miskin, Negara mereka jauh ketinggalan dari segi pembangunan jika dibandingkan dengan Negara kita.
AnakSgDerhaka


Read more ...

Kenyataan dua pemimpin zalim yang tidak boleh dipercayai kerana hanya bertujuan mengekalkan kuasa

krisis Mesir : Mubarak umum tidak tanding Presiden

Jam 5 pagi tadi Mubarak umum dia akan mati d bumi Mesir. Dia tidak akan bertanding sebagai presiden akan datang. Rakyat mahu dia undur kini. Berarti pengumuman beliau itu tidak dapat meredakan para penunjuk perasaan yang telah berdemo sejal lebih seminggu di Mesir.

Raja Jordan Bubar Kabinet di Tengah-Tengah Protes

AMMAN, Jordan - Jordan Raja Abdullah II memecat kerajaan pada Selasa berikutan protes jalanan dan meminta seorang menteri bekas perdana untuk membentuk kabinet baru, memerintahkan untuk memulakan reformasi politik baru.


Pemberhentian ini mengikuti beberapa protes besar di seluruh Jordan_ diilhami oleh demonstrasi serupa di Tunisia dan Mesir - menyeru pengunduran diri Perdana Menteri Samir Rifai, yang disalahkan untuk kenaikan harga bahan bakar dan makanan dan melambatkan reformasi politik.

Sebuah kenyataan Royal Palace mengatakan Abdullah menerima pengunduran diri Rifai Ditenderkan Selasa dahulu.

Raja bernama Marouf al-Bakhit sebagai perdana menteri nya-menunjuk, mengarahkan dia untuk "mengambil langkah-langkah cepat dan nyata bagi reformasi politik yang nyata, yang mencerminkan visi kami untuk pemodenan komprehensif dan pembangunan di Jordan," kata kenyataan istana.

Al-Bakhit sebelumnya menjabat sebagai Perdana Menteri Jordan dari 2005-2007.

Raja juga menekankan bahawa reformasi ekonomi adalah sebuah "keharusan untuk memberikan kehidupan yang lebih baik bagi rakyat kita, tetapi kita tidak akan mampu mencapai bahawa tanpa reformasi politik yang nyata, yang harus meningkatkan penyertaan rakyat dalam membuat keputusan."

Dia bertanya al-Bakhit untuk sebuah "penilaian yang komprehensif ... untuk memperbaiki kesalahan masa lalu." Dia tidak rumit. Kenyataan itu mengatakan Abdullah juga menuntut "semakan langsung" dari undang-undang yang menetapkan politik dan kebebasan awam.

Ketika ia naik takhta pada tahun 1999, Raja Abdullah bersumpah untuk terus maju dengan reformasi politik yang diprakarsai oleh Allahyarham bapanya, Raja Hussein. Mereka reformasi membuka jalan bagi pemilihan parlimen pertama pada tahun 1989 setelah jeda 22 tahun, kebangkitan kembali sistem pelbagai dan penamatan kecemasan tentera yang berlaku sejak perang Arab-Israel 1948.

Tetapi sedikit telah dilakukan sejak. Walaupun undang-undang yang berlaku untuk memastikan kebebasan akhbar yang lebih besar, wartawan masih dituntut untuk mendedahkan pendapat mereka atau untuk komentar dianggap memfitnah raja dan keluarga kerajaan.

Beberapa keuntungan telah dibuat dalam hak-hak wanita, tapi banyak yang mengatakan mereka tidak pergi cukup jauh. Abdullah telah ditekan untuk hukuman lebih keras bagi para pelaku "pembunuhan kehormatan," tetapi mahkamah sering menjatuhkan hukuman yang ringan.

Namun, manusia Jordan Nota hak asasi umumnya dianggap lekukan di atas bahawa dari Tunisia dan Mesir. Walaupun beberapa pengkritik raja dituntut, mereka seringkali diampuni dan beberapa bahkan dihargai dengan posting kerajaan.

Hal itu tidak akan jelas ketika al-Bakhit akan namanya Kabinet.

Al-Bakhit adalah ahli politik sederhana, yang menjabat sebagai duta besar Jordan untuk Israel awal dekad ini.

Beliau memegang pandangan yang sama dengan Abdullah dalam menjaga hubungan dekat dengan Israel di bawah perjanjian damai ditandatangani pada tahun 1994 dan hubungan yang kuat dengan Amerika Syarikat, penderma bantuan terbesar Jordan dan sekutu lama.

Pada tahun 2005, bernama Abdullah al-Bakhit sebagai perdana menteri hari selepas pengeboman tiga hotel di Amman dituntut oleh al-Qaeda di Iraq pemimpin, kelahiran Jordan Abu Musab al-Zarqawi.

Selama tempoh 2005-2007 masa jawatannya, al-Bakhit - tentera bekas penasihat perisikan utama awam dan atas - telah dikreditkan dengan menjaga keselamatan dan kestabilan menyusul serangan yang menewaskan 60 orang dan dicap sebagai yang terburuk dalam sejarah moden Jordan.– AP

Read more ...

Sejuta rakyat Mesir berhimpun tuntut Hosni Mubarak letak jawatan


http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0202/Kosmo/Dunia/du_01.1.jpg

KAHERAH - Sekurang-kurangnya satu juta penduduk berhimpun di serata Mesir semalam yang terdiri daripada pelajar, doktor dan penganggur dalam tunjuk perasaan paling besar bagi menuntut peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.

Perhimpunan itu turut berlaku di bandar Iskandariah dan Suez.

Para penunjuk perasaan itu menolak janji pembaharuan yang dibuat oleh Hosni.

Ramai penunjuk perasaan itu melaungkan slogan revolusi dan selamat tinggal buat Hosni.

Tokoh pembangkang yang juga bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Mohamed ElBaradei berkata, Hosni perlu meninggalkan Mesir sebelum pihak pembangkang memulakan rundingan dengan pemerintah mengenai masa depan negara berkenaan.

"Dialog boleh dilakukan tetapi ia akan hanya berlangsung selepas pemintaan daripada penduduk dipenuhi dan yang pertama daripada tuntutan itu ialah Presiden Hosni perlu meninggalkan (negara Mesir)," kata ElBaradei kepada stesen televisyen Al Arabiya.

Pada Isnin lalu, Hosni berjanji tidak akan melakukan kekerasan ke atas para penunjuk perasaan selepas para penentang menggesa sejuta orang berhimpun di Kaherah.

Ramai penunjuk perasaan mengibarkan bendera Mesir, termasuk sebuah bendera tertera perkataan yang meminta Hosni berundur bersama Zine El Abidine Ben Ali.

Zine El Abidine tersingkir sebagai Presiden Tunisia akibat perhimpunan rakyatnya pada bulan lalu.

Ahli-ahli jawatankuasa demonstrasi di bandar Iskandariah memeriksa kad-kad pengenalan para penyokong mereka bagi mengelak anggota-anggota polis cuba mensabotaj perarakan mereka dengan menyamar sebagai penunjuk perasaan dengan tujuan untuk mencetuskan kekacauan.

Di satu sudut kawasan pula, sekumpulan penunjuk perasaan membawa keranda Hosni dalam tindakan simbolik sambil melaungkan slogan: 'Hosni telah mati tanpa pengampunan Tuhan'.

Sementara itu, PBB menganggarkan sekurang-kurangnya 300 orang telah terbunuh dalam pertempuran dengan anggota-anggota polis sejak rakyat Mesir bermula pada 25 Januari lalu.

Mereka menuntut supaya Hosni berundur dan menggesa demokrasi dan peluang pekerjaan baru diwujudkan di Mesir selain rasuah dan pencabulan hak asasi manusia dihapuskan.

Seorang lelaki yang baru keluar dari hospital selepas satu tangannya putus dalam tunjuk perasaan pada Jumaat lepas menyertai semula protes antipemerintah di Iskandariah semalam.

Tangan lelaki berkenaan, Osama Maghazi terpaksa dipotong selepas jari jemarinya hancur terkena tembakan peluru senapang polis Mesir.

Osama yang bekerja di pelabuhan berkata, dia sedang melintas semasa bantahan diadakan pada Jumaat lalu dan terperangkap dalam rusuhan yang tercetus.

"Adalah menjadi hak rakyat untuk menentukan takdir mereka," kata Osama yang berusia dalam lingkungan 30-an.

Menurutnya, dia gembira kerana perbuatan polis mencederakan tangannya mencetuskan tunjuk perasaan besar-besaran pada Jumaat lepas.

"Orang ramai menuntut supaya Hosni disingkirkan, Orang ramai melaungkan slogan satu suara, satu tuntutan," jelas Osama.

Para penunjuk perasaan juga menegaskan bahawa tuntutan supaya Hosni menamatkan pemerintahannya selama 30 tahun adalah suara ramai dan bukan didorong oleh mana-mana parti politik.

Bagi menzahirkan realiti tersebut mereka menjerit kata-kata seperti tiada parti, tiada kumpulan dan ia merupakan revolusi pemuda Mesir.

Satu kain rentang besar yang tertera ayat: 'Kami (penunjuk perasaan) akan mati tetapi Mesir (negara) akan terus hidup.'

Hosni tidak disukai rakyat kerana pemerintahnya didakwa korup selain tiada perkembangan ekonomi dinikmati penduduk.

Ramai penduduk di Mesir miskin selain pemerintah melakukan penindasan politik terhadap para penentangnya. - Agensi

Read more ...

Dah termalu dengan Kuan Yew, tiba-tiba ja serang Tok Guru Nik Aziz

Islam Mahathir dengan Islam Nik Aziz

Attikel : Ketika berperang kata-kata dengan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara tiba-tiba menghunuskan keris beliau kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kerana keengganannya untuk turut serta menghentam Kuan Yew.

Mahathir, tiba-tiba ingin muncul sebagai hero membela Islam dalam menghentam Kuan Yew, yang baru menerbitkan buku terbarunya bertajuk ‘Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going’ menyeru umat Islam di republik itu tidak terlalu berpegang kuat kepada ajaran Islam bagi membantu proses integrasi dan pembangunan negara tersebut, selain mengkritik cara Mahathir melayani pengganti-penggantinya selepas bersara menjadi Perdana Menteri.

Nik Aziz, bagaimanapun enggan terlibat dalam pertengkaran dua pemimpin tersebut, dengan mengatakan bahawa ada orang Melayu-Islam yang turut menolak Islam.

“Kuan Yew hanya cakap jangan pegang Islam kuat sangat berbanding dengan orang Melayu di negara kita yang buang semua (Islam) dan ambil kebangsaan,” Nik Aziz dipetik sebagai berkata.

Ekoran kenyataan Nik Aziz, Mahathir terus menuduh beliau sebagai tidak menyokong Islam kerana lebih utamakan peluang untuk memburuk musuh politiknya di Malaysia daripada mempertahankan serangan terhadap Islam dan penganutnya oleh Kuan Yew.

Namun begitu, serangan Mahathir terhadap Nik Aziz penuh dengan hipokrisi dan kemunafikan Umno, terutama ketika dilihat berlatarkan insiden-insiden terbaru cukup untuk menunjukkan Umno selektif dalam "membela Islam" dan untuk keuntungan politik semata-mata.

Contoh terbaru sifat hipokrisi ini terserlah ketika kempen pilihanraya kecil DUN Tenang yang baru berakhir, di mana Umno gagal untuk memberikan sebarang teguran terhadap pemimpin-pemimpin MCA yang menyerang amalan Islam semata-mata untuk menakutkan pengundi Cina terhadap PAS – satu misi, yang akhirnya gagal dengan teruknya berdasarkan keputusan pilihanraya di mana undi Cina kekal di tangan PAS.

Tiada seorang pun pemimpin Umno, termasuklah Mahathir yang tampil ke depan untuk mengkritik Presiden MCA, Chua Soi Lek atas penghinaan terang-terangan beliau terhadap Muslimat yang enggan bersalam dengan kaum lelaki bukan muhrim.

Disokong dengan kesenyapan Umno dan bermati-mati untuk tidak memohon maaf, Chua yang pernah ditangkap bertelanjang bulat dalam skandal video seksnya, telah secara angkuh mempertahankan kenyataannya. Dan ketika dikritik atas sifat jahilnya terhadap budaya lain, Chua membalas bahawa ‘there was nothing great’ (Apa yang hebat sangat) untuk mengenali amalan agama Islam.

"So what is so great about that? That is your religious values which I don't know. How am I to know when I'm not practising that religion?”

"I have the right to say that it's basic manners to shake hands with people. That's my values. Understand? You also must value my value, which is good manners, which includes shaking hands," Chua dipetik sebagai berkata.

(Apa yang hebat sangat tentang itu? Itu amalan agama kamu yang saya tak tahu. Macammana saya nak tahu jika saya tak pratikkan agama itu?

(Saya mempunyai hak untuk mengatakan bahawa ini adalah sikap sopan-santun yang asas untuk bersalam dengan orang lain. Itu nilai saya. Faham? Kamu mesti juga menghormati nilai saya, iaitu sikap sopan-santun yang baik, termasuk bersalam)

Dalam isu perpecahan umat Islam di negara ini, Mahathir sekali lagi lupa memandang cermin apabila menyalahkan PAS dan Nik Aziz sebagai pemecahbelah orang Islam kepada tiga kumpulan yang menjadi penghalang terbesar kepada ‘perpaduan Melayu’, apabila sejarah jelas menunjukkan bahawa siapa yang memecahkan politik orang Melayu pada tahun 1988 dan 1998.

Pada tahun 1988, pertarungan hebat Mahathir dengan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah untuk menjadi Presiden Umno telah memecahkan Melayu Umno kepada dua, dengan terbentuknya parti Semangat 46 yang menjadi kepada pemangkin kepada gabungan parti pembangkang yang pertama, Angkatan Perpaduan Ummah antara PAS dan Semangat 46 (serta Hamim dan Berjasa).

Satu dekad kemudian, orang Melayu, dan orang Malaysia pada keseluruhannya dilanda kemelut apabila Mahathir mengambil keputusan untuk membuang Anwar Ibrahim daripada kabinetnya, dengan tuduhan-tuduhan yang paling dahsyat yang tidak pernah dilihat dalam sejarah politik orang Melayu.

Ini membuka kepada lanskap politik yang baru dengan pembentukan Parti Keadilan Rakyat, yang kini menjadi salah satu daripada tiga komponen parti terpenting dalam Pakatan Rakyat bersama DAP dan PAS.

Dalam meneruskan hujahnya, Mahathir juga menyoal, teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam apabila mereka memastikan negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam dan juga menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan.

Mahathir, sudah tentunya tidak mengiktiraf masalah yang paling jelas pada saat ini yang mengganggu pemimpin “nasionalis Melayu” iaitu rasuah dan salahguna kuasa yang kian berleluasa.

“Hasil perjuangan nasionalis Melayu negara sekarang diperintah oleh orang Melayu Islam. Mereka mengharamkan arak dalam majlis rasmi Kerajaan, menerap nilai-nilai Islam dalam pemerintahan, membekalkan wang kerajaan untuk kegiatan-kegiatan agama Islam, memudahkan orang Islam buat kerja haji, mendirikan masjid-masjid, menubuhkan Universiti Islam, Bank Islam, Takaful, badan-badan dakwah, mengharamkan loteri nasional dan berbagai-bagai lagi yang disuruh oleh agama Islam.

"Teruk sangatkah orang nasionalis ini dalam mengamal ajaran Islam?” kata Dr Mahathir, sekali lagi menunjukkan kejahilannya dalam politik Islam.

Mahathir akan menjadi orang terakhir untuk menerangkan samada korupsi berleluasa, kebocoran dan ketirisan besar-besaran, penyalahgunaan kuasa dan diskriminasi terhadap bangsa lain melalui slogan bauran Ketuanan Melayu juga sebahagian daripada "amalan Islam" yang disebutnya.

Sebaliknya, Nik Aziz nampak lebih konsisten dengan mesejnya bahawa Islam adalah penyelesaian kepada masalah-masalah negara, dan untuk beliau, tiada alasan untuk pemimpin Melayu-Islam untuk menolak Islam dalam pentadbiran mereka.

Untuk membuktikan keIslaman, mereka hanya perlu menghentikan rasuah, salahguna kuasa, kebocoran kewangan, ketidakadilan dan diskriminasi terhadap kaum lain.

Walaupun ramai yang nampak bahawa ini adalah satu percubaan (daripada buku politik Mahathir) untuk mengalihkan padangan orang Melayu kepada satu “common enemy” (musuh bersama) daripada kepincangan dan masalah yang sedang dialami negara kita, serangan Dr Mahathir mungkin mempunyai agenda yang lebih besar iaitu untuk membantu Umno untuk menyingkirkan musuh yang paling digeruni mereka, iaitu Nik Aziz.

Apa tidaknya, Nik Aziz telah menjadi batu sandungan (penghalang) terbesar kepada idea perpaduan Mahathir dan ipar-iparnya di Perkasa, dan mematikan Nik Aziz juga akan melumpuhkan segala usaha menjadikan Parti Islam SeMalaysia sebagai pengganti Umno pada pilihanraya umum yang akan datang.

Read more ...

Berkejar undi BN bila pilihanraya, berkejar isi minyak bila harga naik - Itulah pengundi Umno


Artikel : "Apakah perlu kita berkejar pergi isi minyak penuh-penuh setiap kali pengumuman (atau khabar) bahawa harganya akan naik? [RON97 – Naik Lagi Untuk 4 Bulan Berturut] Itulah yang kita lihat setiap kali ianya berlaku. Apabila tersebar khabaran kenaikan harga minyak maka kita akan lihat deretan kereta beratur untuk isi minyak di stesen-stesen minyak.

Apakah ianya suatu yang perlu seorang yang tidak akan “perecung” (sengaja) keluar rumah semata-mata untuk isi minyak kerana harga minyak akan naik dalam beberapa jam lagi.

Kenapa tidak?

Untuk pergi dan balik ke stesen minyak yang terdekat dengan rumah saya, jaraknya ialah hampir 3 km. Saya terpaksa melalui 3 persimpangan lampu isyarat sehala dan beberapa persimpangan yang perlu saya memberhenti dan/atau memperlahankan kenderaan.

Di stesen minyak mungkin sudah ada satu dua kenderaan yang menunggu di depan. Dengan engin yang masih hidup saya terpaksa menunggu giliran yang mungkin juga memakan masa 5 – 10 minit.

Tangki kenderaan saya boleh muat 75 liter. Jika ianya kosong, maka dengan perbezaan harga baru, saya akan jimat RM7.50. Jika sudah ada minyak maka tidaklah dapat penjimatan begitu.

Untuk ke stesen minyak, jaraknya 1.5km = 3km untuk pergi dan balik. Dengan terpaksa berhenti di beberapa lampu isyarat serta memperlahankan kenderaan untuk beberapa persimpangan dan menunggu giliran di stesen minyak mungkin akan membakar sekitar 2-4 liter minyak.

Kalau harga minyak RM2.40/liter, 2 liter = RM4.80 atau 4 liter = RM9.60. Penjimatan saya hanyalah RM7.50. Apakah ianya berbaloi?

Itu apabila tangki minyak saya yang besar, 75 liter. Bagi kebanyakan kenderaan kita, isipadu tangkinya adalah sekitar 40 – 55 liter sahaja (e.g. Saga 40 liter, Waja/Gen2/Persona 50 liter, Exora 55 liter). Maka penjimatan dengan harga lama ialah sekitar RM4.00 – RM5.50 sahaja. Kirakan pula dengan pembakaran minyak yang perlu untuk pergi, beratur dan balik.

Jika rumah kita hanya sebelah stesen minyak, maka mungkin ianya berbaloi, jika kita dapat lihat stesen itu tidak sibuk dan tidak perlu beratur.

ATAU, sememangnya kita hendak ke sesuatu tempat atau balik dari mana-mana, maka wajarlah untuk kita lencong untuk berhenti memanfaatkan harga yang masih rendah itu.

Kalau betul-betul kita seorang yang peka dengan penjimatan wang, maka banyak lagi caranya untuk kita bertindak dan waspada.

Bagi mereka yang merokok – tidak perlulah saya sebutkan di sini berapa banyak wang yang dihanguskan – tertakluk kepada berapa batang/kotak satu hari.

Selamat menjadi pengguna yang berhemah.

p.s – bayangkan banyak mana pembakaran yang membazir dan mencemarkan alam sekitar semata-mata kerana mahu dijimatkan seringgit dua …

[gambar-gambar diambil dari carian google images - tidak dapat dipastikan samada deretan kenderaan beratur kerana kenaikan harga minyak atau tidak]akarimomar

Read more ...

Mahathir dah nyanyuk ?

Sejarah buktikan Mahathir pecah belah Umno

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan kewujudan PAS membawa perpecahan orang Melayu tertolak.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mempersoalkan bukankah kewujudan Umno yang direstu oleh penjajah Inggeris.

Malah, katanya ketika Umno ditubuhkan pada 11 Mei 1946, sudah ada parti Melayu yang pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945.

Malah, tambahnya ketika semua parti di Tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno.

Menurutnya, bukankah itu bukti kewujudan Umno untuk memecah belah perpaduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri.

“Kenapa hendak salahkan PAS dan Tuan Guru Nik Aziz apabila lahirnya Parti Semangat 46.

“Bukankah Tun merupakan orang yang bertanggungjawab di atas perpecahan di dalam Umno, sehingga lahir team A dan team B?” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Begitu juga, tambah beliau lahirnya Parti Keadilan Rakyat kerana kebangkitan ahli Umno yang tidak puas hati dengan cara Mahathir memimpin parti pada waktu itu dan melakukan kezaliman terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Apakah Islam nasionalis yang difahamkan oleh Tun menepati dengan kehendak Islam?” tanya beliau lagi.

Tambahnya, tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memperlekehkan hukum salam mungkin adalah anutan Islam nasionalis.

Menurutnya, mungkin Soi Lek belajar daripada Tun yang pernah mengatakan bahawa nabi simpan janggut kerana tidak ada pisau cukur.

Beliau juga, katanya melihat bagaimana isteri pemimpin Umno berpeluk dengan Shah Rukh Khan.

“Jadi tidak hairanlah Soi Lek memperlekehkan hukum salam dalam Islam. Siapa gurunya?” ujarnya lagi.

Read more ...

Kebangkitan rakyat Mesir: Saat sekutu Israel dijatuhkan Allah

http://tvsnews.net/v1/news_images_upload/revolusi%20mesir.jpgMesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.

Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.

Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariq dan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).

Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?

Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.

Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.

Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya. Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.

Sekian, wasalam.

Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS.

Bertarikh : 27 Safar 1432H bersamaan 1 Februari 2011M

Read more ...

Rakyat bantah, pengundi Umno gembira dapat bayar saman ekor

Gelombang kedua Kase bermula hari ini

KUALA LUMPUR, 1 Feb: Gelombang kedua membantah penswastaan saman ekor akan dilancarkan pada 12 Februari ini di Stadium Bangi dan akan dirasmikan oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain dihadiri oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Pengerusi Jawatankuasa Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar berkata, pelancaran itu akan diikuti dengan program jelajah Kase ke seluruh negara bagi bertemu dengan pemilik-pemilik kenderaan yang dikenakan saman ekor dan kenderaan mereka disenarai hitamkan.

"Pelancaran ini sebagai pelancaran gelombang kedua Kase dan kita akan menjelajah ke seluruh negara untuk bertemu dengan 15 juta pemilik kenderaan yang disaman melalui saman ekor.

"Kita harap gelombang kedua ini boleh jadi gelombang baru untuk rakyat menolak kerajaan BNyang korup," kata beliau ketika ditemui selepas mengedarkan risalah bantah saman ekor di Plaza Tol Sungai Besi, petang tadi.

Menurutnya sebanyak 100,000 ribu risalah dicetak untuk diedarkan ke seluruh negara dan bagi kawasan Lembah Klang, edaran bermula hari ini di beberapa plaza tol utama berikutan ramai yang menggunakan lebuh raya untuk pulang menyambut Tahun Baru Cina Khamis ini.

"Kita edar risalah hari ini sempena tahun baru cina kerana banyak orang menggunakan lebuh raya. Di Seremban pun ada program yang sama, di sini kita edar di plaza tol Serdang, Gombak dan Sungai Buluh dan akan diteruskan esok dan lusa,“ katanya.

Naib Presiden PAS itu sekali lagi mengulangi desakan agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan menghapuskan semua saman ekor yang lama yang tidak boleh dikuatkuasakan melalui Akta Pengakutan Jalan 1987 dan memulakan dengan proses penguatkuasaan yang baru melalui Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 ini.

Kase juga tegasnya menyeru Kementerian Pengangkutan bersedia mengadakan pertemuan dengan pihak-pihak berkepentingan termasuk Kase bagi membincangkan dan menjelaskan beberapa isu yang ditimbulkan seperti penswastaan penguatkuasaan peraturan lalu lintas dan kos-kos terlibat.

"Ini bagi memastikan wang rakyat digunakan untuk kepentingan rakyat sendiri, bukan syarikat-syarikat kroni," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada sistem penguatkuasaan automatik (AES) iaitu penggunaan kamera statik dan bergerak untuk mengambil gambar kesalahan memandu melebihi had laju, melanggar arahan lampu isyarat dan memandu di lorong bas bagi kenderaan selain bas.

Sistem ini dikendalikan dua syarikat swasta iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan Commercial Circle (M) Sdn Bhd yang mendapat pulangan 35 peratus daripada setiap lima juta saman yang dikeluarkan manakala kerajaan mendapat 65 peratus pulangan.

"Apa maksudnya ini? Ini bermaksud proses penguatkuasaan peraturan lalu lintas di bawah akta ini telah diswastakan. Apa rasionalnya peraturan lalu lintas diswastakan oleh Kerajaan?" soalnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Pengunaan AES ini mula berkuatkuasa hari ini di seluruh negara.

Tambah Mahfuz lagi, pihaknya kesal dengan keengganan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein untuk mengadakan perbincangan dengan Kase berhubung perkara itu.

"Malangnya pada 17 haribulan lalu kami minta untuk bertemu dengan Datuk Seri Hishamuddin (Hussein) tapi kami tidak menerima apa-apa respon. Kami berasa sangat kecewa kerana sebagai sebuah kementaerian langsung tidak memberi maklumbalas samaada bersetuju atau tidak untuk mengadakan pertemuan, diam begitu sahaja.

"Sekali lagi kami berharap perbincangan ini harus dibuat khususnya dalam penguatkuasaan AES yang kami anggap penswastaan saman ekor," katanya.

Turut bersama beliau ahli jawatankuasa Kase, Mohamad Taufek Abdul Ghani yang juga Adun Paroi.

Read more ...

Kedah harap sokongan penonton

Pasukan Kedah harapkan sokongan

http://www.arena.my/Portals/0/KEDAH%20L.jpgALOR SETAR, 1Feb. : Pembuka tirai Liga Super 2011 bagi skuad Hijau Kuning kurang menyerlah, apabila anak buah Ahmad Yusoff mengikat mata seri 0-0 dengan pasukan T Team di Stadium Darul Aman Sabtu lalu.

Namun, pasukan ini akan bangkit pada perlawanan menentang Felda United hari ini.

Ahmad Yusoff berkata, walaupun tiada jaringan yang dihasilkan, namun beliau tetap berpuas hati dengan corak permainan yang ditonjolkan anak buahnya.

Menurutnya, peluang pada separuh masa pertama juga disudahi dengan baik, namun nasib untuk menjaringkan gol tidak berpihak kepada pasukan tuan rumah.

“Apabila peluang menjaringkan gol dilepaskan, keyakinan pada pemain semakin hilang dan menyebabkan peluang seterusnya tidak dapat disempurnakan.

“Jadi, bagi perlawanan akan datang, tumpuan akan diberikan kepada tempat khusus termasuk bahagian serangan dan tengah,” katanya.

Beliau berkata, diharapkan pemain juga dapat memberikan corak permainan yang baik pada perlawanan akan datang.

Penyokong pasukan Kedah yang pulang hampa pada malam berkenaan, namun diharapkan masih memberi sokongan kepada pasukan Kedah pada perlawanan akan datang.SH

Read more ...

Rakyat terkejut , pengundi Umno gembira petrol naik

Petrol Naik: Rakyat Terima Kejutan Berterusan- CASSA


SHAH ALAM 1 Feb.: Rakyat Malaysia menerima kejutan secara berterusan apabila harga petrol RON97 dinaikkan sekali lagi dalam tempoh sebulan.

Dengan kenaikan terbaru ini, harga petrol tersebut menjadi RM2.50, naik 10 sen berbanding sebelum ini.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr Jacob George ketika dihubungi Tv Selangor melahirkan rasa terkejutnya dengan kenaikan kali keempat berturut-turut itu dan menggesa pihak kerajaan segera berpegang kepada janji yang dilafazkan sebelum ini.

"Bila kenaikan pada 4 Januari, kenyataan telah diberi, tidak ada lagi kenaikan dalam tempoh masa yang singkat. Masyarakat sudah menerima itu, tetapi setelah mereka menerima, ini menjadi kejutan berganda. Melalui kajian yang dilakukan daripada pengguna-pengguna, mereka katakan selepas ini kita tidak boleh terima lagi kenyataan-kenyataan kerajaan," tegas Dr Jacob.

Katanya, tindakan kerajaan yang secara sembunyi-sembunyi menaikkan harga RON97 memberikan implikasi besar kepada pengguna.

Walaupun rakyat Malaysia mempunyai pilihan untuk menggunakan petrol dari jenis RON95, kenaikan RON97 akan tetap memberi kesan kepada pasaran negara.

"Pada pandangan saya, bila kenaikan ini dibuat mesti akan memberikan kesan kepada kenaikan harga-harga barangan lain seperti dalam sektor perkhidmatan. Sama ada kita suka atau tidak, ia tentu ada kesannya.

"Tolong berikan satu kenyataan contohnya seperti dalam satu tahun berapa kali kita naik, bagi tarikh.Tidak perlu sembunyi-sembunyi. Tindak balas yang kita terima sekarang dari masyarakat umum ialah kenapa kenaikan diumumkan dengan cara sembunyi?," tegas Dr Jacob lagi.

Malah tambahnya, tindakan kerajaan itu mengakibatkan rakyat mula tertanya-tanya dan membuat pelbagai spekulasi sama ada kerajaan Malaysia menghadapi masalah kewangan sehingga memaksa harga barangan-barangan tertentu dinaikkan.

Harga RON97 mula dinaikkan sejak tahun lalu kepada RM2.15 pada November, kemudian meningkat kepada RM2.30 pada 1 Disember dan terus meningkat kepada RM2.40 pada 4 Januari lalu.

Kerajaan kemudiannya mengeluarkan kenyataan bahawa kenaikan tidak akan berlaku dalam tempoh beberapa lama.

Sementara itu, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli berkata, kenaikan secara berterusan terhadap petrol RON97 mengakibatkan kuasa beli rakyat kepada petrol jenis itu semakin mengecil dan hanya mereka yang berkemampuan dapat menikmati produk yang berkualiti itu.

"Persoalannya, apakah rakyat Malaysia ini hanya diberikan pilihan-pilihan yang berkualiti rendah, oleh kerana kualiti yang baik itu terlalu jauh bezanya sampai harga itu tidak termampu kepada orang biasa. Jadi kelihatannya kerajaan membuat struktur harga sedemikian rupa sampai orang awam, orang biasa, memang tidak akan mampu untuk merasa nikmat barangan yang lebih baik," kata Hatta kepada Tv Selangor.

Oleh kerana RON97 diapungkan harganya sejak tahun lalu mengikut pasaran antarabangsa, ia lebih menghairankan kata Hatta apabila di Malaysia, harganya terus meningkat tanpa berlaku sebarang penurunan.

Sepatutnya kata Hatta, harga yang diapungkan lebih mudah dikawal kerana sebagai negara pengeluar minyak, Malaysia berkeupayaan berbuat demikian.

Read more ...

Kerajaan zalim , rakyat akan bangkit menentang

Umno-BN Perlu Ambil Iktibar Nasib Tunisia, Mesir


ULU BERNAM 1 Feb.: Kerajaan Umno-BN Malaysia perlu mengambil pengajaran agar dapat mengelak kekecohan seperti yang berlaku di Tunisia dan Mesir di mana rakyatnya kini bangun menentang kerajaan yang zalim terhadap rakyat.

Dalam satu majlis 'Hi Tea' Di Dewan Khow Chow, Ulu Bernam petang semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan punca rakyat bawahan bangun menentang kerajaan Tunisia dan Mesir adalah kerana tekanan berterusan akibat ekonomi dan politik yang tidak adil.

Beliau berucap di hadapan kira-kira 300 hadirin, tindakan kerajaan Umno-BN menafikan dewan masyarakat dan lain-lain tempat awam kepada pihak PR untuk mengadakan ceramah merupakan satu contoh tekanan politik.

"Aneh jugalah, di Malaysia ini bukan nak buat apa, nak ceramah pun susah. Dia tak belajar, dia tengok Tunisia, Mesir belum dapat belajar lagi. Yang dia kata itu semuanya lain. Dia kalau belajar perkembangan Tunisia, Mesir, puncanya inilah, tekan orang, zalimkan orang, hina suku kaum, bakar gereja," kata beliau.

Beliau berkata, tindakan berat sebelah dan zalim sebeginilah yang menyebabkan rakyat terutamanya golongan miskin bawahan serta suku kaum dan agama lain di Mesir meluahkan kemarahan mereka di jalanan,

Katanya lagi, di Tunisia pula, kerajaan pimpinan presidennya membolot segala harta dan kekayaan negara untuk anak isterinya dan pada masa yang sama rakyat tidak dibela hingga ada yang membunuh diri tidak dapat menahan tekanan hidup.

Beliau seterusnya berkata, perbandingan ini hanyalah untuk menjelaskan punca derita dan sengsara seorang rakyat sebuah negara yang kaya, Tunisia hinggakan ramai lagi terkorban dan barulah kerajaan menunjukkan sedikit perubahan.

"Mengapa saya bawa pengalaman Mesir dan Tunisia, adakah sama dengan Malaysia, tidak sama. Adakah budayanya sama? Tidak. Tetapi ada beberapa ciri persamaan yang harus kita belajar, masalah pokok tidak lagi iaitu pemimpin punyai kuasa cara yang tidak sah," jelas beliau lagi.

Pemerintahan kuku besi Presiden Tunisia, Zine al-Abedine Ben Ali selama 23 tahun yang berjaya digulingkan rakyatnya melalui jalanraya meskipun beliau dahulunya mendapat kuasa melalui rampasan kuasa tentera.

Manakala di Mesir, Presiden Husni Mubarak kini berhadapan kebangkitan rakyat selepas 30 tahun memerintah secara kuku besi menyebabkan rakyatnya menderita dihimpit masalah ekonomi dan sosial.

Read more ...

Jangan putus asa kalah di Tenang




GOPENG 1 Feb.: Kekalahan pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) N05 Tenang tidak patut dirisaukan sebaliknya ia perlu dilihat sebagai langkah positif yang perlu diambil bagi mencipta kemenangan besar pada pilihanraya umum akan datang.

Dalam satu ceramah di Tokong Lao Sin See Yeh, Gopeng malam semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar penyokong terus yakin dengan perjuangan PKR serta berusaha dengan lebih giat lagi.

"Ini soal Tenang; menang, ini sekejap sahaja tak usah pandang, sayapun ada beritahu (Datuk Seri) Nizar (Jamaluddin), tak payah pandang ini," kata beliau kepada kira-kira 2 ribu hadirin.

Beliau berkata, senario pilihanraya Tenang hampir sama dengan pilihanraya kecil DUN Ijok pada tahun 2007 di mana walaupun dengan calon yang berkelayakan tinggi dan berwibawa, Tan Sri Khalid Ibrahim, PKR kalah juga dengan perbezaan undi yang besar.

Tetapi dengan usaha gigih para penyokong dan jentera parti, PR berjaya menang besar di Ijok dan juga keseluruhan negeri Selangor dalam pilihanraya umum ke-12, Mac 2008 lalu.

"2008 tempat yang sama (Ijok) melonjak besar, negeri Selangor Umno tumbang dengan (Datuk Seri) Khir Toyo pun 'koyo' sekali," kata beliau lagi.

Anwar seterusnya meminta agar para penyokong percaya dan yakin dengan perjuangan parti serta yakin dengan Resolusi 100 hari PR 'Buku Jingga' kerana hanya dengan keyakinan, kemenangan besar seperti di Selangor pada pilihanraya lalu dapat diulangi di negeri-negeri lain.

Katanya lagi, rakyat juga perlu mengelak dari mendapatkan maklumat daripada sumber-sumber tajaan Umno-BN seperti akhbar Utusan Malaysia dan TV3 yang sentiasa menabur fitnah dan memutar belitkan fakta menggambarkan seolah-olah PR musuh rakyat dan tidak boleh dipercayai.

Read more ...

Pelajar Malaysia masih selamat di Mesir

Keselamatan Pelajar Malaysia Terjamin

SHAH ALAM 1 Feb. : Keselamatan Pelajar Malaysia dilaporkan masih terkawal dan selamat mengikut Bendahari Ikatan Lepasan Mahasiswa Mesir(ILHAM) Fauzan Mazlan yang berjaya berhubung dengan pelajar Mesir di sana tadi.

Walaupun sedikit terlewat dalam memberitahu maklumat, Fauzan menyatakan pihak persatuan pelajar dan kedutaan Malaysia berjaya mengumpulkan lebih 11 ribu pelajar Malaysia dalam kumpulan masing-masing.

"Untuk makluman, dari segi keselamatan pelajar alhamdulillah, setakat ini tidak lagi berlaku perkara yang tidak diingini kepada pelajar kita kerana mereka bersama dengan persatuan dan badan kebajikan negeri dan dewan perwakilan mahasiswa peringkat cawangan dan bersama pemantauan, mereka masih terjamin dari segi keselamatan Insya Allah," katanya.

Bagaimanapun beliau memberitahu Tv Selangor, terdapat sedikit masalah mengenai pecah rumah tetapi masih terkawal kerana mahasiswa telah bekerjasama dengan penduduk bagi menjaga keselamatan di kawasan petempatan mereka.

Beliau turut memberitahu bahawa keputusan untuk mengeluarkan pelajar Malaysia akan dibuat dalam masa 24 jam dari sekarang.

"Cuma yang berlaku sedikit rompakan, pecah rumah perkara itu tidak dapat dielak cuma masih lagi terkawal walau dikhabarkan balai polis dah tiada, banduan keluar dari penjara, itu semua maklumat tetapi di kawasan pentapatan pelajar dapat dikawal dengan baik,"katanya.

Menurut Fauzan lagi perkara paling dirisaukan ialah mengenai stok makanan yang makin kurang dan keadaan inflasi yang memuncak kerana ketegangan ini.

"Yang merisaukan kita ialah stok simpanan makanan yang kian kurang. Dari update terakhir 2 jam sebelum ini kita dapat makluman bahawa stok gandum akan kehabisan lebih awal dan harga barang naik 4 kali ganda, perkara ini berlarutan dalam seminggu lagi, stok mungkin habis, itu satu perkara kami, ILMAM, LZS dan negeri agak risau."

Sebuah Bilik Gerakan anjuran Ikatan Lepasan Bekas Mahasiswa Mesir Malaysia (ILMAM), Kerajaan Negeri Selangor dan Lembaga Zakat Selangor untuk membolehkan ibu bapa pelajar Selangor dan Malaysia di Mesir berhubung dan mengetahui status terkini keadaan anak mereka.

Bilik gerakan ini akan dibukan pada jam 8.30 pagi esok dan 5 talian hotline akan dibuka.

Read more ...

Beri peluang PR memerintah, harga petrol pasti turun

Anwar Ulangi Turunkan Harga Minyak Jika PR Tawan Putrajaya


GOPENG 1 Feb.: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi janji bahawa minyak petroleum akan diturunkan hanya sehari selepas Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.

Ketua Umum PKR itu berkata dalam ceramahnya di Gopeng semalam bahawa alasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan negara akan jatuh bankrap sekiranya membantu rakyat miskin dengan mengurangkan harga minyak dan barangan lain tidak berasas sama sekali.

Semalam kerajaan secara mengejut mengumumkan kenaikan petrol RON97 sebanyak RM0.10 sen menjadikan harganya RM2.50 sen. Ini merupakan kenaikkan kedua bahan api berkenaan bagi tahun ini.

"Kalau Allah takdirkan kita menang, masuk Putrajaya, saya ulang, hari ini masuk Putrajaya esok harga minyak turun seluruh negara," tegas beliau diikuti sorakan gemuruh daripada hadirin.

Dalam ceramah umum yang dibanjiri dengan kira-kira dua ribu hadirin, beliau menjelaskan keuntungan yang diperoleh oleh dari jualan hasil petroleum sahaja mencecah RM70 ke RM80 bilion setahun dan ini dapat digunakan untuk mengurangkan harga minyak hanya sekiranya hasil ini diuruskan dengan bijak dan adil.

Katanya, tidak logik sama sekali Najib membandingkan harga minyak di Malaysia dengan negara jiran seperti Singapura kerana Singapura bukanlah negara pengeluar minyak petroleum.

Anwar menjelaskan, inilah antara sebab beliau mengajak Perdana Menteri untuk berdebat berkenaan 'Buku Jingga' Reformasi 100 Hari PR yang dicemuh oleh Najib sebagai karut.

"Saya nak tanya, pasal apa harga minyak naik? kalau dia (Najib) kata Singapura, saya akan kata, banding Malaysia dengan semua negara-negara pengeluar minyak, mana-mana negara pengeluar minyak, Iran, Arab Saudi, Venezula, Qatar, Brunei, sebut mana ada satu negara pengeluar minyak, harga minyak mahal macam Malaysia, tak ada!" kata beliau lagi.

Beliau seterusnya berkata, kenaikan harga boleh dijustifikasikan sekiranya Malaysia bukannya pengeluar minyak.

"Kalau negara tak ada minyak, dan kata minyak naik tak ada apalah; (Menteri kata) Singapura pun naik, menteri bodoh cakap macam itu," kata beliau lagi.

Read more ...

Majlis Bandaraya Melaka disaman RM 2 juta

AYER KEROH, 1 Feb. : Seorang kakitangan sebuah agensi kerajaan memfailkan saman RM2 juta terhadap Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) atas kecederaan parah dialaminya tahun lalu akibat ditimpa dahan sebatang pokok tua.

Writ saman berkenaan difailkan peguam Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh dan Muhammad Fadzil Hassan yang mewakili plaintif Md Nazeran Noor Mohamad, 32, di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini, semalam.

Bercakap kepada media selepas memfailkan saman berkenaan, Sheikh Ikhzan berkata, saman itu difailkan berikutan kecuaian defendan (MBMB) dalam menjaga, menyelia dan memangkas dahan reput pada pokok tua berkenaan.

Menurutnya, banyak pokok berusia ratusan tahun dipelihara defendan di kawasan pelancongan Banda Hilir dan melarang pokok berkenaan daripada ditebang bagi mengekalkan tarikan pelancongan di sesetengah kawasan, terutama di sekitar Jalan Kota.

“Pada 14 Februari tahun lalu, kira-kira jam 10.15 pagi, sedang plaintif menunggang motosikal di Jalan Kota, Banda Hilir, satu dahan pokok daripada salah satu pokok tua yang dipelihara dan di bawah jagaan serta seliaan defendan jatuh dan menghempap plaintif,” katanya.

Writ saman yang difailkan itu turut menyatakan bahawa defendan cuai apabila gagal memastikan pokok yang dipelihara berada dalam keadaan baik dan tidak berbahaya untuk orang awam yang lalu-lalang atau melalui di bawahnya.

Read more ...