Friday, January 7, 2011

Dua pemuda , seorang remaja yang ditembak mati polis tiada rekod jenayah lampau


Serah Memo Kepada KPN, Keluarga MangsaTuntut Keadilan


KUALA LUMPUR 8 Jan. : Keluarga tiga individu yang ditembak mati polis termasuk seorang remaja berusia 15 tahun pada awal pagi Sabtu, 13 November, 2010 di Glenmarie menuntut polis membuat penyiasatan segara dan membawa pesalah ke muka pengadilan.

Mangsa Mohd Shamil Hafiz Shafie, 15 tahun, Mohd Hairul Nizam Tuah, 20 tahun dan Mohd Hanafi Omar, 22 tahun ditembak mati kerana polis mengesyaki mereka sebagai sebahagian daripada kumpulan penjenayah 'Geng Minyak' yang merompak beberapa stesen petrol dan Pemangku Ketua Polis Selangor pada masa itu, Datuk A Thaiveegan membuat tuduhan liar mengatakan mereka sebagai 'penjenayah tegar', tetapi tiada seorang pun mangsa yang mati pada malam itu mempunyai rekod jenayah lampau.

Peguam Lawyers For Liberty (LFL), N Surendran yang mewakili para keluarga mangsa menghantar satu memorandum kepada Ketua Polis Negara di Ibupejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur pagi tadi berkata, beliau menyifatkan kejadian tersebut sebagai satu pembunuhan dan bukannya ditembak polis kerana mempertahankan diri.

"Kita berkumpul disini hari ini kerana para keluarga mangsa telahpun membuat laporan polis pada 20 November tetapi sehinga hari ini tiada tindakan telah diambil.

Sebelum polis memulakan siasatan, Ketua Polis Negara telah mengeluarkan kenyataan yang memihak anggotanya. Sejak awal lagi kita sangsi mereka akan cuba menutup kes ini dan mereka memang berbuat demikian. Saya dapat beritahu hari ini, pasti ini adalah pembunuhan kerana polis mendakwa mangsa telah menyerang polis dengan parang, dan jika begitu kenapa kesemua mangsa mengalami luka tembakan di dahi dan di dada?," soal Surendran.

Memorandum yang diserahkan kepada Ketua Inspektor Saipul Anwar Razali yang menerimanya bagi pihak KPN, antara lain meminta polis menjalankan siasatan yang telus, efektif dan adil serta mengambil tindakan undang-undang ke atas anggota-anggota polis yang melepaskan tembakan hingga mengakibatkan kematian ketiga-tiga mangsa.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Ahli Parlimmen Subang, Sivarasa Rasaiah turut hadir bagi memberikan sokongan kepada LFL dan keluarga mangsa.

Norhafizah Mad Razali, ibu salah satu mangsa, Shamil, berkata beliau hanya mahukan keadilan terhadap kematian anaknya dan berharap agar perkara sebegini tidak berlaku kepada mana-mana keluarga selepas ini.

"Dia ditembak kat dada dan tepat di dahi dia, tak boleh nak bayangkan sampai sekarang bagaiman keadaan anak saya masa itu. Saya nak orang yang bertanggungjawab atas pembunhan anak saya ditangkap, diihukum," kata beliau sambil menangis.

Kakak kepada Hairul, Norhaliza Tuah, 27 tahun yang mengenal pasti mayat adiknya di hospital menyuarakan rasa sangsi beliau bahawa adiknya mungkin telah dipukul oleh polis sebelum menembak mati adiknya dari jarak dekat.

"Kami terkejut dengan apa yang terjadi dekat dia (Hairul) dan saya nak tahu kenapa, cara tembakan dia tak munasabah sebab cara tembakan menjunam ke bawah, tembus.

"Dan kecederaan pada mayat, mata dia lebam dan dua tembakan. Atau dia dipukul dulu ke macam mana saya pun tak tahu," jelas beliau.

Manakala bapa kepada Hanafi, Omar Abu Bakar, 58 tahun menyatakan berdasarkan kesan tembakan yang dialami oleh anaknya, alasan polis bahawa ketiga-tiga mangsa telah menyerang polis adalah tidak munasabah.

"Jadi saya memang tak puas hati sebab dia kena tembakan dia kena sebelah kanan; polis kata cuba serang polis, kalau macam itu mesti (kena tembakan) berdepan, ini maknanya dia (berada) di dalam kenderaan (semasa ditembak)," tegas Omar.

Surendran berkata, inilah sebabnya Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) diperlukan sebagai satu alat untuk mengawal tingkahlaku polis sekalugus dapat mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

"Kita bimbang kerana setiap kali insiden seperti ini berlaku, remaja tidak bersalah ditembak mati. Aminulrasyid, 14 tahun, dan kini anak lelakinya (Norhafizah), 15 tahun! Apa yang berlaku di negara ini? Polis perlu dikawal, kita perlukan IPCMC. Kita berkumpul bukan sahaja untuk membela mereka yang telah ditembak mati tetapi juga untuk kesemua remaja yang kini berada dalam bahaya kerana polis kini bertindak liar," tegas beliau lagi.

Read more ...

Khusrin bekerja untuk Umno ?

DENGAN SIAPA KHUSRIN BEKERJA?

ARTIKEL : Jawapan perundangan kepada status Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri adalah sungguh mudah. Siapa dia Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri? Beliau ialah seorang pekerja kepada kerajaan. Dia menandatangani surat perjanjian untuk menjadi pekerja yang taat. Dalam kes Mohamad Khusrin Munawi, dia hendak bekerja dengan kerajaan negeri Selangor: siapakah majikannya?
Persoalan penting di sini: bolehkah beliau mendesak atau memaksa bahawa beliau mahu bekerja untuk kerajaan negeri Selangor?
Menurut undang-undang sivil, tiada penjawat awam yang boleh memaksa majikannya menandatangani kontrak pekerjaannya.
Begitu juga, menurut pandangan umum, bolehkah seorang amah Filipina misalnya memaksa majikannya dengan mendesak bahawa beliau mahu bekerja untuk majikan yang tidak mahu mengambilnya bekerja?
SUK boleh dianggap sebagai pejawat awam tertinggi di sebuah negeri. Tetapi beliau mestilah seorang yang boleh diterima oleh majikannya iaitu kerajaan negeri.
Mari kita mengambil contoh yang lain, katakan, sebuah syarikat tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur. Bolehkah seorang CEO (ketua pegawai eksekutif) dilantik tanpa persetujuan dan kelulusan daripada Lembaga Pengarah? Jawapannya adalah jelas, TIDAK.
Malahan jika pihak Lembaga Pengarah menyerahkan tugas itu kepada sebuah jawatankuasa kecil untuk memilih CEO, keputusan akhir untuk mengambilnya bekerja terletak di bahu Lembaga Pengarah, dan bukan orang lain.
Selangor boleh menolak pelantikan Khusrin
Dalam kes Mohd Khusrin, beliau berkata bahawa beliau dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Walaupun SPA mempunyai segala kuasa untuk melantik, tidak semestinya pelantikan yang dibuat oleh SPA itu, tidak boleh ditolak oleh Kerajaan Negeri Selangor.
Apabila dibuat komen tentang peranan terhad SPA, yang diibaratkannya seperti sebuah agensi pekerjaan, Allahyarham Tun Suffian menulis pada muka surat 122 bukunya, “Pengenalan kepada Perlembagaan Malaysia (edisi kedua, Percetakan Kerajaan):
“Tidak ada firma di sektor swasta, walau pun sesaat, bersetuju bahawa kenaikan pangkat kakitangannya di amanahkan kepada sebuah badan yang bebas dari pengaruh Lembaga Pengarah untuk membuat keputusan.”
Selain berbentuk retorik, tidak ada penjawat awam yang boleh memaksa bahawa dia mahu bekerja untuk sebuah kerajaan yang memutuskan tidak mahu mengambilnya bekerja. Ini tidak munasabah.

Kerajaan tidak boleh dipaksa dari segi kontrak untuk mengambil seorang penjawat awam yang tidak dipercayainya atau terdapat keraguan terhadapnya.
Apa fungsi SPA dalam hubungannya dengan Kerajaan Selangor? Suruhanjaya Reid, yang bertanggungjawab menggubal Perlembagaan Persekutuan, menyarankan agar sesebuah kerajaan mempunyai hak untuk melantik dan menetapkan terma-terma pekerjaan para penjawat awamnya.
SPA pula bertanggungjawab kepada pentadbiran dalaman sebagai sebuah badan profesional dan terlibat dalam hal disiplin.
Dan harus diingat bahawa SPA adalah sebuah Suruhanjaya Persekutuan di mana kuasa-kuasanya tidak melangkaui ke dalam negeri-negeri, dalam hal ini negeri Selangor. Bagaimanapun, Perkara 134 Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Persekutuan boleh menghantar seorang penjawat awam ke sesebuah negeri, jika terdapat permintaan dari negeri berkenaan.
Tidak ikut perlembagaan
Jadi, soalan berikutnya sama ada Kerajaan Selangor membuat permohonan ini? Jika tidak, adakah Kerajaan Persekutuan telah bertindak engan memandai-mandai menghantar seorang penjawat awam ke Selangor?
Jika begitu, bermakna tindakannya ini jelas tidak mengikut perlembagaan. Dan juga SPA telah bertindak menjangkaui bidang kuasanya. Konvensyen atau amalan yang sudah-sudah jika ada, mesti dibuat dengan bahasa dan perkataan yang jelas mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Jika betul ada sebuah badan yang seharusnya melantik SUK, Perlembagaan Negeri Selangor telah pun menyediakan peruntukan bahawa pelantikan hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri.
Di bawah Artikel 139 Perlembagaan Persekutuan, berkemungkinan sebuah Negeri memberi kuasa kepada SPA untuk bertindak dalam negeri itu. Jika ini telah dilakukan maka ia dengan mudah boleh ditarik balik apabila Dewan Undangan Negeri (Dun) meluluskan rang ndang-undang untuk membatalkan pelantikan itu dalam sidangnya yang akan datang. Peruntukan undang-undang berhubung perkara ini ialah Artikel 139(3) Perlembagaan Persekutuan.
Berdasarkan di atas, pelantikan oleh SPA ini bukanlah suatu masalah yang sukar ditangani. Ia hanya berbentuk pencalonan, seperti yang diterangkan di atas, boleh diterima atau ditolak oleh bakal majikan. Pelantikan itu bukannya tidak boleh ditarik balik. Beliau masih seorang penjawat awam tetapi Kerajaan Selangor tidak mahu beliau menjadi penjawat awam negeri itu. Tambahan pula, persoalan perkenan daripada Sultan (Selangor) tidak menjadikan kedudukannya lebih kukuh, sah atau di bawah mana-mana Perlembagaan, Negeri atau Persekutuan.
Kuasa melantik atau memecat

Ini kerana, kerajaan negeri Selangor mempunyai kuasa untuk melantik atau memecat beliau. Sama ada SPA atau SPA Negeri mempunyai hak untuk mencalonkan beliau adalah tidak jelas. Tetapi perlu ditekankan di sini bahawa Kerajaan Selangor tidak semestinya menerima pelantikan itu.
Jika seorang pekerja biasa tidak boleh disaman berhubung prestasi tertentu, bolehkah seorang penjawat awam memaksa majikannya mengambilnya bekerja?
Jika contoh perundangan mengenai kejadian seperti ini diperlukan, berhubung pendirian kerajaan Selangor menolak Mohd Khusrin, maka sila rujuk penghakiman yang dibuat dalam kes Mahkamah Persekutuan Kerajaan Malaysia melawan Rosalind Oh Lee Pek Inn (1973) 1 MLJ 222 oleh Tun Suffian FJ di mana beliau berkata:
“Saya perlu menambah bahawa kontrak yang terjalin di antara seorang penjawat awam sebagai plaintif dan kerajaan adalah istimewa, seperti yang dicatat oleh Ramaswami J pada halaman 1894 apabila membuat penghakiman dalam Mahkamah Agong India dalam kes Roshan Lal melawan Union of India:
“Adalah benar asal-usul perkhidmatan kerajaan berbentuk kontrak. Terdapat tawaran dan penerimaan dalam setiap kes. Tetapi sebaik sahaja dilantik kepada jawatannya atau pejabatnya, penjawat awam itu memiliki status dan haknya dan obligasi tidak lagi ditentukan dengan persetujuan kedua-dua pihak, tetapi oleh peraturan berkanun yang boleh digubal dan dipinda secara unilateral oleh Kerajaan…….”
Perkataan penting di sini ialah “boleh dipinda secara unilateral…..”Ringkasnya, Kerajaan tidak boleh diikat dengan kontrak. Kerajaan mesti mempunyai hak untuk bertindak untuk kebaikan dan kepentingan Negeri.
Chan Kok Keong - Penulis adalah seorang peguam yang memiliki firma guaman di Ipoh

Read more ...

Kerajaan tak fikir kesusahan ibu bapa berpendapatan rendah

Kurangkan kos pendidikan

http://www.skcai.com/wp-content/uploads/2010/07/Daftar2010-5-m.jpgPARIT BUNTAR, 8 Jan. : Isu persekolahan di Malaysia banyak membebankan ibu bapa tidak sepatutnya berlaku sekiranya kerajaan membuat perubahan drastik untuk mengurangkan kos pendidikan rakyat.

Penolong Setiausaha PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berkata, kerajaan mesti komited mengurangkan kos pendidikan pada tahap yang paling minima sama ada di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti.

“ Kerajaan mesti memikirkan nasib ibu bapa yang bekerja sendiri serta berpendapatan rendah seperti petani, nelayan dan bekerja kampung untuk menyara persekolahan anak-anak.

“ Setiap tahun ibu bapa terpaksa membuat tambahan kepada perbelanjaan persekolahan , dalam masa yang sama harga barangan keperluan banyak yang naik” katanya

Adnan berkata, secara mudahnya kos untuk mendapatkan pendidikan ini tidak diminimakan sebaik mungkin, tapi dalam masa yang sama kerajaan berbelanja berjuta-juta ringgit untuk membuat pelbagai projek yang tidak perlu.

“Kerajaan memperuntukkan lebih RM100 juta untuk Permata yang kononnya untuk memantapkan pendidikan awal kanak-kanak.

“ Apakah sebenarnya dengan jumlah tersebut kerajaan dapat memanfaatkan untuk tujuan persekolahan dan pembelajaran yang dapat meringankan beban pelajar?”katanya

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid membidas tindakan kerajaan mengurangkan subsidi dan menaikkan harga barang sehingga menyebabkan jumlah pendapatan boleh guna isi rumah semakin berkurangan.

“Saya sedih apabila ramai ibubapa terpaksa berhutang dengan pihak bank dan koperasi untuk membeli barangan keperluan pendidikan anak-anak setiap hujung tahun.

“ Ibu bapa terpaksa menanggung kos persekolahan yang meningkat kerana yuran sekolah bertambah setiap tahun selain kos membeli pakaian dan peralatan sekolah anak-anak juga meningkat” katanya

Katanya, slogan 'rakyat didahulukan' hanya sekadar slogan kerana dalam isu pendidikan anak-anak, ibu bapa makin terbeban dengan masalah perbelanjaan persekolahan dan pendidikan anak-anak.

Read more ...

Tulisan tangan Rubingah , adakah betul bahasa Indonesianya atau orang Malaysia baru belajar bahasa Indonesia?

Teliti bahasa Malaysianya bandingkan dengan bahasa Indonesia sebenar



Migrant Care Sahkan Laporan Robengah Diperkosa..Siapa yang Menipu?

1. Hari ini terdapat dua laporan yang bercanggah antara satu sama lain mengenai isu 'menteri rogol amah'..di satu pihak, pengerusi Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI), Jumhur Hidayat menafikan isu ini, bahkan menurutnya, Robengah telah menafikannya dan isu ini sebenarnya langsung tak wujud..boleh baca di dlm laporan "DetikNews" di SINI..

2. Di satu pihak yang lain, Migrant Care dalam satu kenyataan medianya hari ini, mempertahankan laporannya yang terdahulu berkaitan dokumen Robengah diperkosa, malah menurut Direktur Eksekutif Migrant Care, Anis Hidayah Jumat, mereka tidak sesekali gentar dengan ugutan pemerintah Malaysia..boleh baca dalam laporan "Tempo Interaktif" di
SINI..



3. Menurut kementerian Luar Negeri Indonesia pula, kerajaan Indonesia tidak boleh mengambil tindakan lanjut kerana mangsa dikatakan tidak membuat laporan rasmi sama ada kepada polis atau lain2 badan bebas..namun ini bukan bermakna isu ini akan ditutup terus..katanya jika ada maklumat terkini atau tuntutan dari tenaga kerja Indonesia, maka kerajaan Indonesia akan bertindak..baca seterusnya dalam laporan "Tempo Interaktif" di
SINI..

3. Mohd Sayuti Omar (MSO) ketika mengulas isu ini pula mendakwa:

"Penafian amah itu tidak akan menamatkan isu menteri berkenaan. Dalam kepala orang kampung, budak sekolah, guru Tadika, tukang gunting, pemandu teksi, penjaga lif, budak pejabat semua bertanya... betulkah? Benarkah? Takkan le? Semua pertanyaan berbentuk tanda seruan itu sudah cukup untuk menteri berkenaan berundur perlahan-lahan.

Tidak susah untuk beliau berundur kerana tuduhan itu (kalau ia benar). Menteri itu seorang ahli bahasa, dia boleh putar dan menghalalkan tindakan itu. Dia boleh tenggelamkan dalam bahasa berbunga-bunganya."
Boleh rujuk artikel penuh beliau di SINI..

4. Membaca penulisan MSO diatas membuatkan penulis teringat kisah seorang bekas Menteri Umno/BN yang dituduh meraba punggung seorang pelayan hotel sekitar tahun 2008 disebuah hotel di ibu negara..rentetan perlakuan tersebut, wanita berkenaan yang ditemani teman lelakinya membuat laporan polis empat hari selepas kejadian..


5. Namun kalian tahu apa keputusan dari kes ini??..ya, wanita tadi tiba2 menarik semula laporan polis terhadap menteri Umno itu, dan kes ini 'ditutup' begitu sahaja...boleh lihat versi video di
SINI dan di SINI...so, apa kaitannya kes 'menteri raba punggung' ini dgn kes 'menteri rogol amah' di sini??...korang fikirlah sendiri..

6. Untuk yg terakhirnya, seruan penulis pd blogger Umno, daripada kamu meroyan dan melalut jauh, ada baiknya kalian menasihati baik2 supaya Rais Yatim menyaman Migrant Care andai laporannya tidak benar..ingat, isu ini bakal meledak dlm situasi yg tidak dijangka2, bahkan kesannya bukan shj tercalit pd parti Umno, malah pada negara Malaysia..


Akhir kalam..berani kerana benar..fikir2kan..wallahua'lam..


p/s: Pada blogger Umno terbabit, penulis masih menunggu jawapan kalian dalam isu ini di SINI..mohon disampaikan pada blogger2 yg berkenaan...


Migran CARE akui laporan kes rogol amah


NGO buruh Indonesia, Migrant CARE dalam satu sidang media di Jakarta hari ini mengakui telah membuat siasatan berhubung dakwaan seorang menteri Malaysia yang telah merogol pembantu rumahnya seorang wanita warga Indonesia.


Dalam kenyataan bersama yang dibuat oleh Pengarah Eksekutif, Anis Hidayah dan Penganalisis Polisi, Wahyu Susilo, mereka juga mengesahkan dokumen rahsia bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI)' yang didedahkan beberapa blog politik adalah laporan hasil siasatan mereka.


"Migrant CARE pada pertengahan bulan Juli 2007 silam, memang telah melakukan investigasi mengenai kasus dugaan perkosaan yang dialami oleh RB dengan pelaku majikannya selama menjadi PRT migran di Malaysia. Dan majikannya adalah seorang menteri.


"Namun pihak korban tidak mau kasus tersebut diungkap ke publik dan tidak menuntut secara hukum. Dan Migrant CARE kemudian menyerahkan hasil investigasi tersebut kepada pihak pemerintah yakni, Mabes Polri dan KBRI Kuala Lampur," kata mereka seperti kenyataan media yang diterima Harakahdaily
. Pria Malaya

Read more ...

Lagi kematian dalam tahanan polis

Suaram gesa siasat tahanan mati dalam lokap

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnVbqyOqaIdOMIMljj1iSzLKG1xon_vMbca4VschwKE4K2-AqsMrkt8v1Ms39bmC99xlF5gHJRPRH_xRIHpWbE5xYtNuiLZ2DhF8zMmeGEtOy2ji4zmyKK7wp3xV-UsKUum0O9VbMgJ98/s1600/Suaram.jpgKUALA LUMPUR, 7 Jan: Suaram Pulau Pinang menggesa kabinet menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kematian suspek dalam tahanan polis.

Penyelarasnya, Ong Jing Cheng Suaram Pulau Pinang kesal apabila kes kematian suspek bawah tahanan polis terjadi lagi semasa kes kematian Teoh Beng Hock baru sahaja diputuskan sebagai kes “Penghakiman Terbuka”.

Katanya, walaupun pihak polis mengadakan persidangan akhbar dengan serta merta untuk menjelaskan ketiadaan pertalian antara pihak polis dengan kes kematian itu.

“Namun, kami berpendapat bahawa kes ini bukan kes sembarangan yang boleh dipercayai oleh kata seseorang,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas kematian Ooh Joo Kia, 44, yang berasal dari Sungai Bakap, Nibong Tebal yang diberkas oleh polis dalam serbuan di kedai perjudian dalam talian.

Menurut laporan, dia telah ditahan untuk membantu siasatan pada Selasa lalu. Ooh kemudiannya pengsan dan mati di dalam lokap pada pagi Rabu, selepas tujuh jam berada bawah tahanan polis.

Menurut Ong, kes itu melibatkan nyawa manusia dan dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang telus dan bersih untuk menyiasatnya secara menyeluruh termasuk sebab kematian dan keadaan lokap, untuk memberikan jawapan yang jelas kepada keluarga mangsa, dan juga masyarakat.

Tambahnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan pengasingan kuasa antara badan kehakiman, badan eksekutif, dan badan perundangan.

Polis yang merupakan sebuah badan dalam unit eksekutif, ujarnya wajib memainkan peranan dalam pembinaan masyarakat yang harmoni serta susunan masyarakat.

“Namun, jika kita meninjau dari kes Teoh Beng Hock, Amirulrasyid, Kugan dan sebagainya, kita boleh mendapati bahawa pihak berkuasa tidak melaksanakan tugas mereka mengikut undang-undang malahan menyalahi undang-undang dan menyalahgunakan kuasa,” katanya lagi.

Oleh itu, ujarnya Suaram Pulau Pinang menggesa kerajaan agar memandang serius terhadap penyalahangunaan kuasa pihak berkuasa.

Katanya, kerajaan harus menubuhkan Suruhanjara Siasatan Diraja dengan serta merta, di samping berusaha menubuhkan IPCMC sebagai sistem yang dapat memantau badan polis, mengelakkan penyalahgunaan kuasa polis, dan lebih penting lagi, memastikan keselamatan rakyat.

“Akhir sekali, Suaram Pulau Pinang menyeru orang awam untuk memaklumkan kami dengan segera sekiranya terdapat sebarang kes kematian dalam tahanan, tembak mati, ditahan oleh Ordinan Kecemasan atau Akta Dadah Berbahaya,” ujarnya yang boleh dihubungi melalui 012-7583779.

Read more ...

Suruhanjaya Siasatan Diraja tidak siasat punca kematian Teoh, ada yang dilindungi ?

Majlis Peguam Dan Suhakam Desak Putrajaya Supaya Suruhanjaya Siasat Punca Kematian Teoh


KUALA LUMPUR 8 Jan. : Majlis Peguam dan Suhakam turut menyertai desakan agar Putrajaya membentuk suruhanjaya diraja yang boleh menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock tanpa hanya mengehadkan kepada skop meneliti prosedur siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan meneruskan keputusan dibuat 17 Julai 2099 untuk mewujudkan suruhanjaya diraja, dengan terma-terma khusus, bagi mengkaji kaedah soal siasat yang diguna pakai SPRM dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap mendiang Teoh.

Suruhanjaya itu yang akan diwujudkan di bawah Seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 akan menyiasat perjalanan dan pengurusan SPRM serta di mana sesuai, menyiasat kelakuan mana-mana pegawai SPRM lapor portal The Malaysian Insider.

Susulan pengumuman itu semalam, peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo memberitahu, pembentukan suruhanjaya diraja tanpa turut menyiasat persekitaran yang membawa kepada kematian Teoh tidak ada sebarang makna dan ia satu langkah membazir wang rakyat.

Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan juga berpendapat demikian. "Apa yang penting, dia (Teoh) mati ketika berada dalam tahanan SPRM. Beban adalah pada SPRM untuk menjelaskan apa yang berlaku," kata Ragunath.

"Mengenai soal kebersalahan, adalah penting untuk difahami bahawa Teoh merupakan seorang saksi. Adakah dia telah berhadapan dengan tekanan ketika disoal siasat?

"SPRM mesti mengambil tanggungjawab," kata beliau. Ragunath yang sebelum ini melahirkan pendapat bahawa inkues itu tidak bermakna selepas koroner memberikan keputusan terbuka menambah, kerajaan bertanggungjawab kepada keluarga Teoh untuk memberi keadilan.

"Koroner memutuskan tidak bunuh diri ataupun dibunuh, jadi bagaimana dia mati? Mereka mesti datang dengan rumusan," kata beliau.

Justeru, kata Ragunath, apabila Najib menggariskan terma rujukan kepada suruhanjaya beliau sewajarnya memberikan kuasa untuk melihat punca yang membawa kematian Teoh dan tatalaku pegawai-pegawai SPRM.

Malah kata beliau, pentadbiran Najib mesti memberi kuasa kepada suruhanjaya diraja untuk meneliti protokol kesemua badan penguat kuasa, bukan hanya SPRM bagi membuktikan bahawa kerajaan persektuan serius untuk mendapatkan keyakinan rakyat ke atas institusi-institusi awam.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Tinggi semalam bagi semakan terhadap keputusan terbuka dalam inkues kematian Teoh.

Koroner Azmil Muntapha Abas pada Rabu lalu memutuskan kematian setiausaha politik Exco Selangor itu pada 2009 bukan disebabkan bunuh diri ataupun homisid.

Pesuruhjaya Suhakam Muhammad Sha'ani Abdullah juga menyokong gesaan agar suruhanjaya diraja diberikan kuasa meluas.

"Skop kerja suruhanjaya diraja tidak wajar dihadkan... jadi, syor-syornya akan menjadi panduan komprehensif bagi SPRM untuk bergerak ke depan," kata ketua bahagian aduan dan pertanyaan Suhakam ini.

"Jika mereka mahu menyiasat prosedur, bukannya prosedur-prosedur dalam buku tetapi teliti penggunaan prosedur yang sebenar, mereka harus meneliti dengan terperinci.

"Jika penemuaan menunjukkan pegawai-pegawai (SPRM) bersalah, ia akan membantu kerajaan membersihkan badan penguta kuasa," katanya lagi.

Sebagaimana ditekankan oleh Ragunath, Muhammad Sha'ani berkata, Teoh hanya seorang saksi yang dibawa untuk membantu siasatan SPRM. Kata beliau, undang-undang dalam prosiding jenayah memberikan lebih perlindungan kepada suspek berbanding saksi.

"Sekarang orang ramai takut untuk membuat laporan, mereka tidak akan tampil untuk membuat pendedahan," katanya lagi.

"Ramai yang sudah jadi mangsa. Ia sesuatu yang sudah diketahui (ramai), bukannya persepsi awam," kata beliau sambil menambah, terdapat banyak aduan mengenai dakwaan intimidasi terhadap pegawai-pegawai SPRM.

Katanya, perbicaraan membabitkan bekas pengurus besar Sime Darby dan juga peguam terkenal Datuk Rosli Dahlan adalah antara beberapa kes dakwaan intimidasi semasa siasatan SPRM.

Read more ...

Taktik kotor melantik SUK Selangor

Bekas SUK Tidak Pernah Maklum Kepada MB Pelantikan Datuk Khusrin


SHAH ALAM 8 Jan. : Kenyataan ketua setiausaha negara (KSN) dan bekas setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor Datuk Ramli Mahmud bahawa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim dimaklumkan sebelum 21 Disember berhubung pelantikan SUK baru didakwa ternyata salah.

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin sebaliknya berkata, tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Ramli.

"Sebaliknya apa yang berlaku ialah KSN telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Datuk Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Datuk menteri besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional.

"Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember (setiausaha sulit Sultan) Datuk Munir (Bani) telah menghantar surat kepada setiausaha sulit menteri besar dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Datuk Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Datuk Khusrin sebagai SUK," kata Faekah lagi.

Berikut kenyataan penuhnya sekitar kontroversi pelantikan Datuk Khusrin Munawi:

YAB Dato' MB terharu dengan titah DYMM Tuanku Sultan pada 6 Jan lalu. Tuanku ternyata melihat keikhlasan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir negeri ini dengan telus cekap dan efisien. Tuanku juga menegur sesetengah pihak yang cuba mengambil kesempatan di dalam isu yang hangat ini dengan memberi persepsi silap kepada rakyat. Pakatan Rakyat bersyukur dengan titah ikhlas yang dikeluarkan Duli Tuanku.

Mengambil maklum dan menjunjung titah Tuanku tersebut, Dato' MB ingin memperbetulkan beberapa dakwaan oleh bekas Setiausaha Negeri Dato' Ramli Mahmud dan KSN kononnya Dato' MB telah dimaklumkan berkenaan lantikan Dato' Khusrin Munawi sebelum 21 Disember. Dato' MB menegaskan beliau telah dibelakangkan dalam semua urusan penyerahan nama ke Istana sebelum 17 Disember 2010. Begitu juga maklumat dari KSN diserahkan kepada Dato' Ramli dan beliau tidak memanjangkan kepada Dato' MB.

Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mentadbir negeri secara profesional dan mantap tanpa ada niat untuk bermain politik dalam soal pentadbiran mahupun mempolitikkan isu-isu tertentu. Namun apabila sesuatu fakta itu diputar belit serta bercanggah dengan bukti yang sedia ada, adalah menjadi tanggungjawab Dato' MB memberi penjelasan. Bukti amat jelas bahawa tindakan Kerajaan Persekutuan yang melantik Setiausaha Negeri tanpa rundingan dengan Menteri Besar adalah satu tindakan sabotaj yang memang bersifat politik. Tindakan arbitrasi inilah yang telah memulakan segala kekeliruan dan akhirnya menjadi masalah.

Dato' Ramli akan bersara wajib pada 24 Mac 2011. Justeru, pada 26 Oktober Pejabat Menteri Besar telah diberi nota amalan (practice notes) dari Pejabat Setiausaha Negeri melalui Pusat Sumber Manusia (PSM) Negeri. Nota amalan ialah berkenaan amalan yang biasa (convention) yang dilakukan untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri ( SUK ). Nota amalan tersebut jelas menyatakan tatacara yang perlu diambil iaitu;

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak ( Gred 54 ke atas ) kepada Menteri Besar.

Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyerahkan senarai pendek kepada DYMM Sultan Selangor.

Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Dato' MB akan menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

Sebaliknya apa yang berlaku ialah Ketua Setiausaha Negara ( KSN ) telah menyerahkan senarai nama kepada DYMM Sultan Selangor melalui Dato' Ramli. Cara ini ternyata tidak menepati prosedur dan membelakangkan Dato' Menteri Besar serta mengetepikan amalan telus dan profesional.

Hal ini terbongkar apabila pada 21 Disember Dato' Munir telah menghantar surat kepada Setiausaha Sulit Dato' MB dengan mengepilkan surat bertarikh 10 Disember yang beliau hantar kepada Dato' Ramli berkenaan perkenan Tuanku melantik Dato' Khusrin sebagai SUK.

Antara 10 hingga 21 Disember, Dato' Ramli telah hadir pada dua Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Mesyuarat Exco), dua mesyuarat Majlis
Tindakan Ekonomi Selangor (MTES). Majlis persaraan beliau juga diadakan. Dalam lima pertemuan ini, Dato' Ramli tidak pernah menyebut bahawa Tuanku telah memberi perkenan kepada Dato' Khusrin.

Justeru, kenyataan KSN dan Dato' Ramli bahawa Dato' MB telah dimaklumkan sebelum 21 Disember ternyata salah. Tidak juga terdapat surat berkaitan dengannya sama ada dari KSN mahupun dari Dato' Ramli.

Kerajaan Negeri Selangor bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ikhlas memperjuangkan kebajikan rakyat. Sekiranya kerajaan Persekutuan menghormati semangat Federalisme dan memahami kehendak rakyat yang telah memilih kerajaan Negeri Selangor hari ini, pastinya mereka tidak akan melantik seorang Setiausaha Negeri tanpa sebarang konsultasi dengan Dato' MB yang telah dipilih rakyat.

Dato' MB berharap KSN dan amnya SPA akan sanggup bekerjasama untuk mencari penyelesaian terbaik dalam masa terdekat. Tidaklah perlu memanjangkan perkara ini dengan menimbulkan isu lain kononnya Dato' MB terlewat menghantar nama dan sebagainya. Dato MB percaya hanya dengan bertindak secara profesional serta jujur pada amalan, isu ini boleh diselesaikan.

Read more ...

Amah takut hebahkan kes rogol bimbang jadi macam Altantuya ?

Kes 'Rogol' Amah Tutup Demi Jaga Mangsa


JAKARTA 7 Jan. :Demi menghormati hak seorang amah Indonesia yang didakwa dirogol oleh seorang menteri Malaysia, NGO - Migrant Care yang berpangkalan di Jakarta memutuskan untuk tidak akan membawa perkara berkenaan kepada mahkamah, lapor Kompas.com.

"Kami berada pada posisi menghormati permintaan mangsa supaya kes ini tidak dihebahkan dan dibawa ke muka pengadilan," kata penganalis dasar, Migrant Care, Wahyu Susilo, hari ini dalam sidang media di Warung Daun, Cikini, Jakarta.

Menurut Wahyu, Migrant Care berharap kejadian itu dijadikan teladan kepada kerajaan Indonesia supaya tidak mengabaikan nasib pekerjanya di luar negara lapor portal Malaysiakini.

"Pemerkosaan perlu dibuktikan dan harus ada laporan sebelum membolehkan tindakan lanjut diambil. Tetapi sehingga malam semalam, mangsa masih belum mahu membuat laporan, maka kami hanya menghormati.

"Saya kira dalam keadaan ini kami tidak boleh ke mahkamah tetapi hanya ingin menegakkan hak asasi manusia dan mahu kes tersebut dijadikan pelajaran kepada kedua-dua kerajaan untuk benar-benar serius soal perlindungan buruh asing," katanya.

Wahyu juga mengakui memang tidak ada tindakan yang boleh diambil pihaknya dan kerajaan Indonesia.

Tak boleh buat apa-apa


"Mereka (Kerajaan Malaysia) juga tidak boleh berbuat apa-apa, kerana laporan kami sifatnya hanya untuk melindungi mangsa yang saat itu belum ada Lembaga Perlindungan Saksi dan Korban," kata Wahyu.

azlanDitanya wartawan mengenai kemungkinan mangsa disogok wang untuk menutup kes berkenaan, Wahyu berkata mereka tidak dimaklumkan mengenainya.

"... hanya terima gajinya yang jadi haknya. Tidak ada masalah penggajian. Setelah laporan ini dibuat di tahun 2007, kami tidak pernah juga memberitahu atau berhubungan dengan menteri itu," kataya.

Menurut Wahyu, yang penting, mangsa sekarang berada di tempat yang aman dan sudah kembali ke Indonesia pada tahun 2007.

"Tapi lagi-lagi kami tidak boleh memberitahu keadaannya," kata Wahyu.

Read more ...

Umno dan Perkasa akan demo besar-besaran bantah Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang mohon maaf kepada Lim Guan Eng ?

Kontraktor Melayu mohon maaf kepada Guan Eng

NONEDalam satu tindakan yang mengejutkan hari ini, pengerusi Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Pulau Pinang, Datuk Mohamed Fadzill Hassan memohon maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng ekoran pelbagai serangan yang dibuat terhadapnya.

Mohammed Fadzill berkata, beliau telah meminta maaf di atas kenyataan kerana kontraktor Melayu mahu bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri.

"Kami ingin memulakan era baru dan menyelesaikan masalah (antara kita)," tambahnya yang turut diiringi oleh sekumpulan wakil, ketika mengadakan pertemuan dengan Lim.

Lim (tengah), yang mengadakan sidang akhbar tergempar di Komtar hari ini
berkata, Mohammed Fadzill memohon maaf di atas kenyataan-kenyataan yang sebahagian besar dibuat dalam akhbar Melayu.

"Kenyataanya yang sebahagian besarnya dalam akhbar Melayu menyerang saya dan kerajaan negeri...," katanya sambil menegaskan bahawa mereka mahu menyelesaikan perkara itu dan memulakan hubungan baru.

"Jadi Fadzill telah menarik kenyataanya dan memohon maaf, kita menerimanya ... ini satu perkembangan yang baik," tambahnya.

Beliau merujuk kepada serangan terbaru Mohamed Fadzill yang mendakwa bulan lalu bahawa masyarakat Melayu hanya diberikan projek yang tidak signifikan nilainya.

Beliau telah dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai mencabar Lim memberikan butir-butir terperinci mengenai projek-projek terbabit.

Kerajaan negeri kemudiannya mengumumkan perangkaan yang menunjukkan kontraktor Melayu mendapat hampir kesemua projek di bawah pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Rekod kerajaan negeri menunjukkan 94 peratus kontrak Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri diberikan kepada kontraktor Melayu manakala kesemua kontrak Jabatan Pengairan dan Saliran diberikan kepada kontraktor Melayu.

Lim mengulangi bahawa kerajaan negeri tidak menyenarai-hitamkan sebarang kontraktor, tetapi memastikan mereka yang mendapat kontrak harus bertanggungjawab dan tidak menjadi kroni dari mana-mana pihak.

Dengan perkembangan terbaru itu, katanya - walaupun tiga tahun terlambat - merupakan satu kemenangan bagi kontraktor Melayu dan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri, katanya, mahu menjalinkan hubungan yang sihat dan terancang yang berdasarkan kepada fakta dan bukan emosi.

Tambahnya, ada antara kontraktor Melayu yang terbaik di negara ini kerana beliau telah menyaksikan kualiti kerja mereka.

"Hanya kontraktor Umno yang buat bising sekarang (kerana mereka tidak dapat kontrak), bukan kontraktor Melayu," tambah Lim.


Read more ...

Migran Care sahkan laporan kes rogol amah

KUALA LUMPUR, 7 Jan: NGO buruh Indonesia, Migrant CARE hari ini dalam satu sidang media di Jakarta hari ini mengakui telah membuat siasatan berhubung dakwaan seorang menteri Malaysia yang telah merogol pembantu rumahnya seorang wanita warga Indonesia.

Dalam kenyataan bersama yang dibuat oleh Pengarah Eksekutif, Anis Hidayah dan Penganalisis Polisi, Wahyu Susilo, mereka juga mengesahkan dokumen rahsia bertajuk 'Laporan Investigasi Robengah (BMI)' yang didedahkan beberapa blog politik adalah laporan hasil siasatan mereka.


"Migrant CARE pada pertengahan bulan Juli 2007 silam, memang telah melakukan investigasi mengenai kasus dugaan perkosaan yang dialami oleh RB dengan pelaku majikannya selama menjadi PRT migran di Malaysia. Dan majikannya adalah seorang menteri.


"Namun pihak korban tidak mau kasus tersebut diungkap ke publik dan tidak menuntut secara hukum. Dan Migrant CARE kemudian menyerahkan hasil investigasi tersebut kepada pihak pemerintah yakni, Mabes Polri dan KBRI Kula Lampur," kata mereka seperti kenyataan media yang diterima Harakahdaily.


Menurut mereka lagi, sehingga ianya didedahkan oleh Wikileaks pada akhir Desember 2010, Migran Care tidak pernah menghebahkan kes tersebut kepada mana-mana pihak ekoran permintaan magsa, Rubingah.


Bagaimanapun kata mereka, dengan terungkapnya kes tersebut mereka berharap berharap agar pemerintah Indonesia mampu berbuat sesuatu untuk keadilan mangsa.


"Kasus ini juga memberikan pelajaran kepada pemerintah Indonesia dan Malaysia untuk segera menuntaskan revisi MoU antara Indonesia-Malaysia tentang perlindungan PRT migran.


"Diharapakan revisi MoU tersebut akan menjadi inastrumen hukum yang melindungi sekaligus meminimalisir kerentanan-kerentanan PRT migran Indonesia terhadap berbagai bentuk pelanggaran HAM, seperti kekerasan fisik, kekerasan seksual dan perkosaan," kata kenyataan media mereka.

Read more ...

Suruhanjaya Siasatan Diraja rupanya bukan untuk siasat bagaimana Teoh mati

Selproa Tidak Puas Hati Pengumuman PM Penubuhan Suruhanjaya


SHAH ALAM 7 Jan. : Kerajaan Negeri Selangor khususnya Persatuan Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Selangor (Selproa) tidak berpuas hati dengan pengumuman Perdana Menteri Najib Razak untuk menubuhkan Suruhan Jaya Siasatan Di Raja berhubung inkues kematian pembantu politik Exco Kerajaan Negeri Selangor mendiang Teoh Beng Hock.

Dalam pada itu, Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor Teresa Kok berkata penubuhan Suruhan Jaya Siasatan Di Raja yang diumumkan Najib hanya tertumpu kepada pencabulan hak asasi dalam proses soal siasat Beng Hock dan bukannya bagaimana beliau mati ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Sebenarnya selama ini keluarga mendiang Teoh Beng Hock telah mendesak Kerajaan Persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Di Raja menyiasat bagaimana beliau mati selepas disiasat SPRM.

"Tetapi selepas siasatan inkues yang mana Hakim kata dia tidak ada maklumat sama ada Beng Hock mati disebab bunuh diri atau dibunuh oleh orang lain.

"Kita lihat kerajaan Persekutuan tubuhkan Jawatankuasa Siasatan Di Raja yang tidak memenuhi apa yang dikehendaki keluarga Beng Hock yang untuk mencari sebab dan punca kematian beliau.

Menurutnya lagi, Suruhanjaya yang diarahkan Najib itu hanya tertumpu kepada isu hak asasi manusia dan prosedur siasatan itu.

"Saya rasa bidang kuasa atau pun objektif jawatankuasa ini memang agak mengecewakan dan pihak keluarganya dan orang ramai sudah tentu tidak akan berpuas hati.

"Manakala bagi pihak Kerajaan Negeri pula, Persatuan Pegawai Wakil Rakyat Pakatan Selangor (Selproa) telah pun menubuhkan satu jawatankuasa untuk mempertahankan kuasa mereka.

"Kita lihat mereka selama ini begitu prihatin dengan perkembangan kes inkues Teoh Beng Hock.

"Mereka juga akan turut tidak berpuas hati kerana tidak mencapai apa yang diperjuangkan selama ini iaitu untuk mencari kebenaran tentang macam mana Teoh Beng Hock mati.

Read more ...

Prestasi Satim teruk tidak layak jadi ketua pembangkang

Teresa Kok : Pemilihan Satim, Aneh Dan Diluar Jangkaan


SHAH ALAM 7 Jan. : Perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Serdang, Datuk Satim Diman sebagai ketua pembangkang baru di Selangor adalah sesuatu yang aneh dan diluar jangkaan.

Demikian pandangan ADUN Kinrara, Teresa Kok yang turut berasa hairan bagaimana pemimpin Umno-Barisan Nasional meletakkan Satim bagi mengetuai pasukan pembangkang, walhal kelibat ADUN itu jarang kelihatan menjalankan tanggungjawab di Dewan mahupun di kawasan beliau.

" Di Dewan pun saya juga sentiasa nampak dia tidak ada. Jadi kalau dia jadi Ketua Pembangkang sama ada dia boleh memainkan peranannya dengan berkesan kerana bagi saya dia memang seorang ahli politik yang malas," kata Teresa ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Umno Selangor malam tadi mengumumkan perlantikan Satim bagi menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang terpalit dengan kes rasuah.

Satim sebelum ini merupakan setiausaha badan perhubungan negeri.

Jawatannya itu kini digantikan oleh bekas Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed.

Mengulas lanjut mengenai karektor individu yang dipilih oleh Umno itu, menurut Teresa, beliau tidak akan lupa tindakan ADUN itu yang terburu-buru melemparkan tuduhan ke atasnya berhubung isu larangan azan.

" Ini menunjukkan bahawa beliau tidak menunjukkan keprihatinan beliau berhubung isu yang berlaku di tempatnya dan beliau adalah seorang yang mudah melemparkan tuduhan tanpa melakukan siasatan," tegas Teresa.

Dalam kejadian pada 2008 itu, Satim katanya telah melemparkan tuduhan bahawa beliau telah mengeluarkan larangan azan dilaungkan di sekitar Kota Damansara, Sri Serdang dan Puchong.

Malah Satim mengatakan bahawa beliau telah menulis surat mengenai petisyen bantahan penduduk yang tidak berpuas hati dan meminta pihak jawatankuasa masjid supaya tidak menggunakan pembesar suara untuk melaungkan azan kepada Satim.

Katanya, beliau dilemparkan dengan tuduhan yang tidak berasas sama sekali kerana tempat yang dinyatakan adalah kawasan Satim sendiri, dan beliau tidak tahu menahu apa yang berlaku di kawasan ADUN itu.

" Ini menunjukkan bahawa beliau tidak menunjukkan keprihatinan beliau berhubung isu yang berlaku di tempatnya dan beliau adalah seorang yang mudah melemparkan tuduhan tanpa melakukan siasatan.

" Saya rasa prestasi beliau akan lebih teruk dari Dr Khir Toyo," tambah Teresa lagi, mengulas sikap sambil lewa Satim.

Read more ...

Umno berlakon setia kepada raja rupanya

Isu derhaka, sejarah menjawab!

Sah, pemimpin Umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam festival filem drama politik Malaysia.

Contohnya Umno yang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian sampai ke pagar istana.

Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja Melayu.

Tindakan Umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan “dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia”.

Sebenarnya pemimpin Umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin Umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu. Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.

1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dibuang daripada Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

2. Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Datuk Seri Tajol Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Datuk Seri Tajol Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.(UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.

3. Begitu juga pada tahun 1979 kes Datuk Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.

4. 1983 Umno hendak meminda supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.

5.P ada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

6. Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?

7. Satu demonstrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya?

8. Pada 18 Januari 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. (BH 19/1/1993)

9. Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam Raja-Raja Melayu.

10. Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan “Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak pada 6/2/09. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Petra untuk mengganti Sutan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Datuk Annuar Musa. Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya? Budaya mana pemimpin umno ambil?

12. Kenyataan biadab Shahidan Kasim, bekas MB Perlis mengatakan “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti” (BH 11 Jun 1993.)

13. Datuk Mohd Taib kata Nizar derhaka. Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun BN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Datuk Ahmad Said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusoh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan? Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang? Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan Istana Kuala Kangsar pada 6 Feb 2009.

15. Datuk Seri Shahidan Kassim boikot perlantikan Dr Mohd Isa Sabu sebagai MB Perlis. Bukankah ini derhaka namanya?

16. Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. BH 3/2/1993. Ini ungkapan yang biadab dan derhaka kepada Raja Melayu.

17. Datuk Zahid Hamidi ketika menjadi ketua pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah (BH 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi terhadap sultan yang cuba campur tangan soal pelantikan Raja-Raja Melayu.

Banyak kenyataan yang berupa penghinaan kepada Raja-Raja Melayu ketika pemimpin Umno bergaduh dengan Raja-Raja Melayu. Dr Mahathir mengatakan Raja tidak henti meminta daripada kerajaan BH 30/1/1993.

Berita Harian pada 23/1/1993 mengaibkan mendedahkan pesta arak di majllis sultan dan membawa perempuan cantik kadang-kadang lapan orang.

Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini? Jawabnya tentulah pemimpin Umno. Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat Raja-Raja Melayu.
Oleh Badrulamin

Read more ...

Walaupun nafi, SUK lama perlu disiasat

Ramli perlu disiasat, bukti sudah ada – Badrulamin

KUALA LUMPUR, 7 Jan. : Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrulamin Baharon mendesak tindakan penyiasatan dibuat terhadap bekas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor, Datuk Ramli Mahmud yang dipercayai mendalangi isu pelantikan SUK Selangor yang baru.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Badrulamin berkata, beberapa bukti sudah diperolehi berkaitan dengan isu tersebut dan penyiasatan secara terperinci mesti dijalankan.

“Mengikut penelitian saya, terdapat kemungkinan yang beliau mungkin terlibat kerana pihak kami sudah mempunyai beberapa bukti.

“Jika betul beliau terlibat, kita akan membawanya kemuka pengadilan kerana melibatkan pecah amanah, tidak taat dan tidak berpegang pada janjinya sebagai SUK,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mendedahkan yang bekas Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Selangor Datuk Ramli Mahmud dipercayai adalah dalang isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Ini berikutan, Khalid berkata, Ramli adalah individu yang memgemuka nama Datuk Mohamed Khusrin Munawi kepada istana Selangor pada 3 Disember tahun lalu tanpa pengetahuan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mahupun mana-mana Exco Selangor.

Khalid dilapor berkata, Ramli dikatakan berbuat demikian selepas mendapati nama Khusrin tidak ada dalam senarai tiga calon yang dipilih jawatankuasa khas yang dibentuk kerajaan negeri bagi memilih SUK yang baru.
Mengulas lanjut, Badrulamin menyifatkan perbuatan Ramli itu memburukkan imej dan kredibilitinya sendiri sebagai SUK yang seharusnya bersikap telus dan adil tanpa melibatkan pelbagai masalah selepas menamatkan perkhidmatannya.

“Dia tidak sedar bahawa jawatan sebagai SUK juga adalah amanah yang diberikan rakyat kepadanya selain berkhidmat untuk kerajaan Negeri. Sepatutnya apabila sudah mahu menamatkan perkhidmatan, Ramli mesti menjaga imejnya supaya tidak tercalar,” katanya.

Read more ...