Wednesday, May 18, 2011

Mai baca rakyat belasah Brahim Ali dalam facebook peribadi Raja Katak ini

Dari Facebook Ibrahim Ali : 8 people like / komen..hangpa baca sendiri laa..




Perang salib jihad menentang kristian akan diketuai oleh saya.. berapa ramai yang sanggup berdiri di depan saya untuk menahan tikaman????
Tuesday at 8:29pm

  • 8 people like this.
    • Cemi Nebulyzer ape barang tikam2..kasi bom terus laa..
      Tuesday at 8:32pm
    • Nixs Azmi Maksim Alekseev FUCK U!!
      Tuesday at 8:32pm · 3 people
    • Nixs Azmi Maksim Alekseev ini bukan jihad namanya BODOH!!
      Tuesday at 8:32pm · 2 people
    • Zack Rul sya lebih suka nengok tikaman itu berada dibdanmu..i ilke
      Tuesday at 8:33pm · 1 person
    • Opie Long hero la tu konon2
      Tuesday at 8:33pm
    • Harizz Rezza mati katak le
      Tuesday at 8:34pm · 2 people
    • Sahir Zulkifli encik bereheng ali... perang salib tu perang orang kristian lawan islam... kalau islam lawan kristian.. tu perang sabil!!
      Tuesday at 8:35pm · 9 people
    • Sahir Zulkifli BODOH PIANG!!!
      Tuesday at 8:35pm · 2 people
    • ZiNk ZaNk kahkahkah kecian
      Tuesday at 8:35pm
    • الشيخ أحمد فائز bangang!
      Tuesday at 8:37pm · 1 person
    • Jrry Yusoff Kahkahkah.. Ong kedek2.. Ong kedek2.. Kahkahkah..
      Tuesday at 8:38pm · 1 person
    • Nixs Azmi Maksim Alekseev Stupid MORON!!
      Tuesday at 8:38pm · 1 person
    • Nixs Azmi Maksim Alekseev Jihad pungkok hang!!
      Tuesday at 8:42pm · 2 people
    • Amin Gerrard bodoh x de otak...
      Tuesday at 8:56pm
    • Helmy Ibrahim hahaha...
      Tuesday at 8:57pm
    • JiaRong Teng lol
      Tuesday at 9:01pm
    • Ku Mustafa tulih kat fesbuk mudah la.. print screen!!!! report kat polis n skmm. ada tindakan?
      Tuesday at 9:06pm
    • Aqutuah Nizam Hang la dok depan skali tahan tikaman..
      Tuesday at 9:06pm
    • Fatihah Abdulfatah Haron saya bediri belakang IA sahaja jadikan sebagai perisai. boleh?
      Tuesday at 9:12pm · 2 people
    • Abdul Rahman Ali Betul ke statement ni dati dato??, klu benar ada mengundang bahaya dlm negara ini, kita ada cara lebih seseai mengengandalikan hal2 begini mengikut suasana corak kehidupan masyarakat islam masa kini.
      Tuesday at 9:20pm
    • Boneyventure Non Sebastian Luhuban Hm ibrahim ali yg sangat x berakal , nak memecah kan perpaduan masyarakat malaysia nak meng api2 kan rakyat malaysia , baik2 aman dia nak bawa perang , patut kena tahanan ISA. La ibrahim ali woi
      Tuesday at 9:29pm · 1 person
    • Azizul Omar hang pi sorang je la berahim woi...
      Tuesday at 9:31pm
    • Nizar Embi Kalau ketua hang la duduk depan..awat kitaorg pulak suruh duduk depan tahan tikaman..????
      Tuesday at 9:53pm · 1 person
    • France Francis taik lh kau .... sini kau dtg sarawak sini .... klu kau btul2 brani ... nt kpala mu di penggal olh org sarawak
      Tuesday at 9:58pm
    • France Francis Ibrahim Ali BABI.... PENAKUT ..... ahahaha ...sini kau 0ne by one kita lawan ...
      Tuesday at 10:00pm
    • Nixs Azmi Maksim Alekseev France Francis > sabar k......
      Tuesday at 10:04pm
    • France Francis ok bro ... Nixs Azmi Maksim Alekseev .... mudah2 han hantu ini kena humban dlm neraka .... AMIN!!!!!!
      Tuesday at 10:08pm
    • Norsham Ishak hati hati cakap datuk.nanti kena ISA.
      Tuesday at 10:20pm
    • Bangla Ketot Dato ni gila ka ini macam cakap ?
      Tuesday at 10:45pm
    • Bangla Ketot Melayu pun mau marah sama awak, awak ni tak ada otak ke ?
      Tuesday at 10:48pm
    • Malik Dinar bkn kata melayu je yg marah..bangla pun sama marh..
      Tuesday at 11:27pm · 1 person
    • Majid Al-Wahid sape ikut pork heng masuk neraka.. ORANG KRISTIAN TAK CAKAP APA2, PORK HENG GILABABI SORANG!!
      Yesterday at 12:22am
    • Privesh Khan encik ibrahim ali, awak itu orang fanatic dan racist, islam itu majority di malaysia, dan kaum majority itu harus menjadi keutamaan dan itu tidak boleh ditukar, awak itu saja nak membuat huru hara di malaysia, awak itu benci orang kristian, tuhan tidak akan memaafkan dosa awak itu, anda ada masa lagi, tlonglah balik di pangkal jalan yang betul, jangan la jadi masalah kepada negara awak itu sendiri
      Yesterday at 1:07am · 3 people
    • Amelie Shasha Ibrahim Ali You Are SICKO!! Your Mouth Just Like Your Mother Butthole!
      Yesterday at 3:14am
    • Encik Gopal adusss berahim...!!baik kau letak jawatan la sblum dimalukan di pru-13!!!
      Yesterday at 3:47am
    • Ahmad Raziman bodo menate tahi nih,,,,baik mu gi perang di palestin nuh,,,wat malu ore melayu jah menate nih,,,wat malu ore kelate jah,,,berahim bengor,,
      Yesterday at 6:27am
    • Ahmad Raziman sekor mu lah berahim gilo,,x dok dek ore nok laye ore bodo supo mu tuh
      Yesterday at 6:28am
    • Privesh Khan saya setuju dengan awak encik raziman, dia itu seekor je yang buat masalah
      18 hours ago
    • Zaim Nizar Alfahmy kroggg.... sapa sanggupmati katak??? pak berahing mereng bodoh nak mampos
      17 hours ago
    • Ain Pelangi katak yang Rasis
      16 hours ago
    • Jerry Serit saye sangup.. Tapi saye bediri dibelakang je.. Yang bediri di depan tu, engko sorang le brahim, biar le engko kena tikam.. Takan ko nak org lain kena tikam depan engko atas perjuangan sesat engko tu..brahim, engko bercakap macam budak belum berkhatan le.. Jadi matang sikit.. Mcm pondan tua je aku tengok..
      13 hours ago
    • Simon Lee lol
      9 hours ago





Read more ...

Premis awam jadi hak mak bapak UMNO

WarkahDaily – Dah selalu sangat bergantung dengan kesenangan yang diambil dari kemudahan milik kerajaan, bila dah tak lagi jadi kerajaan, lagilah menggila salah guna kuasa guna harta benda awam untuk parti. Umno-BN memang jenis manusia yang tak reti nak hidup berdikari.

Nak adakan program parti pun tak mampu berdiri sendiri, kena bergantung harap dengan premis untuk rakyat menimba ilmu sebagai tempat mengadakan mesyuarat parti.

Jika ketika jadi kerajaan, segala kemudahan awam dan wang ringgit diboroskan untuk program parti, tapi lepas jadi pembangkang, turun pangkat – jadikan sekolah (harta milik awam – rakyat) sebagai tempat diadakan program parti. Dah mula tak tahu nak bezakan mana premis parti dan mana premis awam.

Dilaporkan Umno-BN menyalahguna menjadikan sekolah sebagai tempat mereka untuk bermesyuarat Umno bahagian.

Seperti yang didedahkan blog Dewan Pemuda PAS Padang Terap, Menteri Pelajaran merangkap Timb. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan merasmikan mesyuarat Umno bahagian Padang Terap di Dewan Sekolah Menengah Dato` Syed Ahmad, Kuala Nerang, Kedah Jumaat ini (esok – 20 Mei 2011).

Jika Muhyiddin selaku Menteri Pelajaran turun, sudah tentu guru-guru sekolah berkenaan akan dikerah dan dipaksa terlibat secara rasmi dan tak rasmi dalam program terbabit.

Tiada kewajaran yang membolehkan Umno mengadakan mesyuarat parti di premis pendidikan yang menjadi tempat para pelajar menuntut ilmu yang bebas daripada aktiviti politik kepartian.

Bukan itu saja, begitu juga wanita UMNO bahagian Padang Terap turut menggunakan premis awam untuk bermesyuarat iaitu di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Nerang pada 14 Mei lepas yang dirasmikan oleh Dr. Ir. Mohamad Zin bin Mohamed, Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). Woi!...pengerusi KTMB rasmi mesyuarat Umno tu!...


BUKTI surat menyurat berkaitan mesyuarat wanita Umno diadakan di sekolah. | foto TKO
Penyalahgunaan kuasa ini semakin menjadi-jadi kerana Umno-BN tidak lagi menjadi kerajaan di negeri Kedah. Bahkan bukan aje di Kedah, di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, Umno-BN tanpa segan silu menggunakan premis hak milik awam untuk mengadakan mesyuarat parti.

Sekarang dah takdak sape nak support mesyuarat kat hotel la kot, itu sebabnya buat kat sekolah. Maklum sajelah, dah jadi pembangkang. Umno-BN ni mana reti nak berdiri dengan sendiri tanpa ada mana-mana korporat yang sanggup ‘sedekah’ wang ringgit untuk Umno-BN. Program Umno-BN hanya boleh berjalan dengan duit, tanpa duit takdaklah program.

Kemudahan kerajaan negeri pun dah tak boleh digunakan lagi kerana dah jadi pembangkang, maka jalan terakhir, depa guna sekolah di bawah kerajaan pusat.

Aku terfikir, bagaimana jika kerajaan pusat pun diambil alih oleh Pakatan Rakyat (PR), mana lagi Umno-BN nak bermesyuarat selepas itu?

Tak pelik jika PR tidak memerintah kerana sudah biasa mengadakan program di premis sendiri (mampu berdiri dengan sendiri) walaupun disekat dengan bermacam-macam cara tapi jika Umno-BN pulak bagaimana jika depa jadi pembangkang di negeri dan pusat? Jawabnya, Umno-BN bakal berkuburlah.

Read more ...

UMNO perkuda ROS pula

Haramkan PKR - Muslihat Umno untuk Dera Rakyat, kata Anwar


KUALA LUMPUR 19 MEI : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mahu mengharamkan parti itu didalangi oleh UMNO untuk terus mendera rakyat.
"Ini kerja pimpinan UMNO yang terdesak dan terus mendera rakyat," kata Anwar ketika menjawab soalan pelayar Internet menerusi program "Question time' anjuran Yahoo Malaysia pagi tadi.
Pendaftar Pertubuhan menghantar notis kepada PKR, memberitahu parti itu akan dibatalkan pendaftarannya kerana kononnya memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Displin parti.
Menurut ROS, pendaftaran PKR akan dibatalkan mulai 9 Jun jika parti itu tidak memberikan alasan yang munasabah kepada badan itu.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail sedang mengadakan sidang media mengenai isu itu hari ini.

Read more ...

ROS beri notis batalkan pendaftaran PKR



PETALING JAYA 19 MEI: Pendaftar Pertubuhan cuba memansuhkan Parti Keadilan Rakyat berasaskan peruntukan perlembagaan parti yang direkayasa, kata Setiausaha Agong PKR Saifuddin Nasution.

Beliau mengulas tindakan ROS memberi notis untuk membatalkan pendaftaran parti itu mulai 9 Jun depan kerana kononnya memecat seorang ahli tanpa dirujuk kepada Jawatankuasa Displin parti.

ROS mendakwa tindakan memecat Rajagopal a/l Andaikkalam bercanggah dengan peruntukan 32.2.1 perlembagaan PKR.

Saifuddin berkata peruntukan yang dirujuk itu tidak ada dalam pelembagaan parti. Yang ada cuma fasal 32.

Ahli yang dinamakan dalam notis ROS itu juga tidak wujud.

Saifuddin berkata ahli yang dipecat bernama Jayagopal. Beliau dipecat pada 27 April 2009 oleh Majlis Pimpinan Pusat kerana bertanding menentang parti pada pilihanraya kecil Bukit Selambau Kedah.

Saifuddin menyifatkan notis ROS itu bersifat “aneh” dan tidak menolak tindakan itu sebagai cubaan terbaru mensabotaj penyertaan parti itu pada Pilihan Raya Umum tidak lama lagi.

"RoS mengemukakan fakta aneh dan undang-undang yang tidak ada kena mengena.

"Semakan kita maklumat itu tidak ada nama Rajagopal tetapi ada Jayagopal," kata beliau.

Peguam Sivarasa Rasiah menegaskan pemecatan anggota parti kerana melanggar disiplin tidak ada kena mengena dengan ROS memandangkan tindakan itu adalah hal dalaman parti

Menurut peguam itu lagi, ROS perlu berpuas hati dengan laporan siasatan sebelum mengeluarkan notis di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966.

Beliau berkata alasan yang digunakan oleh ROS itu pertama kali digunakan untuk membubarkan sebuah parti di Malaysia.

"Persoalannya bagaimana mereka boleh berpuas hati dengan alasan macam ini sebelum membatalkan mana-mana parti," ujar Sivarasa.

Justeru PKR akan mengumukakan surat kepada RoS hari ini untuk memberikan hujah-hujahnya bagi mempertahankan pendiriannya.

Read more ...

Kalau Anwar pelaku video seks dah lama polis dedahkan

Boleh percaya ka kenyataan polis ni - ''Jika dedah identiti, polis dituduh berpolitik''

Oleh: bumiperak

"Firasat akulah...

1.Sebenarnya pihak polis serba salah. Kalau kata Anwar memang sah polis bohong tapi kalau kata bukan Anwar, UMNO pula hilang modal nak burukan Anwar. Oleh itu, senyapkan saje sebab orang kampong bergantung maklumat TV3 dan Utusan terus dungu tak tahu. Itu kebenarannya PDRM nak cover? Bangkai gajah mana boleh ditutup dengan nyiru.

2. Sebab PDRM kata mereka tidak terlibat dalam politik dan biar kes ini terus tanda-tanya. Jika polis dedahkan, pelaku dalam video seks tersebut, maka DSAI akan bersih namanya. Biarkan rakyat dalam teka teki sebelum PRU nanti. Jika tidak nanti, susah jugak nak cari modal fitnah baru utk PRU 13.

JOHOR BAHARU, 18 Mei - Timbalan Ketua Polis Negara berkata tiada keperluan daripada segi undang-undang bagi pihaknya untuk mendedahkan identiti pelaku dalam video seks yang didakwa membabitkan pemimpin sebuah parti pembangkang.

Menurut Datuk Khalid Abu Bakar, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah, di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya.

"Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya. Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang, kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik. Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini, apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah. Jangan mendesak kita, kita mengikut peruntukan undang-undang," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Khalid berkata demikian selepas menghadiri majlis Sesi Percambahan Minda Bersama Pucuk Pimpinan Polis Kontinjen Johor yang turut dihadiri Ketua Polis Negeri Datuk Mokhtar Mohd Sharif. Beliau mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Datuk Zaid Ibrahim hari ini yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu.

Khalid berkata, polis telah pun selesai menjalankan siasatan terhadap kes mengedar dan mempamer video lucah itu dan kini terpulang kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk meneruskan tindakan selanjutnya.

"Polis telah menjalankan siasatan, sama ada tuduh ke tidak itu bukan tanggungjawab polis, itu Jabatan Peguam Negara. Kita telah menjalankan apa jua arahan pendakwa raya tentang video lucah itu," katanya.

Mengenai sesi pencambahan minda hari ini, beliau berkata, ia merupakan usaha kontinjen Polis Johor berbincang untuk mencari pendekatan baru bagi mengurangkan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah. Katanya, tahun ini Polis Johor telah berjaya mengurangkan sebanyak 20 peratus kadar jenayah di kawasan-kawasan panas negeri ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Polis Johor yang telah mewujudkan 25 pondok khas polis di kawasan panas sekitar Johor Baharu dan Iskandar Malaysia, merancang untuk menambah 25 lagi pondok khas bagi membanteras jenayah, kata beliau.

Read more ...

Utusan melonjak RM 6.893 juta kerana fitnah porno dan rasis


SHAH ALAM 18 MEI : Ketika akhbar lain mencatat keuntunganm Utusan Melayu (M) Bhd mengalami kerugian sebelum cukai RM6.893 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2011, berbanding RM6.524 juta pada suku yang sama pada 2010.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, Utusan mendakwa kerugian itu disebabkan peningkatan bahan mentah sebanyak 30 peratus.

Ia berkata perolehan bagaimanapun meningkat kepada RM85.828 juta berbanding RM74.830 juta sebelumnya.

Utusan berkata peningkatan saingan untuk penguasaan pasaran perbelanjaan pengiklanan dijangkakan berterusan tahun ini.

"Bagaimanapun unjuran pertumbuhan positif dalam keluaran dalam negara kasar dan perbelanjaan pengiklanan bagi 2011 akan menyediakan peluang untuk kumpulan itu meningkatkan perolehan pengiklanan," katanya.

Read more ...

Pendedahan terbaru Wikileaks : Suruhanjaya Diraja perlu untuk siasat Najib dilindungi dalam kes pembunuhan Altantuya



SHAH ALAM 18 MEI : Pendedahan terbaru Wikileaks bahawa Kedutaan Amerika Syarikat mepercayai adanya usaha terancang untuk melindungi Perdana Menteri, Najib Razak dalam perbicaraan kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu menzahirkan keperluan penubuhan Suruhanjaya Siasatan di-Raja, kata Parti Keadila Rakyat.

Walaupun pendedahan yang dibuat oleh WikiLeaks itu bukan perkara baru, namun ia menguatkan pandangan umum yang selama ini membuat tafsiran serupa, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli.
"Pendedahan itu tidak mengejutkan dan semua rakyat Malaysia sudah tahu, satu dunia pun sudah tahu memang ada campur tangan politik, fakta dia pun rakyat dah tahu,"katanya.

"Cuma pendedahan ini maknanya mengiyakan pandangan rakyat selama ini," kata Rafizi ketika mengulas pendedahan WikiLeaks itu.

Walau bagaimanapun, menurut Rafizi pendedahan sahaja tidak memadai jika kes pembunuhan tersebut tidak ditangani secara adil dan bebas.

Justeru Rafizi sekali menjelaskan betapa pentingnya sebuah Suruhanjaya Siasatan di-Raja ditubuhkan bagi memerinci kes pembunuhan warga Mongolia berkenaan.

Bahkan beliau tidak menolak kemungkinan dengan adanya pelbagai andaian dari wakil kedutaan AS, ia akan menimbulkan lebih banyak spekulasi selepas ini.

"Perkara ini hanya dapat diselesaikan jika disiasat dengan bebas, kalau kes Datuk Seri Anwar Ibrahim mereka suruh tubuhkan suruhanjaya bebas, jadi saya rasa kes ini adalah lebih tepat untuk ditubuhkan suruhanjaya,"katanya.

"Apabila ada syak wasangka yang tinggi dan juga berasas mengenai hubungan Najib dan Altantuya terutama melalui Razak Baginda, bila ada syak wasangka yang jelas seperti itu, maka banyak spekulasi yang boleh timbul,"tambahnya lagi.

Kabel diplomatik terbaru yang didedahkan Wikileaks menunjukkan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur mengesyaki wujudnya campurtangan politik untuk melindungi Najib daripada dikaitkan kepada perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, menurut kabel-kabel diplomatik yang dibocorkan oleh WikiLeaks.

Kabel-kabel itu berasaskan maklumat yang diberikan kepada kedutaan itu oleh sumber-sumber Pejabat Peguam Negara, pemimpin kerajaan dan pembangkang, menurut Asia Sentinel yang menyiarkan kabel-kabel berkenaan.

Malah wakil kedutaan AS juga membincangkkan kemungkinan Perdana Menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi menggunakan perbicaraan Altantuya untuk “mengenakan” Najib.

Altantuya dijumpai mati dibom di pinggiran hutan Puncak Alam pada Oktober 2006. Dua daripada pegawai polis yang berkhidmat dengan pejabat Najib ketika itu, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar di dapati bersalah membunuh warga Mongolia itu.

Bagaimanapun rakan karib Najib, Abdul Razak Baginda yang mengaku mengadakan hubungan sulit dengan Altantuya dibebaskan dari tuduhan itu walaupun beliau bersetuju menggunakan khidmat dua anggota polis berkenaan.

Kabel-kabel WikiLeaks mendedahkan pegawai-pegawai kedutaan percaya wujud campurtangan politik untuk menentukan bagaimana pihak pendakwaraya mengendalikan kes itu.

Read more ...