Thursday, March 31, 2011

Lima cerita hantu jembalang Muhyiddin

JEMBALANG,HANTU DAN SETAN MENUTUP TIRAI MAC 2011

CERITA SATU
*Hantu dan Jembalang*

Ketika melakukan lawatan awalnya ke Sarawak,Al Malikul ul Syeikh Timbalan Mamanda Menteri Negara telah membuat kenyataan bahawa penduduk Sarawak perlu menolak kedatangan "hantu" dan "jembalang" dalam jumlah yang besar dari Semenanjung ke negeri itu dalam Pilihanraya Negeri April ini.

Menurut Sang Timbalan lagi,para hantu dan jembalang yang akan datang itu kelak akan cuba untuk menghasut penduduk supaya berpecah belah.Sang Timbalan kemudiannya mengeluarkan satu fakta yang cukup hebat,bahawa adapun negara Malaysia ini adalah sebuah negara yang paling aman dan bersatu padu dalam dunia ini.

Adapun kedatangan hantu jembalang tersebut,tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyuruh rakyat menyokong Parti Kian Runtuh (PKR),dan parti berlainan ideologi Pas dan DAP.Pun begitu,tidak pula dikhabarkan samada hantu jembalang itu adalah daripada Barisan Nasional itu sendiri ataupun Pakatan Rakyat.Boleh jadi,hantu-hantu ini diupah untuk mengkucar-kacirkan Barisan Nasional Sarawak.Siapa yang untung jika BN berpecah belah?Sudah tentunya Umno yang masih belum bertapak di Sarawak hingga sekarang.


Muhyiddin dan tuai rumah melakukan
upacara menghalau hantu jembalang Pakatan Rakyat
Sang Timbalan sibuk-sibuk memburukkan Pakatan Rakyat sebagai pengacau di Sarawak.Sedarlah dirimu sedikit.Kamu juga pengacau.Umno mana bertanding di Sarawak!Sehina-hina Pas di mata Umno pun,Pas lebih bagus kerana bertanding lima kerusi.Sedangkan,Umno langsung tidak mampu untuk bertanding di mana-mana kerusi!Malulah sedikit.

CERITA DUA
*Syaitan Bisu*


Adapun gemparlah seminggu dua ini akan satu rakaman video seks Anwar Ibrahim itu.Seluruh masyarakat bercerita tentang video ini,baik yang ingin mempercayai ianya benar ataupun cuma sekadar satu lagi konspirasi tertinggi negara.Tidaklah aku sang periwayat hendak mengkhabarkan cerita ini sekali lagi.
Aku kira ramai yang sudah sedia maklum akan perkara ini.

Cuma,apa yang hendak aku khabarkan adalah mengenai beberapa ekor Syaitan Bisu.Cerita ini timbul ketika lebih kurang sepuluh ribu rakyat berkumpul di Stadium Malawati Shah Alam,Isnin lalu.Ketika berucap dalam majlis tersebut, Presiden Parti Islam Malaysia,Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang berkata, mufti di Malaysia tidak sepatutnya menjadi syaitan bisu dalam isu ini.

Bayangkanlah,sebagai sebuah negara majoriti umat Islam (kalaupun tidak menjadi negara Islam), adalah sesuatu yang memalukan apabila ada pihak yang bukan sahaja melakukan kemungkaran secara terbuka, malah lebih daripada itu berbangga-bangga atas kemungkaran mereka kononnya atas prinsip moral. Apa yang lebih malang,tiada seorang pun mufti yang memberi respons semerta ke atas perkara tersebut.

Selepas kenyataan syaitan bisu itu menjadi heboh,maka tampillah Mufti Perak yang menyatakan bahawa kenyataannya telahpun disorok oleh Utusan Malaysia,walaupun akhbar tersebut telahpun menemuramah beliau.Mungkin agak terasa dengan ungkapan syaitan bisu,Mufti Perlis Dr.Juanda Jaya pula senada dengan lain-lain pihak menyatakan bahawa haram mendedahkan video seks terbabit.

Rupa-rupanya,Utusan Malaysia yang menjadi syaitan dalam perkara ini!

CERITA TIGA
*Syaitan Besar*


Parlimen kecoh lagi.Kali ini gara-gara Bung Mokhtar yang menggelarkan pemimpin Pakatan Rakyat sebagai Syaitan Besar.

Ketika bangun untuk bertanya soalan tambahan mengenai kursus kemahiran kepada golongan wanita luar bandar,Bung telah menyoal Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah samada kerajaan bercadang atau tidak untuk menyediakan kursus kemahiran seperti kursus memasak, membuat kuih dan kraftangan kepada rakyat di Sabah.


Tatkala itu,MP Ipoh Barat M.Kulasegaran bangun mencelah dan bertanya kepada Menteri samada perlu atau tidak diadakan kursus kepada golongan wanita.Bung menuduh Kulasegaran cuba memanipulasi kenyataannya berhubung pemandu wanita sebelum ini untuk memancing golongan itu agar mengundi Pakatan Rakyat.


Ketika itu kedengaran juga suara Datuk Mahfuz Omar (PAS -Pokok Sena) yang berkata bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga tidak bersetuju dengan kenyataan Bung itu.


Bung seterusnya berkata, ramai 'syaitan' yang mengganggunya namun 'syaitan-syaitan ini akan direjam'.
"Kalau pun ada bisikan syaitan di pagi ini, akan direjamlah mereka," katanya.
Kulasegaran bangun membantah perkara itu dan menganggap Bung mengeluarkan perkataan yang tidak baik dalam dewan.
"Apa ini Yang Dipertua...tiba-tiba cakap syaitan," katanya.
Namun Bung terus bertanya soalan dan setelah menghabiskan soalannya, Bung secara tiba-tiba memandang Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan menggelarnya 'syaitan besar'.
"Ini Shah Alam memang syaitan yang besar," katanya.
Khalid bangun dan meminta Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menyuruh Bung menarik balik kata-katanya.
"Yang Dipertua, dia (Bung) panggil saya syaitan besar. Minta tarik balik. Ini dewan yang mulia, kena jaga kata-kata," katanya.
Bung terus mempertahankan diri dengan mendakwa mereka yang mula mengganggunya.
Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) pula bangun mempertahankan Bung dengan meganggap wakil Pakatan Rakyat yang tidak menghormati dewan.
Junaidi bagaimanapun menegaskan, dalam apa keadaan sekalipun, mana-mana wakil rakyat tidak boleh mengeluarkan kata-kata kesat.
"Saya faham itu Yang Berhormat. Tapi itu tidak membenarkan sesiapa pun menggunakan perkataan yang tidak betul dalam dewan. Perkara ini saya pertahankan. Kalau tidak semua orang boleh guna perkataan sesuka hati," tegasnya.
Mahfuz pula bangun dan menyokong pendirian Junaidi itu.
"Yang Dipertua, kalau cakap dia terganggu, kita pun selalu terganggu, tapi kita terbuka. Saya pun selalu diganggu. Tapi tak adalah sampai nak menggunakan perkataan yang bagi saya sangat buruk," katanya.
Mereka seterusnya mendesak Bung menarik balik perkataan 'syaitan' itu sehingga Bung terpaksa mengalah dan menarik balik perkataan itu.
CERITA EMPAT
*Air Kencing Syaitan*

Minggu ini juga heboh dan gempar apabila seorang blogger Umno terkenal,Parpukari ataupun blognya House PK telah didapati meminum arak ketika azan maghrib.Perkara itu didedahkan oleh Topeng Perak Unmasked dan beberapa orang blogger lain.

Benar atau tidak?Wallahualam.Tetapi,Parpukari telahpun menafikan dia meminum arak.Siapa benar siapa silap?Gambar di bawah mungkin boleh menjawab.

INTERLOK
*Bab Penutup Cerita Jembalang Hantu Syaitan*

Soalan cepumas penulis:

Siapakah hantu syaitan yang sebenarnya?

Adakah ini hantu dan jembalang?


Atau ini?


Para mufti?


Yang ini?


Atau yang ini?
Atau rasa-rasa yang ini?
Jawapannya,Lu Pikirlah Sendiri!!!Kah kah kah

kamisokongpas

Read more ...

Dua muka dalam kamera litar tertutup

Dua Individu Terlibat Skandal Pemasangan Kamera Litar Tertutup


SHAH ALAM 1 APRIL : Dua individu dikesan terlibat dalam skandal pemasangan kamera video di Pejabat Menteri Besar Selangor tahun lalu.

Bagaimanapun menurut Khalid, tidak banyak hal yang diketahui kerana penyiasatan masih dijalankan dan laporan polis mengenainya sudah dibuat kerana ia berkaitan soal keselamatan bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan pejabat beliau.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan hal itu ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Templer, Datuk Sobahan Kamal.

Beliau turut mendedahkan salah seorang individu yang didakwa terlibat bernama 'Faiz'.

"Kita bukan taknak guna konsep terbuka tapi kita mesti bijak.

"Proses dari siasatan kita 2 orang dan ade orang namanye Faiz. Keselamatan terlibat, mungkin ada polis, sebab itu kita 'suspek' kita buat siasatan sendiri dahulu," terang beliau.

Khalid turut menerangkan siasatan awal berjaya menjumpai asal kamera video tersebut namun tidak mahu mendedahkannya lebih lanjut.

"Kita tahu kamera dari Kulim Hi Tech Park.. video dijual ejen di Subang orang yang jual namanya Liew..," terang beliau kepada dewan menafikan tuduhan pembangkang beliau sengaja mengadakan cerita dan tidak telus dengan siasatan itu.

Hal itu menyebabkan Sobahan menyindir beliau menyatakan dengan mengatakan ADUN Ijok itu sensitif kerana apa yang ditanya beliau hanyalah status kes tersebut untuk 'kepentingan orang ramai'.

Khalid menafikan beliau sensitif dan membalas pertanyaan Sobahan kepadanya yang amat berlainan dengan soalan umum wakil Umno itu.

"Dia cakap macam tu dengan ayat baik sedangkan apa yang dia tulis lain..Dia tulis "Isu Kamera tertutup ini isu serius yang bermotif politik. Ia diletak di bilik Menteri Besar, siasatan polis perlu". Jadi kalau kita baca tulisan ini maksudnya lain," balas Khalid.

Read more ...

Pegawai Kastam berpangkat Datuk ditangkap bersama Datinnya

PEGAWAI KASTAM SUAMI ISTERI PENYANGAK WANG !, DALAM KERAJAAN BN


Rumah penuh wang: Pengarah kastam direman?
Pegawai kanan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bergelar Datuk, yang ditahan reman bersama isteri di rumahnya di Temerloh kelmarin oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mungkin bertaraf pengarah.


Demikian menurut sumber yang belum disahkan, tetapi paling heboh sedang diperkatakan di negeri Pahang. PAHANG ! PAHANG ! PAHANG !
Rakyat Malaysia harap, kes ini janganlah umpama kambing hitam untuk menutup kerja yang sama melibatkan ratusan skandal sebegini.

Bagaimanapun sumber rasmi, belum mendedahkan identiti pegawai kanan kastam yang mana isterinya juga pegawai kanan agensi tersebut. Media semalam melaporkan SPRM
menemui ratusan ribu ringgit wang tunai berselerakan ketika menyerbu rumah seorang pegawai kanan kastam di Temerloh.

Pegawai kastam berkenaan dan isterinya, juga seorang pegawai kastam disyaki terbabit dalam kegiatan yang turut membabitkan sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM di seluruh negara.

Sindiket terancang itu dipercayai terbabit dalam pengisytiharan barangan import di bawah nilai sebenar cukai kastam, mengelak cukai pendapatan, pengubahan wang haram dan penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara menggunakan penggurup wang serta perlakuan jenayah rasuah.

Jenayah itu dilumpuhkan oleh pasukan bertindak khas dianggotai KDRM, Bank Negara Malaysia (BNM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan dua agensi lain, diketuai oleh SPRM dalam operasi serentak secara besar-besaran pada jam 10 pagi kelmarin di Pulau Pinang, Pahang, Johor, Selangor dan Kuala Lumpur.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali, berkata berikutan itu, pihak berkuasa sudah membekukan lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan mengikut peruntukan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

“Saya hanya bagi klu bahawa pegawai tersebut mungkin berasal dari sebuah kampung di Temerloh. Beliau pernah aktif dalam Pemuda Umno beberapa ketika dulu,” kata sumber yang tidak mahu mendedahkan identitinya.

Mahkamah Majistret Kuantan semalam mengeluarkan arahan menahan reman pasangan berusia 50-an itu selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan dan penjara tidak lebih 20 tahun.

Siasatan juga membabitkan kesalahan Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 selain Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

Read more ...

PR Selangor beri tanah kepada rakyat, pemimpin Umno di Perak tak habis-habis sentai tanah rakyat

Bongkar isu seleweng

http://www.facebook.com/profile/pic.php?oid=AQBp8iTZosMrB7zrrvNGC6vT966DuiOYwUuDYSwCuV-RYWVGsyLVHZ0cS3kNhVJsiO8&size=normal&usedef=1IPOH – Satu lagi pendedahan dibuat PKR negeri berkaitan isu penyelewengan 1.2 hektar tanah oleh Kerajaan Negeri yang menjadi milik UMNO Bahagian Gopeng sejak 20 Julai 2010.

Naib Pengerusi PKR, Chang Lih Kang berkata, mereka mendapat dokumen dari Pejabat Tanah dan Galian berkaitan sebidang tanah seluas 1.2 hektar diberikan kepada UMNO Bahagian Gopeng nombor hakmilik HSD 6527.

Menurutnya, tindakan Kerajaan Negeri memberikan tanah berkenaan kepada UMNO Bahagian Gopeng dianggap satu penyelewengan serius.

“Ini menunjukkan satu lagi kes rasuah dengan menyalahgunakan kuasa untuk menguntungkan kroni,” katanya pada sidang media, di Pejabat PKR Negeri, di sini semalam.

Hadir sama Ahli Parlimen Gopeng yang juga Timbalan Pengerusi PKR Negeri, Lee Boon Chye; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Chan Ming Kai; Setiausaha PKR Negeri, Anuar Zakaria dan Timbalan Setiausaha PKR Negeri, Tan Kar Hing.

Katanya, PKR mengecam sekeras-kerasnya kerana UMNO tidak ada hak mendapat tanah itu.

“Ribuan petani dan pengusaha tidak mendapat hak masing-masing, sedangkan mereka telah mengusahakannya sejak sekian lama.

“Sikap tamak haloba pemimpin Barisan Nasional (BN) yang merampas khazanah negeri menunjukkan BN telah mereput,” katanya.

Katanya, terdapat beberapa penyelewengan tanah melibatkan Kerajaan Negeri dikesan dan dibongkar PKR, antaranya penyelewengan tanah di Kampung Sungai Itek iaitu sebanyak 10 lot tanah di kampung tersusun orang kanan dalam UMNO Gopeng.

“Di kawasan yang sama, tanah seluas 20 hektar diberikan kepada sebuah syarikat yang juga dimiliki orang UMNO Gopeng dan Hutan Melintang.

“Penyelewengan tersebut bukan hanya berlaku di kawasan-kawasan kampung tetapi di bandar Ipoh yang gunakan UMNO dan MCA,” katanya.

Beliau berkata, PKR menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas terhadap orang yang bertanggungjawab dalam kes berkenaan.

“Pihak SPRM perlu menyiasat dan mendakwa mana-mana pihak yang terlibat.

“Kami turut menggesa jawatan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tanah dibekukan sepanjang siasatan dijalankan,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya telah menghantar sebanyak dua laporan kepada pihak SPRM berkaitan kes penyelewengan tanah di Perak sejak setahun yang lalu, namun sehingga kini tidak ada sebarang maklum balas diterima.

“Kita boleh menghantar semua laporan kes yang ada kepada pihak SPRM, tetapi dua laporan yang dihantar sebelum ini juga masih belum berjaya diselesaikan.

“Bagaimanapun, kami akan memberikan masa untuk badan itu menjalankan siasatan lebih lanjut terhadap kes-kes yang telah dilaporkan sebelum ini,” katanya.SH

Read more ...

Ini yang buat Umno bengang kepada Bob Lokman


Kelibat Cico Uji Rashid kelihatan bersama dengan Sdr Bob Lokman dan Ustaz Zulkifli Ahmad selepas kuliah mahgrib yang dijalankan di Masjid Al Azim, Pandah semalam (30 Mac 2011)...

Pemuda PAS Wangsa Maju

Read more ...

Menanti janji Pengerusi MCA Kedah meletak jawatan

Sedia undur jika pembinaan jadi kenyataan

http://www.mca.org.my/en/files/2010/10/Chong-Itt-Chew.jpgALOR SETAR - “Saya akan menarik diri daripada politik sekiranya bangunan pusat sembelihan babi yang dijanjikan oleh Kerajaan Negeri menjadi kenyataan,” kata Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew.

Katanya, beliau berani membuat kenyataan itu kerana yakin apa yang dijanjikan sebelum ini adalah gimik politik Pas semata-mata.

Menurutnya, keputusan Kerajaan Negeri menawarkan tapak seluas 1.21 hektar di Kampung Sungai Tok Pawang, Kuala Muda untuk dibangunkan pusat sembelihan babi yang baru, menggantikan tapak lama di Kampung Berjaya, Mergong adalah ‘umpan’ pilihan raya untuk memancing pengundi bukan Islam.

“Mereka tidak ikhlas dalam hal ini kerana janji itu dibuat tiga tahun lepas, tahun ini mereka dakwa pusat itu akan dibina. Walaupun tiga pihak terbabit telah menandatangani perjanjian untuk membangunkan projek itu, namun saya tidak yakin ianya akan menjadi kenyataan,” katanya.

Itt Chew berkata, Kerajaan Negeri memang bijak menabur janji manis sejak mengambil alih Kedah daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN), namun janji-janji itu tidak ditunaikan, termasuk apa yang terkandung dalam manifesto Pas.

“Ini semua gimik politik. Saya tetap dengan pendirian saya dan sanggup undur diri jika bangunan itu benar-benar siap suatu hari kelak,” katanya.

Mengulas mengenai hasrat Itt Chew itu, Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, Itt Chew tidak perlu berbuat demikian semata-mata untuk mempertaruhkan karier politiknya.

“Tak perlu buat macam itu, saya tak mahu beliau undur diri dari arena politik kerana dia adalah rakan politik walaupun berbeza fahaman parti. Saya harap dia tarik balik kenyataan itu atau kekal dalam politik walaupun bangunan itu siap kelak,” katanya.

Menurutnya, lebih elok sekiranya Itt Chew menyerahkan kepada rakyat untuk memutuskan sama ada masih mahu khidmatnya atau sebaliknya.

“Biarlah diputuskan dalam pilihan raya akan datang. Lebih elok jika kita ‘berlawan’ secara sihat dalam pilihan raya,” katanya.

Isu pusat sembelihan babi di Kampung Berjaya ini berlarutan sejak 1993. Pada Mei 2009 notis merobohkan pusat itu telah dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan penguatkuasaan dibuat pada Jun 2009. Persatuan bersetuju berpindah apabila Kerajaan Negeri bersedia membantu menyediakan tapak, dan sebanyak enam lokasi disenaraikan sebagai pilihan namun mendapat bantahan penduduk dengan mengadakan demonstrasi.

Akhirnya persetujuan dicapai untuk dibina di kawasan ladang kelapa sawit, jauh dari penempatan di Sungai Tok Pawang.

Kemelut ini turut menyaksikan pergolakan politik apabila DAP bertindak keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) pada 1 Julai 2009 kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Kerajaan Negeri, namun kembali menyertai pakatan setelah jalan penyelesaian dicapai di peringkat Pusat.

Ini jawapan kepada Pengerusi MCA Kedah ;
ALOR SETAR - Kerajaan Negeri telah bersetuju menawarkan tanah seluas 1.21 hektar di Kampung Sungai Tok Pawang, Kuala Muda untuk dibangunkan pusat penyembelihan babi yang baru, menggantikan tapak lama di Kampung Berjaya, Mergong.

Exco Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, perkara itu sudah lama diputuskan namun projek terbabit hanya akan dimulakan tahun ini.

“Kerajaan Negeri sudah bagi persetujuan dan tapak itu juga sudah di kenal pasti. Cuma tunggu kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sahaja sebaik syarikat terbabit mengemukakan pelan projek, yang dijangka mengambil masa enam bulan,” katanya, ketika menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah dengan Persatuan Murid-murid Tua Sin Min, di Wisma Darul Aman.

Menurutnya, perkembangan projek ini menunjukkan Kerajaan Negeri mengotakan janji yang dibuat tahun lalu, apabila bersetuju memberi sokongan untuk menjayakan projek berkenaan kerana memahami kehendak bukan Islam.

“MoU antara Persatuan Peniaga dan Penyembelihan Babi Kedah dengan tuan tanah sudah diadakan sebelum ini. Selepas MoU dimeterai, projek akan bermula secepat mungkin,” katanya.

Ir Amiruddin berkata, sebelum ini projek terbabit mengalami kelewatan berikutan masalah kewangan persatuan itu, di mana anggaran kos projek pembinaan mencecah RM5 juta.

“Projek ini mesra alam dan tiada kumbahan daripada pusat akan disalirkan keluar. Ianya akan dirawat menerusi sistem kitar semula, bermakna tidak ada pencemaran alam sekitar. Sekiranya semua proses berjalan lancar, pusat itu akan memulakan pembinaan tahun ini,” katanya.

Menurutnya, teknologi yang diguna pakai adalah sama seperti yang dilaksanakan di Selangor, yang terbukti keberkesanannya.

Ir Amiruddin berkata, ketiga-tiga pihak terbabit akan menubuhkan sebuah syarikat untuk menjayakan projek itu, dan Kerajaan Negeri hanya sekadar membantu dalam proses kelulusan tapak projek.

“Ini projek usaha sama antara mereka, kita hanya bantu segerakan kelulusan. Kos termasuk tapak adalah dibiayai oleh mereka,” katanya.

Read more ...

Gerakan ikut perangai Umno suka fitnah tak tentu hala

Kenyataan Balas Oleh Zairil Khir Johari, Setiausaha Politik YAB Lim Guan Eng

http://asiancorrespondent.com/jeffooi-images/2008H2/PG_Free-WiFi.jpg

Saya merujuk kepada kenyataan media daripada Ketua Pemuda Gerakan Kedah yang telah memainkan sindiran bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah gagal melaksanakan proses tender terbuka bagi inisiatif ‘WiFi Percuma Pulau Pinang’.

Pertama sekali, harus difahami bahawa pelaksanaan inisiatif ini dijalankan secara dwi-fasa. Fasa pertama, yang sudahpun berjaya dilaksanakan, telah bermula pada tahun 2009 dan membabitkan pemasangan dan penyenggaraan prasarana WiFi yang meliputi sebanyak 750 kawasan ‘hotspot’. Fasa yang kedua pula akan menggandakan jumlah kawasan ‘hotspot’ kepada 1,500 kawasan, sekaligus meliputi setiap satu kawasan parlimen di seluruh negeri Pulau Pinang.

Namun, terdapat sedikit salah faham di khalayak pihak-pihak tertentu tentang proses dan mekanisme inisiatif ini, terutama sekali dalam proses penganugerahan projek, yang telah didakwa tidak mengikut dasar tender terbuka yang selama ini menjadi tunggak dasar urustadbir Kerajaan Negeri.

Terlebih dahulu, perlu diterangkan bahawa sewaktu inisiatif ini mula dibincangkan, Kerajaan Negeri telahpun menetapkan beberapa kriteria yang perlu dipenuhi demi mencapai matlamat dengan kos yang terendah. Antara syarat-syaratnya adalah:

1. Pembekal perkhidmatan WiFi yang terpilih semestinya sebuah syarikat awam berhad yang tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia. Ini untuk memastikan kebertanggungjawaban pembekal yang terpilih, supaya projek yang luas dan memakan belanja yang tinggi ini akan dizahirkan dengan sempurna.

2. Kerajaan Negeri ingin mengurangkan sebanyak mungkin perbelanjaan awam. Oleh itu, telah diputuskan bahawa fasa pertama akan dilaksanakan atas tanggungan penuh syarikat pembekal itu sendiri, dan jika berjaya fasa kedua akan dibiayai Kerajaan Negeri. Kos pelaburan untuk pemasangan dan penyenggaraan prasarana WiFi dalam fasa pertama pula akan ditebus balik oleh syarikat pembekal perkhidmatan melalui hasil pulangan pengiklanan.

Dalam pada itu, setelah mendapat maklum balas daripada syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan WiFi, Kerajaan Negeri telah mendapati bahawa tiada syarikat tersenarai yang sanggup bersetuju dengan syarat kedua melainkan REDtone International Bhd. Justeru, disebabkan hanya satu syarikat sahaja yang telah berjaya menepati kesemua syarat yang ditetapkan, maka tidak timbul keperluan untuk menggunakan sistem tender terbuka bagi inisiatif WiFi percuma ini.

Fasa pertama telahpun berjaya dilaksanakan tanpa sebarang perbelanjaan daripada Kerajaan Negeri, dan ekoran daripada itu Kerajaan Negeri telah menepati janji untuk membiayai kos fasa kedua, iaitu RM8.5 juta selama 5 tahun ataupun lebih kurang RM1.7 juta setahun. Selepas tempoh 5 tahun, kontrak penyenggaraan dan pembekalan perkhidmatan WiFi ini boleh diteruskan dengan kadar RM900,000 setahun.

Jelas sekali bahawa Kerajaan Negeri bukan sahaja telah berjaya dalam usaha untuk mempertingkatkan penggunaan jalur lebar dengan menyediakan perkhidmatan WiFi percuma yang meliputi seluruh negeri, tetapi juga telah berjaya melakukannya dengan kos yang amat rendah dan menguntungkan kepada rakyat Pulau Pinang.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan urustadbir yang berasaskan prinsip CAT, iaitu cekap, akauntabel dan telus. Malah, Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan satu-satunya kerajaan di negara Malaysia yang telah dipuji oleh badan antarabangsa Transparency International, di samping mendapat pujian dua tahun berturut-turut dalam Laporan Ketua Audit Negara. Rekod dan prestasi yang cemerlang ini telah dicapai atas komitmen Kerajaan Negeri kepada sistem urustadbir yang telus dan terbuka.

Oleh itu, sebarang tuduhan mengenai kegagalan untuk menggunakan proses tender terbuka bagi inisiatif WiFi Percuma ini tidak berasas, kerana dalam kes ini, hanya satu sahaja syarikat yang sudi menepati segala syarat yang ditetapkan.

Berikut adalah senarai terkini hotspot Penang Free WiFi. Klik untuk muat turun.

Zairil Khir Johari
Setiausaha Politik kepada YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

Read more ...

Kos selenggara sahaja RM 50 juta setahun

Kos dua kapal selam RM50 juta setahun

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhs8Ho-L7MSGp6YwQttyN9R-QtZSxKlO81eLO2ZOQN6PlWk3Kapm55gUgFsMaz18AFPqAvc7AJOWIS1YQhwST6gRjN84-Z-6jDCeQsQ83az197vfM3fhJIbUQX3CrUV5sx2EZ6Pi7e-csA/s1600/KD+Tunku+Abdul+Rahman.jpgKUALA LUMPUR - Kos penyelenggaraan dua kapal selam negara, iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak, yang dikendalikan Tentera Laut Diraja Malaysia dianggarkan RM50 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.

Katanya, kos itu meliputi perkhidmatan sokongan serta logistik kedua kapal selam jenis Scorpene itu dan tidak melibatkan kos alat ganti.

Menjawab soalan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam, beliau berkata, kontrak penyelenggaraan kedua-dua aset strategik negara itu, dianugerahkan dan dilaksanakan syarikat usaha sama tempatan dengan pembuat Scorpene iaitu Boustead DCNS Naval Corporation Sdn Bhd.

Abdul Latiff berkata kontrak antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan itu meliputi perjanjian selama enam tahun.

“Penyelenggaraan (setiap sebuah kapal selam) bernilai RM25 juta setahun itu untuk pastikan kita (negara) sebagai pengguna aset itu boleh menggunakan aset itu pada bila-bila masa.

“Kalau ia tidak boleh memenuhi hasrat TLDM, kita boleh denda (syarikat itu) mengikut perjanjian yang dimeterai,” katanya

Kepada soalan wakil yang sama, Abdul Latiff berkata kerosakan teknikal pada KD Tunku Abdul Rahman seperti yang dilaporkan sebelum ini telah berjaya diatasi dengan ujian selaman yang berjaya dilaksanakan pada 22 Februari tahun lepas.

Sebelum ini dilaporkan kerosakan mekanikal dikesan pada 17 Jan tahun lepas ketika kerja penyelenggaraan dilakukan di Pangkalan TLDM di Teluk Sepanggar.

Abdul Latiff mengingatkan semua pihak agar tidak mendedahkan keburukan serta kelemahan aset pertahanan negara kepada anasir luar seperti yang seringkali dilakukan oleh pembangkang sebelum ini.

“Masalah teknikal yang dihadapi adalah biasa yang boleh dialami oleh mana-mana kapal selam dunia,” katanya. - Bernama

Read more ...

'PAS Ganti Umno' kerana Umno 'zalim'

http://buletinonline.net/images/stories/berita45/umnor.jpg

KUALA TERENGGANU - PAS mengajak seluruh rakyat khususnya di negeri Terengganu bangkit membuat perubahan menggantikan Umno Umno dengan PAS pada pilihanraya umum akan datang kerana Umno yang bersifat “zalim”.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata PAS sedang giat mengajak seluruh rakyat di negeri ini bangkit membuat perubahan dalam pilihan raya.

Menurutnya, Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) mesti digantikan dengan PAS kerana parti itu mempunyai sifat-sifat zalim yang dibenci oleh Allah SWT.

“Kita sedang bergerak untuk mengajak rakyat bangkit di atas satu perkara “PAS Ganti Umno”. PAS negeri Terengganu mengajak seluruh rakyat supaya bangkit untuk menyahut satu seruan membuat perubahan.

“Umno mesti diganti kerana di antara sifat yang sangat dibenci oleh Allah SWT yang ada pada Umno ialah “zalim”,” tegasnya.

Beliau berkata demikian pada Ceramah Perdana memperingati tragedi ‘berdarah’ Batu Burok, Kuala Terengganu sejak lebih 10 tahun lalu di perkarangan pejabat Majlis Tindakan Dun (MTD) di Kuala Ibai, dekat sini, 30 Mac lalu.

Menurutnya, betapa besar dosa melakukan kezaliman itu hingga Nabi Muhamad SAW pernah menceritakan kisah seorang perempuan di masuk ke neraka.

Katanya, Allah SWT memasukkan seorang perempuan ke dalam api neraka hanya kerana menzalimi seekor kucing hingga mati di dalam sangkar.

“Betapa besarnya dosa zalim sehingga Nabi Muhamad SAW menceritakan, ‘seorang perempuan di zaman dahulu dimasukkan ke neraka hanya kerana dia menzalimi seekor binatang’.

“Perempuan itu memelihara seekor kucing, tiba-tiba dia membiarkan seekor kucing berada di dalam sangkar dan kucing itu lapar dan dahaga hingga mati dalam sangkar,” jelasnya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu mengingatkan bahawa hanya kerana kezaliman membiarkan seekor kucing mati pun akan dihumbang ke dalam neraka.

Apatah lagi, katanya balasan terhadap Umno-BN yang menzalimi manusia dan rakyat mereka sendiri.

“Hanya kerana kezaliman perempuan itu membiarkan seekor kucingnya mati dalam keadaan lapar dan dahaga di dalam sangkar. Allah SWT memasukkan perempuan itu ke dalam api neraka.

“Seekor kucing pun tidak boleh dizalimi, apatah lagi balasan terhadap Umno yang menzalimi manusia dan rakyat mereka sendiri,” tegasnya.


Menurut Ustaz Mohd Nor kerana kezaliman itulah rakyat perlu bangkit membuat perubahan bagi menumbangkan Umno-BN di negeri ini.

Antara lain, katanya kezaliman Umno-BN itu berlakunya peristiwa ‘berdarah’ di Batu Burok Kuala Terengganu, rampasan tanah dan rumah serta perobohan Masjid Bujal di Kijal, Kemaman.

“Rakyat perlu bangkit tumbangkan Umno dan Barisan Nasional. Antaranya, berlaku tragedi (tembakan) di Batu Burok dan perobohan Masjid Bujal, di Kijal, Kemaman.

“Jatuh, roboh dan tumbangnya Masjid Bujal pada tahun 2005 itu kerana kezaliman Umno. Rumah-rumah rakyat musnah dan tanah-tanah rakyat dirampas.

“Hari ini, kerajaan Umno-BN berusaha untuk mengambil tanah rakyat di Chabang Tiga, Umno sedang berusaha untuk mengambil tanah rakyat di Gelugor Raja dan di Teluk Pasu,” ujarnya.

Beliau mengingatkan rakyat agar tidak mudah lupa dengan segala kezaliman Umno hanya kerana duit ‘ehsan’ RM200 hingga RM300 dan bila banjir berlaku dapat RM400 hingga RM500.


Menurutnya, duit negeri banyak tetapi tidak diurus tadbir dengan baik oleh Umno yang menjadi kerajaan BN Terengganu.

Malah, katanya Infrastruktur di negeri ini masih kurang dan tidak diambil peduli dengan sempurna sekadar retorik sahaja.

Hadir sama pada majlis tersebut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Read more ...

UMNO lah 'Hantu' dan 'Jembalang ' sebab tak bertanding tapi menganggu rakyat Sarawak

Jembalang: Tak payah komen, bodoh sangat

Memang nampak bodoh kenyataan Timbalan Presiden Umno. Hantu dan Jembalang ni benda tak terlibat dalam pilihanraya. PAS, PKR, DAP bertanding dalam pilihanraya Sarawak jadi tak termasuk dalam kategori yang Munyiddin tuduh.

Parti mana yang tak bertanding tapi merayau di Sarawak sekarang? Parti mana yang dok menganggu rakyat Sarawak sekarang? Parti mana yang sedang menakut-nakutkan rakyat Sarawak sekarang ? Jawapannya UMNO.

UMNO tak bertanding walau satu kerusi pun di Sarawak. Jadi , Hantu dan Jembalang tu adalah UMNO sendiri

http://2.bp.blogspot.com/__t3_XOcHzbI/Sxu8Nww9-2I/AAAAAAAAKK4/Cfh1HJeOCEs/s320/wak-sembab-pendengki.jpgKUALA LUMPUR, 31 Mac: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri menggelar parti selain BN, yang akan berkempen pada pilihan raya negeri Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang', mencerminkan ketakutan pemimpin BN itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS pusat Datuk Halim Abdul Rahman berkata, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa mengeluarkan kenyataan sedemikian bagi menutup kelemahan BN setelah lebih 46 tahun menguasai negeri Bumi Kenyalang itu namun masih ketinggalan.

"Tak payah komen la...bodoh sangat.

"46 tahun lebih mereka di Sarawak, apa yang dibuat?" soalnya yang juga ahli parlimen Pengkalan Chepa.

Katanya, rakyat harus sedar bahawa BN telah menganaktirikan Sarawak sejak sekian lama.

Walaupun Sarawak kaya dengan hasil mahsyur jelasnya, namun rakyat dan negeri itu sendiri masih ketinggalan dari arus pembangunan.

Dan tidak pelik katanya jika Muhyiddin menuding jari kepada pihak lain bagi menutup kelemahan mereka apatah lagi berdepan pilihan raya negeri itu 16 April ini.

"Baru sekarang nak buat itu, buat ini," tambahnya.

Muhyiddin semalam menyifatkan parti selain BN yang akan menyertai pilihan raya Sarawak sebagai 'hantu' dan 'jembalang' dan perlu ditolak rakyat.

Katanya, sebahagian 'hantu' dan 'jembalang' itu sebahagiannya datang dari Semenanjung manakala sebahagian yang lain sudah ada di negeri ini dan akan menawarkan janji-janji manis.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di Kampung Boyan-Gersik di Kuching semalam.

Read more ...

Kerajaan PR laksana projek perumahan selesaikan masalah rakyat yang tidak dapat diselesaikan kerajaan BN

Pakatan lebih baik dari BN selesai masalah rakyat

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kini terbukti lebih berkemampuan dalam mengurus tadbir negeri dan menyelesaikan masalah-masalah rakyat berbanding BN, dengan kejayaannya melaksanakan pelbagai projek untuk rakyat.

Kejayaan perlaksanaan projek Taman Selayang Mutiara atau Bukit Botak, jelas membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor lebih berkeupayaan dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat, apabila ia gagal diselesaikan oleh Kerajaan BN sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Selangor, Iskandar Abdul Samad menegaskan, kejayaan perlaksanaan projek itu juga jelas menunjukkan cara penyelesaian untuk masalah peneroka bandar Kerajaan Pakatan Rakyat adalah lebih baik dari cara Kerajaan BN.

Menurut beliau, projek tersebut melibatkan pembinaan 1,422 unit rumah berkembar dengan keluasan setiap unit adalah 850 kaki persegi dan dikhaskan untuk bekas peneroka bandar Kampung Bukit Botak.

Katanya, lebih menyerlahkan lagi keprihatinan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor terhadap masalah rakyat, apabila setiap unit rumah itu hanya dijual dengan harga RM99,000 walhal harganya di pasaran terbuka adalah sekurang-kurangnya RM170,000 seunit.

"Projek tersebut sedang berjalan lancar sekarang dengan kemajuan di tapak telah mencapai 21 peratus," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.

Berdasarkan kemajuan di tapak, menurut beliau, projek yang dilaksanakan PKNS itu berupaya disiapkan sepenuhnya menurut jadual iaitu pada bulan Jun 2012 ini.

Beliau yang juga Adun Cempaka menjelaskan, projek tersebut dibahagikan kepada 6 fasa agar ia dapat dilaksanakan serentak dan akan disiapkan secara berperingkat-peringkat.

"Jadi, sebarang masalah yang dihadapi sekarang adalah masalah biasa yang dihadapi oleh sebarang projek pembinaan dan akan dapat diatasi," jelasnya.

Untuk memastikan segalanya berjalan mengikut yang dirancangkan, beliau sendiri telah melakukan lawatan tapak terhadap projek itu 25 Mac lalu dan cukup berpuas hati dengan perkembangannya.

Turut bersama beliau dalam lawatan itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Datuk Zainal Abidin A'ala, Timbalan Pengurus Besar (Teknikal) PKNS, Ir Abdul Ghani Hashim dan Penyelaras Dun Taman Templer, Haji Mohammad Abdul Rahman.

Read more ...

Bila rakyat kata polis ikut arahan Umno, polis juga yang marah

Siasatan polis terhadap Anwar bermotif politik

KUALA LUMPUR, 31 Mac: Penyiasatan terbaru ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) jelas bermotifkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas, kata Naib Presiden PKR, N Surendran.

Beliau merujuk kepada notis yang dikemukakan di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah oleh pihak polis kepada Anwar, semalam.

Notis tersebut mengarahkan Anwar untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoalsiasat polis berkaitan ceramah yang beliau sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac lalu di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak.

“Kami mendesak agar siasatan tidak berasas ini dihentikan pada kadar segera dan semua yang bertanggungjawab menginstitusikan penyelewengan ini dihadapkan ke muka pengadilan, tanpa mengira setinggi mana kedudukan ataupun kuasa mereka.

“Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan, menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti masyarakat, dan pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah,” ujarnya yang juga seorang peguam dalam satu kenyataan.

Polis, katanya secara salah telah mengacau ganggu ceramah sebaik saja Anwar memulakan ceramah, melakukan tangkapan tidak sah dan mengasari Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Penyiasatan terbaru ke atas Anwar itu di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967.

Katanya, kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun.

“Kami memerhatikan BN secara terus menerus bertindak di luar batas moral dan undang-undang untuk merendah tarafkan keluhuran undang-undang dan menjadikan negara ini sebagai negara polis,” ujarnya.

Jelas terbukti, katanya BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengukuhkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa.

Menututnya, di dalam sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah dalam konteks perlembagaan mengenai peranan Ketua Pembangkang untuk membuat kritikan dan menyediakan peranan 'semak dan imbang' ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan.

“Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar,mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita,” ujarnya lagi.

Read more ...

Kelayakan Piala Dunia : Taiwan lawan Malaysia

http://abangensem.com/wp-content/uploads/2010/12/Harimau-Malaya.jpgJUARA Piala Suzuki AFF 2010, Malaysia dijangka menghadapi ujian getir pasukan Taiwan selepas kedua-dua pasukan diundi bertembung dalam aksi pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia Fifa 2014 Zon Asia di jadual bermula 29 Jun dan 3 Julai depan.

Jika pasukan Harimau Malaya berjaya melepasi halangan wakil Asia Timur itu, lawan yang bakal menanti mereka di pusingan kedua adalah Singapura yang mendapat bye di pusingan pertama.

Namun, Ketua Jurulatih negara K Rajagobal mahu peminat pasukan kebangsaan di seluruh negara bersikap realistik memandangkan saingan kelayakan Piala Dunia Zon Asia berbeza dengan aksi peringkat Asia Tenggara.

Menurutnya, pemainnya perlu melalui satu proses yang panjang kerana banyak perlawanan perlu dihadapi sebelum menuju puncak kejayaan.

“Kita jangan terlalu ghairah mahu pasukan negara beraksi di pentas Piala Dunia selepas kejayaan menjuarai kejohanan Piala Suzuki AFF lalu. Kita harus ingat perjalanan skuad ini untuk ke kejohanan itu masih jauh.

“Namun, saya menggesa pemain supaya memberi tumpuan seratus peratus dan mempamerkan aksi terbaik menjelang pertemuan itu nanti,” katanya.

Rajagobal, setiap pemainnya perlu memiliki sifat positif supaya mereka menjadi lebih kuat dan matang untuk menempuh perjalanan yang masih jauh berliku.

Menurutnya, mereka perlu bermula dari bawah dan memberi tumpuan satu demi dalam setiap perlawanan dilalui.

Difahamkan, tiada aksi persahabatan membabitkan pasukan kebangsaan sepanjang bulan April kerana kepadatan jadual liga domestik.

Malaysia kini menduduki ranking ke-138 dunia, manakala Taiwan berada di tangga ke-147.

Read more ...

Negeri BN : Terengganu No.1, Sabah No. 2

Terengganu paling ramai miskin bukan Sabah - Menteri Umno

http://buletinonline.net/images/stories/berita45/CONVAR1924.jpgSabah bukanlah negeri pengeluar minyak yang termiskin tetapi yang termiskin diantara negeri pengeluar minyak dan gas adalah negeri Terengganu.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal menyatakan demikian ketika menyangkal laporan Bank Dunia yang menyebut 40% orang-orang miskin terdapat di Sabah.

Sebaliknya, kata beliau yang juga Senator Dewan Negara, negeri Terengganu mempunyai rakyat miskin yang paling ramai

Katanya, Terengganu mempunyai paling ramai keluarga yang termasuk dalam kategori 'miskin tegar, miskin dan menghampiri kemiskinan' iaitu seramai 12, 193 keluarga.

Beliau berkata demikian dalam satu majlis kementeriannya yang di adakan di Sandakan baru-baru ini

Beliau menambah, statistik yang di keluarkan kementerian menegaskan, terdapat 540 rakyat Sabah yang tinggal di bandar dikenalpasti sebagai miskin tegar.

Katanya, negeri Sabah mempunyai kemiskinan bandar paling tinggi dan yang kedua adalah negeri Kelantan.

“Staistik ini tidak menunjukkan Sabah adalah negeri termiskin dinegara ini, negeri lain mempunyai lebih ramai rakyat yang termasuk dalam kategori ini, tetapi pendaftarannya perlahan berbanding Sabah (tetapi) prnduduk Sabah lebih berpusat berbanding negeri-negeri lain,'Ujarnya.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah wakil rakyat Bum Bum Zakariah Idris, wakil rakyat Sikong Shamsudin Yahya dan Timbala Majlis Perbandaran Sandakan Mohd Hamsa Supian serta Penolong Setiausaha Kementerian Wilayah dan Kesejahteraan bandar

Read more ...

Nik Sapeia tak faham agama

http://buletinonline.net/images/stories/berita45/nikzawilatest.JPGKUALA TERENGGANU – Ketua Penerangan Pas Terengganu, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh menyelar kenyataan Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusof supaya Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat menyediakan wakil untuk meneliti kesahihan video seks yang dikatakan melibatkan pemimpin kanan pembangkang dengan pelacur warga asing.

Menurutnya, kenyataan Nik Sapeia adalah berat sebelah dan tidak berpandukan kepada hukum agama serta perundangan negara.


Beliau berkata, Nik Aziz atau sesiapa sahaja tidak boleh menonton video seks tersebut dan perkara itu perlu dibawa ke mahkamah untuk diteliti sejauh mana ketulenan dan kebenarannya.

“Ia tidak boleh berdasarkan kepada saksi sendiri dan perlu kepada proses mahkamah dengan penilaian yang sebenar. Tok Guru (Nik Aziz) pun tidak boleh tengok, hanya mahkamah sahaja yang boleh.

“Dia (Nik Sapeia) ajak Tok Guru, ini menggambarkan dia tidak faham agama dan kenyataannya bercanggah dengan perundangan negara,” katanya, semalam.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dinasihatkan supaya menyediakan seorang wakil dalam kalangan parti itu untuk meneliti kesahihan kandungan video seks dikatakan melibatkan seorang pemimpin pembangkang bersama pelacur warga China.

Naib Presiden PPP, Datuk Nik Sapeia Nik Yusof berkata, Menteri Besar Kelantan itu tidak boleh mengeluarkan kenyataan menafikan pembabitan pemimpin berkenaan tanpa memeriksa atau meneliti kandungannya.

Nik Zawawi bagaimanapun menegaskan, mereka yang menyebarkan video tersebut patut diambil tindakan terlebih dahulu.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat turut mempersoalkan sikap mufti yang mengambil sikap mendiamkan diri dalam isu itu.

“Mereka perlu mengeluarkan kenyataan kerana ia melibatkan hukum agama dan membabitkan qazaf,” katanya.

Dalam masa sama, katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengambil tindakan kerana menganggap ia membabitkan maruah negara dan rakyat, selain tidak sesekali menjadikan isu tersebut sebagai kesempatan untuk meraih undi rakyat.- SH

Read more ...

Wednesday, March 30, 2011

Negeri PR : Selangor No.1, Pulau Pinang No.2

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL40AUmsJzQhQmNSbn5vE5OM1ky8LnrrxN612u6oeV0oLyAqcePOt78eIRdRJKcA9NNEcMDoEyMRsSsmyzcQAWrsoKfjiGiFDkSlwgNQAJg9qg1i6R-63TbhMMO7GAYyDIlc_CqCZjKzCe/s320/khalid+ibrahim4.jpgSelangor telah mencapai jumlah nilai pelaburan perindustrian yang tertinggi iaitu sebanyak RM29.3 billion bagi tempoh 2008 hingga 2010 berdasarkan data Malaysia Industrial Development Authority (Mida).

"Ini merupakan nilai pelaburan yang tertinggi di Malaysia berbanding dengan negeri-negeri yang lain," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan negeri, Teresa Kok Suh Sim.

Katanya, Selangor diikuti oleh Sarawak dengan jumlah nilai pelaburan perindustrian yang berjumlah RM27.6 billion dan Pulau Pinang dengan RM24.6 billion.

Beliau menambah, Selangor juga telah berjaya mencapai bilangan projek perindustrian tertinggi iaitu 905 projek dan bilangan peluang pekerjaan yang tertinggi dengan jumlah 80,000 berbanding dengan negeri-negeri lain bagi tempoh yang sama.

Menurutnya, empat negara pelabur asing yang utama di Selangor dalam tempoh tersebut ialah Amerika Syarikat dengan jumlah modal pelaburan RM4.7 billion, Jerman (RM3.5 billion), Japan (RM3.4 billion) dan Singapura (RM1.8 billion).

“Data Mida ini jelas menunjukkan bahawa tohmahan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak bahawa pelaburan di Selangor telah jatuh semenjak kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor adalah tidak berasas,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Kesimpulannya, tegas beliau ekonomi Selangor masih lagi mantap di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dan masih lagi merupakan destinasi pelaburan nombor satu bagi pelabur asing dan tempatan.

Read more ...

Selangor bakal laksana pilihanraya pilih Pengerusi JKKK

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhI-8ZW03GCeHHz4Sd_P5TjlkJ_nhY0qUvxtByGaHKISg4BLf1YHEpeBfJ18Irods4ePlAcjsVCYb1E0S6exdgfpo7la1TOKNS-TzfoILXlRdinMxB6ZZyQBV2hG8PUtgJTXLDBg7RPsQ0/s400/mari-mengundi.jpgSHAH ALAM 31 MAC : Pilihanraya bagi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bakal dirintiskan di beberapa buah kampung di negeri ini bagi membudayakan proses demokrasi.

Menurut Exco Negeri Selangor Ean Yong Hian Wah, bagaimanapun proses berkenaan masih diperingkat perbincangan dan akan menjalani kajian sebelum diimplementasi secara penuh.

"Kerajaan Negeri sememangnya bercadang untuk melaksanakan pilihan raya umum di kampung baru dengan Pelaksanaan Projek Perintis Pilihan Raya Pengerusi JKKK yang akan dijalankan di Kampung Bagan Pulau Ketam, Kampung Baru Pandamaran dan Kampung Baru Sungai Jarom.

"Bagaimanapun masih dalam proses perbincangan bersama jabatan teknikal yang terlibat dalam merealisasikan projek perintis tersebut," kata Ean ketika menjawab soalan dari Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang Lee Kim Sin.

Menurut Ean lagi setakat ini kerajaan negeri masih mengguna pakai Manual Panduan Kerja Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang sedia ada dimana lantikan dibuat oleh Menteri Besar atas nasihat Exco-Exco negeri.

Ean menerangkan bahawa Pengerusi JKKK yang dilantik akan bertugas selama 2 tahun dan dinilai melalui penilaian yang dilakukan kerajaan negeri.

Ean turut mengulas mengenai rancangan peningkatan kualiti hidup di kampung-kampung baru yang dijalankan kerajaan negeri.

Paling asas ialah meningkatkan infrastruktur dan kemudahan agar dapat dinikmati rakyat Selangor yang tinggal di kampung baru.

"Meningkatkan infrastruktur asas seperti jambatan, longkang jalan, dewan dan sebagainya untuk kegunaan awam. Jambatan rosak tanpa penyelenggaraan berpuluh tahun telah digantikan dengan jambatan simen demi keselamatan," lapor Ean.

Selain itu perancangan pelbagai program turut dilakukan demi memastikan nasib mereka tidak terabai seperti ketika berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

"Laman web 1-kampung baru juga mempromosikan tempat tarikan, makanan istimewa dan sejarah kampung baru untuk bantu perkembangan ekonomi tempatan.

"Cadangan kajian penyelidikan mengenai "Kampung Baru di Selangor akan melihat peluang penambah baikan taraf hidup penduduk kampung baru dari segi ekonomi pentadbiran dan pengurusan kampung," kata beliau lagi.

Read more ...

Eskay ditugaskan kelirukan rakyat

Sivarasa : Kalau Benar Dakwaan Sila Tunjukkan Bukti


SHAH ALAM 31 MAC: Penasihat undang-undang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sivarasa Rasiah memberi amaran kepada Datuk Shazryl Eskay Abdullah supaya berhenti daripada terus mempertikaikan perjalanan Anwar di Thailand atau ke mana sahaja.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi berhubung artikel dalam Insider Malaysia yang bertajuk “Eskay wants Anwar to reveal details of Thailand trips”.

Sivarasa yang juga Ahli Parlimen Subang menasihatkan anak guamnya supaya tidak menjawab sebarang kenyataan yang tidak berasas dan sekiranya Eskay mempunyai bukti dan asas yang kukuh maka beliau perlu melaporkannya kepada pihak berkuasa.

“ Jika Eskay mempunyai membuat sebarang tuduhan, beliau perlu melakukannya mengikut lunas perundangan yang betul,” katanya.

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah adalah salah seorang daripada trio ‘Datuk T’ berhubung klip video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang itu.

Dua lagi individu dalam trio ‘Datuk T’ adalah bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik dan bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Beliau menambah, Eskay cuba untuk menjadi ‘hero’ melalui pendedahan yang dilakukannya dan memanfaatkan sepenuhnya kekebalan daripada sebarang pendakwaan yang diberikan oleh kerajaan walaupun secara nyata melakukan jenayah dengan menganjurkan tayangan video lucah kepada awam.

“ Sebarang tuduhan tidak berasas yang dibuat akan berhadapan dengan tindakan undang-undang yang sesuai dan tegas,” ujar beliau lagi.

Anwar sebelum ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah individu dalam klip sepanjang 21 minit tersebut dan telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi.

Read more ...

Akhirnya ditahan dan didenda kerana miliki video seks lucah

LA INGATKAN DATUK 'T' YANG TIGA ORANG TU YANG KENA RUPANYA RAKYAT BIASA YANG KENA. ALANGKAH LUCUNYA NEGARA KU



Shuib Akui Dalang Sebenar Video Fitnah


SIAP BERANI MENGAKU LAGI BAHAWA MEREKA BERTANGGUNGJAWAB, TAPI POLIS TAK TANGKAP PUN, TAK DAKWA PUN, UNDANG-UNDANG APA YANG DIPAKAI. RAKYAT KENA PEMIMPIN UMNO TERLEPAS

KUALA LUMPUR 31 MAC : Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini,” katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi.

Sebelum ini, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa Shuib yang juga bendahari PERKASA dan bapa saudaranya, tidak terlibat dengan video itu.

"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari, Khamis lalu.

Namun, Shuib yang dihubungi semalam berkata segala-galanya yang didedahkan sebelum ini adalah betul.

"Saya tahu ia (video itu) adalah kebenaran. Saya tahu semua ini adalah betul dan sebab itu saya sertai kumpulan Datuk T. Jika tak betul, saya tak akan setuju,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan Johari yang menafikan peranannya, Shuib berkata ahli parlimen itu mungkin membuat kenyataan tersebut kerana ingin “melindungi bossnya”.

Rakaman video 21 minit itu ditayangkan kepada beberapa wartawan terpilih pada 21 Mac lalu oleh seorang lelaki misteri yang menamakan dirinya 'DatukT'.

Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib.

Bagaimanapun Shuib tidak hadir pada sidang akhbar Rabu lalu dan ini menimbulkan spekulasi bahawa mungkin beliau menyertai secara tidak rela.

Shuib, yang suaranya menunjukkan keletihan ketika perbualan telefon juga berkata beliau ada menerima ancaman bunuh.

Namun, beliau menolak laporan New Straits Times, semalam yang mendakwa beliau secara sukarela mengenakan tahanan rumah ke atas dirinya. Katanya, beliau masih keluar dari rumah.

"Polis hanya beritahu saya supaya berhati-hati,” katanya sambil menafikan juga beliau diberi perlindungan polis.

Shuib juga berkata polis telah mengambil keterangannya sebanyak dua kali, yang terbaru adalah dua hari lalu.

Beliau berkata masih menghuni di rumahnya di Kuala Lumpur tetapi bergurau bahawa beliau akan 'bersembunyi' di kampung halamannya di Sungai Petani, tidak lama lagi.

"I nak sembunyi dah. I dah nak lari,” katanya sambil bergelak.

Read more ...

Baru ada akai, Kenyataan Harusani pun Utusan Meloya tak siar

Harusani - Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja

http://dinmerican.files.wordpress.com/2010/08/harussani1.jpg?w=259&h=195
KUALA LUMPUR, 31 Mac — Tan Sri Harussani Zakaria menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa beliau hanya berdiam diri dan tidak bersuara berhubung pendedahan rakaman video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, Mufti Perak itu menegaskan, sejak rakaman video seks itu didedahkan awal minggu lalu beliau telah mengeluarkan kenyataan dengan menegaskan pendedahan itu telah mengaibkan Anwar yang juga Ketua Umum PKR kerana ia belum dibuktikan kebenarannya.

“Siapa kata saya tidak bersuara? Siapa kata saya tidak ada cakap apa? Sejak hari pertama lagi saya sudah bercakap mengenai perkara ini dan bagi saya rakaman video seks itu telah mengaibkan Anwar kerana tidak saksi yang boleh buktikan.

“Saya ada bercakap dengan Utusan Malaysia tapi apa yang keluar sikit sahaja, mereka tidak keluarkan secara keseluruhan apa yang saya katakan... yang tertulis ia (video seks) hanya fitnah, itu sahaja... yang lain-lain tidak keluar,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Harussani, rakaman video seks itu boleh dianggap sebagai fitnah dan dosa besar kerana hukuman telah dijatuhkan terlebih dahulu terhadap Anwar tanpa bukti yang sahih.

“Kita buka rahsia orang ini adalah haram, benda yang tidak betul tapi didedahkan adalah satu fitnah, dosa besar dan tidak bermoral.

“Rakaman video seks itu betulkah Anwar? Laporan juga belum dapat dipastikan lagi... ini adalah fitnah dan dosa besar,” katanya.

Awal minggu ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan pemimpin agama sebagai “syaitan bisu” kerana mengambil sikap berdiam diri dan tidak bersuara dalam isu fitnah moral terbaru yang ditujukan ke atas Anwar itu.

Menurut Hadi, sikap pemimpin agama yang enggan memberikan sebarang respons terhadap pendedahan rakaman video seks oleh “Datuk T” awal minggu lalu amat dikesali.

Tiga Datuk T iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim — mengakui bertanggungjawab membuat pendedahan tersebut.

Ketiga-tiga individu tersebut terlebih dahulu menayangkan rakaman video seks itu kepad media di Carcosa Seri Negara dan Shazryl secara peribadi yakin lelaki pelacur dari China itu adalah Anwar.

Menurut Harussani, rakaman video seks itu tidak boleh dijadikan sebagai bukti.

Ini kerana, jelas beliau, menurut perundangan Islam mana-mana jenayah yang membabitkan seks perlu mempunyai empat adil yang menyaksikan peristiwa itu berlaku termasuk perbuatan zina.

“Yang dilihat dalam rakaman video seks itu tidak boleh pakai, ia tidak boleh dijadikan bukti kerana ia boleh diubah atau dimanipulasikan.

“Kalau nak jatuhkan hukuman kita kena ada empat saksi yang benar-benar lihat dengan mata sendiri peristiwa itu berlaku bukan melalui gambar atau video.

“Kalau bawa ke mahkamah, video seks itu tetap tidak boleh dijadikan bukti kerana ia hanya rakaman dan menurut hukum syarak tetap kena ada empat saksi dan kalau tidak kita tidak boleh nak jatuhkan hukuman,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Dr Juanda Jaya tetap berpendirian Anwar tidak boleh dituduh terlibat pelakuan seks tersebut kerana tiada saksi yang menyaksikan ia berlaku.

“Dalam soal jenayah seksual Islam menetapkan saksi empat mata dan rakaman tidak boleh dijadikan bukti, di sudut Islam kena ada empat saksi yang lihat peristiwa itu berlaku.

“Tetap kena ada empat saksi hidup yang tengok ia berlaku, kalau tiada atau tidak cukup sebagai contoh hanya tiga mereka kena hukum qazaf (tuduhan zina) kerana menuduh orang lain,” katanya.

Menurut beliau, rakaman video seks yang didakwa milik “Datuk T” tidak boleh dijadikan bahan bukti.

“Rakaman sama sekali tidak boleh dalam jenayah seksual dalam Islam, tetap perlu ada empat saksi dan orang yang jadi saksi juga perlu individu yang berkredibiliti dan tidak akan menukar pandangan mereka.

“Kita tidak boleh ikut rakaman sebab itu dalam Islam hukuman jenayah seksual ini berat dan syarat untuk jatuhkan hukuman juga berat,” katanya.

Tambah Juanda, individu yang membuat pendedahan rakaman video seks itu sepatutnya disiasat terlebih dahulu.

“Yang pertama sebarkan benda lucah orang itu yang harus disiasat dulu, tiada undang-undang atau agama yang membenarkan ia dipertontonkan kepada khalayak.

“Sepatutnya bila dapat rakaman itu mereka kena serahkan kepada polis bukan dedahkan kepada umum,” katanya.

Beliau juga menggesa agar semua pihak termasuk parti politik agar menghentikan tuduhan yang bersifat peribadi.

“Tuduhan seperti ini baik di pihak parti politik mana pun kena elakkan tuduh dalam jenayah seksual, tuduhan seperti ini patut dihentikan,” katanya.

Polis telah menahan Abdul Rahim dan Shazryl berhubung pendedahan video seks itu pada Khamis lalu — bahan bukti termasuk rakaman video turut diserahkan.

Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks itu.

Anwar juga telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan telah membuat laporan polis.

Read more ...