Wednesday, January 30, 2013

ALAHAI KAZIM ELIAS!!! Orang UMNO makin sayang, Orang PAS dah tak pandang

Sejak namanya disebut-sebut bakal jadi calon PRU akan datang, semakin galak mengila sasau Ust Kazim naik pentas ceramah  tajaan UMNO, dulu kata-nya tak moh (tak mau) terlibat dengan pentas politik,cuma nak cakap pasal Islam saja,tapi dalam dok kata tak mau sentuh politik selalunya auta Kazim saja,dia balun juga cakap politik.

Sekarang ni banyak tergantung banner-banner muka Kazim kat kawasan Larut,konon-nya ceramah Perdana pada 2hb ni...tapi hakikatnya ialah Ceramah Politik Perdana sebab memang sah dianjurkan oleh UMNO kat sini.

Ramai orang kat sekitar Sungai Tapah dan Sungai Bayor Selama kata Ceramah Kazim ni semata-mata nak balas balik ceramah-ceramah yang dibuat oleh PAS yang ahlinya ramai disini.

Read more ...

KENA BAYAR LAGI!!! Utusan sedia bagi gantirugi kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail

KUALA LUMPUR 31 Jan: Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Malaysia ditangguh ke 5 Februari ini untuk menentukan sama ada diteruskan atau mencapai penyelesaian di luar mahkamah.

Kes yang bermula sejak 2010 itu sepatutnya diumumkan keputusan hari ini. Bagaimanapun Utusan sedia untuk membayar gantirugi.

Setelah berbincang, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menangguh kes sehingga tarikh tersebut.

Read more ...

SOKONG McD MALAYSIA!!! Pencacai wujudkan twitter palsu untuk fitnah Ust. Azhar Idrus


Pendakwah bebas yang cukup femes kini, Ustaz Azhar Idrus menjadi mangsa fitnah dari pihak tertentu bagi menjatuhkan imej dan pengaruhnya dengan membuat satu akaun twitter bertweet menyokong McD Malaysia atas alasan dimiliki 100% warga Malaysia.  Duit keuntungan tidak disumbangkan kepada Israel.

Read more ...

PERASMIAN GEMILANG KAMPUS KUIN!!! 5000 hadir walaupun dIboikot wakil rakyat UMNO/BN

Perasmian Kampus Induk KUIN di Kuala Ketil berlangsung dengan penuh gilang gemilang. KDYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dengan berbesar hati merasmikan majlis berkenaan. Tuanku Permaisuri Haminah pun nampak manis comel bertudung. 

Raut wajahnya nampak lebih muda dari usia sebenar.Lebih 5 ribu hadir, dari yang pangkat besar-besar hinggalah ke rakyat jelata yang kerja kampung, kutip buah kelapa, kutip getah skrap, kutip tin dan botol, tak mahu lepaskan peluang bersejarah ini.

Terasa bangga orang-orang kampung Kuala Ketil dan Baling, Agong sanggup turun ke daerah mereka dan mereka juga boleh melihat wajah raja yang mereka sayangi dengan lebih dekat lagi, apatah lagi dengan penampilan baru Tuanku Permaisuri.

Read more ...

PANAS!!! Tan Sri Abu Talib Othman gesa tindakan tegas terhadap Brahim Ali


KUALA LUMPUR, 31 Jan – Pihak berkuasa harus mempercepatkan tindakan terhadap Datuk Ibrahim Ali berhubungan dengan gesaannya untuk membakar bible, kata bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman.Pemimpin Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang lantang itu dilaporkan menggesa agar kitab suci penganut agama Kristian itu dibakar dalam satu sidang media di Pulau Pinang pada 19 Januari.“Isunya bukan pembakaran bible. 

Apa yang menjadi isu adakah beliau mengucapkan kata-kata tersebut?” kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider dalam satu temuramah baru-baru ini.

"Jika ya, sama ada kata-kata tersebut berunsur hasutan menurut Akta Hasutan dengan membacanya secara keseluruhan dan dalam konteks ianya dibuat. Jadi, sama ada bible telah dibakar adalah tidak ketara walaupun membantu dalam pendakwaan kes itu jika beliau didakwa,” katanya.

Bekas peguam tertinggi kerajaan itu berkata laporan polis yang dilakukan  pengadu terhadap kenyataan provokatif Ibrahim berkait dengan pertikaian mengenai penggunaan kalimah “Allah” yang masih belum selesai semenjak empat tahun lalu.

Read more ...

TU DIA !!! Blogger UMNO Kedah belasah Najib jangan jadi buta tuli


          
PRU 13 sudah hampir. Bila-bila masa dari sekarang Parlimen boleh dibubar. Kalau diperumpamakan pisang ianya sudah tersangat ranum dan bila-bila masa boleh diramas-ramas untuk dibuat cucor kodok.

Pengerusi BN negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dengan tegas memberi amaran pemimpin bahagian, cawangan dan Pusat Daerah Mengundi supaya berhenti mengadu domba, bercakaran dan berbalah sesama sendiri. 

Semua ini jelas membuktikan bahawa krisis dalaman bahagian-bahagian UMNO di Kedah masih berterusan, kritikal dan porak peranda. Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Ketua Penerangan, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri masing-masing sedang memasang angan-angan bercita-cita tinggi untuk menjadi wakil rakyat. 

Read more ...