Tuesday, August 2, 2011

UMNO dakwa boleh tawan Kedah, tapi laporan Utusan buat sepoi pula

http://3.bp.blogspot.com/_SSRsrgSHjjE/Skij9639iQI/AAAAAAAAAE4/rUfvZEs_bZo/s400/ahmad+bashah.jpgBARU-baru ini dalam satu pertemuan, seorang pemimpin veteran UMNO memberitahu penulis bahawa Kedah merupakan salah sebuah negeri yang Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampasnya kembali daripada pembangkang.

Pelbagai kemelut yang melanda pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pas kini memungkinkan BN mempunyai harapan untuk meraih kembali sokongan rakyat di negeri Jelapang padi tersebut.


Namun begitu persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak termasuk pemimpin veteran tersebut ialah sejauh manakah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Kedah benar-benar bersedia untuk melunaskan misi berkenaan.

Semua orang Kedah tahu, Pas yang dibantu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidaklah sehebat mana di negeri berkenaan.

Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kedah, pada Khamis lalu dikatakan banyak menyuntik semangat dan memberikan isyarat kepada rakyat Kedah bahawa mereka perlu menyokong BN.

Keprihatinan Perdana Menteri yang bersedia meluangkan masa melakukan tinjauan mesra dan meluluskan peruntukan sebagai RM1.12 juta bagi membina sebuah masjid di Taman Wira Mergong, di Alor Setar turut membantu meningkatkan imej BN.

Tetapi soalnya, sejauh manakah UMNO dan BN Kedah di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Bashah Md.Hanipah mampu merebut peluang untuk memastikan sokongan rakyat kembali kepada parti berkenaan.

Ketika berbual-bual dengan seorang pemimpin UMNO Kedah di Kuala Lumpur baru-baru ini, penulis mendapati terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Ahmad Bashah dan pemimpin parti berkenaan jika mereka mahu menegakkan kembali panji-panji BN di negeri itu.

Perkara yang paling ketara ialah sehingga kini biar pun Kedah sudah jatuh ke tangan pembangkang masih belum ada kesedaran di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO untuk berhenti berpolitik sesama mereka.

Sama ada hendak diakui atau tidak berdasarkan maklumat yang diterima oleh penulis, daripada keseluruhan 15 bahagian UMNO di Kedah, 10 daripadanya bermasalah. Ia berpunca daripada politiking sesama sendiri - satu 'penyakit' yang tidak pernah mampu diubati dalam UMNO sejak dulu lagi.

Mungkin akan ada pemimpin UMNO akan menganggap tulisan ini ibarat membuka pekung di dada atau satu rekaan tetapi hakikat tetap hakikat, fakta tetap fakta.

Pemimpin-pemimpin UMNO Kedah perlu insaf bahawa mereka bukan pemerintah di negeri berkenaan tetapi pembangkang, oleh itu sikap dan tindakan serta semangat perlu berteraskan kepada keazaman untuk merampas kembali negeri itu daripada Pas, PKR dan DAP.

''Masalah utama ialah hendak mencari calon, kita kena akui sampai sekarang belum ada calon yang paling sesuai bagi memenuhi apa yang dipanggil 'calon boleh menang' seperti mana dikehendaki oleh Perdana Menteri,'' kata pemimpin UMNO tersebut.

Keadaan menjadi bertambah rumit apabila masalah dalaman di 10 bahagian berkenaan masih juga tidak selesai-selesai, biar pun UMNO sudah jadi pembangkang di Kedah.

Masing-masing masih lagi hendak 'mempromosikan' diri sendiri dan merasakan paling layak untuk menjadi calon, biarpun ada antara mereka yang ditafsirkan, ''umum nama sahaja pun dah kalah.''

Kesudahannya di sesetengah bahagian yang bermasalah ini wujud sekurang-kurangnya enam 'war lord' yang mempunyai pengikut masing-masing iaitu ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua, ketua Wanita, ketua Pemuda dan ketua Puteri.

Justeru jika salah seorang dipilih sebagai calon belum tentu yang lain akan menyokong sebaliknya akan wujudnya apa yang orang Kedah panggil 'das kaki' atau orang Kelantan kata 'cah keting'.

Walaupun perbalahan ini tidaklah begitu ketara 'di permukaan' tetapi rakyat di kawasan-kawasan terlibat amat memahami kemelut yang berlaku justeru semua itu hanya merugikan UMNO dan BN.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila ada dakwaan bahawa Ahmad Bashah sebagai pengerusi perhubungan UMNO negeri tidak mempunyai cengkaman bagi mengatasi kemelut yang berlaku. Malahan Ahmad Bashah juga dikatakan terlalu bergantung kepada pucuk pimpinan parti untuk melaksanakan sesuatu program.

Ahmad Bashah dan seluruh kepimpinan Kedah perlu menunjukkan kesungguhan untuk merampas negeri itu daripada Pas.

Setakat ini kita memuji kelantangan UMNO Kedah mendedahkan kepincangan pentadbiran Kerajaan Pas tetapi ia belum mencukupi bagi menjana kemenangan, jika di dalam UMNO sendiri masih ada kelemahan yang tidak diperbaiki.

Kita yakin sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam berpolitik, Ahmad Bashah mampu mengendalikan keadaan, apa yang diperlukan daripada beliau ialah keberanian membuat keputusan dan bertindak.

Jika benar pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Kedah mahu menang dalam pilihan raya mereka perlu bersatu padu dan mengukuhkan perpaduan sesama mereka.

Tindakan bertelingkah dalam mesyuarat bahagian adalah sesuatu perbuatan yang memalukan kerana UMNO bukannya pemerintah tetapi pembangkang.

Kalau berada dalam kedudukan pembangkang pun masih belum mahu insaf lagi, apakah pemimpin UMNO Kedah hanya akan sedar apabila parti itu terus ditolak selama-lamanya di negeri berkenaan?

Oleh itu adalah wajar jika pemimpin-pemimpin UMNO Kedah memahami cabaran besar yang ada di hadapan mereka, bersatulah dalam satu barisan dan perkukuhkanlah kedudukan.

Banyakkan program-program untuk memenangi hati rakyat seperti mana diusahakan oleh Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Janganlah pemimpin UMNO Kedah hanya bijak mengatur strategi untuk menjatuhkan lawan politik daripada parti sendiri tetapi beku mindanya dalam menumbangkan pembangkang.

Satu fakta yang harus difahami ialah pembangkang tidaklah sekuat mana di Kedah dan senario 2008 tidak lagi menghantui BN sehingga memungkinkan rakyat akan terus menolak parti itu.

Justeru inilah kesempatan terbaik kepada UMNO Kedah untuk bangkit semula dan ia hanya akan tercapai jika pemimpin-pemimpin parti itu bak kata salah seorang daripada mereka menyingkirkan tindakan'marahkan dua ekor nyamuk, satu kelambu dibakar'.

Apakah maksud tindakan berkenaan? Terserahlah kepada pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah memikirkannya, apa yang pasti selagi mereka tidak meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya, bukan kata 'kelambu', bilik tidur pun boleh hangus bersama-sama akibat 'panas bahang' politiking sesama sendiri.


Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

Read more ...

Gambar KM Pulau Pinang ini buat blogger UMNO tak senang duduk


Antara perkara yang menjadi amalan Guan Eng sejak dari beliau mula memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah berbuka puasa bersama penduduk Pulau Pinang yang berugama Islam, tak kira walau dimana, semua tempat diredahnya.

Begitu juga dengan tahun ini.. dan semalam beliau ditemani oleh Tuan Haji Mat Sabu dalam majlis perasmian Pasar Ramadhan Bayan Lepas.

Bagi aku ini adalah satu amalan yang baik kerana amalan ini merapatkan hubungan Ketua Menteri Pulau Pinang ini dengan penduduk Pulau Pinang selain dari membina imej beliau.

Cuma.. sedikit terkilan..Dimana pemimpin Melayu yang berada di kedudukan paling tinggi dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang?ASD









Lagi gambar-gambar sila lihat di SINI

Read more ...

Persatuan Bekas Wakil Rakyat UMNO desak Najib letak jawatan ?

Mohd Sayuti Omar
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiJKe6FTBCzKKfxP1LZ1NaS6ndD0sEfGkcz3vYbGG0Ed3TyqokmVGbwFhe-ilAe2PtYFAJ1R5vKvkijhjeb4WhHXU8ArNd_4bSr1WQmucDgAQBPOxa-mJNrKoCciRiAbsZKEmEqHxn7wMih/s1600/mrbean.jpgMaklumat yang baru saya terima sebelum jam 12:00 tengah hari tadi agak menggegarkan juga. Berita ini memberi masalah baru kepada perdana menteri yang saat ini sedang sakit lutut dan kini sedang berihat di hospital.

Sumber ini sudah pun memberi bayangan beberapa hari lalu tetapi tidak menceritakan bagi mensuspenkan saya? Lagi pun kejadian yang boleh memggeletarkan lutut Najib itu masih belum berlaku.

Berita yang dimaksudkan itu ialah mengenai persatuan dianggaotai bekas-bekas wakil rakyat Umno yang bernama Penawar. Persatuan ini dianggotai oleh bekas-bekas wakil rakyat Umno. Ia bukan Mubarak.

Bolehlah dikatakan Penawar ini sebagai persatuan kedua yang melibatkan bekas-bekas wakil rakyat. Ia agak kritis sedikit berbanding dengan Mubarak yang menjadi aji no moto kepada Najib.

Apa ceritanya? Ceritanya Penawar katanya tekah mendesak Najib Razak supaya meletakkan jawatan sebagai perdana menteri. Sebabnya mudah, Najib dikatakan lemah dan tidak dapat menyelesaikan beberapa masalah termasuk masalah negara. Isu kelebaban ekonomi dan kurang minat pelabor untuk datang melabor juga dijadikan penyebabnya.

"Mesyuarat itu diadakan beberapa hari lepas. Ianya dipengerusikan oleh Aziz Shamsuddin, bekas menteri pembangunan luar bandar di zaman Abdullah Badawi dan juga bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad," cerita sumber itu.

Tambahnya hadir sama dalam mesyuarat itu ialah Aziz Yassin (abang kepada Muhyiddin Yassin), Mokhtar Hashim (bekas menteri belia dan sukan), Tamrin Ghaffar (anak Ghaffar Baba) dan beberapa yang lain.

"Biar betul?" tanya saya kepada sumber inginkan kepastian.

"Betul, you boleh chek.." katanya tegas dan penuh yakin.

Saya tidak meragui desakan berkenaan. Usaha untuk menyingkirkan Najib ini sudah lama berjalan. Sebelum ini satu perhimpunan veteran Umno yang dihostkan oleh Sanusi Junid turut menyatakan perkara sama. Sanusi Junid sendiri katanya mengatakan kekesalan kepada Najib apabila perdana menteri itu berlembut dalam soal Melayu kerana hendak menjaga kuasa.

Maklumat terbaru ini sudah pasti menganggui fikiran dan kesiahatan Najib. Walaupun Penawar ini sebuah Ngo nyamuk tetapi suara mereka tetap memberi kesan kepada pentadbir Najib dan juga wibawa Najib sebagai perdana menteri.

Kalau desakan nakal yang menyenakkan dada begitu dibuat oleh Ngo di luar Umno dan tidak ada kena mengena dengan Umno tidak menjadi masalah. Tetapi bila ianya disuarakan oleh Ngo Umno sendiri ini sudah ada masalah. Apakah desakan itu menjadi pencetus ke arah untuk menumbangkan Najib?

Sama-sama kita tunggu protes secara senyap ini

Read more ...

Surat kepada PM : Bernas gagal, Kerajaan Kelantan mahu import beras untuk bantu rakyat

http://suaramerdeka.com/foto_aktual/1f2ac930bc39485c975cf92569410ee2.jpgSurat ini diutus kepada YAB Datuk Seri Perdana Menteri pada 1 Ramadhan.

Pertama, untuk mengucapkan salam Ramadhan kepada YAB Datuk Seri. Di samping itu, saya doakan juga dengan berkat Ramadhan, YAB Datuk Seri segera sembuh.

Kedua
, untuk mencadangkan program pengurangan kos hidup yang melambung sekarang bagi membantu meringankan keperitan rakyat jelata. Ramadhan antara lain mendidik keprihatinan jiwa Mukmin terhadap anggota masyarakat yang lemah, terkesan dengan beban hidup dalam menyara kehidupan diri dan keluarga.

Melalui berlapar, kita merasai kesukaran rakyat yang miskin dan memerlukan. Kita menghayati keperitan mereka dan mendesak jiwa dan minda kita memikirkan seribu satu cara untuk berkongsi penderitaan mereka.

Salah satu isu yang menghimpit rakyat sekarang adalah kenaikan kos barang-barang keperluan seharian, seperti YAB Datuk Seri sendiri mengakuinya dengan cadangan langkah memerangi kos kehidupan sebagai satu lagi bidang keberhasilan utama negara seperti yang diumumkan oleh YAB sehari dua yang lalu.

YAB Datuk Seri,

Pada pandangan saya, Kerajaan Pusat mempunyai kuasa dan cara yang boleh menurunkan harga barang keperluan dengan segera, terutama beras, gula, tepung dan susu.

Salah satu penyumbang bagi tingginya harga barang-barang ini ialah dasar yang salah yang dilaksanakan oleh Kerajaan YAB Datuk Seri sendiri iaitu menentukan import kepada monopoli agensi atau syarikat tertentu.

Tanpa monopoli ini, harga barang keperluan dapat diturunkan serta merta.

YAB Datuk Seri,


Sebagai membuktikan dakwaan saya, YAB Datuk Seri boleh menyemak perbandingan harga dunia dan harga yang dikenakan kepada pengguna Malaysia. Sebagai contoh, harga beras gred berkualiti, purata adalah USD 650 semetrik tan. Bermakna harganya adalah RM 20 setiap sepuluh kilogram. Bandingkan berapa harga yang dikenakan kepada pengguna sekarang?


Bagi mengukuhkan pandangan saya bahawa harga barangan ini boleh dikurangkan melalui permit import yang tidak ekslusif kepada hanya satu syarikat seperti Bernas,
izinkan Kerajaan Negeri melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri, mengimport 500,000 metrik tan beras berkualiti premium untuk jualan Negeri Pakatan Rakyat sebagai langkah permulaan.

Seperti dalam makluman YAB Datuk Seri, penggunaan beras Negara adalah berjumlah 2 juta metrik tan dan apa yang kami pohon tidak menjejaskan pengguna negeri lain.

Insya'allah ia akan membantu empat perkara;

a. Harga yang lebih murah
b. Kualiti premium
c. Sekuriti bekalan makanan untuk keperluan Negara
d. Tidak membebankan kewangan kerajaan kerana ia tidak memerlukan subsidi.

Kami Insya'allah berkeupayaan melakukannya dalam tempoh dua minggu dari tarikh keizinan diberikan dan jika keizinan ini boleh disegerakan oleh YAB Datuk Seri, pengguna boleh menempuh Ramadhan ini dengan kos hidup yang lebih rendah.


Buat permulaan, Insya'Allah kami boleh mulakan dengan beras, gandum, susu dan gula.


Mengikuti surat ini nanti ialah surat-surat dan tindakan rasmi yang lain, termasuk dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi menjadikan semangat Ramadhan membantu mereka yang berkesempitan suatu realiti.

Sekian, terima kasih.

Dato Hj Husam Musa
-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
-Naib Presiden PAS

Read more ...

Dr Mujahid edar Jadual Berbuka di Pasar Ramadhan

PARIT BUNTAR, 2 Ogos : Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa telah meluangkan masa kira-kira satu jam untuk turun bertemu masyarakat sambil mengedarkan jadual berbuka puasa di Bazar Ramadhan Parit Buntar, Taman Kerian Permai.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah pengunjung dan peniaga di situ yang dapat bertemu beliau sambil bertanya khabar.

Kira-kira 500 jadual diedarkan di kawasan ini sambil dibantu oleh Unit Amal Parit Buntar mengedarkannya.

Menurut Dr Mujahid "Ini adalah program rutin setiap kali menyambut Ramadhan. Setiap hari pertama Ramadhan kita akan turun berjumpa orang ramai mengucapkan Salam Ramadhan di Bazar Ramadhan sambil mengedarkan jadual berbuka puasa."

Lebih 150 gerai terdapat di sini. Ini merupakan kali pertama tapak di Taman Kerian Permai digunakan sebagai tempat Bazar Ramadhan memandangkan tempat yang lama agak sesak dan banyak projek pembangunan sedang rancak dibina.

Turut sama bersama Dr Mujahid adalah Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, dan Penyelaras Unit Amal Parit Buntar, Zainuddin Osman.

Read more ...

Mari tengok kerja UMNO APCO !!! Jam 1130 pagi, jadi Penduduk Tetap (PR), tapi hanya EMPAT JAM saja sudah jadi WARGANEGARA


NONE























Pemuda PAS berkata, keadaan sekarang cukup merbahaya apabila seorang penduduk tetap (PR) yang didaftarkan sebagai pengundi baru dengan "sekelip mata" boleh bertukar menjadi warganegara negara ini.


Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat (kanan) berkata, pihaknya sudah menjangkakan perubahan itu atau pelayan (server) Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) akan ditutup.


"Ternyata jangkaan Pemuda PAS benar apabila Malaysiakini mengeluarkan berita pada jam 1.06 (petang) maka status PR dengan mudah bertukar kepada warganegara.


"Inilah bukti yang jelas bahawa negara Malaysia dalam keadaan yang cukup merbahaya apabila status warganegara dipermainkan oleh pihak berkepentingan dalam negara ini," katanya.


Katanya, tindakan itu memberi maksud bahawa "Mismah menjadi warganegara dalam beberapa jam sahaja".


Sebelum ini, kurang empat jam selepas Malaysiakini melaporkan PR yang memegang kad MyPR merah didaftarkan sebagai pengundi baru, rekod dalam taliannya bertukar kepada warganegara dan memiliki MyKad biru.


Semakan pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam 5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad pengenalan bagi PR.


Dalam kenyataan petang ini, Suhaizan mendakwa, Pemuda PAS juga telah mengesan lebih awal bagaimana PR khususnya daripada Indonesia telah didaftarkan sebagai pengundi.

"Mereka didaftarkan hampir di setiap negeri.

Kita telah memuat turun data-data kad pengenalan PR dengan banyak sekali," katanya.

Sehubungan itu, dewan itu mendesak agar suatu siasatan dibuat berhubung dengan kejadian ini.


"Suatu suruhanjaya diraja perlu dibentuk dengan segera bagi menyiasat JPN dan SPR berhubung dengan isu yang cukup memalukan negara ini," katanya.

Read more ...

SAH!!! Zahrain penipu besar

http://media1-cdn.malaysiakini.com/245/71126c5060bca7dcd07160af163ed43f.jpgDatuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengetepikan dakwaan mengenai status beliau sebagai ketua pembangkang dengan menekankan perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam Pakatan Rakyat.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah menafikan mengenai khabar angin itu walaupun Utusan Malaysia telah melaporkan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib berkata Pakatan Rakyat akan memantau prestasi veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah sebagai pilihan terbaik untuk menggantikan Anwar sekiranya beliau dipenjarakan atas kesalahan liwat.


“Saya belum mendengar apa-apa daripada PAS, DAP atau pemimpin PKR. Itu yang saya tahu. Hanya Bayan Baru,” kata Anwar merujuk kepada Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, bekas wakil rakyat PKR yang secara berterusan menyerang parti perikatan itu sejak tahun lalu.


Utusan Malaysia akhbar milik Umno dalam laporannya memetik Harun sebagai berkata jika Tengku Razaleigh, Ahli Parlimen Gua Musang, “mempunyai ramai pengikut atau sokongan majoriti dalam parti pembangkang, kemungkinan beliau akan menjadi ketua pembangkang.”


“Begitu juga Anwar, kalau beliau boleh berunding dan tidak mendapat sokongan majoriti, mungkin beliau tidak boleh memegang jawatan itu lagi,” kata Harun.


Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh kini berdepan dengan tuduhan liwat buat kali kedua. Beliau kali pertama didakwa dengan tuduhan liwat dan rasuah pada 1998 selepas dipecat dari Kabinet dan kemudian disabitkan kesalahan atas kedua-dua tuduhan itu.


Bagaimanapun bekas timbalan perdana menteri itu dibebaskan pada September 2004 dan kemudian menghidupkan kembali kerjaya politik dengan mengetuai Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008 yang mana parti perikatan itu berjaya menawan lima negeri dan 82 kerusi Parlimen.


Beliau kemudian memegang jawatan ketua pembangkang di Parlimen dengan memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam satu pilihan raya kecil, selepas isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengundurkan diri.


Tengku Razaleigh sehingga kini belum membuat apa-apa respons.


Semalam Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan laporan mengenai isu ini sebagai satu “lawak jenaka".

Read more ...

Kerusi Menteri bukan Melayu bertambah, UMNO sebenarnya PEMBOHONG pejuang Melayu

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjAfA15OPXcz9g_435UuzJlU6WHRMNYqT25u4FVnExit9ELW6XRDjSP2vpKLQtsSOY2zy9lRqapH_MiNWHZbgF6sq4LrP2Dzupg0h9MqIn7KFWWqz0tNUcfzboAGErt4A0V6S-kq_MPHfs/s400/2.jpg
" Kerusi menteri bukan Melayu dalam kabinet semakin bertambah. Manakala kerusi orang Melayu atau Islam terus statik dan tidak mustahil semakin berkurang "

Tak apa. Bagi jangan tak bagi. Orang melayu tak perlukan kerusi. Orang melayu sembahyang sambil duduk, makan juga sambil duduk bersila .. so apa perlu itu kursi.

Lu orang tengok berapa baik hati orang melayu melalui Umno.

MIC Annual Convention .. Umno kasi 1 jawatan menteri penuh.

MCA bila pulak mahu buat Annual Convention ? Berapa jawatan menteri
penuh mahu minta ?

Gerakan punya Annual Convention bila ? Tak mahu minta jawatan menteri penuh ker ?

Lu orang fikir baik2 no. Parti lu orang kalah teruk dalam PRU 12, yang satu kerusi tak menang pun ada, tapi masih boleh jadi menteri.

Itu semua berlaku kerana Umno yang jadi ketua dalam BN. Kalau dalam PR lu orang tak rasa lah .. kalah pilihanraya .. nak jadi tukang sapu di pejabat PR pun mereka tak terima.

Tapi bila duduk dalam BN .. kalah pun lu orang masih boleh jadi menteri .. so apa nak takut .. bertanding saja lah .. jangan fikir kalah atau menang lah.

Kita minta jangan terlalu ultra kiasu sangat lah. Ingat lah melayu sudah banyak berkorban untuk lu orang :

1. lu orang sure ada peluang menang jika bertanding dalam kawasan majoriti melayu, kerana orang melayu (ahli Umno) 100% sure undi punya apa.

Tapi kalau Umno bertanding dalam kawasan bandar yang bukan melayu majoriti, lu orang agak boleh menang ker ? Kenapa tidak kita cuba pada PRU 13 nanti. Cakap setia kawan saja tak cukup, kita mahu tengok bukti.

Umno saja yang banyak membuktikan semangat setia kawan. Tapi lu orang tak ada apa bukti yang kita boleh percaya. Lu orang bila2 saja boleh buat U Turn.

Bukti U Turn, PRU 12 kerana lu orang U Turn .. BN hampir2 mati lemas lor.

Read more ...

Mengapa Tengku Razaleigh bukan pengganti Anwar Ibrahim?


Pemimpin Pakatan Rakyat dan Pemimpin PAS, Nik Aziz Nik Mat telah menyangkal spekulasi bekas pemimpin PKR dan juga media UMNO bahawa terdapat usaha untuk menggantikan Anwar Ibrahim dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan menyifatkan ia sebagai “lawak jenaka”.

Nik Aziz juga menyangkal dakwaan bahawa PAS mempunyai niat sebegitu, begitu juga dengan perjumapaan rahsia bersama Ku Li.


Khabar angin tersebut semakin hangat diperkatakan setelah ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Hashim yang meninggalkan PKR disebabkan timbul perselisihan, membuat kenyataan bahawa Ku Li boleh menggantikan Anwar selepas beliau membentuk Amanah pada minggu lepas.


Amanah merupakan badan NGO terbaru dan dikatakan mempunyai cita-cita politik yang tinggi.


Walaubagaimanapun, harus diingatkan bahawa Ku Li masih lagi ahli UMNO dan tidak pernah memberi bayangan bahawa beliau akan meninggalkan parti itu. Amanah sebenarnya boleh digunakan Ku Li untuk mempersembahkan dirinya sebagai penyatu pelbagai puak dalam UMNO dalam pemilihan presiden kelak.


Ramai dalam UMNO takut retorik perkauman timbalan presiden, Muhyiddin Yassin boleh menjadi penghalang untuk beliau menjadi Perdana Menteri dan mentadbir negara dengan aman dan maju.


Selain daripada mengalih pandangan terhadap pergeseran dalaman UMNO yang semakin menjadi-jadi, khabar angin mengenai Ku Li ini bertujuan untuk menimbulkan perasaan tidak puashati dikalangan parti dalam Pakatan iaitu PAS, PKR dan DAP.


“Ini lawak jenaka".


Itu pandangan saya mengenai khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbicangan rahsia bersama Tengku Razaleigh untuk mengangkat beliau sebagai pemimpin Pakatan menggantikan Anwar Ibrahim.


Nasihat saya dalam bulan Ramadhan ini, tolong tulis perkara yang betul dan berasaskan fakta.


Ingatlah, apa yang kita tulis dan ucapkan akan dihisab oleh Allah pada hari akhirat kelak.” Tulis Nik Aziz dalam laman Facebook beliau.


Jui Meng: “Pakatan akan menang besar sekiranya Anwar didapati bersalah


Sebelum ini, laporan akhbar memetik Omar Salleh, timbalan presiden Jaringan Melayu Malaysia yang pro-UMNO menggesa Nik Aziz untuk mengaku bahawa beliau membuat perjumpaan rahsia dengan Ku Li.


”Mengapakah ini dirahsiakan daripada Anwar dan Parti Keadilan Rakyat?


Adakah ini menunjukkan bahawa sebahagian daripada pihak pembangkang yakin Anwar akan didapati bersalah dan bakal dipenjarakan?


Mungkin peguam Anwar, Karpal Singh memberitahu pihak DAP dan PAS mengenai situasi Anwar dalam kes liwat yang melibatkan Saiful Bukhari dan ini membuatkan mereka mencari pengganti yang sesuai untuk mengisi tempat Anwar.” Ujar Omar.


Nik Aziz dan Pengerusi DAP, Karpal Singh memandang ringan insinuasi kes liwat tersebut.


Sekiranya Anwar disabitkan bersalah, ini adalah suatu yang menyedihkan untuk beliau yang telahpun menghabiskan 6 tahun dalam penjara sebelum beliau dibebaskan dari tuduhan liwat pada tahun 2004.


Tetapi itulah yang akan membawa kejatuhan BN mamandangkan kebanyakan penanalisis termasuk timbalan presiden PKR Chua Jui Meng percaya bahawa keputusan itu akan membawa kejayaan kepada Pakatan Rakyat.


“Bukan kami mahu Anwar masuk penjara tetapi kami rasakan bahawa apa jua keputusannya, Pakatan akan tetap menang.


Kes liwat ini telah menyedarkan Najib bahawa beliau meletakkan dirinya sendiri di tempat yang sukar.


Ia merupakan langkah yang tidak bijak seperti skandal video Datuk T dan tindakan keras terhadap Bersih yang telah mengakibatkan Majlis Tertinggi UMNO menyalahkan beliau.” Beritahu Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.


Kalau Anwar didapati bersalah, beliau menjadi wira dan sekiranya dia tidak didapati bersalah, kerajaan telah membazirkan masa dan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk negara.


Bagi Nik Aziz pula, beliau merasakan agak pelik mengapa cadangan yang diperkatakan itu ditimbulkan berdasarkan ramalan terhadap keputusan mahkamah.


"Adakah benar bahawa keputusan mahkamah di negara ini boleh diramal atau sebenarnya keputusan telahpun dibocorkan? Katanya.


Ku Li bukan saingan Anwar


Selain daripada hakikat bahawa Ku Li tidak mungkin berani meninggalkan UMNO lagi, Karpal turut menegaskan bahawa ahli parlimen Gua Musang itu yang membubarkan Semangat 46 untuk kembali kepada UMNO bukanlah saingan Anwar dari segi populariti.


Star memetik Karpal sebagai berkata, “Razaleigh berpeluang untuk berkhidmat sebagai pembangkang melalui Semangat 46 namun beliau telah kembali kepada UMNO dan selepas itu bahagian beliau telah mencalonkan beliau untuk bertanding jawatan presiden menentang Najib Tun Razak,”


Tanpa Anwar, pihak pembangkang dan seluruh negara tidak akan menyaksikan tsunami politik yang melanda semasa pilihanraya Mac 2008.


Sepeti Karpal, Ketua Dewan Ulama PAS setuju bahawa kemampuan Razaleigh untuk memimpin Pakatan bergantung kepada populariti beliau.


“Sekiranya beliau mempunyai ramai pengikut atau mendapat sokongan kuat daripada parti pembangkang, kemungkinan besar beliau akan menjadi pemimpin pembangkang.


Sama juga dengan Anwar; beliau boleh berunding dan sekiranya beliau tidak mendapat sokongan majoriti, beliau tidak akan duduk di situ lagi.” Kata Harun Taib dipetik oleh Malaysiakini.


Utusan telah melaporkan pada hari Isnin lepas bahawa Dewan Ulama PAS bersedia mengenepikan Anwar untuk Razaleigh, tanpa memberi konteks sebenar kepada komen beliau.JALAN PULANG

Read more ...

PANAS !!! PR didaftar sebagai pengundi


KUALA LUMPUR 2 OGOS : Pertikaian terhadap kredibiliti dan ikrar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan daftar pemilih tidak dicemari dengan kehadiran warga asing kini terus menjadi persoalan.

Ironinya, sistem pengesahan Jabatan Pendafaran Negara dan SPR menunjukkan sebaliknya.

Portal Malaysiakini melaporkan, seorang pemegang status penduduk tetap (PR) diterima sebagai pengundi baru di Ijok, kawasan yang disandang Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malaysiakini dimaklumkan oleh pembaca bahawa PR bernama “Mismah” didaftarkan dalam daftar pemilih tambahan sekarang dan sedang dipamer kepada awam untuk diteliti.

Semakan dalam melalui sistem pengesahan dalam talian JPN dan SPR mengesahkan dakwaan itu.

Sistem JPN yang membenarkan pengguna menyebak status individu dengan memasukkan nombor kad PR, menunjukkan Mismah (640704715238) seorang penduduk tetap.

Bagaimanapun, nombor sama yang disemak di sistem SPR mendapati Mismah pengundi baru.

Read more ...

Ugut keluar dari BN, MIC serlah perpecahan dalaman

http://www.topnews.in/files/Malaysia-Congress_0.jpgSHAH ALAM 2 OGOS : Tindakan parti MIC mengugut untuk keluar dari Barisan Nasional (BN), jika gabungan itu menerima penyertaan parti politik berasaskan kaum sebagai parti kompenan, mengesahkan andaian bahawa parti itu mengalami krisis dalaman sekaligus tidak berupaya membela nasib kaum India dinegara ini.

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam berkata tindakan itu juga akan mengikis kepercayaan masyarakat India terhadap parti itu dan tidak mustahil akan mengalihkan sokongan mereka kepada gagasan Pakatan Rakyat.

"Pada saya, apa yang saya lihat perkara ini akan menyebabkan rakan komponen parti marah dan ini akan berpihak kepada kita, MIC halang dan mereka akan menyokong kita," katanya.

Presiden MIC, Datuk G. Palanivel sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, parti MIC mahu kekal sebagai parti India tunggal dalam BN.

Justeru parti itu tidak akan menerima kemasukan parti politik India lain sebagai parti kompenan sebaliknya hanya bersetuju jika parti politik it diserap masuk kedalam BN sebagai ahli gabungan atau bersekutu sahaja.

"Sebagai parti utama mewakili masyarakat India, kami tidak akan benarkan keahlian penuh dalam BN, sekiranya berlaku, kami akan keluar," tegas Palanivel selepas menutup Perhimpunan Agung MIC ke- 65 kelmarin.

Antara parti berasaskan kaum India yang berdaftar di negara ini adalah Parti Makkal Sakti Malaysia (MMSP) dan Parti Barisan Progresif India (IPF).

Mengulas kenyataan itu, Manikavasagam berkata, parti MIC terlalu angkuh dan masih menganggap parti mereka yang banyak membela nasib masyarakat India dinegara ini.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai hipokrasi ekoran nasib kaum India masih tidak terbela dan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum- kaum lain setelah lebih 50 tahun memerintah.

"MIC secara jelas menyatakan mereka adalah satu-satunya parti yang memperjuangkan nasib komuniti India, tetapi apa yang dikesalkan ianya hanya satu hipokrasi, sehingga hari ini usaha itu tidak nampak.
"Perkara ini tidak benar, parti kita (Pembangkang) juga bertungkus lumus menyelesaikan masalah dan isu berkaitan kaum India terutamanya Kerajaan Selangor,"katanya.

Manikavasagam juga membidas kenyataan Palanivel yang berkata, MIC mampu membantu BN mengekalkan cengkaman kuasa politik mereka pada setiap kali pilihan raya diadakan.

Beliau berkata, ia sekadar cakap kosong Palanivel berikutan keputusan pilihan raya umum ke- 12 lalu menyaksikan parti itu kehilangan banyak kerusi dan hanya memenangi tiga dari tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan sembilan daripada kerusi Parlimen yang ditandinginya.

Semua pemimpin utamanya tatkala itu, iaitu Presiden, Datuk Seri S Samy Vellu, Timbalan Presiden, Datuk G. Palanivel serta tiga naib presiden, Datuk S. Sothinathan, Datuk S Veerasingam dan Tan Sri Dr KS Nijhar gagal mempertahankan kerusi mereka.

"Mereka sekarang hanya mempunyai tiga kerusi, tetapi bagi menghadapi PRU ke-13 dengan keadaan seperti sekarang, mungkin mereka hilang kerusi ataupun kurang dari sekarang," katanya lagi.

Read more ...

Monday, August 1, 2011

Stadium Shah Alam di bawah Kerajaan Selangor, macam mana Najib boleh tawar



SHAH ALAM 2 OGOS : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah menawarkan Stadium Shah Alam kepada sekretariat Bersih 2.0 untuk mengadakan himpunan aman rakyat menuntut penambahbaikan dalam sistem pilihan raya negara.

Ahli sekretariat Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah berkata Najib jelas mahu kembali meraih kepercayaan rakyat dengan menyatakan beliau menawarkan stadium tersebut tetapi ditolak sekretariat.

"Itu adalah fakta, kalau dia masih nak teruskan dia ada cakap demikian bagi kita buktilah dalam media di mana dia kata (tawar stadium) Shah Alam?," tegas Maria.

Maria mengakui, Najib memang menawarkan himpunan aman tersebut dilakukan didalam stadium, namun beliau tidak sesekali pernah menamakan stadium yang dimaksudkannya, sehinggalah sekretariat berkeputusan mahu menjayakannya di Stadium Merdeka, yang terletak di Kuala Lumpur.

"Saya rasa sangat kecewa apabila beliau (Najib) memutar-belitkan kenyataan sebelum ini yang beliau (ada) tawarkan Stadium Shah Alam, dalam kenyataannya sebelum ini Najib tidak pernah menyebut atau menawarkan mana-mana stadium sehingga kami (penganjur Bersih) memutuskan memilih stadium Merdeka.

Najib harus memberitahu perkara sebenar," kata Maria. Najib semasa merasmikan Persidangan Tahunan Pemimpin Mahasiswa Malaysia Summit (MSLS) Kelima kelmarin menyatakan beliau sebenarnya mahu menawarkan Stadium Shah Alam untuk himpunan tersebut, namun ditolak.

“Kita cadangkan stadium tapi tidak diterima, mereka masih mahu turun ke jalan. "Dalam pemikiran saya, saya mahu berikan Stadium Shah Alam tapi mereka tolak,” kata Najib.

Najib juga berkata, beliau menawarkan untuk himpunan aman tersebut diadakan didalam stadium ekoran ia adalah saluran yang betul dan menjamin keselamatan peserta himpunan.

“Kita mahu ia (perhimpunan) dilakukan ikut saluran yang betul, sebab itu kita tawarkan stadium. Mengapa kita tawarkan stadium? Supaya mereka boleh berucap dan tidak turun ke jalanan kerana tiada sesiapa yang boleh jamin perhimpunan di jalan tidak akan timbulkan apa-apa masalah," jelas Najib.

Mengulas kenyataan Najib itu, Maria berkata sebaik sahaja dinasihati Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Tuanku Mizan Zainal Abidin agar mengadakan himpunan tersebut didalam stadium, sekretariat akur dan memilih Stadium Merdeka.

Namun, tatkala itu Najib mengubah kenyataannya dan berkata, mana- mana pertubuhan yang ingin melakukan himpunan mestilah berdaftar dibawah Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Tindakan 'flip- flop' Najib itu mengundang pelbagai kritikan daripada 62 Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO), pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat marhaen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibarhim sebelum ini menawarkan Stadium Shah Alam untuk menjayakan himpunan tersebut, namun setelah mengambil kira banyak faktor, sekretariat Bersih 2.0 memilih Stadium Merdeka.

Read more ...

PERKASA dan Noh Gadut serlah keUMNOan tulen

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh7CuwSUQLoEBd_f9U8nBzGjI61e780vnsTRe4vD1tnFkyCtrEVQSfpxZVoOlp3voHdbvR_vUZ0vK9lEn7zKwknJMqmfsUEFEGCNk5U_jwj-Uf2ae61rq38rhUw-QoxslzJbjifiJUrnl4/s320/nooh+gadut.jpgSetiausaha PERKASA Johor, Amir Hamzah Mohamad pada Jun lepas telah mengakui satu perjumpaan tertutup anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) di Tropikal Inn, Johor Bahru yang turut dihadiri 600 ahli NGO-NGO lain.

Beliau turut menyebut PERKASA Johor telah menghantar 100 orang ahlinya seluruh Johor ke perjumpaan tertutup berkenaan.

Menurutnya lagi, majlis taklimat itu turut dihadiri oleh Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Cawangan Johor, pengerusi NGO-NGO Melayu Johor dan bekas mufti Johor yang juga penasihat Agama kerajaan Johor, Datuk Noh Gadut (gambar) bagi membincangkan berkaitan tsunami politik yang bakal dihadapi Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Keadaan itu katanya akan menggugat kuasa Melayu (kuasa Umno) jika golongan muda terus condong kepada Pakatan Rakyat (PR).

Dalam taklimat berkenaan, setiausaha MKN Cawangan Johor mendedahkan tentang senario politik masa kini disamping menerangkan realiti sokongan rakyat kepada kerajaan dan pakatan pembangkang masa kini khususnya di Johor.

PERKASA dan Noh Gadut memang barua Umno-BN

Keadaan itu menjelaskan akan kedudukan PERKASA dan Noh Gadut yang selama sentiasa bertindak dan mengeluar kenyataan berbaur perkauman yang bias dengan parti perkauman Umno.

Kini kedudukan PERKASA diangkat sebagai antara yang bakal melakukan sesuatu bagi mempertahankan kuasa Umno-BN di negeri Johor.

PERKASA bukan lagi NGO bebas yang didakwa sebelum ini oleh pemimpin mereka, tetapi sudah menjadi sebahagian daripada Umno, cuma topeng sahaja berlainan yang dicipta khas atas nama PERKASA sebagai usaha mengelabui mata bangsa Melayu, konon berjuang atas nama Melayu.Warkah Daily

Read more ...

TERKINI!! Bini Duta Kantoi!!

Zainab Abd Kader, isteri kepada Duta Malaysia ke Filipina Ibrahim Saad, menyebabkan kontroversi ekoran tweet beliau pada 16 Julai yang dianggap menghina wira nasional Filipina Jose Rizal.

Kata-katanya dipersoal dalam artikel oleh penulis dan kolumnis Jarius Bondoc, dimuat dalam laman Philippine Star malam tadi, mendakwa tweet itu mencemarkan nama baik Rizal.

Tweet itu berbunyi:Inshaallah “@BikMama2U: @datozainab Biasala tu, @anwaribrahim mmg pro-Kristian, pemuja Jose Rizal si Melayu kafir tu! Oh ya, jgn lupa..."

Pesanan tweet itu sebagai respons kepada mesej daripada @BikMama2U, akaun parodi yang dikaitkan dengan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor.

Tidak jelas kenapa Zainab dipersalahkan kerana untuk tweet semulanya (re-tweet) yang responsnya sendiri cuma 'Inshaallah'.

Isu itu juga disentuh Eekmal Ahmad, pembantu politik kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim:

"Isteri Duta Malaysia ke Filipina hina Wira Filipina Jose Rizal dlm tweetnya? Jika benar ini krn tak tau etika diplomatik philstar.com/Article.aspx?a…"

Eekmal juga mula menerbitkan beberapa pesanan tweet tentang sejarah Rizal dalam akaunnya.Anwar, yang mengakui peminat Rizal, dijadual menyampaikan syarahan di Universiti Philippines-Diliman pada Jumaat tentang pengaruh Rizal dan Ninoy Aquino terhadap kepimpinan Asean.Jalan Pulang

Read more ...

Bagaimana SPR "TOLONG" Umno-APCO menipu setiap kali pilihanraya??


Keengganan SPR melaksanakan penggunaan dakwat kekal menyebabkandaftar pemilih seringkali dimanipulasi untuk kepentingan rejim pemerintah

Sistem demokrasi pada umumnya merupakan suatu proses di mana pilihanraya akan diadakan bagi membolehkan rakyat jelata untuk memilih kerajaan mereka. Sesebuah kerajaan perlu memperbaharui mandat mereka apabila tibanya masa sebagai penilaian terhadap prestasi kerajaan tersebut di penggal yang lalu yang jauh bezanya dengan sistem autokratik di mana pemerintahnya tidak perlu menghadapi sebarang pilihanraya.

Walaubagaimanapun, sesuatu pilihanraya tidak semestinya membawa kepada perubahan menyeluruh di dalam pentadbiran kerajaan bercirikan sistem satu parti di mana parti memerintah sahaja yang berpeluang untuk memenangi pilihanraya tersebut.

Kerajaan yang tidak berani menghadapi pertandingan di dalam pilihanraya tetapi tetap terpaksa menghadapi pilihanraya akan mencuba untuk mencacatkan sistem demokrasi tersebut dengan memutarbelit dan menyulitkan perjalanan sistem tersebut.

Di Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah ditugaskan untuk menguruskan pilihanraya di negara ini. Pendek kata, SPR sepatutnya bebas dan berkecuali dari segi pengurusan dan pandangannya serta bertanggungjawab terus kepada Yang DiPertuan Agong, tetapi adalah amat berdukacita melihat SPR tidak menjalankan tanggungjawabnya secara bebas dan berkecuali yang mana ia sepatutnya.

Kaedah “gerrymandering”

Kaedah ‘gerrymandering’ ini adalah merupakan suatu amalan memanipulasi sempadan pilihanraya bagi mewujudkan lebih banyak kerusi perundangan untuk parti memerintah.

Kaedah tersebut termaktub setelah Elbridge Gerry, Gabenor Massachusettes (1810-1812) di Amerika pada masa itu telah menandatangi rang undang-undang bagi mewujudkan lebih banyak kawasan pilihanraya di kawasan perundangan yang dikuasai partinya.SPR juga turut menggunakan kaedah ini dengan sepenuhnya.

Kata pengerusi penganjur Bersih 2.0 Ambiga Sreenevasan: “kita telah mengkaji persempadanan semula yang telah dilaksanakan pada tahun 2003 yang meliputi pelbagai keadaan yang dipersoalkan kesahihiannya di mana sesetengah kawasan perundangan telah melepasi had sempadan di antara kerajaan-kerajaan tempatan dan juga yang merangkumi keadaan yang cukup aneh.

Salah satu amalan ‘gerrymandering’ adalah untuk mewujudkan lebih banyak kerusi-kerusi parlimen atau dewan undangan negeri di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh BN. Apa yang telah kita perhatikan adalah tidak banyak kerusi baru yang diwujudkan di Kelantan yang telah sekian lama diperintah oleh PAS.

Oleh kerana kawasan luar bandar dianggap lebih pro-BN, maka lebih banyak kerusi-kerusi baru diwujudkan di kawasan-kawasan ini jika dibandingkan dengan jumlah kerusi di kawasan bandar. Keadaan ini telah mengakibatkan banyak perbezaan yang ketara di antara saiz kawasan dengan jumlah penduduk di kawasan tersebut.

Misalannya kerusi parlimen Kapar yang kini dikuasai oleh PKR mempunyai jumlah pengundi seramai 112,224 orang, manakala banyak kerusi-kerusi di kawasan luar bandar yang dikuasai oleh BN hanya mempunyai jumlah pengundi pada kadar 50,000 orang sahaja.

Di kawasan parlimen Putrajaya pula, hanya terdapat 7,000 pengundi sahaja di kawasan tersebut yang kebanyakan terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan pusat.Setelah pilihanraya umum 1999, SPR telah menumpukan perhatian mereka dalam mewujudkan lebih banyak kerusi campuran pelbagai kaum sebagai menghalang perkembangan pengaruh PAS pada masa itu.

Kerusi campuran pelbagai kaum ini juga dianggap sebagai kawasan-kawasan yang selamat buat BN disebabkan oleh corak pemilihan pada masa itu di mana orang-orang Cina hanya mengundi DAP manakala orang-orang Melayu bertumpu kepada PAS.

Bagaimanapun kerusi-kerusi campuran ini telah memberikan tamparan yang hebat kepada BN pada pilihanraya umum 2008 yang lalu.Persempadanan semula yang terbaru telahpun bermula pada Mac 2011 yang lalu dan ianya akan mengambil masa selama setahun untuk diseragamkan.

Bagi menyempurnakan proses persempadanan semula ini, BN memerlukan sokongan majority dua pertiga undian di parlimen tetapi BN kini tidak lagi mempunyai majoriti tersebut.Oleh itu, adalah kurang pasti sama ada persempadanan semula ini dapat dilaksanakan oleh BN di dalam pilihanraya yang akan datang.

Pemindahan pengundi

Walaupun tidak melaksanakan proses persempadanan semula, SPR turut mencuba cara lain dengan memindahkan para pengundi dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain ataupun dari satu pusat mengundi ke satu pusat mengundi yang lain bagi mengelirukan para pengundi sewaktu pilihanraya diadakan.

Kegiatan pemindahan tidak sah yang dilakukan oleh SPR jelas bertentangan dengan undang-undang pilihanraya di mana hanya pengundi itu sendiri yang berhak untuk menentukan samada seseorang pengundi itu hendak berpindah dari satu kawasan ke satu lagi kawasan.

Undi pos

Undi pos merangkumi para pengundi yang berkhidmat sebagai anggota tentera, polis dan lain-lain pasukan keselamatan yang tidak akan dapat mengundi di kawasan mereka masing-masing sewaktu pilihanraya diadakan.

Kritikan yang berterusan terhadap perlaksanaan undi pos ini adalah kerana selama ini para pemerhati adalah tidak dibenarkan untuk memerhati proses undi pos ini sewaktu ianya dijalankan.

Sistem pengundian pos ini telah diketahui umum sebagai suatu langkah untuk menyelamatkan kerusi-kerusi parlimen atau dewan undangan negeri yang berisiko tinggi untuk BN. Contoh yang paling ketara adalah perdana menteri sekarang Najib Razak yang kalah di dalam pengiraan pertama di kerusi parlimen Pekan pada tahun 1999, tetapi beliau tiba-tiba diumumkan menang setelah pengiraan semula diadakan hasil daripada penambahan undi-undi pos ke kawasan tersebut.

Selain dari itu, kekuatan pasukan simpanan askar wataniah juga telah ditambah oleh Kementerian Pertahanan sebagai langkah kerajaan untuk turut menambah jumlah undi-undi pos.

Kementerian Pertahanan juga telah merancang untuk menambah kekuatan jumlah kekuatan pasukan askar wataniah kepada 58 kompeni di setiap kawasan parlimen di masa yang terdekat sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengundi hantu

Satu lagi masalah yang sering dinafikan oleh SPR adalah kewujudan pengundi hantu. Contohnya di negeri Perak terdapat lebih 1600 orang pengundi yang telah berumur lebih daripada 100 tahun, terdapat lebih daripada 100 orang pengundi yang berdaftar di satu alamat rumah di kawasan-kawasan yang tertentu, jumlah pengundian di sesuatu kawasan telah melebihi jumlah pengundi yang sebenarnya dan sebagainya.

Walaupun terdapat banyak tanda-tanda dan bukti-bukti kukuh mengenai kewujudan amalan-amalan tidak sihat sewaktu pengundian, ianya sering dinafikan oleh SPR yang selalu memberi alasan bahawa kesemua taktik ini hanya mainan politik pembangkang semata-mata.

Selain dari itu, permintaan umum agar SPR menggunkan dakwat kekal bagi membendung kegiatan pengundi hantu juga ditolak mentah-mentah oleh SPR. Sebagai imbasan kembali, SPR telah menarik balik penggunaan dakwat kekal pada saat-saat akhir pada pilihanraya umum 2008 yang lalu, setelah 47,000 botol dakwat tersebut telah dibeli.

Kelayakan sebagai pengundi seberang laut

Mengikut undang-undang yang ada sekarang hanya empat kategori rakyat Malaysia yang berada di luar negara layak sebagai pengundi seberang laut iaitu: anggota tentera, polis, pegawai kerajaan, pegawai dan kedutaan, serta pelajar-pelajar sepenuh masa bersama dengan suami dan isteri masing-masing.

Manakala mereka yang bekerja di sektor swasta di seberang laut atau mereka yang berniaga di negara lain adalah tidak layak untuk menjadi pengundi seberang laut.Adalah dianggarkan terdapat lebih satu juta rakyat Malaysia yang bermastautin dan bekerja di seberang laut bagi mengelak daripada layanan tidak adil dan ketidakadilan social dan perkauman yang telah lama berleluasa di negara ini.

Pembawa kesulitan kepada pengundi

Kita telah beberapa kali perhatikan di beberapa siri pilihanraya kecil baru-baru ini di mana SPR telah banyak kali menetapkan tarikh pilihanraya diadakan pada hari-hari bekerja dan enggan mengadakan pilihanraya tersebut di hujung minggu bagi menggalakan lebih ramai pengundi keluar mengundi.

Jelas terbukti bahawa amalan SPR mengadakan pilihanraya ini pada hari-hari bekerja telah menyulitkan ramai pengundi kerana tidak mendapat cuti ataupun para pengundi akan menghadapi kesulitan untuk pulang ke kawasan mengundi mereka kerana keadaan yang tidak mengizinkan.

Keengganan SPR untuk melaksanakan pendaftaran pengundi secara automatik apabila seseorang rakyat Malaysia telah mencapai umur 21 tahun juga menjadi tanda tanya apakah sebab yang sebenarnya SPR berbuat demikian.

Jelas terbukti dengan pelbagai karenah di sini telah menunjukkan bahawa sekatan-sekatan ini adalah bertujuan untuk mengekalkan kerajaan dan kuasa BN yang ada sekarang. Selagi BN masih ada, demokrasi akan tetap dikekang dengan cara-cara begini dan selagi itulah demokrasi akan dilemahkan.Jalan Pulang

Read more ...