Wednesday, September 14, 2011

Gaji minima RM 1500 tahun depan di Selangor, Kerajaan UMNO tak pernah berjaya laksana sejak merdeka



SHAH ALAM 15 SEPT : Bermula Januari tahun hadapan, setiap kakitangan anak syarikat kerajaan negeri Selangor bakal menikmati skim gaji minima RM1,500.

Menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, pelaksanaan gaji minima ini adalah di antara pelan-pelan tindakan tiga tahun Pakatan Rakyat 2011-2013 yang akan dilancarkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim esok.

Pakatan Rakyat sebelum ini menerusi Buku Jingga berjanji memperkenalkan skim gaji minima untuk semua pekerja di Malaysia dalam janji 100 hari pentadbirannya di Putrajaya.

"Kini kita terjemahkan janji itu dengan melaksanakannya terlebih dahulu di negeri Selangor," katanya.

Berbagai pelan tindakan telah dirangka yang merangkumi pelbagai aspek; pembangunan negeri dan kebajikan rakyat. Ia merupakan janji gagasan itu bagi menghadapi pilihan raya umum yang mungkin diadakan akhir tahun ini ataupun awal tahun hadapan.

Pelan tindakan ini juga bakal menyediakan peruntukan RM5 juta untuk pembangunan kampung baru di seluruh Selangor.

Tahun lalu, sebanyak RM4.6 juta diperuntukkan bagi membantu 465 kampung melaksanakan program kemasyarakatan di mana sebanyak RM10,000 diberikan untuk setiap kampung membabitkan kampung tradisional dan kampung baru Cina di seluruh Selangor.

Bagi meningkatkan kualiti kemudahan untuk rakyat, kerajaan negeri juga setuju untuk menyediakan dana sebanyak RM4 juta untuk membaiki jalan-jalan di kampung-kampung tradisi di negeri ini.

Sementara bagi hal ehwal keselamatan pula, RM3 juta akan diperuntukkan bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan yang mencatatkan peratusan jenayah yang membimbangkan. Pemasangan CCTV akan dimulakan di Subang Jaya.

Manakala RM1 juta pula akan diperuntukkan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini bagi kegunaan penyelenggaraan longkang, jalan raya dan jambatan di kawasan masing-masing.

Sementara itu, kerajaan negeri juga bakal melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan atau pilihan raya kerajaan tempatan bermula tahun hadapan di Petaling Jaya.

Read more ...

Syarikat judi anjur Rumah Terbuka Aidilfitri. ada UMNO kisah!!!

Wajarkah syarikat judi berlesen seperti Magnum Corporation menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri? Adakah ini dikira menghina Islam atau menghormati Islam atau tak ada apa-apa? “Bolehkah orang Islam menghadiri majlis jamuan raya yang dianjurkan secara bersama atau ditaja bersama oleh syarikat judi tersebut?,” demikian dipersoalkan oleh sebuah laman blog, http://chegubard.blogspot.com.

Laman blog itu menyoal, “apakah hukumnya jamuan raya anjuran syarikat judi berkenaan dan tetamu khasnya adalah merupakan pembesar negeri yang beragama Islam dan juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri yang membawa gelaran Haji?

“Apakah kain rentang untuk mempromosi program ini yang ditaja oleh syarikat judi berkenaan perlu kelulusan atau permit Majlis Perbandaran?,” soalnya lagi. Kata laman blog itu, mungkin ini perkara remeh temeh. Tapi untuk mengelakkan kekeliruan, eloklah diperjelaskan oleh pihak yang berwajib, sebelum pihak yang tidak berwajib mengeluarkan pendapat atau fatwa sendiri.

“Kalau boleh mengikut syara’ syarikat judi tersebut berbuat perkara di atas, mungkin selepas ini umat Islam bolehlah hantar surat mohon sumbangan kepada syarikat judi berlesen untuk memberi sumbangan membina surau dan masjid, membantu anak yatim dan sebagainya.

Menurut laman blog itu, di Rembau contohnya lebih dari sekali syarikat judi menganjurkan program penyampaian bantuan untuk fakir miskin sempena perayaan, jelas kehadiran ‘pemuka-pemuka’ Umno dalam program tersebut untuk bersama-sama mengagihkan sumbangan.

“Jelas tiket judi tak ada cukai kepada pelanggan ditetapkan dan resit wayang, restoran dan pelbagai lagi pelanggan kena cukai. “Mungkin satu fakta yang kita tidak perasan dan ketahui. Hampir semua ruang perkhidmatan dan jualan dikenakan cukai pengguna. Kita pergi tonton wayang, kita pergi ke restoran, bil astro, bil telefon post paid semua kena cukai (GST atau VAT).

“Ini ditentukan oleh Menteri Kewangan dan disebut dalam pembentangan bajet. Adakah kerana kaitan rapat syarikat-syarikat judi ini dengan parti pemerintah? “Maka tak hairanlah jika ada yang mengaku parti Melayu perjuang Islam tetapi ketika DAP membantah judi sukan maka mereka bersungguh menyokongnya,” ujar laman blog itu.Addin

Read more ...

TU DIA!!! Gambar Rosmah di kotak bantuan

PELIK tapi benar, misi bantuan kelab putra 1 Malaysia anjuran United Malays No Otak, Umno baru-baru ini membawa kotak-kotak bantuan yang ditampal dengan wajah Rosmah Mansor.

Apa kaitan Rosmah dengan misi bantuan ini? Apakah ini usaha untuk mempopularkan Rosmah Mansor di Mogadishu Somalia? Kali pertama dalam sejarah Malaysia wajah isteri Perdana Menteri ditampal pada kotak bantuan [Bharian].

Sebelum ni, suami orang lain pun jadi perdana menteri juga, tapi tak adalah nak buat perangai pelik macam si Lady Gajah ni. Dari Tungku Abdul Rahman sampailah ke Tun Abdullah, tak ada isteri PM yang over macam Lady Gajah.

Tambah pelik bin hairan, siap ada ucapan khas Lady Gajah di televisyen sempena Hari Raya tahun ini. Nampaknya Najib semakin sukar mengawal tingkah laku Lady Gajah. Apa saja yang dilakukan oleh Lady Gajah, Najib terpaksa biarkan.

ReJaM© "Ini namanya Queen Control..."

Read more ...

MARI BACA!!! Perang dalaman UMNO libatkan tiga keluarga PM


Sejak beberapa bulan ini Nazir Abdul Razak anak bongsu kepada perdana menteri, Tun Abdul Razak sangat sibuk. Beliau yang juga adik kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak dilihat sebagai harapan apabila berurus niaga.

Walaupun masih diselubungi bayang ayah dan abangnya yang terkenal, beliau tidak pernah leka.


Beliau tidak boleh dikatakan pengurus bank yang berjaya sendiri kerana tidak perlu bermula dari bawah, namun pengetahuannya dalam dunia kewangan dan visi pengurusannya memang dicemburui ramai pengurus bank ternama dalam negara dan ada yang iri hati dengan penghormatan dan anugerah yang dimilikinya


Pada 2006, Nazir digelar tokoh Asia ke-50 yang paling berpengaruh bagi abad lalu oleh FinanceAsia.


Beliau juga dinamakan “ Execuitive Terbaik di Malaysia” oleh Asiamoney untuk dua tahun berturut-turut.


Beliau kemudian bekerja dalam jabatan penasihat korporat untuk Commerce International Merchant Bankers Berhad dalam tahun 1999 dan kini menjadi pengarah urusan dan ketua eksekutif CIMB Group, salah satu institusi kewangan terbesar di Malaysia.


Pengaruh Nazir dalam landscape ekonomi memang tidak disangkalkan, sama ada secara persendirian atau dikaitkan dengan abangnya.


Selepas menjadi perdana menteri, langkah pertama Najib adalah untuk meningkatkan charge service untuk pemegang kad kredit.


Ini telah mengakibatkan Najib dikecam oleh pengkiritic beliau yang mengatakan langkah ini untuk menguntungkan adiknya dan orang-orang ternama dalam dunia perbankan di mana dipercayai PM yang dipalit korupsi ini teringin berkenalan.


Dalam kata lain Nazir boleh dikatakan penasihat tidak rasmi Najib dalam urusan kewangan Malaysia.


MAS-AirAsia


Dalam minggu-minggu yang lalu, Umno dikritik hebat apabila MAS dan Air-Asia bertukar saham.


Jelas sekali pertukaran itu adalah hal ehwal keluarga UMNO.


Cuma persoalannya kini siapa bakal mendapat habuan yang lebih daripada perjanjian ini. Malah yang menguruskan penukaran ini tidak lain adalah keluarga sendiri- tidak lain tidak bukan Nazir Razak.


Syarikat beliau adalah penasihat bagi urus niaga yan penuh kontrovesi ini sebulan yang lalu apabila Khazanah Holdings Bhd meniagakan 20.5% saham Malaysia Airlines (MAS) untuk 10% saham AirAsia dan bersetuju untuk membeli 10% saham AirAsia X’s untuk harga yang belum ditentukan.


Air Asia yang kini sedang berhutang kelililng pinggang dan MAS yang telah lama ditubuhkan mempunyai banyak aset tetap.


Perjanjian ini dilihat sebagai tidak adil dan ramai pekerja MAS membantah namun dengan kawalan media BN, proses ini secara bijak ini disiafatkan sebagai “perjanjian kerjasama”.


Urus niaga antara MAS dan AirAsia menimbulkan musykil kerana ia tidak banyak diterima akal dalam arena perniagaan yang sebuah syarikat besar milik Kerajaan untuk membenarkan sebuah syarikat kecil menjadi watak utama dan menerima bahagian yang besar.


Dalam kata lain urus niaga antara MAS dan Air Asia adalah suatu pengambil alihan di mana Air Asia mempunyai kata muktamad dalam princip asset national.


Walaupun AirAsia adalah dari Malaysia dan ketuanya Tony Fernandes namun niat baik dari kerjaan persekutuan atau lebih tepat Menteri Kewangan yang diteraju oleh Najib menimbulkan banyak kemusykilan.


Walaubagaimanapun Najib telah membenarkan perkara sedemikian berlaku dan menyangkal fakta yang pemabayar cukai telah menyumbang berbillion wang ringgit tahun demi tahun untuk manyelamatkan MAS yang di ambang bankrupsi.


Bukan itu saja, beliau juga mangarahkan supaya GLC yang lain untuk berhenti mangambil tindakan undang-undang ke atas bekas pengerusi Tajudin Ramli yang memenag terkenal sebagai kroni bekas perdana menteri Mahatir Mohamad dan bekas menteri kewangan Daim Zainuddin.


Bagi Nazir, berapakah keuntugan yang berjaya dikaut urus niaga ini?


Maklumat ini sudah semestinya sulit, akan tetapi ia telah membuka jalan untuk “ perjanjian kerjasama”- Sime Darby mengambil alih 30% saham dalam E&O untuk RM 766 juta.


Sime-E&O


Perjanjian Sime Darby-E&O sudah pun menimbulkan sangsi apabila pengerusi E&O Azizan Abdul Rahman yang merupakan suami Zainah Anwar, ketua pengawal industri pengawalan Suruhanjaya Sekuriti (SC).


Azizan juga mempunyai hubungan erat dengan usahawan UMNO Kalimullah Hassan, yang mempunyai saham saham dalam ECM Libra.


Empat bulan selepas perjanjian Sime-E&O, ECM Libra mengandakan saham mereka kepada 5.35% atau 41.41juta selepas berjaya mendapat keuntungan tambahan sebanyak 3.4 juta pada bulan Mei.


Perkara ini sudah semestinya diketahui oleh media perdagangan dan pakatan UMNO juga telah menyuarakan rasa tidak puas hati.


Adakah Azizan memberitahu Kalimullah tentang niat Sime Darby untuk membeli E&O?


Dalam UMNO Kalimullah- bekas ketua kumpulan NSTP-adalah penyokong setia bekas perdana menteri Abdullah Badawi dan anak mentuanya Khairy Jamaluddin.


Tidak boleh dinafikan yang politik dalam UMNO adalah rumit.


Ia dipenuhi pengkhianatan dan mempermainkan kesetiaan dan baru-baru ini elite UMNO dan kroni mereka sedang membuat urus niaga besar dan mangaut untungnnya.


Dan ada lagi yang akan datang.


Bagaimanakah Nazir Razak terlibat dalam dan apakah yang beliau berjaya raih daripada kedua-dua urus niaga ini?

Blogger UMNO Big Doglah yang pertama mendedahkan yang CIMB Nazir juga penasihat urus niaga antara Sime dan E&O.


Secara kebetulan Big Dog adalah antara blogger yang dipercayai setia kepada puak Mahatir dalam UMNO dan habuannya dirampas oleh rakan sejawatnya untuk menyerlahkan tanggungjawab Nazir dalam perjanjian ini.


Terus-terang dikatakan sebagai juru bank pelaburan, Nazir hanya mampu buat apa yang sepatutnya-iaitu memerhati perjanjian orang-orang kaya kepada broker.


Itulah sebabnya beliau mendapat gaji yang tinggi onleh pemegang-pemagang saham UMNO.


Samada perjanjian ini ini tdak berprinsip dan jika CIMB perlu menasihatkan atau menolak transaksi yang meninbulkan syak wasangka adalah satu isu yang berbeza, walaupun selapas itu telah dibuktikan yang mereka perlu menghadap kausa undang-undang.


Huru-Hara apabila UMNO bagaikan Titanic


Dalam masa ini, dua perjanjian besar yang mempunyai unsur-unsur politik telah dibuat dalam persediaan mananti pilihanraya umum ke-13. Ini telah menyadarkan ramai pihak seperti pembayar cukai, pemegang saham dan rakyat jelata untuk sedar dan meminta jawapan.


Elit UMNO telah pun mengambil kesempatan keatas kuasa mereka setelah berabad-abad lamanya untuk menguntungkan diri mereka sendiri kini tidak mencukupi oleh itu pluang ini dipercayai adalah peluang keemasan yang terakhir.


Ini mengatakan yang UMNO seddang mengambil peluang untuk menggunakan perjanjian-perjanjian ini ke atas satu sama yang lain.


Apabila perjanjian MAS-AirAsia diungkaikan, ramai yang memihak Badawi membangkang.


Pertalian antara Tajudin kepada Daim dan Mahatir dan kelemahan MAS didedahkan.


Tidak ada lagi perjanjian yang boleh membawa manfaat kepada BAdawi menerusi Kalimullah kerana blogger-blogger kini sibuk mengutuk perkara yang musykil dalam transasi ini dan ini disifatkan sebagai “ menjadi kejam demi kelembutan” dan negara sebelum puak.


Mungkin Nazir kurang disenangi kerana caranya uyang kurang sopan namun beliau bukanlah target sebenar. Untuk Sime-E&O yang kebetulaan melibatkan taikun yang mempunyai pertalian dengan Daim dam Mahathir, sasaran utama mereka adalah Najib dan Badawi


Najib yang diselubungi skandal sudah bersedia untuk keluar dan ia tidak penting yang beliau telah dibantu oleh adiknya seorang juru bank yang bijaksana yang juga dikecam sekali.


Ini juga untuk memastikan yang pilihan Mahathir mudah mendapat jawatan Ketua UMNO dan semua usaha penyokong Badawi untuk membolehkan anak mentua Badawi yang bercita-cita tinggi itu mengambil alih.


Dalam hari-hari yang akan datang akan berlalunya lebih banyak pendedahan salah laku Najib dan puaknya, keluarga Badawi dan juga puak Mahatir yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin balak didedahkan.


Kini Anwar dan Pakatan Rakyat boleh berehat, musuh politik mereka bakal memusnahkan diri mereka sendiri.


Seperti Titanic, kapal lanun UMNO bakal tenggelam.


Peperangan dalaman bakal menjadi hangat pada pusingan akhir.Jalan Pulang

Read more ...

Mahathir tentang saranan pembangkang berunding dengan kerajaan tentukan tarikh pilihanraya


Saranan pihak pembangkang untuk kerajaan berunding dengan mereka (pembangkang) untuk menentukan tarikh pilihanraya mendapat tentangan dari Dr Mahathir Mohammad, bekas Perdana Menteri negara. Dr Mahathir menyarankan yang pihak pembangkang menubuhkan dahulu kerajaan dan mereka (pembangkang) boleh menentukan tarikh pilihanraya negara.

Selalunya di mana-mana juga di dunia ini kerajaanlah yang menentukan tarikh pilihanraya, bukannya pembangkang. Tetapi Mahathir lupa yang AS tetap mengadakan pilihanraya setelah tamat 4 tahun penggal sesuatu kerajaan yang di pilih itu mentadbir negara itu. Tetapi Mahathir juga betul jika beliau membandingkan negara-negara mundur seperti negara ‘favorite’ beliau Zimbabwe di Afrika dan banyak negara lain di dunia ini.


Tetapi kalau kita bercita-cita hendak menjadi negara maju tentulah cara AS dan Britain menentukan pilihanraya mereka menjadi contoh kepada kita. Tetapi isu ini tidak sepatutnya menjadi polimik kita kerana cara itu sudah menjadi cara kita. Kerajaan yang memerintah khususnya Perdana Menterilah yang akan menentukan tarikh pilihanraya negara.


Malahan Dr Mahathir telah menubuhkan kerajaan dulu sebelum beliau menubuhkan UMNO yang ada pada hari ini pada Februari 1988 dahulu. Kerajaan wujud dahulu baru UMNO ditubuhkan, dan pada tahun berikutnya (1990) baru di adakan pilihanraya umum.


Kita mesti faham bahawa kita masih membudayakan politik dunia ketiga walaupun pemimpin-pemimpin kita begegar-gegar bercakap hendak jadikan negara ini sebagai negara berdaya maju dan mempunyai mentaliti rakyat negara maju.


Saya cadangkan kepada pembangkang tidak usahlah hendak membawa isu ini ketengah kerana mereka yang memimpin tidak akan berganjak dari cara lama itu. Lagi pun pembangkang tidak payah lagi bersusah payah kerana apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO dan BN sekarang ini semua ‘self defeating’ dan mereka akan menghadapi masalah di atas tindakan mereka sendiri.


Mereka (UMNO) dan pemimpin mereka tidak konsisten dalam tindakan mereka. Pemimpin UMNO bukannya sayang sangat kepada UMNO itu sebabnya mereka melakukan perkara-perkara pelik yang menjahanamkan parti mereka sendiri. Semuanya kerana kehendak peribadi.


Dr Mahathir sendiri pernah keluar dari UMNO yang beliau tubuhkan itu, semata-mata kerana hendak menyungkurkan Pak Lah. Jika keutuhan UMNO itu benar-benar menjadi perjuangan beliau, Mahathir tidak sepatutnya keluar dari parti semata-mata kerana marahkan Pak Lah.


Saya bukan menyokong Pak Lah tetapi tindakan Dr Mahathir keluar parti itu merupakan tindakan yang menunjukan beliau berpolitik semata-mata kerana peribadi. Asalkan Pak Lah jatuh partinya jatuh pun tidak mengapa bagi beliau. Peribadinya mesti di dahulukan.


Itu sebabnya yang menjatuhkan UMNO bukan pembangkang tetapi parti itu dijatuhkan oleh pemimpin-pemimpin dan ahli-ahlinya sendiri. Itu sebabnya UMNO sekarang sedang menghadapi penyakit ‘terminal’ dan amat payah untuk diperbaiki. Jika parti jatuh kita akan di persalahkan. Mereka tidak juga bersalah.


Dalam keadaan yang tenat sekarang ini pun ada pihak di kalangan pemimpin yang berpengaruh di dalam UMNO sedang berusaha untuk menjatuhkan Najib. Tetapi di nafikan oleh mereka. Tetapi dalam UMNO yang mereka cakap itu tidak selalunya betul, tetapi yang di katakan berita angin jahat itu lah yang selalunya menjadi benar.


Bagi mereka yang mempunyai sisik politik sedikit sebanyak tidak akan menafikan keadaan itu berlaku di dalam UMNO. Berbagai-bagai cerita yang ada di dalam UMNO ini sekarang, tetapi kita tidak payah membesarkannya kerana akhirnya yang tidak berapa lama lagi ia akan menjadi berita yang benar. Tetapi tidak siapa boleh menghalangnya. Yang hendak dijatuhkan dan yang hendak menjatuhkan itu adalah dari kumpulan yang sama yang sama sifat dan sikapnya. Jika berjaya pun pihak yang hendak menjatuhkan Najib itu keadaan tidak akan berubah juga.


Inilah yang membuatkan ahli-ahli UMNO sendiri menjadi mual kerana politiking yang begitu kuat di dalam parti itu. Tidak habis-habis dengan gossip di antara satu dengan yang lain di belakang sesama mereka tetapi berlakun berbaik-baik di hadapan.


UMNO kian hari kian di sertai oleh mereka yang tidak tahu hujung pangkal UMNO itu jauh lagi untuk memahami perjuangannya kerana pemimpin-pemimpin sendiri tidak tahu kenapa mereka berada di sana.


Pemimpin-pemimpin UMNO yang tinggi-tinggi itu pun tertanya-tanya bagaimana mereka boleh berada di atas itu; adakah kerana kepimpinan? ATAU kerana politik wang? Atau kerana berjaya dalam tindakan mengampu pucuk pimpinan atau apa?


Ahli-ahli di bawah pula diarah untuk memberikan sokongan tanpa berbalah bagi. Mereka di bawah hanya diperlukan semasa pilihanraya untuk mereka terus berglamor dan melakukan rasuah besar untuk memperkayakan keluarga dan suku sakat mereka.


Bagi mereka yang tidak bersetuju dengan kerajaan mereka jangan sekali-kali terjebak dengan budaya memaki hamun yang dilakukan oleh penyokong BN pada hari ini.


Tindakan memaki hamun serta memBABIkan dan MengANJINGkan mereka yang berfikiran yang berbeza akan hanya memakan diri mereka sendiri kerana rakyat ramai sudah pandai menilai yang mana yang betul dan yang salah.


Selalunya orang yang akan jatuh akan menjerit kehulu kehilir dan itu merupakan tanda-tanda mereka akan jatuh. Ini bukan ilmu tetapi petua. Kita tunggu sahaja.


Kita diamkan sahaja diri kita jika mereka memaki hamun kita kerana maki hamun mereka itu tidak akan mencederakan maruah kita. Lagi pun memaki hamun itu bukannya budaya mereka yang berkepimpinan


Maki hamun mereka itu hanya akan ‘boomerang’ kepada mereka sendiri. Usah kita hiraukan mereka itu. Kalau kita pinjam kata-kata Dr Mahathir sendiri, UMNO itu sudah busuk hingga ke ususnya.


ASPAN ALIAS

Read more ...

ANGKUH!!! Adnan Yaakob tidak endah arahan Mahkamah Tinggi

http://melayumuda.files.wordpress.com/2011/08/adnan-yaakob.jpgKUALA LUMPUR, 14 Sept: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Khalid Samad menyifatkan Kerajaan Negeri Pahang sebagai "kerajaan samseng" kerana enggan membayar tuntutan ganti rugi sebanyak RM70 juta kepada sebuah syarikat pembalakan, Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd.

Beliau berkata, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob sangat angkuh apabila tidak mengendahkan arahan Mahkamah Tinggi Kuantan agar membayar ganti rugi tersebut.

"Dalam kes ini, Kerajaan Pahang seperti samseng bila melanggar arahan mahkamah untuk bayar saman kepada Seruan Gemilang," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan sepuluh pemegang saham syarikat tersebut yang mengadakan mogok lapar di hadapan sebuah tokong di Segambut bermula Khamis lepas bagi mendesak Adnan melunaskan ganti rugi itu.

Dua daripada mereka sudah jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital selepas hanya minum air kosong sejak bermula mogok lapar itu.

Johnson Chong, 68, dibawa pulang ke rumah selepas pemeriksa doktor Sabtu lalu dan diikuti Ramli Sulaiman, 42, yang dimasukkan ke hospital kelmarin.

Khalid yang juga ahli Parlimen Shah Alam juga tidak menolak kemungkinan kerajaan Pahang tidak mempunyai wang untuk membayar ganti rugi tersebut dan menggesa Kerajaan Pusat bertanggungjawab menjelaskan bayaran itu.

"Kerajaan Pahang mungkin bankrap, sebab itu tak bayar ganti rugi ini. Kerajaan Pusat mestilah tolong jelaskan bayaran kerana ianya hak pemegang saham.

"Mereka mahu hak mereka sebab itu sanggup adakan mogok lapar sehingga jatuh sakit," katanya.

Tegasnya, Adnan harus bertanggungjawab kerana perkara itu sudah diketahui umum dan menjejaskan reputasi kerajaan negeri di bawah pimpinan BN.

"Kalau Adnan rasa tak mahu pikul tanggungjawab, eloklah lepaskan jawatan sahaja," katanya.

Seruan Gemilang memfailkan saman tersebut terhadap Kerajaan Negeri Pahang dan Pengarah Perhutanan Negeri pada Disember 2002 kerana didakwa melanggar perjanjian kontrak konsesi pembalakan berhubung pengeluaran kayu balak di atas tanah milik Umno di Mukim Bebar, Daerah Pekan seluas 4,000 hektar.

Seruan Gemilang menamakan Kerajaan Negeri Pahang sebagai defendan pertama dan Pengarah Perhutanan Negeri, defendan kedua.

Read more ...

Muslimat PAS ajak Mashitah dialog, ada berani

KUALA LUMPUR, 14 Sept: Dewan Muslimat PAS Pusat mengajak Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berdialog berhubung tuduhannya terhadap PAS dalam artikel "Episod-episod Pembohongan PAS".

Mashitah dalam tulisannya yang disiarkan di akhbar Utusan Malaysia kelmarin antaranya menuduh PAS tidak lagi mempertahankan Konsep Negara Islam, tidak bercakap mengenai hukum hudud, malah bersekongkol dalam soal penjualan arak dan rumah urut di Selangor kerana ingin mengecapi sedikit kuasa.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat, Aiman Athirah Al Jundi berkata, pihaknya akan menghantar surat tawaran kepada Mashitah sesegera mungkin dan menunggu jawapan positif daripada Mashitah.

Athirah berkata, Dewan Muslimat akan memberi ruang kepada Mashitah untuk mengemukakan semua hujah berkaitan tuduhannnya dalam artikel tersebut dan diikuti oleh hujah panel daripada Dewan Muslimat.

"Dewan Muslimat ingin menawarkan satu program pencerahan minda kepada khalayak umum secara terarah, beradab dan bertamadun sesuai dengan sifat Islam.

"Samaada dalam bentuk forum ilmiah atau debat ilmiah atau mungkin juga wacana, terpulang kepada Mashitah untuk memilih," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini, hari ini.

Menyifatkan artikel tersebut sebagai tulisan yang sangat dangkal dan bertujuan memesongkan pemikiran rakyat terhadap perjuangan Islam yang dibawa PAS, Athirah berkata Mashitah sebagai seorang Sarjana Wanita Islam tidak wajar berbuat demikian.

"Budaya penulisan tidak sihat seperti ini tidak wajar dilakukan oleh seorang yang bertaraf Senator dan Timbalan Menteri," katanya.

Beliau turut mempersoal sikap Mashitah yang hanya berani melontarkan pandangan bersifat tuduhan melulu melalui media milik Umno BN.

"Ianya sudah menjadi menjadi pemimpin politik yang lemah khususnya dari kalangan Umno BN," katanya.

Read more ...

ISA: Jangan tertipu sandiwara Najib

KUALA LUMPUR, 14 Sept: Seluruh rakyat negara ini diingatkan agar jangan tertipu dengan sandiwara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana ia mempunyai muslihat lain di sebaliknya.

Sebaliknya, jika ISA dimansuhkan, rakyat tetap tidak boleh bersuara dengan bebas kerana pasti terdapat pula undang-undang lain yang akan dilaksanakan bagi menggantikannya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan yang dilakukan oleh Perdana Menteri itu samalah seperti keputusan yang diambil oleh kerajaan untuk menangguhkan pembayaran caj cukai perkhidmatan 6% kad prabayar telefon mudah alih.

Menurut beliau, walaupun pembayaran caj cukai 6% itu ditangguhkan, tetapi Kerajaan BN telah menggantikannya dengan cukai lain iaitu cukai barangan yang akan dilaksanakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Katanya, perlaksanaan cukai barangan selepas pilihanraya itu telah diumumkan oleh Perdana Menteri hari ini, iaitu hanya dua hari sahaja selepas keputusan penangguhan bayaran caj cukai 6% itu dibuat oleh kerajaan.

"Dengan itu sahaja orang ramai sudah boleh nampak permainan Umno BN. Walaupun dimansuhkan sesuatu akta atau cukai, pasti ada undang-undang lain atau cukai-cukai lain yang akan digantikannya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Kelmarin, media tempatan melaporkan, Najib dalam kenyataannya membayangkan kemungkinan akan memansuhkan ISA kerana kajian dan perubahan melibatkan ISA dan akta lain yang berkaitan dengan ISA dilihat perlu bagi kesesuaian keadaan semasa dan kehendak rakyat.

“Kita akan buat kajian dan perubahan terhadap akta tersebut supaya lebih sesuai dengan keadaan semasa dan sesuai dengan kehendak rakyat,” kata Najib.

Sehari sebelum itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, pindaan ISA perlu dibentang di Dewan Rakyat bersama enam akta undang-undang pencegahan yang berkaitan dan kajian semula akta itu akan dilakukan oleh Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Peguam Negara dengan kerjasama Majlis Peguam.

Akta-akta berkenaan termasuk Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang akan dikaji daripada aspek keberkesanan undang-undang dalam pencegahan jenayah; Seksyen 27 Akta Polis 1960 berkaitan perhimpunan awam yang tidak memerlukan permit; Akta Buang Negeri 1959 (Pindaan 1972) berkaitan sama ada undang-undang itu masih relevan.

Selain itu, Akta Kediaman Terhad 1933 berkaitan keberkesanan undang-undang dan perintah yang dikeluarkan dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 dan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 berkaitan tempoh tahanan, hak dan layanan terhadap tahanan, kuasa Menteri Dalam Negeri dan penahanan tanpa perbicaraan.

Hishammuddin juga berkata, akta itu sebenarnya sudah lama dalam penelitian kementeriannya dan Pejabat Peguam Negara dan cadangan sama ada akta berkenaan akan dipinda atau dimansuhkan sedang diambil kira.

Menurut Tuan Ibrahim, sebelum ini, Pakatan Rakyat seperti yang terdapat dalam Buku Jingga telah menegaskan akan memansuhkan ISA dan akta-akta zalim lain jika diberikan mandat memerintah negara pada PRU Ke-13 nanti.

Kini, keputusan Kerajaan BN untuk mengkaji dan memansuhkan ISA dan akta-akta itu sebenarnya adalah sebagai ikutan dari Buku Jingga, manakala keputusan itu pula dibuat sebagai lambang keadaan Umno BN yang amat tertekan sekarang.

"Kini kecenderungan rakyat negara ini telah beralih kepada Pakatan Rakyat. Untuk mendapatkan sokongan orang ramai, Umno BN terpaksa memansuhkan akta-akta itu untuk mengelaburi mata dan mengambil hati rakyat," katanya.

Malah dalam keadaan yang tertekan seperti sekarang, beliau yakin Umno BN pasti akan turut mengumumkan pelbagai insentif lain lagi kepada rakyat menjelang PRU Ke-13 bagi meraih sokongan daripada orang ramai.

"Tetapi rakyat sudah sekian lama tertipu. Rakyat yang sudah semakin sedar dengan permainan licik Umno BN pasti faham semua permainan mereka itu dan tidak mungkin akan terus tertipu lagi," ujar beliau.

Read more ...

10 000 IC klon boleh didaftar pengundi, kerja siapa kalau bukan JPN dan SPR?

KUALA LUMPUR, 14 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendakwa mengenal pasti terdapat lebih 10,000 kes kad pengenalan (IC) palsu.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi DPPM, Suhaizan Kaiat (gambar) berkata, buktinya, pertama yang paling jelas adalah melalui kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang disiarkan The Star pada 24 Julai lalu.

Katanya, Wan Ahmad mengakui bahawa terdapat kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Johor menambah, bukti kedua adalah melalui data yang telah dikeluarkan SPR daripada Daftar Pemilih Induk (DPI).

“SPR telah mengeluarkan dua jenis data yang telah dibongkar oleh Dewan Pemuda PAS iaitu, pertamanya isu dua nama yang sama memiliki nombor kad pengenalan yang hampir sama, dan keduanya isu satu kad pengenalan lama dimiliki dua individu,” ujarnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS di sini, tengah hari ini.

Katanya, antara perkara yang menjadi persoalan pihaknya kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ialah SPR mengenal pasti kad pengenalan palsu berdasarkan kepada maklumat JPN.

Menurutnya, apabila SPR telah membuat pengesahan maklumat daripada JPN, maka langkah seterusnya adalah mengeluarkan maklumat pemilih palsu tersebut daripada DPI.

"Persoalannya, bagaimanakah dalam masa singkat, dua bulan sahaja JPN begitu mudah mengenal pasti data palsu dalam pangkalan datanya?

"Bagaimana JPN bolah mengesahkan salah satu data tersebut tidak sah?" soalnya.

Katanya lagi, bukan mudah untuk sesuatu jabatan kerajaan menjejaki lebih 10,000 kes kad pengenalan palsu dalam waktu dua bulan.

"Persoalannya, apakah JPN sememangnya sudah memilik senarai kad pengenalan palsu yang akan dimasukkan dalam daftar pemilih SPR untuk tujuan manipulasi pilihan raya?

"Apakah JPN terlibat dalam penyelewengan kad pengenalan palsu," tanya beliau lagi.

Kalau Pemuda PAS yang tidak boleh masuk ke dalam bilik kebal JPN pun boleh membuktikan lebih 10,000 kad pengenalan palsu, beliau bertanya berapa jumlah sebenar kad pengenalan palsu yang telah dikeluarkan JPN.

Beliau berkata, bukti-bukti yang Permuda PAS bangkitkan adalah melambangkan kecelaruan kerja yang terdapat dalam JPN dan mendesak agar siasatan segera perlu dilakukan ke atas jabatan itu.

Tegasnya, pilihan raya tidak boleh diadakan dalam waktu terdekat jika kecelaruan maklumat di peringkat JPN dan akan menjejaskan SPR.

"Pemuda PAS bertekad akan terus membongkarkan manipulasi pilihan raya ini sehingga SPR dan JPN benar-benar bersih dan adil," tegasnya lagi.

Read more ...

PANAS !!! Blogger UMNO nak cantas orang , ada ka polis nak ambil tindakan?



Gambar diatas ialah gambar rakaman screen sebuah blogger tegar Umno, Blog RBF atau lebih dikenali sebagai Ruang Bicara Faisal ialah antara blogger tegar Umno yang telah menyuarakan kekecewaan terhadap Perdana Menteri kerana tidak dapat bertemu dengan PM walaupun mempunyai idea dan aspirasi, sedangkan Nawemee yang dikatakan telah menghina negara, bangsa dan agama diberikan peluang untuk bertemu dengan Perdana Menteri.

Dengan tajuk "Parang Panjang Untuk Potong Kaki Namewee Sudah Tersedia", sebuah blog penyokong kerajaan telah bertindak liar di atas ketidak-puas-hatian kepada Perdana Menteri, iaitu orang yang selama ini dipertahankan habis-habisan.

dalam blog tersebut jelas menyatakan;

Kawan-kawan sekalian, sepertimana yang anda tahu bagaimana saya serta kawan-kawan saya, siang malam, pagi petang kami berusaha mempertahankan kerajaan serta PM. Bukan setakat mempertahankan PM, malah terpaksa mempertahankan juga isteri PM daripada fitnah-fitnah yang dilemparkan termasuklah isu cincin 24 juta , tapi kami tidak pernah pun dijemput seperti namewee untuk berjumpa PM.

Tapi si bangsat tersebut sudah melakukan bermacam-macam dajal dan sial serta menghina kaum serta agama , tiba-tiba mendapat layanan istimewa untuk berjumpa PM. Mana pergi namewee ketika Rosmah difitnah beli cincin 24 juta. Kenapa dia tak buat lagu yang mengatakan tuduhan itu fitnah ?

Kawan-kawan semua, saya dah lama menyimpan impian untuk berjumpa PM bagi memberitahu beberapa perkara termasuk idea-idea, tapi tak kesampaian. Saya terfikir , siapalah saya ini untuk berjumpa pemimpin tertinggi negara. Kalau ada pertemuan dengan PM pun di majlis-majlis besar yang melibatkan ramai orang. Maka sudah tentulah sukar untuk kita bercakap di majlis-majlis seperti itu.

Tapi anak haram itu senang-senang sahaja dapat jumpa PM. Siapa yang tak berasap beb ?


Kekecewaan RBF dilihat tidak dapat lagi disorok apabila secara terbuka menempelak pimpinan sendiri beserta dengan satu ancaman bunuh terhadap Nawemee yang akan berjumpa dengan PM.

Ia seolah-olah mencabar kewibawaan PM sekiranya mengambil tindakkan kepada RBF akan dilihat sebagai tidak prihatin ke atas bangsa sendiri tetapi membela Nawemee.

Mari kita lihat sejauh mana pihak berwajib berani mengambil tindakan dalam ugutan yang memang terang dan jelas ini.

Namun kemarahan blogger ini ada asasnya. Masih ingat kita bagaimana Nawemee yang dikenali sejak video klipnya mengolah semula lagu negaraku menjadi "Negarakuku" disiarkan di youtube. Beliau bukan saja berdepan dengan tindakan undang - undang tetapi media mengolah kebencian yang melampau dengan mengaitkan Nawemee dengan Pakatan Rakyat dan kebencian melampau diwujudkan dengan api perkauman sebagai asas bahan bakar.

Maka Najib (baca: pimpinan UBN) meraih sepenuhnya keuntungan dengan menunggang sentimen yang dibakar blogger dan 'ngo-ngo' ciptaan mereka tampil ke depan menyemarak kemarahan. Ingat lagi bagaimana Arman ketika itu dia ketua pemuda PERKASA mengamuk dan membakar barang di depan pagar dewan himpunan china dimana Nawemee berada didalam dewan untuk satu program.

Akhirnya setelah melihat semuanya gagal meraih sentimen majoriti rakyat malah di kelas pertengahan imej UBN menjadi lebih negatif kerana tindakan tersebut maka Najib telah tukar strategi. Nawemee diberi ruang membuat filem pula dan semalam bertemu secara peribadi dengan Najib sendiri.

Jika difikirkan kesian dengan kawan - kawan 'bawah' yang begitu emosi pada satu ketika dahulu dalam isu Nawemee ini dan akhirnya dia sendiri mendapat ruang istimewa.

Walaupun memahami kekecewaan kawan-kawan ini tetapi che'GuBard nasihat janganlah sampai ugut-ugut bunuh...itu kurang tamadunnya. Jadikan ini sebagai pengajaran berpada dalam tindakan.


by cheguBard

Read more ...

Mat Sabu saman Utusan, menyusul akan saman Muhyiddin dan Musa Hasan

KUALA LUMPUR, 14 Sept — Selepas memfailkan saman terhadap Kumpulan Utusan dan Ketua Pengarangnya Datuk Aziz Ishak hari ini, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memfitnahnya kononnya mengagungkan-agungkan komunis.

Pagi ini Mohamad yang diwakili peguam PAS Mohamad Hanipa Maidin telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memfitnah pemimpin nombor dua parti Islam itu melalui artikel muka hadapan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu.

“Hari ini kita telah failkan saman di atas fitnah yang dilakukan di muka depan Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu, saya hanya akan mempertahankan diri dan mengelak daripada fitnah-fitnah terutamanya tuduhan komunis dan pengganas... semua tuduhan lain adalah tuduhan politik yang kita boleh jawab.

“Fitnah-fitnah boleh menyebabkan keselamatan saya dan keluarga saya terjejas, maka perlu ambil tindakan undang-undang, saman ini adalah perkara yang ditimbulkan, yang saya langsung tidak sebut dalam ucapan pada 21 Ogos lalu di Tasik Gelugor, Pulau Pinang,” kata Mohamad pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini.

Beliau yang mesra dengan panggilan “Mat Sabu” memberitahu saman terhadap Muhyiddin akan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Hanipa.

“Beliau (Muhyiddin) kaya, kalau saman pun tidak mengapa,” katanya.

Mohamad juga kesal dengan tindakan Muhyiddin yang menolak untuk berdebat mengenai isu pejuang kemerdekaan yang sebenar.

Jelas beliau, keengganan Muhyiddin untuk berdebat menyebabkan beliau terpaksa mengambil tindakan undang-undang terhadap Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno itu.

Selain Muhyiddin, Mohamad juga akan memfailkan saman terhadap bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan kerana menyifatkannya sebagai pengganas dan pengkhianat negara.

“Itu kena tanya beliau (Muhyiddin), saya lebih rasa yang baik adalah debat atau dialog sebab tuduhan beliau bersangkut paut dengan akidah.

“Tuduhan ini adalah tuduhan berat, beliau suruh saya bertaubat dan bertaqwa sebab itu kita tawarkan penyelesaiaannya,” katanya menjawab keengganan Muhyiddin untuk berdebat.


The Malaysian Insider

Read more ...

TUDUHAN BERAT!!! SU UMNO Bagan Serai tuduh ahli PAS sokong komunis

http://www.umnobaganserai.org/image/zulkarnain.jpgPARIT BUNTAR , 14 Sept. : Kenyataan Setiausaha Umno Bahagian Bagan Serai Zulkarnain Ismail (gambar) bahawa sesiapa yang menyokong kenyataan Mat Sabu dan PAS bermakna menyokong komunis terlalu berat kerana menguris hati ahli dan penyokong PAS terutama di daerah Kerian

AJK PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berkata, Zulkarnain Ismail diminta menilai semula tuduhan bahawa PAS menyokong perjuangan komunis kerana dibuat berdasarkan putar belit media yang dikuasai Umno.

“ Zulkarnain sepatutnya memberikan hujah dengan memberikan fakta yang sahih kerana PAS sudah membuat kenyataan rasmi tidak menyokong perjuangan komunis.

“ Sepatutnya beliau merujuk kepada kenyataan rasmi dari Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengenai pendirian PAS. Sebaliknya, beliau menggunakan sumber berasaskan akhbar yang dikuasai Umno.” katanya mengulas kenyataan Setiausaha Bahagian Umno Bagan Serai itu dalam Sinar Harian baru-baru ini.

Menurut Adnan , tuduhan Zulkarnain ini membawa maksud bahawa ahli dan penyokong PAS adalah menyokong komunis kerana mereka semua menyokong PAS.

“ Sepatutnya beliau berfikir sebelum membuat tuduhan seberat ini kerana tuduhan ini turut melibatkan kaum keluarga dan sahabai handai beliau yang menyokong PAS.

“ Janganlah kerana kepentingan politik kepartian, sehingga sanggup menuduh ahli dan penyokong PAS menyokong komunis” katanya

Sementara itu, seorang lagi AJK Pas Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad meminta Zulkarnain merujuk kepada isi ucapan ceramah Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu yang tidak ada pun perkataan komunis yang disokong beliau.

“ Mohamad Sabu mengangkat nama Mat Indera sebagai ‘hero’ bukan menyokong komunis. Malah, ahli sejarah berbeza tafsiran mengenai ketokohan Mat Indera.

“ Setengah pendapat mengatakan beliau bukan komunis, sebaliknya , setengah pendapat yang lain menyatakan beliau adalah komunis” katanya

Hamdan berkata, PAS tidak pun menuduh ahli Umno sebagai penyokong komunis walaupun secara faktanya Umno membuat hubungan secara rasmi dengan Parti Komunis China (CPC)

“ Umno telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China (CPC) Ogos 2010 yang lalu. Setiausaha Agung UMNO, Dato' Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah menandatangani MoU mewakili Umno dengan pihak CPC.

“ Tuduhan PAS menyokong komunis dibuat tanpa fakta tapi hubungan Umno dengan parti komunis terbukti dibuat secara bertulis. Sungguhpun begitu, PAS tidak menuduh ahli Umno menyokong komunis sebagaimana tuduhan Zulkarnain terhadap ahli dan penyokong PAS” katanya

Read more ...

Walaupun UMNO melutut kepada Tsu Koon? Katak belaan dibiarkan belasah Tsu Koon



Tan Tee Beng berkata Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon perlu dipecat daripada memegang sebarang jawatan sama ada dalam parti atau Kabinet jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Sebagai mengenang jasa atau mengenang budi yang telah ditaburkan beliau buat PKR Permatang Pauh semasa PKR P044 yang lalu.. aku tak mahu hentam dia lebih-lebih…

Tan Tee Beng berkata demikian mungkin kerana beliau tidak tahu bahawa UMNO Pulau Pinang sebagaimana yang telah dilaporkan oleh Kwong Wah Jit Poh telah melutut dan merayu kepada Koh Tsu Koon..

Demi kuasa, UMNO Pulau Pinang dilaporkan telah menjilat kembali ludah mereka, mereka mengenepikan sikap perkauman mereka, mereka membakul sampahkan Ketuanan Melayu mereka..mereka dilaporkan telah memohon maaf kepada Presiden Gerakan Koh Tsu Koon , sila baca di ( SINI.)ASD



Tsu Koon perlu dipecat jika BN mahu rampas Pulau Pinang - Tee Beng


PULAU PINANG 13 Sept. - Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon perlu dipecat daripada memegang sebarang jawatan sama ada dalam parti atau Kabinet jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, pemimpin tersebut bukan lagi pilihan rakyat negeri ini terutama kaum Cina malah kehadirannya pada program BN hanya mencacatkan usaha bagi memulihkan sokongan terhadap parti.

Tegas beliau, peluang untuk merampas semula Pulau Pinang sebenarnya cerah tetapi ia bergantung kepada sejauh mana seriusnya usaha BN menggantikan Tsu Koon yang kini dilihat hanya menjadi liabiliti besar dalam parti.

''Kita lihat kelmarin, hampir 25,000 orang datang memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka yang diadakan di Guar Perahu meskipun kawasan itu diwakili Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ini satu petanda yang cukup menarik dari segi politik untuk BN.

''Malangnya, kehadiran Tsu Koon pada hari itu tidak dialu-alukan rakyat negeri ini. Berdasarkan maklum balas akar umbi, ramai yang marah dan tidak gembira apabila melihat dia (Tsu Koon) berada di samping Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Oleh itu, sesuatu perlu dilakukan kerana yang menentangnya bukan hanya orang Melayu malahan orang Cina sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Tee Beng, sejak dua bulan lalu juga berlaku penentangan hebat bukan sahaja daripada rakyat malah parti komponen BN di negeri ini terhadap kepimpinan Tsu Koon terutama tugasnya sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang yang dilihat tidak berfungsi.



Katanya, mereka sudah muak melihat Tsu Koon yang hanya suka 'mengikut' Perdana Menteri ke sana sini sedangkan tugas hakikinya sebagai menteri dan Pengerusi BN negeri terabai.

''Dia bukan Timbalan Perdana Menteri kedua yang perlu mengikut Perdana Menteri ke sana sini. Tetapi itulah yang dilakukan sejak dulu. Apa guna menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pengerusi BN negeri jika tidak menjalankan tugas untuk mengembalikan sokongan rakyat.

''Mungkin orang Melayu tidak rasa sangat seperti yang dirasai masyarakat Cina. Mereka sudah terlalu muak dengan Tsu Koon. Justeru, jika mahu mendapat kembali sokongan sepenuhnya daripada mereka, Tsu Koon perlu dipecat," katanya.

Lidah Rasmi UMNO

Read more ...

"Saya kenal siapa Mat Indera,Mat Indera bukan komunis, dia perjuang kemerdekaan" - Pengasas PKMM Perak


IPOH: "Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya semasa saya berada di Johor". "Mat Indera bukan komunis, dia perjuang kemerdekaan, dia terlibat dengan Parti Kebangsaaan Melayu Malaya".

Demikian ditegaskan oleh Abdul Majid Saleh, yang lebih dikenali Pak Imam Majid, seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan pleh Inggeris selama tujuh tahun.

Menceritakan kisah perjuangannya ketika dikunjungi oleh Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Dr Muhaimin Sulam bersama Unit Media PAS di kediaman rumahnya semalam, beliau memberitahu beliau bersama Ismail Kali menubuhkan PKMM di Perak, iaitu di Sungai Lesung, Tapah.

Beliau telah bergerak ke serata negeri untuk melebarkan pengaruh PKMM. Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor dan terlibat secara aktif mengembangkan PKMM di Johor.

PKMM telah berkembang ke seluruh daerah di Johor. Semasa beliau aktif menggerakkan PKMM di Johor itulah beliau kenal dengan Mat Indera.

"Mat Indera itu lulusan agama, dia mengajar agama, saya selalu bertemu dengannya," ujar Imam Majid.

Sehubungan itu beliau menafikan sekeras keras dakwaan pihak Umno dan media pro Umno yang mengaitkan Mat Indera dengan komunis dan menyifatkan ianya satu pembohongan dan fitnah besar yang kepada pejuang kemerdekaan itu.

Menurutnya, pejuang menentang penjajah dan berjuang untuk membebaskan negara ini dari cengkaman dipelopori pejuang pejuang terdahulu termasuk pejuang pejuang dari PKMM, saperti Dr Burhanudin Al Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi ahli ahli dan pejuang PKMM.

"Umno buat apa ketika itu, Umno tidak buat apa apa, Umno sebenarnya penakut," ujarnya.

Menurutnya lagi, malah Umno pula yang menentang PKMM, Umno rapat dengan Inggeris, kerana itu Umno bukan musuh Inggeris, sebaliknya PKMM adalah musuh Inggeris.

"Saya ingat dalam penangkapan ahli ahli dan pejuang kemerdekaan tidak kurang 86,000 telah ditangkap oleh Inggeris dan `disumbat' dalam penjara dan kem-kem tahanan. Beliau sendiri dimasukkan ke kem-kem tahanan dari satu tempat ke satu tempat di Johor, Singapura, Melaka dan Perak.

"Mana ada orang Umno yang ditangkap oleh British , Umno itu pengecut" ujarnya.

Mengenai hubungannya dengan Dr Burhanuddin Al Helmi, beliau memberitahu Dr Burhanuddin adalah rakan rapatnya semasa berada di Singapura.

Beliau begitu kagum dengan Dr. Burhanudin yang dianggapnya seorang pemimpin yang hebat dan menguasai banyak bahasa.

Pak Imam Majid semakin yang semakin uzur masih mampu mengingat kisah perjuangan beliau bersama rakan rakan menentang Inggeris.PAS Perak

Read more ...

TU DIA!!! Ingatkan masjid, rupanya rumah menteri agama UMNO



KUALA LUMPUR:
Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin menggesa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Agama Islam, Datuk Seri Jamil Khir menjelaskan rumah mewahnya yang dianggar menelan jutaan ringgit.

Keraguan timbul apabila menteri yang baru dilantik 3 tahun oleh Perdana Menteri dan hanya memiliki gaji tidak menjangkau RM15,000 itu, mampu memiliki kediaman mewah dalam masa yang singkat.

“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya mengulas isu yang didedah oleh akhbar Suara Keadilan semalam.

Khairul berkata ia bukan perkara memeranjatkan kerana menjadi kebiasaan menteri yang ditadbir Kerajaan Barisan Nasional (BN) hidup mewah.

Beliau merujuk kes bekas Menteri Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo yang mencetus kontroversi kerana kos kediamannya dikatakan melebihi kemampuan sebagai menteri besar yang berkhidmat selama lapan tahun.

“Rakyat pun tidak terperanjat dengan isu yang sudah dianggap biasa ini. Oleh itu, jika beliau (Jamil) ada sedikit rasa tanggungjawab dengan imej dan kedudukannya, beliau perlu tampil memberi penjelasan.

“Walaupun (dia) Jamil Khir merupakan Menteri Agama namun ia bukanlah jaminan beliau berperangai seperti Menteri-menteri lain” katanya kepada Keadilandaily.

Sebelum ini KEADILAN pernah mempersoalkan kehilangan RM32,000 wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) didakwa membiayai yuran guaman Jamil Khir dan Pengarah Jabatan Islam (JAWI), Datuk Che Mat Ali.

Ia terbongkar melalui kenyataan media Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datuk Mashitah Ibrahim, beberapa bulan lalu.

Wang zakat tersebut didakwa digunakan bagi menghalang permohonan qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Saiful Bukhari Azlan, sedangkan Jamil dan Che Mat tidak tergolong dalam kategori yang layak menerima zakat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=20287

Read more ...