Monday, April 2, 2012

AGENDA DISEBALIK ISU MURTAD!!! Murtad dah lama berlaku,kenapa Hasan Ali hanya salahkan PAS dan PR?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Maka hari ini kita dihidangkan dengan episod terbaru "perjuangan" Hasan Ali "menyelamatkan akidah ummah" dengan pemaparan video murtad menerusi berita2 utama negara. Khabarnya, beliau begitu marah hingga merah padam mukanya dan secara tak langsung, ini dijadikan "bukti kukuh" kononnya semakin lama semakin teruk gejala kristianisasi di Malaysia ini (dan tak lama lagi, pasti dia akan alihkan serangannya itu kepada Anwar Ibrahim dan Khalid Samad. Percayalah).


Sebagai muslim, aku tidak dapat lari dari merasa risau dan bimbang atas kepesatan gejala murtad di Malaysia ini - seolah2nya benda ni menjadi trend baru dalam masyarakat dan merupakan "wabak baru" yg muncul sederas virus H1N1. Soalnya, benarkah begitu?


Benarkah agenda murtad ni baru je muncul dalam sosiomasyarakat kita?


Sejarah telah menujukkan proses Kristianisasi ini telah mula bertapak di Tanah Melayu semenjak penjajahan Portugis 1511 lagi. Sekiranya kita melihat Kota Melaka kita akan dapati disana terdapat banyak gereja-gereja yang dicat warna merah. Itulah tempat batu asas agama Kristian di Malaysia. Di dalam Kota Melaka terdapat satu kubur mendiang ketua paderi Melaka berdiri megah dalam A famosa. Walau bagaimanapun, proses Kristianisasi Tanah Melayu ini kurang berjaya sehinggalah Malaya mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.

Kemerdekaan Malaya diharap dapat menghapuskan saki-baki gerakan tersebut. Tetapi
peristiwa Natrah menggugat sentimen orang Melayu Islam. Sekali lagi maruah umat Islam tercabar. Peristiwa yang menjadi catatan sejarah penting umat Islam itu amat melukakan hati umat Islam. Tetapi yang menyedihkan apabila kerajaan Malaya ketika itu tidak menjadikannya iktibar untuk memelihara kesucian aqidah umat Islam Malaya. Hari ini kesan tersebut telah mula dirasai, generasi era kemerdekaan tidak dibekalkan pendinding iman yang kukuh, aqidah islam dibalut dek metarialistik, budaya barat disuap kejantung tampuk pemerintahan. Kesannya, aqidah umat Islam mula goyah. Siapakah yang patut disalahkan dalam hal ini? Kerajaan ? Masyarakat? Ibubapa? Guru?

Peritiwa Jamaluddin@Jeshua Othman 1987
merupakan titit tolak kepada dakwah terang-terangan Kristian setelah sekian lama berselindung disebalik dinding gereja. Dalam kes tersebut Jeshua telah mendakwa Menteri dalam negeri kerana telah menyumbatnya dalam ISA atas alasan menyebarkan dakyah Kristian. Sehingga tarikh dia diberkas, enam orang anak melayu telah berjaya dikristian. Dalam dakwaan tersebut beliau menggunakan alasan undang-undang kebebasan beragama untuk melepaskan diri dari lokap ISA. Pemimpin Kristian Melayu tersebut dibebaskan sedangkan ramai pejuang-pejuang gerakan Islam Malaysia ditangkap atas alasan menggugat keamanan beragama. Dalam tahun tersebutlah gugurnya asy-Syahid Ibrahim Libya bersama pengikut-pengikutnya di Memali. Sekarang kita lihat dimanakah keadilan? Dimanakah hak asasi umat Islam? Pendakwah Kristian dibebebaskan dan Pemimpin Islam ditangkap tanpa bicara. Itukah keadilan Malaysia, tanahair kita yang tercinta setelah kemerdekaan, itukah nilai kemerdekaan orang Melayu Islam?

Kita juga tidak dapat melupakan beberapa kes yg agak popular juga berkenaan gejala murtad ini. Kes2 seperti
Aishah Bukhari (1997, terjebak kerana cinta), Hartini Hj Kamaruddin (1996, juga terjebak kerana cinta) dan Azlina Jailani (atau lebih dikenali dengan nama Lina Joy, terjebak juga kerana cinta) menyaksikan betapa gejala murtad ini sebenarnya tidak dibantu oleh kelompongan sistem perundangan dan perlembagaan negara kita sendiri. Mengambil contoh kes Hartini, bapanya yg mempertahankan akidah anaknya yg cuba ditukar kekasih hindu anaknya itu ditahan polis atas dakwaan "menyerang". Kes Lina Joy pula menyaksikan keputusan mahkamah syariah yg menghalang kemurtadan Lina Joy dioverrule oleh Mahkamah Tinggi. Jadi, bagaimanakah ini?

Perlu aku ingatkan yang peristiwa2 ini berlaku JAUH SEBELUM KONONNYA KHALID SAMAD DAN ANWAR IBRAHIM "MEMBENARKAN" KRISTIAN GUNA KALIMAH ALLAH DALAM PENERBITAN DEPA MENGGANTIKAN "GOD". Peristiwa2 ini juga berlaku JAUH SEBELUM KES DUMC. Juga JAUH SEBELUM HASAN ALI BERTINDAK SELAKU PEJUWANG AKIDAH.


Nak aku gali fakta lagi? Jom teliti perkara2 di bawah ini -


- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dato’ Seri Jamil Khir Baharom berkata Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010.

- Beliau menyatakan sedemikian ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa (DAP-Bakri) yg meminta Perdana Menteri mengemukakan jumlah permohonan murtad penganut Islam & berapakah yg diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.
- Er Teck Hwa juga turut memohon penjelasan daripada kerajaan bagaimana prosedur menangani gejala murtad.
- Dato’ Seri Jamil Khir berkata hanya 168 permohonan diluluskan
- Bagaimanapun mengikut perangkaan Malaysiakini jumlah permohonan sebanyak 686 manakala kelulusan diberikan kepada 135 orang
- Berdasarkan statistik, Sabah mendahului dengan 67 orang manakala Negeri Sembilan 33 orang.
- Tambah Dato’ Seri Jamil Khir lagi, “Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sentiasa melakukan program & aktiviti bagi mengelakkan gejala murtad terutama di kalangan saudara baru”.
- Menurut Pawanchek Merican jurucakap Persatuan Peguam Muslim “Mahkamah Syariah Negeri Sembilan telah meluluskan 16 kes meninggalkan Islam”.

Apakah maksudnya ini? Ini menunjukkan betapa perkara murtad ini dah berlaku sekian lama tetapi DISENYAPKAN DARIPADA PANDANGAN UMUM. Kes Aishah Bukhari dan Hartini Kamaruddin umpamanya DIRAHSIAKAN DARIPADA UMUM kononnya untuk mengelak daripada rusuhan kaum tetapi hakikatnya? UNTUK MENUTUP KELEMAHAN KERAJAAN TERUTAMANYA KELOMPONGAN UNDANG2 YANG TIDAK MELINDUNGI AKIDAH UMAT ISLAM selaku Agama Rasmi Negara!


Persoalan di sini - takkan tak ada usaha untuk membasmi perkara ini?


Kita teliti dulu kenyataan rasmi Dewan Pemuda PAS Malaysia berkenaan isu ini seperti yg diisukan oleh Ketuanya, Ustaz Nasrudin Hassan pada tahun 2011 yang lalu;


"1. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom telah mengemuka satu kenyataan ketika menjawab soalan lisan daripada Er Teck Hwa [DAP] bahawa Mahkamah Syariah menerima 863 kes permohonan untuk menukar status agama Islam dari tahun 2000 hingga 2010. [Er Teck Hwa meminta perdana menteri menyatakan jumlah permohonan murtad bagi penganut Islam dan berapakah jumlah yang diluluskan mengikut negeri sepanjang sedekad yang lalu.]

2. Ertinya aqidah ummat Islam sememangnya berdepan dengan isu yang mesti ditangani oleh seluruh ummat Islam tanpa melihat apa fahaman ideologi politik mereka khasnya mereka yang diamanahkan sebagai pemimpin. Isu aqidah adalah Isu utama yang melepasi sempadan politik justeru ia berkait masa depan ummah di akhirat kelak.

3. Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mempunyai Front Bertindak Anti Murtad [Forkad] untuk menangani isu pencemaran aqidah khasnya berkait dengan kes murtad dalam negara kita. Insyaallah Forkad akan terus berperanan khasnya operasi pembenterasan usaha memurtadkan ummat Islam dan operasi pemulihan aqidah bagi muslim yang tercemar aqidah dan keliru terhadap pegangan agamanya.

4. Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia memberi kerjasama dengan semua pihak untuk menjadi benteng mempertahankan aqidah ummat Islam. Komitmen ini selaras dengan dasar perjuangan PAS yang tidak pernah berubah. Justeru itu kita sokong JAIS yang bertindak untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dan kita konsisten dalam perkara ini.

5. Namun dalam masa yang sama, JAIS juga mestilah bermuhasabah malah jika jelas JAIS tersalah langkah, mestilah memohon maaf kepada ummat Islam di atas tindakan mereka meroboh, merantai dan menutup rumah Allah seperti yang pernah berlaku pada Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Masjid Kampung Berembang di Ampang, Masjid Fatimah az Zahra' Taman Kosas Ampang dan lain - lain. Begitu juga mengenai tangkapan yang dilakukan ke atas penceramah - penceramah hanya kerana kesalahan tidak mempunyai tauliah sedang JAIS boleh mengeluarkan tauliah kepada penceramah tersebut untuk membolehkan mereka berdakwah.

6. Sedang rumah Allah inilah menjadi "port" untuk memantapkan ilmu dan amal ummat Islam serta penceramah - penceramah inilah pula menjadi "agen" untuk menyelamatkan aqidah ummat Islam dari musibah murtad yang melanda negara.

7. Murtad yang berlaku dalam negara kita mempunyai beberapa faktor pendorong yang ketara. Samaada faktor itu kecil atau besar, ianya perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak khasnya pihak berkuasa negara dan juga pihak berkuasa negeri. Zaman ini adalah zaman yang disebut oleh ulamak sebagai zaman "Riddah wa Laa Aba Bakrin Laha" iaitu : Gejala Riddah dan Tiada Abu Bakar Menanganinya"

8. Sejarah Islam telah melakarkan format tindakan Abu Bakar as Siddiq Rha dalam memerangi murtad di hari pertama musibah murtad ini tercetus. Begitu juga di sepanjang zaman khulafa' ar Rasyidin yang mendapat petunjuk daripada Allah swt. Maka kesimpulan yang diambil oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia melalui mesyuaratnya yang berlangsung pada 13 August 2011 ialah :

a] mendesak Akta Murtad dilulus oleh Parlimen Malaysia dan dilaksanakan dalam negara kita. [ Pada 25 Mac 1988, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi malangnya ditolak. Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru sekali lagi tidak dibenarkan membentang rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad. Demikian juga pada sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, Yb Salahudin Ayub Ahli Parlimen Kubang Kerian telah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad. ]

b] mengusulkan agar Kementerian Pelajaran mewajibkan silibus pengajian agama sebagai silibus wajib ambil dan wajib lulus dalam semua jenis dan peringkat sijil peperiksaan.

c] menggesa supaya agensi seperti Pusat Pungutan Zakat, Baitul Maal dan lainnya dapat membuat agihan yang adil dan tepat kepada golongan yang memerlukannya termasuk membantu menaikkan taraf kehidupan mereka.

d] mencadangkan supaya agensi berikut membiayai atau mengeluarkan peruntukan untuk menghantar pendakwah Islam ke kawasan perlu seperti pendalaman, perkampungan orang asal, Sabah dan Sarawak.

e] mendesak supaya pihak berkenaan dan berwajib membuat tambahan pegawai agama di semua sektor agar dakwah Islam dapat digerakkan secara sistematik dalam negara kita.

f] mendesak kerajaan menukar kembali cuti hari Ahad kepada hari Jumaat seperti di negeri Johor dan Perlis sebagai hari kebesaran ummat Islam.

g] mengekang sebarang aktiviti yang melemahkan iman, akhlak dan pemikiran ummat Islam seperti hiburan keterlaluan, pergaulan bebas dan apa jua aktiviti maksiat dan mungkar.

9. Dewan Pemuda PAS Malaysia juga tidak mahu berlakunya pelanggaran hak non muslim yang telah dipelihara oleh syara' seperti menafikan hak mereka melaksanakan aktiviti agama mereka termasuk melakukan pencerobohan terhadap hak non muslim.

10. Ummat Islam mestilah peka dan sensitif dengan sebarang bentuk aktiviti yang boleh merosakkan nilai aqidah dan keperibadian mereka sebagai seorang muslim. Serentak itu menjadi tanggungjawab setiap individu muslim mendalami agama Islam melalui sumbernya yang betul agar keyakinan atau pegangan agamanya tidak mudah tergugat dan tercemar."


Jadi atas alasan apa kita mahu menunding jari ke arah PAS dan pihak PR berkenaan isu murtad ini? Perlu aku imbas kembali bahawa PAS telah beberapa kali membawa usul akta murtad ini di Parlimen. Pada Mac 2006, Hj Salahuddin Ayub (kini Naib Presiden PAS) telah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad. Malangnya Rang undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh ahli-ahli Parlimen Umno malah ditolak mentah-mentah.


Kemudia, beliau sekali lagi mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam. dan Usul itu juga tidak dipedulikan oleh kerajaan dan ahli-ahli Parlimen Umno.


Sebelum itu pada 25 Mac 1988, Tuan Guru telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak. Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.


Jadi bagaimana hendak membasmi gejala murtad kalau hal perlembagaan pun kita fail? Kalau akta yg melindungi akidah umat Islam itu tidak diwujudkan? Melalaklah si Hasan Ali sekuat mana pun, ini akan tetap terus berlaku.


Sebagai menambah perisa dan fakta, mari kita renung kembali
apa yg telah berlaku kepada Tun Salleh Abbas berhubung ketegasannya dalam menangani (dan memelihara akidah) seorang budak perempuan cina yang bernama Suzie Teoh, atau Nur Aini (1990).

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada mahkamah agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.


Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, Tun salleh terpaksa buat perisytiharan berikut, "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam."


Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Selepas ditanya oleh Tun Salleh, Suzie dalam pengakuannya berkata, "Saya yang arif, kekal dalam agama saya (Islam), saya masih nak nama Nur Aini."


Maka Tun Salleh Abas pun memutuskan bahawa Suzie Teoh telah sah memeluk Islam dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak.
Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Ini baru betul memperjuangkan akidah. Tak perlu bising memekak dalam press, tetapi guna kuasa yg ada dengan arif dan bijak mengikut peruntukan undang2 yg ada walaupun lompong.


Kesimpulannya, kes murtad ni dah lama. Kenapa baru sekarang nak terjerit2?
Terjah Minda

Read more ...

UMNO RAMPAS TANAH!!! Generasi kedua Felda jadi mangsa


Tanah Generasi ke-2 Felda yang bertempat di Felda Ketengah Jaya, Mukim Paka kini dirampas oleh agensi KETENGAH sebagai sebuah institusi kerajaan yang ditubuhkan di wilayah Terengganu tengah.

Hasrat sebenar penubuhan Ketengah adalah untuk membantu dan memajukan negeri Terengganu.

Sudah berjuta peruntukan dilaburkan di Ketengah tetapi sehingga kini ianya tidak dapat dibanggakan. Bahkan kerugian, kegagalan mau pun salah urus serta penyelewengan dan pecah amanah diketahui umum oleh rakyat.


Ianya menjadi institusi yang diambil kesempatan oleh para pemimpin Umno-BN sendiri.


Ia menjadi tempat bersemayam Datuk Idris Jusoh apabila BN kalah pada tahun 1999 di Terengganu. Pernah Ketengah menjadi masyhur apabila pecahnya penyelewengan yang dilakukan oleh bekas Menteri luar Bandar sendiri iaitu Anuar Musa dalam agensi Ketengah melibatkan berjuta ringgit.


Kereta beliau ditangkap tetapi tuannya bebas. Pegawai Ketengah pula akhirnya menjadi kambing hitam.


Ketengah terus dilaburkan dengan duit rakyat manakala sejauhmana rakyat dikawasan Ketengah ini maju, dibangunkan serta bebas dari kemiskinan amat jauh dari angan-angan dan cita-cita. Bandar Ketengah Jaya, Bukit Besi bahkan Bandar Muktafibillah Shah sendiri masih lagi jauh ketinggalan.


Terbaru kini mereka bersekongkol bersama pimpinan Umno-BN untuk menzalimi rakyat mereka sendiri yang sepatutnya mereka dibantu. Kepercayaan yang diberi dengan undi daripada masyarakat Felda sepatutnya dibalas dengan membantu serta menaikkan taraf hidup mereka tetapi malangnya mereka pula dikhianati. Adakah pihak kerajaan menganggap bahawa mereka ini golongan bodoh yang boleh diambil kesempatan keatas mereka?


Tanah Generasi ke-2 Felda, iaitu tanah yang telah dikeluarkan dari akta GSA untuk dibahagi-bahagikan kepada generesai anak-anak peneroka gugusan Felda Kerteh 1,2,3,4 dalam Daerah Dungun serta Felda 5&6 untuk Daerah Kemaman. Setelah mendapat kelulusan diperingkat Pejabat Tanah daerah dengan sokongan oleh jabatan-jabatan serta mendapat kelulusan PTG negeri dan Exco MMKN Terengganu.


Ia dipecahkan seluah 1,090 lot. Bayangkan ianya akan menjadi perkampungan baru yang boleh menjadi pemangkin pembangunan daerah. Seramai 560 orang dikalangan anak-anak peneroka ini telah dipilih namanya untuk sessi pertama dan 500 orang lagi bakal menjadi penghuninya untuk sessi ke-2.


Memandangkan kekangan kewangan pihak kerajaan ketika itu, atas kesepakatan dikalangan peserta serta Jawatan Kuasa Tanah Gen-2 Felda yang ditubuhkan, mereka sepakat untuk menyegerakan seliaan tanah tersebut dengan mengupah kontraktor membersih dan stacking tanah yang berbukit dan berhutan itu. Mereka mengeluarkan RM1,300.00 seorang dan mereka juga mengupah juru-ukur swasta sehingga ke peringkat selesai menanam tanda batu sempadan. Semua urusan kewangan diurus dan dipegang oleh pihak lawyer Zabidi & Co.


Satu majlis penyerahan dan undi lot juga telah diseliakan oleh Pejabat Tanah Daerah Dungun dan ianya disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu sendiri pada tahun 2003.


Tetapi harapan generasi anak-anak peneroka Felda untuk memiliki tanah mereka sendiri akhirnya terhenti akibat daripada nafsu buas pemimpin Umno-BN sendiri. Keangkuhan dan kesombongan serta dendam kepada kepimpinan terdahulu menyebabkan mereka sanggup mengarahkan kerja-kerja tunjuk lot dan semua pengurusan dibatalkan serta merta.


Inilah pengkhianatan yang akan terus terpahat diminda rakyat meskipun sejuta alasan yang mereka suarakan. Sepatutnya mereka meneruskan hak anak-anak peneroka ini dengan member hak milik, bahkan sepatutnya memberi pinjaman mudah untuk mereka memiliki rumah sendiri. Kesemua mereka adalah penganut agama Islam dan 100% adalah orang melayu. Dimana sebenarnya slogan membela melayu yang dilaungkan?


Kini tanah tersebut dirampas dan diserahkan kepada pihak Ketengah yang dikatakan untuk membangun kawasan Bandar dengan pembinaan perumahan. Bahkan sekali lagi ia mengecewakan anak-anak peneroka.


Bukannya hendak dibahagikan kepada anak-anak generasi kedua Felda tetapi akan dikormesialkan dengan membina rumah untuk dijual dengan nilai RM200K sebuah. Secara langsung telah menafikan hak anak-anak peneroka ini. Sedangkan pihak Ketengah memguasai hampir 650,000 hektar tanah yang mereka boleh bangunkan Bandar atau projek dimana sahaja tetapi malangnya kenapa dipilih tanah yang sudah dibersihkan, yang diseliakan untuk rakyat ini?


Inilah sikap dan hati perut sebenar pemimpin Umno-BN. Yang menghairankan kita, tindakan zalim dan rakus sebegitu yang dilakukan oleh pemimpin Umno-BN, masih ada lagi orang yang menyokong dan bersekongkol dengan mereka. Kalau ini berlaku dikalangan masyarakat Cina maupun India atau bangsa lain, nescaya mereka tidak berani melakukan tindakan jahat ini. Mereka tahu bahawa orang cina atau bangsa lain akan menentang kezaliman seperti itu.


Apabila ianya berlaku sesama bangsa mereka maupun seagama mereka, mereka dengan rakusnya meneruskan agenda jahat ini. Sampai bila mereka harus mebiarkan kezaliman ini berlaku?


Ustaz Satiful Bahri Mamat
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Terengganu

Read more ...

TUDUH KERAJAAN PR!!! Rupanya kerajaan pusat UMNO yang sekat bantuan banjir di Selangor


Angan-angan nak rampas negeri terkaya di Malaysia dan Asia Tenggara nampaknya sekali lagi terbongkar!

Seperti Kelantan, Selangor juga mengalami nasib yang sama apabila Kerajaan Negeri tidak sehaluan dengan KERAjaan Persekutuan yang disondol Umno-APCO.


Persoalannya, sampai bilakah Umno-APCO mahu politik balas dendam diamalkan dalam pentadbirannya, padahal hanya lapan tahun lagi negara kununnya mencapai status negara maju?


KENYATAAN AKHBAR


2 APRIL 2012


PUSAT SEKAT PERUNTUKAN ATASI MASALAH BANJIR DI SELANGOR


Tuduhan Dato’ Seri Noh Omar yang menyalahkan Kerajaan Negeri Selangor ekoran kejadian banjir kilat di Klang baru-baru ini menunjukkan mentaliti pemimpin UMNO-Barisan Nasional yang sentiasa mempolitikkan isu tetapi tidak memberi sebarang idea untuk penambahbaikan dan menyelesaikan masalah.


Malaysia beriklim khatulistiwa yang menerima hujan lebat melebihi 2000mm setahun.


Justeru, masalah banjir perlu diatasi secara holistik oleh Kerajaan Pusat dan mana-mana kerajaan negeri.


Di Selangor, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bertanggungjawab menyelesaikan masalah banjir. Namun begitu, JPS adalah jabatan persekutuan yang berada di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.


Oleh itu, dana dan peruntukan pengurusan dan pembangunan adalah datangnya dari Kerajaan Pusat.


Peruntukan untuk JPS di Selangor telah dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) manakala Kerajaan Negeri hanya bertanggungjawab kepada pembayaran gaji pegawai dan kakitangan JPS yang bekerja di negeri ini.


Ini bermakna semua urusan pembangunan dan pengurusan sungai adalah tanggungjawab Kerajaan Pusat termasuk kerja-kerja tebatan banjir.


Walaubagaimanapun, menyedari masalah banjir adalah besar maka Kerajaan Negeri Sejak 2008, telah menguatkuasakan peraturan bahawa sebarang projek pembangunan perlu dibuat mengikut kejadian dataran banjir 50 tahun.


Ini berbeza dengan amalan pentadbiran negeri terdahulu yang tidak mengikut dataran banjir 50 tahun.


Kerajaan negeri terdahulu juga tidak mempunyai pelan pembangunan yang teratur.


Justeru, banjir kilat baru-baru ini merupakan hasil dari produk pembangunan yang dilakukan oleh mereka.


Kerajaan Negeri Selangor sudah berbincang dengan JPS dan dimaklumkan JPS telah memohon RM1 billion daripada Kerajaan Pusat bagi menyelesaikan masalah banjir ini termasuk menjalankan kerja-kerja pengurusan, pembersihan dan penyelenggaraan sungai.


Peruntukan ini telah dimasukkan dalam RMK-10 tetapi apa yang mendukacitakan kita ialah permohonan ini bukan dianggap permohonan penting oleh Kerajaan Pusat
malah permohonan ini dkategorikan kelas ketiga.

Lebih malang lagi, meskipun ada seorang menteri dari Selangor iaitu Noh Omar tetapi beliau gagal menekankan kepentingan dana RM1 billion diturunkan ke Negeri Selangor.


Beliau bukan sahaja gagal memastikan peruntukan disalurkan malah beliau cuba menyalahkan pegawai dan kakitangan profesional JPS.


Persoalaannya, bagaimana JPS mampu melaksanakan tugas dengan baik jika Kerajaan Pusat menyekat peruntukan ini dan Noh Omar pula tidak melihat peruntukan ini penting kepada rakyat Selangor khususnya di daerah Klang.


Memperkecilkan kakitangan JPS bukan jalan terbaik menyelesaikan masalah banjir. Malangnya, apabila berlaku musibah seperti bencana alam seperti ini, pemimpin BN tanpa usul periksa menyalahkan kakitangan kerajaan.


Noh Omar tidak jauh beza dengan mantan Menteri Besar, Dr Khir Toyo yang menuduh Unit Perancang Ekonomi (UPEN) menyerahkan konsesi air kepada Puncak Niaga sedangkan seluruh negara tahu keputusan ini dibuat oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri ketika itu.


Noh Omar tidak perlu berdolah-dalih dalam isu ini. Jika beliau jujur untuk membantu rakyat Selangor, beliau perlu mendesak Kerajaan Pusat menyalurkan segera peruntukan RM1 biliion kepada JPS supaya masalah banjir dapat diatasi segera.


RONNIE LIU


PENGERUSI JAWATANKUASA TETAP

KERAJAAN TEMPATAN, KAJIAN DAN PENYELIDIKAN NEGERI SELANGOR

Read more ...

AURA SALAHUDDIN!!! Bukan sahaja Mat Masla, Fuad Zakarsi kini Razali Ibrahim pula terasa bahangnya


Teka-teki berhubung spekulasi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub bertanding di negeri kelahirannya, Johor Darul Takzim kini terjawab Jumaat lalu.

Walaupun niat baik Salahuddin anak jati Tanjong Piai ini mahu berbakti di negeri sendiri ditempelak Umno-APCO yang kununnya PAS Kelantan tidak lagi membenarkan orang luar bertanding di negeri itu, hakikatnya Pakatan Rakyat sudah bersedia menentang Umno-APCO di mana sahaja, termasuklah di negeri yang terkenal dengan jolokan kubu kuat parti reput itu.


Dalam diam, rupanya yang paling gentar dengan perkembangan terbaru ini adalah ahli parlimen Muar yang juga naib ketua pemuda Umno-APCO yang mencabar Salahuddin bertanding di kerusinya dalam pilihanraya umum akan datang.


Tetapi Razali tersilap.


Silap besar.


Kerana Salahuddin bukan tandingannya untuk bertanding di Muar walaupun kununnya kerusi tersebut bakal ditandingi PKR.


Salahuddin lebih layak bertanding di Parlimen Sembrong milik sementara Naib Presiden Umno-APCO yang juga Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein, yang dikhabarkan mahu lari ke parlimen Kota Tinggi yang kini dipegang Syed Hamid Albar.


Mengapa Hishamuddin mahu ke sana pula?


Kerana Sembrong sudah dianggap kerusi kelabu oleh Umno-APCO berdasarkan maklumat terkini yang diperolehi menerusi sumber dalaman parti itu sendiri yang secara tidak rasmi dikeluarkan pada bulan Februari lalu.


Dan buktinya, kereta Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dirosakkan oleh konco-konco Umno-APCO yang didalangi menteri dalam negeri itu sendiri pada 19 Mac lalu.


Salahuddin langsung tidak gentar dengan cabaran 'budak mentah' seperti Razali kerana dikhuatiri Razali sendiri akan menggigit jari terlepas kedua-duanya sekali, jawatan ketua pemuda dan timbalan menteri.


Kegusaran Razali kian jelas terlihat dengan kenyataannya menyindir Salahuddin dengan berkata:


“Ini lebih kepada kuasa. Pengumuman yang dibuat oleh mereka semua mengenai kuasa sama ada untuk mengekalkan kuasa atau merampas kuasa daripada rakyat.



“Namun saya tidak boleh menguasai rakyat, mereka buatlah pertimbangan. Tapi kalau Salahuddin untuk datang ke Muar, apa pilihan yang saya boleh buat.


Ternyata ia satu mesej tersirat penuh kegelisahan kerana Salahuddin bukan calang-calang pemimpin PAS masa kini.


Sekali imbas, Parlimen P146 Muar yang mempunyai dua kerusi DUN iaitu N15 Maharani yang disandang oleh seorang lagi tokoh PAS, Dr Mohamad Taslim dan N16 Sungai Balang yang dipegang oleh Dr Robia Kosai dari Umno-APCO, sebenarnya tidak berapa selamat untuk Razali.


Dengan mengambil kira keputusan pilihanraya umum ke 11 dan 12, majoriti undi Razali Ibrahim sudah banyak merosot daripada 13,415 undi kepada hanya 4,661 undi sahaja, pengurangan drastik sebanyak lebih dua pertiga!


Malah kerusi DUN Sungai Balang yang disandang Dr Robia juga menyaksikan kemerosotan undi dua pertiga, daripada 6,205 undi pada 2004 kepada hanya 2,018 empat tahun selepas itu.


Jika diandaikan pengundi Cina yang semakin lama semakin bersama Pakatan Rakyat, malah ada yang berani meramalkan sokongan sehingga 85 peratus, sekiranya Salahuddin bertanding juga di Muar, dia hanya memerlukan undi orang Melayu sebanyak 50 peratus dengan mengambil kira undi kaum India juga tidak banyak berubah sejak 2008 lalu, iaitu kira-kira 60 peratus.


Ia satu petanda jelas buat Razali yang dikhabarkan agak tergugat dengan peralihan undi anak muda yang rata-ratanya bekerja di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bharu dan Singapura.

Anak muda yang pulang ke kampung sekali sekala pasti menitipkan mesej tersirat kepada kedua orang tua mereka supaya perubahan terhadap kepimpinan negara mesti dilakukan demi menyelamatkan negara dari terus terjerumus ke kancah kemuflisan.


Dan modal paling ampuh buat anak muda ini terutamanya kaum Cina adalah isu kematian Teoh Beng Hock serta skandal lembu NFC keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Jalil yang akan melepaskan jawatannya kurang seminggu lagi.


Ironinya, Razali adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan di bawah Ahmad Shabery Cheek, ahli parlimen Kemaman.


Persoalannya, dengan jawatan sebegitu dekat dengan anak muda pun dia masih terkial-kial mencari formula bagaimana hendak mendekati golongan tersebut, apakah jaminannya bahawa kerusi Muar kini masih selamat buat Umno-APCO?


Dengan pecahan pengundi bukan Melayu yang agak besar, kira-kira 40 peratus daripada 41,019 pengundi berdaftar, tidak syak lagi Razali pasti gusar dengan kedudukannya, selain daripada beberapa nama dalam Umno-APCO Muar sendiri sudah ada yang mahu mencantasnya.


Apa yang perlu Salahuddin lakukan adalah menggempur kubu kuat di Sungai Balang bagi memecahkan undi orang Melayu selain mengurangkan majoriti Umno-APCO kepada hanya kurang 1000 undi sahaja.


DUN Maharani mesti dikekalkan penguasaan pengundinya bagi menyokong kekurangan undi yang berlaku sekiranya DUN Sungai Balang kekal di tangan Dr Robia.


Dan ia tidak mustahil untuk dilaksanakan kerana sekiranya Razali benar-benar 'anak jantan' dia tidak akan sama sekali menyindir Salahuddin yang dicalonkan sebagai menteri besar buat menggantikan Ghani Othman yang semakin disisihkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, hingga pengumuman Muar sebagai bandar diraja pun dibuat Tuanku Sultan!


Apa yang pasti, walau di mana Salahuddin akan bertanding, peluangnya untuk menang dilihat amat cerah berdasarkan sokongan pengundi bukan Melayu dan anak muda yang terus menggusarkan hati Umno-APCO, termasuk Razali sendiri!


JALAN PULANG



Ahli Parlimen Muar Datuk Razali Ibrahim berkata pihaknya tidak gentar sekiranya Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub mahu menjadi pencabarnya bertanding dikerusi berkenaan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).


Malah beliau yang juga naib ketua Pemuda Umno bersedia menawarkan dirinya mengetuai jentera BN mempertahankan Parlimen Muar daripada dirampas Pakatan Rakyat.


“Perkara asasnya kenapa dia tidak mempertahankan kerusi di Kelantan?


“Kalau dia nak bertanding di Muar saya alu-alukan. Tapi tidak logik sebab Parlimen Muar untuk pembangkang adalah kerusi PKR,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.


Ini berikutan keputusan Pakatan Rakyat yang mahu Ahli Parlimen Kubang Kerian itu bertanding di Johor Baru dan menjadi calon Menteri Besar.


Rakyat buat pertimbangan


Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata Salahuddin bebas untuk bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) asalkan mahu berkhidmat untuk rakyat, bukan hanya mendapatkan kuasa.


Katanya, apa yang dilihat pengumuman Salahuddin untuk bertanding di Johor itu hanyalah untuk meluaskan kuasa pembangkang untuk menawan negeri itu daripada BN daripada menjaga kebajikan rakyat.


“Ini lebih kepada kuasa. Pengumuman yang dibuat oleh mereka semua mengenai kuasa sama ada untuk mengekalkan kuasa atau merampas kuasa daripada rakyat.


“Namun saya tidak boleh menguasai rakyat, mereka buatlah pertimbangan. Tapi kalau Salahuddin untuk datang ke Muar, apa pilihan yang saya boleh buat.


Jumaat lalu,Salahuddin telah mengesahkan akan kembali ke Johor, menyertai rancangan Pakatan Johor untuk mengambil alih negeri berkenaan dalam PRU13.

Read more ...

BLOGGER UMNO NAK FITNAH KERAJAAN KEDAH!!! Tengok muka kat cermin dulu weeeihh....!



Oleh: SemutGataiXX@xxxmail.net


Semut Gatai dihubungi seorang rakan beritahu kononnya sebuah blog UMporNO menyerang lagi Kulim Hi Tech Park (KHTP), maka SG pun gatai-gatai piilah baca tengok.. maka hasilnya SG pun gatai-gatai tangan jawab artikel fitnah wal muhong tu.


Mula nak copy paste artikel muhong tu masuk sini tapi dok pikiag takde pekdah di samping panjang sangat muhong dia tuu, orang Melayu ni bukan rajin sangat baca panjang-panjang.



Antara pembohongan yang SG dengar lebih dari 100 kali dah ialah kononnya CEO KTPC Haji Mohd Sobri Osman ada pertalian keluarga dengan Ustaz Azizan Razak. Dulu, kononnya isteri Haji Sobri adalah cucu saudara Ustaz Azizan. Terbaru kononnya isterinya adalah sepupu Ustaz Azizan. Perkara nak muhong ni, hasilnya memang cacamarba. Yang sebenarnya Haji Sobri atau isterinya tak ada kena mengena langsung sebagai saudara mara terdekat dengan Ustaz Azizan.. kalau ada pun cuma sama-sama jadi anak cucuk Tok Adam dan Tok Hawa.

Hangpa ingat dulu serangan yang dibuat oleh Datuk Mukhriz Mahathir kononnya KHTP bergantung kepada Pusat semata-mata untuk misi pelaburan, takdak inisiatif sendiri. Maka KHTP pun ambil inisiatif sendiri pergi buat promosi dengan agresif. Antaranya, misi promosi pelaburan sehingga Disember 2010:


Country City Exhibition From To

Malaysia K Lumpur MIHAS 23-Jun 27-Jun
Australia Cairns AABI/BAIA 12-Sep 15-Sep
Russia Moscow CeMAT 28-Sep 1-Oct
Germany Hannover Biotechnica 5-Oct 7-Oct
Malaysia K Lumpur PSMB 19-Oct 20-Oct
USA Las Vegas AAPEX 2-Nov 4-Nov
USA Orlando I/ITSEC 29-Nov 2-Dec
India Ooty APIN Workshop 29-Nov 1-Dec
France Paris Maritima 8-Dec 11-Dec
France Paris Microbiota 14-Dec 15-Dec

Tau puak-puak tu kata apa? Pegawai KHTP kerja pi dok makan angin luar negeri.. PULAK DAHHHH.. Puak2 ni mokalu suruh jelin lidah, boleh nampak terang-terang jenis lidah bewak ka, lidah ulaq ka, lidah pokka ka!


Hasil kerja agresif yang dibuat itu maka pada tahun 2011 pelaburan masuk adalah sebanyak RM6 billion.

Peningkatan pelaburan masuk RM6 billion itu adalah peningkatan tahunan paling tinggi dicatatkan sepanjang KHTP wujud di muka bumi ini. Di zaman BN paling tinggi lonjakan pada tahun 2004 , itu pun cuma RM4.6 billion.

Lonjakan pada tahun semasa bagaimanapun tidak boleh dijadikan ukuran pencapaian atau kejayaan untuk dibuat perbandingan di zaman BN atau PR; mana yang lebih baik?


Ukuran yang lebih tepat ialah melihat purata kemasukan tahunan. Begini:

1) 12 tahun BN pelaburan masuk ialah RM19.3 billion. Bermakna purata kemasukan setahun ialah RM1.608 billion.


2) 4 tahun PR pelaburan masuk ialah RM10.3 billion. Bermakna purata kemasukan setahun ialah RM2.575 billion.


Nah, tak payah putag pusin dengan bahasa yang orang payah faham. Budak darjah 3 pun tahu antara RM2.575 billion dengan RM1.608, mana lebih besar?! Jawab, jawab, jawab... ha tak terjawab pon..


Jadi kalau nak dakwa bahawa pelaburan masuk zaman PAS/PR memerintah.. eloklah pi komog mulut tu dan tengok muka kat cermin dulu..... SEDAQ DIRI sikit nooo!!!

Read more ...

ISU PENGARUHI NAIK PANGKAT POLIS!!! Jika BN perintah, semuanya tak ada kes

'Tokoh' dunia jenayah didakwa dalangi kenaikan pangkat polis

Oleh: Malaysiakini


EKSKLUSIF Mampukah seorang individu dalam dunia jenayah mempengaruhi kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai polis ketika pasukan itu berada bawah penguasaan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan?

Dakwaan terbaru yang timbul menyebut bahawa seorang tokoh misteri, BK Tan – yang disyaki mempunyai kaitan dengan individu dalam dunia jenayah Johor, Tengku Goh – telah menasihati Musa beberapa kali berhubung kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai kanan polis.


Musa, bersama peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Badan Pencegah Rasuah (kini Suruhanjaya Pecegahan Rasuah Malaysia) sebelum ini didakwa telah menganiaya pengarah jabatan siasatan jenayah komersialnya, Datuk Ramli Yusuff serta enam orang pegawai Ramli.


Ramli dan juga enam orang pegawai berkenaan ditahan dan didakwa di mahkamah, lima tahun lalu.


Dalam perkembangan terbaru, sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Musa akan memanggil BK Tan untuk "nasihat" dan pada masa yang lain, Tan mengunjungi rumah Musa di Petaling Jaya untuk berbincang mengenai pelantikan dan pertukaran pegawai dalam pasukan itu.


Menurut sumber, Musa ketika ditanya telah menjelaskan bahawa penglibatan Tan itu telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri kerana kaitan dengan dunia jenayah itu didakwa dapat mengenalpasti antara polis yang "baik" dan "tidak baik."


Satu sumber mendakwa bahawa beliau telah melihat pembantu Musa membawa satu dokumen biru mengandungi senarai sulit pengawai yang akan ditukarkan atau dinaikkan pangkat.


Musa didakwa telah menyediakan satu salinan dokumen sulit itu kepada Tan.


Difahamkan, seorang pembantu Musa, ASP Noor Azizul Rahim Taharim, telah mengemukakan perkara itu untuk perhatian menteri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu itu, Datuk Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan timbalan menteri dalam negeri, Datuk Johari Baharom.

Read more ...

MB KHALID TIADA TANDINGAN!!! Khir Toyo pula tambahkan tekanan buat UMNO


Perang sudah mula tercetus.

Khir Toyo nampaknya semakin menambah tekanan buat Umno-APCO Selangor yang masih tercari-cari calon Menteri Besar jika berjaya merampas negeri terkaya di Malaysia itu.


Noh Omar penuh dengan skandal pertaniannya.


Satim Diman tidak kurang hebatnya, penjualan tanah rizab Melayu di Puchong membongkar siapa sebenarnya Ketua Pembangkang di DUN itu.


Manakala Ezam Senatak yang bercita-cita tinggi setelah dilantik Senator oleh Najib Altantuya pun tak terdaya menandingi kedua-duanya, hanya bersandarkan suara bak Anwar Ibrahim semata-mata.


Jika Najib Altantuya mahu merampas semula, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah siapakah calon bersih yang tinggal dalam parti itu?


Shamsuddin Lias? Warno Dogol? Atau Abdul Shukor Idrus?


Semuanya mempunyai masalah masing-masing!


Hari ini, Umno mengakui tiada calon dari Barisan Nasional (BN) layak untuk menjadi Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim daripada Pakatan Rakyat.


Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir toyo berkata Umno setakat ini tidak mampu menghasilkan calon yang berkebolehan mencabar Menteri Besar sedia ada.


"Terlalu sukar bagi Selangor, saya tidak dapat memberi jawapannya (calon Menteri Besar).


"Mungkin mereka (pemimpin Umno) takut untuk mendedahkan diri mereka di khalayak ramai jadi orang tidak boleh melihat mereka ... tidak ada peluang yang diberikan (untuk sesiapa sahaja) untuk menerajui Selangor," kata Khir dipetik The Malaysian Insider.


Khir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Rantau Panjang sejak kebelakangan ini kerap mengkritik pimpinan Umno-BN di Selangor.


Sebelum ini Khir meramalkan, Barisan Nasional bakal kehilangan Selangor sekali lagi kerana Umno terlalu dominan di negeri itu. Hal itu membuatkan undi bukan Melayu akan beralih ke Pakatan Rakyat.


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini melahirkan rasa gembira dengan kejayaan negeri itu yang ditadbir Pakatan Rakyar (PR) memacu ekonominya menjadi penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan anggaran 22 peratus.


Baginda turt berbangga dengan kejayaan Selangor mencatat pelaburan pada 2011 sebanyak RM8.74 bilion dengan 263 projek berjaya dimajukan sekaligus membuka peluang pekerjaan baru kepada lebih RM15,000 rakyat Selangor di pelbagai sektor pekerjaan.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga mengiktiraf Khalid sebagai Menteri Besar terbaik menerajui kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.


"(Tan Sri) Khalid (Ibrahim) adalah menteri besar dan ketua menteri yang paling smart di negara ini dan dia lebih kuat berbanding dengan apa yang kita lihat sebenarnya.


“Ini sangat jelas kelihatan dalam sebarang mesyuarat dan saya fikir Selangor lebih kuat dari apa yang kita dilihat," kata Guan Eng.

Read more ...

FITNAH JUAL TAPAK MASJID!!! Mujahid cabar Ketua Pemuda UMNO Penang berdebat, harap nak berani.....

BUKIT MERTAJAM, 2 April: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa mencabar Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang, Shaik Husein Mydin berdebat secara terbuka isu tanah masjid di Bayan Mutiara kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat bertindak biadap menjual tanah berkenaan yang di dalamnya akan dibangunkan masjid.

Cabaran beliau dibuat ketika berceramah di Tanah Liat, di sini malam tadi.

Menurutnya lagi, perdebatan mengenai perkara itu patut diadakan segera untuk menangkis segala tohmahan yang tidak berfakta sebaliknya sengaja ditimbulkan untuk meningkatkan kemarahan orang Melayu terhadap Kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Lim Guan Eng.

"Bagi mengatakan yang hak, saya cabar Shaik Husein Mydin supaya berada di satu pentas berdebat mengenai isu tapak masjid Bayan Mutiara yang kononnya telah dijual pada satu syarikat untuk pembangunan baru," tegasnya lantang.

Selama ini tambah beliau, media arus perdana terus memainkan isu itu tanpa meneliti perkara sebenar sedangkan tanah seluas 103 ekar tersebut telah pun habis tempoh untuk perancangan ekoran lama terbiar.

Jika isu itu dibahaskan dengan adil, tegasnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar, pasti rakyat tidak termakan dakyah yang ditiupkan oleh Umno.

Beliau mempersoalkan kenapa Umno yang menjadi tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional (BN) dari tahun 2006 sehingga 2008 tidak memecah sempadan tanah berkenaan untuk diserahkan kepada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) bagi tujuan pembangunan masjid.

Sebaliknya, apabila kerajaan bertukar tangan barulah Umno hendak tunjuk menjadi hero mahu memperjuangkan tanah yang telah dijual kepada pemaju Ivori secara tender terbuka dengan harga RM224.00 sekaki dengan kos keseluruhanya bernilai RM1.07 bilion.

"Semua pihak tidak boleh salahkan kerajaan negeri kerana jual pada syarikat pemaju Ivori kerana tanah tersebut belum lagi menengahkan pelan baru untuk perumahan di situ. Ivori baru ambil tak buat lagi plan pembangunan," jelasnya.

Isu tanah di Bayan Mutiara tiba-tiba menjadi hangat apabila Umno mendakwa Kerajaan Pakatan Rakyat menjual tapak masjid dengan harapan meningkatkan kebencian rakyat terutamanya orang Islam agar tidak menyokong Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum nanti.

Walhal kata Mujahid, tindakan kerajaan negeri menjualnya amat tepat semata-mata untuk membina semula perumahan mampu milik kepada rakyat.

Jelasnya, apabila wujudnya perumahan yang dikatakan itu, pastinya pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengenakan syarat supaya diperuntukan kawasan untuk tapak masjid, sekolah dan lain-lain.

Read more ...

Sunday, April 1, 2012

KECOH !!!! Hafez Nordin terpaksa minta tolong polis jaga ceramah Hasan Ali di Parit Buntar

Semalam memang hebat la ceramah Hassan Aqidah kat Batu 5...Memang kecoh la..Aku tabik sama orang Batu 5..Terbaekkk!!!!

Menurut sumber yang boleh aku percayai,keadaan paling kecoh bila Hafez Nordin (bekas KP PAS Pulau Pinang) bercakap...Aku pon tak pahamla..Menghentam PAS seolah-olah UMNO tu macam tuhan..Apa pon tadak salah...Celaka!!!

Dalam duk kecoh-kecoh tu,Hafez Nordin terus mintak tolong dengan polis supaya diamkan geng-geng yang bagi hingaq tu sebab dia takleh nak teruskan memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat dalam keadaan bising...Wakakaka..Dia kata lagi,kalo depa tak diam jugak dia nak berenti ceramah dan pi balai nak wat report..Ek elehhh..Busuk broo!!!


Hangpa tengok gambaq bawah ni..hangpa perasan dak perkataan dan logo Majlis Daerah Kerian (MDK)???Aku berani cakapla,memang MDK yang taja segala persiapan pentas tu..Atas pentas tu plak ada muka Ketua Pemuda UMNO Bagan Serai,orang sini panggil dia Din Protokol..Tapi dalam majlis tu langsung tak disebut jawatan UMNO dia sebaliknya dia duk atas pentas sebagai Pengerusi Majlis Belia Kerian..

Kalo guna jawatan UMNO,jangan harapla boleh pakai kelengkapan dari agensi kerajaan ni...Muslihat yang senang dibaca orang..Hehehehe

Tibalah masanya Hassan Aqidah naik ke pentas...Macam biasa,setiap penghujung ayat dia pasti diulang 2 kali sebab nak tarik perhatian orang..Kehkehkeh

Aku malas nak ulas banyak sebab benda yang sama Hassan Aqidah akan ulang...Cuma beza seket sebab dia boleh sebut sorang-sorang nama orang kuat dia waktu jadi ahli parlimen Parit Buntaq dulu..




Bawah ni plak kaunter jadi ahli JATI..Ramai-ramai ni sumanya aqidah dah terpesong yang cuba diselamatkan Hassan Aqidah..Kesian...Banyak yang tua nak mampuih..Kahkahkahkah...


Hahahaha...Kahkahkahkahkah...Hassan Aqidah suh sorang pengikut dia tolong kutip derma...Mana-mana dia pi mesti dia akan lancarkan kutip derma..Tak derma takkan betoi aqidah tu kot...Kahkahkahkah

KAKI HENTAM

Read more ...

AKAUN KOSONG!!! SPR belum kembalikan deposit poster

MIRI: PAS Sarawak mendakwa Suruhanjaya Plihanraya (SPR) belum mengembalikan wang cagaran poster calon yang bertanding dalam pilihan raya negeri lalu.

SPR menetapkan wang cagaran sebanyak RM3, 000 untuk bagi setiap calon yang bertanding.

Yang Dipertua PAS Miri, Jofri Jaraiee berkata, pegawai di Pejabat Daerah apabila ditanya memberi perbagai alasan apabila ditanya mengenai wang cagaran tersebut.

Katanya, menurut maklumat yang diterima dari Jabatan Akauntan Negara Sarawak, akaun SPR di Jabatan Akauntan Negara kosong.

“Sebab itulah mereka tidak dapat membayar balik wang cagaran tersebut kepada calon yang bertanding sehingga ke hari ini.

“Kita ingin bertanya kepada SPR Sarawak, apa sebenarnya terjadi dengan SPR di Sarawak sehingga sukar sekali mengembalikan wang cagaran poster calon pembangkang?

“Apakah agenda di sebalik kemelut ini?” kata Jofri dalam blog PAS Miri.

Adakah kerajaan kehabisan wang?

Kata , Jofri, adakah kerajaan sudah kehabisan wang simpanan tunai atau wang cagaran untuk calon digunakan untuk tujuan lain.

Beliau berkata, jika rakyat lambat membayar, akan didenda tetapi kalau pihak berkuasa yang lambat membayar kepada rakyat, tiada pula sebarang tindakan boleh diambil.

Katanya, di manakah keadilan dalam pengurusan pihak berkuasa.

“PRU13 akan berlaku pada bila-bila masa, maka wang tersebut sepatutnya dikembalikan dengan segera bukan disimpan untuk tujuan lain,” tambahnya.

Jofri mendesak SPR Sarawak segera menjelaskan wang cagaran untuk poster calon yang masih tertangguh dan jangan dibiarkan sehingga PRU13 diadakan.

Read more ...

BLOGGER UMNO PUNYA NAK FITNAH!!! Terfitnah orang UMNO yang meningal dunia kerana gantung bendera parti

Papa gomo neh aku tak reti lah nak bercakap dengan dia. Aku kadang2 pernah terfikir jangan2 dia neh blogger upahan pr kot. Cuba selidik bebaik posting dia. Konon nya membela umno tapi 99% hanya memburukkan umno luar dalam. Langsung takde imej ilmiah. Siyes.

Aku memang pernah terfikir macam tue. Aku kenal ramai kekawan umno. Aku tak dapat nafikan memang ada di antara mereka yang bodoh piang. Maaf cakap lah geng, kita kawan tetap kawan, cuma dalam politik neh istilah bodoh piang tue merujuk kepada akal politik bukan merujuk kepada hubungan persahabatan kita. Jangan terasa lebih2 lak.

kah kah kah

Sambung balik citer tadi, oleh kerana terlalu ramai nya kekawan umno yang aku kenal, aku dapati dorang neh ada satu patern. Tak kira lah sebodoh mana pun dorang dalam akal berpolitik, tapi kalau bab2 mati ka, bab2 hukum ka, dorang jarang nak melebih2. Cukup jarang. Itu bagi kenalan2 aku lah kan. Lain orang lain perangainya. Kawan2 umno korang aku taktau lah perangai depa macam mana.

Oke sekarang kita nak citer pasal papa gomo. Baru2 neh papa gomo ada terbitkan satu artikel. Sebelum dia terbitkan artikel neh, aku ada baca di facebook MSO. Dia ada bagitau bahawa ada dua aktivis umno meninggal dunia ketika nak gantung bendera parti. Jadi marilah kita sama2 sedekah Alfatihah. Aku amek dan sebarkan di wall page aku.

Aku takde niat apa2. Cuma nak ucapkan Alfatihah. MSO pun sama. Kami lawan memang lawan dalam bab politik dengan bien, tapi bab2 lain, kita masih kawan. Kita masih boleh raya sekali, aku masih boleh paw kekawan umno aku dan aku percaya ramai di antara kita boleh berkawan sesama sendiri. Cuma aku tak nafikan terdapat kekeliruan info berhubung punca kematian mereka berdua. Mula2 dilaporkan terkena petir tapi rupanya terkena renjatan elektrik.

Apa yang amat menyedihkan sekali ialah papa gomo telah mempolitikkan isu tersebut. Bagi aku, itu satu tindakan yang sangat kurang ajar dan biadap. Orang tue aktivis umno. Dia dah meninggar der. Biarlah dia. Kenapa papa gomo perlu menjaja gambar dia dan menfitnah dia sebagai orang pas dan menyakitkan ahti keluarga dia seme dengan entry yang bertujuan fitnah dan memalukan?

Aku bukan cakap kosong. Benda neh memang dah terbukti beb. Lihat bawah neh ;


Info neh mula2 disebarkan oleh blogger sungairapatonline. Dia tulis sesuatu yang aku percaya menjurus kepada fitnah dan menghina mangsa yang meninggal tue kemudian nya dia dah betulkan balik. Aku percaya artikel asal dia telah dicopy paste oleh papa gomo sebelum SRO edit artikel dia. Lihat sini.

Nota : Sila perhatikan url address SRO atas entry tue apa.. => penyokong-pas

Lepas tue, papa gomo mungkin terbaca. Bila dia terbaca info tue, dia pun buat drama baru. Macam biasa, karang skrip baik punya. Korang boleh rujuk sini. Aku pun dah printscreen beberapa sebagai bukti bahawa dia pernah menulis artikel tersebut. Kot2 lepas neh dia sedar bahawa dia dah terfitnah orang sendiri ka apa ka, boleh lah aku tunjukkan bukti tersebut.

Lihat bawah neh ;


Ini perenggan pertama artikel. Aku percaya ini yang papagomo paste dari SRO. Dan lihat bawah pula ;


Skrip papa gomo yang bodoh. Dan2 jek ahli2 pas, fb, blog seme salahkan tnb? Bila masa tah. Kelakar gile aku baca skrip dia weh. Siyes. Telenovela pun kalah siot. Drama korea kesayangan aku pun tak boleh lawan papa gomo punya skrip. Memang betul2 mengemparkan.

kah kah kah

Apa pun aku nak minta maaf kepada keluarga mangsa. Bukan lah aku nak kata yang meninggal tue umno dan etc2 maka mereka layak dikeji apa seme. Cuma aku nak membetulkan salah faham yang timbul je. Aku berharap kepada semua aktivis parti politik tak kiralah dari parti mana pun, tolonglah jaga keselamatan masing2 ketika buat kerja2 parti termasuklah pasang bendera.

Tak perlu lah pasang kat tiang2 elektrik tue kalau sungguh akhirnya nyawa jadi galang ganti. Pasang jek tempat lain. Yang lebih selamat. Dan marilah kita sama2 menghadiahkan Alfatihah kepada kedua2 mangsa aktivis umno. Walaupun kami neh penyokong pr, insya-Allah, Alfatihah kami neh tetap halal bagi penyokong2 umno. Ingatlah kita tetap bersaudara walaupun berbeza parti. Al-fatihah.

Updated.


Hish.. bukan setakat posting jek fitnah, sekali gambar pun fitnah der. Isu neh dah dibongkarkan oleh sahabat blogger semut dan papan kekunci. Rujuk sini. Sekarang neh aku cuma terfikir satu perkara jek. Kat mana nak letak muka? Kat mana nak letak muka der?


KAH KAH KAH


Baca ini juga.

Ameno : Papa gomo memang keji permainkan kematian orang..


Read more ...

JUAL TAPAK MASJID!!! Bukan salah Guan Eng tapi UMNO puncanya

NGO Kongres Melayu Pulau Pinang hari ini mendakwa Umno merupakan pihak bertanggungjawab dalam memastikan bahawa tanah masjid di Bayan Mutiara tidak dijual kepada pemaju.

Presidennya Rahmad Isahak berkata, Umno yang menyertai pentadbiran Pulau Pinang sebelum ini sepatutnya telah memastikan bahawa tanah berkenaan dipecahkan kepada lot selepas pelan fasa 1 projek tersebut diluluskan majlis perbandaran pada 2006.


Katanya, Umno tidak bertindak untuk menggazetkan tanah berkenaan dalam tempoh satu tahun lima bulan, sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri itu pada 2008.

Rahmad mempersoalkan tindakan yang dilakukan Umno untuk memastikan bahawa tanah itu dipecah lot untuk dimilik Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), memandangkan pelan yang diluluskan itu kini telah tamat tempoh.


Mengikut undang-undang, pejabat tanah tidak dapat mengeluarkan geran milik tanah kepada MAIPP, atau untuk memindahkan milikan tanah itu sekiranya tidak dipecah kepada lot, katanya.


"Apa yang telah Umno lakukan daripada 2006 hingga 2008, sebelum negeri itu diambil alih Pakatan Rakyat.


"Di mana bukti undang-undang bahawa tanah itu telah digazetkan dan dipunyai MAIPP seperti didakwa Umno," kata bekas kakitangan mahkamah itu lagi.

Read more ...

WAHAI PR!!! SPR akan laksanakan mimpi Noh Omar, PR akan tumbang jika tiada tindakan halang SPR

SHAH ALAM 1 APRIL : Keyakinan Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kononnya gagasan itu mampu merampas kembali negeri Selangor dalam pilihan raya umum akan datang disifatkan sebagai mimpi disiang hari.

ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata kenyataan seumpama itu adalah amalan biasa bagi kepimpinan Umno-BN sebagai cubaan meyakinkan rakyat bahawa mereka masih relevan untuk memerintah negeri.

“Kenyataan Umno Selangor itu jelas satu rektorik dan perang saraf menjelang pilihanraya.

“Umno Selangor sebelum PRU-12 pernah membuat kenyataan bahawa di Selangor akan sifar pembangkang, keyakinan yang memuncak itu terjawab selepas 2008 dimana Umno-BN disingkirkan rakyat untuk terus menerajui Selangor,”jelasnya.

Media sebelum ini melaporkan, Noh Omar sebagai berkata pihaknya yakin Umno-Bn akan menang di 36 daripada 56 kerusi yang dipertandingkan, hanya kurang satu kerusi untuk membentuk majoriti dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam wawancara itu juga, Noh meramalkan Umno akan menang 30 daripada 35 kerusi yang ditandingi, MCA mampu mendapat lima daripada 14 kerusi sementara GERAKAN dan MIC masih-masing mendapat satu kerusi.

Mengulas lanjut berhubung perkara ini, Shuhaimi berkata hasil tinjaun yang dilakukan berhubung penerimaan rakyat terhadap kepimpinan hari ini jelas menafikan kenyataan Noh itu.

“PKR dan Pas masing-masing bakal menambah sekurang-kurangnya lima lagi kerusi. Manakala DAP akan terus mengekalkan 13 kerusinya pada PRU-13 akan datang.

“Perkara ini dikuatkan lagi dengan culaan terakhir yang dijalankan dimana 62 peratus rakyat selesa dan menyokong penuh kepimpinan Pakatan Rakyat di Selangor.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri sejak sekian lama ini memberikan impak yang baik selain keselesaan kepada rakyat di Selangor.

“Saya tidak nampak sebab untuk rakyat menolak sebuah kerajaan yang telus, bertanggungjawab dan menitik beratkan kebajikan rakyat dengan melaksanakan 20 program yang terus membantu golongan-golongan miskin di Selangor,”jelas Shuhaimi ketika dihubungi SelangorKu.

Menurut Suhaimi lagi tidak masuk akan emandangkan terlalu banyak penyelewengan dilakukan Oleh Umno-BN ketika menguasai Selangor.

“Segala penyelewengan yang dilakukan Umno Selangor itu sudah terlalu besar untuk dimaafkan oleh rakyat dan rakyat tidak sesekali akan membenarkan perompak dan penyamun ini kembali memerintah.

“Kami akan bongkar pelbagai lagi salah laku dan penyelewengan Umno terutama dalam aktiviti menjual tanah rezab melayu untuk kepentingan poket pemimpin politik mereka,”jelas Shuhaimi.

Shuhaimi menambah, Umno seharusnya melihat kepada realiti sebenar dan bukannya membuat kenyataan rektorik semata-mata.

“Umno Selangor telah mencuba segala macam cara untuk merampas Selangor, tetapi mereka lupa rakyat hari ini cerdik untuk menilai.
“Malangnya, Perdana Menteri sendiri terpaksa turun padang membantu pemimpin Umno-Selangor,”tambah Shuhaimi.

Menyedari tiada pemimpin Umno Selangor yang berpotensi dan bersih dari sebarang penyelewengan kuasa, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak terpaksa dilantik mengetuai Umno Selangor.

Najib pula pada minggu lalu membuat kenyataan bahawa rakyat Selangor telah memberi sokongan memuncak kepada kerajaan selepas beliau mengadakan lawatan ke Selangor.

Kenyataan Noh tersebut juga dilihat sebagai tindakan mengampu bertujuan mengambil hati Perdana Menteri sedangkan hakikatnya Umno-BN semakin disisih oleh rakyat Selangor

Katanya, walaupun mendapat sokongan kurang memberangsangkan selepas kalah dalam pilihan raya umum 2008, situasi kini berubah bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak secara langsung.

Read more ...