Tuesday, September 4, 2012

SUDAH TERSEBAR!!! Muka-muka wanted penyerang masjid UMNO Perkasam, polis diberi masa 24 jam untuk ambil tindakan

 
PKR memberi tempoh 24 jam kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan ke atas peserta, dipercayai ahli Perkasa, yang membuat provokasi di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, sewaktu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sedang menyampaikan tazkirah, kelmarin.

Naib Presidennya, N. Surendran berkata, sepanjang tazkirah berlangsung tidak ada sebarang provokasi dilakukan oleh ahli PKR, sebaliknya hanya dimulakan oleh ahli Perkasa.


"Perbuatan itu jelas menunjukkan kepimpinan Umno menyokong perbuatan jenayah di kalangan ahlinya.


"Kami tetap mengatakan Umno tetap mempunyai kaitan dengan insiden ini kerana kebanyakan ahli Umno adalah ahli Perkasa," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini sebentar tadi.


Kelmarin, sekitar 6.20 petang, lebih 50 ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menentang penggunaan masjid itu yang didakwa sebagai medan politik Anwar.


Mereka seterusnya mengadakan bantahan di luar masjid berkenaan di mana Anwar menyampaikan tazkirah selepas solat Maghrib.


Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Muty mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) tergugat dengan sokongan rakyat yang ditunjukkan dalam tazkirah Anwar pada 2 September lalu.


Menurutnya, langkah terbaik dalam meleraikan kecelaruan politik dan mengangkat martabatnya melalui debat dan perbahasan umum oleh kedua pemimpin hebat parti politik negara.


"Umno dan BN rasa gentar dengan program Anwar... orang ramai banyak ikuti Anwar dan tazkirah yang dibuat bagi kesan besar dan ini takutkan mereka.


"Untuk leraikan kecelaruan pendapat dan timbulkan pelbagai provokasi, cara berdebat adalah langkah terbaik," katanya.


Beliau berkata, pihak PDRM perlu bersama memberi sokongan dalam menjayakan hasrat mengukuhkan amalan budaya politik tinggi dan murni dengan mengambil tindakan drastik kepada kelompok politik yang provokatif dan ganas.


"Sesungguhnya kesopanan dan kesusilaan adalah prinsip rukun negara.


"Justeru kami akan terus amalkan budaya politik sihat, aman, berbudaya tinggi dan bertamadun dalam teruskan misi memartabatkan kedaulatan rakyat," katanya lagi.


Sidang media itu turut ditayangkan bersama bukti rakaman video kekecohan yang berlaku berdurasi 20 minit.


JALAN PULANG 

Read more ...

MARI BACA!!! Kisah air Selangor, bukti UMNO jadi punca

Dalam tempoh beraya,gua sebenarnya menyelam sambil minum air.. kebetulan plak ada ipar duai yang mmg STAF SYABAS.apa lagi.. gua ambik hp gajed gua.. diam2 gua plan nak rakam.letak jer lam poket..

So kalu gua siarkan kat u tube nanti kant…
oi plak sedara tu.. maka gua oleh ikot stail skrip jer lah sikit2..

Sbenarnya gua numpang interviw jer coz sepupu gua dulu yg nanyer dia.. apasal kat area dia

yg x pernah ada masalah air tiba2 kerap berlaku ganguan bekalan air..
berikut lebih kurang dialog yg mereka bualkan,

Semua nama adalah nama samaran belaka *
Ina kata : weeii jaki, ko kerja Syabas kan.. aku nak tanya ko.. apsal kwsan **** ni x pernah putus air tiba2 slalu plak putus?

Jaki kata : hehehe.. [ketawa] ko nak jwapan yg mcm mana? ada 2 versi nih..
masa nih gua mula datang dekat sebab nak rakan dgn lebih jelas,

Ina kata : dua dua lah.. ko jwab dulu hal sebenarnya,, betul ker Slangor ni x der air?

Jaki kata : emmm.. ko pikir scara logik.Slangor ni bila kena kemarau? x der kan? 2/3 hari mesti hujan.. empangan kita semua penuh.. so air x der masalah…so diaorg tu sengaja nak dptkan kelulusan projek langat 2,maka diaorg buat la suasana PANIK supaya wujud masalah air di Sgor..!

Ina kata : oo.. kalu empangan penuh,buat apa nak ambik air dari Pahang?
Jaki kata : gini,ko taw x brapa kos buat projek langat 2 tu? kosnya 7 bilion!!![ sambil tunjuk 7 jarinya kembang serta beliakkan mata skali] 7 bilion tu duit dari mana? tentu pinjam dari luar negara.. 

so untuk mendapat pinjaman dari luar tu kena kelulusan parlimen dulu.. untuk dpt kelulusan perlimen.. kena tunjuk BUKTI yg Slangor ni mmg bermasalah air!!! so skripnya ialah.. CETUSKAN SUASANA PANIK dalam keadaan terkawal supaya keadaan ni x kacau bilau.

Bila bukti2 PANIK ni tadi terakam.maka bukti2 ni akan di masukkan dalam parlimen untuk di bahaskan.. so tentulah mereka yg majoriti akan sokong.. lagi 1, ko ingat kos projek tu 7 bilion diaorg mintak 7 bilion ker? slalunya mereka mintak lebih.. 2 kali ganda.. so sparuh tu yg masuk poket depa!!!

Ina kata : oooo… jahatnya….

Gua menyampuk : betul ker gaji Pengerusinya RM420k sebulan?

Jaki kata : err.. mmg betullah..

Gua kata : sapa yg letak level gaji dia banyak mcm tu skali?

Jaki kata : kita semua lah.. yg bagi undi kat BN.. !!

perghhh.. kena balik kat gua.. emm… bersambung….siri 2 lak..King of Goblok


Read more ...

Monday, September 3, 2012

PEMIMPIN UMNO MENGAKU!!! Untung RM 5 juta, beli tanah orang Melayu jual kepada pemaju

NONEIsu dua pemimpin Umno di Pulau Pinang yang dikatakan telah mengaut jutaan ringgit keuntungan daripada penjualan plot tanah Melayu di Balik Pulau empat bulan selepas membelinya, kini bernada perkauman.

Timbalan Ketua Perhubungan Umno negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir (kiri) membidas Ketua Menteri Lim Guan Eng, dengan memanggilnya "rasis" kerana mensasarkan beliau dan pengarah strategi pilihan raya negeri, Omar Faudza berhubung penjualan tanah tersebut.

Musa, yang juga merupakan ketua Umno Bukit Mertajam, berkata Lim tidak akan mensasarnya seandainya beliau seorang ahli perniagaan Cina.

Musa berkata, beliau boleh katakan bahawa ramai pemaju yang menyokong DAP telah membeli tanah di Pulau Pinang, tetapi bertanya mengapa Lim hanya mensasar Umno.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, Musa berkata Lim berbuat demikian kerana dia tidak senang melihat Melayu melakukan lebih banyak perniagaan.

Musa dan Omar telah mengaku membeli plot tanah seluas 10 ekar daripada 31 penduduk Melayu di Kampung Terang pada harga RM8.6 juta.

NONEMereka kemudian menjualanya kepada pemaju swasta pada harga RM13.5 juta.

Bagaimanapun, mereka menafi menjual tanah itu untuk mendapat keuntungan cepat, tetapi berkata mereka dipaksa berbuat demikian kerana syarikat mereka telah "disenaraihitamkan" oleh kerajaan negeri.

Musa menegaskan demikian sebagai mengulas kenyataan Lim yang mempersoalkan mengapa pengerusi BN negeri, Teng Chang Yeow didakwa membisu berhubung isu tersebut, sambil menuduh dua pemimpin Umno itu  bertindak sebagai "broker" penjualan tanah tersebut. Malaysiakini

Read more ...

KANTOI!!! Penulis Australia persoal bagaimana Saiful bersolat dalam keadaan junub


Pada pandangan Mark Trowell, seorang peguam yang berpengalaman dalam kes jenayah di Australia, mangsa dakwaan liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak sebagaimana mangsa serangan seksual "biasa" .

Pengarang buku 'The Trial of Anwar Ibrahim, Sodomy 11' (Perbicaraan Anwar Ibrahim, Liwat II', yang mula dijual sejak minggu lepas, berkata Saiful nampak seperti suka perhatian media dan dia tidak kisah - tidak sama sekali seperti mangsa serangan seksual yang lain .


Trowell, yang juga seorang pemerhati bagi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan LawAsia di mahkamah di seluruh dunia, berkata ia juga tidak normal bagi mangsa serangan seksual tidak mandi selama dua hari.


"Saya difahamkan bahawa sebagai seorang Muslim, selepas persetubuhan, dikehendaki untuk mandi junub sebelum dia boleh melakukan solat. Jadi, soalan itu berterusan tentang bagaimana Saiful melakukan solat.


"Dalam 25 tahun pengalaman saya dalam undang-undang jenayah, saya tidak pernah lihat seseorang itu tidak mandi selama dua hari untuk mengekalkan bukti forensik.


"Sebaliknya, saya rasa mangsa mahu cepat mandi untuk menghilangkan bau badan pelaku.


"Dalam sesetengah kes penderaan seksual, mangsa akan menggosok badan mereka sehingga hampir luka untuk menghapuskan bau itu," kata Trowell, yang merupakan seorang Queen Counsel.


Biasa dengan adat Malaysia


Peguam kanan itu, yang menyediakan laporan kepada IPU mengenai perbicaraan yang dipantaunya, berpengalaman luas sebagai peguambela dan pendakwa di Australia.


Yang menariknya, Trowell mempunyai beberapa kaitan di Malaysia - bapanya tinggal di Ipoh semasa era pra-Merdeka dan oleh itu, peguam dari Australia Barat ini biasa dengan adat Malaysia.


Laporannya membantu IPU - organisasi Parlimen dunia - untuk mengambil pendirian berhubung perbicaraan Liwat II Anwar.


Buku Trowell setebal 306-halaman itu diterbitkan oleh Marshall Cavendish Editions dan mula dijual di semua kedai buku utama di Malaysia Rabu lepas.


Penulis telah mengikuti perbicaraan Anwar sejak kes Liwat I lebih sedekad lalu, dan kes dakwaan salahguna kuasa yang dibawa hingga ke Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004.

Read more ...

TERKINI!!! Blog UMNO berebut spekuasi kedudukan MB Kedah




Spekulasi Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak bakal digantikan kembali diperkatakan kebelakangan ini ekoran masalah kesihatan yang dialaminya.

Memetik laporan sebuah portal berita, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Kamarudin Jaffar yang juga Ahli Jawatankuasa Pemandu mengesahkan, kemungkinan Azizan digantikan sekiranya ada calon yang sesuai dikenalpasti.


Difahamkan, pemimpin PAS Pusat sudah mengadakan beberapa perbincangan untuk mencari calon sesuai menggantikan Azizan.


Sebuah laman blog pro-Umno
(Kedah Ke KL) pula mendakwa, masalah kesihatan Azizan dijadikan alasan oleh pemimpin PAS yang berpengaruh untuk menyingkirkan Azizan daripada jawatan Menteri Besar, manakala sebuah blog juga pro-Umno (Unit Media Kedah) melaporkan Azizan kini dikelilingi pemimpin yang mahukan jawatan beliau termasuk Exco Kerajaan Negeri.

Mengulas perkara itu, pemimpin PAS kanan yang juga Exco Kerajaan Negeri, Mohamed Taulan Mat Rasul menafikan spekulasi itu, selain menyifatkan ianya hanya khabar angin.


“Tidak ada perbincangan dibuat oleh pemimpin PAS Kedah mahupun Pusat untuk gantikan Azizan dengan pemimpin lain. Saya juga tidak dimaklumkan oleh mana-mana pemimpin Pusat berkenaan perkara itu,” katanya.


Menurutnya, keyakinan yang ditunjukkan Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali ketika mengunjungi Azizan di hospital baru-baru ini, menepis spekulasi terbabit, di mana Azizan dikatakan masih mampu menerajui Kedah.


“Mustafa sendiri akui Azizan mampu mempengerusikan mesyuarat penting walaupun diadakan di hospital. Ini bermakna Azizan masih mampu terajui Kedah walaupun masih dalam proses rawatan,” katanya.


Mohamed Taulan berkata, Azizan perlu mendapat rehat secukupnya tanpa gangguan. Keadaan ini perlu bagi membolehkan beliau pulih dengan cepat dan kembali bertugas secara rasmi.


“Keadaan Azizan semakin baik, beliau bukan sahaja hadir pada Rumah Terbuka PAS Kedah Sabtu lalu, malah dijadualkan mempengerusikan mesyuarat Exco esok, (Rabu, 5 September) ini,” katanya.


Menurutnya, walaupun keadaan Azizan semakin positif, namun hanya saudara terdekat dan pegawai kanan Azizan dibenarkan berjumpa dengannya.


“Saya sendiri belum berjumpa Azizan sejak beliau dimasukkan ke Kedah Medical Centre (KMC),” katanya.


Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Mohamad Helmi Mohd Khalid ketika dihubungi, mengesahkan mesyuarat Exco yang dijadualkan esok akan menjadi perjumpaan rasmi pertama dengan barisan Exco sejak beliau mengalami masalah kesihatan.


“Sejak dimasukkan ke KMC, Azizan tidak dibenarkan menerima kunjungan pelawat bagi membolehkan beliau mendapat rehat secukupnya,” katanya.


Azizan dilaporkan berada di KMC sejak 22 Ogos lalu.

Read more ...

PENDEDAHAN TERBARU!!! UMNO/BN jual 980 ekar di Tanjung Tokong, 325 ekar di Lebuhraya Jelutong dan 750 ekar di Batu Kawan

GEORGE TOWN, 3 SEPTEMBER: Kerajaan UMNO-Barisan Nasional telah menjual sebanyak 980 ekar di Tanjung Tokong, 325 ekar di Lebuhraya Jelutong dan 750 ekar di Batu Kawan kepada Abad Naluri Sdn Bhd.

Demikian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam kenyataan medianya hari ini; sambil menyebut bahawa penjualan tanah oleh Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi kehebatan UMNO-BN menjual tanah.


Menurut beliau, UMNO-BN Pulau Pinang sengaja membesarkan isu penjualan tanah sebanyak 1.1 ekar di Jalan Zainal Abidin. Pada masa yang sama UMNO Barisan Nasional enggan memberikan penjelasan ke atas keuntungan sebanyak RM5 juta yang telah dikaut oleh pemimpin-pemimpin UMNO pada tahun ini dalam masa tiga setengah bulan menjadi ‘broker tanah’ bagi 31 pemilik tanah Melayu di Batu Kawan.


Guan Eng dalam kenyataannya juga memberitahu, UMNO Barisan Nasional telah menjual tanah utama di Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi dan tanah tebusguna Lebuhraya Jelutong pada harga RM20 sekaki persegi.


Tambah Ketua Menteri Pulau Pinang ini lagi, penjualan secara tender terbuka oleh kerajaan negeri pimpinan Pakatan rakyat terbukti berjaya mendapat harga yang paling tinggi melebihi harga pasaran.


“Sebaliknya penjualan tanah yang dilakukan oleh UMNO Barisan Nasional tidak begitu”.


“Perjanjian penebusguna dan memajukan Tanjong Tokong yang bertarikh 1990 dan 1999, pemaju hanya diberi hak untu menebusguna dan memajukan sebanyak 980 ekar tanah dipersisiran Tanjong Tokong pada harga RM1 sekaki persegi.” Kata Guan Eng.


“Lebuhraya Jelutong pula, dibawah perjanjian bertarikh 1997, 2002 dan 2003, pihak pemaju diberi hak untuk menebusguna sebanyak 325 ekar tanah sebagai gantian untuk pembinaan Lebuhraya Jelutong dengan kos anggaran RM300 juta dan bayaran RM25.4 juta. Dalam erti kata lain, jumlah kos RM325.4 juta untuk 325 ekar tanah”. Jelas Guan Eng dalam kenyataannya.


Jumlah ini bersamaan dengan RM1 juta seekar ataupun RM20 sekaki persegi, pemaju boleh membayar RM25.4 juta dalam jangka masa 10 tahun dari 2005 hingga 2015.


Guan Eng turut mengulas bahawa, pemimpin Barisan Nasional, termasuk Pengerusi BN Teng Chang Yeow, enggan memberi penjelasan tentang keuntungan RM5 juta yang dikaut oleh pemimpin UMNO sebagai broker tanah atau kenapa tanah negeri dijual dengan begitu murah semasa mereka masih berkuasa.


“Jika pemimpin-pemimpin BN boleh menjual tanah dengan begitu murah semasa berada di tampuk kuasa, apakah mereka tidak akan melakukannya lagi sekiranya kembali berkuasa?” ujar Guan Eng. – Roketkini.com

Read more ...

PANAS!!! Konspirasi Taib Mahmud singkir James Masing direstui Najib?


Ini berita terkini pergolakan politik yang diperolehi dari Bumi Kenyalang.

Khabar angin kini bertiup kencang ekoran rancangan untuk 'membunuh' karier politik Menteri Kanan James Masing dan calon Parti Rakyat Sarawak (PRS) dalam pilihan raya umum akan datang, timbul berikutan mesyuarat rahsia antara parti kontroversi baru Parti Pekerja Sarawak (SWP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) baru-baru ini.


Spekulasi tersebar bahawa kedua-dua SWP, didakwa 'ditaja' oleh Ketua Menteri Taib Mahmud, dan SPDP, diketuai oleh William Mawan, telah menjalin pakatan rahsia.


Khabar angin tersebut telah mendapat momentumnya berikutan pembelotan ADUN Meluan, Wong Judat dari SPDP.


Judat telah dilantik sebagai naib presiden SWP walaupun peletakan jawatannya dari SPDP masih belum diluluskan.


Khabar angin 'pakatan rahsia' semakin terserlah apabila Judat membawa lebih daripada 90 pemimpin akar umbi SPDP dan ahli termasuk 33 Tuai Rumah (ketua rumah panjang) - yang mewakili kira-kira 3,000 ahli SPDP daripada Meluan dan Pakan - mengadakan mesyuarat rahsia dengan presiden SWP Larry Sng.


Butiran mesyuarat rahsia tersebut masih tidak diperolehi setakat ini.


Walau bagaimanapun sumber dari Sarikei berkata bahawa mesyuarat itu memberi tumpuan bukan sahaja kepada mengalahkan Joseph Salang, penyandang kerusi parlimen Julau dan naib presiden PRS, tetapi juga bagaimana untuk 'membunuh' PRS di lima kerusi parlimen yang diperuntukkan kepada parti itu.


PRS kebiasaannya diperuntukkan enam kerusi Parlimen.


Parlimen tersebut adalah Julau, Selangau, Kanowit, Hulu Rajang, Lubok Antu dan Sri Aman.


SWP telah bersumpah untuk bertanding di kesemua kerusi PRS dalam pilihanraya umum ke-13.


Meluan dan Pakan yang adalah kubu kuat SPDP berada di bawah kawasan Parlimen Julau, parlimen yang kini dipegang oleh Salang.


Dendam politik


Seorang pemimpin kanan PRS, yang enggan namanya disiarkan, berkata bahawa 'bukti' lain wujudnya konspirasi SWP-SPDP adalah desakan Sng bahawa SWP adalah entiti yang mesra Barisan Nasional.


SWP telah menegaskan bahawa ia adalah rakan kepada PBB, SUPP dan SPDP, tetapi tidak dengan PRS.


Pemimpin ini berkata satu perancangan rahsia SWP digunakan untuk menggulingkan PRS dan menggantikan parti itu ke dalam BN.


Masing sering bercakap mengenai sabotaj terhadap partinya dengan parti komponen BN.


Beliau tidak menamakan parti tetapi penganalisis politik negeri percaya bahawa dia merujuk kepada SPDP.


Kedua-dua pihak dikatakan mempunyai sejarah hubungan dingin.


Sementara itu apabila ditanya mengenai khabar angin konspirasi, Sng mengetepikannya dan mengatakan bahawa SWP mengalu-alukan sesiapa sahaja "termasuk mereka dari BN" berkongsi perjuangan politik bersamanya.


"Kami adalah mesra BN. Kami mesra dengan PBB, SUPP dan SPDP, tetapi malangnya tidak dengan PRS, "katanya kepada pemberita selepas mengaku Judat sebagai ahlinya.


Walaupun menolak cakap-cakap bahawa SWP bertujuan untuk menggantikan PRS dari BN, dia bagaimanapun berkata: "Saya memberitahu anda kami berhasrat untuk menang dalam enam kerusi, dan apabila keputusan pilihan raya diketahui, maka kami (sahaja akan) menentukan sama ada memutuskan untuk menyertai Barisan Nasional. "


Tangan Taib?


Sng juga menafikan bahawa niat SWP terhadap PRS berdasarkan dendam peribadi.


"Kami tidak mempercayai dendam peribadi apabila kita memilih untuk bertanding menentang PRS. Kita tidak mengambil politik peribadi.


"Matlamat kami adalah untuk mewakili orang-orang yang berada di bawah diwakili kami selama ini.


"Kami melihat fakta dan keperluan rakyat. Jika kita merasakan bahawa rakyat di bawah diwakili atau kita merasakan bahawa perkara-perkara yang tidak dilakukan dengan betul kita akan berjuang untuk rakyat, "katanya.


Sng juga mengenepikan soalan mengenai spekulasi bahawa Taib adalah dalang di sebalik pembentukan SWP.


Taib dilaporkan mempunyai tempat selesa untuk Sng.


Walaupun kontroversi yang mengaitkan Sng, beliau masih dikekalkan dalam kabinet negeri.


Sng dipecat daripada PRS pada tahun 2009, tetapi Taib mengabaikan keputusan parti itu dan melantik Sng untuk beberapa jawatan penting.


Bagaimanapun Taib menghalangnya sehingga pilihan raya negeri tahun lepas atas nasihat Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Najib Altantuya.


Malah, selepas pilihan raya, Sng yang tidak dibenarkan untuk bertanding, dikekalkan oleh Taib dalam pentadbiran negeri beliau sebagai Menteri Khas untuk menasihatkannya mengenai Hal Ehwal dan Pembangunan Belia.


Walaupun sokongan Taib kepada Sng tinggi, Masing sengaja digagalkan setiap kali tawaran untuk bertanding pada pilihan raya negeri April lepas termasuk 'restu' Najib Altantuya sendiri.


Permohonan Sng untuk menjadi calon BN untuk kawasan beliau di Pelagus juga telah ditolak oleh Najib Altantuya.


PRS akhirnya kehilangan Pelagus kepada calon Bebas, George Lagong yang merupakan bapa saudara Sng dan sekarang menjawat jawatan timbalan presiden SWP.


SWP bersedia untuk pemilihan


Sementara itu, Sng berkata sambutan akar umbi kepada SWP adalah positif, menunjukkan bahawa rakyat tidak sabar-sabar untuk mengetahui pendirian partinya.


"Jika pilihanraya akan dipanggil esok, SWP bersedia untuk itu. Dan sebagai pemimpin parti saya sendiri akan membawa ia ke dalam pilihan raya.


"Kami mempunyai senarai calon - sekurang-kurangnya dua nama telah disenarai pendek bagi setiap bahagian pilihan raya. Kami bagaimanapun, memuktamadkan senarai pada mesyuarat yang akan datang, "katanya.


Walaupun Judat berkemungkinan untuk bertanding menentang Salang di Julau, Sng disebut-sebut untuk bertanding menentang Joseph Entulu, timbalan presiden PRS di parlimen Selangau.


Bagi Kanowit, nama pensyarah Ellison Ludan sering disebut.


Lawannya berkemungkinan besar penyandangnya, Aaron Dagang dari PRS.


ADUN Pelagus George Lagong atau anaknya disebut-sebut untuk bertanding di Hulu Rajang, manakala Jonathan Jalin, bekas pegawai polis adalah salah satu calon-calon yang mungkin bagi Parlimen Lubok Antu.


Bagi Parlimen Sri Aman pula, nama Lawan Donald telah sering disebut.


Beliau telah dilihat semakin rapat dengan pemimpin SWP.


JALAN PULANG 

Read more ...

UMNO BENGONG SEJARAH!!! Bendera Sang Saka Malaya merupakan sebahagian dari sejarah negara.



Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim hari ini mempertahankan tindakan beberapa pemuda yang mengibarkan Sang Saka Malaya dan bukan bendera kebangsaan, Jalur Gemilang, semasa malam ambang Kemerdekaan 30 Ogos lalu.

Ketua umum PKR itu juga berpendapat bahawa Sang Saka Malaya merupakan sebahagian dari sejarah negara.


Pemimpin dari Barisan Nasional (BN) telah menuduh Pakatan Rakyat (PR) cuba untuk menukar bendera kebangsaan, Jalur Gemilang di mana PR menafikannya termasuk Anwar sendiri dalam satu mesej di Twitter beberapa hari lalu.


“Sang Saka (Malaya), mengikut interpretasi anak muda, haruslah diperkenalkan kerana ini juga salah satu bendera yang diperkenalkan oleh pejuang-pejuang bangsa,” kata Anwar kepada wartawan sebentar tadi.


“Apa salahnya generasi muda mengetahui tentang sejarah, tentang Sang Saka?”


Beliau juga berkata bendera Umno juga nama asalnya ialah Sang Saka Bangsa.


Seorang blogger telah mengaku mengibarkan bendera “alternatif” di Dataran Merdeka pada Khamis lalu, tetapi berkata niatnya mahu memperkenalkan kepada umum tentang sejarah negara.


"Episod ini ada dalam sejarah negara ini, dan inilah bendera yang digunakan. Saya tidak rasa anak muda berhasrat menukar bendera Jalur Gemilang tetapi ia semata-mata untuk mengetengahkan suatu perkara penting dalam lipatan sejarah negara," katanya.


Anwar turut mengumpamakan dengan bendera lama PAS yang menggunakan lambang bulan sabit dan bintang.


Bagaimanapun, ekoran bantahan kerana hampir menyamai bendera kebangsaan, PAS menukarnya kepada bentuk bulan penuh berwarna putih dengan hijau sebagai warna dasarnya.


Dalam nada serupa, sayap pemuda PKR, Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan pihaknya ada kaitan dengan insiden mengibar bendera 'Sang Saka Malaya' yang didakwa bagi menggantikan Jalur Gemilang ketika Himpunan Janji Bersih Khamis lalu.


Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, apa yang berlaku adalah manifestasi jiwa anak muda yang celik sejarah negara.


"Kami berpendapat apa yang berlaku cumalah manifestasi suara anak muda yang cerah fikiran dan tajam pengamatan sejarah negara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan bendera Sang Saka Malaya ini mempunyai hubungkait dengan AMK kerana bendera tersebut telah dicipta oleh Timbalan Penerangan AMK Malaysia, Najwan Halimi.


"Apa yang dilakukan oleh Najwan adalah pada tahun 2007 lagi dan ia tidak ada kaitan dengan AMK.


"Itu hanyalah pandangan peribadi beliau sebelum ini, malah sepanjang penglibatan beliau bersama AMK perkara tersebut tidak dibincangkan," sambungnya lagi.


Sehubungan itu juga katanya, AMK tidak pernah bercadang untuk menukarkan Jalur Gemilang dengan Sang Saka Malaya malah bertegas ia akan terus kekal sebagai bendera rasmi negara ini.


Menurutnya lagi, isu ini cuba diperbesarkan seolah-olah menjadi satu isu yang berpotensi mengancam keselamatan negara.


Dalam pada itu, Shamsul juga mencabar Umno sekiranya eleman merah putih pada bendera 'Sang Saka' itu satu ancaman, maka Umno harus menukar lambang 'Sang Saka Bangsa' berkuatkuasa serta-merta.


"Kita desak Umno menukarkan bendera mereka kerana jelas terbukti bahawa hanya Umno sahaja parti yang menggunakan elemen 'Sang Saka' selaku lambang rasminya sejak awal penubuhan sehingga ke hari ini," kata beliau.


Beliau juga mengharapka, tindakan pihak berkuasa yang telah menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat kejadian tersebut agar berlaku adil.


"Kalau pihak polis ingin menyiasat berhubung 'Sang Saka' ataupun menghina gambar pemimpin ia perlu berlaku adil.


"Mereka juga perlu menyiasat individu yang telah menghina gambar Menteri Besar Kelantan dan juga pemimpin DAP, hendak siasat biar siasat semuanya jangan berat sebelah," tegas beliau.

Read more ...

UMNO TUDUH DAP ANTI MELAYU!!!! Tapi Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi pula sertai DAP

JOHOR BAHRU - Sepasang suami isteri yang memiliki latar belakang akademik tinggi mengambil keputusan menyertai DAP bagi membuktikan parti berkenaan adalah untuk semua rakyat Malaysia.

Prof Dr Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi bersama isterinya, Norhayati Yusof memilih parti itu untuk menjelaskan bahawa DAP bukanlah untuk bukan Melayu sahaja.


Mohamad Tajuddin berkata, serangan segelintir pihak terhadap DAP kononnya parti itu anti-Melayu dan anti-Islam mahu ditanganinya secara ilmiah.


“Saya tidak terlalu minat bidang politik dan orang parti. Cuma saya agak kurang senang terhadap serangan segelintir pihak kepada rakan-rakan bukan Melayu khususnya dalam DAP bahawa mereka anti-Melayu dan anti-Islam.


“Sebagai seorang ahli akademik, saya mahu perkara ini diperbetulkan dan saya mahu menjadi ‘jambatan’ antara orang Melayu dan bukan Melayu seterusnya mengajak bersama menyertai DAP,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bilik Gerakan DAP Dewan Undangan Negeri (Dun) Stulang di Taman Maju Jaya, di sini, semalam.


Hadir sama, Setiausaha Publisiti DAP merangkap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Pengerusi DAP Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Skudai, Dr Boo Cheng Hau dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong.

Tajuddin berkata, penyertaan dalam DAP sebagai ahli biasa membuktikannya percaya kepada kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) termasuklah parti komponen lain iaitu Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya juga hormat satu atau dua pemimpin Barisan Nasional (BN) kerana mereka orang yang bertanggungjawab.


“Akan tetapi, saya memilih untuk menyertai DAP. Tambahan pula, saya kenal dengan rapat Dr Boo selama beberapa tahun malah percaya dengan kepimpinan beliau,” katanya.


Sementara itu, Norhayati yang merupakan bekas guru berkata, penyertaan dalam DAP dengan mengikut jejak suami merupakan percubaan baru dalam kehidupannya.


“Sebab saya masuk DAP adalah kerana saya mahu memberitahu kepada rakyat bahawa DAP bukanlah parti untuk bangsa Cina dan India sahaja, sebaliknya untuk semua.


“Ini kerana kebanyakan masyarakat mempunyai persepsi DAP adalah untuk bukan Melayu sahaja. Oleh itu, menerusi penyertaan ini, saya mahu rakyat Malaysia buka hati dan minda untuk menerima DAP,” katanya.


Sumber : SHarian.


Sudah berbuih-buih mulut pimpinan DAP menafikan bahawa DAP anti Melayu dan parti perkauman. Malah ianya sudah lama dibuktikan dengan lahirnya pimpinan Melayu DAP seperti Allahyarham Ahmad Nor, Fadzlan Yahaya, Allahyarham Tan Kassim, Tunku Aziz, Tengku Puri dan sebagainya.Mutaligat

Read more ...

Sunday, September 2, 2012

VIDEO PENUH!!! Serangan Samseng Taik Kucing UMNO Perkasam di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar




Rakaman video di bawah dengan tempoh 4 minit 48 saat menunjukkan apa sebenarnya yang berlaku semasa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diserang di dalam Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah malam tadi.

Program tazkirah disampaikan oleh Anwar malam tadi berakhir dengan kekecohan membabitkan ahli-ahli Perkasa Kota Setar dan penyokong Pakatan Rakyat (PR).


Tidak sampai dua minit tazkirah bermula, ahli-ahli Perkasa cuba menghalang ucapan disampaikan Anwar dengan pelbagai cara.


Ketika kejadian, berlaku pertikaman lidah antara ahli Perkasa dan penyokong PR dalam masjid berkenaan apabila Anwar, yang juga Ketua Umum PKR, enggan berhenti daripada menyampaikan tazkirahnya.


Tidak cukup dengan itu, ahli Perkasa cuba mematikan suis utama lampu, kipas dan pembesar suara masjid berkenaan agar Anwar tidak dapat meneruskan tazkirah.



Terdahulu kira-kira jam 6.20 petang, lebih 50 ahli Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menentang penggunaan masjid itu sebagai medan politik.

Timbalan Pengerusi Perkasa Kota Setar, Jamaludin Hashim ketika ditemui berkata, tujuan demonstrasi diadakan adalah untuk menghalang Anwar daripada menyampaikan ceramah politik di masjid tersebut.


Katanya, Perkasa tidak akan membenarkan Anwar menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan kerana beliau bukan seorang yang bertauliah untuk berbuat demikian.


“Sekiranya Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang ingin menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan, Perkasa tiada halangan kerana beliau seorang yang bertauliah berbanding Anwar.


“Perkasa Kota Setar bertegas tidak akan membenarkan Anwar menyampaikan sebarang tazkirah di masjid berkenaan. Bagaimanapun, kami tidak akan menghalang beliau memasuki masjid untuk menunaikan solat,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Pengerusi PKR Kedah, Zamri Yusuf ketika dihubungi berkata, tindakan Perkasa Kota Setar mengadakan demonstrasi menghalang Anwar daripada menggunakan masjid tersebut untuk menyampaikan tazkirah adalah tidak waras.


Katanya, masjid perlu diimarahkan dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.


“Anwar tetap akan menyampaikan tazkirah di masjid berkenaan seperti mana yang telah dijadualkan kerana ilmu yang akan disampaikan adalah untuk kegunaan dan pengetahuan orang ramai di masa hadapan,” katanya.

Read more ...

TETAPKAN TARIKH PRU!!! Parti Gerakan sokong Pakatan Rakyat


KUALA TERENGGANU – Gesaan Parti Gerakan Terengganu agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan satu tarikh pilihan raya umum dilihat ‘senada’ dengan kehendak perjuangan Pakatan Rakyat.

Bahkan, gesaan tersebut telah diusul dan diluluskan dalam Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Terengganu yang ke-31, pada Julai lalu.


Pengerusinya, Dato’ Yap Kea Ping dipetik sebagai berkata, penetapan tarikh pilihan raya umum lebih awal akan memperlihatkan keterbukaan kerajaan serta mengelak jentera parti berteka-teki berhubung perkara itu.


“Kita (Barisan Nasional) perlu bersikap terbuka mengenai perkara itu dan jangan menimbulkan persepsi pihak lain bahawa kita cuba mengambil kesempatan.“Perlu ambil perkiraan kepada persiapan pilihan raya umum. Kena ada tarikh yang tetap kerana kalau tidak, perancangan sesetengah pihak mungkin tergendala seperti isu musim haji yang ditimbulkan pembangkang.


“Ini juga cara yang lebih ‘gentleman’ untuk memperlihatkan kita (BN) bukan mengambil kesempatan dan tidak mahu dikatakan seolah-olah apabila ada peluang baik, buat pilihan raya tetapi kalau tiada peluang yang baik, tangguhkan dahulu. Kita tidak mahu dianggap seperti itu,” ujarnya.


Selain itu, katanya antara usul lain yang turut diluluskan secara bersama adalah semua warganegara yang mencapai umur 21 tahun didaftarkan sebagai pemilih secara automatik.


Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar menyokong reaksi Pengerusi Gerakan Terengganu itu kerana bersamaan dengan desakan PAS dan Pakatan Rakyat.


Katanya, PAS telah lama ‘bersuara’ mahukan Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional menetapkan tarikh pilihan raya lebih awal.Menurutnya, amalan negara demokrasi lain boleh menetapkan tarikh pilihan raya awal agar semua pihak boleh membuat persiapan rapi.

“Apa yang rahsia sangat dengan tarikh pilihan raya itu, walau pun hak Perdana Menteri tetapi lebih wajar diumumkan supaya semua pihak boleh buat persiapan rapi baik kerajaan atau pembangkang.

“Kita (PAS) telah lama ‘bersuara’ supaya PM atau kerajaan BN tetapkan tarikh pilihan raya lebih awal dan tidak jadi teka-teki kepada rakyat,” ujarnya.


Beliau berkata demikian pada siri lawatan ziarah Lajnah Kebajikan PAS Terengganu menjelang sambutan Aidilfitri di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, Ramadhan lalu.

Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat telah lama bersiap sedia untuk pilihan raya meski pun tarikh sebenar masih menjadi rahsia Dato’ Seri Najib dan ‘Datin Seri Rosmah’.

Read more ...

VIDEO DALAM KEADAAN BERSABAR!!! Orang PAS masih dapat halang Samseng Taik Kucing UMNO dan PERKASAM daripada ganggu tazkirah Anwar


Dalam keadaan bersabar , orang PAS dan PKR berjaya menghalang Samseng Taik Kucing UMNO dan PERKASAM dari mengagalkan tazkirah Anwar.

Jika tidak sabar dah lama puak-puak Samseng Taik Kucing ini kena belasah. Bila kena belasah maka TV3 Suku dan Utusan Meloya buat cerita orang PAS ganas pukul orang UMNO.

Tahniah juga kepada Dato' Mahfuz Omar, yang berani mententeramkan keadaan. Memang geram tapi bersabarlah kerana masa UMNO untuk kojol sudah makin hampir. PRU13, rakyat akan ajar UMNO celaka ini....Admin

Jika dikatakan tindakan PERKASA yang menyerang Anwar di dalam Masjid ini tidak ubah seperti tindakan Zionist terhadap bangsa Palestine, ini satu kenyataan yang kurang tepat sebenarnya.

Kerana jika kita perhati kan banyak video yang berada di You Tube, kebanyakkan serangan yang dilakukan oleh pihak Zionist terhadap rakyat Palestine mereka tidak akan menyerang hingga ke dalam Masjid meskipun mereka memusuhi Islam.

Lebih tepat lagi rasanya jika biadab ini dikatakan lebih dari Zionist sendiri..ASD









Ejen provokasi guna pembesar suara & membunyikan siren ketika tazkirah sedang disampaikan.


Mereka cuba merempuh masuk kedalam masjid Darulaman dalam usaha mereka menghalang DSAI bertazkirah...
Mana Polis, mana menteri jaga KDN punya komen?Syabas orang PAS berjaya menghalangnya


Tazkirah berjalan lancar , lembu umno perkasam hanya berdengus di luar

Salah seorang ejen provokasi yang berjaya dirakamkan oleh petugas Jelajah Merdeka Rakyat di Masjid al-Husain, Seberang Pumpong, Alor Star sebelum solat Maghrib tadi.
 
Perkasa biadap serang Anwar dalam masjid, baling kasut

ALOR STAR 2 September: Tidak ubah seperti Zionis, sekumpulan ahli Perkasa hari ini bertindak ganas dengan menyerang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.

Tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa ahli Perkasa berhimpun dan memulakan provokasi ketika Anwar hendak menyampaikan tazkirah di mimbar masjid Al Husain.


Mereka juga bertindak samseng dengan memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, memaksa Anwar menggunakan loud hailer untuk meneruskan kuliahnya.


Selain bertindak kasar, kumpulan terbabit juga mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan.


Malah, mereka turut menggunakan pembesar suara dan membunyikan siren ketika Anwar menyampaikan tazkirah berkenaan.


Ketua Perkasa yang dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta, bahkan turut menghalau imam keluar dari masjid berkenaan.


Bagaimanapun, Anwar menegaskan tiada apa yang perlu ditakutkan menyebabkan jemaah masjid terus mendengar kuliah beliau, sebelum gangguan itu diredakan polis yang tiba sejam kemudian.


Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berada di masjid itu berkata, beliau turut menjadi sasaran apabila kasut yang dibaling hampir-hampir mengenai beliau.


Kejadian serangan terhadap ketua pembangkang ini adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan, semalam -
Keadilan Daily 



Sekalipun majlis tazkirah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diserang di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah oleh PERKASA, namun majlis ceramahnya di perkarangan Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah malam ini dipenuhi dengan lautan manusia.

Ia seperti sebuah satu gelombang kebangkitan rakyat yang meluap-luap untuk menggantikan kerajaan UMNO-BN dengan Pakatan Rakyat di Putrajaya.

Dianggarkan lebih 10,000 orang membanjiri Stadium Darul Aman untuk mendengar ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar.













Lebih 10,000 hadir ke ceramah #MerdekaRakyat di perkarangan Stadium Darulaman, Alor Setar, Kedah

Read more ...

ADNAN YAAKUB TAK BERANI DATANG!!! 8000 sertai Himpunan Hijau di Raub


Dianggarkan kira-kira 8,000 orang peserta 'Himpunan Hijau Raub' Selamatkan Bukit Koman, Pahang telah berada di tapak padang Milo, Raub yang bermula jam 2.30 petang tadi.

Menariknya, dua buah kerusi khas telah disediakan khas buat Menteri Besar, Adnan Yaakob dan ahli parlimen Raub yang juga menteri pelancongan, Ng Yen Yen.


Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin Barisan Nasional (BN) berkenaan masih tidak muncul walaupun surat jemputan rasmi telah dihantar penganjur sejak dua minggu lalu.


Ada di antara mereka sudah berkumpul di sepanjang Jalan Bukit Koman sejak jam 1 tengah hari tadi untuk menyatakan bantahan mereka terhadap penggunaan sianida di lombong emas berdekatan.

Peserta "Himpunan Hijau Raub" itu rata-rata memakai kemeja-T hijau, bersorak dan mengambil gambar sendiri sebelum perhimpunan itu bermula.


Penduduk Kampung Baru Bukit Koman, berdekatan lombong itu mendakwa penggunaan sianida menjejaskan kesihatan mereka tetapi perkara itu ditolak oleh kerajaan dan syarikat pengendali lombong, Raub Australia Gold Mining Sdn. Bhd.


Penduduk, khususnya melalui Jawatankuasa Haramkan Sianida sejak 2007 menentang operasi itu melalui pelbagai cara, termasuk mengheret kerajaan negeri ke mahkamah.


Mereka berkumpul di padang kompleks sukan Raub yang dikenali penduduk setempat sebagai Padang Milo.


Pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir di himpunan ini adalah Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, ahli parlimen Bakri, Er Teck Hua, dan pemimpin setempat.


Polis melarang mereka berarak dan meminta Raub Australia Gold Mining menghantar wakil untuk menerima nota bantahan.


Bandar Raub yang sebelum ini sunyi hari ini menerima kehadiran peserta yang datang sejauh Kuantan dan Kuala Lumpur manakala ada yang datang dari Pengerang, Johor yang bakal terjejas ekoran rancangan perdana menteri, Najib Altantuya mengambil tanah di kawasan mereka untuk dijadikan lapangan minyak dan gas (RAPID) yang sebenarnya pusat pengumpulan kedua-dua bahan itu untuk kegunaan Singapura dan tentera Amerika Syarikat.


Dijangka, kira-kira 3,000 lagi peserta tersekat dalam kesesakan jalan raya sepanjang 3 kilometer menghala ke bandar ini ekoran polis mengadakan satu sekatan jalan raya dari arah Bentong dipercayai cuba untuk menggagalkan himpunan hari ini.


Setakat jam 3 petang tadi, kelibat Adnan dan Ng Yen Yen masih tidak kelihatan walaupun Yen Yen menganjurkan jelajah basikal sempena sambutan kemerdekaan di bandar ini pagi tadi.


Fakta Sianida


Sianida adalah zat beracun yang sangat mematikan. Sianida telah digunakan sejak ribuan tahun yang lalu. Sianida juga banyak digunakan pada saat perang dunia pertama.


Kesan dari sianida ini sangat cepat dan dapat mengakibatkan kematian dalam jangka waktu beberapa minit.


Hidrogen sianida disebut juga formonitrile, manakala dalam bentuk cairan dikenal sebagai asid prussit dan asid hidrosianik.


Hidrogen sianida adalah cairan tidak berwarna atau dapat juga berwarna biru pucat pada suhu kamar.


Bersifat meruap dan mudah terbakar. Hidrogen sianida dapat bertindak balas baik dengan udara dan bahan peledak.


Hidrogen sianida sangat mudah bercampur dengan air sehingga sering digunakan. Bentuk lain ialah sodium sianida dan potassium sianida yang berbentuk serbuk dan berwarna putih.


Sianida dalam dos rendah ditemui pada alam semulajadi dan ada pada setiap produk yang biasa kita makan atau gunakan.


Sianida dapat dihasilkan oleh bakteri, jamur dan ganggan. Sianida juga ditemukan pada rokok, asap kendaraan bermotor, dan makanan seperti bayam, bambu, kacang dan tepung ubi.


Selain itu ia juga terdapat pada beberapa produk sintetik.


Sianida banyak digunakan pada industri terutama dalam pembuatan garam seperti natrium, kalium atau kalsium sianida.


Sianida yang digunakan oleh tentera NATO (North American Treaty Organization) adalah yang jenis cair iaitu asid hidrosianik (HCN).


Gejala yang ditimbulkan oleh zat kimia sianida ini bermacam-macam; mulai dari rasa pening pada kepala, mual muntah, sesak nafas, dada berdebar, selalu berkpeluh sampai mati dan pengsan apabila tidak segera ditangani dengan baik akan mengakibatkan kematian.


Kesan keracunan ini sangat cepat, kerana prognosis dari terapi yang diberikan juga bergantung kepada berapa lama pesakit terkena zat toksik tersebut.

Read more ...

MAKIN PANAS!!! Najib tidak dipercayai, poster lobi Muhyiddin jadi PM tersebar


Nampaknya desas-desus mengenai ura-ura Umno-APCO Johor mahu menobatkan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggantikan Najib ternyata benar!

Ini dibuktikan dengan terpampangnya sebuah poster yang dipercayai dinaikkan di sebuah pusat membeli-belah di negeri karat Umno-APCO sejak beberapa hari lalu.


Menurut salah seorang pengunjung yang ditemui, orang Umno-APCO percaya Muhyiddin lebih layak untuk memimpin Malaysia berdasarkan perkembangan semasa yang tidak memihak Najib dipercayai akibat campurtangan isterinya sendiri, Rosmah Mansor dalam hal pentadbiran negara.


Tambahnya lagi, hasil maklumat dalaman, sekiranya Najib  tidak diturunkan dari jawatannya sekarang, besar kemungkinan Umno-APCO dan Barisan Nasional akan kalah teruk bukan setakat di negeri kelahiran Umno-APCO itu bahkan kebanyakkan kawasan parlimen di Malaysia.


Dengan tajuk poster "Selamatkan Barisan Nasional" di bahagian atas manakala di bahagian bawahnya tertulis "Kami Mahu Tan Sri Muhyiddin Yassin Sebagai PM Sebelum PRU13" dipercayai diterbitkan oleh Barisan Nasional Negeri Johor, tidak syak lagi ia bakal mencetuskan perang antara kedua-dua pemimpin tertinggi negara yang sudah lama bertelingkah dalam soal dasar dan hala tuju kerajaan.


Sementara Najib memilih slogan 'Malaysia dahulu baru Melayu', Muhyiddin pula jelas bertentangan dengan prinsip bosnya yang membuktikan bahawa kedua-dua mereka sudah tidak sehaluan lagi.


Setakat ini belum ada sebarang penafian mahupun kenyataan rasmi dikeluarkan Muhyiddin atau badan perhubungan Umno-APCO dan BN negeri yang diketuai Menteri Besar, Ghani Othman.


JALAN PULANG

Read more ...

MAI TENGOK !!! Bukti Kerajaan DAP anti Islam, Kerajaan BN pertahan Islam ?

JIKA KURANG NAMPAK JELAS DAN INGINKAN PAPARAN YANG LEBIH BESAR DAN JELAS... SILA KLIK PADA FOTO.

Sila lihat perbandingan peruntukan kepada Hal Ehlwal berkaitan dengan Islam anatara kerajaan Pulau Pinang semasa dibawah pemerintahan Gerakan/UMNO dengan DAP/PR.

Langsung tidak perihatin Kerajaan DAP/PR kepada kegiatan Dakwah Islam. Kerajaan Gerakan/UMNO sentiasa mengambil berat dan memberikan perutunkan yang besar.

CISH!!!! tak berguna satu sen pun kerajaan DAP/PR Pulau Pinang.

Adakah patut Sekolah Agama Rakyat yang tidak pernah diberikan semasa Gerakan/UMNO memerintah diberi RM1.5juta ( tahun 2009 ) dan RM1.75juta (2012) .

Sumbangan hafaz RM75,000 ( tahun 2009 ) tahun 2012 dinaikkan kepada RM150,000.. Kerajaan Gerakan/UMNO.. SIFAR.

Sumbangan Masjid Imarah Ramadhan.. Kerajaan Gerakan/UMNO- ELEK POCHIK... Kerajaan DAP/PR RM213,000 tahun 2009 dan 2012.

Punyalah dajal kerajaan DAP/PR Pulau Pinang sampaikan ada pula dana dinamakan Bulan Alquran.. beri peruntukkan sebanyak RM 100,000 pada tahun 2009 dan penindasannya kepada umat Melayu/Islam terus membuak dengan meningkatkan lagi peruntukkan kepada RM175,000 pada tahun 2012.

Itu tak termasuk peruntukan untuk guru-guru KAFA....Kerajaan Gerakan/UMNO beri RM659,000.  Kerajaan anti Melayu/Islam beri RM879,000 ( tahun 2009 ) dan tahun 2012 sebab kebenciannya kepada Islam meningkat melantun maka ditambah lagi peruntukkan sebanyak RM900,000.

PERGH!!!.. Memang dahsyat punya anti Islamlah kerajaan Pulau Pinang yang diperintah DAP/PR...

PSSTTT... APA MACAM PENDOKONG, PENYOKONG, AHLI DAN PENGANUT UMNO... OK TAK KEMPEN SAYA INI?.. LAYAK TAK ADMIN JADI SOLDADU MAYA ( CYBERTROOPER ) UPAHAN UMNO.OMAK KAU

Read more ...