Monday, September 10, 2012

MAKAN MALAM TERBESAR!!!Samseng tidak patahkan semangat Pakatan di Johor

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agak cemas akan peristiwa keganasan yang dilakukan oleh samseng politik yang juga penyokong BN dengan peristiwa menyimbah cat ke atas bas yang dinaiki beliau, mereka juga memberhentikan konvoi beliau dan juga memaksa polis menangkap pengawal peribadi Anwar kerana cuba melindunginya.

Namun, Anwar tidak akan membiarkan ugutan ini mematahkan usaha jelajah ke serata Malaysia untuk menemui pengundi sebelum pilihanraya umum ke 13, yang mungkin akan diadakan pada November ini.


Semua tertumpu kepada destinasi Anwar yang seterusnya- Johor, tempat lahirnya Umno yang juga merupakan kubu kuat BN.

Tidak percuma TETAPI sudah habis dijual

Memandangkan reaksi yang agak ganas dari penyokong Umno-BN di Melaka, yang cuba menyekat konvoi bas pada hujung minggu untuk masuk, suatu pertemuan yang mendebarkan akan dijangka apabila Anwar mula menjelajahi Johor pada Jumaat, 14 September ini (Jelajah Bas Anwar Ibrahim).


"Tiada perubahan dalam rancangan langsung. Kami tidak akan takut pada samseng politik yang cuba bermain kasar kerana dengki. Rakyat Johor sedang memerhati dan mereka adalah penentu apa jenis politik yang mereka mahu bertapak di negeri mereka," ketua PKR Johor Chua Jui Meng memberitahu Malaysia Chronicle.

"Anwar akan melawat beberapa bandar bersama-sama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dan pada waktu malam, kami akan mengadakan makan malam terbesar yang belum pernah disaksikan oleh rakyat Johor. Ini adalah untuk mengucapkan terima kasih kepada rakyat di negeri ini kerana sokongan dan semangat yang diberikan kepada kita semasa ceramah sejak setahun yang lalu. Memang ia bukanlah percuma, tetapi ianya bertujuan untuk mengutip dana, tetapi rakyat Johor akan berpeluang untuk berkumpul dan bertemu serta mendengar sendiri amanat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. "

Sudah, 800 meja telah dijual sepenuhnya. Makan malam yang dianjurkan oleh bahagian Jui Meng ini akan diadakan di tempat letak kereta Sutera Mall di Skudai. Jadual lawatan Anwar belum ditetapkan lagi tetapi lawatan mungkin akan bermula di Ledang pada pukul 11 pagi.

Terancam

Johor, dan juga Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak disifatkan sebagai 4 negeri dalam senarai paling terancam BN. Pakatan dijangka membuat kejutan besar di empat negeri ini semasa PRU ke-13 nanti.

Johor mempunyai 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri. Dalam pilihan raya umum 2008, BN Johor kehilangan hanya satu kerusi parlimen dan 6 kerusi Dewan Undangan Negeri. Ia telah banyak menyumbang dalam mengekalkan kekuasaan BN, sebab itulah ia dikenali dengan nama "kubu" Umno-BN.

Tetapi langit tidak kekal cerah bagi BN selepas itu. Bukan sahaja Umno kehilangan sokongan orang Melayu, tetapi parti komponen BN iaitu MCA, Gerakan dan MIC mungkin akan lenyap selepas PRU ke-13 kerana pengundi sudah muak dan melarikan diri dari parti-parti ini.

"Untuk mendapatkan gambaran bagaimana Johor berada dalam keadaan yang mencemaskan bagi BN, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk meneliti bilangan kerusi yang dipegang oleh MCA, MIC dan Gerakan di sini. Selebihnya dipegang oleh Umno dan jika anda telah menghadiri ceramah Pakatan dan memerhatikan kadar peratusan Melayu yang besar, maka anda akan memahami kenapa Umno mula panik," kata Jui Meng.

"Ia juga begitu ketara bahawa PAS cukup yakin untuk menggunakan Naib Presidennya Salahuddin Ayub untuk bertanding kerusi DUN di sini supaya jika Pakatan menang di Johor, Salahuddin akan menjadi ketua menteri dan begitulah yang ditetapkan oleh Pakatan."

7 daripada 15 kerusi Parlimen dan 12 daripada 35 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi MCA adalah di Johor. Bagi Gerakan, salah satu daripada dua kerusi parlimen dan 2 daripada empat kerusi Dewan Undangan Negeri mereka berada di Johor. Begitu juga MIC, satu daripada tiga kerusi Parlimen dan empat daripada tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri berada di Johor. Selebihnya dipegang oleh UMNO.

Malaysia Chronicle

Read more ...

BALING KASUT!!! Kenapa Perkasa cemas ?

BAGAIMANA Perkasa, sebuah NGO politik yang berimej samseng boleh cemas dengan dakwaan ia yang melempar kasut dalam masjid di Kedah yang disasarkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkasa tidak mengaku ia  angkaranya dan menggesa ia disiasat dan buktikan ia angkaranya.


Orang Alor Setar kenal suku sakat Perkasa di situ dan di antara orang kuat Perkasa itu adalah orang UMNO. Dengan kejadian samseng di masjid itu, penyokong-penyokong Anwar yang memenuhi masjid itu tidak payah untuk mengecam  anasir-anasir  Perkasa yang ada di tengah mereka. Penyokong Ketua Pembangkang – PKR dan PAS – yang ada di masjid tidak teragak-agak menuduh ia gara-gara angkara Perkasa.


Perkasa ditubuhkan oleh Ibrahim Ali, MP Pasir Mas yang memang dikenali samseng sejak di zaman pelajarnya lagi. Ditubuhkannya Perkasa adalah membela UMNO yang tidak dapat mendakwa sebagai pembela Melayu kerana parti itu adalah penjual bangsa Melayu. Apa yang UMNO dan pemimpinnya cakap tentang Melayu tidak dipercayai orang.


Perkasa muncul bagi menggantikan UMNO untuk bercakap tentang orang Melayu. Ia mengaku NGO sebenarnya bekerja untuk UMNO dan kerajaan pimpinan Najib.


Bahasa orang politik pendekatannya adalah radikal. Pada orang  Melayu radikal itu adalah samseng.


Anwar dalam jelajah Merdeka Rakyatnya singgah bertazkirah di sebuah masjid di Kedah. Lalu samseng tadi mensabotaj lampu dan pembesar suara hingga bergelap dan suara tazkirah tadi tidak didengar. Antara yang menjolok mata, anasir itu melempar kasuk yang disasarkan kepada Anwar tetapi mengenai orang lain.


Tidaklah banyak kejinya  antara melempar kasut di masjid dengan memijak dan menungging punggung pada gambar Najib di Dataran Merdeka yang heboh sekarang.


Orang melondeh seluar dan memijak gambar PM itu sudah dikenal pasti kerana polis memang memerhatikan  semua yang berlaku dalam Himpnan Janji Merdeka itu.


Walaupun Anwar itu Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri menunggu, polis tidak terasa ia ada tanggungjawab melindungi majlis yang dihadirinya dari  diganggu samseng. Tidak seperti polis di negara-negara yang mengiktiraf sisstem ketua pembangkang, menjaga keselamtan Ketua Pembangkang sama dengan menjadi keselamatan Perdana Menteri.


Bukan Perkasa saja pertubuhan  samseng di dunia. Biasanya pertubuhan samseng itu membuat kacau  terhadap seterunya di mana-mana saja. Kadang-kadang mereka  meletupkan bom dan menembak orang.


Dalam setiap kejadian mereka nantinya mengaku bahawa kejadian itu mereka yang melakukannya. Mereka tidak sekadar tembak curi atau pukul lari. Mereka kemudian menghantar mesej kepada polis atau kepada media mengaku mereka yang punya angkara.


Semseng itu ada keberanian dan seoleh-oleh ada benda yang diperjuangkannya. Ia dibuat begitu kerana mereka mahu orang tahu akan kewujudannya dan kegiatannya. Tentulah pengakutan itu ada risiko tindakan ke atasnya.


Mereka sanggup menghadapi risiko itu.


Akan tetapi Perkasa tidak ada keberanian itu. Orang ramai di tempat kejadian tahu anasir Perkasa ada di situ dan mereka amat yakin ia angkara  Perkasa. Sama ada dakwaan orang itu betul atau  tidak, orang luar yang mengikuti kegiatan Perkasa percaya Perkasa boleh melakukannya.


Mungkin Perkasa tidak terlibat. Tetapi memandangkan Perkasa itu memang samseng, orang boleh percaya  ia yang buat.


Sangkaan orang itu adalah satu pengiktirafan kepada Perkasa. Perkasa patutnya seronok dan berbangga bila orang akui ia garang, berani  dan samseng.


Tetapi apabila Perkasa dituduh melempar kasut ia seorang tergamam. Tidak berkata beberapa ketika. Lama kemudian baru ia bersuara tidak mengaku dan menyuruh supaya disiasat.


Tidakkah itu cemas namanya?Rakyat Marhaen

Read more ...

INILAH PADAHNYA!!! Bila Najib mahu sekatan politik dilakukan kepada Anwar

Isu pengawal peribadi Anwar mengeluarkan pistol kini menjadi isu baru untuk menyerang PR. Ia segera dikaitkan dengan pelbagai kemungkinan dan andaian jika PR memenangi pilihanraya akan datang. PR dikatakan memulakan politik ganas, tidak toleransi, ghairah menggunakan senjata dan pelbagai lagi.

Ada juga andaian yang mengatakan bahawa ini merupakan petanda awal sekiranya PR menang pilihanraya nanti, mereka akan menggunakan pistol dan senjata api untuk menghalang demonstrasi UMNO ketika itu.


Sebenarnya tindakan pengawal peribadi itu bukanlah sesuatu yang pelik dan diluar SOP jika dikaji dari awal bagaimana deretan ancaman yang diterima oleh Anwar sejak akhir-akhir ini. Tindakan menunjuk pistol hanyalah sekadar gertakan kepada 50 pemuda yang terus menerus memberikan ancaman untuk mengelakkan mereka terus menjadi ganas.


Kereta Anwar sebelum ini pernah disabotaj yang dipercayai bertujuan mengakibatkan kemalangan dan kematian. Cermin keretanya juga pernah dipecahkan. Anaknya Nurul Izzah juga menerima ancaman yang serupa, malah ugutan bunuh terhadap anaknya juga pernah diterima.


Sebaik PKR melancarkan bas Jelajah Merdeka Rakyatnya, ia disambut dengan simbahan cat merah dalam jelajah pertamanya di Kelantan. Di Melaka pula, selain disimbah cat oleh lebih kurang 50 pemuda yang dipercayai ahli UMNO, bas tersebut cuba dihalang perjalanannya.


Politik apa ini? Ia tidak lain menunjukkan UMNO sudah hilang kewarasan dalam berpolitik. Dalam sebuah negara merdeka yang mengamalkan demokrasi, semua rakyat bebas pergi ke mana saja. Dalam politik pula, sesiapa saja bebas menyokong parti mana yang disukai dan diyakininya.


Tindakan menghalang laluan bas jelas terkeluar daripada landasan demokrasi. Sementara Najib dan lain-lain pimpinan UMNO bebas bergerak di negeri-negeri yang dikuasai PR seperti Selangor, Kedah Pulau Pinang dan Kelantan sambil mengeluarkan pelbagai kecaman dan serangan kepada kerajaan negeri terbabit, amalan yang sama harus juga diberikan kepada pimpinan PR. Mereka seharusnya dibebaskan bergerak di negeri-negeri yang dikuasai UMNO.


Semua perbuatan tidak matang ini menunjukkan bahawa UMNO cuba mengelak rakyat daripada mengamalkan kebebasan yang dibenarkan oleh perlembagaan negara. Setelah berpeluang 55 tahun berkuasa, UMNO seharusnya menunjukkan kematangan sepadan dengan usianya.


Melakukan tindakan tidak matang seperti menyimbah cat dan menghalang laluan hanya menambahkan kebencian rakyat kepada UMNO yang sememangnya sudahsedia bertompok selama ini.


Sokongan dan penolakan rakyat seharusnya diterima dengan jiwa tenang. Rakyat tidak mungkin menolak sesebuah kerajaan tanpa sebab kerana kebanyakan rakyat bukan lagi duduk dalam gua seperti di zaman batu. Rakyat hari ini penuh dengan maklumat dan mereka tidak mudah lagi dibohongi.


Masalah UMNO ialah oleh kerana ia sudah berkuasa sebegitu lama, ia merasakan ia akan kekal selama-lamanya sehingga hari kiamat. Mereka yang menentang dan menolak UMNO dianggap pengkhianat dan tidak mengenang jasa. Rakyat sentiasa diminta menyokong UMNO walaupun pemimpinnya berperangai buruk serta rakus mengaut kekayaan negara tanpa belas kasihan.


Sehingga ia sudah dianggap seperti syaitan oleh Tun Mahathir pun, rakyat terus diminta menyokong UMNO.


Tindakan agresif dan ganas beberapa kumpulan dalam UMNO sekarang tidak lain adalah berpunca daripada saranan Najib sendiri. Najib sekarang begitu terdesak untuk mempertahankan kuasanya. Di suatu ketika beliau menegaskan bahawa UMNO akan mempertahankan Putrajaya dengan apa cara sekali pun. Dan terbaru ini beliau menyeru ahli-ahli UMNO supaya melakukan sekatan politik bagi menghalang kemaraan Anwar dan PR menuju Putrajaya.


Saranan Najib itu yang diulang-ulang oleh pelbagai peringkat pimpinan dalam UMNO lainnya tentulah akhirnya menghasilkan sesuatu tindakan yang boleh mencetuskan keganasan dan di luar batas-batas demokrasi. Mereka mungkin menafsirkan ucapan Najib yang mahu Putrajaya dipertahankan dengan apa cara sekali pun dan sekatan politik dilakukan untuk menghalang kemaraan PR sebagai "lesen" untuk melakukan apa saja termasuk menyimbah cat dan menghalang laluan bas yang membawa Anwar ke sebuah jamuan hari raya di Melaka.


Sebelum ini UMNO juga kerap mengganggu ceramah-ceramah PR dengan mengadakan ceramah di kawasan berdekatan sambil menghalakan mokrofon ke sasaran lawan. Umi Hafilda tentunya masih ingat bagaimana beliau selalu hilang suara kerana terlampau menjerit ke arah ceramah-ceramah PR sambil mengeluarkan perkataan jijik, hina dan kesat yang dikaitkan dengan Anwar.


Tindakan itu direstui, malah kadangkala dibanggakan oleh UMNO. Tentulah akhirnya ia akan menjurus kepada tindakan lain yang lebih agresif pula.


UMNO nampaknya hanya menerima demokrasi dan kebebasan jika memihak kepadanya. Jika berlawanan dengan seleranya, ia bukan lagi demokrasi bagi UMNO. Kewarasan berpolitik dan tidak sedia menerima kekalahan bukan sahaja masih menebal di kalangan ahli bawahan tetapi juga masih menebal di peringkat pimpinan.


UMNO Melaka dan di mana-mana saja seharusnya bersikap matang dan menerima kebebasan dan demokrasi dengan hati terbuka. Hujah harus dilawan dengan hujah. Kemaraan PR harus dilawan dengan khidmat kepada rakyat yang lebih baik, bukannya dengan aksi ganas dan samseng.


Oleh kerana pimpinan UMNO umumnya sering terpalit dengan pelbagai kepentingan serta salah laku ketika berkuasa, maka kuasa yang ada cuba dipertahankan untuk mengelakkan ianya terdedah kepada umum. Ahli bawahan diseret untuk mempertahankan kuasa seolah-olah untuk kepentingan rakyat walau hakikatnya yang ingin sangat dipertahankan ialah kepentingan peneraju kuasa sahaja. (SH 10/09/2012)


Read more ...

TIRU UMNO!!!MCA tendang apa sahaja selagi boleh buat isu



KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan BN melalui KTM Komuter mengadakan gerabak khas untuk wanita diterima tetapi bila PAS menyediakan tempat yang sesuai untuk wanita makan di majlis hari raya dikritik oleh MCA.

Inilah masalah besar yang dihadapi oleh MCA sekarang, terlalu takut kehilangan kuasa sehingga semua perkara dianggapnya musuh.


Akhbar MCA, The Star hari ini membuat tinjauan khas tentang program Hari Terbuka PAS Negeri Sembilan yang menyediakan tempat khas untuk wanita makan.


Namun, sebagaimana yang disahkan oleh Anggota Parlimen Rasah, Anthony Loke, mana-mana wanita yang ingin makan bersama lelaki, mereka tidak dihalang.


"Saya telah duduk satu meja bersama Mohamad Sabu (Timbalan Presiden PAS) dan isterinya. Tidak ada sesiapa yang larang kami," kata Anthony Loke sebagaimana dilaporkan The Star.


Semalam, majlis hari raya PAS Pusat di Padang Kelab Sultan Sulaiman juga menyediakan tempat makan khas untuk wanita sahaja.


Tetapi mana-mana pihak yang ingin makan di mana-mana pun tidak pula dilarang oleh AJK yang bertugas.


Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani nyata terkejut dengan isu yang dimainkan oleh The Star ini.


Katanya, langkah yang dibuat oleh PAS Negeri Sembilan adalah untuk memberikan ruang yang selesa untuk tetamunya khasnya wanita makan.


"Saya tidak tahu mengapa hal ini menjadi isu sekarang kerana kita telah melakukan hal ini sejak dari dahulu," kata Taufek sebagaimana dilaporkan The Star.


Dalam laporannya, Ketua Biro Politik dan Strategi MCA, Datuk Lee Yuen Fong  menyesali langkah PAS itu.


"Kenapa kita perlu asingkan sedang kita membuat majlis rumah terbuka dan ditempat terbuka.


"Ini menunjukkan langkah yang PAS akan ambil apabila berkuasa nanti," katanya sebagaimana dilaporkan oleh The Star.

Read more ...

TOKSAH TUNGGU 7 HARI!! Mai saman la ni jugak wahai Perkasa


KUALA LUMPUR:
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bertegas tidak akan meminta maaf kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid. 
(Aksi segolongan aktivis yang dikatakan ahli Perkasa di Masjid Al - Hussain baru-baru ini)

Beliau berkata demikian setelah diberitahu bahawa Perkasa memberi tempoh selama tujuh hari kepadanya untuk meminta maaf berikutan kenyataannya bahawa kumpulan itu membaling kasut ke dalam masjid ketika serangan mereka ke atas Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar baru-baru ini.

"Saya tidak perlu meminta maaf atas perbuatan yang memang dilakukan oleh Perkasa.
"Apa yang saya nyatakan memang berasas dan saya ada saksi-saksi," tegas Mahfuz (gambar).

Beliau juga berkata, Perkasa tidak perlu tunggu tujuh hari untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.

"Apa perlu tunggu begitu lama? Hari ini juga Perkasa boleh failkan kes mereka ke mahkamah.

"Mereka banyak duit dan mereka tidak ada masalah untuk melakukan perkara itu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz sebelum ini menegaskan, tidak ada gambar dan tidak ada rakaman yang disiarkan dalam Youtube tidak boleh menjadi bukti bahawa peristiwa itu tidak berlaku kerana ramai yang menyaksikan kasut dibaling ke dalam rumah Allah itu ketika serangan Perkasa ke atas masjid itu.

"Kalau tak ada rakaman sekalipun, kenyataan saksi-saksi juga diiktiraf oleh undang-undang," kata Mahfuz sambil mengulangi penegasan bahawa beliau tidak akan meminta maaf kepada Perkasa.

Ketua Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail sebelum itu memberi tempoh selama tujuh hari kepada Mahfuz untuk meminta maaf berikutan kenyataanya bahawa Perkasa membaling kasut ke dalam masjid tersebut.

Beliau juga menuntut tiga akhbar termasuk Harakah menarik balik laporan mengenai perbuatan itu.

Mohd Yusof yang juga Naib Ketua Umno Bahagian Alor Setar berkata, tindakan undang-undang akan diambil terhadap Mahfuz dan tiga akhbar berkenaan jika mereka enggan berbuat demikian.

Beliau mengulangi dakwaannya sebelum ini kononnya apa yang dinyatakan itu tidak berasas sama sekali semata-mata kerana tidak ada rakaman video yang menunjukkan perbuatan membaling kasut itu berlaku.

Read more ...

Menarik balik artikel PANAS DI SABAH!!! Musa Aman disuruh bercuti? Siapa yang ganti?

Blog PASPB menarik balik artikel bertajuk PANAS DI SABAH!!! Musa Aman disuruh bercuti? Siapa yang ganti? yang diambil dari blog Jalan Pulang  dan memohon maaf kerana menyiarkan artikel berkenaan. Admin PASPB

Read more ...

ZAMBRY PENING!!! UMNO dan MIC berebut kerusi tak habis lagi

Kalau sebelum ini sesiapa ingat,, Zambry dengan sombong dan bongkak mengeluarkan kenyataan yang masaalah pembahagian kerusi DUN Negeri Perak dah lama selesai dah.... semua parti komponen BN dah bersetuju.. 


 Kowtim,,, jangan tak runding.... 



Bukan kerusi DUN Behrang sahaja oii,, kerusi DUN Pasir Panjang tempat aku sendiri pun masih dok kalut,,, Kerusi ini pun secara tradisinya kerusi kouta MIC,,, majoriti penduduk melayu... sebelum ini aku duk dengar,, kononnya nak adakan pertukaran dengan dengan kerusi DUN Trong,,, he he apakah UMNO Trong setuju.... 

Pimpinan UMNO Lumut bakal-bakal calon masing-masing dah duk pasang angan-angan nak jadi calun... apakah MIC setuju... 

aku setuju UMNO bertanding...sebab aku nak tengok pengundi India nak undi siapa?.....
ManjungMari



Read more ...

BERGELORA!!!Team Najib- Muhyiddin tidak sehaluan lagi ?


Semenjak pasukan Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai BN pada 2009, perdana menteri dan timbalan perdana menteri itu cuba menonjolkan satu imej kepimpinan yang sepadu.

Namun, di saat pilihan raya makin hampir, tanda-tanda keretakan semakin ketara pada keutuhan kepimpinan yang digambarkan itu dan contoh paling jelas dilihat melalui reaksi kerajaan yang mengelirukan berhubung pindaan Akta Keterangan.


Susulan kepada bantahan Seksyen 114A Akta Keterangan oleh pengendali laman web, Najib pada 14


Ogos mengumumkan di Twitter bahawa beliau akan mengarahkan kabinet mengkaji semula peruntukan undang-undang yang menimbulkan kontroversi itu.

Sehari kemudian, Muhyiddin yang mempengerusikan mesyuarat kabinet semasa ketiadaan Najib membuat keputusan yang bertentangan arahan perdana menteri supaya mengkaji semula pindaan tersebut.


Malaysiakini difahamkan bahawa Muhyiddin juga memanggil dua timbalan menteri, Datuk Saifuddin Abdullah dan Gan Ping Sieu, serta ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung pendirian mereka yang tidak bersetuju dengan peruntukan pindaan akta tersebut.


Mesyuarat pada 15 Ogos itu pada awalnya memutuskan untuk menegur ketiga-tiga pemimpin Umno berkenaan ekoran pendirian itu yang bertentangan dengan kerajaan.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengesahkan perkata itu namun menjelaskan bahawa ia hanyalah satu cadangan yang ditolak Najib selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet sekali lagi pada 28 Ogos.


Walaupun dengan keputusan perdana menteri sedemikian, Muhyiddin pada 3 September memanggil dua timbalan menteri berkenaan ke pejabatnya,


Perkara ini disahkan sekali lagi oleh Nazri yang hadir ke mesyuarat tersebut, namun beliau menjelaskan bahawa tiada sebarang teguran dikeluarkan.


Menteri undang-undang itu juga berkata, beliau tidak memanggil timbalan menteri berkenaan tetapi dijemput oleh Muhyiddin untuk menjelaskan peruntukan tersebut kepada Saifuddin dan Gan.


Di sebalik babak yang berlangsung itu, komplot politik di peringkat parti nampaknya juga sedang digerakkan.


Menurut sumber PKR, puak Umno yang memihak kepada Muhyiddin dipercayai bertanggungjawab membocorkan dokumen projek sambungan LRT laluan Ampang yang mengaitkan Najib dalam pemberian kontrak kontroversi itu kepada George Kent (Malaysia) Bhd.

PKR menggunakan dokumen tersebut untuk menyerang Najib dengan dakwaan bahawa perdana menteri masuk campur dalam proses tender terbuka projek tersebut supaya memihak kepada konsortium George Kent.

Pengerusi konsortium tersebut ialah Tan Sri Tan Kay Hock yang disifatkan sering bermain golf dengan Najib.


Ketika dihubungi, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang bertanggungjawab mendedahkan skandal


itu berkata, identiti individu yang menghantar dokumen tersebut ke ibu pejabat PKR tidak diketahui.

Katanya, dokumen tersebut dihantar dalam satu sampul surat.


"Kesemua dokumen itu lengkap jadi terpulang kepada saya bagaimana hendak menggunakannya," kata Rafizi yang menambah, identiti individu yang menghantar dokumen berkenaan menjadi bahan spekulasi.Kedahkini

Read more ...

PENEROKA MULA RUGI!!!! Saham Felda terus jatuh ke paras bawah 4.70



KUALA LUMPUR: Saham Felda Global Venture Holding (FGVH) terus menjunam jatuh dengan pantas menuju harga awal ketika dilancarkan iaitu RM4.55 apabila jatuh lapan sen lagi tengahari ini.

Saham itu terus jatuh sebanyak 89 sen sejak mencecah RM5.55 pada 5 Julai lalu dan ditutup pada harga RM4.69 tengahari ini.

Saham FGVH terus jatuh selepas mencecah batasan saikologinya apabila jatuh ke RM5.00 Rabu minggu lepas, iaitu jatuh sehingga 31 sen.

Mula rugi

Sementara itu, Penasihat Ekonomi Anak (Persatuan Anak Peneroka Felda), Dr Rosli Yaakob (gambar atas) berkata, peneroka Felda kini mula rugi apabila sahamnya jatuh melepasi 4.70.

Ini kerana, dividen yang diperolehi tidak akan mampu menampung interest pinjaman yang mereka buat untuk membeli saham FGVH.

"Kadar interest pinjaman mereka untuk membeli saham ini pada kadar RM4.45 kini lebih tinggi berbanding dengan dividen yang mereka perolehi," kata Dr Rosli.

Kini, semasa laporan ini ditulis, saham FGVH adalah lebih rendah dari RM4.70 iaitu RM4.69.

Read more ...

Sunday, September 9, 2012

BUKTI BERGAMBAR!!! Pencacai UMNO baling cat bas Merdeka Rakyat, adakah polis akan kata tak ada bukti lagi?

















Read more ...

VIDEO SEMPOI!!!Kejayaan Ulama Muda UMNO diketuai Fathul Bari mentarbiyah pemimpin UMNO?

Read more ...

UST. NASHARUDIN!!! Dipecat Utusan, kekal bersama PAS

Nasha punya hal......kenapa ameno yang gelabah beruk?

Bagi PAS Nasha melonjakkan dirinya menjadi bola tanggung dibirai jaring......pihak lawan hanya perlu mengilas atau mengetuk dengan raket.....tapi sejarah membuktikan ramai pemain ternama terperangkap apabila tersalah kilas, bola tersangkut jaring.

Apa untungnya ameno jika Nasha kekal di dalam PAS atau ter'keluar' dari PAS?

Dan apa ruginya ameno jika Nasha masih kekal dalam PAS atau ter'keluar dari PAS?

Bagi PAS, dalam keadaan apa jua.....perjuangan tetap diteruskan......sejarah telah membuktikan apabila Asri dan Nakhaie ber'talak-tiga' dengan PAS......PAS tidak menoleh ke belakang.
 
Ust Nasharudin kekal Ahli Majlis Syura
 
Majlis Syura Ulamak Pas yang telah bersidang kira-kira jam 9:20 minit malam tadi telah pun selesai mesyuarat. Mesyuarat yang ditunggu-tunggu kerana ia dikatakan membincangkan kedudukan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak memberi sebarang kejutan.

Nasharudin hadir di majlis berkenaan dan tidak ada apa-apa tindakan dibuat. Nasharudin masih seorang anggota majlis yura. Keputusan ini sesuatu yang bijak dan ia tentulah mengecewakan pihak-pihak yang mahu melihat Pas berkecamukkan sesama sendiri menerusi isu Nasharudin ini.


Pihak musuh Pas yang kian naif dan miskin isu menanti untuk menjaja isu Nasharudin kononnya dipecat oleh Pas. Atas keputusan bijak dan matang malam ini diucapkan berbanyak terima kasih. Tentu semua ahli Pas baik yang sayang kepada Nasharudin atau yang terkilan akan dapat tidur dengan nyenyak dan bermimpi indah UBN akan tumbang.


Kepada Nasharudin semoga selepas ini lebih berhati-hati dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan atau memperagakan diri agar tidak menjadi isu.
 

Read more ...

MEDIA PROPAGANDA BN!!! Semakin hodoh dan bodoh


Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Sekurang-kurangnya mulai sekarang sehingga berakhirnya bulan Oktober, ia menjadi masa yang tidak munasabah untuk diadakan Pilihanraya Umum ke 13 (PRU13). Faktor utamanya ialah musim haji. Namun senario politik semasa dalam negara seolah-olah Parlimen sangat hampir untuk dibubarkan.


Setiap hari rakyat menatap dada akhbar, skrin televisyen dan suara radio yang dikumandangkan ia sarat dengan propaganda politik UMNO/BN sedang berkempen. Kempen politik di negara 1Malaysia ini sangatlah hodoh kerana ia hanya propaganda sebelah pihak tetapi kejelikan itulah yang berlangsung sejak 55 tahun mencapai kemerdekaan hingga ke saat ini. Tidak ada barang satu hari dalam sejarah Malaysia, media utama negara merdeka dari dijajah oleh BN. Semua media tersebut terpaksa tunduk dan patuh kepada arahan penguasa politik BN seperti lembu yang dicucuk hidung.


Permainan propaganda politik menjadi lebih hodoh di zaman langit terbuka ini kerana sewaktu mereka cuba memperbodohkan rakyat seluruhnya, bahan serangan balas tersebar dengan lumayannya di alam maya.



Apabila media BN mencanangkan ‘kebiadapan’ segelintir peserta himpunan Janji Bersih menghina foto Perdana Menteri lalu diambil tindakan, pihak lawan mereka punya menyiarkan foto bagaimana gambar Menteri Besar, Ketua Menteri serta pemimpin-pemimpin utama Pakatan dipijak, dikencing dan dibakar tetapi tidak diambil apa-apa tindakan oleh polis.

Selepas media BN mendedahkan penunjuk punggung terhadap gambar Perdana Menteri akan diambil tindakan, pihak lawan mereka pula mendedahkan kelucahan Pemuda UMNO beraksi ala liwat, Puteri UMNO menonggeng punggung, senaman punggung di hadapan rumah Datuk Ambiga dan aksi simbol lucah oleh seorang Menteri Besar BN; semuanya tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak polis.


Sebaik media BN mengecam kerajaan Selangor kerana tidak mengundang Sultan di majlis sambutan ambang merdeka, pihak lawannya juga mendedahkan kebiadapan kerajaan BN Pusat yang tidak mengundang Yang DiPertuan Agong di sambutan ambang merdeka yang diadakan di Stadium Bukit Jalil.


Apabila media BN menceritakan bahawa kumpulan anti Anwar diserang di hadapan ibu pejabat KeADILan, pihak lawannya mendedahkan dengan bukti audio video bahawa kumpulan tersebut yang mula mencetuskan provokasi dan membuat kacau secara agresif.


Selepas media BN mengecam Anwar kerana berucap dalam masjid (kononnya memperalatkan masjid untuk politik) maka media maya menyiarkan foto semua pemimpin-pemimpin BN yang berucap dalam masjid, termasuk juga Rosmah bersama sebahagian Puteri UMNO yang tidak menutup aurat mengadakan program politik dan berucap dalam masjid.


Semua pantun bersambut, semua soalan berjawab. Langit terbuka menjadi masalah besar BN melakukan propaganda sehingga media-media utama yang mereka kuasai kelihatan betul-betul bodoh kerana hanya bergantung nyawa dengan khalayak yang berfikir tidak menggunakan akal serta tiada maklumat kedua lalu menelan bulat-bulat setiap propaganda yang ditaburkan. Lagi masalah besar bagi BN ialah golongan yang jahil isu semasa ini makin mengecil dalam masyarakat.


Cabaran kedua yang dihadapi BN ialah ketidakupayaan menyembunyikan sesuatu yang merugikan mereka. Apabila Perkasa dan UMNO menyerang masjid, mengganggu tazkiroh dan didakwa membaling selipar ke dalam masjid, tiada satu pun siaran media utama negara berani menyiarkan insiden tersebut. Tetapi video keganasan kumpulan itu tersebar seantero dunia melalui You Tube. Semua golongan rasional yang menyaksikan video itu dipasak kebencian yang meluap-luap menyaksikan kebiadapan kumpulan itu menyerang masjid.


Sewaktu bas Jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan dicurah cat oleh kumpulan samseng anti Pakatan, tidak ada juga media utama yang menjadi perkakas BN berani menyiarkan insiden itu. Peristiwa itu cuba disembunyikan namun di alam maya ia tersebar sepantas kilat seluas-luasnya. Tiba-tiba insiden tersebut menjadi pemangkin melonjakkan kehadiran orang ramai ke setiap ceramah Anwar yang sedang menjelajah ke seluruh negara.


Tidak ada sebuah pun media utama dalam negara yang menyiarkan walaupun satu sudut yang terpencil Himpunan Hijau anti Lynas yang diadakan di Raub, Pahang namun media maya menyiarkan himpunan yang dihadiri puluhan ribu manusia itu. Begitu juga dengan semua himpunan besar anjuran kerajaan negeri Pakatan dan parti-parti komponen Pakatan sama ada jamuan Aidil Fitri atau ceramah umum.


Kejatuhan saham FGVH, kenaikan harga minyak Petrol Ron 97, pertambahan indeks jenayah, pergolakan di Sabah dan Sarawak, pertelingkahan dalaman UMNO serta seribu satu keburukan yang membabitkan BN dan kerajaannya yang disembunyikan semuanya terdedah di media maya.


Kebijakan dalam membuat propaganda ialah sehingga orang ramai terkesan tetapintidak tahu itu propaganda. Malangnya BN, semua propaganda mereka yang dimainkan oleh media terserlah sangat bahawa ianya fitnah, pembohongan, putarbelit, penggelapan dan manipulasi. Maka ia adalah propaganda yang gagal.


Rakyat nampak BN mengada-ngada apabila; ada yang dipaksa untuk berterima kasih, isu kecil dibesarkan, laporan polis terhadap spekulasi dibuat, eksploitasi racisme dalam menonjolan isu bahkan pemberian bahkan sumbangan untuk rakyat jelata juga sangat mudah difahami bahawa ‘ianya rasuah politik!’ justeru hilang rasa terima kasih.


Setiap hari apabila Buletin Utama TV3 atau RTM menyiarkan laporan versi sebelah pihak dalam beritanya, hakikatnya ia sedang membakar perasaan jutaan rakyat negara ini yang sedang menyaksikan propaganda bodoh yang sungguh menyakitkan hati itu. Mereka berjaya menyemarakkan kebencian di kalangan pengikut tegar mereka di samping menyemarakkan kebencian sebahagian besar rakyat terhadap mereka sendiri iaitu BN dan media propagandanya.

Read more ...

HANYA FITNAH UMNO!!!!Anggota polis sahkan pengawal peribadi Anwar tidak acu pistol

Pengawal peribadi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikenali sebagai Jim, tidak mengacukan pistol kepada samseng Umno walaupun berdepan provokasi mereka.
Setiausaha Pengelola KEADILAN, Radin Shamsulkamar Radin Shamsudin, berkata Jim berusia lingkungan 30 tahun, ditahan selepas polis menerima lima aduan daripada Pemuda Umno Jasin.

“Seorang anggota polis yang melihat insiden itu juga menegaskan Jim tidak mengacukan pistol (ke arah samseng).  Jim dibebas selepas polis berpuas hati dengan rakaman video kejadian itu,”  katanya kepada Keadilan Daily ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin, Melaka.

Jim ditahan polis berpakaian preman ketika cuba menyurai samseng umno yang mengerumuni bas Merdeka Rakyat untuk ke sambutan Aidil Fitri KEADILAN Cabang Jasin di Kampung Kelubi, Jasin.

Laporan edisi bahasa Mandarin NTV7 semalam menyebut, dua anggota polis bertindak ke atas pengawal peribadi Anwar dan kononnya, memaksa senjata api itu dimasukkan semula ke sarung.

Malah, Setiausaha Kerja Wanita Pusat, Maisuri Zainal pula berkata Jim hanya mengacah dengan mengeluarkan pistol sebagai langkah berjaga-jaga tapi muncungnya menghala ke tanah.

“Saya nampak beliau halakan pistol ke bawah…bukan acu (ke arah samseng),” katanya yang mengikuti program jelajah berkenaan, sambil menggayakan semula aksi itu.

Selain itu, Maisuri dan rakannya, Abdul Hadi Suhaimi juga yakin dapat mengecam wajah samseng Umno yang menyimbah cat ke bas Merdeka Rakyat, jika kawad cam dibuat.

Menyatakan sudah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Jasin lewat malam 8 September lalu, beliau berkata, mereka nampak jelas insiden itu dari dalam bas, sebelum keluar merakam gambar dan video.

Laporan polis berhubung insiden itu sudah dibuat Radin Shamsulkamar pada jam 8.43 malam di balai polis sama.Keadilandaily

Read more ...

5 PERISTIWA!!! Memalukan oleh Najib UMNO@Bn dalam seminggu

Kesan daripada sokongan Rakyat yang semakin hari semakin ramai yang menyokong dan faham kepentingan menukar kerajaan UmnoBn, maka kegelisahan UmnoBn semakin ketara.
 
Walaupun Najib telah membayangkan akan mengadakan pilihanraya ke-13 dalam bulan November, tetapi dalam UMNO terdapat pergerakan yang semakin meningkat untuk menggulingkan dan menggantikan beliau dengan timbalannya Muhyiddin Yassin sendiri yang dipercayai mempunyai sokongan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad.
 

5 Peristiwa Yang Memalukan
3.6 Juta Tweet Dalam Tempoh Sejam
Menteri Penerangan Rais Yatim mendakwa kejayaan sokongan 3.6 juta tweet “mesej Hari Kebangsaan tahniah hashtag Najib # Merdeka55” telah dicatatkan hanya dalam satu jam pada 31 Ogos, tetapi rakyat Malaysia anggap ini hanya satu ‘pembohongan berani’ dan 'rekod dunia' yang telah dipalsukan.
Menurut firma penyelidikan media sosial, Politweet, "Peningkatan "corak ganjil" dalam twitter, di mana "blok besar” tweet yang sama telah dihantar pada masa yang sama dan hanya 5 tweet diterima dari luar negara - Myanmar, Switzerland, Britain, Indonesia dan Singapura”.

kantoi...
"Siasatan lanjut menunjukkan bahawa satu kumpulan kecil pengguna adalah bertanggungjawab bagi jumlah besar tweet. Pengguna ini mempunyai ciri-ciri yang serupa, misalnya akaun tarikh penciptaan, gambar profil, lokasi dan pengikut", Politweet berkata dalam satu laporan.
Rakyat telah menuduh penganjur menipu dengan menggunakan "bots" untuk satu gambaran palsu kekuatan politik.  'Bot' adalah program komputer yang direka untuk menghantar jawapan automatik kepada perkhidmatan.
Baling Kasut Dalam Masjid
Tidak ubah seperti Zionis, sekumpulan ahli Perkasa bertindak ganas dengan menyerang Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di sebuah masjid di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah.
Tindakan biadap itu tercetus apabila beberapa ahli Perkasa berhimpun dan memulakan provokasi dan seterusnya memadam lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, mengeluarkan kata-kata kesat dan membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan.
Ketua Perkasa yang dikenali sebagai Dato Yusof dikatakan mengugut bertindak lebih keras sekiranya Anwar tidak menghentikan kuliahnya serta-merta, bahkan turut menghalau imam keluar dari masjid berkenaan.
Itulah Perkasa yang disokong dan ditaja oleh Umno untuk mengkucar-kacirkan negara apabila UmnoBn kalah dalam pilihanraya nanti.  Serangan Perkasa terhadap Masjid mengingatkan kita puak Yahudi Israel yang menyerang masjid.


Mungkinkah Perkasa akan lakukan seperti Yahudi Israel membakar masjid?

Pijak Gambar
Macam sudah kekeringan isu, pijak gambar Najib dan Rosmah pun dijadikan isu besar.
Betapa hipokrit dan penipunya mereka ini yang buat-buat buta dan lupa kes budak UmnoBn kencing gambar Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Hadi Awang, membakar dan memijak gambar Lim Guan Eng, memijak gambar Tan Sri Khalid Ibrahim dan sebagainya.  Rakyat memerhatikan gelagat pemimpin UmnoBn yang cuba perbodohkan Rakyat dengan isu remeh dan berat sebelah.


Suspek yang ditahan, digari dan dibuang kolej..!??  Dengan memberi alasan yang memperbodohkan Rakyat...


Gambar Photoshop
Awal minggu ini, Najib telah dihina apabila media yang dikawal kerajaan telah menyiarkan gambar yang telah diedit (doctored) untuk memberi tanggapan orang ramai yang besar dan memuja beliau semasa rumah terbuka Hari Raya.
Agensi berita Bernama telah menafikan tuduhan tetapi ramai rakyat Malaysia yakin memandangkan bilangan besar keganjilan dijelaskan dalam gambar.
"Najib telah dituduh menggunakan Bernama untuk ubah gambar Raya 100,000 orang yang pergi ke rumah terbuka. Sudah tentu, ini akan membuat panglima perang Umno seperti Bernama lebih melompat gila," naib presiden PKR Chua Jui Meng berkata.
Sang Saka Malaya
Dalam tahun 1940-an, Sang Saka Malaya adalah panji perjuangan PKMM dalam menuntut kemerdekaan ditanah Melayu.  Panji ini juga pernah berkibar megah di negara ini, walaupun bukan secara rasminya ia bendera negara ini pada masa sebelum merdeka.
Sebab itu anak-anak muda merasakan bendera ini layak dikibar pada malam kemerdekaan selain dari Jalur Gemilang.  Penuh dengan pelbagai cerita pahit maung perjuangan disebalik sang saka Malaya ini.  “Bukannya niat anak-anak muda nak tukar bendera Malaysia!”, satu pembohongan media milik UmnoBn untuk mereka-reka isu.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Kling juga berkata, bendera Sang Saka itu memang sering digunakan oleh negeri-negeri Nusantara sejak dahulu lagi, namun ia bukanlah bendera asal Tanah Melayu, sebab bendera asal Persekutuan Tanah Melayu adalah yang menyerupai bendera Jerman!

Read more ...