Tuesday, November 20, 2012

HINA AHLI PAS!!! Ahli UMNO Haji Alfaiezeen Hamat memohon maaf




Akhirnya Haji Alfaiezeen minta maaf secara terbuka setelah menghina ulama dan ahli Pas serta mempersendakan kalimah syahadah . 

Setelah dikecam dengan hebat dilaman sosial dan blog  Haji Alfaiezeen Hamat terpaksa tunduk dan MEMOHON MAAF kerana keceluparan kata katanya yang menghina ulama serta  mempersendakan kalimah syahadah.

Moga diampun dosa serta di beri petunjuk dan hidayah oleh Allah kepada Haji Alfaiezeen.

Read more ...

Monday, November 19, 2012

DAH TAHU BANKRAP!!! ADUN UMNO cuba nak masuk DUN Kedah juga....


[Gempar] Petang ini ada ADUN BN yang di istihar BANKRAP cuba nak masuk DUN KEDAH petang nanti..!!




berita dari SINAR HARIAN:



Muflis: Speaker sah Syed Sobri hilang kerusi Adun


ALOR SETAR - Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail mengesahkan Adun Kuala Nerang, Datuk Syed Sobri Syed Hashim telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran laporan Jabatan Insolvensi membuktikan beliau sudah muflis sejak 7 April 2010.


Katanya, berdasarkan laporan rasmi itu, secara automatik Syed Sobri tidak boleh hadir Sidang Dun Kedah, bermula hari ini.“Saya sudah maklumkan pada beliau melalui surat rasmi yang dihantar Ahad lalu bahawa beliau tidak boleh hadir sidang Dun sebab sudah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat,” katanya.


Menurutnya, pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Insolvensi minggu lalu dan daripada laparon itu, Syed Sobri sudah pun diisytiharkan muflis sejak 2010.


Mengulas mengenai kekosongan kerusi Dun Kuala Nerang sejurus pengesahan itu, Dr Abd Isa berkata, ia perlu diisytiharkan secara rasmi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


“Sama ada kerusi Kuala Nerang perlu dikosongkan atau sebaliknya, bukan bawah bidang kuasa saya. Itu hak SPR untuk umumkan. Saya bercadang menghantar salinan dokumen berkaitan kepada SPR hari ini (semalam),” katanya. -SH 16/4/2012

Adun-Adun Pembangkang Dari BN

Read more ...

HUKUM TETAP HUKUM!!! Boleh murtad jika perlekeh Islam , yang UMNO dok terasa kenapa?


KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sesiapa sahaja orang Islam yang memperlekeh agama Islam dengan sengaja maka ia boleh jatuh kepada murtad (terkeluar dari Islam).

Katanya, tindakan memperlekeh Islam boleh berlaku dengan banyak cara termasuk menolak Islam sebagai dasar perjuangan kerana menganggap Islam itu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi zaman ini.

"Tak kira siapa pun kalau tok guru berserban berjanggut sekalipun kalau tolak islam dengan hati yang sengaja, dia kata Islam tak guna, dia murtad sekalipun tak ada mufti bagitau dia.

"Umno tolak Islam maka nampak dia telah memperlekeh Islam. Dia buang Islam macam buang ubat habis tempoh. Boleh jadi yang tolak Islam tu murtad dah, boleh jadi dia jahil, boleh jadi dia tak faham," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata, bagaimana PAS boleh percaya dengan ajakan Umno untuk bersama-sama mereka membela Islam sedangkan sejarah membuktikan Umno sendiri menolak ulamak dalam biro agama Umno waktu perjuangan kemerdekaan dahulu.

"PAS bukan dicipta oleh orang PAS tapi oleh biro agama Umno. Kami hanya jaga sahaja.

"Sekarang (Umno) nak ajak PAS (bersama-sama) bela Islam. Alim ulamak kamu pun kamu tolak, takkan kamu nak terima ulamak kami pula. Itu logiknya," tegasnya memberi analogi.

Sementara itu, dalam sidang media berasingan, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang turut ditanya wartawan berhubung kenyataan Mursyidul Am PAS itu yang mengaitkan Umno dengan murtad.

Presiden PAS itu bagaimanapun berkata, huraian berhubung murtad boleh dirujuk dalam Kitab Mustika Hadis yang diterbitkan Jabatan Perdana Menteri.

"Baca kitab itu, ada hukum mengenai orang yang memperlekehkan Islam. Itu kitab yang ditandatangani Tun Dr Mahathir," katanya tidak mahu mengulas panjang.

Carian Harakahdaily terhadap kitab dimaksudkan itu mendapati, bahagian kedua di bawah tajuk 'Iktikad kepercayaan yang bertentangan dengan dasar-dasar Islam', menyebut;

Melalui percakapan, iaitu tiap-tiap perkataan yang mencaci, menghina, merendah-rendah, mengecil dan mempermain-mainkan nama Allah, sifat-sifat-Nya, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ayat-ayat-Nya dan hukum-hukum-Nya serta hukum-hukum yang diterangkan oleh rasul-Nya.

Dan juga perkataan yang menolak, menafi dan mengingkari segala perkara yang sekata alim ulamak mensabitkannya atau menafikannya serta diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu dari agama.

Misalnya seperti katanya mengenai mana-mana hukum Islam:

1. “Hukum apa ini?”

2. “Hukum ini sudah lapuk.”

3. “Zaman sekarang tak patut diharamkan riba kerana mnghalangi kemajuan.”

4. “Dalam zaman yang serba maju ini kaum wania tak perlu dibungkus-bungkus.”

5. “Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?”

6. “Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya?”

7. “Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya?”

8. “Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam sampai kiamat kita tak maju.”

9. Berkata: “Perbuatan yang demikian tidak beradab” – apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad s.a.w selepas makan: menjilat sisa makanan dijarinya.

10. Berkata: “Aku tak mahu memotong kuku sekalipun sunat” – apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunat.

11. Berkata: “Si anu dah mulai menyalak” – semasa ia mendengar azannya.

12. Membaca ayat-ayat suci, hadis-hadis Nabi dan nama-nama Tuhan dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

13. Kata-kata mengkafirkan seseorang Islam, pada hal orang itu tidak diyakini ada padanya sesuatu sebab yang menjadikannya kafir, sebagaimana yang diterangkan oleh hadis Ibnu Umar yang diriwayatkan oleh Muslim.

Sumber :-
http://www.facebook.com/pas.selangor

Read more ...

KEHENDAK AWANG SELAMAT!!! Ketua Pengarah Kesihatan yang ditangkap khalwat diberi peluang kedua?


Dijangka satu mesyuarat Lembaga Tatatertib Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) peringkat tertinggi akan bermesyuarat hari ini, untuk menentukan nasib Ketua Pengarah Kesihatan (SKIM U – Perubatan- jawatan tertinggi dalam Skim Perubatan).

Lembaga Tatatertib tersebut difahamkan terdiri dari :-

        Ketua Setiausaha Negara (KSN) (PTD) - Ali Hamsa
        Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) (PTD) – Mahmood Adam
        Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia KKM  (PTD)

Mereka-mereka ini akan akan menentukan nasib Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Hasan Abdul Rahman (gambar kiri) (56 tahun) dan juga pasangannya iaitu jururawat gred U41, Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan (gambar kanan)  (35 tahun) dalam satu mesyuarat tatatertib di Sabah pada hari ini mengikut prosiding jenayah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Enam tindakan tatatertib yang boleh diambil terhadap mereka termasuk :

      1) diberikan amaran
      2) diturun pangkat
      3) ditahan kenaikan gaji
      4) hilang enrolmen
      5) ditahan kerja
      6) dipecat

Buat masa ini, Hasan Abdul Rahman diarahkan bercuti dan Timbalan Pengarah Kesihatan, Lokman mengambil alih tugas dan memangku tugas sebagai Ketua Pengarah Kesihatan untuk sementara waktu.


Utusan Malaysia baru-baru ini di dalam akhbar Mingguan Malaysia menerusi nukilan pojok Awang Selamat mengharapkan orang ramai dan termasuklah juga kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan peluang kedua kepada Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia ini, Hasan Abdul Rahman kerana Awang Selamat merasakan :

       Pertama -  Hasan Abdul Rahman seorang yang bertangungjawab dan telah mengaku terhadap kesalahan yang telah dilakukannya.
  
        Kedua - Dengan sikap bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia ini, Hasan Abdul Rahman ini tanpa memberikan sebarang alasan, Awang Selamat merasakan Ketua Pengarah ini mempunyai sikap yang mulia.
   
        Ketiga - Oleh sebab itulah Awang Selamat menerusi nukilannya merasakan anda, anda semua di sini patut memberikan peluang kepada Hasan Abdul Rahman.
   
 Dan paling menarik kenyataan dari Awang Selamat, yang merasakan masih ada lagi pemimpin yang lebih teruk perangainya tetapi tidak mahu mengaku kesalahannya. 


Siapakah pemimpin yang dimaksudkan Awang Selamat?  


Kalau dia maksudkan Anwar Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat sudah pasti nama itu disebutnya.


Adakah dia maksudkan di kalangan pemimpin tertinggi Umno dan BN?

Jika ya mengapa tidak berani tulis di ruangannya sendiri?


Apakah hanya tunggu masa untuk bertindak dan menanti isyarat 'lepaskan' dari ibu pejabat Umno baru terbongkar siapa sebenarnya yang dimaksudkan?


Sekali terlanjur, sampai bila-bila orang akan pandang serong kerana kakitangannya sendiri sudah tidak mampu nak sorokkan muka setiap kali melawat hospital kerajaan di seluruh negara!JALAN PULANG

Read more ...

GAMBAR HARI INI!!! Pencacai UMNO tak reti baca tulisan jawi tapi ada hati nak fitnah, hasilnya kantoi...... .....

Read more ...

Sunday, November 18, 2012

FITNAH MAKAN DI KEDAI mcD!!! Ust. Azhar Idrus jawab fitnah juak-juak UMNO


ARTIKEL INI SUSULAN DARI ARTIKEL TERDAHULU YANG ADMIN POSTKAN.
Penjelasan Ustaz Azhar Idrus ( Original ) tentang gambar UAI & keluarga tersebar makan mcD..

"Ini di Johor bukan Kota Baru, ambe xmakan di mcD tp bersebelahan dengan mcD, kawan dari JB yang belikan aiskrim tu untuk anak. Gelas air kopi tu diisi dengan air nescafe yg dibeli olih rakan dr kedai sebelah. Isteri xmakan apa2 pun.

Begitulah bunyi ayatnya...semoga kepada juak-juak UMNO yang dok fitnah itu, mohon bertaubat.
 
Semoga terjawab sudah segala kekeliruan dan fitnah berniat jahat ini.....kepada para penyokong, peminat dan pengkagum Ustaz Azhar Idrus yang cepat melatah itu agar bawa bertenang dan baca dulu apa yang admin tulis bebelum nak keluarkan sebarang komen dan hujah... Jangan main terjah membuta tuli dan komen hentam kromo.OMAK KAU

Read more ...

FITNAH TERBARU KE ATAS UST AZHAR IDRUS!!! Juak-juak UMNO memang keji


Rakaman gambar Ustaz Azhar Idrus bersama keluarganya konon dikatakan sedang menikmati hidangan di "Restoran Mcd" kini tersebar luas dengan ligatnya di alam internet.

Persoalan yang ingin admin lontarkan ialah...Betul ke ini salah satu rangkaian Restoran McDonald?

Pada pengamatan admin ini bukan Restoran McD tetapi Restoran KFC..Kentucky Fried Chicken.

Hanya disebabkan kini kuat mengajak rakyat boikot Restoran McD maka ada juak-juak UMNO ambil peluang dan kesempatan nak memfitnah Ustaz Azhar Idrus.

UMNO DENGAN FITNAH BERPISAH TIADA.OMAK KAU

Read more ...

KALAU DAH BETUL BERJUANG ISLAM!!! Kenapa takut dengan doa yang dibaca orang PAS?


Doa yang dibaca oleh adik Menteri Besar Kelantan, Nik Razi Nik Mat dan diaminkan oleh puluhan ribu penyokong Pas selepas solat hajat sempena Muktamar Agungnya di Stadium Sultan Muhammad IV Kelantan, baru-baru ini mengundang isu baru yang diperkatakan oleh hanpir setiap orang.

Doa itu, selain meminta dimudahkan perjalanan Pas dan PR untuk menawan Purtajaya dalam pilihanraya akan datang, ia juga meminta kepada Allah supaya dihancurkan UMNO dalam pilihanraya ini sebagaimana hancurnya Firaun, Qarun, Namrud dan Abu Lahab.


Sementara Pas dan puak pembangkang mempertahankan doa itu atas alasan UMNO telah melakukan pelbagai penindasan, penganiayaan, menghina hukum Allah, menolak hudud, tidak memberi royalti minyak dan pelbagai deretan kesalahan lainnya, UMNO sebaliknya telah menggunakan isu doa itu untuk mengecam Pas sebagai parti yang tidak Islamik sehingga dikatakan sanggup mendoakan kehancuran orang yang sebangsa dan seagama dengannya.


Sehingga kini UMNO ternampak rimas dengan doa ini dan cuba menunjuk baik dengan mengatakan biarlah Pas berbuat demikian tetapi bertegas bahawa UMNO tidak sekali-kali akan mendoakan kehancuran untuk Pas.


Najib sendiri turut menggunakan isu doa ini untuk mengaitkan Pas sebagai tidak Islamik kerana menurut PM, doa biasanya hanyalah untuk meminta panjang umur, murah rezeki dan diberikan kesejahteraan sahaja dan bukannya meminta dimusnahkan pihak lain.


Sebagaimana yang semua umat Islam ketahui serta yakini, doa adalah senjata akhir yang paling berkuasa dan mampu mengubah Qada dan Qadar. Dengan berdoa dan kemudian jika dimakbulkan Allah, sesuatu perkara yang luar biasa dan di luar jangkaan boleh berlaku.


Namun doa mestilah dilakukan setelah berusaha dan bertawakkal kepada Allah.


Itulah kepercayaan seseorang yang menganut Islam. Bahkan dalam Islam juga disebut bahawa doa orang yang dizalimi akan terus sampai kepada Allah tanpa hijab atau tanpa sebarang halangan. Sebab itu doa memang amat digalakkan dalam Islam sebagai usaha akhir memohon sesuatu kejayaan.


Dalam konteks doa Pas yang meminta dihancurkan UMNO dalam pilihanraya akan datang, perlulah diingat bahawa doa adalah hak sesiapa juga yang meyakini kekuasaan Allah serta merasakan ianya dizalimi atau dianiaya untuk berbuat demikian.


UMNO juga boleh berdoa untuk kehancuran Pas jika mereka merasakan Pas menzalimi mereka. Soal sama ada doa itu akan dimakbulkan atau tidak, itu adalah ketentuan Allah.


Sebagai parti Islam yang didokong oleh ramai ulama serta pencinta agama, Pas tidak mungkin berdoa untuk kehancuran atau kekalahan UMNO dalam pilihanraya jika persaingan yang diterima selama ini masih dalam lingkungan serta batas-batas yang dibenarkan oleh Islam.


Pas tentulah ada alasan serta hujah tersendiri dengan berdoa demikian kerana hanya mereka yang mengalaminya. Orang yang yakin kepada Allah, berdoa dan menyerahkan segala-galanya kepada Sang Pecipta adalah nikmat yang tak terhingga rasanya.


Bagi UMNO pula, reaksi yang keterlaluan terhadap doa itu hanya memperlihatkan nereka berada di pihak yang salah dan seolah-olah takut doa itu akan dimakbulkan Allah. Jika UMNO dan para pemimpinnya sentiasa berasa di jalan yang lurus, sentiasa menegakkan hukum Allah, memerintah dengan adil dan amanah, tidak rasuah,tidak makan harta rakyat, tidak menindas, tidak menganiaya, tidak melakukan fitnah dan sebagainya, tidak ada apa yang ditakutkan dengan doa itu.


Hanya orang salah saja yang takut dengan doa kehancuran itu.


Dalam sejarah Islam sendiri, sebagaimana yang disebut oleh bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin, ada meriwayatkan beberapa peristiwa bagaimana orang berdoa kepada Allah kerana merasa dizalimi serta minta diberi pembalasan dan akhirnya doa itu dimakbulkan oleh Allah.


Doa Pas meminta Allah menghancurkan UMNO sebagaimana hancurnya Firaun, Qarun, Namrud dan Abu Lahab adalah jelas bahawa doa itu dipohon sekiranya tahap kerosakan, penganiayaan, kemungkaran serta penolakan terhadap hukum-hukum Allah yang dilakukan UMNO sudah sampai ke tahap yang pernah dilakukan oleh musuh-musuh Islam itu.


Makanya, tiada salah dan cacatnya doa itu.


Yang pentingnya Allah tidak akan menganiaya hamba-hambanya. Allah maha mengetahui. Tidak peru risau, takut atau mengelabah dengan doa Pas itu jika UMNO dan pemimpinnya berada di landasan yang betul dan lurus selama ini.


Tetapi jika UMNO dan pemimpinnya memberi reaksi yang berlebih-lebih dan ketakutan yang melampau ditunjukkan terhadap doa itu, ia hanya menunjukkan doa Pas telah pun dimakbulkan lebih awal dari yang sepatutnya.(SH 18/11/2012)

Read more ...

GAMBAR HARI INI!!! Dulu kutuk PKR pasal kenderaan ini, dalam diam-diam .....

Read more ...

DAP KECAM ISRAEL!!! MCA tunggu Chua Soi Lek

Hari ini didalam tweet YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis yang juga Ahli Parlimen Taiping mewakil DAP negeri Perak mengecam tindakan zionis Israel yang menganas di Gaza.

Terima kasih dan syabas buat DAP 
Perak yang jelas mengutuk kekejaman Israel tehadap rakyat Palestin.



Bagaimana pula dengan MCA Perak..? 
Buat  masa ini tiada sebarang kenyataan dibuat oleh MCA Perak mengenai isu kemanusiaan sejagat ini,munking dok tunggu pengerusinya bagi kenyataan yang tak lain dan tak bukan lagi penghina Islam terkemuka tanahair Chua Soi Lek.


Zambry Kadir Menteri Besar Perak yang tidak halal pun masih belum menyatakan kecaman atau bantahan atas apa yang berlaku, mungkin dok sibuk dengan permasaalah bakal-bakal calon kerusi UMNO yang kritikal di Perak.

Khabarnya banyak kerusi UMNO di negeri Perak bakal di serahkan kepada MCA...Nampanya Zambry dan Chua Soi Lek mana ada masa nak fikir tentang kesengsaraan rakyat Gaza.

Pengerusi MCA Perak Chua Soi Lek hina hukum Islam pun UMNO Perak dok diam,tak berani nak bersuara...hahaha....
DAP dah kecam Israel sebab pembunuhan umat Islam di Gaza dan MCA kemungkinan tunggu Chua Soi Lek hina Islam lagi.. Orang ni

Read more ...

Saturday, November 17, 2012

UMNO LUNYAI !!! 400 keluar BN sertai PKR


Kemasukan 400 ahli Umno Cawangan Batu Putih dalam parlimen Kinabatangan yang diketuai Ariffin Ganing ini merupakan jalan perintis dan laluan kepada parti Pakatan Rakyat mara ke hadapan khususnya bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baru selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.

Ada beberapa sebab kenapa mereka meninggalkan Umno, kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) kerana mereka sudah jelak dan bosan dengan pembohongan para pemimpin Umno yang cakap tidak serupa bikin.

Banyak janji-janji yang tidak ditepati, kalaupun ada, pembangunan dan kemudahan-kemudahan asas disalurkan hanya untuk  kaum kerabat dan kroni ADUN berkenaan sahaja yang mendapat keistimewaan.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata demikian semasa diwawancara oleh Sabahkini.Net sejurus selepas merasmikan program Reformasi Kebangkitan Rakyat Kinabatangan anjuran KEADILAN Zon Sukau, kelmarin.

Katanya, rakyat Kinabatangan mulai sedar bahawa ADUN Sukau gagal membela nasib rakyat yang terus tertindas di mana tanah-tanah mereka dirampas dan direstui Kerajaan Negeri Sabah.

Sebagai bukti kata Azmin, kes tanah Sungei Koyak A Fasa I, II dan III di kawasan Kinabatangan telah menghadapi masalah yang membabitkan 400 pemilik telah menjadi mangsa penipuan oleh orang yang rakus merampas tanah-tanah mereka kemudian dijual kepada syarikat-syarikat yang ada kepentingan dengan para pemimpin Umno.

Katanya lagi, kegagalan ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Kinabatangan iaitu Bung Moktar Radin membantu menyelesaikan tanah seluas lebih 3,000 ekar yang kini menjadi milik Kwantas Plantation telah mencetuskan kemarahan dan kebencian di kalangan pemilik-pemilik tanah tersebut terhadap kerajaan Umno dan BN sedangkan mereka adalah pengundi tegar dan penyokong kuat rejim itu.

"Kita bersyukur kerana kini mereka telah mengalihkan sokongan mereka dan kini mendapat 400 undi bonus pada pilihanraya umum akan datang," ujar Azman sambil senyuman puas.


Kaa Azmin lagi, mereka kini bosan dan kecewa kerana Kerajaan BN lebih mengutamakan warga asing yang mendapat kerakyatan songsang daripada anak jati Sabah.

"Ada 4 isu yang saya akan jelaskan di sini yang sedang menghantui Najib Altantuya. Pertama Najib Altantuya takut dengan RM (Rosmah Mansor); kedua takut dengan hantu Altantunya; ketiga takut dengan RCI (Suruhanjaya Diraja Siasat Pendatang Asing Tanpa Izin) dan yang keempat takut dengan pilihanraya,” ujar Azmin sambil berseloroh.

Kata Azmin lagi, 70 peratus wakil rakyat Umno walaupun tidak berjawatan menteri dan hanya bergelar ADUN tetapi memiliki harta 'karun' berjuta-juta ringgit, 3-4 buah kereta mewah; rumah bunglow, beristeri lebih daripada dua; tidak termasuk gundik dan perempuan simpanan yang hidup dalam penuh kemewahan.

"Bagi menutup segala kepincangan mereka, kerana hendak menambat kembali hati rakyat yang terluka, Kerajaan Umno dan BN terpaksa berhutang berbilion ringgit untuk membiayai banyak projek kacang putih, tetapi rakyat kini tidak lagi secuai dulu,” ujarnya yang meyakini bahawa rakyat hanya mengambil segala bantuan diberikan tetapi tetap memilih Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan selepas PRU-13.


Foto dan berita ihsan Sabahkini.Net

Read more ...

MALAYSIA JUAL MINYAK SAWIT KEPADA ISRAEL!!! Pejabat PM Palestine diletupkan oleh Israel

Baca sini dulu http://darisungaiderhaka.blogspot.com.au/2012/02/israel-funding-corp-pengedar-minyak.html

http://gigitankerengga.blogspot.com.au/2012/11/felda-jual-minyak-sawit-ke-israel.html

Pejabat perdana menteri Palestin, Ismail Haniyeh sebentar tadi telah dibom tentera rejim Israel laknatullah yang terus melancarkan serangan yang masuk hari keempat berturut-turut.Pejabat itu juga menempatkan ibu pejabat operasi Hamas, pemerintah Palestin sejak memenangi pilihanraya pada 2007. 

Difahamkan Ismail tidak berada di pejabatnya ketika serangan menggila itu dilancar menggunakan roket jarak jauh.Semalam, roket tentera rejim hampir mengenai kediaman Ismail kurang 30 meter dari kawasan rumahnya menyebabkan penjana elektrik bergerak meletup tetapi tiada yang cedera.

Roket tersebut dilancarkan dari laut menggunakan kapal perang yang sudah bersiap sedia menunggu arahan untuk dilepaskan.Ketika ini, pejabat Ismail dibedil teruk dan kerosakan yang dilihat setakat ini sangat membimbangkan.

Setakat ini, lebih 36 penduduk Palestin terbunuh manakala lebih 300 yang lain cedera dalam serangan bertali arus rejim yang diketuai perdana menterinya, Benjamin Netanyahu.Semalam, pejuang Al Qassam menggempur pejabat Netanyahu dan parlimen Israel, Knesset menyebabkan seluruh ahli parlimen rejim lari bertempiaran menyelamatkan diri masing-masing dengan berlindung di bawah kubu kebal yang dibina khas sekiranya berlaku serangan di semenanjung tanah Palestin itu.


Sementara itu, Presiden Mesir, Muhammad Mursi akan bergerak ke Semenanjung Gaza bersama-sama dengan tentera negara itu membantu pejuang Palestin mempertahankan tanah air mereka.

Israel pula meluluskan usul menggempur kesemua tanah milik rakyat Palestin dengan mengarahkan 75 ribu tentera rejim bersiap sedia untuk mara ke selatan dari Tebing Barat.Laporan terkini menyebut, keadaan kini kelam kabut dengan beberapa lagi nyawa melayang akibat serangan yang dilancarkan ke atas pejabat Ismail sebentar tadi.

Seorang ahli parlimen rejim menyatakan bahawa Ismail mesti dihapuskan dengan apa cara sekalipun, menunjukkan bahawa rejim sudah tidak berminat dengan perjanjian damai tajaan Washington yang kini menyokong Israel melancarkan serangan konon bagi mempertahankan negara haram itu.Perang terbaru ini meningkatkan ketegangan di Semenanjung Arab termasuk di Syria yang terang-terang disokong Netanyahu kerana berani membunuh penduduknya sendiri tanpa belas kasihan
http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/11/terkini-pejabat-pm-palestin-dibom-rejim.html

Read more ...

DEMI NAJIB!!! Hishammuddin arah Imigresen, PDRM siasat kehadiran Peguam Perancis


KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkaitan bagi menyiasat isu kehadiran dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham ke Dewan Negara, Khamis ini untuk memberi taklimat berhubung kes kapal selam Scorpene.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata beliau sudah meminta laporan terperinci daripada Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu ini.

“Sekiranya perlu ditahan maka mereka akan ditahan tapi ia perlu ada asas yang kukuh.

“Itu saya serahkan kepada agensi dan pihak berkenaan untuk melakukan siasatan bersandarkan insiden yang berlaku sekarang,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.


Justeru, katanya, beliau menasihatkan mana-mana pihak supaya tidak mempolitikkan keadaan ini walau apa juga keputusan yang akan dibuat nanti. BH

Read more ...

BN RESAH!!! 213 ahli BN keluar parti sertai PKR

Gelombang perubahan berterusan di Sabah kian sukar dibendung sekaligus menyaksikan rakyat negeri ini kian beralih arah kepada Pakatan Rakyat.
Buktinya, seramai 213 orang ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) merangkumi empat buah parti iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Umno dan Parti Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) telah mengisytiharkan dengan rasminya menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Tenom.

Mereka telah menandatangani secara TRANSPARENT borang penyeraan tanpa ada paksaan dari sesiapa dalam majlis itu, malam tadi.Halik Zaman ketika mengalu-alukan penyertaan bekas ahli parti BN ke dalam KEADILAN Cabang Tenom bermakna sudah sebilangan besar rakyat Tenom menolak BN yang mereka anggap parti kuno yang sudah tidak berfungsi membela nasib rakyat khasnya rakyat Tenom dan seluruh rakyat Malaysia amnya.
Salah seorang bekas ahli BN, Taib Kimin berkata, “Kami sudah mengambil keputusan muktamad.

Kami sudah rasa jadi anggota BN bagai anak tiri kepada Umno dan kami tidak rela selama-lamanya bagai katak bawah tempurung tanpa melihat dunia yang sering berubah ubah. 
Kami pilih PKR sebagai wadah politik kami mahukan perubahan dalam hidup kami.”Borang penyertaan mereka akan diproses di ibu pejabat parti tersebut di Petaling Jaya, Selangor dalam masa terdekat.

Sementara itu, dalam satu lagi majlis berasingan, Saimon Sambang yang merupakan Ketua Cawangan Parti Maju Sabah (SAPP) bersama Setiausaha SAPP Cawangan Kampung Lalandang, Arus Paran juga dengan rasminya menyertai PKR Cabang Tenom.

Setiap kampung diadakan ceramah kelompok menerangkan hala tuju KEADILAN.Kelihatan Masdin Tumas sedang memberi penerangan dalam Buku Jingga yang kini dicadangkan oleh Pakatan Rakyat yang boleh mengubah hidup rakyat Sabah dan Malaysia lebih baik dari transformasi Najib Altantuya yang penuh dengan janji kosong dan pembohongan.
Menurut Leong Chau Chu, kalau menang pun Parti Reformasi Sabah (STAR) satu atau dua kerusi ia tidak ke mana-mana. Kerana parti STAR sebuah parti kecil yang berpusat di Sarawak “serba serbi kekurangan”. Terpaksalah setiap kali mesyuarat AJK semua AJK Bahagian dikerah menderma RM100 seorang barulah mesyuarat boleh dijalankan. 
Beliau menyertai KEADILAN sebuah parti nasional yang mewakili semua bangsa dalam Negara Malaysia.

Laporam Halik Zaman,
Ketua KEADILAN Cabang Tenom, Sabah

Read more ...

TAKLIMAT SCORPENE!!! Idris Haron yang 'meroyan' , Bung Mokhtar yang profesional

KUALA LUMPUR 16 November: Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron dari Barisan Nasional (BN) ‘meroyan’ apabila disoal tentang Scorpene.Ketika dihubungi Keadilan Daily, beliau ditanya berhubung kesediaannya untuk hadir mendengar taklimat Scorpene yang akan disampaikan dua peguam Perancis, William Bourdon dan Joseph Breham di Parlimen minggu depan.Idris menjawab, 
“Saya tak perlu dengar keterangan penipu macam itu, orang macam itu akan guna apa cara sekalipun untuk buktikan dia betul,” katanya penuh emosi.


Lebih teruk lagi, beliau turut merapu dengan menghambur kata-kata ‘pedas’ terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cuba memburukkannya.
Sebelum ini, beberapa Ahli Parlimen BN menafikan kebenaran kes rasuah pembelian Scorpene yang melibatkan pemimpin tertinggi negara.

Antaranya, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertegas kononnya pembelian kapal selam Scorpene adalah mengikut prosedur perundangan.
Kerajaan juga mengatakan tiada kes sedang berjalan di Mahkamah Perancis.Bourdon dan Breham akan memberi penerangan kepada Ahli Parlimen mengenai prosiding inkuiri di Tribunal De Grande Instance berkenaan pembelian kapal selam Scorpene oleh Kerajaan Malaysia.

Berbeza dengan Idris, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang juga pemimpin BN dilihat agak profesional kerana sedia untuk hadir taklimat tersebut Khamis depan. ~kd

Read more ...