Saturday, December 8, 2012

MAI BACA!!! Analisis misteri kenapa Musa Hasan U-Turn

Diekori Cawangan Khas? Banyak yang mahu dikongsi oleh Musa yang TERDESAK

Apabila kita mempunyai perdana menteri (PM) yang licik seperti Mahathir Mohamad, ketua polis negara (KPN) yang patuh seperti Musa Hassan dan Peguam Negara (AG) yang dipersoalkan kredibilitinya seperti Abdul Gani Patail, terlalu banyak perkara yang boleh dipalsukan untuk mengekalkan status quo dan menyembunyikan sistem yang dibina dengan begitu teliti oleh Mahathir dan parti UMNO untuk mengaut keluar wang negara sehingga ke ringgit yang terakhir.

Kita semua tahu salah laku Mahathir seperti penyalahgunaan kuasa dan wang serta pembaziran ke atas perbendaharaan negara tanpa rasa perlu menabung untuk kecemasan. 
 
Sekali gus meninggalkan orang Melayu ‘kering kontang’ seperti pengemis di tempat kelahiran mereka sendiri.

Read more ...

BERITA BUTA TULI!!! The Star bakal berhadapan tindakan saman

Selepas akhbar rejim pencacai Umno, Utusan Malaysia terpaksa meminta Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) mengutip derma bagi membiayai tuntutan saman fitnah yang oleh pemimpin Pakatan Rakyat kini dianggarkan RM2.4 juta, hari ini satu lagi akhbar kawalan rejim milik MCA pula bakal menerima nasib serupa!

Parti Islam Semalaysia (PAS) menafikan empat orang bukan Islam ditangkap kerana berkhalwat di Kelantan dan mengatakan bahawa kerajaan negeri mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap akhbar The Star kerana laporan yang tidak berasas untuk mewujudkan rasa takut di kalangan orang bukan Islam.
Parti Islam itu turut berkata, akhbar itu mengeluarkan laporan sedemikian untuk tuan politik mereka oleh kerana pilihanraya umum yang bakal diadakan tahun hadapan.

Read more ...

TIADA JIHAD DI PALESTIN!!! Dr Asri bagi kuliah kepada ulama Muda UMNO



Tahniah, ulasan yang penuh ilmiah dari Dr Asri...Ulasan penuh hikmah tanpa melukakan mana-mana pihak...Memang Palestin kini menjadi isu global. Palestin bukan isu terpencil pabila PBB pun sudah mula mengiktiraf kewujudan Palestin.

Atas kertas, pertikaian Zionis dan Palestin selama ini memang dilihat berat sebelah. Kalau nak diikutkan kelengkapan persenjataan yang ada pada Hamas memang la agak kekurangan tapi berkat doa orang Islam seluruh dunia, Allah menolong mereka...

Read more ...

PECAH BERITA!!! Kubu kuat BN berjaya dipecahkan lagi di Sabah


Bekas Sarjan Mejar, Eddie Maringking mendahului senarai bekas pemimpin BN menyerahkan 68 borang keahlian menyertai KEADILAN dari penduduk Kampung Togop, di DUN Kuilu, dalam parlimen Tuaran dalam satu majlis ceramah di kampung itu malam tadi.

Borang tersebut diserahkan kepada ahli majlis pimpinan KEADILAN negeri, Ansari Abdullah yang juga merupakan Ketua Cabang Tuaran dan disambut dengan laungan "Ini Kalilah Tukar" oleh ratusan hadirin yang membanjiri tapak ceramah di kampung itu.

Read more ...

SAMBUTAN 25 TAHUN HAMAS!!! Bendera PAS dibenarkan dikibarkan bersama-sama bendera HAMAS (Video & Gambar)






Mahrajan ~ Sambutan Khas 25 Tahun HAMAS di Dataran Katibah Al-Khadra' Ghazzah [8/12/2012 12tghari]

 "... dianggarkan hanya 1000 org telah berkumpul 

memberikan sokongan kepada pemberontak HAMAS

 di Gaza pada 8/12/2012"

Caption sebegini mungkin bakal masuk Utusan esok 


sbb M'sia adalah antara negara dunia yg tidak 

mengiktiraf Kerajaan HAMAS, bahkan memalukan 

perwakilan Kerajan HAMAS yg hadir ke Malaysia. 

Byjk kali pimpinan M'sia tegas menyatakan HAMAS

 itu adalah sebuah kumpulan pemberontak...

 

Read more ...

GAMBAR HARI INI!!! Jika DAP yang buat sahih sebulan kena maki dalam TV3 dan Utusan, tapi tengoklah .............

Read more ...

MAI TENGOK!!! Himpunan Kebangkitan Rakyat Melaka, Najib dah boleh bubar parlimen

Rakaman gambar diatas ialah suasana di Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Melaka malam ini dan bukannya jamuan makan malam bersama najib Razak dan Ali Rustam.

Mereka datang dengan kerelaan sendiri tanpa diberi upah, makan nasi bungkus dan air mineral.  Tiada pengangkutan bas percuma disediakan.

Dahlah tiada duit saku disediakan, duit dalam saku mereka pula dikeluarkan untuk tujuan derma dana politik PR menghadapi PRU 13.

Read more ...

MARAH & GERAM!!! Rakyat tunjuk perasaan, kamera AES kena cat merah


Mungkin ini sebagai protes orang awam terhadap pelaksanaan AES."Ini memang satu tunjuk perasaan oleh orang ramai yang tidak puas hati dengan sistem AES ini. Ia dianggap tidak adil dan membebankan,

Dua kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lembah Klang menjadi sasaran perbuatan vandalisme dengan kedua-duanya disembur cat merah, dipercayai dilakukan awal pagi ini.

Hasil tinjauan Sinar Harian Online di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang ini mendapati kamera itu masih berfungsi seperti biasa, namun proses rakaman mengalami gangguan ekoran cat merah pada permukaan kamera.

Read more ...

MACAM-MACAM NAJIB TABUR UMPAN!!! Yang dapat hanya seKatak Penang, nanti tabur umpan di Kelantan untung dapat Raja Katak


Bekas pemimpin KEADILAN, Zahrain Mohamed Hashim hari ini menyerahkan surat sokongan kepada Perdana Menteri, Najib  menyatakan niatnya untuk menyertai semula Umno, lapor The Star Online.

Beliau dilaporkan membawa bersama 346 ahli yang kununnya dikatakan dari Cabang KEADILAN Bayan Baru, Jelutong dan Bukit Gelugor. Menurut akhbar dalam talian berbahasa Inggeris itu lagi, surat hasrat telah diserahkan kepada Najib selepas majlis makan tengah hari awam di pejabat Umno Bahagian Bayan Baru.

Read more ...

Friday, December 7, 2012

CEMAR NAMA BAIK!!! Penduduk Kampung Gombak Utara tuntut Pemuda UMNO minta maaf

KUALA LUMPUR 8 DIS: Penduduk Kampung Gombak Utara menuntut Ketua Pemuda Umno Gombak, Megat Zulkarnain Omardin memohon maaf atas perbuatan biadab samseng Umno sehingga menyebabkan kecederaan pengunjung ceramah Merdeka Rakyat, 4 Disember lalu.

“Kami menyeru Ketua Pemuda Umno memhon maaf atas cubaan menyemai budaya samseng kepada penduduk kampung yang selama ini dikenali bersopan santun dan berbudi pekerti. Di Gombak Utara, tidak ada budaya samseng sampai hari ini.

Read more ...

MASIHKAH INGAT!!! 'Ms Tow Truck' dah tak naik truck, lebih baik naik treler DAP ?


jessie ooi 05Ketua Beliawanis MCA Selangor, Jessie Ooi tidak lagi menjadi penyelaras BN Selayang apabila dia tidak dilantik semula selepas tempoh jawatannya itu tamat enam bulan lalu.

Ooi menjadi terkenal dan mendapat gelaran 'Ms Tow Truck' selepas meledakkan kemarahannya sewaktu debat umum antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng Februari lalu.


Dalam genangan air mata, Ooi memberitahu satu sidang akhbar semalam bahawa dia gagal mendapat sokongan padu daripada pemimpin parti dan jawatannya sebagai penyelaras BN Selayang kemudiannya tidak dilanjutkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN.

Read more ...

UTUSAN BANGANG!!! Sekarang nak membangangkan orang pula, tapi ada juga yang terbangang dengan Utusan




"Orang ramai pegang nadir bumi bukti lynas selamat" - Utusan. Nak kata bengong, marah - tp mmg bengong pun. Korg pegang nadir bumi dalam bentuk fizikal mcm tu mmg la selamat bongok.

Yg jd x selamatnya ialah ketika logam atau galian itu diproses, iaitu ketika ia berada dalam keadaan x stabil. Apa jua logam atau galian adalah berbahaya ketika berada dalam keadaan x stabil.

Memandangkan nadir bumi ini beradioaktif tinggi, lagi la bahaya. Faham? Suh belajo kimia, xnak.Mcm ko pegang bom la. Mati x pegang bom? Mana mati. Sebab bom tu x berbahaya ketika stabil. Cuma ko tarik pin dia tgk.

Read more ...

BUMI DIPIJAK MILIK ORANG!!! Betul la lirik lagu tu, tapi milik Kawan UMNO


Satu tinjauan mendapati mendapati sebuah bangunan bagi menempatkan ibupejabat MCA bahagian Langat terletak di atas tanah negeri yang didakwa dipajak kepada parti itu pada harga RM1 sekaki persegi.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie ching yang mengetuai tinjauan itu bersama ahli majlis tempatan, Lee Kee Hiong hari ini berkata, dalam perbandingannya, nilai tanah komersial di bandar Kajang di tempat bangunan itu terletak adalah RM150 sekaki persegi.

Read more ...

HADIAH JIKA BN MENANG!!! Bil elektrik akan naik hingga 41 peratus



PETALING JAYA, 7 Dis — Sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal memerintah selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, PKR menjangkakan rakyat akan membayar tarif elektrik yang lebih tinggi sehingga kadar 41 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR, Wong Chen berkata, melalui pelan rasionalisasi subsidi PEMANDU untuk meningkatkan kadar tarif elektrik setiap enam bulan selama lima tahun, pengguna yang kini membayar kadar purata sekitar RM0.33 sen /kWj, akan membayar sehingga kadar mencecah RM0.46 sen /kWj.

Read more ...

SEMAKIN UMNO HENTAM!!! Semakin rakyat sayang kepada Pakatan, buktinya tengoklah.......

Betul ke Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Kedah di Stadium Sultan Abd Halim, Suka Menanti, Alor Setar tidak berapa ramai sangat yang datang sebab rakyat dah mula menolak PAS/PR selepas Perhimpunan Agung UMNO 2012.

Rakyat Kedah dikatakan sudah terpukau, tersilau dan terpegun dengan kata-kata hebat lagi bersemangat Presiden UMNO Najib Razak di PWTC.

Rakyat sudah mula kembali menyokong UMNO.

Read more ...