Ini termasuklah Pengerusi ILMU sendiri, Ustaz Fathul Bari Mat Jahaya di muka hadapan Sinar Harian dan Utusan Malaysia hari ini 18 Disember 2012 yang mendesak agar Amanat ini ditarik balik.
Dengan tidak menafikan hormat saya kepada ilmu yang dimiliki oleh beliau, saya mengira bahawa desakan ini tidak lain hanyalah merupakan salah satu helah dari pihak UMNO untuk mencalarkan imej Presiden PAS ditambah dengan suasana yang sedang menghampiri PRU13 ini.









