KUALA LUMPUR:
Dengan hanya memakai singlet, seorang pegawai kanan polis telah
mengambil kenyataan ahli perniagaan Deepak Jaikishan mengenai Akuan
Bersumpah kedua P Balasubramaniam.
(Deepak bersalam dengan Mahfuz selepas mesyuarat antara mereka)
Kenyataan itu pula bukannya diambil di Balai Polis tetapi di rumah pegawai kanan polis yang berpangkat ACP berkenaan.
Ia berlaku minggu lalu ketika Deepak sedang memberikan keterangannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
di Putrajaya mengenai SD 2 itu.
Read more ...
BUTTERWORTH - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow boleh
menjadi ketua menteri jika BN diberi mandat mentadbir semula negeri ini.
Ia bayangan pertama BN di negeri yang kini ditadbir Pakatan Rakyat.
Dipetik Bernama, beliau berkata, ini bukanlah satu pengumuman tetapi ia
menggambarkan BN mempunyai pemimpin yang lebih layak untuk menerajui
negeri ini dengan lebih baik.
"BN mempunyai banyak perancangan untuk majukan Pulau Pinang termasuk
membina lebih banyak rumah mampu milik bagi mengatasi masalah perumahan
di negeri ini, juga pelbagai projek pembangunan lain.
Read more ...
Dalam pilihanraya umum akan datang ini, Johor adalah antara negeri yang
menjadi tumpuan antara BN dan PR. Sementara BN mengharapkan Johor akan
terus kekal sebagai kubu kuatnya, PR pula mensasarkanu untuk merampas
beberapa kerusi di negeri itu.
Dalam pilihanraya 2008 lalu, Johor adalah antara negeri yang menyumbang
banyak kerusi kepada BN, selain Sabah dan Sarawak.
Dengan hanya
kekurangan 30 kerusi berbanding BN dalam pilihanraya lalu, PR kini
sedang melipatgandakan usaha merobek sebanyak mungkin kerusi di
ketiga-tiga negeri itu bagi membolehkannya menawan Putrajaya.
Read more ...
BIAR GAMBAR BERBICARA...LIHAT DENGAN MATA KEPALA SENDIRI....MISI TAWAN SELANGOR SUDAH MENJADI MISI MIMPI!!!!!!
Ceramah
anjuran PERKASA dengan kerjasama JATI di Taman Cempaka Sari 3, Jalan Hj
Sirat Klang malam tadi dengan pencaramah-penceramah "hebat" dari JATI
Ustaz Hassan Basri dan Exco Pemuda UMNO merangkap Ketua Unit Pemidato
Pemuda UMNO dan Ahli Pemikir JASA, Lokman Adam atas tajuk JOM TOLAK PAKATAN telah menjadi JOM TOLAK UMNO/BN.
Read more ...
AMPANG:
"Saya yakin kali ini Pakatan Rakyat akan menang," kata bekas strategis
Angkatan Tentera Malaysia, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafiz Abdul
Hamid (gambar).
Penegasan itu dibuat beliau ketika memberikan ucapan dalam Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS.
Datuk Ghafir, bekas Timbalan Ketua Panglima Angkatan Tentera Malaysia
itu berkata, semasa pilihan raya 2008, beliau tidak yakin Pakatan boleh
menang.
Read more ...
Admin Ada tulis pasai
perkembangan KUIN yang berjaya direalisasikan oleh Kerajaan PR, admin
bukan nak puji Ostaz Azizan ini memang amanah setiap pemimpin yang
dipilih bukan bagi alasan-alasan bodoh yang merugikan rakyat.
Tapi
kalau hangpa baca SINI nilai
sendiri alasan kurang CERDIK Seorang pemimpin Utama Umno Kedah
dikatakan bakal MB, memang hancurklah negeri Kedah kalau depa menang
kali nie.
Ini disahkan sendiri
oleh Blogger pro Umno , iaitu Mummy Rokiah... kali ni dia tibai Datuk
Mat Bashah pulak dalam isu KUIN yang dianaktirikan oleh kerajaan BN
Pusat.
Aku rasa blogger pro UMNO sorang ni buat kerja secara bebas, tak
terikat makan upah macam blogger dari team tertentu. Jadi pandangannya
adalah bebas. Selamat membaca...
KUIN- KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGHUKUM RAKYAT KEDAH
Oleh: Mummy Rokiah

MR berkesempatan
hadir di Majlis Konvoksyen Khas Kolej Universiti Insaniah yang
disempurnakan oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada
29 Januari 2013 yang lepas.
Kampus barunya
tersergam indah di Kuala Ketil sebuah bandar kecil dan terpencil di
negeri Kedah. Lokasinya terletak di dalam kawasan Parlimen Baling.
Read more ...
KUALA LUMPUR 5 Feb: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh
baru perbicaraan kes saman Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan
(Gobala) terhadap Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution
Ismail berikutan kegagalannya hadir dengan alasan sedang dirawat di
hospital.
Hakim Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 25 dan 26 April depan di
kamarnya hari ini untuk perbicaraan itu bagi mendengar keterangan
Gobala.
Saifuddin
yang diwakili peguam William Leong akur dengan keputusan itu meragui
sijil sakit yang dikeluarkan hospital swasta yang merawat Gobala membuat
semakan bagi mengesahkan beliau terpaksa ditahan di wad.
Read more ...
PUTRAJAYA
- Mahkamah Rayuan di sini semalam mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi
yang memerintahkan Utusan Melayu (M) Berhad membayar RM200,000 sebagai
ganti rugi am dan teruk kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng
berhubung satu artikel fitnah.
Panel tiga hakim dipengerusikan Hakim Datuk Zaharah Ibrahim sebulat
suara menolak rayuan Utusan Melayu terhadap keputusan mahkamah tinggi.
Panel hakim yang juga terdiri daripada Datuk Anantham Kasinather dan
Datuk Mah Weng Kwai, memerintahkan Utusan Melayu membayar kos guaman
RM20,000 kepada Guan Eng.
Read more ...
DUNGUN - “Saya tidak boleh terima apabila gambarnya dengan isteri baru
terpampang dalam majalah hiburan. Ia satu publisiti murahan dan tidak
sesuai dengan jawatannya sebagai YB (wakil rakyat).
"Saya rasa tindakan beliau mengaibkan keluarga dan menjatuhkan imejnya dalam politik dan itulah punca saya memohon cerai ini."
Demikian pengakuan Mastura Othman, 47, yang mengemukakan permohonan
cerai ke atas Adun Paka, Zakaria @ Ariffin Abdullah, 60, di Mahkamah
Rendah Syariah Dungun, pagi semalam.
Read more ...
Kuantan – Seorang kakitangan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Pahang (JPNINP) cedera selepas khemah yang diduduki terbalik dan terbang dalam kejadian hujan serta ribut di Teluk Chempedak, semalam.
Wanita berkenaan yang juga Penolong Guru Tadika Perpaduan Balok Makmur 1, Norhashimah Sulaiman, 23, dikatakan berada di khemah berhadapan pantai bersama beberapa lagi rakan untuk menyediakan makanan kepada peserta dan pengunjung sempena program My Beautiful Malaysia.
Norhashimah dikatakan cedera di beberapa bahagian badan, bagaimanapun tindakan cepat orang ramai dan pasukan keselamatan dapat membawa wanita itu dengan segera ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk rawatan lanjut.
Read more ...
Suasana
tegang berlaku di Felda Sg Tengi malam tadi.
Buat pertama kali
dalam sejarah, samseng-samseng UMNO/PERKASA berganding bahu, bersatu
bersetia dan berkhimat dengan penyangak MIC buat ganggu kacau ceramah
Pakatan Rakyat.
Sdr Mazlan Aliman ketika baru beri salam, tiba-tiba hampir 200 orang yang dimaklumkan
kebanyakkannya orang luar cuba menyerbu masuk membuat kecoh.
Read more ...
PARIT BUNTAR - Kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
yang mendakwa Pakatan Rakyat (PR) menjadikan isu kewujudan pocong
sebagai bahan kempen pilihan raya adalah tidak berasas.
Ketua Penerangan Pas Kawasan Parit Buntar, Fakhrurrazi Khalid berkata,
kenyataan tersebut adalah cubaan menutup pelbagai kepincangan Barisan
Nasional (BN) di Parlimen Parit Buntar dan mengalih perhatian rakyat
terhadap isu utama seperti masalah pembinaan Hospital Kerian, masalah
pengagihan tapak lot penempatan Kampung Tersusun Raja Bashah, Kuala
Kurau dan peralihan sokongan pengundi cina kepada PR.
“Saya percaya beliau terdesak menggunakan apa jua sumber yang dikutip
dari ‘tepi longkang’ untuk mengalihkan perhatian masyarakat terhadap isu
lebih serius yang boleh menjejaskan integriti kepimpinan BN dan
kerajaan negeri di Dun Kuala Kurau dan Parit Buntar.
Read more ...
Perayaan Tahun Baru Cina kian menjelang. Pelbagai program diatur kerajaan untuk menarik hati rakyat.
Salah satu program yang akan diadakan nanti adalah Rumah Terbuka Tahun
Baru Cina di padang Sekolah Menengah Han Chiang, Pulau Pinang pada 11
Februari anjuran BN Penang.
Acara yang akan dihadiri oleh Perdana Menteri itu bakal diserikan lagi dengan persembahan artis luar negara.
Read more ...
(Datuk Yahya Lampong...Pakatan akan menang di Sabah kali ini)
AMPANG: Bekas Timbalan Menteri persekutuan Datuk
Yahya Lampong yakin Sabah akan membentuk kerajaan baru dari Pakatan
Rakyat selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) nanti.
Beliau
yakin Pakatan akan menang 18 kerusi parlimen di Sabah yang mana 13
kerusi adalah dari kawasan Kadazan, Dusun, Murut dan Cina (KDMC) dan
lima lagi kerusi Bumiputra Islam.
Yahya yang merupakan orang Bajau pernah menjadi timbalan menteri ketika Tun Dr Mahathir adalah perdana menteri.
Read more ...
Spekulasi kini terjawab.
Sah, Ketua Menteri Sabah, Musa Aman
mengakui bahawa suspek yang dikehendaki kerajaan Filipina Manuel
Karingal Amalilio merupakan "saudara jauh" keluarganya.
Bagaimanapun, Musa menafikan bahawa beliau campur tangan untuk menghalang penghantaran pulang individu tersebut.
Read more ...