Monday, April 1, 2013

TANAH KELANTAN RIZAB MELAYU!!! Tapi MCA belasah semacam je, UMNO senyum lagi....





TUMPAT- Acap kali penduduk menemui ular sawa sebesar betis. Namun lama-kelamaan kawasan paya menjadi semakin sempit. Bermula dari situlah wujud perkampungan Melayu.

Kewujudannya sebelum air bah merah sekitar 1925. Penduduk berpakat mendirikan rumah. Di kawasan seluas kira-kira dua ekar itulah anak-anak mereka membesar.


Malah generasi awal yang meneroka kawasan itu sekarang sudah tidak ada lagi.


Hari ini tinggal generasi kedua dan ketiga. Malangnya penempatan yang diteroka datuk nenek mereka rupa-rupanya dimiliki orang lain.


Sedangkan Lot 305 Seksyen 1 Bandar Tumpat itu merupakan tanah rizab Melayu, tetapi sekarang dalam geran tertera nama keluarga bekas pemimpin BN, Datuk Foo Chow Yong.


Read more ...

Sunday, March 31, 2013

PERKASA DIPERKUDA UMNO!!! AJK Perkasa minta ahli Perkasa tinggalkan UMNO

Pak Din KB berceramah di Kampung Tapah Selama
31 Mac -- Kampung Tapah Selama Perak,berlangsung siri ceramah isu semasa anjuran PAS Selama Perak yang menampilkan beberapa penceramah dan salah seorangnya Pak Din KB atau nama sebenar Adris B. Salleh 66.

Beliau masih lagi Ahli Jawatan Kuasa (AJK) 
Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Daerah Kerian Perak. Keahlian dan perjawatan beliau dalam PERKASA sehingga hari ini masih sah,kerana tiada sebarang surat pemecatan atau lucutan apa-apa jawatan tidak diterima Pak Din KB sejak menyertai PAS secara rasmi beberapa bulan lalu.

Pak Din KB juga menyatakan dalam ceramahnya disini bahawa ada juga wakil PERKASA datang memujuknya supaya kembali kepada UMNO selepas beberapa hari menyertai PAS secara rasmi.

Read more ...

PANAS LAHAD DATU!!! Orang dikehendaki polis pernah bergambar mesra dengan pemimpin UMNO termasuk Najib

WANTEdKUALA LUMPUR 1 APRIL: Media sosial sejak malam semalam dilihat memapar beberapa gambar yang menunjukkan orang yang paling dikehendaki polis bagi membantu siasatan pencerobohan Lahad Datu, bersama pemimpin Umno.

Antaranya ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor.

Ia susulan sidang media polis yang mahu mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berkaitan Ops Daulat – operasi bagi menangani pencerobohan di Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilapor, berkata individu itu, Muhammad Ridzwan Sulaiman dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang dikehendaki bagi membantu siasatan.

Read more ...

KERUSI BN PANAS LAGI!!! Salehuddin bertanding parlimen Pulai, Jui Meng kemungkinan besar di Segamat


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Johor hari ini mengumumkan meletakkan calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya, Tangkak dan Pengkalan Rinting serta kerusi parlimen Segamat.

Selain itu, mereka juga menyasarkan untuk bertanding di sekurang-kurangnya lima lagi kerusi DUN.


"...kita memutuskan kerusi Parlimen Segamat, DUN Johor Jaya, DUN Pengkalan Rinting dan DUN Tangkak adalah milik KEADILAN.

Read more ...

GUNA WANG RAKYAT!!! Kerajaan Terengganu bayar Papagomo


KUALA TERENGGANU: Umno negeri Terengganu mempunyai hubungan dengan blogger penjenayah dan pengundi hantu Papagomo serta pernah menggunakan wang kerajaan negeri menjemput beliau pada satu majlis pada hujung Januari, tahun lalu.
Menurut Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, Dr Azman Ibrahim, seramai 50 orang 'bloggers dan facebookers' pro Umno dari seluruh negara menghabiskan masa selama dua hari menjadi tetamu kerajaan dan disambut oleh pemimpin kerajaan termasuk Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said dan Exco kerajaan YB Razif Bin Abdul Rahman.

Read more ...

Saturday, March 30, 2013

KELENTONG!!! Timbalan Menteri berlagak baguih rupanya haprak



"Saya nak bagi tahu kepada abang-abang dan kakak-kakak, jangan ingat kami hanya duduk dalam bilik aircond di Putrajaya, tak buat apa-apa. Saya sendiri turun ke padang masuk pasar. Baru ni saya masuk pasar Taiping, tuan-tuan tahu tak santan sekarang dah harga RM12 sekilo?.Harga naik jadi RM12 kerana kita terpaksa import kelapa dari luar. Ahli parlimen sekarang (Nga Kor Meng) tak tahu pun semua ni. Dia mana ambik peduli pasal rakyat .... bla...bla...bla" - Sebahagian ucapan Menteri Nyonya dari Gerakan yang sekarang dilihat memperkuda UMNO Taiping. Selain dari itu Tan Lian Hoe juga cuba manupulasikan kenaikan harga ikan disebabkan oleh faktor cuaca.

Begitulah ucapan seorang Timbalan Menteri yang bernama Tan Lian Hoe yang tak cerdik dihadapan lebih kurang 40 orang penduduk semasa berkempen untuk mempromosikan dirinya untuk menjadi calon Parlimen Taiping di Dewan orang Ramai, Kg. Pinang Seberang Kamunting pada jam 3.30 petang, 23 Mac 2013 yang lalu. 

Read more ...

ABU!!! Bekas Ketua Pemuda UMNO bahagian sertai PAS

Ketika Datuk Seri Najib Razak masih lagi terkial-kial mengumumkan pembubaran parlimen, seorang lagi bekas ketua pemuda Umno bahagian meninggalkan parti itu. Abd Aziz Awang, 55 melengkapkan senarai tiga bekas ketua pemuda Umno bahagian di Kelantan berhijrah daripada Umno. 
 
Sebelum ini bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh dan bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zulkifli Zakaria memulakan penghijrahan selepas lama berada Umno. 
 

Read more ...

Thursday, March 21, 2013

Friday, March 15, 2013

BONGKAR!!! Pemimpin PR berketurunan Sulu?


Dia seorang ahli politik Tausug dari Semporna, Sabah.

Datuk Seri Shafie Apdal, datuknya dari etnik Sulug, Jolo dan ibunya dari etnik Sama-Bajau adalah orang yang bertanggungjawab menghidupkan Pesta Lepa-Lepa atau Pesta Sambulayang yang diadakan setiap tahun di Semporna.

Pesta Lepa-Lepanya menjadi kejutan budaya kepada Sabahan yang selama ini tidak pernah didedahkan dengan Pesta Kesultanan.

Sebenarnya Pesta lepa-Lepa ialah Pesta Sambulayang iaitu suasana perarakan di laut menyambut Sultan Sulu dan para Datu Diraja.

Read more ...

Wednesday, March 6, 2013

BAGI IC NAK NEGERI!!! Menyusup melalui Projek IC, mana Mahathir?

JMR ampang (2)KUALA LUMPUR 6 MAC: Kejayaan serangan ketenteraan terhadap penceroboh Sulu di Lahad Datu bukan penyelesaian penuh berikutan musuh negara sudahpun menyusup masuk ke negara ini melalui Projek IC Sabah.

Brig Jen (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab, berkata ‘musuh sebenar’ sudah diberi IC oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad secara leluasa.

“Sekarang mereka hendak buat apa? Kita hantar jet pejuang, pasukan tentera bom mereka. Tak semudah itu kerana orang-orang yang jadi musuh dibawa oleh Mahathir, diberi IC.

Read more ...

SAMSENG YANG PENGECUT!!!! Berani bila ada polis, bila polis tak ada dengan orang bertatu pun cabut


Pergh!!!!! dalam berlagak tunjuk samseng ganggu kacau ceramah Pakatan Rakyat, baling kasut dalam masjid, lempar cat merah kepada bas Jelajah Merdeka Rakyat, buat sekatan jalan raya dalam rancangan Felda, berdemo bakar bendera sambil terjerit terlolong depan pejabat wakil rakyat PR sambil membakar bendera, tapi bila nampak orang ada tatu dibadan, terus lari mencicit lintang pukang sampai tidak cukup tanah...CISH!!!!!!.. APA PUNYA SAMSENG TAIK MINYAK PUNYA PEMUDA UMNO.

Read more ...

Tuesday, March 5, 2013

FITNAH UMNO JIJIK!!! "Kami tidak kenal siapa Anwar Ibrahim"- Jurucakap Kesultanan Sulu





DS ANWAR yang difitnah  oleh beberapa media pengampu UMNO BN konon terbabit dalam krisis Sulu yang sedang berlangsung di Lahad Datu Sabah kini kantoi..!!!

Ramai percaya Anwar khususnya Pakatan Rakyat tidak terlibat langsung dalam krisis di Sabah ini,namun disebabkan bermain politik jijik,kotor dan zalim menyebabkan pihak-pihak yang menjadi cai-cai UMNO BN sanggup memfitnah.

Logik akal , bagaimana orang yang dituduh bersubahat dengan krisis tersebut, sedangkan pihak yang dikatakan menjadi militan di Sabah tidak mengenali DS Anwar Ibrahim..??

Read more ...

TERKINI!!! Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein sertai PKR

lagi jenKUALA LUMPUR 6 MAC: Selepas empat bekas jeneral tentera menyertai Pakatan Rakyat baru-baru ini, seorang lagi bekas jeneral mengisytihar sokongan sama, hari ini.

Perisytiharan Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein itu dibuat di ibu pejabat KEADILAN, depan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Read more ...

Monday, March 4, 2013

TRAGEDI LAHAD DATU!!! Akhirnya Najib mengaku gagal jaga kedaulatan dan keamanan negara

najib-peningKUALA LUMPUR 5 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui gagal menjaga kedaulatan dan keamanan negara.

Pengakuan itu terkandung dalam kenyataan beliau yang disiar beberapa portal berita pagi ini.

Ia khusus berhubung pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah hingga berlaku pertumpahan darah dan kematian anggota keselamatan negara.

Read more ...

HANYA FITNAH UMNO!!! Kesultanan Sulu nafi ada kaitan dengan Pembangkang Malaysia

 
Kesultanan Sulu menafikan dakwaan pembangkang Malaysia terlibat membantu menyemarakkan krisis Sabah sebagaimana dakwaan kerajaan Malaysia.
 
“Kami tiada hubungan dengan pembangkang Malaysia. Kami tidak adakan perbincangan dengan mereka,” kata Puteri Jacel Kiram, anak kepada Sultan Jamalul Kiram III dipetik dari interaksyon.com bertarikh 4 Mac lalu.
 
Beliau juga menolak dakwaan Presiden Filipina, Benigno Aquino III, kononnya ada ‘dalang’ membiayai pelayaran kira-kira 200 pengikut ke Sabah untuk menuntut wilayah itu.
 

Read more ...