Friday, April 5, 2013

NASIB 4 KATAK!!! UMNO dah tak kelapaq, pergilah membawa diri


IPOH - DAP Negeri Perak mencabar Barisan Nasional (BN) menyenaraikan empat calon bebas, Datuk Hee Yit Fong, Jamaluddin Radzi, Kapten (B) Mohd Osman Jailu dan Keshvinder Singh sebagai calon BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Setiausaha DAP Negeri Perak, Nga Kor Ming berkata, keempat-empat penyandang kerusi Dun itu perlu diberi peluang susulan tindakan mereka meninggalkan parti masing-masing untuk membolehkan BN mentadbir negeri ini.


Read more ...

Thursday, April 4, 2013

TERKINI CALON PAS!!! Penyanyi Aishah bertanding di Parlimen Jempol

AISHAH atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Arifin, 48, akan bertanding atas tiket PAS mewakili parlimen Jempol. Penyanyi berkenaan bakal menjadi artis pertama negara yg akan bergelar Yang Berhormat (YB) berikutan dia akan diletakkan bertanding dalam PRU13. Syabas Aishah!!!

Read more ...

TERJAWAB MALAM INI!!! Kerusi ditandingi Anwar di Perak dan manakah DUN PAS ganti Changkat Jering?

Nur-ManutyKUALA LUMPUR 4 APRIL: Kerusi yang bakal ditandingi Datuk Seri Anwar Ibrahim di Perak dijangka terjawab berikutan pengumuman senarai penuh calon KEADILAN di negeri itu berlangsung di Gerik 11 malam ini.

Pengumuman itu sempena Jelajah Merdeka Rakyat ke negeri itu yang dihadiri Ketua Umum.

Perak mencatat sejarah menjadi negeri pertama membuat penyenaraian penuh calon, diikuti lain-lain negeri.

Read more ...

Wednesday, April 3, 2013

PARLIMEN BUBAR!!! Pakatan YAKIN, Najib berwajah SUGUL

Najib Razak membubarkan parlimen hari ini dalam keadaan sedih dan dukacita. Apakah yang sebenarnya berlaku? 

Mengapa tidak ada keceriaan langsung sedangkan membubarkan parlimen itu wajar menjadi satu kepuasan?

Di sebalik Najib memerlukan lebih masa tambahan, ingin menunaikan umrah dan melaksanakan ‘rasuah-rasuah’ pembelian undi seterusnya, ketika yang sama Timbalan Perdana Menteri memberi tekanan supaya parlimen dibubarkan bagi memberi laluan PRU dalam bulan ini juga, bukan bulan Mei seperti dijangka.

logo-SAMM2Apakah kesugulan ini memberi gambaran awal betapa sebuah empayar yang memerintah negara selama 57 tahun akan berakhir? 

Sudahlah dengan wajah sugul, Najib tersasul pula menyebut pembubaran pada tarikh 3 April tahun 2012 daripada sepatutnya tahun 2013.

Read more ...

Tuesday, April 2, 2013

JOHOR BAHARU!!! Jeneral (B) Md Hashim Hussein diumum sebagai calon, UMNO hantar Samseng Taik Kucing



Seperti dijangka banyak pihak, Pakatan Rakyat mengumumkan calon bagi bertanding kerusi parlimen Johor Bharu dalam pilihanraya umum akan datang.

Menepati ramalan sebelum ini, bekas penglima tentera darat, Jeneral (B) Md Hashim Hussein dari KEADILAN dipilih mewakili Pakatan Rakyat bagi menghadapi tentangan calon Umno dan Barisan Nasional (BN).


Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam satu lagi program Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Datuk Sulaiman Menteri, Johor Bharu sebentar tadi.


Read more ...

UMNO PUPUS!!! Datuk Adnan Othman secara rasmi diisytiharkan menyertai PAS


KUALA LUMPUR: Bekas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia, Datuk Adnan Othman secara rasmi diisytiharkan menyertai PAS hari ini.

Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, pagi tadi.

Adnan bersama-sama pada sidang media itu dengan berkerusi roda kerana masalah kesihatan.

Lulusan University of Exeter, England  dalam bidang Sains Politik itu pernah berkhidmat di China ketika Malaysia baru menjalin hubungan dengan kerajaan China pada tahun 1974.

Read more ...

Monday, April 1, 2013

TU DIA!!! Ketua kampung, 30 pemuda UMNO sertai PAS




JEMPOL: Siri jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan semalam menerima kemasukan 30 pemuda Umno ke dalam PAS yang disaksikan oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Penyerahan borang permohonan keahlian PAS itu diadakan di Felda Raja Alias pada lokasi terakhir ceramah jelajah Negara Berkebajikan di Negeri Sembilan yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.


Salah seorang bekas ahli Umno, Jamaluddin Rashid yang ditemui memberitahu beliau mengambil tindakan menyertai PAS kerana kecewa dengan tindakan penyokong Umno yang membuat kekacauan pada satu program ceramah PAS di Felcra Ayer Hitam.


Read more ...

TANAH KELANTAN RIZAB MELAYU!!! Tapi MCA belasah semacam je, UMNO senyum lagi....





TUMPAT- Acap kali penduduk menemui ular sawa sebesar betis. Namun lama-kelamaan kawasan paya menjadi semakin sempit. Bermula dari situlah wujud perkampungan Melayu.

Kewujudannya sebelum air bah merah sekitar 1925. Penduduk berpakat mendirikan rumah. Di kawasan seluas kira-kira dua ekar itulah anak-anak mereka membesar.


Malah generasi awal yang meneroka kawasan itu sekarang sudah tidak ada lagi.


Hari ini tinggal generasi kedua dan ketiga. Malangnya penempatan yang diteroka datuk nenek mereka rupa-rupanya dimiliki orang lain.


Sedangkan Lot 305 Seksyen 1 Bandar Tumpat itu merupakan tanah rizab Melayu, tetapi sekarang dalam geran tertera nama keluarga bekas pemimpin BN, Datuk Foo Chow Yong.


Read more ...

Sunday, March 31, 2013

PERKASA DIPERKUDA UMNO!!! AJK Perkasa minta ahli Perkasa tinggalkan UMNO

Pak Din KB berceramah di Kampung Tapah Selama
31 Mac -- Kampung Tapah Selama Perak,berlangsung siri ceramah isu semasa anjuran PAS Selama Perak yang menampilkan beberapa penceramah dan salah seorangnya Pak Din KB atau nama sebenar Adris B. Salleh 66.

Beliau masih lagi Ahli Jawatan Kuasa (AJK) 
Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Daerah Kerian Perak. Keahlian dan perjawatan beliau dalam PERKASA sehingga hari ini masih sah,kerana tiada sebarang surat pemecatan atau lucutan apa-apa jawatan tidak diterima Pak Din KB sejak menyertai PAS secara rasmi beberapa bulan lalu.

Pak Din KB juga menyatakan dalam ceramahnya disini bahawa ada juga wakil PERKASA datang memujuknya supaya kembali kepada UMNO selepas beberapa hari menyertai PAS secara rasmi.

Read more ...

PANAS LAHAD DATU!!! Orang dikehendaki polis pernah bergambar mesra dengan pemimpin UMNO termasuk Najib

WANTEdKUALA LUMPUR 1 APRIL: Media sosial sejak malam semalam dilihat memapar beberapa gambar yang menunjukkan orang yang paling dikehendaki polis bagi membantu siasatan pencerobohan Lahad Datu, bersama pemimpin Umno.

Antaranya ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan dan Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor.

Ia susulan sidang media polis yang mahu mencari seorang lelaki bergelar Datuk Seri bagi membantu siasatan berkaitan Ops Daulat – operasi bagi menangani pencerobohan di Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dilapor, berkata individu itu, Muhammad Ridzwan Sulaiman dengan alamat terakhir di Georgetown, Pulau Pinang dikehendaki bagi membantu siasatan.

Read more ...

KERUSI BN PANAS LAGI!!! Salehuddin bertanding parlimen Pulai, Jui Meng kemungkinan besar di Segamat


Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Johor hari ini mengumumkan meletakkan calonnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya, Tangkak dan Pengkalan Rinting serta kerusi parlimen Segamat.

Selain itu, mereka juga menyasarkan untuk bertanding di sekurang-kurangnya lima lagi kerusi DUN.


"...kita memutuskan kerusi Parlimen Segamat, DUN Johor Jaya, DUN Pengkalan Rinting dan DUN Tangkak adalah milik KEADILAN.

Read more ...

GUNA WANG RAKYAT!!! Kerajaan Terengganu bayar Papagomo


KUALA TERENGGANU: Umno negeri Terengganu mempunyai hubungan dengan blogger penjenayah dan pengundi hantu Papagomo serta pernah menggunakan wang kerajaan negeri menjemput beliau pada satu majlis pada hujung Januari, tahun lalu.
Menurut Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, Dr Azman Ibrahim, seramai 50 orang 'bloggers dan facebookers' pro Umno dari seluruh negara menghabiskan masa selama dua hari menjadi tetamu kerajaan dan disambut oleh pemimpin kerajaan termasuk Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said dan Exco kerajaan YB Razif Bin Abdul Rahman.

Read more ...

Saturday, March 30, 2013

KELENTONG!!! Timbalan Menteri berlagak baguih rupanya haprak



"Saya nak bagi tahu kepada abang-abang dan kakak-kakak, jangan ingat kami hanya duduk dalam bilik aircond di Putrajaya, tak buat apa-apa. Saya sendiri turun ke padang masuk pasar. Baru ni saya masuk pasar Taiping, tuan-tuan tahu tak santan sekarang dah harga RM12 sekilo?.Harga naik jadi RM12 kerana kita terpaksa import kelapa dari luar. Ahli parlimen sekarang (Nga Kor Meng) tak tahu pun semua ni. Dia mana ambik peduli pasal rakyat .... bla...bla...bla" - Sebahagian ucapan Menteri Nyonya dari Gerakan yang sekarang dilihat memperkuda UMNO Taiping. Selain dari itu Tan Lian Hoe juga cuba manupulasikan kenaikan harga ikan disebabkan oleh faktor cuaca.

Begitulah ucapan seorang Timbalan Menteri yang bernama Tan Lian Hoe yang tak cerdik dihadapan lebih kurang 40 orang penduduk semasa berkempen untuk mempromosikan dirinya untuk menjadi calon Parlimen Taiping di Dewan orang Ramai, Kg. Pinang Seberang Kamunting pada jam 3.30 petang, 23 Mac 2013 yang lalu. 

Read more ...

ABU!!! Bekas Ketua Pemuda UMNO bahagian sertai PAS

Ketika Datuk Seri Najib Razak masih lagi terkial-kial mengumumkan pembubaran parlimen, seorang lagi bekas ketua pemuda Umno bahagian meninggalkan parti itu. Abd Aziz Awang, 55 melengkapkan senarai tiga bekas ketua pemuda Umno bahagian di Kelantan berhijrah daripada Umno. 
 
Sebelum ini bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh dan bekas Ketua Pemuda Umno Bachok, Zulkifli Zakaria memulakan penghijrahan selepas lama berada Umno. 
 

Read more ...

Thursday, March 21, 2013