Wednesday, March 5, 2014

GOSSIP PANAS!!! Ku Nan dengan Erra Fazira, jangan lepas ni betul pulak!!

Dengan tidak semena-mena tiba-tiba muncul gossip mengenai hubungan yang dikatakan sudah terjalin antara Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor dengan aktress yang belum habis edahnya, Erra Fazira. 
 
Sampai ke tahap mana hubungan mereka atau ia betul-betul hanya khabar angin tidaklah diketahui, tetapi kedua-duanya pantas menafikan adanya hubungan itu.

Tengku Adnan yang lebih mesra dengan Ku Nan apabila ditanya mengenai gossip yang berlegar itu segera menafikannya. Menurut Ku Nan, beliau adalah lelaki yang sudah berkahwin dan bahagia dengan perkahwinannya.

Erra pula kemudiannya turut menafikan beliau mempunyai hubungan atau mengenali Ku Nan, malah terkejut dan mengatakan beliau tidak pernah mengenali pun Setiausaha Agung UMNO dan Ahli Parlimen Putrajaya itu.

Read more ...

TERJUN JAMBATAN BARU!!! Anak saudara Timbalan Menteri berjaya diselamatkan

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar jurusan undang-undang berusia 27 tahun yang merupakan anak saudara kepada seorang timbalan menteri menjadi orang pertama bertindak terjun daripada Jambatan Kedua Pulau Pinang kira-kira jam 2.40 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, mangsa kini berada dalam keadaan stabil namun masih mendapatkan rawatan rapi di sebuah hospital di Pulau Pinang.


Menurut Lai Fah Hin lagi, mangsa dikatakan terjun daripada Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah yang baru dirasmikan Sabtu lalu dengan niat membunuh diri.

Read more ...

PEGUAM UMNO MENIPU!!! Satu laporan polis telah dibuat bekas pegawai kanan polis

MAT_ZAINKUALA LUMPUR 5 MAC: Bekas Ketua Pegawai Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim membuat laporan polis terhadap peguam Umno, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana menipu.

Laporan tersebut menyatakan bahawa Shafee melakukan kesalahan apabila menyembunyikan bahan bukti dari perbicaraan yang kemudiannya menyebabkan satu kenyataan bersumpah (SD) Mat Zain tidak dapat diterima.

Menurut Mat Zain, Shafee telah membuat penegasan bahawa terdapat percanggahan nombor kad pengenalan Mat Zain dalam writ saman dengan SD Mat Zain.


“Shafee seterusnya mendakwa saya telah memanipulasi SD saya untuk menyembunyikan atau mengelirukan mahkamah berkaitan iddentiti saya.


“Shafee selanjutnya menghujahkan bahawa akibat daripada percanggahan nombor kad pengenalan yang disengajakan menjadikan SD saya sebagai satu dokumen yang tidak bernilai.


Read more ...

INILAH MUKA!!! Ustaz UMNO yang fitnah perwakilan muktamar PAS langgan pelacur


Mat Sabu pembekal pemuas nafsu di Muktamar??? Kalau bab seks, bab lucah, bab censored, UMNO-BN tetap juara DULU KINI DAN SELAMANYA.. 


Video ucapan Ustaz Boroi boleh didapati di http://www.youtube.com/watch?v=nD_yoOySC3o yg diuploadkan oleh Bro Minaq jinggo


Tapi macam biasa.. Gerombolan Ketuanan Melayu ‪#‎kangkung‬ pejuang Kalimah Allah yg duk cium keris kontot siang malam akan percaya buta buta. Malah dengan bangganya akan sebarkan cerita ini dan dengan bangganya juga akan ditokok tambah supaya cerita akan jadi lebih REAL dari yg REAL.. 



Read more ...

Tuesday, March 4, 2014

RAYUAN DITERIMA!!! Seorang lagi penulis blog proUMNO ikut cara PAPA GOMO tak mengaku tuan punya blog

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu yang sebelum ini telah menolak tuntutan beliau ke atas seorang blogger bernama Faisal Rohban yang mengendalikan blog "Ruang Bicara Faisal" (RBF).

Panel hakim yang diketuai oleh Datuk Azahar Mohamed dan turut dianggotai Datuk Ariff Md Yusof dan Datuk Dr.Hamid Sultan Abu Backer telah memutuskan bahawa bukti-bukti yang dikemukakan oleh plaintif sepanjang perbicaraan adalah mencukupi untuk mahkamah membuat keputusan di atas imbangan kebarangkalian bahawa defendan merupakan pemilik blog "Ruang Bicara Faisal" tersebut.

Mahkamah seterusnya membatalkan kesemua perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini termasuk perintah mengenai kos. Selain itu, mahkamah turut memerintahkan kos sebanyak RM50,000 dibayar kepada pihak perayu/plaintif.Walau bagaimanapun, Mahkamah Rayuan mengarahkan agar jumlah ganti rugi ditaksirkan di Mahkamah Tinggi di Kota Bharu.

Read more ...

HINA DI DUNIA!!! Mai tengok, iklan ucapan tahniah kepada Taib Mahmud dalam akhbar Utusan Sarawak

 


Iklan tahniah perlantikannya sebagai Yang Di-Pertua Negeri disalaheja sebagai 'Tahinah' di akhbar Utusan Sarawak.

Akhbar berbahasa Melayu Utusan Sarawak hari ini meminta maaf atas kesilapan ejaan sebuah iklan ucapan tahniah kepada bekas ketua menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, atas perlantikannya sebagai Yang Di-Pertua Negeri.
 
"Pihak pengurusan Utusan Sarawak ingin mohon maaf atas kesalahan ejaan yang tidak disengajakan itu," kata akhbar itu, yang dimiliki Sarawak Press Sdn Bhd pimpinan anak bongsu Taib, Datuk Hanifah Hajar Taib-Alsree.

Semalam, akhbar tersebut menerbitkan iklan muka penuh tajaan parti Taib, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), tetapi perkataan “Tahniah” disalah eja sebagai “Tahinah”

Read more ...

Monday, March 3, 2014

PRK KAJANG!!! Timbalan Ketua Wanita UMNO Batu 10 keluar parti sertai PKR


Penghijrahan timbalan ketua wanita umno cawangan batu 10 bersama ajk cawangn yg lain kpd keadilan disambut oleh Dsai

Read more ...

INIKAH MANUSIA?!!! Paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia


Daim-Zainuddin

KAJANG: Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin antara Menteri kabinet paling rasuah apabila menggunakan proksi di luar negara untuk membina empayar perniagaan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tun Daim menteri kewangan sebelum saya, manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia, saya ambil (jawatan menteri kewangan) selepas dia.

“Lepas jadi Menteri Mewangan (ada) puluh bilion ringgit. Bank di Afrika, bank di Eropah Timur untuk simpan duit dengan menggunakan proksi, ” katanya.

Read more ...

HASAN ALI MUNCUL!!! Meroyan 'Dajal' pulak dah


Hendak saja gua balas kenyataan begini yang sesedap hati menyatakan kekhuatiran bahawa Anwar ada ciri-ciri Dajjal.

Kalau berani habaq mai satu-satu ciri Dajjal yang ada pada Anwar Ibrahim lepas itu kita bandingkan kewujudan sifat-sifat tersebut pada diri pemimpin sanjungan NGO Islam.


Masyarakat Malaysia tidak buta Islam. Tak payah nak terang panjang lebar peri hal Dajjal. Baca di blog para ustaz pun banyak.


Dalam pembangkang terdapat ribuan ilmuan Islam yang boleh menghujahkan bahawa ciri-ciri Dajjal itu terdapat lebih ketara pada pemimpin lain yang mengaku Islam. Apa macam,  Setuju?

Nah baca apa kata NGO Islam,

Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam melahirkan rasa bimbang kerana menyifatkan ideologi yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai persamaan kepada sifat-sifat 'kedajjalan'.
Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali berkata, tindakan dan kepercayaan Anwar juga dilihat jauh menyimpang daripada akidah Islam serta pegangan syariat Islam.

Read more ...

JAM 1.30 PAGI!!! Ahli politik wanita ditangkap khalwat di Perlis

KANGAR- Seorang wanita berusia 30-an yang dipercayai pemimpin sayap sebuah parti politik di negeri ini ditangkap khalwat bersama pasangannya, lelaki berusia 50 tahun dalam serbuan oleh bahagian penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di sebuah hotel, di sini, jam 1.30 pagi tadi.
 
Penguatkuasa membuat serbuan berdasarkan maklumat awam dan intipan bermula kira-kira jam 7 malam.

Ketika diserbu di bilik penginapan, suspek lelaki dilihat memakai tuala dan baju T manakala suspek wanita berkenaan yang berada di atas katil memakai baju lengan panjang dan berkain batik.

Read more ...

Sunday, March 2, 2014

GAMBAR AHLI PAS KELUAR PARTI!!! Nak bohong pun agak-agak la TV3, bila masa Thanasegaran ini masuk PAS



 TEMBERANG TV3

TV3 suku....Kalau nak temberang pun agak-agak la sama.. Tak kanlah nama Thanasegaran ini pun pernah jadi ahli PAS..


Ingat nak jadi ahli PAS main masuk borong macam UMNO ka

Read more ...

KEMPEN ANTI SYIAH!!! Iran bertindak balas, ekonomi negara terjejas pemimpin PAS dicari


Kempen anti Syiah dikatakan tercetus dalam ucapan penggulungan Datuk Seri Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung Umno 2013. Gambar fail.Kempen anti Syiah dikatakan tercetus dalam ucapan penggulungan Datuk Seri Zahid Hamidi pada Perhimpunan Agung Umno 2013. Gambar fail. 


























Kempen anti Syiah secara agresif kerajaan Malaysia sejak hujung tahun lalu menjejaskan ekonomi negara sehingga kerajaan kerugian jutaan ringgit selepas Iran yang mempunyai majoriti penganut mazhab tersebut bertindak balas, menyebabkan seorang menteri menghubungi pemimpin PAS, minta bantuan bagi memulihkan hubungan, kata satu sumber.

Pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi mengesahkan perkara itu tetapi enggan menamakan menteri yang menghubunginya.
"Memang benar ada menteri hubungi saya untuk meminta bantuan itu," kata Syed Azman kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi.



Syed Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Adun Batu Burok berkata, Malaysia mengalami kerugian besar apabila Iran bertindak balas terhadap kempen anti Syiah di Malaysia yang diterajui oleh Umno sebelum ini.

"Petronas mengalami kerugian paling banyak apabila usaha cari galinya di Iran menerima halangan daripada kerajaan Iran sedangkan pada waktu sama syarikat Amerika Syarikat (AS) termasuk Esso dan Conoco sudah mula masuk ke negara itu," katanya.


AS dan negara-negara Eropah mula menjalinkan semula hubungan dengan Iran selepas Hassan Rouhani yang lebih liberal mengambil alih kepimpinan daripada Mahmoud Ahmadinejad.


Sebagai pengerusi Biro Antarabangsa PAS, Syed Azman mempunyai hubungan rapat dengan majoriti pemimpin gerakan Islam di dunia termasuk dari Iran.


Read more ...

MINTA MAAF ATAU PROTES BESAR!!! Amaran Panglima Rosmah kepada Malaysiakini


NNGO yang terkenal dengan 'senaman punggung' hari ini mahu mengadakan protes terhadap Malaysiakini kerana laporan mengenai isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom (kanan, berbaju kuning) berkata, laporan Malaysiakini 27 Februari lalu berhubung kesibukan Rosmah sehingga tiada masa untuk hobi, tidak tepat dan berniat jahat.

"Saya rasa amat terkilan dengan tindakan Malaysiakini. Kenapa Malaysiakini tidak spin bila Datin Seri memberi sumbangan melawat kebakaran, melawat mangsa banjir di Bandar Tun Razak.

“Benda baik kenapa Malaysiakini tidak mahu spin? Tidak mahu agungkan atau beri ucapan tahniah kepada isteri PM," kata beliau dalam sidang media hari ini.

Read more ...

Saturday, March 1, 2014

BELUM PUN DEBAT!!! Ahli UMNO hero Mahathir , Kassim Ahmad dah masuk hospital sesak nafas

Kassim Ahmad si hero kebanggan Mahathir kini dirawat di septtal Kilim. Entah kenapa tiba-tiba sahaja Kassim Ahmad mengalami penyakit. 

Takkan baru dengar Dr Asri sahut cabaran berdialog pun dah ketaq sampai tak tidoq malam dan akhirnya kena penyakit.. wakaka.
Dr Asri pada minggu lalu ada menulis di FBnya menyatakan bahawa Kassim Ahmad keberatan untuk berdialog dengannya tanpa memberikan sebab. 


Penganjur dah bersusah payah.. Dia pulak keberatan.. Apa cerita?
"Kalau tak setuju mari debat" wakaka. Ingatkan hero sangat. Nah baca berita dia masuk sepital. Gendang Perang

Read more ...

KRITIK PRESIDEN!!! Bekas ketua MIC Bahagian Bukit Gelugor dipecat dari MIC


MIC leaders fete Najib with a garland during the Thaipusam celebration, last month. Hindraf says the Indian party should leave the BN for the sake of the community. –  The Malaysian Insider file pic, February 26, 2014.Jawatankuasa Disiplin MIC memecat seorang ahli parti itu semalam kerana membuat kenyataan bahawa presiden parti Datuk Seri G. Palanivel tidak wajar dibenar berkempen untuk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Kajang.
  
Pengerusinya Tan Sri Dr K.S. Nijhar berkata bekas ketua MIC Bahagian Bukit Gelugor K Loganathan dipecat kerana gagal memberi bukti untuk menyokong dakwaan negatif dibuatnya terhadap presiden parti.
  
Katanya Loganathan, yang hadir di ibu pejabat MIC semalam, gagal mengemukakan bukti berkenaan.
  
"Penjelasan diberinya tidak memuaskan. Oleh itu, jawatankuasa membuat keputusan memecat Loganathan daripada parti, berkuat kuasa serta-merta.

Read more ...