Monday, January 23, 2012

MARI BACA!!! Cerita disebalik penglibatan Zizan bersama Ustaz Azhar Idrus

http://www.harian-metro-online.com/wp-content/uploads/2012/01/zizan-ustaz.jpg

Zizan Raja Lawak & Ustaz Azhar Idrus

Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus. Semuanya gara-gara Hantu Bonceng. Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu. Usrah yang lepas, Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya.

Zizan bukan seperti Zizan yang lalu. Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu berubah, juga meminta nasihat adakah perlu meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus.

Lalu, Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier, dengan syarat pilih yang baik, dan menolak yang mana tidak baik.


Seorang sahabat usrah saya yang lain berkongsi di sebalik tabir Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam beberapa minggu lepas.

Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu. Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam pada malam yang sama. Mereka tawarkan Zizan RM18,000.


Zizan menolak tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam. Apa yang membuatkan saya terharu, Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur (Kerajaan Negeri Selangor).

Namun, atas dasar menghormati Zizan salah satu faktor berjayanya program pada malam itu, mahu atau tidak, Zizan menerima RM1000.


Bayangkan, ditolak tawaran RM18,000 kerana mahu bersama Ustaz Azhar Idrus. Zizan tidak rugi, bahkan dia untung kerana bersama UAI dalam majlis ilmu yang dinaungi para malaikat.

Semoga Zizan terus istiqomah. Beringat-ingat dalam berlawak. Selitkan unsur-unsur dakwah. Allah pasti akan bantu. Insyaallah.


Dipetik dari status founder wootmedia.my

Read more ...

BOROS!!! Kisah Ro$mah mula dapat liputan akhbar negara jiran

SEMALAM Datin Rosmah menafikan laporan akhbar berpengaruh Australia, The Sydney Morning Herald tentang kisahnya berbelanja boros sehingga lebih RM300,000 di sebuah butik di Sydney dalam satu percutian peribadinya bersama Najib.

Namun Rosmah hanya menafikan laporan akhbar Australia tersebut yang menggelarkan beliau sebagai "First Lady of Shopping" dengan sepatah kata "saya selalu menjadi mangsa" [Malaysiakini].

Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar itu, kolumnis Andrew Hornery menggelar Rosmah sebagai "first lady of shopping' (wanita pertama membeli belah), kerana didakwa membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney.

Rosmah dan suaminya juga didakwa menginap di penthouse bernilai A$20,000 (RM65,100) semalam, meminta "parkir valet untuk limousinnya" dan menerbangkan pereka fesyen negara itu ke Malaysia untuk mengenakan pakaian yang ditempahnya.

Namun hari ini, portal berita berpengaruh Singapura, Asia One mengeluarkan laporan berita yang serupa di bawah tajuk "Malaysian PM's wife spends $130k on shopping spree". Berikut printscreen laporan tersebut.




Sungguh menghairankan apabila portal berita berpengaruh dari negara luar negara begitu berani mengeluarkan laporan ini sekiranya ia tidak benar. Jika ia fitnah, Rosmah patut mengambil tindakan undang-undang ke atas portal berita ini.

Setakat nafi dan nafi kambeng pun pandai nafi, mungkin kambeng lebih pandai untuk membuat penafian. Berani ke Rosmah nak saman akhbar luar negara ini? Mungkin lebih mudah jika beliau bayar saja editor akhbar ini agar meminta maaf

ReJaM© "Duit banyak, bayar jelah biar diorang mengaku buat fitnah kah kah kah... "

Read more ...

AKHIRNYA!!! UMNO bersedia bantu Hasan Ali sediakan pentas untuk belasah PAS

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSFh665pZ4KjmNi1eaY_B4ewJOxE1rkL0WpnzMArqHTG82KFlE-VTaGzHdYLtZuOz3PWk0bS2IKikc4OEE0Mctww9FumXFg9_JOh1y8fexHpiSMwwJnd5EmmTraynrACuIi6z2dIjyAP4/s400/hasan-alia1.jpgKUALA LANGAT - Parti komponen Barisan Nasional (BN) diminta menyediakan ruang dan platform kepada bekas Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr. Hasan Ali untuk berceramah di Selangor bagi membolehkannya mendedahkan hakikat sebenar yang berlaku dalam Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, parti komponen BN tidak perlu gentar untuk menjemput bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu, kerana beliau bukan lagi ahli mana-mana parti pembangkang.


"Hasan dipecat daripada Pas, maka beliau kini bebas untuk berceramah di mana-mana sahaja dan UMNO mengalu-alukan jika beliau ingin turun ke Kuala Langat.
Pemuda PAS Wangsa Maju

"Apa yang pasti, beliau akan berceramah atas tiket pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukannya ahli parti pembangkang," katanya.

Read more ...

PEMBOHONG BESAR!!! Muhyiddin dok ingat rakyat Malaysia semua macam ahli UMNO

Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semasa menyerahkan bantuan RM500 kepada penduduk di Semporna, Sabah, bahawa kununnya program transformasi ekonomi itu tidak bermotifkan politik, sangat mendukacitakan.

Sedangkan hakikatnya terbukti dengan pendedahan sebuah sepanduk khusus bagi rakyat di sana mendapatkan bantuan tertera sekali dengan logo Umno-APCO dan Barisan Najis.


Apakah motif slogan "Terima Kasih BN" yang diletakkan bersama-sama dengan jata Kerajaan Malaysia jika tidak ia bersifat memancing undi dan mengelirukan rakyat kununnya bantuan ini datangnya daripada Umno-APCO dan Barisan Najis, bukannya Kerajaan Malaysia?


Mengapa Muhyiddin sanggup menipu rakyat yang berpendapatan rendah yang tidak mengetahui bahawa program yang sepatutnya berbentuk rasmi dari kerajaan diperalatkan menjadi program berbau Umno-APCO semata-mata?


Tidak syak lagi, program ini sebenarnya hanyalah untuk meraih sokongan politik mengundi Barisan Najis dan bukannya benar-benar untuk membasmi kemiskinan yang menjalar dari Kudat sehingga Tawau!


Sekali lagi Muhyiddin dan Shafie Apdal menipu rakyat Sabah hidup-hidup kerana bantuan yang mereka rasakan benar-benar ikhlas untuk membantu meringankan beban hidup rupanya dijadikan alat untuk memastikan mereka memangkah Barisan Najis dalam pilihanraya umum akan datang.


Rakyat Sabah sekali lagi dihina dengan penipuan demi penipuan yang dilakukan pemimpin Umno-APCO setelah slogan "Sabah Deposit Tetap BN" dicanang seolah-olah mereka bodoh dan tidak ada maruah diri hingga mudah dibeli dengan wang ringgit!


JALAN PULANG


Muhyiddin: BR1M bukan muslihat pancing undi PRU - Sinar Harian


SEMPORNA - Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan kononnya program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bermotifkan politik bertujuan meraih sokongan rakyat menjelang pilihan raya akan datang.


Timbalan Perdana Menteri berkata program itu diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meringankan beban rakyat yang terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barangan sekarang ini.


"Niat kita baik, tidak ada muslihat. Program yang kita janjikan ini adalah praktikal," katanya ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Perasmian Sentuhan Rakyat di Padang Pekan Semporna di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.


Muhyiddin berkata program bantuan rakyat berkenaan merupakan tindakan susulan daripada maklumat balas rakyat yang diterima Perdana Menteri ketika melakukan proram turun padang yang mendapati satu daripada masalah yang ditimbulkan rakyat ialah kenaikan harga barang dan kos sara hidup.


Katanya sebagai kerajaan yang prihatin dengan masalah rakyat, Perdana Menteri memperkenalkan pelbagai program bantuan sentuhan rakyat termasuk BR1M.


Selain bantuan RM500 kepada keluarga berpendapatan kurang daripada RM3,000 kerajaan turut memberi bantuan RM100 kepada pelajar sekolah dan baucer pembelian buku bernilai RM200 kepada pelajar institusi pengajian tinggi.


"Nampaknya yang mendapat manfaat BR1M ini ramai iaitu membabitkan empat juta isi rumah dengan perlbelanjaan sekitar RM2 bilion. Bila pembangkang melihat
rakyat yang menerima faedah bantuan ini, mereka sudah mula risau dengan kita.

"Pembangkang nampaknya cuma memperdayakan rakyat dengan menjanjikan bintang dan bulan termasuklah menghapuskan pinjaman PTPTN, menghapuskan bayaran tol. Ini semuanya tidak praktikal kerana kalau kita hapuskan PTPTN bagaimana kita nak beri peluang kepada pelajar untuk dapat ilmu.


"Begitu juga dengan tol. Syarikat membelanjakan berbilion ringgit untuk membina kemudahan (jalan raya) untuk rakyat. Kalau tidak ada tol, kerajaan terpaksa bayar ganti rugi, tak praktikal.


"Berbeza dengan janji Barisan Nasional iaitu BR1M. Kita sudah agih bantuan kepada rakyat," katanya.


Muhyiddin berkata Perdana Menteri turut memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) termasuk dalam soal keselamatan, soal pendidikan, soal membanteras rasuah dan penambah baikan sistem pengangkutan awam di negara ini.


Katanya Malaysia adalah antara negara paling selamat di dunia sejak negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun lalu, dengan negara sentiasa aman.


"Begitu juga dengan soal membanteras jenayah. NKRA kita telah mencapai sasaran untuk kurangkan kadar jenayah sehingga 26 peratus," katanya.


Muhyiddin berkata kerajaan memberi penekanan soal pendidikan dengan peruntukan yang tertinggi iaitu 26 peratus daripada peruntukan negara dan berbilion ringgit pula dibelanjakan untuk membina kemudahan infrastruktur termasuk di Sabah dan Sarawak bagi memastikan pembangunan luar bandar tercapai demi membela rakyat.


Beliau juga melahirkan keyakinan bahawa Semporna akan terus menjadi kubu kuat BN dan berharap rakyat Sabah keseluruhannya akan terus memberi sokongan kepada BN pada pilihan raya akan datang.


- Tiewnama

Read more ...

MARI TENGOK!!! Muka Besar BaharOm Samseng Taik Minyak, polis tunggu apa lagi?

MUHAMAD RAZALI nama mat salleh nya BOB nama glamer BAHAROM

Kepada pihak Polis DiRaja Malaysia...laporan rasmi dah buat....video klip sudah diturun naik....gambar-gambar sudah ditempelkan...nama sudah diberi....diberitakan nombor plate motorsikal pun dah disiarkan....NAK TUNGGU APA LAGI?.....

ini suatu kesalahan yang menarik minat awam.. case of public interest....kes dimana sekumpulan anak-anak muda Melayu berjiwa UMNO dengan bersenjatakan kayu menyerang kaum India yang tidak berdosa dan bersenjata didalam Dewan di Jalan Kebun...

lagak dan gelagat mereka ini boleh menimbulkan kekacauan dan huru harakan keharmonian negara jika tidak dibenteras segera..

Bukankah rakyat sering disuapkan bahawa PDRM adalah satu agensi penguatkuasa yang paling cekap,efisen dan hebat didunia?....

2 orang mahasiswa/i yang buat gurau senda kasar kononnya nak ugut bunuh Hj Ah Jib Gor dengan menembak helikopter dan kapalterbang dinaikkinya sepantas kilat Polis berjaya mengesan dan mencekupnya?...

kes ini agak pelik juga...semacam ada kuasa ghaib yang menyekat pihak polis menjalankan tugas dan amanah tanpa gentar dan memihak..mohon PDRM jangan timbulkan persepsi yang kurang enak didengar oleh rakyat...

kalau setakat warga taraf bangsat ini pun polis gagal dan takut nak bertindak maka tidak hairanlah jika yang terlibat itu pembesar-pembesar negara waktu ini.....

lagilah kecut dan cuak nak diambil tindakan....inilah persepsi buruk yang terpalit ditubuh badan PDRM kini.....jika PDRM memiliki akal yang bijak dan waras...

maka ambilah kesempatan dan peluang yang amat baik ini untuk mengkikis persepsi kurang enak dan lunak ini dengan segera menangkap simamat melaon ini.....

tidak sukar untuk dikesan....pengedar dadah yang licik boleh diberkas inikan pula mamat pecacai UMNO taraf bangsat....pastikan janji sumpah ikrar PDRM benar-benar dilihat dilaksanakan...TEGAS ADIL DAN BERHEMAH.

Helo geng...sekarang mana mau lari haaaa.....lebih baik serah diri dimana-mana balai polis yang berhampiran....berani buat berani tanggunglah... masa nilah nak tengok siapa kawan siapa lawan kamu...mereka boleh berikan kata-kata semangat tetapi yang kena tangkap kamu daaaa...lain kali pakai otak walau pun kamu tu tak cerdik sebelum nak bertindak...sikap kamu itu memalukan bangsa Melayu...

INILAH AKIBATNYA BILA UMNO MENIUPKAN POLITIK RASIS YANG SEMPIT DAN JIJIK DIKALANGAN AHLI, PENGIKUT, PENDOKONG DAN PENYOKONG-PENYOKONGNYA....SEKARANG TERIMALAH PADAHNYA....TOLAK POLITIK RASIS SEMPIT!!! TOLAK UMNO MAKA PASTI NEGARA KITA SELAMAT DAN MAKMUR...OMAKKAU

Read more ...

MANA BAHAROM? !!! Ko nak tunjuk samseng lagi , PR buat ceramah lagi di Jalan Kebun

Untuk makluman : Ini ceramah anjuran Pemuda Pakatan Rakyat Kota Raja
(Parti politik yang sah dan berdaftar - semua petugas diminta bersiap siaga)
untuk menjamin kelancaran Ceramah ini kelak.

Sudah berpuluh kali PAS Kawasan Kota Raja, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat menganjurkan Ceramah di Jalan Kebun, begitu dengan PKR, semuanya OK tanpa sebarang gangguan. Kita penuh yakin bahawa kali pun ianya sama dan semua akan OK dan minta hadirin datang beramai. Lagi ramai lagi bagus sebab banyak kita kena buat dan semua kena siap siaga bagi menghadapi PRU 13 tidak berapa lama lagi.Kalau boleh tumpangkan orang atas pagar atau dulu pengundi BN atau orang pencen ke ceramah ini lagi bagus.


Tragedi Jln Kebun : "Tindakan gengsterisme mesti dihentikan. Ia menjadi tugas dan tanggungjawab polis untuk melindungi warganegara yang menggunakan hak berperlembagaan mereka untuk berhimpun dan bersuara," .... rujuk Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan ... Sudahkan Polis bertindak?



Nak pertolongan : b
anyak gambar dan rakaman gerombolan yang menyerang dan mengganas ke atas ceramah "asal bukan Umno" (ABU) 21/1/12 lalu. Adakah anda rasa polis akan ambil tindakan? Lihat Ameno World 22/1/12 "Ini lah rupa ketua geng2 pengacau majlis ABU semalam...", Anak Sungai Derhaka "Wajah Samseng UMNO? yang menyerang ceramah ABU semalam.. ", Milo Suam 23/1/12 "No plate penyokong Umno yang menyerang ceramah ABU" dan dalam album Facebook Lawrence Jayaraj. Mungkin berlambak lagi di laman-laman yang lain... http://penarikbeca.blogspot.com

Read more ...

BRAHIM ALI BERLAGAK PANDAI!!! Kata Ketua Audit tak buat kerja, buat laporan salah pasal NFC

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgw-jZ02RF1cavIqSMULpf-iKf8c0tQzdCzLASIiSPUqEQgOh9aWUDk1gm3z5I7luOCYAJI4f9oyBfKvktj_cIby6c9CRIfubeAQqsgToVP8D22-mOxq4z3KiCff2D0NiTYm4mO7UwSvuhi/s1600/IBRHIM+ALI+01.jpgSHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyelar kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali sambil menyifatkan beliau cuba ‘berlagak pandai’ dalam isu projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Beliau menegaskan, Ibrahim seolah-olah cuba mengugut Ketua Audit Negara dengan memaksa memberin kenyataan rasmi bahawa tidak wujud masalah dalam projek berkenaan.

“Saya terkejut dia (Ibrahim Ali) berani kata Ketua Audit tak buat kerja, buat laporan pun salah. Sedangkan dia tu siapa? Seorang yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang tu.

“Tekanan yang diberikannya adalah satu intimidasi yang serius kepada Ketua Audit, dia tak ada hak nak campur tangan sebab memang terbukti dia tiada kepakaran dan tidak tahu hujung pangkal siasatan. Dia tak ada hak nak tentukan apa yang patut Ketua Audit buat,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Kelmarin, Ibrahim berkata, "kami mendesak beliau membuat kenyataan rasmi mengenainya dan berlaku adil kepada semua pihak supaya seseorang itu dibela atau dihukum atas sebab yang sah faktanya, bukan kerana persepsi politik."

Ibrahim berkata demikian selepas bertemu dengan Pengerusi Eksekutif Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail.

Menurut Rafizi, tindakan presiden Perkasa itu perlu diambil perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana bimbang boleh mengganggu siasatan ke atas NFCorp.

Beliau berkata, penglibatan Perkasa dalam hal ini menampakkan kepada dimensi baru skandal yang mungkin cuba digunakan NFCorp melalui politik untuk membersihkan nama syarikatnya

“Tindakan ini memburukkan keadaan, sudah empat tahun kebelakangan ini, kedudukan Audit Negara dilihat sangat penting dalam membongkar kes rasuah, melalui siasatan mereka kita sebagai rakyat dapat siasat balik.

Sementara itu, Rafizi turut menempelak dakwaan Ibrahim yang mengatakan beliau membeli maklumat daripada bekas pekerja NFCorp atas tujuan untuk membantu pekerja terbabit untuk membalas dendam.

“Saya nafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia kononnya saya membeli maklumat secara sulit. Apa tujuan dia nak cakap macam itu,” katanya.sh

Read more ...

KAJIAN TERKINI!!! Profesional Melayu mahu Najib dan Anwar berdebat

http://cdn1.beritasemasa.com/wp-content/uploads/2011/12/anwar-ibrahim-vs-najib.jpgSHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar mengadakan satu debat terbuka berkenaan dasar dan pendekatan kerajaan menguruskan negara, demikian menurut firma kajian pendapat awam, Merdeka Center.

Pengarah Eksekutifnya, Ibrahim Suffian berkata, maklumat yang dikumpulkan hasil perbincangan kumpulan berfokus melibatkan profesional-profesional Melayu menunjukkan, mereka berminat untuk melihat satu debat membabitkan kedua-dua pemimpin berkenaan.

"Maklumat ini, kami peroleh hasil perbincangan dengan kumpulan profesional Melayu baru-baru ini, mereka mahu kedua-dua Anwar dan Najib mengadakan debat, membincangkan isu-isu yang besar, isu rakyat dan isu negara... bukannya isu-isu peribadi tetapi lebih kepada kepentingan rakyat.

"Saya nampak seolah-olah ada satu perubahan dalam kehendak dan keinginan di kalangan rakyat, mereka mahu satu budaya baru, diadakan debat (seperti di negara-negara lain), daripada kempen memburuk-burukkan satu sama lain," kata Ibrahim kepada Sinar Harian Online.

Kedua-dua Anwar dan Najib sudah memasuki gelanggang politik negara lebih empat dekad lalu.

Najib menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno pada awal 2009 dan akan mengetuai Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum pertamanya dalam waktu terdekat. Anwar, bekas timbalan perdana menteri, mengetuai Pakatan Rakyat (PR) awal 2008 dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen pada Ogos tahun yang sama.

Permintaan dan undangan agar kedua-dua pemimpin itu berdebat bukan perkara baru. Ia pernah menjadi perhatian tahun lalu.

Dan, pada pertengahan bulan ini, Anwar yang juga Ketua Umum PR mengulangi cabarannya kepada Najib, yang juga Pengerusi BN untuk debat secara terbuka mengenai dasar-dasar kerajaan pimpinannya.

Anwar berkata, beliau memandang serius perkara itu kerana ia akan membolehkan rakyat membuat penilaian terhadap pertembungan dua sistem yang wujud di negara ini antara Umno dan BN serta PR.

Pelawaan itu dibuat kira-kira seminggu selepas Anwar dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat.

"Jika benar Najib ikhlas dan jujur ketika memperkatakan sebelum ini bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi terbaik di dunia, jadi, kita nak tahu huraiannya," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pemimpin pada Konvensyen PR pada 14 Januari lalu.

Anwar berkata, PR juga ingin mendengar penjelasan atau jaminan Najib mengenai amalan demokrasi itu dengan memastikan pilihan raya umum akan datang bersih, dan adil tanpa sebarang penipuan sama sekali.

Mengulas lanjut isu debat ini, Ibrahim juga berkata, keinginan itu dilahirkan selepas wujud pandangan dan hebahan mengenai perkara itu baru-baru ini, lebih-lebih lagi ketika negara bersiap sedia untuk berhadapan dengan pilihan raya umum.

"Saya pun berpandangan bahawa kita perlu bergerak ke arah itu. Saya berharap akan ada pihak yang akan menganjurkan debat-debat melibatkan pemimpin negara supaya rakyat dapat menilai kemampuan dan kebolehan pemimpin menawarkan dasar dan pendekatan pengurusan dan pentadbiran terbaik kepada negara," katanya lagi.sh

Read more ...

ASAL BUKAN UMNO!!! 150 orang keluar UMNO di Sabah


Berita terbaru dari negeri di bawah bayu yang semakin hangat dengan kehadiran Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat diserikan lagi dengan kemasukan lebih 150 orang bekas ahli Umno-APCO di Tuaran, Sabah.

Borang kemasukan mereka diterima sendiri oleh Anwar di hadapan ribuan rakyat yang berpusu-pusu untuk mendengar ceramah dan sesi soal jawab di pekan itu yang turut dihadiri bekas calon PKR bagi Parlimen Batu Sapi, Ansari Abdullah.


Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Umum PKR menyatakan rasa syukur dan berterima kasih di atas penerimaan dan sambutan hangat yang diberikan masyarakat Sabah sekaligus membuktikan bahawa Umno-APCO kini sudah tidak boleh mengharapkan lagi Sabah menjadi deposit tetap Barisan Najis selain Sarawak.


Ini kerana tegas Anwar ia adalah satu bentuk penghinaan kerana rata-rata rakyat Sabah yang dahagakan pembelaan dan pembangunan semacam dipinggirkan oleh Ketua Menteri Musa Aman dan Najib Altantuya yang menguasai kerajaan persekutuan.


Semenjak Sabah merdeka dan menyertai Malaysia pada 1963, beliau tidak pernah melihat betapa rakyat Sabah semakin lama semakin miskin sedangkan pemimpin negeri sibuk memperkayakan keluarga dan kroni dengan pengurniaan konsesi balak dan rasuah yang semakin tidak terkawal.


Anwar berjanji sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah Putrajaya, Sabah akan berkongsi nikmat kekayaan yang sepatutnya dimiliki serta tuntutan 20 Perkara yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 akan dilaksanakan, selain berusaha menyelesaikan masalah pendatang asing tanpa izin yang kini mencecah lebih 500 ribu orang.


Turut hadir di majlis penyerahan tersebut, Pengerusi PKR negeri, Ahmad Thamrin Jaini, Christina Liew, Halik Zaman, pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat negeri dan Jeffrey Kitingan selaku presiden STAR yang baru ditubuhkan.


JALAN PULANG

Read more ...

TAK TAHU MALU!!! UMNO dok perasan duit RM 500 BR1M duit Tabung UMNO

http://cdn2.yanmieonline.com/wp-content/uploads/2011/12/bantuan-rakyat-1malaysia.jpgKUALA LUMPUR, 23 Jan: PAS mengingatkan Umno BN agar tidak mendabik dada mendakwa wang RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang disalurkan ketika ini adalah wang dari kocek parti itu.

Sebaliknya kata AJK PAS Pusat, Idris Ahmad, wang tersebut adalah wang rakyat hasil dari pelbagai sumber yang dibayar kepada kerajaan.


"Umno jangan "perasan" Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 wang kocek Umno. Kain-kain rentang digantung merata kampung seolah-olah ini adalah pemberian Umno BN.


"Pada hal ini ialah wang rakyat diambil daripada berbagai sumber negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.


Beliau mengulas kain-kain rentang yang sedang dipasang Umno BN di serata kampung sempena pengagihan wang tersebut kepada rakyat.


Kain-kain rentang itu ujar Idris seolah-olah mendakwa duit RM500 yang sedang diagihkan kepada rakyat yang berpendapatan kurang RM3000 itu adalah duit Umno dan bukan duit hasil cukai yang dibayar rakyat.


"Semua rakyat yang layak wajib ambil, kerana ini adalah wang rakyat bukan wang Umno," tegasnya sambil menyifatkan ianya hanya modal kempen untuk memikat hati rakyat di musim pilihanraya.


Katanya, rakyat perlu sedar bahawa pemberian terbaru itu hanya diberi setelah 55 tahun Umno BN berkuasa dan setelah nyawa mereka di hujung tanduk.


"Selama ini pemberian ini tidak pernah terfikir oleh pemimpin Umno BN untuk memberinya.


"Keadaan yang sama juga berlaku di Terengganu, walaupun minyak ditemui sejak tahun 70an, tetapi rakyat baru dapat wang ehsan RM300 setahun apabila PAS memerintah Terengganu 1999," jelasnya lagi.


Menurutnya lagi, rakyat harus sedar bahawa Umno semakin tertekan dengan berbagai tawaran yang telah ditunjukkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat, walaupun mengalami kekangan kewangan.


Dengan prinsip penjimatan dan bebas rasuah, rakyat kini selesa di bawah Pakatan Rakyat berbanding di bawah BN sebelum ini.


"Umno terpaksa ikut (tawaran PR), jika tidak rakyat akan bangkit menolak BN.


"Sebelum jatuh biarlah tunjuk bakti terakhir untuk rakyat, sekurang-kurangnya generasi akan datang dapat melihat bahawa kerajaan Umno BN pernah memberi wang RM500 setelah 55 tahun merdeka," sindirnya.

Read more ...

Sunday, January 22, 2012

SAMBUTAN ANWAR DI SABAH!!! Najib kena fikir banyak kali untuk bubar parlimen

Di saat Perdana Menteri Najib terus dengan ucapan klise (kitar semula) semasa menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kuala Lumpur, musuh politik utama beliau sebaliknya kini berada di Sabah merasmikan sambutan yang sama yang dihadiri lebih 4 ribu hadirin pelbagai kaum yang berpusu-pusu mahu bersalaman dengan Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sudah dua hari berada di pulau Borneo, sebentar tadi mendedahkan bagaimana seorang bekas Ketua Menteri Sabah kelapan pada zaman dia memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, telah menyatakan hasrat mahu memberikan tanah seluas 50 ribu ekar kepadanya sebagai hadiah atas nama ayahnya, Ibrahim.



Anwar menjelaskan lagi bahawa atas nama siapa sekalipun dia tidak akan mengambil seinci pun tanah rakyat untuk kepentingan peribadi mahupun keluarga kerana sudah dididik dengan ajaran agama dan moral sejak di bangku sekolah lagi.

Tegas Anwar, bekas Ketua Menteri yang dimaksudkan adalah Tun Sakaran bin Dandai yang menjawat jawatan tersebut pada 1994, apabila setahun kemudian dia dilantik menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) sehingga digantikan oleh Tun Ahmadshah Abdullah pada 2002.



Tegasnya lagi, jika pemimpin Pakatan Rakyat berangan-angan untuk melakukan perkara sama, dia sendiri yang akan mengusir pemimpin tersebut kerana ia merupakan amanah rakyat yang mahukan pentadbiran cekap, telus dan berintegriti.

Tambah Anwar lagi, Pakatan Rakyat semakin diterima baik di Sabah dan Sarawak, malahan buktinya, sejak semalam, hampir kesemua anggota pasukan keselamatan dari Sibu dan Kanowit di Sarawak lagi beramai-ramai menghulur tangan bersalaman tanda kesyukuran dengan pembebasannya serta bertuah dapat menatap sendiri pemimpin yang bakal menyelamatkan Malaysia dari kehancuran Umno-APCO.



Dalam ucapannya lagi, beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih atas doa dan sokongan rakyat Sabah semasa peristiwa pembebasannya dari tuduhan fitnah liwat 9 Januari lalu.

Anwar sekali lagi menjanjikan rakyat Sabah peluang untuk membangunkan negeri dengan penyerahan royalti minyak sekurang-kurangnya 20 peratus dari hasil jualan produk petroleum berbanding hanya lima peratus yang diberikan Umno-APCO dan Barisan Najis selepas Sabah menyertai Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.


Tegas Anwar, semasa pilihanraya umum ke 12 pada 2008 lalu, orang Sabah serta Sarawak telah sekali lagi memberi peluang kepada BN untuk membetulkan kesilapan mereka, akan tetapi malangnya apa yang dihajatkan tidak ditunaikan sebaliknya Sabah terus berada pada kedudukan kedua paling miskin di Malaysia selepas Sarawak, walaupun dilimpahi dengan khazanah hasil bumi yang banyak.


Gelombang perubahan yang dirasai sedang bersemarak di serata Borneo dengan pencapaian lebih baik kini di mana seramai lebih 3 ribu ahli PKR baru berjaya didaftarkan di seluruh negeri itu terutamanya di Tenom, Tuaran dan Kalabakan.



Hadirin yang mendengar ucapannya bersemangat dan teruja setiap kali penegasan Anwar untuk seluruh rakyat Sabah bergema di Dewan Kian Kok, Likas, Kota Kinabalu hingga ke luar dewan yang penuh sesak dengan hadirin dari sekitar bandaraya ini.

Sambutan diserikan lagi dengan tarian singa dan pertunjukkan kebudayaan masyarakat Cina yang mendominasi majlis yang turut dihadiri seluruh pimpinan Pakatan Rakyat pelbagai peringkat.


Penjelasan Anwar membuktikan bahawa tuduhan fitnah liwat terhadapnya hanyalah rekayasa Umno-APCO semata-mata kerana tiada satu pun fail rasuah membabitkan dirinya dibuktikan semasa memegang jawatan dalam kerajaan sehingga dipecat pada 1998.


JALAN PULANG


Foto ihsan Twitter Mariah Doksil



Fakta Tun Sakaran Dandai




Tun Datuk Seri Panglima Haji Sakaran bin Dandai (gambar kiri) adalah seorang ahli politik Barisan Nasional - UMNO di Malaysia.

Beliau pernah menjadi Ketua Menteri Sabah (1994) dan Yang di-Pertua Negeri Sabah (1995-2002).Beliau berketurunan Bajau dari daerah Semporna.Mengikat tali perkahwinan dengan Datuk Seri Panglima Hjh Siti Rukaiyah binti Panglima Abdullah.


Beliau menerima anugerah Seri Maharaja Mangku Negara (S.M.N.) yang membawa gelaran Tun pada 1996, semasa menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah.


Pada 2000 pula, beliau menerima anugerah tertinggi Sabah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Read more ...

BELA PERASUAH?!!!PERKASA cuba jadikan skandal NFC sebagai isu perkauman


Ibrahim Ali katak
Malaysiakini melaporkan:
KUALA LUMPUR, 22 Jan — Bekas pekerja Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp) yang dikatakan membocorkan rekod kewangan syarikat ternakan lembu tersebut telah dipecat, kata Datuk Ibrahim Ali, ekoran kesalahan mencuri sejumlah RM2.7 juta wang tunai dan akan didakwa bagi kesalahannya di mahkamah tidak lama lagi.

Presiden Perkasa itu berkata,
eksekutif pemasaran "bukan Melayu" itu bertanggungjawab membuat kutipan pembayaran daripada pelanggan NFC dan telah melarikan wang berjumlah antara RM10,000 dan RM20,000 sehari sebelum ditangkap oleh akauntan syarikat terbabit.

Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail kemudiannya membuat laporan polis dan memecat pekerjanya itu.


"Perkara itu berlaku sebelum ini apabila Datuk Salleh mempunyai dua pekerja bukan Melayu. Mereka menguruskan RM150,000 wang tunai setiap hari. Salah seorang daripada mereka kemudiannya melarikan wang berkenaan," jelas Ibrahim kepada pemberita di Hotel Putra di sini. -
TMI.
Kalau dah jenis RASIS tu tak kira apa cerita pun, semua nak dirasiskan. Pantang ada ruang sikit pun, tetap jugak nak mainkan isu perkauman. Aku pun tak faham apa yang dia nak yang dia timbulkan isu perkauman tu.

Takkan kut dia nak alih isu cara tu, nampak sangat keBANGANGannya.


Takkan dia tak boleh fikir, bab pekerja tu songlap duit tu cerita lain, tu salah dia dengan syarikat, takdak kena mengena dengan isu skandal NFC yang sampai tahap 'nak bela lembu dalam kondo'.


Bangsa pekerja yang songlap duit tu lagi la tak relevan dalan isu skandal NFC ni.


Bab buat kerja songlap duit ni bukan kira bangsa malah tak kira agama. Sapa saja berisiko untuk buat kerja jahat tu, tak kira apa bangsa, malah tak kira apa agama sekali pun. Cumanya kalau jenis yang beriman tu, tak kira apa agama sekali pun, aku yakin takkan tergamak nak makan duit haram.


Contohnya macam
isu Jamil Khair guna duit zakat, kalau dia betul jenis kuat iman takkan dia sanggup nak guna duit zakat tu. Orang ang beriman takkan sanggup buat kerja macam tu. Kalau pun mungkin depa ada hujjah dari segi hukukm nak lepaskan diri tapi dari segi moral takdak sapa yang waras akal nak kata tindakan tu satu tindakan yang bermoral.

Sama jugak macam isu skandal NFC tu, kalau Ibrahim Ali jenis orang yang ada moral, tak patut dia timbul isu remeh macam tu untuk alih dari isu sebenar. Taktau la pulak kalau ada orang melayu yang BANGANG yang termakan mainan tak bermoral dan bangang Ibrahim 'katak' Ali tu.


Tapi, itulah, Ibrahim Ali ni aku rasa jenis muka tebal, dia sanggup buat apa saja, sanggup kata apa saja. Pada dia aku rasa takdak istilah malu...



Read more ...

CELUPAR MELAMPAU!!! Brahim Ali hina Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri!



Menteri besar Selangor akan berbincang dengan penasihat undang-undang negeri dan agensi berkaitan untuk mengambil tindakan terhadap Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang mengkritik keras perubahan portfolio agama negeri itu.

Setiausaha politik kepada menteri besar Faekah Husin berkata, mereka tidak akan akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim kerana "keceluparan melampau" yang didakwa semata-mata untuk mendapatkan publisiti murahan.


"Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini," katanya.


Ibrahim semalam dilaporkan berkata, pengambil alihan portfolio hal ehwal Islam Selangor oleh Khalid bertujuan untuk memberi jalan kepada kegiatan "tidak bermoral" dan memelihara kepentingan kumpulan ahli perniagaan menjelang pilihan raya.


Ibrahim menjelaskan, pemecatan Hasan dan pengambil alihan portfolio berkenaan merupakan "tamparan hebat" kepada PAS, dan menggelarnya "kekalahan untuk Islam dan kemenangan untuk liwat", lapor sebuah portal berita.


Dalam kenyataannya hari ini, Faekah berkata, ungkapan liwat yang digunakan menggambarkan betapa kotornya pemikiran "politikus tua" itu.


"Tindakan Datuk Ibrahim Ali yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan Selangor dalam isu pelantikan exco kerajaan negeri yang baharu dan rombakan portfolio hal ehwal Islam jelas menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanah air," katanya.


Faekah juga berkata, kritikan Ibrahim itu merupakan satu penghinaan kepada Sultan Selangor sebagai ketua agama Islam negeri yang memberi perkenan kepada perkara itu.


"Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan.


"Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno," katanya merujuk kepada kemenangan Ibrahim dalam pilihan raya umum lalu atas tiket PAS.



Set Pol: Kenyataan Ibrahim Ali Merupakan Penghinaan Kepada DYMM Sultan Selangor


Tindakan Ibrahim Ali yang cuba menunjuk pandai dengan mencampuri urusan pentadbiran Kerajaan Selangor dalam isu pelantikan Exco Kerajaan negeri yang baharu dan rombakan portfolio Hal Ehwal Islam jelas menunjukkan beliau seorang ahli politik yang kehabisan modal dan sedang mencuba sedaya upaya untuk menjadikan dirinya masih relevan di arena politik tanahair. Percubaan beliau melaga-lagakan PAS dan Kerajaan Selangor juga agak pelik apabila melihat sejarah beliau sendiri dengan PAS.


Siapa yang dapat melupakan bagaimana beliau mengkhianati PAS umpama parasit setelah parti itu memberi beliau tiket bertanding pada 2008. Hari ini beliau terhegeh-hegeh pula dengan UMNO sedangkan parti yang bakal tumbang ini pun melihatnya sebagai liabiliti dan tidak mempunyai sebarang kredibiliti.


Kita tidak mempersoal tindakan Ibrahim Ali yang kini begitu akrab dan bersekongkol dengan mantan Exco Agama Dato' Dr Hasan bin Ali. Namun keceluparan Ibrahim mempertikaikan kedudukan YAB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Exco Hal Ehwal Islam merupakan satu penghinaan kepada DYMM Sultan Selangor yang sesungguhnya adalah Ketua Agama Islam di Selangor.
Keputusan Tan Sri Khalid memegang portfolio ini adalah setelah berbincang dan mendapat perkenan baginda Sultan kerana pentadbiran di Selangor mengamalkan amalan konsultasi berterusan dengan pihak istana dalam banyak hal apatah lagi dalam soal hal ehwal Islam.

Tuduhan Ibrahim Ali bahawa pelantikan Tan Sri Khalid sebagai Exco Hal Ehwal Islam hanya akan menyemarakkan rumah maksiat di Selangor amat keterlaluan. Kita ingatkan Ibrahim Ali bahawa keutuhan dan kesucian agama Islam di Selangor, pengawalan kegiatan tidak bermoral, termasuk perjudian dan rumah-rumah maksiat adalah di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang kedua-duanya dalam pemerhatian rapat Baginda Tuanku.


Menuduh bahawa Tan Sri Khalid akan merelakan kegiatan tidak bermoral atas perkiraan politik seolah-olah mempersenda kedua-dua institusi agama tersebut termasuk baginda Sultan. Pada perkiraan Ibrahim semua ahli politik akan menggadai maruah demi undi sebagaimana dirinya yang sanggup mengkhianati PAS walaupun parti tersebut mengutipnya setelah dicampak oleh Umno.


Selaku umat Islam seharusnya Ibrahim Ali mendoakan setiap pemimpin berkhidmat dengan ikhlas, mentaati hukum dan menggalas jawatan sebagai amanah Allah agar negeri menjadi aman sejahtera dan diampuni Allah swt. Sebaliknya, beliau sanggup menuduh bahawa Selangor akan menjadi negeri peliwat. Ungkapan yang menggambarkan betapa kotornya pemikiran politikus tua ini. Bercakap tanpa iman; penuh dendam dan nafsu serakah. Ini merupakan penghinaan kepada seluruh rakyat Selangor yang seharusnya Ibrahim Ali dihalang dari menjejakkan kakinya di negeri berdaulat ini.


YAB Dato' Menteri Besar amat memandang serius tohmahan jahat ini dan akan membincangkan isu ini dengan semua agensi terbabit dan Kamar Penasihat Undang-undang Negeri termasuk juga pihak Istana. Kita tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali kerana keceluparan melampau beliau semata-mata mendapatkan publisiti murahan.


FAEKAH HUSIN

SETIAUSAHA POLITIK KEPADA DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Read more ...

KHIANATI RAKYAT!!! Brahim Ali bakal berkubur di Pasir Mas

Oleh M FAQIH
http://www.malaysiandigest.com/images/zahar/ibrahim%20ali%20299.jpg“KAMI pengundi di Pasir Mas tidak sabar lagi hendak balas dendam terhadap Dato’ Ibrahim Ali. Dia khianat amanah yang kami berikan.

“Selepas ini barulah dia tahu hujung jatuh kerjaya politiknya. Jangan dok angkuh sangat dengan kemenangan hasil bantuan orang lain,” kata penghulu mukim Kasar, Pasir Mas, Rahim Wan Samad.


Hujahnya turut disokong Siti Nor Md Midin, 65 dari Kampung Landar, yang meluah perasaan sangat meluat terhadap anggota parlimen Pasir Mas sekarang. Kata beliau rakyat Pasir Mas begitu kecewa terhadap bekas Ketua Bahagian Umno itu kerana menggadaikan amanah dan tanggungjawab yang diberi pengundi.

“Kami beri undi kepadanya dengan harapan dapat memperkukuhkan parti dan menjaga kebajikan penduduk di sini.

“Namun malang tidak berapa lama selepas diberi peluang, pemimpin itu tiba-tiba khianati pengundi. Kami yakin orang yang khianat terhadap perjuangan tidak akan kekal lama,” katanya.

Menurutnya semasa berkempen pada pilihan raya umum lalu begitu sukar untuk meyakinkan pengundi terhadap Ibrahim kerana mereka tahu rekod lama pemimpin terbabit.

Kata beliau pelbagai alasan diberi kepada penyokong PAS supaya menerima Ibrahim. “Tebal muka saya dan rakan-rakan ketika berkempen bagi meyakinkan pengundi tegar PAS. Mereka awal-awal lagi tidak yakin dengan Ibrahim.

“Namun saya terpaksa memberi pelbagai alasan kerana kemungkinan ada hikmahnya apabila dia diberi peluang bertanding menggunakan lambang PAS.

“Kita sebagai anggota parti berpegang kepada keputusan pemimpin di atas. Molek di atas moleklah kami di bawah. Siapa sangka amanah kami tiba-tiba dikhianati,” kata Rahim.

Bekas pegawai bank, Rashidah Mahmud, 58 menanyakan mana janji-janji Ibrahim sebelum ini mahu membawa apa yang ada di Kuala Lumpur ke Pasir Mas.

Pesara guru, Mohd Zain Che Mat, 63 yang tinggal berdekatan pusat khidmat Ibrahim di Kampung Kasar memberitahu hanya sekitar 500 penyokong tegar bekas pemimpin Semangat 46 itu yang dilihat sering datang program dianjurkan di situ.

Beliau melihat wajahwajah yang sama sejak dahulu sehingga sekarang berada di sekeliling anggota parlimen Bebas terbabit.

“Orang kampung yang tinggal berdekatan tidak datang. Saya difahamkan penyokongnya datang dari tempat lain kerana ada upah.

“Lelaki yang datang ramai pakai seluar pendek dan memakai gelang di tangan. Biarpun masjid terletak berhampiran, namun mereka seperti tidak endahkan,” ujarnya.

Rashidah yang juga Ketua Muslimat PAS Cawangan Kasar berkata, pihaknya sering mengadakan majlis bacaan Yaasin di masjid dan rumahrumah penduduk tempatan.

Kata beliau program tersebut mendapat sambutan menggalakkan, ada juga di kalangan penyokong Umno yang datang.

Katanya, program berkenaan diketuai Ustazah Aishah dari Pondok Lubuk Tapah dan Wan Munah Wan Salleh diadakan sekali seminggu.

Menurutnya program itu dimulakan sejak 10 tahun lalu diadakan setiap hari Jumaat dihadiri tidak kurang 50 muslimat tempatan.

“Kami juga menerima jemputan membaca Yaasin di rumah-rumah penduduk yang ada hajat termasuk sakit atau tahlil arwah keluarga mereka.

“Selain itu kami juga pernah menerima jemputan membaca al-Quran bagi tahlil arwah di kampung lain termasuk Kubang Bemban dan Bechah Durian,” ujarnya.

Kata beliau program tersebut mendapat sambutan sehingga penyokong Umno pun mengikuti sama.

Bagaimanapun beliau meluah rasa bimbang kerana ada uraura setiap perjumpaan yang diadakan perlukan mendapat permit polis selepas rang undang-undang perhimpunan aman dilulus di parlimen barubaru ini.

Umno dilanda dilema Khabar angin pula menyebut Ibrahim akan bertanding menggunakan lambang dacing pada pilihan raya umum ke-13.

Berita itu membuat Umno Pasir Mas dilanda dilema.

Ibrahim dikatakan akan diberi ruang bertanding di kerusi parlimen, manakala Ketua Bahagian Pasir Mas, Dato’ Hanafi Mamat mensasarkan Dun Tendong.

Timbalan Ketua Bahagian, Che Johan Che Pa pula mengintai kerusi Dun Chetok. Manakala Naib Ketua Bahagian, Abdul Aziz Mohammad disebut-sebut calon di Dun Pengkalan Pasir. Bagaimanapun kehadiran Che Johan ke Chetok menimbul ribut dalam rumah tangga Umno Pasir Mas.

Kerusi tersebut lebih awal menjadi taruhan kepada Ketua Pemuda Umno Pasir Mas, Najib Rashdan Abdul Rahman.

“Isu pertelingkahan di antara Najib dan Che Johan bukan lagi menjadi rahsia di Pasir Mas. Semua orang sudah tahu pergolakan antara mereka sekarang,” kata Adun Chetok, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman.

Di Rantau Panjang isu retak menanti belah tidak dapat dinafikan. Dendam politik antara ketua bahagian sekarang, Dato’ Abdullah Mat Yassin dan bekas ketua bahagian, Dato’ Mohd Zain Ismail masih belum reda.

Biarpun ada usahausaha mendamaikan dua kumpulan tersebut, namun ia tidak lebih sebagai hangathangat tahi ayam. Mohd Zain dan penyokongnya masih mengimpikan jawatan lama.

Kegawatan pada Oktober 2008 ketika pemilihan di peringkat bahagian tidak dapat dilupkan.

Pasukan FRU terpaksa dikejar mententeramkan keadaan gawat mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno bahagian.

Suasana kecoh tercetus apabila pengerusi tetap mesyuarat berkenaan Nordin Ibrahim mengumumkan seramai 461 perwakilan daripada 144 cawangan layak mengundi. Mesyuarat tersebut diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Kiambang di Rantau Panjang. Hari ini Ketua Pemuda Rantau Panjang, Ustaz Effendi Yusof pula dikatakan mempunyai haluan sendiri.

Setahun lepas 36 Penyelia Pembangunan Mukim (sekarang JKKKP) dan tiga Ketua PPM yang dipecat Abdullah pernah mengugut mahu meninggalkan parti.

Kira-kira 500 penyokong Umno di Cawangan Baroh Pial di Dun Bukit Tuku dan 35 cawangan lagi di seluruh bahagian tekad mahu keluar Umno.

Bekas ketua cawangan Baroh Pial, Wan Yaakob Wan Ismail memberitahu antara sebab mereka berbuat demikian kerana hilang kepercayaan kepada Abdullah.

Situasi serupa juga berlaku di Tumpat apabila tidak ada nama besar bagi mengisi calon parlimen. Dr Ashraf Wajdi Dasuki yang dibawa pulang pada pilihan raya umum lalu tidak lagi menjadi sebutan.

“Saya mendengar ada ura-ura calon wanita yang akan diletak di kerusi parlimen Tumpat,” kata bekas guru, Che Awang Lah dari Dun Pasir Pekan.

Manakala Dato’ Noor Zahidi Omar dikatakan lebih selesa mempertahankan Dun Pengkalan Kubur, dan timbalannya Dato’ Rusdi Abdul Aziz pula enggan berganjak daripada Dun Wakaf Bharu. Isu dalaman membelit Umno Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tumpat tentunya menyukar misi Dato’ Seri Mustapa Mohamed menawan Kelantan.

Read more ...

CERAMAH ABU!!! Polis merestui tindakan ganas, kerana pelakunya UMNO ??

Bersih kecam 'gengster' serang ceramah ABU
SHAH ALAM - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengecam tindakan ganas ala gengster pihak tertentu mengganggu majlis ceramah Asal Bukan Umno (ABU) dan mencederakan salah seorang pesertanya, di sini kelmarin.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi, Bersih 2.0 berkata, insiden terbaru ini memperingatkan taktik ganas dan kotor yang digunakan untuk menggagalkan persidangan prokemerdekaan Timor Timur (kini Timor Leste) di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 1996.

"Tindakan gengsterisme mesti dihentikan. Ia menjadi tugas dan tanggungjawab polis untuk melindungi warganegara yang menggunakan hak berperlembagaan mereka untuk berhimpun dan bersuara," katanya.

Kenyataan Bersih 2.0 juga menegaskan, berdasarkan kenyataan Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah dan Ketua Polis Daerah Shah Alam Zahedi Ayob, yang masing-masing mengetepikan dakwaan kecederaan dan memandang ringan keseriusan insiden, telah menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedangkan bukti video menunjukkan majlis itu diserbu dan ada kecederaan ke atas salah seorang peserta.
"Penafian polis berhubung keseriusan tindakan ganas ke atas penganjur dan peserta seolah-olah merestui tindakan ganas yang berlaku," kata gabungan itu lagi.

Malah Bersih 2.0 juga berkata, kegagalan polis untuk bertindak segera dan proaktif akan mengundang pihak-pihak lain bertindak sedemikian pada masa akan datang.

"Bersih 2.0 menuntut Ketua Polis Negara menjalankan satu siasatan dengan segera dan menahan mereka yang bertindak ganas," katanya lagi.

Selain itu, Bersih 2.0 juga mahu kerajaan mengambil tindakan menghalang kejadian-kejadian yang sama, yang bercanggah dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian semalam., Pemuda Umno Selangor menyangkal dakwaan ahli pergerakan itu terlibat kekecohan melibatkan program ceramah ABU anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), yang diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, Pemuda Umno tidak diberikan tugas untuk mendengar dan memantau sebarang program yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR) di Selangor.

Menurutnya, tugas dan tanggungjawab yang diberikan kepada Pemuda Umno adalah untuk memastikan program parti berjalan lancar termasuk, program bantuan kepada rakyat dan menggerakkan jentera pilihan raya.

Difahamkan, kejadian berlaku pada jam 9 malam, apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut.

Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.

WARTAWAN SINAR HARIAN
January 23, 2012

Read more ...