Saturday, May 5, 2012

APA KATA NAJIB?!!! Wakil PBB tawar diri buat siasatan bebas himpunan Bersih 3.0

Seorang pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Frank La Rue menawarkan diri untuk menjalankan siasatan bebas, mengkaji dan menilai perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April.

La Rue memberitahu Malaysiakini bahawa beliau juga menawarkan untuk menyiasat perhimpunan BERSIH 2.0 memandangkan beliau berada di Malaysia pada Julai tahun lalu.


Katanya beliau berada di Malaysia pada 10 Julai, sehari selepas perhimpunan itu diadakan, dan perhimpunan itu menarik perhatiannya.



Tambahnya, beliau diberitahu bahawa perhimpunan itu mengejutkan memandangkan ia turut dihadiri anggota keluarga dan kanak-kanak.

Katanya lagi, beliau difahakmkan bahawa peserta perhimpunan itu tidak agresif mahupun mengingkari arahan, tetapi polis bertindak ganas.

Peguam dari negara Guatemala yang berpengkalan di Geneva itu ditemui Malaysiakini di Persidangan Kebebasan Akhbar Sedunia di Tunis yang berakhir semalam.

http://www.malaysiakini.com/news/197095

Read more ...

LARIKAN KIT SIANG DARI 'AMUKAN POLIS'!!! DAP Terengganu ucap terima kasih kepada petugas PAS


DAP negeri Terengganu mengucapkan terima kasih atas prihatin petugas PAS Terengganu yang memberikan ruang 'Rawat dan Rehat' kepada En. Lim Kit Siang Semasa Perhimpunan Bersih 3.0 di Kuala Lumpur pada 28hb April lalu.

DAP Terengganu bangga dapat bersepakat dan bersetiakawan dengan PAS petugas PAS Terengganu yang membawa En. Lim Kit Siang keluar dari kawasan 'amukan polis' di hadapan Mahkamah dan Dataran Merdeka.


Petugas Terengganu telah membawa naik En. Lim Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur ke tempat penginapan mereka serta memberikan salinan baju-T kepada En. Lim Kit Siang.

Sekali lagi, bagi pihak DAP Terengganu dan DAP Malaysia, kami mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga.

Ng Chai Hing
Pengerusi DAP Kuala Terengganu
Merangkap Pengerusi Penaja DAP Terengganu

http://daptrg.blogspot.com/


Buletinonline

Read more ...

DEDAH!!! Syarikat kroni UMNO/BN Terengganu pula dapat tanah?

KUALA NERUS – Selepas menganugerah kan tanah kepada wakil-wakil rakyat, kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dijangka akan mengagih-agihkan tanah kepada syarikat-syarikat kroni pula.

Menurut sumber, pada waktu terdekat, kerajaan akan memberikan tanah kepada syarikat yang menjalankan operasi kuari Bukit Batu Hampar atau dikenali kuari Bukit Berapit bersebelahan kuari Bukit Jong dekat sini.

Sumber tersebut berkata, atas tujuan tersebut, kerajaan Umno/BN Terengganu akan ‘merampas’  tanah penduduk sekitar lokasi kuari itu beroperasi.

Pada tahun 2008, kira-kira tiga bulan dari tarikh pilihanraya umum ke-11, kuari terbabit yang telah ditutup sekian lama ditutup telah diberikan kepada syarikat Imbuhan Pelangi Sdn Bhd bekas Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh.

Perkara tersebut telah didedahkan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said ketika menjawa soalan yang dikemukakan oleh ADUN Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, pada April 2010.

Semakan yang dibuat Buletinonline dan laporan diterbitkan pada 11 April 2010 mendapati, salah seorang Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut adalah Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Kuala Nerus.

Namun begitu, menurut penduduk setempat, kuari yang banyak membekalkan bahan bagi membina jalan dan jambatan Kampung Jeram ke Kampung Bukit Guntung itu, bukan diuruskan oleh syarikat tempatan.

“Ia mungkin telah dijual kepada syarikat luar Terengganu, samada ia betul atau tidak, Wallahu’alam, tapi saya lihat orang luar yang menjalankan urusannya,”ujar beliau yang tidak mahu dikenali, ketika ditemui Buletinonline.

Read more ...

POLITIK KOTOR!!! Bukankah suara ibu Azmin Ali sebijik suara Umi Hafilda?


Kalau lu orang duduk ditempat Azmin Ali pun mungkin akan berfikir seribu kali untuk berjumpa ibu lu orang... kerana syarat yang diberi oleh ibunya jelas yang beliau sudah termakan hasutan Ustazah Umi Hafilda atau pun beliau memang mentaliti Umno totok... mungkin ada yang berkata itu Ibu kita kenapa nak buang Ibu... betul berdosa kita menderhaka kepada Ibu kita... namun situasi Azmin adalah berkait rapat dari hal Politik... yang diadu domba oleh barua Umno berstatus Ustazah.

Mungkin Ibunya berfahaman Umno Totok dan sebab itu mengenakan syarat yang tak masuk akal untuk berjumpa beliau iaitu menyuruh kembali kepangkal jalan dengan bertaubat kepada Allah SWT namun tak dinyatakan atas sebab apa Azmin Ali kena bertaubat... dan syarat yang kedua ialah meninggalkan kumpulan nya mungkin bermaksud Parti Keadilan Rakyat (PKR) ataupun Pakatan Rakyat (PR)... kalau lu orang macam mana beb ?.


Cuma kesilapan Azmin Ali ialah beliau gagal mempengaruhi Ibu beliau untuk bersama-sama beliau dalam perjuangan beliau... atau mungkin Ibu sudah tak dapat beliau pengaruhi kerana memang befikiran Umno Totok... sebab itu Ustazah Umi Hafilda cukup senang mempengaruhi Ibu nya kerana sudah semula jadi berfikiran Umno Totok... dari nada Ibu beliau berkata pun sudah dapat dirasakan.... contoh nya ialan "Saya malu dengan Tuhan ...Saya malu dengan Kerajaan"... apa sebab nak malu dengan Kerajaan Umno beb,,, kah kah kah !.

Kemudian beliau mengatakan Azmin Ali sebelum ini adalah baik... jangka masa Azmin mula berkrisis dengan Ibu nya ialah pada Pagi Hari Raya Aidil Fitri bersamaan 30hb ogos 2011... bermakna baru 8 bulan lebih krisis berlaku... sedangkan beliau bersama PKR sudah hampir 13 tahun... jadi dimana logik nya kenyataan Ibunya itu... kalau bukan ianya dipengaruhi oleh Ustazah Umi Hafilda... yang sebelum ini mengatakan Azmin Ali sudah setahun lebih tidak menziarahi Ibunya dan Hari Raya pun Azmin Ali tidak menjenguk Ibunya yang jelas satu penipuan dari Ustazah Umno ni.


USTAZAH KESAYANGAN UMNO

Kepada Azmin Ali... beliau kena memohon kepada Allah SWT untuk hati Ibu beliau dilembutkan... hanya doa saja yang dapat melembutkan hati Ibunya... kerana syarat yang dikenakan oleh Ibunya tidak memungkin beliau untuk menerangkan situasi yang sebenar kepada Ibunya... ditambah lagi dengan ada nya Ustazah Umi Hafilda disamping Ibunya... ialah Ustazah yang tak punya tanggungjawap keluarga... ditambah pula dengan niat mempergunakan Ibu untuk menyambung Nyawa Umno yang sedang Nazak... untuk itu berdoalah dengan seiklasnya ok.


hemmmmm..... umno akan mempergunakan apa saja demi mempertahankan pemerintahan yang macam harta pusaka inggeris penjajah bapa umno... kerana kalau umno kalah ianya umpama neraka dunia kepada pemimpin umno serta penyokong terpilih merangkap penchacai umno... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
 
Mat Indera Sipejuang

Read more ...

BONGKAR!!! SB Polis menyamar ahli PAS Ampang

WasiatPejuang

Sebentar tadi aku berada di Balai Polis Cheras bersama Khalid Ismath yang pada mulanya di minta hadir untuk memberi keterangan di IPKL naum dia telah di tahan dan di bawa ke balai polis Cheras.

Aku bersama team keselamatan khas Pas Pandan ...telah menanti Khalid di tepi bilik siasatan. Untuk pengetahuan semua team Keselamatan Khas Pas Pandan ni muka dan gaya sebijik macam polis, siap dengan walkie talkie.

Tiba2 datang seorang pakcik bertanyakan kami "Pak Ya ada mana?" Kami pun hairanlah Pak Ya mana. Dalam kami semua tu ada seorang pemuda Pas Ampang, bila si pakcik ni ternampak muka pemuda Pas ampang dia jadi terkejut.

Sebenarnya pakcik ni ingat kami semua ni SB pada mulanya tapi bila dia bersalam saja dengan pemuda Pas Ampang ni muka dia sudah jadi lain. Mulalah dia tergagap dan terus masuk ke bilik siasatan CID tempat Khalid di soal siasat.


Rupa2nya menurut pemuda Pas Ampang ni pakcik ni selalu join program Pas di Ampang dan khejanya lepak di kedai kopi sembang macam orang Pas.

Billa dia keluaq dari bilik CID tu kami tanya dia ada apa kes datang sini. Dia jawab dia mai nak tolong abang dia kena cekup pasai dadah.

Aku tak mau tuduh pakcik ni SB atau apa tapi cuma nak kemukakan beberapa persoalan:

1-Siapa pakcik ni yang tiba2 terus boleh masuk ke bilik siasatan CID tanpa ada sebarang halangan dari polis?

2-Betulkah dia datang nak setlekan abangnya yang menjadi penagih dadah. Kalau betul kenapa kes dadah perlu datang ke CID sedangkan kes dadah adalah di bawah anti nakotik. Dan berapa pula usia abangnya sedangkan umur pakcik ni pun sudah menjangkau 50an dan jika betul pun abangnya penagih dadah maka ianya sudah pasti dalam usia lebih 50 tahun menjadi penagih dadah yang tegar dan keluar masuk lokap atau pusat pemulihan itu adalah perkara biasa. Jadi untuk apa pakcik ni nak buat kalut dengan perkara yang dah rutin bagi seorang penagih dadah tegar.

3-Siapa Pak Ya? Kenapa pakcik ni bertanya kami di mana Pak Ya di dalam balai polis melainkan Pak Ya itu adalah seorang polis dan pakcik ini bertanya kami kerana menyangkakan kami adalah juga polis.

4-Kenapa bila menyedari kami bukan polis pakcik ini sudah jadi gabra dan terus masuk ke bilik CID dan apabila keluar terus kasitau benda2 yang kami tak tanya seperti apa yang ada dalam begnya dan tujuan apa dia datang kemari.

Jadi kepada pimpinan Pas dan PR di parlimen Ampang berhati hatilah dengan orang ni. Gambarnya telah di rakam... sila cari kepada Team Keselamatn Khas Pandan untuk rujukan agar tidak ada onar yg cuba merosakan parti anda di Ampang...

Read more ...

TERKINI!!! Pilihanraya Umum ke 13 pada bulan Julai, sebelum Ramadhan . Sudahkah bersedia ?


Pilihan raya umum dijangka mungkin berlaku seawal Julai depan sebelum bulan Ramadhan kerana Bersih 3.0 tidak memberikan kesan terhadap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN), demikian menurut sumber BN.

The Malaysian Insider difahamkan pilihanraya tidak akan dilaksanakan pada Jun ini kerana Najib Altantuya akan bercuti ke luar negara selama dua minggu bermula pertengahan Mei, walaupun beliau akan menghadiri perjumpaan "Rakan BN" di London, United Kingdom pada 14 Mei.


"Selepas sambutan ulang tahun Umno pada 11 Mei, perdana menteri akan menghadiri satu majlis di London, majlis konvokesyen anak lelaki beliau sebelum ke Sepanyol untuk bercuti," jelas sumber kepada The Malaysian Insider.


"Berkemungkinan pilihan raya tidak akan berlaku dalam bulan Jun. Julai seperti sangat sesuai memandangkan kebanyakan pemimpin BN sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya, katanya dan menambah, ia mungkin dilaksanakan sebelum 19 Julai memandangkan bulan puasa dijangka akan bermula. Lebih 60 peratus rakyat Malaysia beragama Islam dan berehat daripada aktiviti politik ketika bulan puasa.


Sumber lain menjelaskan Pengerusi BN itu telah mula mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan dan penyokongnya di seluruh negara, dengan lawatan terbaru beliau ke Gua Musang, Kelantan, Jumaat lalu yang mana telah mengenepikan dakwaan piihan raya akan dilanjutkan ekoran insiden keganasan Bersih 3.0.


Malah beliau menegaskan hanya rakyat yang akan menentukan tarikh sebenar pilihan raya.


Beberapa laporan media antarabangsa menjangkakan Najib akan menangguhkan pilihan raya umum ke-13 selepas insiden Sabtu lalu.


Namun perdana menteri itu, ketika menjawab soalan pemberita di sini, tersenyum apabila diajukan persoalan tersebut dan menjelaskan "tarikh pilihan raya tidak akan tergugat dengan perkara itu."


"Ia terpulang kepada rakyat. Kita akan membuat keputusan berdasarkan pandangan rakyat terhadap kerajaan, tunggu sahaja," kata Najib.


Sumber itu turut menjelaskan Najib dan timbalannya, Muhyiddin Yassin, telah melawat ke semua negeri sejak beberapa bulan lalu bersama dengan ketua BN Sarawak minggu lepas dan timbalannya di Sabah pada hujung minggu lalu.


"Mereka yakin dan BN negeri turut yakin. Pilihanraya semakin hampir," kata sumber tersebut.


Beliau menjelaskan perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 yang dijalankan serentak di 11 negeri dan 80 negara di seluruh dunia hanya menguatkan lagi sokongan pengundi untuk menghadapi pilihanraya.


"BN masih kuat. Bersih hanya memberikan kesan yang minimum kerana ia dirosakkan oleh PKR dan keganasan sewaktu protes tersebut telah mengubah pendirian pengundi atas pagar," tambah sumber.


Rating Najib telah meningkat mendadak kepada 69 peratus dalam kaji selidik terbaru telah mewujudkan spekulasi pilihanraya bakal dijalankan pada Jun depan, walaupun penggal BN memerintah masih lagi berbaki hingga Mac tahun depan.


Pakatan kerajaan tersebut menguasai 138 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan menguasai kesemua negeri kecuali empat diperintah Pakatan Rakyat (PR).

Pilihanraya seterusnya bakal menyaksikan lebih 2.2 juta pengundi baru, yang telah mendaftar antara pilihan raya sebelumnya pada 2008 dan penghujung tahun lalu.

Hampir 60 peratus pengundi baru berbangsa Melayu, bangsa dominan di negara ini.


Statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pertambahan pengundi tertinggi adalah Selangor dengan 165,222 individu, diikuti Johor (124,240), Perak (96,710), Sabah (86,927), Kedah (84,704), Kelantan (69,344), Penang (64,029), Sarawak (63,305), Kuala Lumpur (61,040), Pahang (59,639), Terengganu (45,190), Negeri Sembilan (42,009), Melaka (31,827), Perlis (9,881), Labuan (2,863) dan Putrajaya (1,920).


Bersih, pertubuhan dengan 84 gabungan NGO. telah menolak daftar pemilih SPR dan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih ketika perhimpunan mereka sejak 2007, dan terbaru pada 28 April lalu, yang menyaksikan ribuan masyarakat turun ke jalanan untuk mengadakan tunjuk perasaan aman duduk bantah.


Perhimpunan itu bagaimanapun bertukar ganas setelah 'perusuh' mula meruntuhkan penghadang yang didirikan bagi mengelakkan mereka memasuki kawasan Dataran Merdeka.


Pentadbiran Najib telah melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 pada Julai lalu apabila membentuk pasukan khas pilihan Parlimen (PSC) berkaitan pilihan raya, namun Bersih tetap berkeras daftar pemilih SPR masih lagi tidak bersih sepenuhnya.

Read more ...

DUIT SYILING BARU!!! Memang la unik tapi timbulkan masalah

Aduan Rakyat 5 Mei 2012 - Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan tahniah di atas kejayaan Bank Negara Malaysia mengeluarkan produk duit syiling negara siri yang ketiga. Siri duit syiling terbaru ini sangat mencerminkan keunikan Malaysia dari segi kepelbagaian kaum dan budaya.

Pada hemat saya, tidak salah kita mengubah corak rekabentuk dan material yang digunakan. Namun, sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai pengguna yang bertanggungjawab, saya ingin mengesyorkan supaya pengeluaran duit syiling atau wang kertas negara ini yang baru, pada masa akan datang hendaklah mengambil kira faktor saiz dan berat yang sama hendaklah dikekalkan.

Maksudnya, walaupun rekabentuk dan material diubah, namun berat dan saiz hendaklah dikekalkan supaya kemudahan awam seperti telefon, mesin parking dan sebarang peralatan yang menggunapakai wang kertas dan duit syiling sedia ada tidak perlu dinaiktaraf dan pengusaha berkaitan juga tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi bagi tujuan pelarasan ini.

Hal ini penting diperhalusi bagi mengelakkan permasalahan yang timbul dalam urusan seharian rakyat Malaysia, selaras dengan hasrat Kerajaan, “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.

Besarlah harapan saya sekiranya perkara ini mendapat perhatian pihak berkaitan supaya banyak masalah dapat dielakkan dan penjimatan dapat dibuat. Islam juga menggalakkan kita supaya mempermudahkan urusan, bukan menyukarkan dan membazir itu juga amalan yang tidak baik.

Sekian, terima kasih.

By: H.A. Lim

Comment
Abjamal2
Kami yang bersekolah di asrama juga menghadapi masalah besar kerana tidak dapat mengunakan talipon awam disebabkan talipon awam yang ada di asrama sekolah kami tidak menerima wang syiling baru. Perkara ini benar2 menyusahkan kami sebagai pelajar.


JANGAN TERGESA-GESA TARIK BALIK DUIT SYILING

SELEPAS 20 tahun, Bank Negara Malaysia (BNM) akan memperkenalkan siri ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada 1 Januari 2012. Siri ketiga duit syiling tersebut adalah bagi denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.

Itulah berita yang tersiar di dalam Utusan Malaysia baru-baru ini yang pastinya mengundang pelbagai kesan baik dan buruk terhadap masyarakat negara ini.

Saya sebagai usahawan bumiputera yang berkecimpung di dalam perniagaan mesin layan diri yang menggunakan duit syiling dan banyak lagi peniaga di negara ini pastinya bimbang dengan berita ini.

Mana tidaknya mesin dan teknologi yang digunakan datangnya dari luar negara. Ia pastinya perlu ditukar dengan kos yang tinggi.

Sebelum ini, ketika penggunaan syiling RM1 emas ditarik balik dari pasaran, ketika itu saya terpaksa membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk membeli mesin baru bagi membolehkannya menerima syiling 50 sen, 20 sen dan 10 sen.

Memang diakui sekarang ini terdapat banyak syiling 50 sen palsu di pasaran yang dikenal pasti oleh pihak bank. Tetapi penukaran semua syiling oleh pihak BNM pastinya akan lebih membebankan.

Sepatutnya penguatkuasaan ditingkatkan dan penukaran bukan jalan mudah untuk menangani masalah ini.

Walaupun pihak vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu itu tetapi kos penukaran pastinya jauh lebih tinggi.

Sebuah alat pembaca duit syiling sekarang bernilai hampir RM1,000. Bayangkan jika terdapat lebih 100 mesin yang perlu diubah suai.

Tambahan pula teknologi datangnya dari luar negara dan pasti akan mengambil masa lebih lama untuk proses ubah suai.

Bayangkan juga jika syiling ini ditarik balik dan mesin masih belum siap diubah suai, apa akan jadi kepada usahawan ini.

Saya berharap jika kerajaan hendak menarik balik syiling daripada pasaran perlulah pihak kerajaan menimbang secara serius untuk memberikan insentif kepada kami yang terlibat.

Saya ingin mencadangkan jika perlu ditukar juga syiling ini, saiz dan berat syiling berkenaan dikekalkan cuma warna dan corak ditukar dan diletakkan cip bagi mengelakkan pemalsuan.

Adalah diharapkan pihak rakyat didahulukan dan tidak seperti sekarang kerana marahkan nyamuk kelambu di bakar.

Ingatlah, setiap tindakan yang bakal diambil akan melibatkan ramai pihak dan kos yang perlu ditanggung amat tinggi.

RAKYAT
Rawang, Selangor


Read more ...

PANAS!!! Azwan Ali berang Umi Hafilda menyeret ibunya dalam Buletin Utama

http://www.meow.my/wp-content/uploads/2012/05/image.jpg

Semakin hari semakin hangat bahang media massa sekarang bukan? Kami sahaja yang rasa begitu ataupun anda juga merasakan perkara yang sama seperti kami? Namun apa yang menarik perhatian kami hari ini ialah isu yang disiarkan oleh Buletin Utama pada malam ini mengenai ibu kepada Umie Hafilda, Azmin Ali dan juga Azwan Ali.

Niat kami menyiarkan berita ini bukanlah untuk melagakan mana-mana pihak, namun apa yang berlaku, bagi kami agak melampau juga, apabila Azwan Ali ‘berperang’ di laman Twitter nya kerana berang dengan tindakan Umie Hafilda yang menyeret ibunya dalam isu skandal seks Azmin Ali.


Walaupun Azwan Ali seringkali ‘meroyan’ dalam laman twitter miliknya, kali ini ia berbeza sedikit apabila beliau melenting isu ibunya dimasukkan serta memalukan nama baik ibunya dan keluarga Haji Ali. Ikuti screen shot yang kami perolehi daripada twitter Azwan Ali.



Setahu kami, isu antara Azwan Ali dan Umie Hafilda ini pernah hangat sebentar sebelum Azwan Ali bertindak memohon maaf secara terbuka apabila kes mengugut Umie Hafilda kecoh pada tahun lepas. Tapi kini, isu lain pula yang timbul.

Kali ini, Azwan Ali nampak sangat marah dengan berita yang dikeluarkan oleh pihak Buletin Utama TV3 yang bersiaran pada pukul 8 malam tadi kerana menyeret ibunya yang digelar sebagai Mak Tom. Turut sama di dalam berita tadi ialah Umie Hafilda.


Umie Hafilda nampak bersungguh untuk membuktikan bahawa abang mereka, Azmin Ali benar-benar terlibat dalam skandal seks yang dicanang oleh media sekarang bukan? Kenapa ya?


Kami di MEOW, tolak sepenuhnya pergaduhan dan politik kotor yang mampu memburukkan nama sesiapa. *Geleng kepala dan istigfar panjang sahajalah dengan apa yang jadi di Malaysia sekarang ini.


MEOW 

Read more ...

ANAK JANTAN!!!! (Video) Kalau macam ni punya ramai berhimpun di Johor, boleh pening Najib

Himpunan Tanah Johor mencipta sejarah apabila rakyat membanjiri Dataran Plaza Angsana Johor Bharu. Kehangatan Himpunan Bersih 3.0 yang dihadiri 250,000 rakyat akan bersambung ke Negeri Johor; kubu terkuat Barisan Nasional.


Isu Pulau Batu Putih, Penyenaraian Felda Global Venture ke Bursa Malaysia, penyerahan tanah KTM Tanjung Pagar, masadepan Penduduk Pengerang disebabkan projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia, perampasan tanah rakyat, perobohan rumah Peneroka Bandar dan siri-siri kezaliman terhadap rakyat dizahirkan dalam himpunan terbesar di Selatan tanahair.

Suara rakyat adalah suara keramat. Terlalu lama rakyat bersabar. Tangisan dan derita rakyat tidak dipeduli kerajaan BN yang terus2an merampas tanah rakyat. Sudah kering air mata rakyat. Laporan Polis sudah, hantar memorandum pun sudah. Apa kesudahannya?

Berkorban rakyat hingga ke Parlimen dan Putrajaya mencari pemimpin mereka. Tiada yang sudi bertemu muka.



Mana janji pemimpin BN, apa yang telah dilakukan oleh Wakil Rakyat mereka?

Kini, Plaza Angsana akan menerima ' tetamu yang paling ramai'. Selamat Datang kepada pencinta kebenaran dan teman-teman seluruh negara. Kita tamatkan keangkuhan dan kesombongan Kerajaan BN di Johor.

Ini perhimpunan Aman. Kita bukan nak bermusuh dengan polis. Kita mahu beri isyarat kepada Kerajaan BN. Selesaikan segera masalah rakyat....atau Kerajaan BN bakal berkubur selepas PRU 13!


http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/392394_10150750572267312_303331692311_10014851_1018121352_n.jpg
http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/s720x720/545986_406391072727351_197667700266357_1212494_1594834896_n.jpg

Read more ...

POLIS NAK JAWAP APA?!!! Peserta Bersih tak rempuh masuk Dataran Merdeka tapi jalan ke Dataran Merdeka


Tindakan melanggar penghadang polis di persimpangan Jalan Raja dan Jalan Raja Laut semasa perhimpunan BERSIH Sabtu lalu tidak menyalahi larangan mahkamah, kata Ketua Jawatankuasa Perlembagaan Majlis Peguam Syahredzan Johan.

Syahredzan berkata, arahan mahkamah hanya melarang orang awam daripada memasuki Dataran Merdeka dan bukan jalan sekitarnya.

"Saya rasa ia perangkap. Mereka pasang penghadang di kawasan berdekatan Kelab Diraja Selangor dan Jalan Raja walaupun tempat itu bukan dikira sebahagian daripada Dataran.

"Tetapi apa yang tidak boleh dilanggar? Arahan mahkamah apa? Arahan mahkamah hanya menyebut kamu tidak boleh melanggar ke Dataran, bukan penghadang," katanya dalam forum analisis pasca-BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur malam tadi.

Read more ...

Friday, May 4, 2012

NAJIB BERMUKA-MUKA!!! Tuduh Kelantan paling miskin di Sabah, mai Kelantan minta orang jangan perlekeh PAS Kelantan

Apabila Pengerusi Umno/Bn Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengatakan yang Perdana Menteri Datuk Seri Hj Naji (DSHN) tidak mahu anggota BN memperlekehkan Parti PAS di Kelantan kerana mereka mempunyai kekuatan sendiri kerana lama mentadbir negeri ini... 
Jelas beliau telah mengesahkan yang DSHN adalah seorang Perdana Menteri yang paling bermuka-muka dalam sejarah semua Perdana Menteri Malaysia.

Kalau sebelum ini dimasa lawatan beliau di Negeri Sabah, DSNH telah mengatakan bahawa Negeri Kelantan adalah Negeri yang paling miskin dalam Malaysia dan tak secara langsung Memeperlekehkan Kerajaan PAS Kelantan, walaupun hakikat itu adalah Pembohong dari DSHN...
Namun demi untuk meraih Undi dari rakyat Negeri Sabah beliau sanggup berbohong walaupun fakta sebenar menunjukkan Negeri Kelantan bukan Negeri yang termiskin didalam Malayasi... tapi DSHN sanggup berkata begitu walaupun beliau sedar itu adalah satu Pembohong.

Akibatnya beliau telah dikecam oleh ahli Umno dari Negeri Kelantan sendiri yang menyangkal kenyataan beliau itu khasnya dari Ahli Parlimen Gua Musang Yb Tengku Razaliegh (Ku Li)... 
Dengan mengatakan sesuatu yang amat memalu apabila mengatakan Negeri Kelantan adalah Negeri Paling Miskin dalam Malaysia kerana ia menunjukkan Kegagalan Kerajaan Pusat khasnya Umno/Bn untuk memperjuang Nasib Orang Melayu yang menjadi hampir 98 peratus Penduduk Negeri Kelantan... 
Yang selama ini Umno/Bn memerintah Malaysia dan Negeri Kelantan adalah salah sebuah Negeri didalam Malaysia.

Mungkin atas sebab itu juga kenyatan sebelum ini bercanggah dengan kenyataan nya sekarang yang mahu anggota Bn tidak memperlekehkan Parti PAS yang sudah memerintah Negegri Kelantan selama 20 tahun lebih... 
Kenapa ya, kenyataanya berbeza dengan kenyataanya semasa lawatan beliau diNegegri Sabah ?... lain tak bukan ialah kerana beliau memang seorang yang BERMUKA-MUKA dalam bahasa melayu Umno... 
HIPOKRIK dalam bahasa bapa Inggeri Penjajah Umno... dan MUNAFIK dalam bahasa Nabi Muhammad SAW... kah kah kah !!!. sumber klik sini


hemmmmm..... kenapa gua musang dipilih oleh beliau untuk lawatan beliau kali ini... satu persoalan yang bermain difikiran... kerana gua musang selami ini memang menjadi kubu kuat umno/bn... dan kebiasaan nya lawatan beliau dibuat dikawasan umno tercungap-cungap atau nyawa-nyawa ikan atau pun dikawasan umno nak terkubur.... adakah gua musang juga termasuk kawasan umno nak terkubur atau pun untuk memujuk ahli parlimen gua musang supaya tidak beralih arah... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

Mat Indera Sipejuang

Read more ...

HARI KEBEBASAN MEDIA!!! Bantahan orang awam di Parit Buntar


PARIT BUNTAR, 4 Mei : Ekoran insiden wartawan dipukul pada perhimpunan Bersih 3.0, lebih 70 orang awam membuat bantahan di Pekan Tanjung Piandang di sini, sebagai sokongan terhadap  kebebasan media dan hak wartawan.


 
Ahli Parlimen Parit Buntar Dr. Mujahid Yusuf Rawa menegaskan , wartawan sepatutnya diberi kebebasan membuat liputan dan dijaga sepanjang menjalankan tugas mereka.
Beliau berkata, kejadian  wartawan dari beberapa media tempatan dipukul pada perhimpunan itu adalah keterlaluan dan tidak patut berlaku.
 
“ Saya dijemput untuk bersama menyuarakan bantahan terhadap apa yang berlaku di perhimpunan Bersih 3.0.
 
“ Sekaligus, kita desak pihak berkenaan agar memberi kebebasan kepada wartawan membuat liputan peristiwa penting negara”. Katanya
 
Dalam pada itu, beliau berharap semua media dalam negara ini diberi hak kebebasan sama rata seperti diperoleh media arus perdana.
 
“ Apa yang kita maksudkan dengan kebebasan media adalah  merangkumi liputan secara telus, bebas dan bertanggungjawab.
 
“ Harap kejadian tempohari tidak berulang dan tahniah kepada penduduk di sini , yang punya kesedaran tentang kebebasan media” katanya.SH
 
Turut hadir Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari dan Yang Dipertua PAS Parit Buntar Haji Harun Hashim.

Read more ...

PENANGAN BERSIH!!! Seorang Ustazah mengamuk





Ustazah dah mengamuk. Boleh percaya ke seorang ustazah akan menulis macam neh? Neh ka cara penulisan seorang ustazah dalam kolum akhbarnya? Sejak bila ruangan agama menjadi ruangan politik? Kalau nak berpolitik terus terang sudey jangan gunakan pentas dakwah sebagai medan.


Sebenarnya tak salah sambil berdakwah sambil berpolitik apa seme. Ramai orang buat macam tue. Takde hal pun. Masalahnya ustazah neh kan dia tak mengaku dia neh berpolitik tetapi sebenarnya dia memang berpolitik pun. Maknanya dia nak masyarakat anggap dia berdakwah walhal terang lagi jelas kan dia berpolitik tue.

Aku dengar citer dia bakal calon. Kat mana? Titiwangsa kot. Apa pun tunggu lah bila senarai calon dah di umumkan nanti. Sekarang mari kita tengok apa yang seorang ustazah yang taknak mengaku dia sedang berpolitik bercakap pasal bersih 3.

Pada saya, ada empat sebab utama kenapa Bersih 3.0 diadakan. Pertama, pakatan pembangkang tidak bersedia hadapi PRU13. Walaupun mereka kata bersedia, hakikatnya perbalahan antara PKR, Pas, DAP dan beberapa parti pro-pembangkang di banyak negeri berhubung pembahagian kerusi agak meruncing. Mereka perlu lebih banyak masa untuk selesaikan kemelut ini. Bersih 3.0 bertujuan melambatkan PRU13.
Kedua, tekanan rakyat terhadap Kerajaan-kerajaan Negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kerana gagal mentadbir dengan baik. Rakyat di negeri-negeri pembangkang juga kerap berdemonstrasi menuntut janji-janji daripada pilihan raya dahulu ditunaikan sebelum membuat janji-janji baru. Bersih 3.0 adalah satu cara mengalih tumpuan kemarahan rakyat di negeri-negeri tersebut.
Ketiga, pakatan pembangkang tidak mampu menjawab dan menangani pelbagai skandal yang dihadapi pemimpin mereka. Pelbagai pihak, termasuk penyokong pembangkang sendiri, menuntut jawapan kepada hubungan Anwar dan isteri Azmin, Shamsidar serta orientasi seks Anwar.
Juga pembelian dan pemilikan saham jutaan ringgit oleh Azmin, kes khalwat Ustaz Badrolamin Baharon dan satu lagi kes seks dalam tandas membabitkan seorang pemimpin tinggi PKR, Mohamed Sabu dengan isteri kawannya, isu pembohongan Mohammad Nizar Jamaluddin, hubungan retak Datuk Seri Azizan Razak dengan beberapa Exconya sendiri, isu Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding dalam PRU-13, desakan supaya Nik Aziz Nik Mat letak jawatan dan kemelut pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.
Sekali lagi, Bersih 3.0 adalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada memberi tumpuan kepada isu-isu tersebut.
Keempat, populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang meningkat. Program turun padang ke seluruh negara mendapat sambutan hangat. Sokongan kaum Cina kepada Ah Jib Gor dan dalam kalangan penduduk India semakin padu. Inilah yang menakutkan pakatan pembangkang. Penganjuran Bersih 3.0 bertujuan menyekat populariti Najib, tapi sebaliknya menjadikan rakyat bertambah mual dengan sikap pembangkang yang melampau.
Pendirian Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Mat Isa mengenai penganjuran demonstrasi dan pemimpin bermasalah moral membuktikan bahawa kepimpinan pembangkang tidak sepakat. Saya juga bersetuju dengan seruan penganjur S Ambiga yang mahu polis ambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada Sabtu lalu. Sebenarnya, beliau merujuk kepada Anwar, Azmin dan dirinya sendiri.

Dia bercakap pasal pakatan rakyat. Bukan cakap pasal bersih. Dia neh pun sama juga macam kebanyakkan yang lain2. Taktau apa beza antara pakatan rakyat dan bersih. Dah penat diperjelaskan. Sampai satu tahap, kita juga akan merasa bosan.

Lepas tue dia bercakap lagi pasal isu2 seks. Yang dah lepas tah betul tah tidak pasal mat sabu tue pun dia ungkit2. Alahai. Baik ko citer pasal macam mana mak dan bapak ko main untuk dapatkan ko.. lagi bagus apa. 

Ungkit dan main lah isu2 lepas. Sorry, aku tatau kebenaran kes mat sabu tue oke, tapi kalau nak amek tahu pun buat apa? Benda dah lepas. Ko dan aku siapa nak bercakap pasal benda yang dah lepas kan? Betul tak? Itupun tak pasti lagi kesahihan nya macam mana. Tah2 fitnah. Lagi mampos nak menjawab karang. 

Bercakap pasal populariti najib konon. Nak bodek dan ampu je lah yang ko pandai kan ustazah? By the way, kalau najib glamer sangat apa kes keluarkan surat paksa arah ke program anjuran bien ek? Apa kes? Kata popular what.. perlu ke nak arah orang hadir apa seme?

kah kah kah



                                         Mashitah yang kita sayangi dah takde dah..

Ameno : Ustazah, nak join politik ngaku je lah. 

Read more ...

RANGKING DUNIA!!! Malaysia lebih teruk daripada Monggolia, Bangladesh dan Papua New Guinea


Rangking Kebebesan Media 2012 oleh FREEDOM HOUSE yang baru dikeluarkan  menunjukkan Malaysia terperosok jauh di belakang berbanding Monggolia (80), Papua New Guinea (54) dan Bangladesh (111). Malaysia berada di tempat 144 dari 197 negara.
Apa alasan Kerajaan umno BN untuk menafikan perkara ini? Adakah umno mengiktiraf  rangking kebebasan Media 2012 ini?  Kalau tidak,  mengapa? atau Kerajaan umno BN yang hendak membuat rangkingnya sendiri? Kah kah kah...

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/#ixzz1txrndMcZ




UMNO BN dilihat semakin takut tatkala tarikh PRU semakin hampir, ketakutan mereka jelas terpampang di dada akhbar, terakhir kita saksikan di akhbar Utusan berkenaan isu fitnah, mengada-adakan babak yang karut, fitnah seks, semua ini boleh dinilai dengan mata kasar bahawa Kerajaan pimpinan Najib Razak sudah hilang pertimbangan.

Kenapakah Najib perlu takut sedangkan sokongan rakyat kepada Umno BN semakin utuh sebagaimana yang dilaporkan pada setiap segmen televisyen dan dada-dada akhbar milik kerajaan.


Hairannya Pakatan Rakyat yang cuma ada akhbar lidah rasmi parti yang tidak punyai liputan meluas edarannya dan juga yang hanya bergantung media baru yang didakwa BN sebagai palsu, itu pun rakyat masih lagi mampu menolak Bn di beberapa negeri pada Mac 2008 lalu.


Saya amat dukacita dengan perkembangan kebebasan media seperti yang dilaporan kan oleh FREEDOM HOUSE keluaran hari ini menunjukkan Malaysia terperosok jauh di belakang berbanding Monggolia (80), Papua New Guinea (54) dan Bangladesh (111). Malaysia berada di tempat 144 dari 197 negara.


Adakah ini pembaharuan yang dilaungkan oleh kerajaan Umno BN? Bukti ini jelas menyatakan

Perdana Menteri "bodoh" dalam soal mentafsirkan maksud sebuah kerajaan sebagai pencetus idea dan agenda untuk mentranformasikan Negara dari segi peningkatan taraf hidup rakyat, ini adalah perbuatan karut BN terhadap rakyat kerana ia jelas satu bentuk penipuan.

Malah kita boleh lihat betapa kurang warasnya Perdana Menteri ini apabila mengeluarkan hujahnya bahawa Pakatan Rakyat kurang jelas idea dalam isu mengusulkan cadangan untuk prestasi Negara amnya.


Adalah tidak masuk akal Pakatan tiada idea dalam masa yang sama BN mencedok idea Buku Jingga yang sama. Beberapa isu Negara contohnya isu pemansuhan tol yang disifatkan BN sebagai mustahil, akhirnya mereka akur dan telah melaksanakannya untuk beberapa tol, hakikatnya BN lah yang cetek idea, jika tidak Negara tidak akan berhutang dengan nilai yang mencecah ratusan billion sekarang ini.


Bagi Umno Bn kebodohan rakyat adalah nadi dan jantung mereka, lalu harapan mereka hanyalah kepada segelintir orang Melayu yang masih dikongkong oleh media yang berat sebelah serta tidak bebas.


Tragedi paling memalukan ialah bila anggota Polis telah diArahkan dan menjadi benteng pertahanan untuk menghalang gelombang kebangkitan rakyat dalam Himpunan BERSIH 3. Mereka yang bertugas pada sabtu lepas semacam diarah oleh pemimpin BN supaya bertindak ganas dan menjadi lebih lebih teruk dari makhluk yang baru keluar dari gua,


Benarlah pengakuan TuN Mahathir bahawa Umno adalah sarang manusia yang kurang berfikir atau kurang cerdik dalam aspek intelektual minda yang cerdas.


Seperti kata Prof Aziz Bari hampir kesemua Polis pada hari itu jahil undang-undang Negara dan cuma datang bertugas dan tahu mengikut telunjuk dan arahan orang atasan sahaja sebagai ‘undang-undang semasa’ untuk bertindak.


Satu perkembangan buruk di abad ini buat Negara kerana pasukan Polis sepatutnya menjadi qudwah kepada rakyat selain menjadi ejen penjaga keamanan Negara,


Transformasi ala BNlah yang telah mengubah Negara ke arah kejahilan maklumat dan ilmu, tunggulah saat kehancuran jika BN terus memerintah lagi.


Perkembangan kebebasan media sebegini amat buruk untuk masa depan Negara , masakan kita cuma sekadar selesa sendiri tanpa berbuat apa-apa untuk ubah Malaysia menjadi lebih selamat, solusi terbaik ialah lenyapkan punca masalah iaitu tumbangkan BN dengan undi anda pada PRU 13 nanti, undilah selain BN, Negara pasti boleh diselamatkan.-KI

Read more ...

PANEL BEBAS!!! Lantik je Ajk cawangan UMNO


KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat Idris Ahmad berpendapat, lebih baik panel bebas Bersih 3.0 yang dicadang kerajaan dipilih daripada ahli Umno sahaja supaya ianya menyebelahi pihak BN dan polis.


Menurutnya, tiada guna jika panel bebas membuat keputusan tidak menyebelahi BN dan polis kerana ia hanya akan dibakul sampah sahaja oleh kerajaan.


Katanya, berapa banyak pandangan ketiga mengenai keganasan polis dalam setiap perhimpunan tidak diambil peduli.


Ianya termasuk pendengaran awam yang dibuat oleh Suhakam ketika Bersih 2.0 yang juga tidak pernah diambil peduli oleh kerajaan.


Selain itu, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam juga ujarnya telah menegaskan bahawa penggunaan kekasaran yang tidak seimbang dan tidak sepatutnya digunakan terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media.


"Pada hal Suhakam ialah badan yang ditubuhkan oleh kerajaan, ia bukan Lembaga Disiplin Parti Islam Semalaysia PAS.


"Jika badan seperti Suhakam pun Datuk Seri Najib tidak mahu dengar, lebih baik lantik Jawatankuasa yang terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) yang terdiri daripada AJK Cawangan Umno sahaja supaya keputusan sentiasa menyebelahi pihak BN dan polis," kata Idris lagi.


Sehubungan itu katanya, pengumuman Najib untuk menubuhkan panel bebas menyiasat Bersih 3.0 hanya untuk menyejukkan kemarahan rakyat kepada polis dan kerajaan.


Pihak polis dan Najib sekarang ini ujarnya susah hati kerana kali ini mereka guna kekerasan kepada pihak media, sedangkan wartawan tidak boleh dizalimi walaupun di dalam peperangan.
"Apakah jaminan kerajaan akan menerima cadangan Penal Bebas jika keputusan tidak menyebelahi pihak polis dan BN.


"Berapa banyak wang dan tenaga dihabiskan oleh ahli panel, apabila keputusan dikeluarkan kerajaan tidak ikut," katanya.

Read more ...