Friday, June 15, 2012

TERKINI!!!Skandal Scorpene: Siapa yang bakal terima sepina pertama?




Igauan yang melanda lapan individu yang dikaitkan dengan skandal rasuah kapal selam kelas Scorpene kini semakin nyata!

Peguam Perancis yang dilantik SUARAM, William Bourdon menelefon Cynthia Gabriel memaklumkan satu berita gembira, malam tadi!

Sepina pertama untuk mendapatkan testimoni dalam siasatan di Perancis berhubung dakwaan sogokan terhadap seorang tokoh politik Malaysia berkaitan pembelian dua kapal selam Scorpene pada 2002, telah diserahkan malam tadi, demikian menurut Suaram.

"Ketika kita sedang duduk di meja makan malam pada saat ini, satu sepina kini dalam perjalanan ke rumah Encik Jalbir Singh Chahl," umum Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel yang menerajui kes tersebut untuk NGO hak asasi manusia itu.

Bercakap di majlis makan malam bagi mengumpul dana bagi projek mereka 'Ops Scorpene', Gabriel berkata Jasbir adalah orang kanan Abdul Razak Baginda di Perimekar - syarikat yang bertindak sebagai orang tengah bagi perolehan kapal selam tersebut, di mana lebih RM500 juta "komisen" didakwa telah disalurkan.

Jasbir merupakan orang kanan di syarikat Perimekar, yang sebenarnya hanyalah sebuah agensi pelancongan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) malah tidak ada langsung pengalaman dan kepakaran dalam bidang ketenteraan.

Selain Perimekar, satu lagi syarikat yang diperbadankan di Hong Kong, Terasasi Pte Ltd yang dimiliki Razak Baginda dan bapanya, Abdul Malim Baginda mempunyai kaitan dengan Perimekar menurut kertas siasatan pendakwaraya Perancis, sejumlah EUR36 juta (RM114 juta) disalurkan ke dalam akaunnya melalu Macau.

Tujuh lagi individu yang terbabit selain Jasbir adalah Najib Altantuya sendiri yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Pertahanan, Razak Baginda, Lodin Wok Kamaruddin, bapa Altantuya, Setev Shaaribuu, Menteri Pertahanan sekarang Zahid Hamidi, penyiasat persendirian yang kini lari ke India, P Balasubramaniam dan isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan.

Skandal kapal selam ini mencetuskan huru hara politik negara apabila perdana menteri sendiri terbabit dalam skandal paling memalukan dalam sejarah negara apabila ia dikaitkan dengan sekurang-kurangnya enam negara iaitu Perancis, Hong Kong, Sepanyol, Macau, Malta dan Pakistan selain Malaysia sendiri.

Ia juga ada kaitan dengan pembunuhan kejam model Mongolia, Altantuya Shaaribuu pada 2006 yang menuntut komisennya sebanyak USD500 ribu (RM1.8 juta) sebaik rundingan dan perjanjian jual beli kapal selam bernilai EUR2.1 bilion (RM7.3 bilion) selesai pada 2005.

Read more ...

ANTARA 2 HIMPUNAN DI NEGERI MISKIN!!! 1 ramai yang 1 lagi tak ramai


Kelantan adalah negeri termiskin menurut Perdana Menteri yang kini sedang dicari mahkamah Perancis kerana terlibat dalam kes rasuah.

Kelantan adalah negeri termiskin sehingga tidak dapat membuat 8 program sekali gus dan hanya mampu buat  2 program sekali gus. Kalaulah Kelantan ni bukan negeri termiskin mesti program facebookers bersama pimpinan hari ini dapat membawa K-Pop yang berjuta nilainya.


Tetapi,


Walaupun tanpa kehadiran K-Pop Majlis bual bicara facebookers di Balai Islam penuh. Namun 1 lagi program tidak ramai sehingga jika dijual kerusi pada malam itu cukup untuk membeli kereta sorang baru untuk diberi kepada Pejabat SUK untuk menutup malu kerja gila NGO 2,3 minggu lepas.

Setelah disiasat kenapa dan mengapa majlis yang satu lagi tidak ramai adalah berpunca artis K-POP yang nilainya berjuta itu tidak diundang. Namun, seteleh disiasat lebih mendalam, majlis itu bukan daripada Kerajaan Negeri termiskin, ia adalah majlis ahli Menteri Kerajaan Pusat.


Majlis perasmian Expo Perdagangan Dunia Islam 2012 yang telah dirasmi Tok Guru juga tanpa kehadiran K-POP juga mendapat sambutan yang hangat.


Tahniah kepada kerajaan negeri yang mampu membuat 2 program sekali gus dan berjaya menarik perhatian rakyat walaupun tanpa K-POP.Jeming Hassan

Read more ...

TU DIA!!! UMNO Bukit Gantang dimakan sumpah


Demi mencari kepercayaan yang amat pudar terhadap UMNO sekarang ini maka UMNO terpaksa bermain dengan sumpah...mereka kononya akan bersumpah tidak rasuah,tidak tipu,tidak kelentong...tapi itulah amalan wajib bagi pemimpin UMNO dulu kini selamanya..


Lihatlah contoh termakan sumpah terkini ialah UMNO Bukit Gantang yang apabila bangunan UMNO  yang  melambangkan maruahnya telah disita oleh mahkamah pada hari ini berikutan pihak UMNO Bukit Gantang dikatakan gagal dalam perjanjian sebuah projek jutaan ringgit beberapa tahun yang lalu.


UMNO memang pandai berjanji,kononya kini dijaja seluruh negara program janji ditepati...janji kelentong ditepai itulah maksud sebenarnya.


Ibarat burung gagak dicelup tepung tidak akan menjadi putih.

Orang ni

Read more ...

DUA STIUASI!!! Warga asing jadi pengundi, halang atau biarkan sahaja mereka mengundi


Stiuasi 1 : Halang - Mereka tidak berani keluar mengundi
 
Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang merangkap ketua umum parti  PKR memberi amaran,.. jika warga asing berani turun mengundi dalam pilihan raya akan datang ini,  mereka akan dikenakan tindakan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan nanti.

Amaran ini ditujukan kepada semua pendatang asing, termasuk Mat-Mat Bangla  yang berselerak di seluruh negara .Tentu kita masih ingat dalam himpunan anti BERSIH 2 dulu, Mat Bangla telah dipergunakan oleh Umno dalam himpunan anti BERSIH 2  yang dipimpin oleh Khairy Jamaludin tidak berapa lama dulu.(lihat gambar sebelah)
 
Untuk PRU 13,  walaupun mereka ini ada kad pengenalan biru yang disedekahkan secara tidak sah, hakikatnya mana-mana pendatang asing adalah  tidak layak untuk mengundi, namun jika mereka berani turun mengundi pada hari tersebut, maknanya mereka telah mempermainkan undang-undang negara,.  sekali gus merampas hak rakyat Malaysia  dan perkara ini tidak harus dibiarkan !! .

Seperti yang telah didedahkan oleh pembangkang dan blogger-blogger pro pembangkang, ratusan ribu warga asing telah diberi kad pengenalan biru dengan begitu mudah,  oleh tangan-tangan ghaib yang berselindung di sebalik SPR dan JPN. Tujuannya memang sudah pasti,..bagi  membolehkan mereka mengundi untuk memenangkan calun UmnoBn. Perbuatan ini adalah sangat tidak adil!!

Persoalannya,..   Kalau warga asing ini turun mengundi pada PRU ke-13 nanti, apakah kita rakyat Malaysia hanya berdiam diri?.  Siapa yang mampu menyekat atau menghalangnya?  Mungkinkah agen parti-parti tertentu dibenarkan untuk mengambil sesuatu tindakan? Atau perlu wujud satu badan berkecuali untuk mengawasi perkara ini !  (Bukan dikalangan SPR,  kerana SPR adalah sebahagian dari Umno !! )  

Oleh : rahimothman

Stiuasi 2 : Biarkan - Belum tentu mereka akan undi BN
 
Semua percaya beribu-ribu pendatang dari Indonesia telah didaftarkan menjadi pengundi, malah ia telah disampai ke pengetahuan pembangkang sudah dimulakan dalam PRU sebelum ini. 
 
Justeru PRU 13 ini adalah paling mencabar bagi BN, maka gerakan memberi Mykad bagi menjadi pengundi itu diperhebat. Tiada pendekatan itu dibuat kepada pendatang Cina kerana dibimbangi mereka menyokong DAP.

 
Tiada reaksi kerajaan hendak membersihkan daftar pengundi seperti yang dituntut oleh Bersih 3.0 meskipun Senator John McCain dan rakannya dari Amerika yang melawat Malaysia baru-baru ini menyeru perlunya ada sistem pilihan raya yang adil dan bersih di Malaysia. Maka pengundi hantu warga Indonesia itu dipercayai terus berada dalam daftar pengundi dan mereka akan mengundi.

Itu adalah perancangan jahat BN bagi mengekalkan kemenangan. Tetapi ia tidak berjaya menyekat tsunami politik dalam PRU 2008 dulu. Itulah perancangan Allah. BN merancang, Allah juga merancang. Rancangan Allahlah yang betul.

 
Chua Jui Meng, pemimpin PKR Johor bukan Islam tetapi dia percaya perancangan Allah seperti yang berlaku kepada keputusan mahkamah liwat dua Anwar Ibrahim. Semua merasakan Anwar akan dihukum dan dipenjarakan, tetapi mahkamah membebaskannya.

 
Telah ada di kalangan pengundi Indonesia itu berbincang sama sendiri siapa hendak disokong dalam PRU nanti?

 
Walau pun mereka diupah bagi menjadi pengundi tetapi ia tidak menjamin kehidupan yang selesa selepas pilihan raya itu. Dengan kebebasan mengundi yang ada maka mereka boleh memikir siapa patut diundi antara BN dan PR?

 
Seorang penulis Cina membuat tinjauan menyatakan belum tentu pengundi Indonesia itu akan mengundi BN. Mereka mengikuti perkembangan betapa kemenangan semula BN tidak menjamin harga barang yang tidak stabil itu dapat dipertahankan seperti sebelum pilihan raya.

 
Harga minyak dan gas dan lain-lain yang cuba dipertahankan sekarang adalah bagi menghadapi pilihan raya. BN tidak dapat mengawal kenaikan itu selepas pilihan raya.

 
Tetapi mereka mendapati PR membuat tawaran yang baik. Harga runcit minyak akan diturunkan. Jika minyak dapat diturunkan, maka ia memberi kesan kepada harga lain-lain barang. Harga barang mungkin dapat dikawal.

 
Mereka tahu sangat akan kesan rasuah yang dihadapi di negara mereka. Keponcangan hidup di sana adalah gara-gara rasuah yang tidak terkawal. Tidak ada yang tidak rasuah.

 
Jika rasuah tidak dibendung di Malaysia, kesannya ikut dirasa oleh pendatang dari Indonesia itu. Mereka melihat PR menawarkan untuk memerangi rasuah. Bila rasuah dapat dibendung, ia memberi banyak kebaikan kepada penduduk termasuk pendatang baik dari mana saja.

 
Keadaan harga barang yang mahal sekarang menjejaskan kehidapan pendatang Indonesia, Bangladesh dan lain-lain. Pendapatan mereka tidak banyak bertambah. Apabila mereka terpaksa menampung keperluan hidup yang tinggi, lalu mereka tidak dapat menghantar belanja secukupnya untuk keluarga di negara masing-masing.

 
Mereka tidak nampak nasib mereka akan berubah kiranya BN mengekalkan kuasa. Tetapi jika PR berkuasa, apabila harga barang dapat dikawal, maka akan ada lebihan dari perbelanjaan harian. Mereka boleh menghantar pulang wang yang lebih untuk keluarga masing-masing.

 
Kuat kerja mereka akan berbaloi.

 
Mereka juga tahu bahawa Anwar Ibrahim mempunyai rakan yang ramai di Indonesia yang terdiri dari orang-orang yang berpengaruh. Hubungannya semasa dalam kerajaan dulu lebih menarik dari rakan-rakannya yang lain. Rakan-rakan di Indonesia itu memang hendak melihat dia berjaya dalam politik.

 
Semua perkembangan ini mempengaruhi orang-orang Indonesia yang sudah menjadi pengundi itu.

 
Jika mereka mengadakan kempen senyap, belum tentu BN dapat meraih keuntungan dari gerakan menjadi pendatang Indenesia sebagai pengundi.

 
Yakinlah kepada perancangan Allah. 


Haji Subky Abdul Latif

Read more ...

SIAPA NAK PERCAYA KO ZAMIL!!! Zamil mengaku tapi bukan arahan UMNO , arahan siapa?





Ini adalah usaha saya sendiri tanpa disuruh untuk berbuat demikian oleh sesiapa pihak dari Umno atau BN, kata Zamil.


ALOR SETAR: Zamil Ibrahim menegaskan VCD yang didedahkan oleh dua pemimpin Pakatan Rakyat berkemungkinan besar beliau sedang bertemu dengan bapa ahli Parlimen Kelana Jaya, Loh Gwo Burne.


“Abang bersama seorang kawan berjumpa bapa Loh untuk berbincang di sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur sekitar lewat tahun 2010.


“Saya mengakui perbincangan tersebut adalah untuk mendengar hasrat Loh untuk menjual anaknya supaya keluar dari PKR,” katanya. Beliau menambah bahawa pemandunya dan seorang pembantu wanita Loh turut berada semasa perbincangan itu.


“Tetapi saya nafikan sama sekali ini adalah agenda Umno ataupun Barisan Nasional. Ini adalah usaha saya sendiri tanpa disuruh untuk berbuat demikian oleh sesiapa pihak dari Umno atau BN,” katanya.


Zamil menegaskan beliau diberitahu oleh beberapa rakannya dari Umno Kedah bahawa Umno tidak berminat membeli mana-mana ADUN atau ahli parlimen PKR yang ingin keluar parti.

Bagaimanapun, Zamil bekas Ketua AMK Kedah berkata, beliau tidak dapat mengesahkan 100 peratus kerana gambar dan VCD berkenaan kabur.

Ada 25 VCD lagi

Semalam Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyiarkan VCD yang didakwa Zamil sedang memujuk ahli Parlimen Pakatan Rakyat meninggalkan pakatan itu.

“Saya meminta kedua-dua pemimpin itu mendedahkan 25 VCD lagi kerana saya mengadakan banyak pertemuan dengan pemimpin dan wakil rakyat PKR.

“Sebahagian mereka yang saya temui memang mahu keluar dari PKR kerana menurutnya bosan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.“Mereka ini di depan Anwar memaki hamun BN tetapi di belakang mencium tangan pemimpin BN,” kata Zamil. Bagaimanapun, beliau tidak menamakan pemimpin-pemimpin PKR berkenaan.

Read more ...

BARU KO TAHU ZUL KULIM!!! Diserbu penduduk , dilarikan kereta peronda polis


alt
PETALING JAYA, 14 Jun 2012 – Ceramah Debat Rakyat anjuran bersama Belia 4B Petaling dan Persatuan Penduduk Pangsapuri Blok-M, Taman Petaling Perdana, PJS1 berakhir dengan kekecohan. YB Zulkifli Nordin selaku penceramah tunggal dalam progam Debat Rakyat itu diserbu oleh sekumpulan penduduk yang dipercayai penyokong Pakatan Rakyat apabila beliau membuka sesi soal jawab. Salah seorang daripada mereka dilihat menolak muka pengerusi majlis dan berdepan dengan Zulkifli sambil mengeluarkan kata-kata yang kurang jelas didengari namun dalam nada yang agak beremosi sekali.

Melihat kejadian ini, beberapa orang penduduk tampil ke pentas ceramah dan cuba untuk menenangkan keadaan .

Beberapa orang penduduk juga dilihat cuba melindungi Zulkifli dan pada masa yang sama mengiringi beliau ke dalam kereta peronda polis yang sedang menunggu. Hadirin yang menimbulkan kekecohan tadi kemudiannya berkumpul berhampiran kereta peronda polis dan melaungkan takbir berulang kali.


Kereta peronda yang dinaiki Zulkifli tadi kemudiaannya meninggalkan kawasan ceramah dengan segera untuk mengelakkan kejadian yang lebih buruk berlaku. Ceramah yang bermula pada pukul 9:30 malam sepatutnya dihadiri juga oleh saudara Zahid Md Arip selaku Mursyidul Am TIBAI, namun beliau tidak dapat hadir kerana berlaku kecemasan. Zulkifli Nordin menggunakan sepenuhnya slot masa yang dihadkan sehingga pukul 12:00 malam.


Pengisian ceramah beliau kebanyakkannya berkaitan dengan Islam dan bangsa Melayu . Ceramah yang diadakan ditepi masjid itu sesekali diganggu oleh jeritan-jeritan provokasi dipercayai dari penyokong-penyokong PAS di kawasan itu. Tindakan ini nyata menimbulkan reaksi kurang senang daripada Zulkifli Nordin menyebabkan beliau menggelarkan kumpulan itu sebagai 'cicak mengkarung'. Jeritan-jeritan provokasi berterusan hingga ke penghujung ceramah, malah dilihat beberapa orang kanak-kanak turut melakukan perkara yang sama.


Keadaan di sekitar kawasan ceramah menjadi semakin panas dengan bilangan yang hadir bertambah, sebuah unit kereta peronda polis juga dilihat mula memasuki kawasan itu. Semasa di penghujung ceramah, Zulkifli Nordin menceritakan semula detik-detik 13 Mei 1969 kepada hadirin dan mengaitkan Lim Kit Siang dengan kejadian itu.


Jeritan jeritan provokasi seperti 'penipu' , 'balik Kulim' dan 'jangan bakar' berterusan . Zulkifli Nordin kemudiannya mengakhiri ceramah pada lebih kurang pukul 12:00 malam, dan mencabar mereka yang membuat provokasi itu supaya berdepan dengan beliau untuk soal jawab.


Malangnya tindakan YB Zulkifli Nordin itu disambut dengan penuh emosi dan kemarahan apabila beliau diserbu oleh kumpulan ini di pentas ceramah. ~
klpos

Read more ...

SENJATA BERKESAN!!! BN bakal tumbang kerana radio di Sarawak



Radio gelombang pendek kini menjadi senjata paling berkesan bagi pembangkang untuk menyebarkan maklumat di kawasan pedalaman Sarawak. Menurut sesetengah kaum asli yang mengikuti Radio Free Sarawak dengan radio yang diderma, mereka kini gagal untuk menyokong Barisan Nasional lagi.

Ketika ditemuramah MerdekaReview dengan telefon, Timbalan Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak, Paul Bian berkata, PKR mula mengumpulkan radio yang diderma orang ramai, dan dihantar ke rumah panjang di kawasan pedalaman, selepas Hari Krismas pada tahun lalu. Namun demikian, radio yang diterima itu telah lapuk, dan tidak begitu baik dari segi penerimaan. Justeru itu, kesannya tidak begitu memuaskan.


Selepas itu, pihaknya berjaya mendapatkan radio gelombang pendek yang lebih berkesan, dan menghantar dalam bilangan yang besar ke dalam kawasan pedalaman. Orang asli dapat mendengar rancangan Radio Free Sarawak saban hari selepas radio dihantar ke rumah panjang.

Menurut Paul Bian, daripada respon yang diperolehi, kebanyakan penerima radio mendakwa diri mereka telah mengetahui kebenaran. Rupa-rupa diri mereka telah ditipu selama ini, kata mereka. Paul Bian menyusul dengan soalan, seandainya Barisan Nasional memberi wang RM500, malah RM1,000 kepada mereka sepanjang pilihan raya, adakah mereka akan berpaling tadah? Orang asli sebaliknya memberitahu, apapun yang diberikan BN akan diterima, tetapi tidak akan mengundi BN.


Paul Bian menjelaskan, adalah perlu untuk mengajukan soalan sedemikian agar penduduk kaum asli ini membuat persediaan dari segi mental. Nampaknya mereka telah memutuskan untuk tidak dibeli kali ini, kata Paul Bian.


Ilmu meneyuntik keberanian


Menurut Paul Bian, keadaan ini tidak pernah berlaku di kawasan kampung sebelum ini. Ramai yang berkata orang di kawasan kampung bodoh, mudah dibeli dengan RM20, padahal mereka tidak bodoh, tetapi di-"basuh otak"-nya selama ini oleh propaganda BN. Dan agak sukar untuk pembangkang menampilkan pandangan yang berbeza di rumah panjang sepanjang tempoh kempen.


Pengalaman wartawan ketika membuat liputan di Empangan Bakun, Sarawak mendapati penduduk tempatan hanya mampu akses kepada rancangan dari Radio Televisyen Malaysia (RTM). Maklumat yang diperolehi kesemuanya informasi dari kerajaan BN. Malah, beberapa kawasan DUN di luar bandar Kuching, kediaman penduduk agak jauh berpisah. Ini belum lagi termasuk kawasan yang perlu pengangkutan sampan, seperti Hulu Rajang dan Baram. Lebih-lebih lagi, tempoh kempen yang pendek juga tidak membenarkan calon untuk sampai ke setiap kawasan dan bertemu dengan calon untuk menjelaskan manifesto dirinya.


Paul Bian mendakwa, minda rakyat telah dibuka selepas terdedah kepada rancangan Radio Free


Sarawak, yang membongkarkan isu rasuah dan penyelewengan kerajaan negeri. Nampaknya agak mustahil untuk menangkis arus sedemikian.


Pengasas "Adopt A Dayak Candidate Initiative", Noelle Jiang berkata, apa yang dibincangkan dalam rancangan Radio Free Sarawak berhubung rapat dengan penduduk kaum asli di kawasan pedalaman, misalnya tanah adat, pendidikan kanak-kanak, perubatan dan sebagainya.


Selain itu, calon juga membincangkan isu yang berhubung kait dengan kepentingan rakyat dalam rancangan ini, dan menjadi saluran terbaik untuk rakyat terdedah kepada pandangan mereka.


Menurut Noelle Jiang, rancangan ini telah menyuntik kekuatan kepada pendengarnya, dan biasanya diakhiri dengan seruan, jikalau pendengar mengidamkan perubahan, maka mereka perlu pergi mengundi.


Radio Free Sarawak diasaskan pada 15 November 2010, oleh Clare Rewcastle Brown, adik ipar kepada mantan Perdana Menteri Britain. Bahasa pengantarnya adalah bahasa Iban dan Malaysia. Menurut Paul Bian, hampir kesemua penduduk Sarawak mampu memahami bahasa Iban, dan sesetengah tetamu rancangan juga menggunakan bahasa Malaysia. Salurannya adalah 15420 kHz.


Lapan kawasan pedalaman yang dijadikan fokus


Noelle Jiang berkata, semua orang tahu untuk menukar kerajaan, namun mustahil pembangkang mempunyai peluang seandainya mengikut cara berkempen hanya pada tempoh kempen pilihan raya. Ramai sedar bahawa Sarawak yang memiliki 31 kerusi parlimen adalah negeri yang paling penting. Pada dasarnya, kawasan bandar cenderung untuk pembangkang sekarang, oleh itu, kawasan pedalaman perlu ditawan.


Noelle Jiang menambah, calon Parti Keadilan Rakyat dipercayai akan bertanding di kebanyakan kawasan pedalaman. Calon berketurunan Dayak dan Iban dipercayai akan menyarung jersi kali ini, dengan slogan "Dari Sarawak ke Putrajaya" - satu petanda yang amat penting.


"Beli satu radio untuk bebaskan Sarawak" adalah sebahagian daripada program "Adopt A Dayak Candidate Initiative". Sebelum ini, mereka juga mengumpul derma untuk membeli sebuah perahu, agar calon pembangkang dapat turun ke kawasan tertentu untuk berkempen. Pada pertengahan Jun, projek menyewa kereta pacuan empat roda dan pembelian minyak akan dilancarkan. Iniasitif ini diusahakan dengan harapan agar orang ramai boleh melibatkan diri dan menyumbang untuk perubahan.


2,200 buah radio mula diagihkan ke setiap rumah panjang di lapan kawasan tumpuan PKR, iaitu Baram, Kanowit, Lubok Antu, Limbang, Saratok, Selangau, Sri Aman dan Hulu Rajang.


"Apa yang dimaksudkan kawasan tumpuan adalah kawasan yang berpotensi untuk membawa kemenangan. Dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak yang lalu, PKR sebagai parti kebangsaan bertanding di kesemua kawasan agar tidak memberi kemenangan percuma kepada BN. Inilah kewajiban sebagai parti nasional. Dan keadaan ini menjurus kepada kekurangan sumber parti itu. Kini, parti ini memberi tumpuan untuk menyerang kawasan yang utama ini... Sebanyak 2,200 radio gelombang pendek telah dihantar ke lapan kawasan tersebut setakat ini."


Noelle Jiang berkata, Ali Biju yang bertanding di kawasan parlimen Saratok sebelum ini tidak meminta radio, tetapi mengemukakan permintaan ini baru-baru ini. Jadi, sebahagian radio juga diagihkan ke kawasannya. Ali Biju juga ADUN Krian dari PKR.


Menurut program tersebut, sekurang-kurangnya dua atau tiga radio perlu dibekalkan untuk rumah panjang yang memiliki 60 hingga 70 orang penghuni. Beliau berharap agar matlamat 2,200 radio tercapai di akhir bulan April. (Maklumat lanjut boleh diperolehi dari laman sosial
Facebook dan laman internet.)

Tiga orang calon yang dibantu di bawah program "Adopt A Dayak Candidate Initiative" ini adalah peguam yang mengendalikan isu tanah adat, Abun Sui, Roland Engan dan Nicholas Muhah.

Read more ...

TUDUH DAP KOMUNIS!!! Tapi yang sambut Parti Komunis adalah UMNO, dapat pinjam beruang panda kot....


Ketibaan Delegasi China

Delegasi parti komunis China tiba di Malaysia untuk lawatan kerja

SEPANG - Anggota jawatankuasa tetap biro politik jawatankuasa pusat Parti Komunis China (CPC), He Guoqiang tiba di sini untuk lawatan kerja empat hari.

Ketibaan He, yang juga setiausaha suruhanjaya pusat bagi pemantauan disiplin CPC bersama anggota delegasinya, disambut Duta Besar China ke Malaysia Chai Xi dan Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh.


Ab Rauf berkata ketibaan He adalah atas jemputan kerajaan Malaysia dan Umno untuk memperkukuh hubungan kepimpinan antara kedua-dua parti dan negara.


"Malah peminjaman sepasang beruang panda dari kerajaan China juga adalah simbolik persahabatan antara kedua-dua negara," katanya kepada pemberita sebelum ketibaan He di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini hari ini.

Sepanjang lawatan ke Malaysia, He dijadual membuat kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Selain itu beliau juga dijangka menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara China dan Malaysia untuk meminjam sepasang beruang panda yang akan ditempatkan di Taman Wetland di Putrajaya. - Bernama

Read more ...

Thursday, June 14, 2012

CERAMAH PAS VS CERAMAH PAS!!! Ceramah UMNO di Dewan Orang Ramai dah jadi Dewan Orang Tak Ramai


Di sebab PAS Cawangan Taman Kuning Sari Parlimen Bukit Gantang buat program ceramah isu semasa…UMNO kat situ pun nak buat juga ceramah…( Virus  Midah Sg. Rapat dah merebak yob…hehehe…). Program ceramah PAS di Taman  Kuning Sari ini sudah lama dirancang oleh ahli cawangan tersebut,ceramah ini menampilkan  wakil Parlimen Bukit Gantang iaitu YDP Kawasan Bukit Gantang Ust Nordin Jaafar,wakil Larut saudara Ust Akmal Kamarudin dan penceramah terkenal dari PKR iaitu Siti Aishah Srikandi.  Program ceramah ini dibuat untuk menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada penduduk setempat disekitar Taman Kuning Sari khususnya Parlimen Bukit Gantang.

Kehadiran dilokasi ceramah anjuran PAS Cawangan Kuning Sari amatlah mengalakkan,mencecah 1000  orang  yang datang dengan iklas hati tanpa di angkut dengan bas dan tanpa diupah makan free…Taman Kuning Sari dahulunya dikatakan adalah kubu kuat  UMNO..tapi sekarang sokong terhadap parti warisan penjajah ini amatlah merosot sekali.

Keadaan ini dapat dilihat dengan jelas sekali apabila ceramah yang diadakan oleh UMNO yang dilansungkan dalam dewan orang ramai hanya sekitar 30 orang saja…sudahlah diberi makan percuma,tempat selesa dengan kerusi dan ada kipas angin..itupun tak ramai yang ke ceramahnya. Semasa  dihampiri dewan orang ramai yang tak ramai ini…aku kesian dengan sound sistem UMNO…sangat perlahan,macam berbisik je ceramahnya…hahaha..mereka pasang skrin dan tayangan beberapa klip tayangan yang seolah-olah berunsur menakut-nakut rakyat…konon-nya negara akan huru hara kalau UMNO hilang  berkuasa..kesian kepada yang dengar ceramah UMNO ni…mereka macam dipaksa tengok filem hantu yang menyeramkan….Eeeeee..takutnye…hahaha…

Berbanding dengan lokasi ceramah PAS,semua yang datang hanya duduk beralaskan tikar dan kertas  berbumbungkan langit,penceramah menyampaikan maklumat berfakta dan bersumber tepat. Pujian harus diberi kepada hadirin ceramah PAS kuning Sari kerana sanggup datang walaupun tiada keistimewaan dihidangkan. Begitulah bezanya antara pejungan iklas dan perjungan mengharapkan upah semata-mata.

Syabas buat PAS cawangan Kuning Sari kerana berjaya dalam program penerangan sebegini. Gabungan penceramah antara PAS ,PKR dan DHPP membuktikan jalinan kerjasama  yang  padu  dalam ”PAKATAN RAKYAT”.

 YDP PAS Bukit Gantang Ust Nordin Jaafar sedang berceramah

 Ust Akmal Kamarudin banyak menyentuh kepentingan ukhuwah  dalam berpolitik

 Siti Aishah Srikandi, YDP Bukit Gantang  dan wakil DHPP berkongsi pentas demi menuju Putrajaya

KERABAT juga membuka kuanter pendaftaranya dilokasi ceramah,35 ahli baru dari Tmn Kuning Sari menerima Sijil Ahli pada malam ini.

Hadirin dilokasi ceramah anjuran PAS……mencecah 1000 orang.

INI CERAMAH BISIK-BISIK  UMNO  Tmn Kuning Sari Bukit Gantang

 Dewan Orang Ramai telah di tukar kepada Dewan Orang Tak Ramai oleh UMNO….
30 orang je…

Kelihatan seorang anak muda membawa makanan  percuma..30 orang sebab ada makanan percuma,kalau tiada makan percuma..???  Pasti 3 orang saja…hehehe…

Kelihatan wajah Tuan Guru Datuk Hj Haron Din di skrin tayangan UMNO…mereka  ahli-ahli UMNO masih tidak dapat bezakan antara kebenaran dan kejahilan, ulama sanggup mereka persendakan.

Read more ...

NAJIB NAK TANGGUH P'RAYA!!! Tapi Persatuan Pekilang tak tahan tanggung resiko,minta p'raya segera

Komuniti pengilang Malaysia lebih suka sekiranya pilihan raya umum ke-13 dilangsungkan secepat mungkin.
Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) Tan Sri Yong Poh Kon berkata, ini kerana industri itu pada masa ini berhadapan banyak ketidaktentuan yang berpanjangan.

"Pastinya dalam komuniti ini, kita mahu pilihan raya diselesaikan kerana kerana terdapat beberapa ketidaktentuan... keputusan akan menjadi lebih mudah (selepas pilihan raya)," katanya. [Baca berita penuh]
Sementara itu, Bernama melaporkan, FMM juga bimbang kos tenaga kerja, tenaga dan penghantaran terus meningkat, pada kadar yang lebih pantas, dalam tempoh enam bulan ini, berikutan keadaan perniagaan yang lebih bagus.

Kajian Keadaan Perniagaan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia-FMM (MIER) menunjukkan,dua pertiga daripada 386 pengilang yang ditemubual menjangka kos pengeluaran lebih tinggi seiring dengan peningkatan persaingan dari Thailand, Indonesia dan Vietnam yang memberi impak negatif kepada ekonomi Malaysia.

"Untuk pengilang, keutamaan hanyalah dua perkara, iaitu jualan dan kos.

"Harga bahan mentah telah merosot, bagaimanapun, kos tenaga kerja termasuk gaji minimum, kos bahan api dan penghantaran memberi kesan kepada pengilang," kata Yong.

Read more ...

DAH TERUK UMNO NI!!! Bangunan pun nak kena sita

Menurut sumber yang masih tidak rasmi hari ini menyatakan proses penyitaan sebuah bangunan yang didakwa Bangunan yang didiami UMNO Bukit Gantang sudah boleh dan bakal diambil tindakan mahkamah iaitu penyitaan. Proses pendakwaan dibuat keatas sebuah yayasan yang diragui dan dipercayai tidak wujud di parlimen Bukit Gantang iaitu Yayasan Darul Taklim. 
 
Menurut sumber lagi menyatakan pihak berkenaan tidak gagal dalam perjanjian ( Dipercayai pembayaran ) sejak tahun 2002 lagi yang ada kaitan dengan sebidang tanah seluar 5 ekar di Terong  yang  dikatakan akan dibina  premis untuk tujuan pendidikan orang  islam . 
 
Kes  ini telah  2 kali dibuat dakwaan dimahkamah terhadap pihak yang mendiami bangunan ini yang dipercayai kakitangan  UMNO Bukit Gantang. Bacaan pertama tidak dimaklumkan apa keputusanya dan keputusan kedua (Hari ini) mahkamah telah mengeluarkan arahan menyita bangunan yang dimaksudkan.

Melalui pendakwa kes ini  juga dimaklumkan pihak mahkamah Taiping telah membenarkan bangunan tersebut disita dari beroperasi  bermula  hari ini 14 Jun 2012 sehingga  05  Julai 2012. 
 
Ini bermaksud Bangunan yang dijadikan pejabat UMNO Bukit Gantang tidak boleh digunakan atau beroperasi sehingga tarikh tersebut,ini kerana dimaklumkan juga pihak UMNO Bukit Gantang secara diam-diam membuat bantahan dimahkamah tanpa pengetahuan pihak pendakwa. 
 
Sebarang harta benda yang berada didalam bangunan tersebut  adalah dilarang dikeluarkan sehingga tempoh yang dinyatakan tadi.

Hari ini pihak pendakwa tidak dapat melakukan penyitaan bangunan yang dimaksudkan atas sebab dokumen perlantikan pihak keselamatan yang dilantik masih belum dapat disiapkan, dengan itu  proses  penyitaan  ini  akan dilaksanakan esok pagi  15 Jun 2012.

*** Proses undang-undang sudah berjalan…diharap tiada tangan-tangan kasar,ganas dan ghaib datang esok hari untuk  melepaskan mereka yang nyata wajar diambil tindakan….

Bangunan UMNO Bukit Gantang ini bakal disita esok..?
 
Orang ni

Read more ...

SETAHUN YANG LALU!!! PAS Parit Buntar pernah anjur ziarah Almarhum Ust. Yahya Othman

PARIT BUNTAR, 29 Jun : Lujnah Penerangan PAS Parit Buntar telah mengadakan program Kembara Bertemu Ulama’ di Kelantan . Ulama’ yang dimaksudkan ialah Mantan Exco Agama Kerajaan Negeri Kelantan dan Bekas Setiausaha Majlis Syura Pas Pusat Al Fadhil Ustaz Datuk Yahya Othman.

Timbalan Pengerusi Lujnah Penerangan PAS Parit Buntar, Hamdan Fadel Ahmad berkata, Ustaz Yahya Othman adalah seorang tokoh yang banyak jasa dan pengorbanan mengabadikan hidupnya untuk melahirkan kader PAS semenjak tahun 70an lagi termasuk di Parit Buntar.

“ Sebelum ini, kami telah banyak kali mengadakan lawatan bertemu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi .

“ Lawatan kali ini kami atur khas untuk bertemu tokoh murabbi PAS yang menjadi tiang seri tarbiah malah sangat tidak asing dengan program pembinaan kader PAS, iaitu Ustaz Yahya Othman.”katanya yang juga ketua rombongan

Beliau berkata, peserta kembara seramai 46 orang ini telah menziarahi Ustaz Yahya Othman di rumah beliau dan Maahad Darul Quran di Kampung Labok Machang Kelantan.

“ Walaupun dalam keadaan uzur, Ustaz Datuk Yahya Othman melayan peserta kembara dengan begitu mesra sekali disamping menyampaikan pesanan dan tazkirah.

“ Kami mendapat sedikit motivasi daripada seorang tokoh ulamak dan politik bagi memantapkan jati diri menghadapi Pilihanraya Umum ke- 13.”katanya

Peserta rombongan yang pernah mendapat tarbiyah dari Ustaz Yahya Othman , Haji Tyndareus Awang berkata , semasa tahun-tahun 70an dan 80an yang subur dengan usrah, tamrin, daurah , jaulah dan sebagainya, semua program ini begitu sinonim dengan Ustaz Yahya Othman.

“Ustaz yahya Othman bergerak ke seluruh negara untuk membudayakan tarbiah kepada pemuda dan belia Islam.

“ Malah , PAS berjaya melakukan transformasi kepimpinan pada tahun 1982 adalah kerana suburnya gerakan tarbiah dan perkaderan” katanya yang juga Bendahari PAS Parit Buntar

Beliau yang juga seorang pengusaha Katering telah menaja sebahagian kos program kembara ini gembira kerana dapat bertemu kembali dengan seorang pimpinan tarbiyah PAS yang ulung.

Sementara itu, peserta kembara turut melawat tempat-tempat bersejarah dan melihat sendiri keadaan pembangunan yang begitu pesat di Kelantan yang diterajui oleh seorang ulama’ iaitu Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Selain itu peserta juga berpeluang untuk membelah belah di pasar-pasar popular di Kelantan secara tak langsung memberi peningkatan kepada ekonomi negeri ini.
Peserta sempat mendengar pesanan dan tazkirah daripada Ustaz Datuk Yahya Othman di kediaman beliau.
Muslimat ketika bergambar bersama Ustaz Datuk Yahya Othman dan isterinya
Ketua rombongan Hamdan Fadel ketika menyerahkan cenderahati kepada Datuk Yahya Osman dihadapan kediaman beliau di sini semalam
Para Peserta bersama Mantan Exco Agama Kerajaan Negeri Kelantan dan Bekas Setiausaha Majlis Syura Pas Pusat Al Fadhil Ustaz Datuk Yahya Othman di hadapan Maahad Darul Quran di Kampung Labok Machang Kelantan
Muslimat bergambar dihadapan Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang dijadikan pusat pertemuan dan rakyat dan pemimpin Negeri Kelantan
Muslimin bergambar dihadapan Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan Datuk Bentara Setia Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang dijadikan pusat pertemuan dan rakyat dan pemimpin Negeri Kelantan
Sebahagian muslimin mengambil peluang bergambar bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Ipoh Wan Yusof Mustapa di bilik mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan
Peserta kembara sedang menikmati jamuan tengahari yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan sebagai meraikan peserta rombongan

Read more ...

PAKAI UMPAN JUTA-JUTA!!! Pakar pancing katak jatuh kepada Mat Zamil KITA


Ketua Parti KITA Kedah, Zamil Ibrahim diminta tampil memberikan penjelasan berhubung kontroversi perbincangan tawaran kepada Ahli Parlimen untuk meninggalkan Pakatan Rakyat dengan nilai RM2 juta.

Cabaran ini dilontarkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang pada hari ini mendedahkan klip penuh video rundingan tawaran ‘pembelian’ ahli parlimen Pakatan.

Menurut Khalid, Zamil merupakan agen Umno-BN yang berperanan untuk berbincang mengenai tawaran untuk meninggalkan Pakatan.

“Selama ini kita tidak ada bukti. Tetapi hasil daripada kerja-kerja pihak tertentu kita telah memperoleh bukti,” katanya.Menurut Khalid, ahli parlimen yang ditawarkan ini masih kekal bersama Pakatan Rakyat.
Video asal selama tiga jam ini dirakamkan di sebuah restoran di Lembah Klang sekitar setahun yang lalu selepas beberapa pemimpin Pakatan mengisytiharkan lompat parti dan akan didedahkan secara berperingkat.

Tayangan selama 3 minit 41 saat memaparkan lima individu yang sedang berbincang berhubung tawaran habuan sekiranya meninggalkan Pakatan.

Dua daripada individu berkenaan merupakan wakil Pakatan sementara yang lain merupakan wakil agen Umno-BN.Selain ditawarkan wang bernilai RM2 juta, tawaran turut disertakan dalam bentuk kontrak kerajaan.

Berdasarkan transkrip video yang diberikan kepada media, Zamil ada menyebut ‘Kita dapat syiling sahaja….Cuma itu Pak Zaharin…Macam hari itu Datuk Habaq kata’.

Sementara itu, Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, mengesahkan Zamil Ibrahim merupakan bekas ahli PKR.

Beliau merupakan individu yang pernah menawarkan kereta Rolls-Royce sekiranya mana-mana pihak berjaya membuktikan ada individu lain yang mempunyai wajah sama seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II.

Menurut Saifuddin, Zamil yang kini menetap di banglo mewah Kelab Cinta Sayang Sungai Petani merupakan bekas peniaga burger di pekan Bidong, Kedah sementara isterinya merupakan peniaga ubat ubatan tradisional.

Zamil juga bekas tahanan dadah di Pulau Jerjak selain memiliki beberapa kereta mewah dan motosikal berkuasa tinggi.“Kita mengesyaki perubahan hidupnya disumbangkan melalui aktiviti sebegini.“Saya mempelawa rakan media untuk menelefon beliau untuk membuat pengesahan,” katanya.

Tegasnya, pendedahan ini sebenarnya menguatkan lagi dakwaan Pakatan sebelum ini yang menyatakan wujudnya aktiviti ‘membeli’ ahli parlimen Pakatan dengan habuan wang ringgit yang lumayan.

Kalau dah kawan rapat Ezam Mohd Nor dan Nallakaruppan....Faham-faham jer lah... Kini cukup rapat dengan Hassan Ali Aqidah..

Tak perlu admin nak kupas dan ulas lebih panjang.OMAK KAU

Read more ...

PENDEDAHAN TERBARU!!! Anak pemimpin UMNO Pahang dapat projek RM 280 Juta

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendapati, projek sistem baru kawalan trafik yang mengancam ruang udara negara diberi kepada keluarga menteri.

Menurutnya, dalam carian syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), tertera nama Ikhwan Hafiz Jamaluddin iaitu ahli keluarga bekas Menteri sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd.

“…Saya tanya, dan ini belum dijawab oleh Kementerian (Pengangkutan),” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.


Naib Presiden KEADILAN itu turut mempersoal adakah menjadi norma Kerajaan Umno BN menganugerahkan satu daripada projek kerajaan kepada keluarga menteri.


“Apakah alasan Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) memberi kontrak sistem yang cukup penting ini secara rundingan tertutup?” soalnya lagi.


Beliau turut menunjukkan salinan dokumen dari SSM kepada media yang mempamerkan Ikhwan Hafiz Jamaluddin, 25, sebagai Pengarah Tirai Variasi Sdn Bhd.


Tirai Variasi adalah pemegang saham utama Advanced Air Traffic System (M) Sdn Bhd yang dianugerahkan kontrak bernilai RM280 juta itu.


Apabila ditanya wartawan mengenai kesahihan dakwaan tersebut, Izzah menjawab, kementerian patut menafikannya jika dakwaan itu tidak benar.


“Sekali lagi, saya persoalkan nama tersebut dan (saya) belum terima sebarang jawapan,” katanya.


“Saya sudah hantar surat pertanyaan (kepada Kementerian Pertahanan dan DCA) sebelum ini, namun masih belum terima maklum balas dari mereka,” jelas Izzah lagi.


Bagaimanapun, carian media mendapati Ikhwan adalah anak kepada Datuk Seri Jamaluddin Jarjis, bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.


Pada 8 Jun lalu, Izzah bersama-sama Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dan Tian Chua menyerahkan memorandum kepada DCA mengenai sistem baru Human Trafic Interface yang membahayakan ruang udara negara.


Sistem itu turut dibangunkan bersama syarikat Selex Sistemati Integrati dari Itali yang dikaitkan dengan pelbagai tuduhan rasuah di Itali, Cyprus, Panama dan Namibia -
Keadilandaily

Read more ...

RM 3 JUTA!!! Kos lawatan 11 hari Najib ke UK, AS

KUALA LUMPUR, 14 JUN: Lawatan Datuk Seri Najib Razak ke United Kingdom dan AmerikaSyarikat pada bulan Mei lalu memakan belanja wang rakyat hampir RM3 juta.

Dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, lawatan ke London, UK untuk menghadiri jamuan makan Putera Charles pada 13 hingga 15 Mei memakan belanja RM849,175.


Katanya, lawatan kerja Najib ke Amerika pula untuk menghadiri meysuarat Global Science and Innovation Advisory Council di New York pada 15 hingga 18 Mei menelan belanja RM1.606 juta.


Manakala belanja para pegawai yang mengiringi lawatan peribadi Perdana Menteri ke Washington pada 19 hingga 24 Mei pula adalah RM452,985 juta.


“Sepanjang tempoh lawatan peribadi, kerajaan hanya membiayai perbelanjaan pegawai kerajaan yang mengiringi YAB Perdana Menteri,” kata Nazri. – Roketkini.com

Read more ...