Thursday, September 20, 2012

NAK SANGAT!!!Perempuan ini disaman oleh Presiden PAS





Akibat terlalu mengikut ajaran Syaitan Dikenali membuat fitnah sana sini, perempuan ini menanggung akibat apabila disaman oleh pihak yang difitnah. Perempuan ini dalam tulisannya menyebut, Presiden PAS DS Abdul Hadi Awang pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi.


KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini menyaman Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berhubung tulisannya yang mengandungi unsur fitnah. 
Fail tersebut difailkan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Mazwan dan Nasar.
Tuan Guru Abdul Hadi menamakan Mashitah sebagai defendan pertama dan akhbar Sinar Harian sebagai defendan kedua.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad Samsuri menyifatkan tulisan berbentuk fitnah tersebut keterlaluan dan memalukan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Sebelum ini kita sudah minta Mashitah dan Sinar Harian buat permohonan maaf terbuka tapi mereka tidak berbuat demikian maka kita ambil tindakan samanlah," katanya yang ditemani peguam Mazwan Johar dan Nasar Khan.

Sebelum ini, Shamsuri berkata pihaknya akan mendapatkan nasihat peguam sebelum satu langkah diambil berhubung tulisan tersebut.

Pada 2 Mac lalu, Mashitah dalam tulisannya di akhbar Sinar Harian mengaitkan penahanan Ahli Majlis Tertinggi PKR, Badrolamin Baharon dengan beberapa skandal seks kononnya membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Dalam tulisannya, Mashitah menyebut Abdul Hadi pernah dikaitkan dengan skandal membabitkan anak dara kira-kira 10 tahun lalu dan mengambilnya sebagai isteri ketiga, bagaimanapun ia dinafikan Abdul Hadi.



Kedah La

Read more ...

Wednesday, September 19, 2012

HINA NABI!!! Mahathir dan Innocence of Muslims apa bezanya?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPE0PVG3cp-Wzj5G8JWvU5pwcQexf-bUOHcnnGuXwSYhuIiY0YezJKoW7ks_kj9A4iRgnaDwnSCdUt_O5CvwLZV8-ov_y9On6A82wvdfaNdhk5mnkmNcud_F54MuOmuPO7MgslTyn1d9A/s400/mahathir+hina+rasulullah+saw+(1).jpgKetika ini umat Islam seluruh dunia sedang bangkit melakukan pelbagai bantahan terhadap sebuah filem, Innocence of Muslims yang jelas menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW. Di Libya, tunjuk perasaan yang berlaku telah menyebabkan empat diplomat Amerika termasuk dutanya ke Libya, telah terbunuh.

Di negara kita, kebangkitan umat Islam terhadap penghinaan itu juga berlaku di mana-mana. Selain bantahan melalui tunjuk perasaan di beberapa masjid, khutbah-khutbah Jumaat juga turut menyampaikan mesej yang sama. Media pro kerajaan dan pro pembangkang turut bertindak sama. Semua parti politik dan pemimpin utamanya juga mengutuk perbuatan menghina agama Islam serta keperibadian Rasulullah itu.


Dalam masa yang sama Pemuda UMNO dan Pemuda Pas, dua buah parti politi Melayu dan Islam terbesar di Malaysia turut bergabung tenaga mengadakan tunjuk perasaan pada Jumaat ini sebagai luahan perasaan mengutuk perbuatan menerbitkan filem yang jelas menghina Islam sehingga mencetuskan pelbagai rusuhan di seluruh dunia itu.


Semua tunjuk perasaan dan kebangkitan umat Islam kini adalah mesej jelas bahawa umat Islam tidak rela dipermain dan dihina sesuka hati oleh pihak lain.


Bagaimanapun di sebalik kebangkitan umat Islam sedang membara jiwanya kini, tiba-tiba Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dalam laman twitternya telah mengeluarkan komen yang dianggap tidak sensitif terhadap kebangkitan umat Islam sekarang.


Beliau mempersoalkan niat diadakan tunjuk perasaan itu sama ada untuk kepentingan umum atau politik peribadi sambil mengajukan persoalan apakah umat Islam sanggup membuang masa dan tenaga yang begitu banyak untuk tujuan itu.


Komen itu telah menyebabkan Ahli Parlimen Beruas itu dikecam oeh pelbagai pihak. Pemimpin UMNO dan kerajaan mengambil kesempatan atas isu ini menyerang DAP serta mengaitkannya dengan pendirian Pas. Media UMNO dan blogger pro kerajaan turut tidak henti-henti menyerang beliau sambil menimbulkan kemungkinan beliau bakal menerima nasib seperti duta Amerika ke Libya iaitu diserang sehingga mengakibatkan kematian.


Jika diteliti komen Ngeh itu, tiada apa-apa yang pelik sebenarnya. Beliau sekadar menyuarakan pandangannya terhadap situasi yang sedang berlaku tetapi langsung tidak menghina Islam dan Nabi Muhammad. Pandangannya ini lebih bersifat peribadi dan kurang memahami sensitiviti Islam sehingga menyebabkannya tidak sensitif terhadap perasaan umat Islam itu sendiri.


Sebenarnya tiada ada yang perlu dirisaukan dengan komen Pengerusi DAP Perak itu. Beliau tidak menghina apa-apa yang berkaitan Islam. Beliau cuma tidak sensitif dan sebagai seorang bukan Islam, perbuatan beliau itu boleh dimaafkan. Cuma beliau perlu lebih diberi kefahaman tentang Islam dan perasaan umat Islam itu sendiri serta tidak lagi mengulanginya di masa depan.


Kenyataan Ngeh itu amat kencil jika dibandingkan dengan apa yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir suatu ketika dahulu. Ketika menjadi PM, beliau pernah mengeluarkan beberapa komen yang amat jelas menghina Islam dan keperibadian Rasulullah. Tetapi oleh kerana ketika itu beliau begitu berkuasa, semua pihak berdiam diri termasuk pemimpin dalam UMNO yang berpendidikan agama.


Mahathir pernah mengecam hukum hudud dengan menyifatkan hukum potong tangan akan menyebabkan orang Islam dipandang hina oleh agama lain kerana hukum itu mengakibatkan ramai yang kudung tangannya.


Beliau juga pernah menganggap amalan menyimpan janggut bukan sebahagian Sunnah Rasulullah dan menyifatkan ianya menjadi amalan ketika dahulu hanyalah kerana ketika itu belum dicipta alat pencukur atau Gilette.


Mahathir juga pernah menyindir amalan pemakaian jubah dengan mengatakan ia sebenarnya bertujuan untuk mengekang nafsu syahwat bangsa Arab yang dianggapnya mempunyai nafsu seks yang besar.


Cuba kita bandingkan, komen Mahathir atau Ngeh yang lebih menghina Islam dan Rasulullah!


Jika Ngeh mengeluarkan komen sedemikian sebagai seorang yang bukan beragama Islam, tetapi Mahathir berbuat demikian atas kapasitinya sebagai seorang Islam. Lebih dari itu, ketika itu beliau juga menjadi Perdana Menteri yang tentunya komen beliau itu menimbulkan kesan kepada orangramai.


Dalam hal ini tentunya perbuatan Mahathir lebih menghina berbanding komen yang dibuat oleh Ngeh itu.


Sebelum pemimpin-pemimpin UMNO dan media pro kerajaan mengecam perbuataan Pengerusi DAP Perak ini dengan lebih lanjut, ada baik mereka juga bertanya kepada Mahathir sama ada beliau masih berpegang kepada kenyataan-kenyataannya yang menghina itu atau beliau kini sudah insaf dan ingin memohon maaf atas keterlanjurannya itu.


Meskipun Mahathir turut mengutuk penerbitan filem Innocence of Muslims ini tetapi komennya hanyalah secara umum sahaja iaitu dengan mengatakan kebebasan bersuara tidak seharuslah disamakan dengan kebebasan menghina orang lain.


Yang jelasnya, sehingga kini Mahathir masih statik dengan pegangannya berhubung hukum potong tangan, amalan menyimpan janggut oleh Rasulullah serta pemakaian jubah. Tidak pernah terdengar beliau menarik balik atau memohon maaf berkenaan dengannya.


Kepada pemimpin UMNO, pemimpin kerajaan, media, blogger dan umat Islam seluruhnya, dalam suasana kebangkitan Islam yang begitu dirasai kini, ada baiknya jika mempunyai kesempatan, mereka turut bertanyakan kepada Mahathir tentang penghinaan kepada Islam dan Nabi Muhammad yang pernah dilakukannya dahulu itu.


Tentunya kita ingin tahu sama ada pendiriannya sama atau sudah berubah sekarang ini.


Kiranya Mahathir terus kekal dengan pendiriannya yang menghina Islam dan Nabi Muhammad ini, elok rasanya selepas ini diadakan pula tunjuk perasaan besar-besaran di hadapan rumahnya di Mines Resort untuk membantah perbuatannya yang juga salah dan menghina itu.


Secara logiknya, Mahathir dan Innocence of Muslims tidak ada bezanya langsung. (SH 19/09/2012)

Read more ...

TUNJUK KAD AHLI UMNO!!! Tidak akan dikecualikan dari GST semasa berbelanja?


Ini adalah satu laporan yang dipercayai akan membuatkan penyokong-penyokong UMNO terlompat-lompat kegembiraan,..

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) dilaporkan telah bersedia untuk menguruskan sistem percukaian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya kerajaan memutuskan untuk melakasanakannya di negara ini. 

Yang menggembirakan penyokong UMNO ialah mereka dipercayai bakal dikecualikan dari GST yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan UMNO/BN ini.


Dengan syarat mereka menunjukkan kad keahlian mereka sebagai Ahli UMNO ketika berbelanja..


Ini merupakan satu penghargaan dari Najib buat semua ahli-ahli UMNO... he..he..he..
ASD
************************************

Kastam sudah bersedia untuk pelaksanaan GST


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) telah bersedia untuk menguruskan sistem percukaian Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya kerajaan memutuskan untuk melakasanakannya di negara ini.


Ketua Pengarah Kastam Datuk Khazali Ahmad berkata jabatan itu diberi tanggungjawab mentadbir pelaksanaan GST dan sehubungan itu persiapan awal perlu dilakukan.


"Kami harus bersedia dari segi kepegawaian dan sistem (yang akan digunakan). Tidak payah menunggu pengumuman baru bersedia. Jadi tak jadi, jabatan tetap bersedia.


"Kami tidak mahu berada dalam keadaan tidak bersedia apabila kerajaan memutuskan untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Kastam Sabah di Tawau yang turut dihadiri Pengarah Kastam Sabah Datuk Dr Janathan Kandok serta pemimpin-pemimpin tempatan.


Beliau berkata selain mengadakan latihan dan kursus berkaitan untuk petugas jabatan itu, pihaknya turut menganjurkan kursus-kursus kesedaran untuk pihak berkepentingan lain.


Khazali berkata dari segi kemudahan dan peralatan, pihaknya sedang merangka sistem komputer yang bersesuaian dengan sistem GST.


Mengenai pencapaian kutipan cukai agensi itu yang sehingga 17 September mencatat RM22.5 bilion, beliau berkata ia merupakan peningkatan sebanyak 6.69 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.


Antara faktor penyumbang kepada peningkatan kutipan cukai itu ialah perkembangan ekonomi negara yang baik, katanya. - Bernama

Read more ...

Tuesday, September 18, 2012

TAMPARAN BUAT BN!!! Bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah sertai PKR




Bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Douglas Lind, turut mengisytihar penyertaannya dalam KEADILAN, kata Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Ignatius Darell Leiking.

Katanya, penyertaan Douglas yang juga seorang peguam terkenal dibuat serentak dengan pengisytiharan Ibrahim Menudin menyertai KEADILAN Sabtu lalu.


“Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Harris Salleh di era pemerintahan Parti Berjaya,” katanya kepada Keadilan Daily.


Selepas negara gempar dengan pengisytiharan dua Ahli Parlimen keluar BN bulan lalu, dua lagi tokoh tempatan Sabah meninggalkan Umno dan menyertai KEADILAN.


Mereka ialah bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Ibrahim Menudin dan Yahya Lampong.


Ibrahim, seorang tokoh korporat terkenal di Sabah adalah antara pemimpin tempatan yang terlibat dalam membawa masuk parti itu ke negeri berkenaan.


Pengumuman itu dibuat di hadapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin utama parti di Kampung Tanjung Aru, Labuan.


Penyertaan Yahya pula diumumkan Anwar pada sambutan Hari Malaysia ke-49 di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran dan disaksikan 10,000 rakyat negeri itu.


Perkembangan ini tentunya memberi tamparan hebat terhadap Umno BN selepas Ahli Parlimen Beafourt, Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing mengisytihar sokongan kepada Pakatan Rakyat.


Mengulas lanjut, Darell berkata, penyertaan berterusan pimpinan Umno Sabah menyokong Pakatan Rakyat membuktikan parti BN bakal tenggelam pada pilihan raya umum ke-13.


“Jika pengasas Umno pun keluar parti, ini menunjukkan parti ini bakal ditolak rakyat termasuk ahli dan pemimpin mereka sendiri.


“Mesej yang disampaikan Ibrahim Menudin sangat penting, tinggalkan Umno kerana rasuah kian busuk dalam parti itu,” katanya.


Darell berkata, Ketua Menteri Sabah hingga kini juga terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa tapi dikekalkan oleh Najib .


“Mengekalkan pemimpin rasuah sangat memalukan. Saya seru ahli dan pemimpin Umno segera keluar dan bersama KEADILAN demi masa depan Sabah yang lebih baik.


“Pakatan menawar agenda lebih besar untuk rakyat melalui Buku Jingga,” katanya.JALAN PULANG 

Read more ...

JOHOR!!! Bakal jadi mimpi ngeri buat BN



Walaupun tanpa jaminan keselamatan kepada Pakatan Rakyat (PR), Johor tetap menjadi pusat kepada gelombang perubahan dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

"Keyakinan tersebut bukan sekadar berdasarkan kajian yang dibuat, tetapi diukur berdasarkan sambutan rakyat Johor kepada program-program PR.

"Itu keyakinan kita dan kita tidak beri keutamaan sama ada Menteri Dalam Negeri memberi jaminan keselamatan atau tidak," kata beliau.

Sebelum ini, ketika ditanya terhadap jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali bas jelajah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein berkata, "Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri". 

Menghuraikan lebih lanjut, Salahuddin berkata, sebelum ini pemimpin-pemimpin PR tempatan memberitahu, hendak penuh 50 meja pun susah kalau mereka anjurkan majlis makan malam.

"Tetapi baru-baru ini, 8500 orang telah membeli tiket bagi memenuhi 850 meja yang telah dijual oleh PKR negeri Johor dalam majlis makan malam anjuran parti itu di Skudai," katanya.

Begitu juga dengan sambutan kepada rumah-rumah terbuka Hari Raya yang diadakan oleh PAS, kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu lagi.

"Ada masanya, saya terpaksa menghadiri sehingga enam rumah terbuka Hari Raya yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di dalam PAS. 

"Dalam setiap majlis yang saya hadiri sambutan dan kehadiran masyarakat Cina dan India begitu memberangsangkan dan merupakan suatu fenomena yang tak berani hendak diimpikan oleh PAS di Johor dahulu.

"Sambutan masyarakat Melayu pula tentulah yang terbaik kini dan bukan lagi seperti dahulu di mana biasanya hanya puluhan orang sahaja yang hadir dalam program PAS di Johor," kata Salahuddin. 

Beliau menyatakan PR kini menambahkan sasaran sehingga 18 kerusi di Johor.

Sebelum ini PR mensasarkan 12 kerusi Parlimen di Johor, namun susulan pelbagai perkembangan menarik di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak, ia memberi impak baru yang membantu membantu PR di negeri itu, katanya. 

PR akan mencipta momentum baru di Johor, katanya lagi.

"Terdapat tiga atau empat Parlimen baru kita yang akan kita fokuskan. Yang sebelum ini Gred B kita angkat jadi gred A untuk diberi fokus untuk membawa harapan yang besar mencapai kemenangan," kata Salahuddin

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan Parlimen yang menjadi sasaran PR itu, dan sama ada ia ditandingi oleh PAS, PKR atau DAP.

Kerusi parlimen sulung Pakatan Rakyat di negeri itu adalah Bakri yang diwakili ahli parlimen dari DAP, Er Teck Hwa.

Negeri di selatan tanah air itu yang mempunyai 26 kerusi parlimen kini mensasarkan Kluang, Segamat, Muar, Batu Pahat, Gelang Patah dan Sembrong sebagai kerusi yang bakal dimenangi dalam pilihanraya umum akan datang.

Namun, bekas ADUN Pulau Manis, Mohd Ariff Sabri Aziz mendakwa Pakatan Rakyat boleh menang sehingga 14 kerusi parlimen dengan ramalan lebih banyak kawasan campuran akan dimenangi pakatan itu berdasarkan kajian semasa yang dilakukan awal bulan lalu.

Read more ...

Monday, September 17, 2012

MEMO BURUNG WALIT!!! Mai tengok Samseng Noh Omar mengamuk



puak Umno yang tiba - tiba mengamuk meragut banner -banner yang dibawa
penternak burung Walit

antara lebih 400 orang penternak burung walit yang hadir dari seluruh negara

Pada 15 September 2012, sekitar jam 11 pagi di Pekan Tanjong Karang, che'GuBard, Komrad Azhar (Penyelaras bersama SAMM Selangor) dan komrad- komrad SAMM Sg.Besar (team Utara Selangor) telah hadir di Pekan Tanjong Karang bersama YB Sue Lim serta lebih 400 penternak burung walit dari seluruh negara untuk menghantar memorandum bagi mengenengahkan isu yang berpanjangan dalam industri burung walit khususnya mengenai isu penghantaran / penjualan produk ke negara China.


Pagi yang sama juga secara tiba - tiba dibuat rumah terbuka hujung Syawal depan Pejabat Umno Tanjong Karang. Menurut salah seorang 'Tok Sidang' yang turut hadir majlis itu diadakan saat akhir mungkin kerana itu cara untuk mengumpulkan ramai orang Umno 'berkubu' depan pejabat sendiri dan juga akan diceritakan selepas itu kononya penternak burung walit yang hadir (kebetulan ramai orang cina) bertindak biadap serang majlis hari raya orang melayu. Sudah menbaca taktik ini kami hanya berkumpul di seberang jalan besar. Hanya wakil 6 orang dan hampir 10 pengiring sahaja dibenarkan melintas jalan rapat ke pejabat Umno.


Kehadiran kami disambut Noh Omar sendiri. Kami dijemput duduk. Saya duduk betul - betul di sebelah Noh Omar. Sebaik sahaja saya duduk dia terus tanya saya dan Yahya Shaari (PKR) dengan nada berbisik menyindir "kau orang ni tahu ke isu burung walit ni?"


Katanya lagi dari beribu sarang hanya ratus je daftar. Menurut dia PBT di Selangor pun nak saman dan minta kami agar tolong jangan saman. Cukup terkejut dengan seorang menteri apabila beliau berkata "kau tahu kenapa cina - cina ni tak nak daftar rumah burung....luar rumah burung tapi ada yang simpan dadah,senjata...macam-macam lagi itu sebab tak nak daftar dan bagi kita masuk 'check'.."

Rupanya isu rumah burung ini juga dalam kepala pemikiran Menteri turut dipandang dari aspek pemikiran perkauman yang tajam.


Majlis dimulakan seorang moderator bercakap keliling semua penyokong Umno bersorak, polis kelihatan bertindak profesional menjaga sekitar meja rundingan berlaku.Wakil penternak memulakan dengan membaca memorandum menjelaskan masalah. Kesian saya lihat wakil penternak itu memang diakui mutu bahasa kebangsaannya lemah sedikit tetapi ia bukan alasan penyokong yang ramai mengelilingi meja rundingan bawah khemah depan pejabat Umno itu menjerit menyindir.Ada yang dengan selamba bercakap "apalah cina ni nak cakap banyak ...cakap melayu pun gagap"


Selepas itu pembesar suara diambil alih oleh Noh Omar menjawab persoalan. Kami membiarkan dia bercakap lebih 30 minit. Bukan sekadar bercakap mengenai isu tetapi dia turut guna kesempatan itu hambur tuduhan dan sindir pakatan rakyat. Malah secara terang - terang dia marah penternak kerana jumpa DAP.


Bagi che'GuBard mudah penternak burung walit ada masalah yang lama tak selesai, mereka datang jumpa kami maka kami bawa mereka berjumpa Menteri Pertanian selepas dengar masalah mereka. Ini tidak salah sepatutnya menteri ucap terima kasih bukan tunjuk ego sombong. 


Kami bukan golongan datang mengamuk depan pejabat orang seperti mana mereka datang serang pejabat PKR. Kami bukan geng baling cat lari. Datang secara bertamadun untuk bincang selesai masalah rakyat. 

Oleh sebab itu kami beri Noh bercakap lebih 30 minit. Kemudian seorang wakil penternak bangun nak bercakap ramai mula bersorak, untuk tenangkan keadaan kami bincang YB Ng Sue Lim akan bercakap menjawab sindiran dan tuduhan liar Noh Omar dan che'GuBard akan bangun menggulung.

30 minit bagi peluang Noh Omar bercakap bila saya nak bangun bercakap
dia terus mengamuk tak tentu pasal


Namun bila YB Ng Sue Lim bercakap keadaan mula kecoh bukan sekadar penyokong Umno, Noh sendiri mula berdiri dan marah- marah. che'GuBard mula bangun nak bercakap, tolak menolak berlaku. Terus Ketua Polis Daerah muncul rampas microphone kami dan minta bersurai lalu iring kami ke seberang jalan.


Beberapa orang Umno juga berlari ke arah seberang jalan merentap beberapa banner yang dibawa dan lari semula ke khemah Umno.


Kemudian Noh tidak diam sahaja terus pula guna akaun twitternya menyerang dengan mengatakan kami penakut dan sebagainya. Hanya mampu tersenyum dan kesian dengan cara politik 'anak jantan ala Umno' bercakap di gelanggang sendiri lebih 30 minit merapu, bila orang mula nak menjawab dia terus meroyan.


Isunya tidak akan selesai selagi kita punya menteri yang ego dan sombong seperti ini.Kedahkini

Read more ...

KANTOI LAGI!!! Perhatikan betul-betul gambar majlis raya Najib di Pekan

Nampaknya syaitan yang dikenali buat onar lagi.

Semasa merasmikan persidangan tahunan Umno-APCO Pekan yang ketua bahagiannya kebetulan perdana menteri Najib, akhbar pencacai dari Kumpulan Media Prima, The New Straits Times didapati mengedit sekeping gambar yang dimuatkan di dalam laman webnya pada 16 September 2012 (semalam).


Gambar yang diedit ini kemudian dimuatkan dalam laman web akhbar berkenaan sebagai tajuk berita utama.


Dengan tajuk utamanya "Najib: United front crucial for Umno's success in polls", ternyata NST terang-terang membohongi pembaca akhbarnya!


Jika diperhatikan betul-betul gambar di atas, nyata dua imej yang sama diletakkan sebelah-menyebelah bagi menunjukkan kehadiran yang ramai sebagai latar belakang pergerakan Najib yang bersalaman dengan ahli sebenar semasa menuju ke dewan tempat persidangan diadakan, dan dengan tujuan yang sama menutup ruang kosong tersebut.


Dengan angkuhnya, Najib  berkata: "Tanpa mendabik dada dan angkuh, kita perlu bersyukur, rasa rendah diri bahawa kejayaan yangg dicapai selama ini adalah dengan izin Allah," katanya ketika berucap merasmikan persidangan perwakilan Umno yang kununnya dihadiri 932 perwakilan dari 145 cawangan di bahagian berkenaan.


(Imej lebih jelas sebagai perbandingan dengan gambar yang dimuatkan di laman web NST)

Dengan nada marah bercampur geram, Najib menempelak Pakatan Rakyat kununnya Pekan tidak membangun selama dia menjadi ahli parlimen selepas kematian bapanya yang juga perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein.

Tetapi dia lupa akhbar pengampu nombor satunya telah mengedit gambar persidangan tersebut tanpa pengetahuannya.


Nampaknya sekali lagi NST berjaya memalukan Najib dengan tindakan bodoh yang sememangnya mudah dihidu penyokong Pakatan Rakyat sebagaimana yang dilakukan sebelum ini oleh agensi berita nasional, Bernama yang turut mengedit gambar pengunjung rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri di Seri Perdana, Putrajaya pada 20 Ogos lalu.


JALAN PULANG

Read more ...

Sunday, September 16, 2012

GEMPAR!!! Siapa Exco Kerajaan N/Sembilan dari UMNO lepaskan tembakan ?


Sambutan Hari Malaysia ke-49 tercemar hari ini!

Seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan dari Umno-APCO hari ini didakwa melepaskan satu das tembakan ke arah seorang lelaki misteri di rumahnya di Seremban beberapa hari lalu.


Ketua Pemuda DAP yang juga ahli parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook menulis di laman Twitternya sebentar tadi mengatakan:


@anthonyloke
Dpt info seorang ahli EXCO NS melepaskan 1 das tembakan dirumahnya. Minta Polis NS siasat segera spt mana kes bodyguard DSAI"

Manakala di laman Facebooknya, Anthony menulis:


Saya mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan dari UMNO telah melepaskan satu das tembakan melalui pistolnya ke arah seorang lelaki misteri di rumahnya di Seremban dalam satu pergelutan beberapa hari yang lepas. Saya harap tidak ada usaha untuk "cover up" kes ini oleh pihak berkuasa dan siasatan terperinci mesti dijalankan serta merta. Kalau kes mengacukan pistol yang melibatkan bodyguard Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan perhatian serius oleh pihak polis, maka kes ini juga perlu disiasat dengan segera!


Terdapat 10 ahli Exco negeri yang kesemuanya dari Barisan Nasional (BN) dengan lapan daripadanya dari Umno-APCO, manakala masing-masing satu dari MCA yang diwakili ADUN Chennah, Siow Chen Pin dan ADUN Jeram Padang dari MIC, VS Mogan.


Anthony menggesa polis bertindak tegas ke atas exco berkenaan seperti mana yang dilakukan ke atas pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang yang mengacukan pistol tanpa melepaskan sebarang tembakan.


Ketua Polis negeri, Osman Salleh belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu dan masih menunggu laporan lanjut.


Sementara itu Menteri Besar, Mohamad Hasan yang juga bapa saudara Ketua Pemuda Umno-APCO, Khairy Jamaluddin enggan mengulas lanjut siapa yang terbabit dalam kejadian tersebut sambil menyerahkan kepada polis untuk menyiasat lebih lanjut.


JALAN PULANG

Read more ...

Saturday, September 15, 2012

MERDEKA DARI PENJAJAHAN UMNO!!! (Video) Rakyat Sabah mahu merdeka bersama Pakatan Rakyat

Himpunan di ambang Hari Malaysia peringkat negeri Sabah yang turut dirai bersama oleh para pemimpin Pakatan Rakyat bertempat di restoran Singgah Singgarung di Jalan Tuaran Kota Kinabalu malam tadi mendapat sambutan hebat di luar dugaan dari kalangan masyarakat Sabah. Kira-kira 20,000 hadir untuk bersama sama-sama menghitungkan detik 12:00 malam 16 September sempena hari ulang tahun penubuhan Malaysia ke 49.

Anwar sedang menyampaikan amanah.
Barisan pimpinan tertinggi PR.
Kalaulah majlis itu tidak diganggu mungkin jumlahnya berkali ganda. Pihak pengajur khabarnya telah tiga kali terpaksa mengubah lokasi kerana tidak mendapat kebenaran. Beberapa sekatan jalan raya untuk meuju ke lokasi itu juga diadakan bagi melecehkan perjalanan orang ramai.
  
Semua pemimpin Pakatan Rakyat hadir dan ia merupakan satu sejarah, sekaligus menjadi majlis malam tadi menyebabkan pimpinan Umno Sabah dibawah pimpinan Musa Aman akan menjadi tidak berapa aman lagi.

Belum pernah ada perhimpunan melibatkan pembangkang semeriah dan seramai itu di Sabah sebelum ini.

Sebahagian dari hadirin.
Kesesakan jalan raya kerana gangguan.
Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, hadir bersama timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang bersama timbalannya Mohamad Sabu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang bersama Setiasuaha Agungnya Lim Guan Eng. 

Lain-lain pemimpin Pas yang hadir Naib Presiden Pas, Husam Musa, Bendahari Agung Dr Mohd Hatta Ramli, Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali, Ketua Muslimat Siti Zailah Yusuf. Ketua Pemuda Pas Nasarudin Hassan bagaimana pun tidak kelihatan.

Pemimpin PKR lain yang hadir Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail, Khalid Ibrahim, Abdullah Sani dan lain-lain.

Bendera Pas melatari himpunan.
Selain itu semua pemimpnan tertinggi dari ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat peringkat Sabah itu hadir.
Majlis malam tadi adalah anjuran tokoh politik Umno Sabah tidak asing lagi yang baru meninggalkan parti itu, Lajim Okim. 

Program itu juga turut sama dihadiri bekas timbalan presiden OPKO yang menyertai Pakatan Rakyat, Wilfred Bamburing, dan beberapa yang lain. 


Husam Musa antara pemimpin Pas yang sampai awal.
Walaupun majlis malam tadi agak terganggu kerana angin dan hujan di namun orang ramai terus berada dalam majlis berkenaan. Sikap ini menjelaskan orang ramai yang hadir benar-benar ingin menyatakan perasaan masing-masing yang tidak senang dengan kerajaan Sabah hari ini.

Beberapa orang pemimpin turut berucap menyegarkan semangat sambutan hari Malaysia ke 49 itu; antara Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang, Khalid Ibrahim, Pengerusi Pas Sabah Ustaz Halim selain tuan rumah Lajim Okim.

Menafsir himpunan malam tadi ia bakal menjadi pencetus rasmi kepada gelombang kebangkitan rakyat Sabah untuk menumbangkan kerajaan UBN. Lebih separuh yang hadir terdiri dari kaum bumiputera bukan Islam dan orang Cina.

Seorang pemimpin DAP dari Libaran ketika bebual dengannya memberi tahu dalam pengetahuannya inilah himpunan terbesar Pakatan Rakyat di Sabah yang dihadiri oleh semua pucuk pimpinan.

Menurutnya rata-rata dan di mana-mana saja di Sabah hari ini orang sedang memperkatakan perubahan dan mahu tukar kerajaan UBN. “Dalam kajian saya secara peribadi 20 yang saya tanya rakan Cina dari berbagai profesyen, 19 mereka mahukan kerajaan UBN ditukar dan diganti dengan Pakatan Rakyat,” katanya.

 “Saya yakin kerajaan BN akan bertukar dalam pilihan raya akan datang,” katanya sambil membandingkan dengan gelombang semasa rakyat bangkit bersama PBS ketika hendak menjatuhkan kerjajaan Berjaya dahulu tidak sekuat hari ini.

Serorang pemimpin kaum Kadazan-Dusun menyetujui pendapat itu dengan mengatakan, gelombang kali ini lebih besar dan yang bakal mencatatkan sejarah baru di Sabah.

“Saya tidak mahu cakap banyak tetapi kalau melihat kepada kebangkitan orang ramai seolah-olah kerajaan UBN akan jatuh pada bila-bila masa saja.

“Dulu rakyat masih berasa malu mata kepada UBN dan ada yang takut tetapi hari ini semua sudah berani. Sebagai bukti lihat mereka yang datang hari ini, mereka tidak takut lagi..” sambugnya.

Mereka yang hadir juga juga seronok dan tertarik dengan beberapa perkara yang disentuh oleh para pemimpin dalam ucapan mereka. Lim Guan Eng yang turut berucap memberi sekurang-kurang tujuh janji kepada orang Sabah untuk dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat menang.

Manakala Abdul Hadi dengan penuh sentimental memohon maaf kepada rakyat Sabah kerana telah diabaikan oleh kerajaan BN. “Saya pohon maaf kerana kesilapan dulu,” katanya menyebabkan sebahagian sedikit hadirin terkaget.

Menurut Abdul Hadi rakyat tidak maju dan ketinggalan berbanding dengan negeri-negeri lain walaupun ia memiliki pelbagai sumber ekonomi ialah kerana BN yang mengabaikannya.

“Apa-apa kekayaan disesebuah negeri itu harus dibelanjakan untuk kegunaan negeri berkenaan sebelum ia diagih kepda kawsaan lain. Misalnya kekayaan Sabah ini hendaklah diagih di Sabah ini,” ujarnya disambut dengan laungan takbir.

Pernyataan Hadi itu menjelaskan akan keadilan Islam yang diperjuangkan oleh Pas selama ini. Pernyataan itu juga sekaligus dapat menyapu kekeliruan sesetengah pihak yang kabur mengenai bentuk atau prinsi-prinsip pemerintahan Islam yang adil dan saksama. 

MSO

Read more ...

PENGOTOR!!! Blogger UMNO menjijikkan jilat ludah dan muntah balik

Double standard oleh totok umno. 

Ada satu blog umno puji kesopanan kate masuk masjid dan cerca pakatan rakyat yang masuk masjid. Aku rasa otak dia mesti senget dan neuron2 dalam otak dia da semakin rosak sebab dia tak boleh berfikir dengan betul.

Pada tahun lepas, elizabeth wong berada di perkarangan masjid dalam satu majlis keraian bersama penduduk islam di satu kawasan di selangor. Dia berpak
aian lengkap cuma takde selendang tak silap aku. Seluar dan baju lengan panjang.

Blogger umno telah mengherdik pas dan berhujah dengan dalil Alquran bahawa perlakuan elizabeth wong itu haram n blablabla.

Sebelum itu adun dap yang pompuan tu teo nie ching ke apa nama dia aku lupa, masuk masjid dengan berbaju kurung dan berselendang. Itu pun umno marah dan cakap macam2 siap berdemo dan masuk news media arus perdana. Sekali lagi dalil Alquran digunakan, konon nya pas da jauh tersasar dan tersesat. 

Bahkan najib dan muhyiddin pernah respon terhadap isu yang sama. Padahal kita tahu teo nie ching cuma sampaikan kata2 aluan dan penghargaan dan berharap penduduk boleh share masalah setempat dengan dia utk dia pertimbangkan langkah selanjutnya.

Tapi respon dari umno amatla mendukacitakan. Mereka jadikan masjid hak esklusif untuk umat islam semata2. Meskipun kita tahu, itu bukanlah perkara yang benar. 

Tapi yang aneh, mulut yang pongpang2 marahkan pemimpin dan wakil rakyat pr yang masuk masjid ialah mulut yang pelawa kate n william ke masjid semalam.

Apa beza antara mat saleh dengan orang cina? Apa beza antara kate, william dengan mp dap? Kesemua mereka ialah orang bukan islam juga. Kesemua mereka tak penuhi protokol aurat juga. Tapi kenapa mp dap dilayan macam buat kesalahan besar tetapi tidak pada kate?

Inilah double standard. Asal pr seme haram, sesat, yahudi, kristian, komunis, dajal. Asal umno seme pun boleh, even umat islam macam anak mahathir jual arak pun oke.

Kah kah kah

Dan sekali lagi, aku recall memori penyokong2 umno di dalam page neh. Hayati kata2 bloggers umno GAPS mengenai orang bukan islam yang masuk masjid ==> apa jaminan teo nie ching BERSIH untuk melayakkan dia masuk masjid ? tak pakai tudung,pakaian ketat silap aribulan datang bulan ? apatah lagi kalau kaki seks bebas macam elizabeth wong ? sundalan punya pas, kalau nak undi pun takkan sampai tahap gila babi macam ni !

KATE dan William bukan kaki seks bebas ka?

Wakakaka

LUE BUKAN JILAT BALIK LUDAH LUE, BAHKAN DENGAN MUNTAH2 LUE TERPAKSA TELAN BALIK. PADAN MUKA. LUE DAPAT APA YANG LUE BUAT KAT ORANG DULU. RASAKAN.


http://amenoworld.blogspot.com/2012/09/hot-kate-and-william-cemarkan-kesucian.htm

Read more ...

BOLEH PERCAYA KE?!!! Pencacai UMNO kencing gambar pemimpin Pakatan sudah ditahan


KUALA LIPIS - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan penahanan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Penahanan itu dilakukan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bagi melengkapkan siasatan berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu.


"Tangkapan ke atas mereka terlibat sudah dibuat, siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM. -
BERNAMA

BOLEH LETAKKAN KEPERCAYAAN KE KATA-KATA MENTERI INI YANG SEMALAM BERKATA TIADA JAMINAN DIBERIKAN KEPADA KESELAMATAN PARA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT KETIKA MEMBUAT JELAJAH MERDEKA RAKYAT MENUJU KE PUTRAJAYA DENGAN MENAIKI BAS.OMAK KAU

Read more ...

TERKINI!!! Bekas Naib Presiden Perkasa keluar UMNO sertai PKR



TUARAN 15 Sept: Kurang 24 jam penyertaan bekas Bendahari Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin ke KEADILAN, Naib Presiden Perkasa, Datuk Yahya Lampong pula  melakukan tindakan sama.

Pengisytiharan Yahya keluar Umno dan menyertai KEADILAN dibuat pada majlis sambutan Hari Malaysia ke-49 anjuran Pakatan Rakyat di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran, Sabah.

Ia menjadikan sekurang-kurangnya empat pemimpin terkenal BN Sabah meninggalkan regim itu dalam tempoh hanya sebulan, menjadikan mereka semakin goyah.


Pengisytiharan dibuat depan pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan disaksikan kira-kira 10,000 rakyat Sabah.

Yahya sebelum ini pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Tanjung Aru pada 2001 dan Yang Di-Pertua Perkasa Sabah yang pertama.


Beliau juga pernah menyertai Parti Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (Bersekutu) untuk tempoh singkat pada 1999.


Selain itu, Yahya adalah Pengerusi kilang simen CIS yang beroperasi sejak April 2009 di Teluk Sepanggar, Sabah./KeadilanDaily

Read more ...

MAI TENGOK!!!Muka-muka 'Tembok' Samseng Taik Minyak yang cuba halang Jelajah Anwar di Johor



Dimanakah tanggungan anggota polis yang mengawal keselamatan dalam negeri,,, lebih malang lagi bila menteri yang mengawal selia polis sendiri seolah-olah memberi jawpan yang anggota polis itu hanya menjaga keselamtan pemimpin UMNO sahaja... 

Gaji dan elaun semua kakikatangan polis tu dibayar dari duit kocek tabung UMNO agaknya...


Moga-moga dengan apa yang berlaku seperti didalam video dibawah ini akan membuat pengundi Johor berubah,,, jangan lagi undi UMNO.. 



Read more ...

TERKINI!!! Tan Sri Ibrahim Menudin keluar UMNO sertai PKR


LABUAN 15 Sept: Bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Tan Sri Ibrahim Menudin yang turut terlibat dalam membawa masuk parti itu ke negeri berkenaan, hari ini membuat pengumuman menyertai KEADILAN.

Ia dibuat depan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin utama parti itu pada satu majlis Kampung Batu Arang di sini, kira-kira jam 3.30 petang ini.

Pengumuman itu pasti memberi tamparan hebat terhadap Umno BN selepas Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing mengisytihar menyokong Pakatan Rakyat.

Ibrahim adalah Penasihat Khas kepada Ketua Menteri Sabah antara Februari 2002 hingga Mac 2004 dan kini, adalah Pengerusi Suria Capital Holdings Berhad, Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah dan Pengerusi Amanah Perbualan Borneo.


Beliau juga adalah Pengarah Bebas Bukan Eksekutif untuk Sapura Kencana Petroleum bermula 9 Mac 2012 dan Lembaga Pengarah SapuraCrest sejak 22 November 2007.


Ibrahim memulakan kerjaya di Perkhidmatan Awam Negeri Sabah sebagai Ketua Akauntan Sabah dari 1976 hingga 1979.


Pada 1980, Ibrahim menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Dana Pelaburan Bumiputra Sabah sehingga 1985.


Beliau pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Sabah Gas Industries Sdn Bhd, Timbalan Pengerusi Sabah Forest Industries Sdn Bhd dan Ahli Lembaga Kerajaan perbadanan yang terlibat dalam kewangan, perhutanan, pembuatan, perladangan, hotel dan pembangunan hartanah.


Ibrahim juga pernah dilantik sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC) dari Mac 1986 hingga 31 Oktober 2001.


Beliau merupakan Pengerusi Malaysia Smelting Corporation Berhad dari Oktober 1985 hingga Oktober 2001, selain menjadi Pengerusi Borneo Conservation Trust (BCT) sejak 30 November 2009 ~
KeadilanDaily

Sebelum itu, Ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang dalam Twitternya turut berkata kehadiran Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sabah hari ini turut disambut oleh Ibrahim di Lapangan Terbang Labuan dan mereka turut makan tengahari bersama di The Waterfront Labuan.


Sumber gambar dari ( SINI ) ASD

Read more ...

CUBAAN HALANG ANWAR DI LABUAN!!!! Ada kaitan dengan pengumuman penting menakutkan Najib di Sabah


Ketibaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ke Wilayah Persekutuan Labuan sebentar tadi disambut dengan cara paling 'berhemah' atas arahan Perdana Menteri, Najib .

Dengan memperalatkan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), rombongan Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat lain terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang luar biasa yang belum pernah berlaku sebelum ini di pulau bebas cukai itu.


Menurut Naib Presiden PKR, Tian Chua, konvoi Anwar terpaksa menempuh kesesakan sejauh lebih dua kilometer gara-gara polis membuat beberapa sekatan jalan raya menghala ke tapak ceramah di Markas Pakatan Rakyat di Jalan Kerupang, Kampung Tanjung Aru.


Anwar yang tiba dari Kuala Lumpur jam 1240 tengah hari tadi disambut meriah penyokong Pakatan Rakyat serta kakitangan lapangan terbang sebelum dibawa menaiki kenderaan ke tapak ceramah.


Perjalanan yang kebiasaannya cuma memakan masa kurang setengah jam kini terpaksa menempuh sekatan polis dan akibatnya kenderaan biasa pun tersangkut selama lebih sejam.


Turut terperangkap dalam kesesakan lalulintas itu ialah Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw dan ahli parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli.


Dipercayai ia kali kedua cubaan Najib menghalang kemasukan Anwar ke Labuan setelah cubaan pertama berjaya dengan helah keadaan cuaca buruk di Labuan memaksa penerbangan Anwar dilebcongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinalbalu pada awal Julai lalu.


Ia juga dipercayai bagi menghalang ribuan penduduk tempatan hadir ke ceramah terbesar dalam sejarah pulau yang mempunyai keluasan seluas 98 kilometer persegi itu sejak diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan kedua selepas Kuala Lumpur pada 16 April 1984.


JALAN PULANG


Pengumuman Penting Jam 3 Petang Dari SABAH!



Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebentar tadi memberitahu bahawa satu pengumuman penting mengenai perkembangan terbaru politik di negeri di bawah bayu akan dibuat pada jam 3 petang ini.

Ia dipercayai berkaitan dengan beberapa lagi ahli parlimen Barisan Nasional (BN) yang dijangka akan keluar dari parti tersebut menjelang perayaan Hari Malaysia ke-49 yang akan disambut esok.


Sumber memberitahu bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang dalam perjalanan ke Labuan dari Kuala Lumpur akan menyaksikan peristiwa tersebut yang dijangka akan diadakan di Markas Pakatan Rakyat di Jalan Kerupung, Labuan petang nanti.


Kini Azmin berada di Labuan menunggu Anwar yang dijangka tiba bila-bila masa dari sekarang.


Turut dijangka hadir Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, Naib Presiden PKR, Tian Chua, Naib Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw, Dr Hatta Ramli dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Sabah dan Sarawak.


Semalam, beberapa pembantu Azmin dihalang dari memasuki Sabah setelah notis larangan memasuki negeri itu diberikan, dipercayai bagi menghalang usaha tersebut dari terjadi.


Antara nama-nama yang disebut-sebut bakal keluar adalah ahli parlimen Kalabakan, Abdul Ghapur Salleh serta bekas Ketua Menteri Sabah, Osu Sukam.


Dipercayai Perdana Menteri Najib Altantuya sudah mengetahui perkembangan terbaru ini di mana kini berusaha bersungguh-sungguh agar peristiwa dua ahli parlimen BN yang keluar iaitu Lajim Ukin dan Wilfred Mojilip Bumburing tidak lagi berulang.


Najib Altantuya dijangka berada di Sibu, Sarawak malam esok bagi perayaan Hari Malaysia.


Nantikan pengumumannya jam 3 petang nanti.


JALAN PULANG
 

Read more ...