Wednesday, December 19, 2012

KAUT UNTUNG PELAJAR!!! Najib, Muhyiddin gadai masa depan 7,000 graduan pendidikan IPTS

PETALING JAYA 20 Dis: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertaruh masa depan 7,000 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) demi mengaut keuntungan daripada pelajar, sedangkan kursus tersebut gagal menawar peluang pekerjaan kepada mereka.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, dari jumlah itu, 2,000 graduan tersebut adalah daripada Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak) yang dipengerusikan oleh Najib.

Beliau berkata, seluruh graduan tersebut masih menganggur menyebabkan mereka tidak mampu membayar hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Read more ...

KEBERANIAN MENYATAKAN KEBENARAN!!! Presiden Mursi menjadi orang ke 4 paling berpengaruh di dunia

Al-ikhwan.net -
Presiden Mesir, Dr Muhammad Mursi menduduki kedudukan ke-4 orang yang paling berpengaruh di dunia versi Majalah Time.

Majalah Time menyatakan bahawa Mursi adalah presiden pertama dari kalangan awam yang dipilih terus oleh rakyat secara demokratik di Mesir. 

Read more ...

TIKAM PETUGAS PR!!! Betulkah Mamat ini bekas polis atau masih anggota polis?

Dorang cakap bekas polis. Aku tak pasti mana dorang dapat info tue tetapi kalau ko rujuk facebook dia, tak nampak macam dia tue bekas polis pun. Dia still menggunakan nama sebagai inspektor dan masih lagi mengakui kerja di bukit aman. 
Lihat facebook dia disini ;



Paling terbaru dia update ialah 10 december. Kalau ikut info yang tersebar ;

Nama dia Herry. duduk berhampiran dengan kawasan kejadian. baru berusia dalam 22-23 tahun. budak lagi. pernah kerja polis tapi dibuang akibat kes rasuah dan salah laku. abang dia pula org kuat kepada ketua pemuda UMNO gombak, megat zulkarnain omardin.

Sumber : sini.

Read more ...

BN MENANG 154 KERUSI!!! Najib jadi khayal dengan buaian angka War Room UMNO

http://www.gwgf.org.my/v2/images/lofthumbs/210x100/images/stories/berita/najib.jpgKetika ini semua pihak sibuk membuat ramalan, andaian serta kajian tentang siapakah antara BN dan PR yang dijangka akan memenangi pilihanraya umum akan datang ini dan seterusnya berjaya menubuhkan kerajaan. 

Pusat-pusat kajian, universiti dan kalangan pensyarah pula turut tampil dengan pelbagai teori dan pandangan mengenai siapa yang dijangka kalah dan siapa yang dijangka menang.

Merdeka Center dalam kajian terbarunya menunjukkan populariti Najib hanya meningkat 1 peratus kepada 65 peratus selepas pembentangan Belanjawan 2012 yang dianggap banyak pihak sebagai belanjawan paling pemurah dengan taburan gula-gula dan pemberian wang saku secara langsung kepada rakyat.

Read more ...

BLOGGER UMNO!!! Dalang sebar fitnah insiden Sg. Petani


KUALA LUMPUR 19 Dis: Umno menerusi bloggernya paling berperanan memainkan sentimen perkauman dalam insiden Sungai Petani, Kedah kononnya untuk menyatupadukan orang Melayu, kata Datuk Johari Abdul.
 
Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengulas khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah tersebut.
 
Jelas Johari, ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan samseng tetapi berita itu sengaja disebar oleh Umno melalui media sosial seperti facebook, twitter dan sistem pesanan ringkas (SMS) dan menyatakan insiden berkenaan merupakan pergaduhan antara kaum.

Read more ...

Tuesday, December 18, 2012

BANTAHAN PEMUDA UMNO KEDAH!!! 20 OOO bantah projek pembalakan di Kedah


Kira-kira 20 ribu (20.000 orang) Pemuda Kedah berhimpun di tempat letak kereta Wisma Darul Aman membantah projek pembalakan yang dijalankan di negeri ini sekarang.

Menurut Ketua Pemudanya yang juga merupakan orang kuat Khairy Jamaludin iaitu Encik Badrul Hisyam Hashim, akibat kegiatan pembalakan maka banyak sungai-sungai tercemar. 
 
Bagimanapun beliau terlupa untuk menyebut bahawa sungai-sungai tu dah tercemar sejak zaman BN memerintah Kedah lagi.

Read more ...

MALAYSIA PALING RASUAH!!!! Indonesia, US, China, Singapura pun kalah

Malaysia Negara Paling Rasuah di Dunia (Bisnes) : Indonesia, US, China, Singapura Pun Kalah!

Tertunggu juga kami dibuatnya…kalau-kalau Utusan Malaysia, Berita Harian ataupun Buletin Utama TV3 ataupun televisyen milik kerajaan RTM ada menyiarkan laporan berita ini atau tidak. 


Malangnya, selepas beberapa hari berlalu ia masih tidak disiarkan. Mungkin mereka ada berita yang lebih penting daripada laporan The Wall Street Journal ini sehingga slot berita mereka sarat dengan “pengisian” yang lain….


Jikalau K. Rajagopal ada pernah mengatakan ranking bola sepak Malaysia pada ranking FIFA tidak penting, harap-haraplah pendapat sebegitu tidak keluar untuk ranking di bawah ini..

Read more ...

TEMBELANG PENCACAI PECAH!!!! Insiden di Sungai Petani tiada kaitan dengan kebencian kaum Melayu ke atas kaum India juga sebaliknya


Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang bertindak menyebar khabar angin kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS). 

Timbalan Ketua Polis Kedah, Abdul Ghafar Rajab menafikan perkara tersebut dan menegaskan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pihak yang  menyebarkannya kerana tindakan itu satu kesalahan.

“Sehingga kini, hasil siasatan dan risikan polis mendapati insiden awal pagi 16 Disember di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Read more ...

KES POLIS WANITA & RUSUHAN!!! Jangan termakan umpan fitnah yang ditabur blogger UMNO


Tidak dapat dinafikan, kejadian yang sengaja digembar-gemburkan beberapa blog Umno kunun berlaku 'rusuhan' di Sungai Petani, Kedah sebenarnya hanyalah sekelumit daripada kisah bohong yang mula berlegar di alam maya terutamanya menjelang pilihanraya umum kurang empat bulan dari sekarang.

Tidak lupa, beberapa blog Pakatan Rakyat juga 'terpedaya' dengan satu kenyataan terbuka 'seorang anggota polis wanita' yang kononnya dipaksa bertukar ke Borneo semata-mata pendirian politiknya berbeza dengan rejim pemerintah, seharusnya wajar diambil berat.

Dalam keghairahan menyiarkan berita terbaru dan panas, ada kalanya aspek kesahihan maklumat itu sendiri wajar diperhatikan bagi mengelakkan salaha faham ssterusnya menjadi peluru buat musuh untuk menyerang kembali.

Read more ...

NAJIB KENA JELASKAN!!! RM196.8 bilion aliran wang haram


KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menegaskan Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab menjelaskan bagaimana hampir RM200 bilion wang kotor mengalir keluar dari negara ini pada tahun 2010 yang meletakkan negara ini di tempat kedua di belakang kuasa ekonomi Asia, China, dalam pengaliran modal global.

“Jika beliau tidak dapat menjelaskan kedudukan isu dengan telus dan jujur dan tidak mampu mengambil  tindakan mengatasi jenayah ini maka menteri tersebut wajar meletakkan jawatan,” kata Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid (gambar).

Ini, ujarnya adalah suatu kepincangan yang sangat besar untuk diketepikan tanpa pertanggungjawapan  penuh daripada Menteri Kewangan.

Read more ...

LAKSANA AES!!! Peguam Negara patut letak jawatan


KUALA LUMPUR: Penasihat Undang-undang Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff menggesa Peguam Negara, Tan Sti Abdul Gani Patail segera meletak jawatan kerana gagal memberi nasihat dari sudut perundangan berhubung pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES).

Beliau yang dihubungi menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Peguan Negara yang mengarahkan semua prosiding kes saman melalui AES digantung jelas membuktikan pelaksanaan tergesa-gesa sebelum ini hanyalah sekadar untuk mengaut keuntungan semata-mata.


"Melihat kepada kenyataan Peguam Negara semalam membuktikan pelaksanaan AES ini tidak dirujuk sepenuhnya melalui sudut perundangan.

Read more ...

MAI TENGOK!!! Inikah Individu yang cetuskan ketegangan guna kerambit ?

Berikutan video serangan samseng umno, kami sudah mengenal pasti individu ini, serangan di Jelajah Merdeka Rakyat Gombak


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqRRyqtpDQwphQAhkPDa6eH29v1BMgy7OEDPtcOM_pUytc-hhOolpFLCX9ig7g6FcKfFN2roADCuasP6hBdaC9kNVpeZFArWxdOk24B-n2qpKaTyJSKb69q32PqQCQg6MwJlGStBgh0Xg/s1600/pencacai+umno+digombak8.jpg #TumbangBN sehingga kini polis di raja malaysia masih lagi belum mampu menangkap individu yang menggunakan kerambit dalam mencederakan seorang lelaki yang datang ke siri Jelajah Merdeka Rakyat di gombak tempoh hari.



di sini kami menyediakan secara umum tubuh ahli umno ini siap dengan agak detail untuk pihak polis mengesannya dan seterusnya membawa ahli umno ini ke muka Hishamuddin Hussien atau Musa Hassan atau Ghani Patail untuk di bolehlandkan.

Read more ...

TULISAN BANGANG!!! Zam cemari maruah bangsa, negara

Sebagai penyokong totok Mahathir, Zainudin berharap penulisannya itu akan membantu Umno mengekalkan kuasa dalam PRU 13 nanti.

Oleh Saifudin Nasution Ismail

Tulisan Zainudin Maidin atau juga dikenali sebagai Zam bertajuk ‘Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim’ (UM 10 Disember 2012) selayaknya dibakulsampahkan jika Editor UM wartawan yang berintegriti, peka dan tajam pemikirannya.

Bukan saja faktanya salah, malah tulisannya juga tidak beretika, berniat jahat dan sarat dengan fitnah. Lebih memalukan lagi, Zainudin adalah bekas Ketua Pengarang Utusan dan mantan Menteri Penerangan.

Read more ...

BEKU SAMAN AES!!! Bayar balik wang 10 000 penguna yang sudah membayar

Jabatan Peguam Negara beku saman AES

 Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dibekukan untuk mengkaji isu perudangan yang dibangkitkan.

Kenyataan yang dikeluarkan AGC hari ini selepas rungutan pelbagai pihak terhadap AES yang sudah mengeluarkan hampir 300,000 saman sejak ia dimulakan pada 23 September lalu.

“Semua prosiding berkaitan saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) diarah ditangguhkan sementara sehingga beberapa isu bersifat undang-undang dan teknikal diselesaikan.

Read more ...

BONGKAR!!! Bekas Pegawai Tinggi Polis memiliki 10 biji rumah antara RM 25 000 hingga RM 400 000

PETALING JAYA 18 Dis: KEADILAN hari ini bongkar pemilikan aset bekas pegawai tertinggi polis pada 1999, berupa 10 unit rumah persendirian di sekitar Kuala Lumpur.

Dedah Pengerusi Biro Kepenggunaan, Yahya Sahri, aset-aset yang tidak diisytiharkan tersebut, antaranya kondominium bernilai RM400,000 dan pangsapuri kos rendah sekitar RM25,000.

“Aset-aset tersebut atas nama bekas pegawai polis itu dan isterinya. Pendedahan saya ini meliputi harta beliau di Kuala Lumpur sahaja, tidak termasuk Melaka,” katanya sambil memberi pembayang, pegawai berkenaan berasal dari Melaka.

Read more ...