Saturday, January 5, 2013

POLL TERBARU BN SELANGOR!!! Keputusannya menyebabkan pemimpin UMNO terkejut BERUK



Selepas penganjuran Karnival Sayangi Selangor oleh UMNO/BN Selangor yang dikepalai oleh Zin Badak, maka satu survey diadakan untuk mendapat maklum balas dan reaksi dari rakyat siapa yang mereka akan memberikan sokongan pada PRU 13 nanti, dengan mengajukan soalan berbunyi:..' DIANTARA PR DAN BN, YANG MANA SATU ANDA YAKIN BANYAK MEMBANTU RAKYAT'

Punyalah terkejut beruk UMNO Selangor bila dapati jauh berganda lebih ramai rakyat memberikan sokongan padu kepada Pakatan rakyat untuk menerajui negara ini.

Read more ...

NAJIB MASAM MUHYIDIN SENYUM!!! Apa hubungan Mahathir dan Deepak?


Sejak Deepak Jaikishan muncul sebagai tajuk sensasi berita dan mengaitkan Najib serta Rosmah dengan pelbagai dakwaan, perkara yang menjadi persoalan umum mengenai usahawan karpet itu ialah dia dilihat bukan saja begitu berani tetapi seolah-olah kebal daripada sebarang tindakan undang-undang.

Dia sudah membuat pelbagai dakwaan terhadap Perdana Menteri dan Rosmah. Daripada mendakwa memberi sejumlah wang kepada Najib, yang tentunya bermaksud seorang Perdana Menteri menerima rasuah daripadanya, menuduh Najib terlibat dalam akaun bersumpah kedua P Balasubramian untuk menafikan akuan bersumpah pertama yang mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya sehinggalah kepada pelbagai dakwaan lainnya sama ada berkaitan Najib mahupun Rosmah, Deepak dilihat amat bebas untuk bercakap apa saja.

Read more ...

BERSIH RUMAH BANJIR!!! Rosmah nak berlakun la pulak.....


BIAR GAMBAR BERBICARA!!!!!!

Omakkau dapat rakaman gambar ini dari akhbar berbahasa Cina, China Press dimana Rosmah Mansor kelihatan seolah-olah sedang mencuci rumah salah seorang rakyat yang dilanda banjir.

Lihat, fikir dan nilai.

Nampak sangat Rosmah Mansor berlakun nak ambil dan pikat hati rakyat tetapi tak kena gaya.

Read more ...

PADAN MUKA!!! Video ahli politik kerajaan dipukul orang kampung kerana merogol, Samseng Taik Kucing pun tak mampu menghalang......



Bikram Singh Brahma ditampar oleh penduduk kampung.


Video yang memaparkan seorang ahli politik terkemuka India dipukul oleh penduduk kampung selepas didakwa merogol seorang wanita di rumahnya pada jam 2 pagi tersebar di Youtube.


Ahli Kongres, Bikram Singh Brahma daripada parti yang memerintah Wilayah Assam didakwa merogol seorang wanita di Kampung Santipura di daerah Chirang sebelum ditangkap oleh penduduk kampung tersebut.


Read more ...

Friday, January 4, 2013

TIADA AIR!!! Berlaku di Selangor SYABAS sabotaj, berlaku di Pekan syabas Najib

Masalah Air Di Parlimen Pekan Amat Kritikal


Beberapa informasi yang diterima daripada mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkaitan isu utama mereka kini iaitu masalah bekalan air yang tidak mencukupi di Pekan.“Masalah ini berlarutan adalah berpunca daripada tekanan air yang rendah,” kata Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Mohd Syahid Mohd Zaini.
Katanya, akibat daripada itu, mahasiswa UMP Kampus Pekan yang mempunyai kapasiti pelajar sekitar 2,000 orang terpaksa berkongsi sumber air yang sama daripada tangki yang berada di Kuala Pahang yang turut sama disalurkan kepada masyarakat sekitar.

Read more ...

UMNO BERGOLAK!!! Ketua UMNO Bahagian didesak letak jawatan


UMNO BAHAGIAN PENGKALAN CHEPA BERGOLAK TERUK!!!!

Hari ini satu demo telah dikatakan didepan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa oleh beberapa ketua-ketua Cawangan UMNO dalam Bahagian Pengkalan Chepa mendesak agar Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa merangkap Ketua Penerangan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Dali Hussin meletakkan jawatan segera.

Mereka sepakat menolak usaha untuk beliau dijadikan calon "DEMI MENYELAMATKAN UMNO BAHAGIAN PENGKALAN CHEPA".

Read more ...

NAJIB TIDAK MUNCUL!!! Kuku Muhyiddin sudah mula mencengkam

Wow, terkejut saya apabila melihat artikel yang diterbitkan oleh agensi berita rejim Barisan Nasional (BN), siapa lagi kalau bukan Bernama yang mengumumkan secara rasmi lawatan sehari timbalan perdana menteri, Muhyiddin Yassin ke Perak esok.

Rasanya belum pernah dalam sejarah seorang timbalan perdana menteri mendapat liputan berita lebih-lebih lagi kenyataan media yang dikeluarkan pejabatnya sendiri.

Read more ...

BUKTI TERBARU!!! UMNO busuk perut bila terdesak, perut ayam jadi sandaran


KUALA LUMPUR 4 Jan: Cemas sejuta rakyat membanjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari (HKR 112) punca pihak tertentu melemparkan sisa sembelihan ayam di Dewan Dato’ Fauzi, Sekinchan Selangor pagi tadi.

“Ini pasti kerja orang yang takut menjelangnya hari kebangkitan rakyat. Sedikitpun kita tak lemah,” kata Anggota Jawatankuasa HKR 112, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard sambil menyifatkan ia tindakan panik pihak terdesak.

Read more ...

Thursday, January 3, 2013

PROJEK ENTAH DI MANA?!!! Ketua Wanita UMNO Selangor sudah dibayar RM130 Juta


Senator Datuk Seri Raja Ropiaah Abdullah mungkin sudah selesai dalam kes saman undang-undang beliau dan menjual tanah yang menjadi rebutan kepada Boustead Holdings Bhd (BHB), akan tetapi persoalan kekal sama ada firma ketua Wanita Umno Selangor itu sudah menyiapkan bangunan pendidikan pertahanan bernilai RM100 juta itu kepada kerajaan.

Pecah tanah projek Pusat Pendidikan Pertahanan Negara atau Puspahanas sudah dilakukan pada 21 November 2008 tetapi lokasi sebenar bangunan masih kekal misteri, dengan titik di atas peta yang menunjukkan tempat letak kereta berhampiran Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi di Presint 1, Putrajaya.

Read more ...

INILAH JADINYA!!! Bila jutawan Jackpot jadi cybertrooper kempen untuk UMNO..


Di bawah ini adalah posting terbaru seorang jutawan Jackpot bergelar Dato’ yang telah mempertikaikan manifesto Pakatan Rakyat yang dikeluarkan PAS kawasan Larut di laman fb nya


Silap dia,kalau ye pun nak jadi cybertropper,bukalah akaun lain yang tdk mendedahkan identiti sebenar..
 
Tambah2 pulak posting tersebut dibuat dalam group fb yg di dalamnya terdapat banyak penyokong2 PR yang tau tentang latar belakangnya.
 

Read more ...

PAPA GOMO PUNYA ANGKARA!!! Zahid Hamidi kena Sapina, mana mau lari....

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah mengeluarkan sapina kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) agar datang ke mahkamah 6 Januari ini.

Sapina itu dikeluarkan oleh mahkamah atas permohonan Datuk Husam Musa yang menyaman blogger Papa Gomo.

"Mahkamah telah meluluskan permohonan saya untuk sapina Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Ini kerana, Ahmad Zahid kenal siapa Papa Gomo ini apabila beliau membenarkan blogger ini memasuki kapal selam Scorpean sebelum ini," kata Husam kepada Harakahdaily.

Read more ...

UMNO BEDEBAH!!! Duit pampasan buruh paksa Jepun sebanyak RM207billion pun disapu



KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,


"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

Read more ...

DAH TAK LAKU!!! Utusan diedar secara percuma di Kedah


JUALAN akhbar Utusan Malaysia milik Umno semakin hari semakin merudum. Semua gara-gara kredibilitinya hancur teruk selepas berulang kali kalah saman di mahkamah kerana memfitnah. Siapa nak baca akhbar tiada kredibiliti betul tak?

Oleh itu pelbagai cara dilakukan untuk cuba menyelamatkan syarikat akhbar milik Umno itu daripada terus kerugian. Antaranya dengan mewajibkan akhbar ini diedarkan di sekolah-sekolah dan jabatan kerajaan.

Lebih lucu, difahamkan barangkali untuk terus menyokong "survival" Utusan Malaysia, ada juga pimpinan Umno yang terpaksa membeli Utusan Malaysia dengan kuantiti yang banyak untuk diedarkan kepada orang ramai.

Read more ...

DEDAH!!! Deepak serah dokumen kepada PKR melalui orang ketiga


Semalam Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan pengarah strategi PKR Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah baca SINI 

Hari ini Rafizi  menjawap dakwaan Deepak tentang  dokumen tersebut :

Deepak Menyerahkan Dokumen Kepada Orang Ketiga, Pihak Berkuasa Wajar Siasat
Saya sedia maklum reaksi Deepak Jaikishan mengenai dokumen-dokumen yang membabitkan syarikat-syarikat beliau yang kini didedahkan kepada umum.
 
Saya ingin mengesahkan beberapa perkara:

1. Saudara Deepak memang menyerahkan sendiri dokumen-dokumen itu kepada individu tertentu yang dihubunginya sebelum ini dengan harapan ia akan dibawa oleh pimpinan KEADILAN;

Read more ...

Wednesday, January 2, 2013

UMNO MAKIN RESAH!!! 30 anak muda Telok Bakong sertai PKR

Pada 27 Disember lalu berlangsung satu Ceramah umum di Kg Telok bakong.Ceramah ini adalah bertujuan sebagai pengulungan dan kesimpulan kepada Simulasi Pilihanraya yang di adakan di Kg Tua Batu 16 pada 25 Dis yang lalu.

Turut memberikan ucapan ialah Ustaz Zulkifly Ibrahim dan Ustaz Ismi (YDP Pas Parit).Turut hadir dan memberikan ucapan ialah Tuan Haji Usalli Alias Ketua Cabang Parit.

Didalam ucapannya beliau telah mengistiharkan penubuhan Ranting Kg Paloh (Telok Bakong Hilir).

Beliau telah menerima borang keahlian seramai 30 orang ahli baru tersebut dari wakil penduduk, Encik Mohd Zulkarnain Mohd Noor.

Read more ...