Thursday, February 28, 2013

PENGAKUAN!!! Bekas Pegawai Penerangan UMNO mengaku bantu warga asing dapatkan IC

Wanita 2PETALING JAYA 28 FEB: Bekas ahli Umno, Siti Aminah Mahmud, 63, berkata, beliau bersama kumpulannya pernah membantu pendaftaran setengah juta kad pengenalan (IC) kepada pendatang tanpa izin di Sabah untuk dijadikan pengundi BN.

Menurutnya, pendaftaran segera itu dibuat di bawah ‘projek IC Mahathir’ dari 1990 hingga 1994.

“Setiap kali dihantar berguni-guni (IC). Ia diproses dalam jangka masa sebulan. Katakan (pendaftaran) dibuat pada satu hari bulan, maka ia (IC) akan diserahkan pada tarikh yang sama pada bulan yang akan datang,” kata bekas ahli Umno Cawangan Skudai Kanan, Johor Bahru itu pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN hari ini.

Read more ...

Wednesday, February 27, 2013

SUMBER UMNO!!! Najib perlu ditukar jika BN mahu menang


KUALA LUMPUR: Sumber Umno menyatakan dengan jelas kepada Harakahdaily bahawa BN hanya mempunyai peluang untuk memenangi PRU13 sekiranya sedia menyatakan mempunyai calon Perdana Menteri yang baru.
Ditanya Harakahdaily yang merasakan perkara itu mustahil kerana jawatan itu secara tradisinya milik orang yang menjawat Presiden Umno, katanya, “Betullah. Maksud saya Presiden Umno kena tukar orang lain. Kalau tak, aniaya BN nanti di PRU13".

“Najib kan popular?” tanya Harakahdaily.

Read more ...

CABUT PINTU BELAKANG!!! Rosmah lari dari protes siswi UKM



BANGI: Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

Read more ...

FITNAH JADI MAKANAN!!! Setpol MB Kedah saman Blogger UMNO Padi Jantan


Ni foto sidang media di perkarangan Kompleks Mahkamah Jalan Suka Menanti tengahari tadi, memang sah Muhammad Sanusi Md Nor Setiausaha Politik kepada YAB Menteri Besar Kedah melalui peguamnya (sebelah kanannya tu) failkan saman fitnah terhadap seseorang yang menjadi pemilik blog Padi Jantan. 

Read more ...

Tuesday, February 26, 2013

KAJIAN TERKINI!!! Sokongan kepada Najib turun lagi, semua kaum makin marah kepada BN

najib-peningKUALA LUMPUR 26 FEB: Penyelidik bebas Merdeka Center dalam laporan terkini hari ini mendapati sokongan pengundi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menurun daripada 65 peratus pada Mei 2012 kepada 61 peratus pada Januari tahun ini.

Dalam kajian yang melibatkan 1,021 pengundi berdaftar tersebut juga mendapati, kemarahan masyarakat Cina terhadap kerajaan Barisan Nasional masih tinggi iaitu pada kadar 68 peratus.

Read more ...

FORUM PENDEDAHAN PI BALA!!! Siapa bunuh Altantuya? nantikan esok....

forumKUALA LUMPUR 26 FEB: Bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam (PI Bala) akan tampil di forum ‘Rungkai Misteri di Sebalik Pembunuhan Altantuya’ esok, di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor (KLSCAH).

Bala yang membuat dua akuan bersumpah (SD) yang bercanggah berkaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu tiba di Malaysia petang Ahad lalu selepas empat tahun tinggal di India.

Read more ...

Monday, February 25, 2013

PARLIMEN BELUM BUBAR!!! Inilah yang meletihkan Najib sehingga terlepas tarikh sepatutnya bubar parlimen

Masih tak jumpa tarikh.....?
AKUAN BERSUMPAH BALA KEPADA NAJIB, BACA BETUL2,

25. Dalam perbincangan itu dan dalam usahanya untuk memujuk saya untuk terus memberikan perkhidmatan kepadanya, Abdul Razak Baginda memberitahu saya bahawa:--

25.1. Dia telah diperkenalkan kepada Aminah oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pameran berlian di Singapura.

Read more ...

UMNO UPAH PELAKON SIAM!!! Berlakon jadi ahli PAS keluar parti sertai UMNO


RANTAU PANJANG: Tanpa mengira seseorang itu berasal dari mana, Umno di sini terpaksa memperalatkan pihak berkenaan bagi menjayakan program penyokong PAS menyertai Umno baru-baru ini.

Itulah yang berlaku kepada beberapa penama yang didakwa kononnya bekas penyokong PAS, menyerah borang menyertai Umno kepada ketua bahagian Umno Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasin.

Noraini Dollah kini menetap di Kampung Tasik Bakong yang disebut menyertai Umno sebenarnya berasal dari Thailand dan tidak berdaftar sebagai pengundi.

Read more ...

Sunday, February 24, 2013

DEMO DEPAN MUHYIDDIN!!! Rakyat Sabah mula bangkit mahu melakukan perubahan



BERITA YANG DISOROKKAN OLEH MEDIA ARUS PERDANA!!!!... KUNJUNGAN MUHYIDDIN YASSIN KESABAH PADA 23HB FEBRUARI 2013 YANG LALU, DIMALUKAN OLEH PENDUDUK PENSIANGAN, SABAH

Kunjugan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Sabah pada 23hb Februari 2013 yang lalu telah mendapat kejutan maut sambil dimalukan oleh penduduk DUN Nabawan Parlimen Pensiangan, Sabah apabila beberapa sepanduk menuntut janji-janji yang pernah ditaburkan oleh Kerajaan UMNO/BN kepada rakyat Sabah masih belum tertunai lagi.

Keberanian yang ditonjolkan oleh penduduk Sabah secara terbuka, tegas dan berani ini amat mengejutkan sekali.

Read more ...

SUDAH TIBA!!! Akuan Bersumpah Pertama (SD1) adalah benar, bala untuk Najib


P Balasubramanian (PI Bala) tiba di KLIA malam tadi dari luar negara dan bersumpah bahawa Akuan Bersumpah Pertama (SD1) beliau yang pertama adalah benar.

Sambil memegang kitab suci agama Hindu, Bhagawad Gita, PI Bala bersumpah, Akuan Bersumpah Kedua (SD2) yang beliau buat untuk memansuhkan SD1 adalah palsu.

Read more ...

TERKINI!!! Manifesto Pakatan Rakyat dibentangkan


SHAH ALAM: Pakatan Rakyat hari ini mengemukakan beberapa tawaran membantu ekonomi rakyat dalam manifesto mereka berdepan Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.

Manifesto ini dibacakan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sempena Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-4 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pagi ni.

Berikut antara yang diumumkan:

1-Mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan baru untuk rakyat dengan mengurangkan kebergantungan buruh asing secara berperingkat.

Read more ...

Saturday, February 23, 2013

MEMALUKAN!!! Inilah aksi pejuang Kalimah Allah tajaan Perkasa/UMNO


Najib ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu berkata,.......Satu undi kepada PKR adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara.

Satu undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam

dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam.

Read more ...

Friday, February 22, 2013

TERKINI!!! Dato' Harun Din pertegaskan terus bersama PAS, sahkan akan bertanding Parlimen Arau

http://panduanpercuma.info/wp-content/uploads/2012/02/dr-haron-din.jpgIsnin lalu, saya sempat berkunjung ke rumah Dr Haron Din, di Bandar Baru Bangi. Saya tidaklah berhasrat menimbulkan khabar angin yang tersebar luas dalam internet mendakwa beliau keluar PAS, banyak lagi perkara lain yang lebih urgent.

"Kalau Ustaz Haron Din betul keluar PAS, pasti Utusan dan TV3 terlebih dulu menghebohkannya," saya membalas SMS seorang rakan yang bertanyakan berita palsu itu. Rupanya ramai lagi yang tertanya-tanya isu yang sama. 

Read more ...

'INI KALILAH"!!!Gelombang terkuat dalam sejarah tukar k’jaan Sabah

AnwarSABAH 23 FEB: Sokongan rakyat Sabah terhadap Pakatan Rakyat jauh lebih hebat berbanding gelombang penukaran kerajaan negeri sebelum ini, katabekas pemimpin Umno negeri itu.

Bekas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Ahmad Shah Tambakau yang mengisytihar menyertai KEADILAN minggu lalu menyifatkan gelombang ‘Ini Kalilah’ tidak dapat disekat oleh Umno.

“Apabila Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing keluar BN dan sokong Pakatan, sambutan masyarakat Kadazan Dayak Murut begitu kuat.

Read more ...

Thursday, February 21, 2013

EDISI KANTOI!!! UMNO Lumut cerita 1000 DHPP keluar parti, sebenarnya ..

Umno pencacai Zambry Kadiaq cuba buat cerita yang tak masuk akal... he he he.. tak berbohong bukan umno la...
Dua hari sudah heboh beb,, 1000, seribu.. woi banyak tu...


Nak bagi tau,, Ahli dewan himpunan penyokong PAS, 800 orang pun tak sampai,, macam mana boleh diceritakan sampai seribu,,, tak apa...

Read more ...