Sunday, May 12, 2013

KERAJAAN 44% PERAK GOYAH!!! Zambry masih belum mampu lantik Exco

PhotoPetang semalam, dalam keadaan kelam kabut aku berjalan nak keluar dari tapak pasar malam, mengejar waktu magrib,,,

,,,, aku tersangkut lagi, ada dua tiga orang hamba Allah yang aku cukup kenal,,, tak payahlah aku cerita siapa dia wanita ni,,, cuma dia duk melepaskan perasaan tak puas hati kepada seorang lelaki,, bekas navy juga,, dan kini penyokong kuat umno,,,, 

Si mak cik ni tak puas hati,, dah tak peduli pada orang disekeliling,,, duk sebut,, " dia pun belum dilantik lagi,, alih-alih dah pandai guna kuasa nak lantik ..... ?.. itu petang semalam...

Pagi tadi pulak,,, seorang sahabat yang banyak sumber dengan umno, bagi tahu,, Dr Mah Han Soon Adun tunggal MCA Perak, kemungkinan besar akan bertukar posisi kerusi kepada DAP, demi nak menyelamatkan kaum China...mana tahan... umno duk asyik guna racist, 

Read more ...

SENYAP SUNYI!!! Kemana menghilang Mak Janda dan Ibu Tunggal yang saman kerajaan negeri Selangor?

Ni gambar sebelum pru 13 Mak Janda dan Ibu Tunggal Selangor yang setiap malam muka mereka masuk dalam TV3 riuh rendah saman kerajaan negeri Selangor dengan tujuan tak lain tak bukan sebagai isu politik untuk raih sokongan kepada BN dalam pru 13.

Selepas pru 13 mereka senyap sunyi sepi sama macam Umno Selangor yang sedang bersedih kerana segala keringat dan tenaga untuk tawan Selangor daripada PR tidak menjadi.

Read more ...

TAHNIAH!!! Mahfuz Pesuruhjaya PAS Kedah yang baru


KUALA LUMPUR: PAS melantik Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar (gambar) sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah yang baru bagi menggantikan Datuk Seri Azizan Razak.

Keputusan ini dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang bersidang hari ini di Pejabat Agung PAS.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali memaklumkan, mesyuarat hari ini juga memutuskan untuk membuat post mortem terhadap keputusan pilihan raya umum ke 13.

Read more ...

Saturday, May 11, 2013

PARIT BUNTAR!!! PAS Parit Buntar kekal kerusi dapat sokongan semua kaum

PARIT BUNTAR, 11 Mei : PAS Parit Buntar memanjatkan rasa syukur  ke hadrat Allah SWT di atas kejayaan mempertahankan kerusi Parlimen Parit Buntar dan Dun Titi Serong dalam Pilihanraya Umum ke-13 baru-baru ini. 
 
Yang Dipertua PAS Parit Buntar Tuan Haji Harun Hashim berkata, kejayaan ini disambut dengan penuh rasa tawaddhu’ dan rendah diri serta berikrar akan meneruskan khidmat kepada rakyat tanpa mengira bangsa di Parit Buntar 
 
" Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kami terhadap para pengundi semua kaum kerana telah memberikan kepercayaan kepada PAS di Dun Titi Serong dan Parlimen Parit Buntar. 
 
" Kemenangan PAS Parit Buntar menambah majoriti di Dun Titi Serong dan Parlimen Parit Buntar bukan hanya disebabkan undi dari kaum Tionghua tetapi undi dari semua kaum. Malah, majoriti pengundi Melayu masih memihak kepada PAS di Parit Buntar. "katanya yang ditemui semasa majlis jamuan kesyukuran sempena kejayaan PAS Parit Buntar di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin , Titi Serong.

Read more ...

Friday, April 19, 2013

UMNO/BN BACUL & TIDAK BERMARUAH!!! DAP terpaksa guna simbol PAS , orang Cina semakin benci BN dekat dengan PAS


Hati mana tak remuk, jiwa mana tidak sedih dan sayu apabila setelah berpuluh tahun berjuang dalam politik dan setiap kali bertanding dalam PRU lambang roket diguna pakai oleh dirinya dan parti DAP.


Kesedihan Lim Kit Siang selaku Penasihat DAP dirakamkan ketika beliau memberikan kata-kata di sidang media jam 1 ptg tadi.


Diberitakan beberapa penyokongnya cuba menteramkan jiwanya.


Jangan ingat ROS haramkan penggunaan lambang Roket hasrat dan mood rakyat mnau melakukan perubahan akan terbantut.


DAP dengan rasminya akan menggunakan lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak.

Read more ...

Thursday, April 18, 2013

TEPUK DAHI!!! Markas UMNO bertukar jadi Markas PAS


(Sukarelawan yang kini menyokong PAS sedang membina wau bulan)

TASEK GELUGOR:  Umno Bahagian Tasek Gelugor terpaksa 'tepuk dahi' lagi apabila markaz Umno bertukar menjadi markaz PAS di Kampung Permatang Tok Bidan dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua dua malam lalu.

Ketika tinjauan Harakahdaily ke kampung berkenaan semalam kelihatan para pemuda yang dulunya penyokong tegar Umno sedang membina wau bulan dan meriam mengisi aktiviti malam mereka selain ada yang mengikat bendera PAS untuk digantung.

Ketua PAS Cawangan Permatang Tok Jaya, Omar Abdullah berkata,  Permatang Tok Bidan yang berada dalam Unit Peti Undi (UPU) Permatang Tok Jaya kini bukan lagi kubu kuat Umno sebagaimana dulu.

Read more ...

Monday, April 15, 2013

TERKINI!!! N. Gobalakrishnan bertanding di Parlimen Batu Kawan kerusi Gerakan


Infografik Parlimen
Infografik Parlimen
Infografik Dun
Infografik Dun
 
KUALA LUMPUR - Gerakan akan bertanding di 11 kerusi parlimen dan 31 kerusi dewan undangan negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) ini, kata Presiden parti Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
  
Ini bermakna kerusi parlimen yang ditandingi Gerakan kali ini kurang satu berbanding pada 2008.
  
"Daripada 42 calon, 22 orang atau 52.4 peratus adalah muka baru yang tidak pernah bertanding, lima orang atau 12 peratus calon wanita dan tiga orang atau tujuh peratus calon berketurunan India, manakala baki daripada kaum Cina.

Read more ...

KAJI SELIDIK DALAM KERAJAAN!!! PR bakal menang 124 kerusi, BN 98

Segalanya sudah diketahui. Walaupun berikrar akan dapat kekal dalam kerajaan persekutuan dengan dua pertiga majoriti dalam Parlimen, Perdana Menteri Najib Razak sebenarnya sedang menanti kekalahan yang teruk.

Menurut sumber-sumber politik, kaji selidik yang dijalankan oleh unit perisikan khas kerajaan menunjukkan gabungan Umno-Barisan Nasional yang diketuai Najib ketinggalan jauh di belakang Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim dengan hanya 98 kerusi dan Pembangkang 124 kerusi.

Anwar dan PR dijangka akan memenangi 10 kerusi di Wilayah Persekutuan, 10 di Johor, 11 di Kedah, 12 di Kelantan, 18 di Perak, 17 di Selangor, 1 di Terengganu, 1 di Melaka, 3 di Negeri Sembilan, 5 di Pahang, 0 di Perlis dan seramai 25 di Sabah dan Sarawak.

Read more ...

Saturday, April 13, 2013

UMNO SEMAKIN GANAS?!!! Petugas PKR cerita detik beliau ditetak berkali-kali oleh Samseng Taik Minyak


Ditetak kerana bendera parti
Hasri berehat di rumahnya selepas menerima rawatan di HTAA, semalam.
 
KUANTAN - Hasrat seorang lelaki cuba menyelesaikan salah faham yang timbul berhubung dakwaan penyokong parti lawan kononnya bendera parti mereka dibuang pihak tertentu hampir meragut nyawanya apabila dia parah ditetak dalam kejadian di Felda Neram 1, Kemaman dekat sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam itu, mangsa Hasri Hassan, 40, yang juga ahli PKR ranting tanah rancangan Felda terbabit cedera di bahagian bawah lutut kanan, pergelangan kaki kiri, tangan kiri dan bahagian belakang badan akibat ditetak dan dipukul menggunakan parang serta kayu oleh kumpulan terbabit.

Mangsa yang turut ditumbuk serta disepak dan tidak sedarkan diri dikejarkan ke Klinik Kesihatan Bukit Goh dekat sini sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan bagi rawatan lanjut.

Read more ...

VIDEO SEKS FITNAH!!! PAPA GOMO dalang, Utusan ada saham, UMNO di belakang?


Setelah beberapa hari rakyat Malaysia dikejutkan dengan FITNAH video seks yg melibatkan Pimpinan PAS Mustafa Ali, hari ini aku akan DEDAHKAN surat laporan oleh seorang hamba Allah yg tidak mahu dikethui identitinya..

Aku telah postkan sedikit maklumat awal di FACEBOOK (
klik DISINI) dan buktinya aku akan pautkan disini buat tatapan umum.. KHAS BUAT PAPAGOMO DAN SEMUA PENCACAI UPAHAN UMNO-BN..

Read more ...

Wednesday, April 10, 2013

BERITA HANGAT!!! “Seorang bekas menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS,” - Nizar


Dalam kehangatan pilihanraya umum ke-13 nanti, beberapa minggu lagi, bekas pemimpin besar Umno dijangka menyertai parti dalam Pakatan Rakyat.

Terkini, seorang bekas menteri besar yang pernah mentadbir Perak dikatakan bakal menyertai PAS malam ini.


Perkara ini didedahkan Nizar Jamaluddin dalam ucapannya ketika beliau diumumkan bertanding di kerusi DUN Changkat Jering pada pilihanraya umum akan datang, malam tadi.


“Seorang bekas menteri besar (Perak) akan memberikan borang masuk PAS,” katanya ringkas.

Read more ...

Tuesday, April 9, 2013

UMNO MAKIN TERTEKAN!!! 600 anak muda sertai PKR

anwar di tuaranSABAH 9 APRIL: Seramai 600 anak muda Tuaran menyertai KEADILAN sekaligus menujukkan gelombang kebangkitan rakyat di Sabah, tak boleh ditahan-tahan lagi.

Diketuai bekas ahli Umno Cawangan Wawasan Lok Batik Tuaran, Mohd Nazlin Awang Puasa, mereka menyerahkan borang keahlian KEADILAN kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pada satu program.

Penyertaan mereka disambut tepukan gemuruh 5,000 penyokong KEADILAN yang menyaksikan majlis itu pada Jelajah Merdeka Rakyat 31 Mac lalu.
“Sebilangan besar dari kalangan anak muda DUN Sulaman dan Parlimen Tuaran. Saya harap penyertaan ini akan menambah kekuatan Pakatan Rakyat,” kata Nazlin.

Beliau percaya lebih ramai anak muda dari BN bakal menyertai KEADILAN kerana perjuangan parti pemerintah itu tidak lagi releven untuk anak muda.

Read more ...

PRU 13!!! Kumpulan KATAK melilau , merayu minta kerusi tapi hampeh...


Nampaknya ramalan selama ini mengenai nasib calon-calon spesis katak lompat masih tak ada kerusi rupanya benar belaka!

Jika tidak mengapa BEKAS ahli parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan merayu kepada Perdana Menteri, Najib Altantuya agar memilihnya untuk bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13.


Gobalakrishnan yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Perpaduan Masyarakat Malaysia (Perkemas) daerah Kulim berkata, ini kerana beliau yakin dapat memberi kemenangan kepada BN setelah keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).


Katanya, sejak menjadi Ahli Parlimen Bebas tahun lalu, beliau bekerja sepenuh masa melakukan pelbagai program menyokong kepimpinan Najib termasuk program transformasi kerajaan di kawasan ini.

Read more ...

FITNAH ANWAR!!!Bekas pegawai khas Mahathir akui terlibat rancang konspirasi fitnah liwat 1

dato omar abu bakarKUALA LUMPUR 9 APRIL: Bekas pegawai khas Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Omar Abu Bakar mengakui terlibat secara langsung dalam rancangan konspirasi fitnah kes liwat 1 pada 1998 mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengakuan itu dibuat secara terbuka di hadapan ribuan rakyat pada ceramah Pakatan Rakyat di Taman Medan, Petaling Jaya Ahad lalu.
“Saya bersumpah saya bertanggungjawab dalam peristiwa sodomi satu (liwat I).

“Saya bertanggungjawab dengan Aziz Shamsudin membuat surat Umi Hafilda, menghantar kepada Daim (Zainuddin), hantar kepada Mahathir. Itulah punca sebenarnya (fitnah ini).

“Bermula dari situ, Anwar ditangkap, dipenjara enam tahun. Tiba-tiba dia dilepas kerana alasan dibebaskan sebab apartment yang dituduh (Anwar melakukan sodomi) belum ada lagi (masa itu).

“Sebab itu Mahathir persoalkan mengapa Najib ambil tuduhan yang sama untuk peristiwa sodomi kedua…Itu dah nampak tak betul…,” kata Omar disambut sorakan rakyat.

Read more ...

TERKINI!!! Chua Jui Ming diumum tanding di Segamat


Datuk Chua Jui Meng
MUAR - Pengerusi PKR Johor Datuk Chua Jui Ming akan bertanding bagi kerusi Parlimen Segamat pada pilihan raya umum ke-13 ini, umum Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.
  
Pengumuman itu dilakukan selepas ceramah PKR di Pekan Tangkak malam tadi sekaligus menamatkan spekulasi kononnya Chua merajuk dengan pucuk pimpinan PKR dan mahu kembali ke pangkuan MCA.
  
Chua sebelum ini menghilangkan diri beberapa ketika setelah dikatakan kecewa kawasan yang menjadi rebutannya dengan Pengerusi DAP negeri Dr Boo Cheng Hau iaitu kerusi Parlimen Gelang Patah diambil Penasihat DAP Lim Kit Siang.
  
Pada majlis yang sama, Anwar turut mengumumkan enam calon PKR untuk kerusi parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) di Johor, menjadikan jumlah keseluruhan yang akan ditandingi PKR sebanyak 19 kerusi.
   

Read more ...