
Majlis penyampaian sumbangan beg dan alat tulis sekolah telah mengumpulkan seramai 150 pelajar untuk menerima sumbangan ini. Menurut Pengarah MTD Kuala Kurau Sdr. Bahrain Desa, MTD Kuala Kurau yang telah diamanahkan untuk mengendalikan program ‘ Kami Prihatin – Jom Pi Sekolah’ pada tahun ini. Beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Kawasan Parit Buntar memberitahu bahawa sumbangan beg dan alat tulis sekolah ini telah memberi sedikit kegembiraan kepada pelajar-pelajar yang akan kembali ke sekolah pada tahun 2008.
“ Ibu bapa sekarang terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka. Justeru, sumbangan PAS Kawasan ini sekurang-kurangnya meringankan beban ibu bapa pelajar ini.” Katanya.

“ Cuma nama sahaja ditukar dari yuran kepada bayaran khas”. Katanya yang kecewa dengan pemimpin BN berbangga melaung-laungkan pendidikan percuma melalui media’ sedangkan hakikatnya ibu bapa terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk menyekolahkan anak-anak.
Sementara itu, seorang ibu yang ditemui selepas majlis memberi tahu beliau telah membelanjakan lebih daripada RM 50.00 membeli sepasang pakaian, kasut dan beg sekolah hanya untuk seorang anak. Beliau yang bekerja sebagai pembantu kedai dengan gaji RM 400.00 sebulan sudah ketiadaan suami dan mempunyai 6 orang anak yang bersekolah.
“ Itupun yang paling murah Mak Cik beli, lepas ni nak bayar yuran sekolah pula. Mak Cik terima kasih kepada PAS kerana selalu beri sumbangan kepada kami yang susah ni. Katanya.
Majlis penyerahan sumbangan beg dan alat tulis sekolah ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Harun bin Haji Hashim Yang Dipertua Pas Kawasan Parit Buntar.
No comments:
Post a Comment