Monday, March 10, 2008

Syukur PAS Parit Buntar Mendapat kemenangan

ImagePAS Kawasan Parit Buntar ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua pengundi yang telah memilih calon dari PAS untuk menjadi Wakil Rakyat untuk pilihanraya kali ke-12 ini.

Terima kasih juga terutamanya kepada seluruh jentera Parti yang telah bertungkus-lumus semanjak berbulan lamanya dalam menyusun dan menjalankan segala gerak kerja pilihanraya sehinggalah diumumkan kemenangan calon kita.

Image Tidak ketinggalan juga kepada pendokong PAS dari kaum Cina dan India yang turut sama berganding bahu berkempen demi memenangkan calon BA. Moga-moga kemenangan ini akan memberikan kebaikan dan keselesaan yang lebih baik untuk semua tanpa mengira kaum dan pegangan agama.


Reformasi!!
Makkal Sakthi!!
Takhbir!!!

6 comments:

Anonymous said...

tahniah atas kemenangan........saya harap pihak pas tunaikan segala manifesto anda.........

Anonymous said...

tahniah atas kemenangan.

anakperak said...
This comment has been removed by the author.
anakperak said...

Alhamdulillah, segala penat lelah telah terjawab. Apa yg perlu dilakukan selepas ini adalah berusaha menyakinkan semua penduduk setempat akan perjuangan Islam. Semoga segala usaha kita mendapat keredhaan oleh Allah s.w.t.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt

Pertama kali sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengendali blog ini kerana memberikan peluang catitan saya ini dibaca.

Untuk makluman pembaca-pembaca blog yang saya hormati, saya sedang berusaha untuk membina sebuah perniagaan berkebajikan. Projek Pertama saya adalah mengumpul dana untuk pembelian buku untuk Rumah Anak Yatim.
(Saya masih belum lagi menamakan Rumah Anak Yatim yang akan saya dermakan kerana ingin memberikan peluang kepada pembaca untuk menyatakan cadangannya dib log saya)

Untuk makluman, saya adalah ahli MIBO yang boleh mengedarkan beberapa produk telekomunikasi seperti Streamyx, Celcom (Pakej Korporat dan Celcom Broadband), VOIP (Penjimatan Bil Telefon Untuk Syarikat), SmartCall (Juga produk penjimatan bil telefon Syarikat, hanya boleh dilanggan selepas anda menggunakan VOIP selama 3 bulan terlebih dahulu), TM Line untuk rumah dan syarikat, IZZI dan Astro serta MBF juga.

Untuk keterangan lanjut pls clik pada nama saya. Saya memerlukan bantuan pembaca supaya saya dapat merealisasikan sebuah perniagaan berkebajikan yang saya contohi daripada usahawan-usahawan Islam yang berjaya. Nasihat dan pandangan juga diperlukan kerana saya amat mentah lagi.


Sekian, Terima kasih.
http://www.teman-islam.blogspot.com

Anonymous said...

tahniah atas kemenangan...tp perlu dingat,pas menang bukan kerna pas kuat tp hanya kerna rakyat parit buntar marah kpd pemimpin umno terutama datuk rahman....itu yang perlu anda semua ingat....
dimane janji2 manifesto pihak pas???bukan setakat pegang parit buntar tp perak juga dibawah pemerintahan pas....di mane semua janji2 manis dulu...jgn buat kami sebagi rakyat hanya sebagai patung..pandai bg janji tp x tunaikan,,,,,,
saye x sokong mane2 pihak...saya akui setiap parti ada kelemahan...tp jika janji sudah ditabur jangan pula dimungkiri...x mustahil rakyat parit buntar akan buat seperti apa yg berlaku kpd pemimpin2 umno parit buntar......
kalo ada yang terasa boleh emel terus kepada saya di alamat iezwan88@yahoo.com
saya menunggu sebarang respon dari anda semua