Wednesday, March 17, 2010

Kematian Ketua Pemuda Penyokong PAS mengejutkan

PARIT BUNTAR – PAS Parit Buntar merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang Panthiyan a/l Patchamuthu atau lebih dikenali sebagai Siva , Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak, merangkap Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Pasir Salak di atas kematiannya semalam.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Parit Buntar Hamdan Fadel Ahmad berkata kematian Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak itu begitu mengejutkan ramai pihak. Mendiang dikatakan telah mati ditembak dengan tiga das tembakan semasa bekerja di Langkap.

“ Dua bulan lepas Siva ada datang ke Parit Buntar menghadiri Mesyuarat Agung kali pertama Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS Perak.

mendiang merupakan seorang yang bertanggungjawab dan mempunyai komitmen tinggi dalam memikul amanah sabagai Ketua Pemuda Himpunan Penyokong PAS Negeri Perak

Hamdan berkata mendiang berperanan dalam menarik minat masyarakat bukan Islam terutama orang India untuk bersama menyertai Dewan Himpunan Kelab Penyokong PAS Perak.

“ pemergian mendiang sangat dirasai dan merupakan satu kerugian besar kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

mendiang juga dikenali sebagai pemuda yang mempunyai peribadi yang baik dan disenangi oleh masyarakat setempat. Saya berharap agar seluruh ahli keluarga mendiang bersabar di atas kematian mendiang ” katanya

No comments: