Tuesday, April 20, 2010

Anak Nizar rasmi mesyuarat agung

DSC00191.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR , 20 April : Anak perempuan bekas Menteri Besar Perak Nur Fathihah Dato’ Seri Nizar Jamaluddin telah merasmikan Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Parit Buntar yang dihadiri 170 perwakilan dan pemerhati dari seluruh cawangan PAS di Parit Buntar

Nur Fathihah dalam ucapan perasmiannya menyeru Dewan Muslimat PAS mempelbagaikan aktiviti bersama masyarakat dan sentiasa mendepani setiap isu yang berkaitan wanita.

Pelbagai aktiviti yang melibatkan remaja dan wanita muda perlu diatur bagi menarik minat golongan ini mendekati Dewan Muslimat PAS.

“ Saya berkeyakinan Dewan Muslimat PAS Parit Buntar mampu bergerak aktif seiring dengan muslimin di dalam jemaah” katanya

DSC00173.jpg picture by paspb

Fathihah berkata, PAS telah melahirkan muslimat yang mampu memberi manfaat dan menjadi contoh yang baik dalam penghayatan Islam kepada semua golongan masyarakat.

" Dewan Muslimat PAS mesti turun ke gelanggang masyarakat yang sebenar iaitu kesemua peringkat dari golongan pelajar hingga ke warga emas.

“ Dewan Muslimat PAS perlu bersiap sedia dalam menghadapi dunia realiti yang begitu mencabar pada masa kini. " katanya.

Katanya, kini sudah diketahui ramai, dalam PAS terdapat ramai cerdik pandai termasuk dalam Dewan Muslimat sendiri yang bersama-sama membantu perjuangan parti.

"Maka di sini saya berharap, marilah kita melaksanakan amanah Allah dengan bergabung tenaga, orang-orang lama yang berpengalaman dan generasi baru yang sedia membantu memberi bimbingan sebagai mata rantai yang terus menerus melaksanakan amal makruf nahi mungkar,” katanya.

DSC00207.jpg picture by paspb

Beliau merakamkan sekalung ucapan tahniah di atas pencapaian Dewan Muslimat PAS Parit Buntar yang kini dilihat telah bergerak ke hadapan sejak tahun-tahun kebelakangan ini.

Turut hadir semasa majlis perasmian mesyuarat agung ini ialah Harun Haji Hashim Yang Dipertua PAS Parit Buntar dan Ahmad Azhar Haji Sharin Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar

No comments: