Friday, April 16, 2010

Bilik gerakan MIC lesu

 

HULU SELANGOR, 16 April : Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu dan calon BN P Kamalanathan petang ini akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin akar umbinya daripada seluruh 75 cawangan parti itu di Hulu Selangor bagi "memulihkan motivasi dan semangat berkempen" mereka.

Seorang pemimpin MIC cawangan memberitatahu Malaysiakini, pertemuan tersebut akan diadakan pada jam 5 petang ini di bilik gerakan MIC di Kuala Kubu Bharu.

"Apabila pemimpin-pemimpin ini berjumpa dengan Kamalanathan dan Samy, dan mendapat penjelasan mereka, mereka (pemimpin akar umbi) akan lebih bermotivasi, lebih semangat untuk kempen," kata ketua cawangan MIC Taman Juta KD Raj.

Beliau diminta mengulas tahap kesediaan jentera MIC yang mungkin berdepan dengan 'keretakan' ekoran pemilihan Kamalanathan sebagai 'calon kompromi' dengan mengenetepikan dua lagi pemimpinnya - timbalan presiden G Palanivel dan ketua pemuda V Mugilan.

Raj berkata, majoriti pemimpin akar umbi MIC sedang menunggu Samy memperkenalkan calon pilihan BN kepada mereka petang ini.

Tinjauan Malaysiakini tengah ini juga mendapati, bilik gerakan MIC masih lengang dan tidak aktif. Hanya kelihatan kira-kira sepuluh orang petugas parti sahaja ketika kunjungan tersebut kira-kira jam 12.30 tadi.

Raj juga mengakui, semenjak dua hari lepas, aktiviti bilik gerakan parti itu dan kunjungan daripada rumah ke rumah masih perlahan.

Mengaku berkempen untuk Palanivel sebelum ini, Raj juga mengkritik Mugilan yang didakwanya "bertindak seorang diri" dan cuba menonjolkan dirinya mendapat sokongan daripada sayap Pemuda parti itu.malaysiakini

No comments: