Wednesday, April 28, 2010

Haji Ismail Salleh Tokoh Veteran PAS Parit Buntar

CIMG3811.jpg picture by paspb

PARIT BUNTAR, 28 April : Ismail Salleh, 72 telah dipilih menerima anugerah Tokoh Veteran PAS Parit Buntar sempena Mesyuarat Agung PAS Parit Buntar kali ke 56 di Dewan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Husin, Titi Serong.

Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar Ahmad Azhar Haji Sharin semasa membacakan biodata tokoh veteran PAS Parit Buntar berkata, Ismail merupakan lulusan Maktab Perguruan Sutan Idris pada tahun 1955.


” Beliau pernah berkhidmat sebagai seorang Guru besar di Sekolah Umum Kelian Intan, ulu Perak.


” Sesungguhnya ketika itu pengistiharan darurat telah dikeluarkan oleh kerajaan kerana Komunis bermaharajalela. Daerah Ulu Perak bersempadan dengan Baling merupakan kawasan yang berada dalam zon gelap” katanya


Menurut Azhar, Ismail pernah menyertai Perhimpunan Keranda 152 iaitu satu perhimpunan yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur untuk menunjukkan rasa marah kepada pihak kerajaan yang hendak mengubal akta bahasa 152 .


” Beliau bersama tiga orang sahabatnya yang juga pendidik telah pergi ke perhimpunan tersebut tanpa mengambil cuti terlebih dahulu bagi mempertahankan martabat Bahasa Melayu.


” Beliau telah dipanggil oleh Pejabat Pentadbiran Pelajaran Daerah. ketika itu dan diberi amaran keras. Namun itu sedikitpun tidak melunturkan semangat .perjuangan dalam diri beliau” katanya


Azhar berkata, setelah pencen sebagai seorang Penyelia Petang di Sek Men Darul Ridzuan. Ismail diamanahkan sebagai Setiausaha PAS Parit Buntar dan memulakan sistem fail dalam pengurusan PAS kawasan Parit Buntar.


” Jasa besar beliau kepada PAS ialah kegigihan beliau bersama Allahyarham Cikgu Khalid Haji Hamid Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar pada penghujung tahun 1980an.


” Beliau bersama Allahyarham Cikgu Khalid telah turun ke cawangan-cawangan dan masjid di Kawasan Parit Buntar untuk bertemu dengan ahli dan penyokong PAS bagi mendapatkan pinjaman untuk menyelesaikan tunggakan hutang bangunan PAS Parit Buntar hampir RM 40,000 yang telah diberi notis 14 hari untuk diselesaikan oleh Bank Islam” katanya


Tambah Azhar, pada hujung tahun 1990 an Ismail pernah diamanahkan sebagai Naib Yang Dipertua PAS Parit Buntar.


” Oleh kerana faktor kesihatan beliau telah melepaskan jawatannya, namun masih memegang amanah sebagai Naib Ketua Cawangan Simpang Empat Kampung Kedah” katanya


Majlis penyampaian anugerah Tokoh Veteran PAS Parit Buntar telah disempurnakan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Taib Azamudin Md. Taib.

No comments: