Wednesday, April 14, 2010

Kula akan buat laporan polis diugut Tajuddin













KUALA LUMPUR, 14 April :
A
hli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran berkata beliau akan membuat laporan polis terhadap ugutan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman minggu lalu.

Tajuddin didakwa mengugut untuk menghantar orang memukul Kulasegaran kerana mengkritik beliau di luar Parlimen.

Di dalam Dewan Rakyat hari ini Tajuddin bangun mempersoalkan keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi amaran keras kepada beliau pada isnin lalu berhubung insiden tersebut.

Kulasegaran ketika di lobi Parlimen berkata beliau terkejut dengan tindakan Tajuddin yang mempertikaikan amaran Speaker kerana ia dibuat berasaskan kepada Peraturan Mesyuarat 99(a).

Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang berkata sikap Tajuddin dianggap keterlaluan dan mencemarkan imej Parlimen serta mencadangkan agar Ahli Parlimen Barisan Nasional itu dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan P arlimen.

"Selain kes Kula, beliau membuat pelbagai tuduhan terhadap pemimpin DAP di Pulau Pinang umpamanya lawatan ke Singapura dan Hong Kong untuk menjual rahsia kerajaan kepada bekas Perdana Menteri, Lee Kuan Yew. Nizar pula dituduh sebagai Menteri Besar yang menjual tanah secara haram kepada Singapura," kata Kit Siang.GB

No comments: